100 HARI NAJIB LEBIH BANYAK NEGATIF

Dr M: 100 hari Najib ‘lebih banyak negatif’

Muda Mohd Noor

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak “lebih banyak yang negatif daripada yang positif”.

Tambahnya, ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Najib yang genap 100 hari esok.

Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.

Bercakap selepas program “Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia”, Dr Mahathir ditanya sama ada pentadbiran Najib telah membuat kajian mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru.

Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: “Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam.”

Jawapannya disambut dengan gelak ketawa para hadirin.

malaysiakini

MANEK URAI : LAGU SEDIH BUAT UMNO

Oh Bulan..
Enggan melayan diriku lagi
Pabila airmata membasahi pipi
Dan lagu lagu di radio seolah olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu
Kau juga menyintai aku

Ku enggan berpura pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia
Oh ku akui cemburu
Mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih.. bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Oh…

Dan Sebenarnya ..
Dan Sebenarnya ..
Aku rindu ..

Dan Sebenarnya ..
Dan Sebenarnya ..
Aku tak mampu .. tanpamu..

Lirik Lagu: Dan Sebenarnya – Yuna

DAP tetap ke Manek Urai

KUALA KRAI – Walaupun dikejutkan dengan keputusan DAP Kedah yang keluar dari Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini, parti tersebut tetap turun memberi sokongan terhadap calon PR dari Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelaskan DAP tetap berdiri teguh bersama-sama PR walaupun sesetengah pihak memainkan isu tersebut sehingga menggambarkan DAP pada keseluruhannya keluar dari pakatan tiga parti tersebut.

“Kami tetap memberi sokongan terhadap Pas terutamanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat serta berdiri teguh dibelakang PR.

“Kehadiran saya disini membuktikan DAP tidak seperti yang digambarkan oleh sesetengah media yang mengatakan seolah-olah DAP keluar terus dari PR,” katanya kepada media selepas Ceramah Perdana anjuran Pas di Lata Rek malam kelmarin.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menjelaskan Jawatankuasa Kerja Pusat DAP akan mengeluarkan nasihat agar DAP Kedah memikirkan semula keputusan mereka keluar dari PR.

“Ini adalah pilihan DAP Kedah, tapi kita beri nasihat agar fikir semula,” katanya.

Antara penceramah Pas yang turut hadir adalah Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nik Amar Nik Abdullah dan calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah.

Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya dari Pas, Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu. Ia menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN dari UMNO diwakili Tuan Aziz Tuan Mat manakala calon Pakatan Rakyat dari Pas diwakili oleh Mohd Fauzi Abdullah. Hari pengundian jatuh pada 14 Julai nanti.

sinarharian

UTUSAN MELOYA FREE TAK LAKU DI MANEK URAI

(Gambar – seorang kanak-kanak menyelongkar akhbar utusan yang ‘tidak laku’ dikedai simpang Laloh, malam semalam)

MANEK URAI – Tanda-tanda kekalahan UMNO/ BN semakin jelas apabila akhbar utama yang menjadi suara rasmi kerajaan Barisan Nasional tidak laku walaupun diberi secara percuma.

Sekurang-kurangnya 200 naskah akhbar harian tersebut yang diletakkan di dua buah kedai yang dikunjungi Buletin Online sekitar kampong Laloh disini, tidak diendahkan langsung oleh orang ramai.

Salah sebuah kedai tersebut terletak bertentangan dengan Padang Majlis Daerah Dabong dimana Program Sihat dan Comel diadakan semalam.

Beratus-ratus pengunjung program yang diadakan sepanjang hari itu, hanya lalu dihadapan kedai dan tidak mengendahkan ‘kehadiran’ akhbar itu.

Manakala pemilik kedai yang terletak disimpang menuju Padang berkenaan berkata beliau tidak tahu mengapa para pelanggannya tidak mahu mengambil edisi percuma sempena pilihanraya kecil DUN Manek Urai itu.

”Tak tahulah gok (kenapa) mereka tak mahu ambil,”katanya yang tidak mahu dikenali.

Seorang petugas bantuan jentera pilihanraya Manek Urai, Mohd Noor Awang, 52, turut hairan mengapa akhbar yang begitu popular itu, tidak lagi menjadi pilihan.

Beliau yang berasal dari Kemaman mahu dikenali sebagai ‘Abe Noor’ datang bersama kontinjen Terengganu.

Beliau berkata senario itu mungkin adalah tanda-tanda yang sangat hampir kepada kekalahan UMNO/BN.

”Saya hairan mengapa (orang ramai) tak mahu ambil dan baca Utusan, dari tadi saya perhatikan tak ada orang ambil dan baca,

”mungkin orang sudah hilang kepercayaan terhadap akhbar (itu), itu tanda-tanda yang baik bagi PAS dan Pakatan Rakyat,”katanya.

(Gambar – Abe Noor menunjukkan seikat akhbar Utusan Malaysia yang masih belum terusik dikedai bertentangan dengan Padang Majlis Daerah Dabong)

buletinonline

berita terkini malaysia kini campur dengan fitnah bn dalam kempen mu

Isu Kg Buah Pala – Kronologi sebenar – malaysiakini

View My Saved Places in a larger map
Berikut adalah kronologi penjualan tanah Lot 698, Bandar Gelugor, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Kampung Buah Pala daripada maklumat yang di-klasifikasikan:
11/07/2001 – Permohonan dikemukakan oleh Koperasi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang untuk membeli tanah seluas 6.5 ekar. Lesen Pendudukan Sementara (TOL) telah dikeluarkan kepada 30 penama dan terdapat 43 buah rumah di tanah tersebut.
16/07/2001 – Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan menyampaikan kertas cadangan permohonan membeli tanah kepada Pejabat Tanah dan Galian. Permohonan telah ditolak kerana dua permohonan serupa sebelum ini ditolak.
01/09/2002 – Jawatankuasa Tanah memperaku untuk meluluskan permohonan oleh pihak Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang, menyatakan sebab pemohon adalah koperasi.
11/12/2002 – Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri menangguhkan keputusan untuk menjual tanah tersebut. Ketua Menteri ketika itu Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon meminta MMK (EXCO) mempertimbangan untuk memberi kelulusan kepada permohonan tersebut berdasarkan cadangan yang dikemukakan. Cadangan pembangunan yang dikemukakan adalah untuk membina Pangsapuri 247 unit – Kos Rendah, Pangsapuri 400 unit – Kos Sederhana, dan 12 Unit kedai.
18/08/2004 – Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Pulau Pinang meluluskan permohonan oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang untuk membeli tanah tersebut.
08/06/2005 – Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Pulau Pinang lagi sekali telah meluluskan permohonan untuk membeli tanah tersebut oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang.
12/07/2005 – Harga penjualan tanah ditetapkan sebanyak RM 6..42 juta. Pihak Koperasi membuat rayuan untuk mengurangkan premium sebanyak 50%.
09/04/2006 – Ketua Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menyatakan penjualan tanah tersebut adalah sebagai ganti untuk sebuah bangunan di sebelah Dewan Sri Pinang, dan menyatakan persetujuan beliau untuk memberikan diskaun sebanyak 50% ke atas premium yang asalnya bernilai RM 6.42 juta. Dengan pemberian diskaun sebanyak 50%, maka kadar premium bagi luas sekaki persegi ialah RM 10. Ianya adalah terlalu murah untuk tanah yang berada di kawasan prima.
Cadangan Pampasan kepada penduduk yang dikemukakan oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang seperti berikut :-
1 rumah kos rendah yang bernilai RM 17,000
Subsidi Sewa Rumah sebanyak RM 750 selama 36 bulan
Kos Pemindahan Rumah sebanyak RM 1000
Atau
RM 90,000 Tunai sebagai ganti rugi
25/04/2007 – Timbalan Ketua Menteri, Dato Seri Abdul Rashid Abdullah menyatakan tawaran pampasan yang dibuat oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang adalah jauh lebih baik dari garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan mencadangkan tanah dijual pada harga RM 3.21 juta.
Oktober 2007 – Notis Pengeluaran telah dikeluarkan.
11/10/2007 – 14 buah rumah telah dirobohkan setelah pemilik-pemilik tersebut menerima tawaran yang telah dibuat oleh pihak Koperasi.
14/03/2008 – Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang menjelaskan tunggakan premium sebanyak RM 2,247,000. Surat hak milik pajakan selama 99 tahun telah dikeluarkan.
27/03/2008 – Surat hakmilik didaftarkan sebagai PT 59 HS (D) 15868 Bandar Gelugor, Daerah Timur Laut, Pulau pinang. Jenis hakmilik ialah Pajakan Negeri 99 tahun dan jenis kegunaan tanah adalah “bangunan”.
Sejak 2008 juga, ADUN dan Kerajaan Pakatan Rakyat telah menghentikan perobohan Kg Buah Pala sebanyak LIMA (5) kali.

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa……..®

!!” MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH “”!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
” LAWAN TETAP LAWAN…!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT…!!!

Posted by zul mamak png at 8:29:00 PM 0 comments

Thursday, July 9, 2009

Bagi memansuhkan serta-merta dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), seorang Sasterawan Negara mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan.

Bercakap kepada Malaysiakini malam ini, Datuk A Samad Said menyatakan “tidak begitu senangnya” dengan keputusan kerajaan semalam yang hanya memansuhkan dasar kontroversi pada 2012.
anti ppsmi rally 070209 tear-gas“Apa yang berlaku sekarang ini bukan memansuhkan (terus) PPSMI tetapi pemansuhan berlaku pada 2012, ini hanya pengumuman penangguhan PPSMI,” katanya.
Beliau diminta menjelaskan lebih lanjut kenyataan awalnya di akhbar web PAS yang menyebut “demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya.”
“Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal,”Harakahdaily hari ini memetik A Samad sebagai berkata dalam satu wawancara.
Satu demonstrasi besar diadakan 7 Mac lalu, diketuai antaranya oleh A Samad sendiri, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda campur tangan membatalkan dasar tersebut yang sentiasa dibantah sejak ia diperkenalkan.
A Samad, yang juga penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), dilaporkan berkata “tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.

NONEPengumuman Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata tokoh sastera itu lagi, bersifat “mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai dan juga pilihanraya umum ke-13.”

“Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus.
“Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu,” A Samad dipetik berkata.
“Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika perdana menteri keempat dahulu (Tun Dr Mahathir Mohamad) mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa perdana menteri keenam (Datuk Seri Najib Razak) perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?’
GMP pula menganggap pengumuman kerajaan semalam bermakna “mulai 2010 semua pelajar baru Tahun Satu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun (depan) dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya.”
“Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda,” kata Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad.
“GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti.”
anti ppsmi math and science education in english school childrenUntuk menangani kelemahan penguasaan Sains dan Matematik sewaktu PPSMI dilaksanakan, menurut satu kenyataannya hari ini, GMP menggesa Kementerian Pelajaran “mengadakan kelas pemulihan untuk membaiki pencapaian mereka” setaraf dengan mutu dua mata pelajaran tersebut sebelum 2003.
Dr Hassan juga mengumumkan satu majlis Sambutan Pemansuhan PPSMI yang akan diadakan di Stadium Baru Bandar Bangi pada 9 malam 19 Julai ini.
Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula dilaporkan berkata pengumuman ini bertujuan menjaga “kepentingan kroni” yang membekalkan peralatan pengajaran dan pembelajaran PPSMI.
“Patutnya ia dimansuhkan hingga tamatnya persekolah akhir tahun ini. Maknanya tahun hadapan, dasar itu tidak perlu lagi dilaksanakan.
“Kenapa mereka tidak mansuh segera, jawapannya ialah kerana masih ada projek termasuk membekal buku, laptop dan peralatan sebagainya yang diberi kepada kroni dalam dasar PPSMI ini,” katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.
Menyifatkan pengumuman itu “tidak boleh dipercayai”, Mahfuz juga bimbang keputusan terbaru kerajaan itu tidak akan dilaksanakan “memandangkan dasar kerajaan sering bertukar”.
Beliau dilaporkan berkata, jika BN berjaya kekalkan kemenangan kerajaan pusat pada pilihanraya umum akan datang, pemansuhan pastinya boleh berubah dengan pelbagai alasan.
“Ini sering berlaku kerana pemimpin yang ada hari ini jugalah yang mengampu dasar PPSMI ini semasa ia diumumkan Tun Dr Mahathir enam tahun lalu,” Mahfuz dipetik berkata.

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa……..®

!!” MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH “”!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
” LAWAN TETAP LAWAN…!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT…!!! “
Posted by zul mamak png

MANEK URAI: Puasa sunat kena arahkah?

10Jul2009

Akhbar online Harakahdaily melaporkan bahawa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli, penyokong parti serta mereka yang bersimpati dengan perjuangan Islam agar melakukan puasa sunat pada hari Ahad, 19 Rejab bersamaan 12 Julai nanti. (Baca sini)

Pada pandangan saya yang bodoh agama ini, saya kira Harakahdaily sudah silap menggunakan kata ‘mengarahkan’. Kenapa pula soal puasa sunat kena arah-arah? Menurut hemat saya yang jahil ini juga ialah kedua-dua Tok Guru bukan mengeluarkan kata ‘mengarahkan’, tetapi meminta atau menganjurkan supaya semua ahli dan penyokong PAS melakukan puasa sunat.

Ikhlaskah ahli dan penyokong dengan ‘arahan’ ini? Bukankah puasa sunat perlukan keikhlasan supaya mustajab? Jika salah, minta perbetulkan. Walau apapun, undilah PAS, ok.

*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

0 comments Links to this post Email entry to:

Maria Hertogh (Natrah) meninggal dunia di Belanda

10Jul2009

Saudara masih ingat nama Natrah di Singapura? Masih ingat peristiwa rusuhan yang berdarah berkaitan Natrah? Sahabat Islam kita itu dilaporkan sudah meninggal dunia. Semoga di akhir hayat Natrah, dia masih lagi Islam.

Saya ada buku The Nadra Tragedy: The Maria Hertogh Controversy oleh Haja Maideen. Lama sudah dibeli, tetapi masih belum dibaca.

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) – Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika dahulu, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu baru-baru ini.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British / Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin. Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

“Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya,” kata Dr Fauziah melalui emelnya kepada Bernama.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan. 

MEDIA TERKINI TV PAS