MANUSIA DI SEBALIK KES RASUAH MOHD FAIRUZ KHAIRUDDIN, MANTAN ADUN PENANTI

Kes Mohd. Fairuz Khairuddin, mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Adun Penanti kini telah disahkan selesai. Setelah sekian lama kes ini menjadi tumpuan wartawan arus perdana kini prospek kes ini ditumpukan pula kepada PRK DUN Penanti yang mungkin dijalankan ekoran perletakkan jawatan Fairuz sebagai ADUN Penanti pada 16 April lepas.

Kini media arus perdana terus mensensasikan tentang pilihanraya ini sehingga rakyat terlupa kepada mereka yang telah mencetuskan polemik kes Fairuz. Di sini akan dibicarakan tentang mereka yang telah terlibat secara langsung dalam kes ini sehingga menjadikan DUN Penanti ini menjadi begitu panas dan sensasi waktu ini. Melalui penelitian kepada mereka yang terlibat dalam kes ini diharap mana-mana pihak yang berkaitan dapat memikirkan tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat ini.

1. Saudara Amizudin Ahmat, Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas.

Inilah manusia yang telah mencetuskan polemik dan berusaha dengan gigih untuk mensensasikan kes rasuah yang dikatakan melibatkan Mohd Fairuz ini. Beliau dengan megah dan cukup berani membuat pendedahan melalui sidang media mengenai kes rasuah ini kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sesungguhnya pendedahan beliau inilah yang telah mencemarkan segala kelicinan, kelancaran, kredibiliti dan intergriti kerajaan Pakatan Rakyat , khususnya PKR Pulau Pinang. Entah dari mana atau siapa yang telah menyebabkan beliau begitu nekad dan berkeyakinan penuh bahawa apa yang telah dilakukan oleh beliau itu mempunyai bukti yang secukupnya. Lantas pada 24 Februari yang lepas, beliau terus melaporkan kes rasuah yang dikatakan oleh beliau kepada SPRM, Pulau Pinang. Dan bermulalah episod panas kehidupan Mohd Fairuz ini. Selepas membuat laporan ini lalu tenggelamlah nama Amizudin Ahmat ni. Yang terkenal sekarang ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang iaitu Mohd Fairuz Khairuddin yang dikatakan terbabit dalam kes ini.

Sehingga kes ini telah disahkan selesai, manusia yang bernama Amizudin Ahmat ni tidak lagi muncul di media arus perdana seperti mana dia membuat pendedahan awal kes ini. Manusia ini tidak pernah dipersoalkan tentang niat dan tindakan yang telah diambilnya. Sesungguhnya inilah manusia yang harus dipersalahkan dalam kes Mohd Fairuz ini sehingga beliau nekad untuk melepaskan jawatan ADUN Penanti yang disandangnya.

Akibat daripada tindakan ini maka Mohd Fairuz ini sekali lagi menjadi bahan tohmahan pemimpin-pemimpin BN dan media pro BN ni. Sepatutnya segenap media BN dan media alternatif Pakatan Rakyat harus menghukum manusia bernama Amizudin Ahmat ni dan bukannya Mohd Fairuz ni. Tindakan sekarang ni samalah ertinya lembu punya susu, sapi dapat nama. Pakatan Rakyat dan PKR khususnya seharusnya menghakimi manusia yang bernama Azimudin Ahmat ini secukup-cukupnya. Ini kerana tindakan bodoh dia ni telah mencemar dan boleh menghapuskan kepercayaan rakyat terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

2. Datuk Ahmad Said, Pengerusi SPRM dan Pengarah Siasatan Jenayah SPRM, Datuk Syukri Abdul.

Datuk Ahmad Said selaku Pengerusi SPRM dengan begitu angkuh, sombong dan yakin seyakin-yakinnya bahawa ada kes terhadap Mohd Fairuz ini. Sidang media yang beliau adakan dengan jelas mengatakan bahawa terdapat kes dengan jelas dalam kes ini dan SPRM akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Pernyataan ini dibuat sebelum penyiasan lengkap dijalankan kepada Mohd Fairuz dan kes ini.

Pengarah Siasatan Jenayah SPRM, Datuk Syukri Abdul pula tanpa berpandukan fakta yang sahih lagi nyata telah memberi kenyataan kepada meduia arus perdana bahawa Mohd Fairuz ini mempunyai kaitan dalam kes ini. Beliau menjelaskan bahawa kes ini menjadi keutamaan SPRM pada waktu ini. SPRM akan mendakwa mereka yang disabitkan dengan rasuah di mahkamah tidak lama lagi.

Melalui kenyataan-kenyataan awal dua tokoh utama SPRM ini maka media arus perdana BN telah menggambarkan seolah-olah Mohd Fairuz ini bersalah. Kini setelah keputusan didapati sebaliknya mengapa dua tokoh ini terus mendiamkan diri.

Apakah tindakan awal mereka ini mempunyai niat yang tidak baik terhadap Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Sepatutnya mereka ini harus menunjukkan kredibiliti dan intergriti masing-masing dalam kes Mohd Fairuz ini. Berdasarkan pernyataan awal mereka ini yang langsung bercanggah dengan keputusan siasatan malah telah meninggalkan implikasi yang besar kepada suasana politik negara, sewajarnya mereka ini melepaskan jawatan masing-masing. Percayalah sekiranya tindakan ini tidak diambil dengan rasa tanggungjawab oleh kedua-dua manusia ini maka rakyat akan terus hilang percaya kepada ketelusan SPRM ini dalam kerja mereka. Ini buklan kali pertama SPRM bermain polemik dengan rakyat Malaysia. Sebelum ni pun sudah nampak dengan jelas Pengerusi SPRM ini bukanlah seorang yang boleh dipercayai dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai badan penting dalam pembentukan masyarakat yang berintergriti.

3. Media Arus Perdana

Tidak perlu diulaskan dengan panjang lebar bagaimana penulisan di dada akhbar arus perdana dalam melaporkan kes Mohd Fairuz ini. Sesungguhnya segala laporan yang berkaitan dengan Mohd Fairuz ini salah dan berniat jahat. Sesungguhnya tindakan melepaskan jawatan Adun Penanti ini adalah kerana laporan tulisan yang dipaparkan pada arus perdana ini. Jelas laporan media arus perdana ini sentiasa tidak adil dan profesionalisme. Kini mereka pula mempertikaikan keputusan Mohd Fairuz melepaskan jawatan Adun Penanti sedangkan merekalah yang menggambarkan bahawa Mohd Fairuz ini seorang yang keji dan perasuah. Apakah ini adil untuk Mohd Fairuz yang telah bersusahpayah membersihkan namanya daripada laporan palsu seerta berniat jahat media arus perdana ini.

Melihat kepada laporan media arus perdana ini jelaslah kepada kita bahawa akhbar ini bukanlah wadah terbaik untuk rakyat menilai sesuatu isu yang terjadi dalam negara kita. Sekadar memberi contoh, rancangan Analisis Awani bersama Timbalan Pengarah Jabatan Intergriti Malaysia beberapa hari lalu jelas menunjukkan bahawa mereka dengan jelas dan nyata untuk menunjukkan kepada masyarakat dan rakyat bahawa tindakan Mohd Fairuz dan PKR serta Pakatan Rakyat dalam perletakan jawatan Adun Penanti ini berniat jahat.

Mengapakan wartawan yang mengatakan mereka ini pencetus minda rakyat dalam semua arus perdana sanggup untuk memutarbelitkan fakta demi kepentingan kedudukan dan pangkat mereka. Sesungguhnya mereka inilah golongan yang cukup hina kerana segala dakyah penyebaran palsu mereka ini boleh menghuruharakan kesejahteraan rakyat. Dalam kes Mohd Fairuz ini sehingga kepada perletakan jawatan beliau sebagai Adun Penanti, media-media arus perdana inilah seharusnya dipersalahkan kerana laporan mereka yang salah dan berkepentingan telah menyebabkan suasana politik dan rakyat Pulau Pinang dalam keadaan bahaya. Apakah mereka ini termasuk dalam golongan mereka yang boleh dipercayai ?

4. Lim Guan Eng, Ketua menteri Pulau Pinang.

Tahniah dan syabas kepada Lim Guan Eng kerana mampu bertahan dengan desakan daripada segala pertanyaan dan persoalan daripada arus perdana yang jahat ini. Sepanjang menghadapi kes ini beliau telah menunjukkan semangat setiakawan yang cukup tinggi. Sedikit yang tercakap mungkin tidak harus diperbesar-besarkan oleh parti-parti kompenen Pakatan Rakyat. Segaklanya boleh dibincangkan dengan aman damai dalam majlis Pakatan Rakyat. Jadikan segala masalah yang timbul sebagai panduan untuk memantapkan daya kredibiliti dan intergriti dalam pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Gunakan peluang pemerintahan dan kepercayaan rakyat ini dengan penuh tanggungjawab.

5. Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tidak perlu diulaskan lanjut tentang tindakan yang telah diambil oleh Penasihat Umum PKR ini. Kenyataan ikhlas beliau dari awal bahawa sekiranya terdapat pemimpin PKR yang disabitkan dengan rasuah akan diambil tindakan masih tidak lari daripada landasan.

Yang pelik sekarang tindakan yang ikhlas dan penuh berhemah ini telah dimanipulasikan oleh media dan pemimpin BN sebagai tidak betul pulak dan sengaja menghuruharakan negara. Keputusan belai yang agak lewat untuk mengumumkan keputusan menggantikan jawatan mohd Fairuz sebelum ini rupanya berdasarkan pertimbangan yang sewajarnya. Kebenaran terserlah akhirnya.

Cuma ketegasan dan tindakan nekad Mohd Fairuz ini menjadi penghalang penyelesaian masalah ini. Tapi rakyat dah mulai memahami tindakan dan pertimbangan yang lewat yang telah diambil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sesungguhnya sifat bertanggungjaeab dan kredibiliti pemimpin ini dalam melahirkan pemimpin PKR yang bersih dapat dijelaskan oleh Mohd Fairuz ini. Teruskan tindakan bijak dan berhemah ini. Jangan hancurkan harapan rakyat yang mula memilih Pakatan Rakyat sebagai pegangan mereka.

6. Pemimpin-pemimpin BN

Dari mula pendedahan awal oleh Amirudin Ahmat, disusuli kenyataan terbuka pegawai SPRM ditambah pula dengan laporan songsang media, pemimpin-pemimpin BN ni berlumba-lumba memberi kenyataan menghentam dan memburukkan Pakatan Rakyat dan PKR khususnya. Tanpa ada harga diri dan bermaruah mereka ini membuat kenyataan palsu untuk tatapan rakyat. Tindakan bodoh pemimpin-pemimpin BN ini sebenarnya telah memperbodohkan rakyat dan menimbulkan suasana panas di Pulau Pinang.

kini dengan penjelasan oleh pihak SPRM berdasarkan siasatan penuh jelas terbukti kepada rakyat malaysia bahawa pemimpin-pemimpin BN ini sebenarnya pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan penipu. Hanya kerana kuasa mereka sanggup menipu dan meracuni pemikiran rakyat. Apakah ini pemimpin sebuah negara yang dikatakan berdaulat. Sedarlah bahawa pemimpin-pemimpin BN ni sentiasa cuba menipu rakyat. Keadaan kesejahteraan rakyat dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia bukanlah keutamaan mereka.

Pemimpin BN ni sanggup untuk menghuruharakan rakyat demi mengekalkan kuasa mereka. Renunglah dan lihatlah bagaimana tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pemimpin BN ini telah banyak menimbulkan kerosakan kepada kehidupan rakyat. Dan apa yang pasti pemimpin BN ini sudah tidak layuak lagi untuk dijadikan tempat bergantung dan mencorak masa depan negara. Percayalah negara Malaysia tidak akan mencapai ketamadunan bangsa malaysia selagi negara ini dipimpin oleh pemimpin BN yang jelas gilakan kuasa dan kekayaan sendiri ini. Fikirkanlah .

Kini kes rasuah Mohd Fairuz ini telah ditutup tetapi kekosongan Adun Penanti rakyat Pulau Pinang dan Malaysia. Kini setelah segala tindakan durjana serta tidak bertanggungjawab yang telah dimainkan oleh pihak-pihak tertentu dalam mencetuskan situasi di Adun Penanti , rakyat sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk membuat penentuan. Waktu ini media arus perdana dengan segenap wartawan bodoh mereka terus mereka cipta seribu kisah tentang keburukan PKR dan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Rentetan daripada kes rasuan Mohd Fairuz ini seharusnya menyedarkan rakyat bahawa semuan ini bukanlah mainan politik PKR dan Pakatan Rakyat tetapi segala perancangan halus dan teliti tetapi cukup hina yang telah dimainkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan daripada kerajaan BN.

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat bersedialah menghadapi strategi yang akan diambil oleh SPR. Buat masa ini SPR adalah kunci yang boleh memenangkan BN. Kuasa rakyat hanya perlu disedarkan sehingga mereka membuang undi dan memilih PKR ataupun Pakatan Rakyat.
Percayalah bahawa BN akan berusaha bermati-matian untuk menang di Dun Penanti ni. Biar apapun terjadi yang pasti kuatkan dan teguhkan sokongan rakyat. Kemenangan akan menunjukkan perjalanan Pakatan Rakyat semakin hampir untuk memerintah negara. Rakyat bersedia untuk memilih Pakatan Rakyat sekiranya segala tindakan itu masih berlandasankan ketelusan dan berjuang untuk rakyat.

Kepada Mohd Fairuz dan barisan peguam-peguamnya yang telag bersusahpayah membuat persediaan untuk menghadapi pendakwaan tetapi kini tidak menjadi kenyataan, ambillah tindakan yang sewajarnya ke atas pihak-pihak yang nyata berniat jahat demi maruah Mohd Fairuz serta kredibiliti Pakatan Rakyat umumnya. Rakyat sentiasa peka dan mampu menghakimi tindakan yang bijak dan sewajarnya oleh Mohd Fairuz dan peguam-peguamnya. Rakyat Malaysia sekarang ni dah bijaksana. Selagi tindakan itu betul maka rakyat akan terus berdiri teguh dibelakang tanpa meminta apa-apa bayaran.

BUKTIKAN KEBENARAN, TEGAKKAN KEADILAN

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: