Lidyawati beri tempoh tiga bulan pada suami

2458736

“Saya bagi dia (suami) tempoh dalam masa tiga bulan. Kalau dia tak berubah, kami akan bercerai secara taklik,” kata aktres jelita, Salina Zaimon atau Lidyawati,41, berhubung masalah rumah tangganya dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Azhar Muhammad Han.

Dia yang dihubungi semalam, berkata, keputusan itu telah diambil setelah dia dan suaminya menjalani proses sulh atau sesi kaunseling di Pejabat Agama Klang, Selangor, kelmarin.

Menurut Lidyawati, dia sepatutnya menjalani sesi kaunseling itu pada 18 Februari, bagaimanapun ia dipercepatkan dua hari memandangkan masalah rumah tangga yang dihadapinya semakin rumit.

“Saya dinasihatkan oleh pejabat agama agar menyelesaikan masalah rumah tangga kami secara baik dan memberi peluang pada suami untuk berubah. Setelah berbincang, saya bersetuju untuk memberi peluang pada dia (suami) dengan beberapa syarat.

“Saya nak tengok, sama ada dia berubah atau tidak dalam masa tiga bulan ini. Kalau dia masih dengan perangainya dan mengingkari syarat-syarat yang telah saya tetapkan, perkahwinan kami tidak akan kekal kerana talak akan jatuh secara taklik,” ujarnya yang mahu merahsiakan pula syarat-syaratnya itu.

Ditanya apakah reaksi suaminya, kata Lidyawati, suaminya itu bersetuju dengan segala syarat yang ditetapkan olehnya dan berjanji untuk berubah serta akan lebih bertanggungjawab ke atas rumah tangga mereka.


Sering dihalau rumah

Tanpa berselindung, aktres yang popular di era 90-an ini mengakui perkahwinan keduanya dengan ahli perniagaan itu setelah 20 tahun hidup menjanda sering berdepan dengan pelbagai masalah. Malah katanya, sejak awal perkahwinan lagi sudah ada ketegangan yang berlaku dalam hubungan mereka. Paling sukar untuk diterimanya, bila dituduh bermacam-macam-macam dan dihalau dari rumah.

“Hubungan kami terlalu banyak masalah. Baru kahwin dua, tiga bulan dah pun ada masalah. Dia suka syak wasangka dan cemburu pada saya. Bila bergaduh, dia mesti halau saya dari rumah. Perangainya juga semakin menjadi-jadi sejak dua bulan lalu. Walaupun sudah banyak kali saya beri dia peluang, dia tetap tidak berubah.

“Sampai satu tahap, saya memang tak tahan dengan sikap dia dan sanggup ke pejabat agama untuk tuntut cerai. Buat apa teruskan perkahwinan kalau hidup saya terseksa? Malah saya sebenarnya sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini.

“Tapi atas nasihat yang diberikan, saya sedar sebagai manusia, saya harus memaafkannya dan memberikannya peluang. Dia pun telah mengakui segala kesilapannya. Demi rumah tangga, saya sanggup mengalah dan berikannya peluang. Lagipun wanita mana yang mahu perkahwinannya berakhir dengan perceraian?“ kata Lidyawati yang telah berkahwin dengan ahli perniagaannya itu sejak Jun tahun lalu.

Di saat berdepan dengan kepincangan rumah tangganya, pelakon ‘Suami, Isteri dan…’ ini juga akan kembali aktif berlakon. Bukannya untuk mengejar populariti, tetapi untuk mencari pendapatan bagi menyara keperluan diri serta dua orang anaknya Normunira, 23, dan Siti Nuranisah, 7.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: