SUHAKAM : bebas, tidak berpihak dan selari dengan Prinsip Paris.
#fullpost {display:none;}
Suhakam jawab dakwaan
KUALA LUMPUR 4 Julai – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menegaskan kesemua kenyataan yang dikeluarkan oleh pihaknya bersifat bebas, tidak berpihak dan selari dengan Prinsip Paris.
Setiausaha Suhakam, Hashimah Nik Jaafar dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya mengeluarkan kenyataan berhubung krisis Perlembagaan Perak setelah dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat penuh suruhanjaya itu pada 11 Mei lalu.
”Suhakam ingin menekankan bahawa kenyataan itu dibuat berdasarkan pandangan yang telah dipersetujui kesemua pesuruhjaya kecuali seorang dengan semangat melindungi dan mempromosi hak asasi manusia,” ujarnya.
Menurutnya, Suhakam mengeluarkan kenyataan ini kerana terpanggil untuk memberi jawapan balas kepada beberapa soalan yang ditimbulkan oleh beberapa Ahli Parlimen mengenai sikap tidak berpihak (neutral) anggota-anggotanya.
Jelasnya, perkara itu telah dikemukakan oleh beberapa ahli Parlimen dalam perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Pindaan) 2009 di Dewan Rakyat kelmarin.
ADMIN – KedahLaNie TIME – 11:18 AM 0 Komen Anda Labels: Isu Semasa, Utusan Malaysia
Kisah Emas : MB akan Tutup Kuari Jika Benar
#fullpost {display:none;}
Emas Di Kedah, MB Arah Tutup Kuari Jika Benar
Kerajaan negeri akan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menutup kawasan kuari di Kampung Jelutung, dekat Pendang jika pihak berkuasa mengesahkan logam kuning berkilauan yang ditemui penduduk di situ adalah emas.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata beliau sudah mengarahkan PTG serta Jabatan Mineral dan Geosains menjalankan kajian ke atas logam berkilau yang ditemui dan didakwa emas oleh penduduk sejak Rabu lalu.
“Bahagian teknikal di jabatan itu akan menentukan terlebih dulu sama ada logam berkenaan adalah emas atau bahan lain yang menyerupai emas.
“Hasil kajian itu mereka juga akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri mengenai langkah yang perlu diambil selepas itu.
“Jika ia mengandungi emas, PTG akan mengawal kawasan berkenaan supaya logam berkenaan tidak boleh dilombong sesuka hati kerana ia adalah hasil kerajaan negeri berdasarkan Enakmen Mineral.
“Kerajaan juga tidak mahu kegiatan mencari emas itu berleluasa sehingga tidak terkawal seperti apa yang terjadi di Lubuk Mandi, Terengganu kerana ia akan mengancam keselamatan orang ramai,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau mengiringi Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin menyampaikan tauliah Pegawai Kadet Siswa Diploma 2009 di Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas, di sini.
Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai Kampung Jelutung, Pendang yang gempar apabila beratus-ratus penduduk sekitar menyerbu sebuah tapak kuari seluas satu hektar di kampung itu berikutan penemuan sejenis logam dipercayai emas sejak Rabu lalu.
Seorang penduduk, Yaakub Yunus, 68, dilaporkan berkata selepas mendapatkan pengesahan di sebuah kedai emas di Tanah Merah, di sini bahawa logam yang ditemui pada batu di situ adalah emas, dia terus ke tapak kuari itu untuk mendapatkan batu terbabit.
Berikutan itu, penduduk menggunakan pelbagai peralatan, termasuk cangkul dan penukul untuk memecahkan batu yang mengandungi emas di situ.
Azizan berkata, setakat ini kerajaan masih belum dapat memastikan sama ada kawasan sekitar tapak kuari itu mengandungi deposit emas yang boleh dikomersialkan.
Katanya, jika logam itu disahkan emas dan ia mempunyai deposit yang tinggi serta boleh dilombong secara komersial, kerajaan negeri bersedia memanfaatkan sumber galian itu supaya memberi hasil kepada negeri ini. -BH
ADMIN – KedahLaNie TIME – 7:32 AM 0 Komen Anda Labels: Pendang, Ust Azizan razak
Darul Aman ‘panas’
#fullpost {display:none;}
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
ANUAR (tengah) terpaksa menenangkan pemain kedua-dua pasukan ekoran
pergaduhan pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.
PERTEMBUNGAN antara Kuala Muda Naza (KM Naza) bertemu Kedah yang awalnya disangkakan hambar menjadi sebaliknya apabila kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan pantas sebaik perlawanan bermula.
Begitupun, aksi ‘panas’ yang memperlihatkan insiden pergaduhan antara pemain kedua-dua pasukan itu menyaksikan Kedah berjaya menewaskan KM Naza 4-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.
Akibat tindakan agresif pemain dari kedua-dua wakil negeri Kedah itu menyebabkan mereka terpaksa bermain 10 pemain ketika babak pertama hanya berbaki dua minit sebelum ditamatkan.
Pemain tengah KM Naza, Zul hissyam Jamaluddin serta pertahanan Kedah, Shafizan Hashim diarahkan keluar padang oleh penga- dil perlawanan, Anuar Che Hussin selepas mereka berbalas tumbukan.
Insiden itu berpunca apabila Zulhissyam mengasari pemain tengah Kedah, Shahrulnizam Mustaffa.
Sebelum itu, Kedah terlebih dulu berada di depan hasil jaringan Bad- rol Bakhtiar pada minit ke-15.
Tuan rumah memperoleh jaringan kedua menerusi Mohd. Azrul Ahmad pada minit ke-48.
Selepas permainan kembali tenang, perlawanan pula terpaksa dihentikan pada minit ke-62 selama 15 minit akibat salah satu daripada empat lampu limpah stadium terpadam.
Seminit selepas lampu kembali menyala, Khyril Muhymeen Zambri meledakkan dua jaringan Kedah pada minit ke-78 dan 80.
Tuan rumah sekali lagi ditimpa malang apabila Azizi Mat Rose dilayangkan kad merah seminit sebelum perlawanan tamat.
Sementara itu, Perlis menang 1-0 ke atas Johor FC, KL Plus membelasah Negeri Sembilan 5-2, UPB-MyTeam tewas 1-4 kepada Selangor manakala Pulau Pinang menewaskan PDRM 2-0.
Di Kota Bharu, Kelantan meraih mata penuh selepas membenam Pahang 3-2, sementara Terengganu seri 1-1 dengan Perak di Kuala Terengganu.
ADMIN – KedahLaNie TIME – 6:54 AM 0 Komen Anda
Pos Malaysia ejen insurans kereta lama
#fullpost {display:none;}
BACHOK – Kementerian Kewangan akan melaksanakan sistem perkongsian atau ‘pool system’ antara syarikat insurans untuk mengatasi kemelut yang dihadapi para pemilik 4.8 juta kenderaan berusia lebih 10 tahun atau berharga bawah RM10,000.
Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, bagi penyelesaian dalam tempoh terdekat ini, pihaknya melalui Bank Negara Malaysia (BNM) bersetuju menggalakkan Pos Malaysia Berhad menjadi ejen perkhidmatan itu.
“Kerajaan sedar masalah syarikat insurans yang enggan memberi perlindungan kepada kenderaan berumur lebih 10 tahun atau berharga RM10,000 ke bawah yang beroperasi di atas jalan raya kerana merugikan mereka,” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan beberapa syarikat insurans yang kini menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan berharga bawah RM10,000, termasuk teksi, kerana menganggap ia tidak menguntungkan.
ADMIN – KedahLaNie TIME – 6:49 AM 0 Komen Anda
PENDANG – “Kami tidak peduli, batu ini tetap ada emas!”
#fullpost {display:none;}
Kuari jadi tumpuan kumpulan kemaruk emas
Oleh SHAH NIZAM OMAR
BERITA penemuan ketulan emas umpama besi berani yang menarik orang ramai
mengunjungi kawasan kuari di Pendang, Kedah semalam.
PENDANG – “Kami tidak peduli, batu ini tetap ada emas!”
Itulah pendirian beberapa pencari emas di Kampung Jelutong di sini walaupun ada pakar termasuk dari Jabatan Mineral dan Geosains mengesahkan ia cuma besi sulfat yang dikenali sebagai pyrite.
Malah, tinjauan Kosmo! Ahad semalam mendapati keghairahan orang ramai mencuba nasib mencari emas di situ semakin menjadi-jadi.
Rata-rata penduduk yakin ketulan emas di dalam batu yang mula dijumpai empat hari lalu merupakan emas yang masih belum matang dan masih ada nilai.
Mereka tetap berduyun-duyun ke situ tanpa menghiraukan arahan pemilik kuari di situ yang menutup kawasan berkenaan.
Pencari emas, Che Bedah Ibrahim, 52, masih menaruh harapan ia galian bernilai dan akan menyimpannya sehingga ada pengesahan rasmi dibuat oleh pihak-pihak tertentu.
ADMIN – KedahLaNie TIME – 6:48 AM 0 Komen Anda
Ananda bida Newcastle
#fullpost {display:none;}
GAMBAR skuad Newcastle United bagi musim 2008/09. Jika Ananda,
manusia ke-62 terkaya di dunia, bersetuju membeli Newcastle, beliau akan
dianggap penyelamat skuad Magpies itu yang pernah muncul naib juara Liga
Perdana England pada 1996/97 dan 1997/98.
|
|
| KERATAN laman web The Sun UK semalam. |
LONDON – Akhbar The Sun di Britain semalam mendedahkan identiti bilionair dari Malaysia yang mahu membeli kelab bola sepak Newcastle United sebagai T. Ananda Krishnan.
Ananda yang merupakan taikun media di Malaysia dilaporkan berhasrat membeli kelab itu pada harga £95 juta (RM547 juta).
Dari segi kekayaan, mengikut majalah Forbes, beliau kini berada di tangga ke-62 dalam senarai tahunan bilionair terkaya di dunia dengan harta yang dianggarkan berjumlah £4.2 bilion (RM22 bilion).
Di Malaysia, beliau berada di tempat kedua terkaya selepas Tan Sri Robert Kuok yang memiliki harta sebanyak RM31.5 bilion.
Ananda dilaporkan menjadi pilihan utama pemilik Newcastle, Mike Ashley selepas mereka mengadakan perbincangan.
Ashley dilaporkan bersetuju untuk menjual kelab itu kurang £40 juta (RM230.33 juta) daripada harga belian asalnya pada 2007.
Menurut The Sun, Ananda mungkin mengekalkan Alan Shearer sebagai pengurus kelab itu.
ADMIN – KedahLaNie TIME – 6:42 AM 0 Komen Anda
TAHNIAH kpd PKR kedah Kerana Berani
#fullpost {display:none;}
Apa khabar semua,
Hari ini PKR KEDAH telah membuat tindakkan yang berani terhadapa individu-individu yang muka PKR jiwa UMNO.TERMAKTUBLAH DALAM SEJARAH pkr KEDAH beberapa cabang PKR di gantung kerana mempunyai pelbagai masalah.Bermula dari maslah disiplin hingga ke masalah KETUA BAHAGIAN KELUAR PKR pun ada.Ketika ini ramai yang nak join PKR ada pulak juak-juak yang keluar PKR,apa la punya turrrr…Saya bukannya hendak mendedahkan masalah CABANG-CABANG PKR kedah tetapi masAlah yang di timbulkan di CABANG-CABANG telah menjadi satu fitnah yang dasyat sehinggakan ada pihak yang mempercayai secara membabi buta,tapi bukan SELSEMA BABI.Masalah yang di timbulkan bukannya dari AHLI BIASA mahupun AJK CABANG akan tetapi di lakukan oleh orang yang mempunyai jawatan seperti AHLI MAJLIS,KETUA BAHAGIAN dan TIMBALAN KETUA BAHAGIAN.Selepas itu ada pula yang ugut nak keluar PARTI jika permintaan tidak di penuhi oleh MB KEDAH,merapu betul la puak ni..
Antara cabang yang di gantung sementara antaranya KULIM BB,PADANG SERAI,JERAI,JERLUN,POKOK SENA dan YANG TERAKHIR MUNGKIN PENDANG.kESEMUA CABANG yang di gantung di mempunyai masalah sehinggakan menyebabbkan DSAI sendiri pun susah nak selesaikannya.Natijahnya supaya kumpulan-kumpulan berkepEntIngan di dalam PKR CABANG mempunyai maslah untuk bergerak.Biarpun tindakkan ini akan mendapat tentengan dari beberapa CABANG yang di gantung TETAPI IA BUKAN MENJADI MASALAH JIKA bekas ASKAR SAHAJA YANG MENGAMUK.SEKALI LAGI SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PKR KEDAH PABILA BERANI.
WASSALAM
ADMIN – KedahLaNie TIME
SUHAKAM : bebas, tidak berpihak dan selari dengan Prinsip Paris.
Suhakam jawab dakwaan
KUALA LUMPUR 4 Julai – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menegaskan kesemua kenyataan yang dikeluarkan oleh pihaknya bersifat bebas, tidak berpihak dan selari dengan Prinsip Paris.
Setiausaha Suhakam, Hashimah Nik Jaafar dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya mengeluarkan kenyataan berhubung krisis Perlembagaan Perak setelah dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat penuh suruhanjaya itu pada 11 Mei lalu.
”Suhakam ingin menekankan bahawa kenyataan itu dibuat berdasarkan pandangan yang telah dipersetujui kesemua pesuruhjaya kecuali seorang dengan semangat melindungi dan mempromosi hak asasi manusia,” ujarnya.
Menurutnya, Suhakam mengeluarkan kenyataan ini kerana terpanggil untuk memberi jawapan balas kepada beberapa soalan yang ditimbulkan oleh beberapa Ahli Parlimen mengenai sikap tidak berpihak (neutral) anggota-anggotanya.
Jelasnya, perkara itu telah dikemukakan oleh beberapa ahli Parlimen dalam perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Pindaan) 2009 di Dewan Rakyat kelmarin.
Kisah Emas : MB akan Tutup Kuari Jika Benar
Emas Di Kedah, MB Arah Tutup Kuari Jika Benar
Kerajaan negeri akan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menutup kawasan kuari di Kampung Jelutung, dekat Pendang jika pihak berkuasa mengesahkan logam kuning berkilauan yang ditemui penduduk di situ adalah emas.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata beliau sudah mengarahkan PTG serta Jabatan Mineral dan Geosains menjalankan kajian ke atas logam berkilau yang ditemui dan didakwa emas oleh penduduk sejak Rabu lalu.
“Bahagian teknikal di jabatan itu akan menentukan terlebih dulu sama ada logam berkenaan adalah emas atau bahan lain yang menyerupai emas.
“Hasil kajian itu mereka juga akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri mengenai langkah yang perlu diambil selepas itu.
“Jika ia mengandungi emas, PTG akan mengawal kawasan berkenaan supaya logam berkenaan tidak boleh dilombong sesuka hati kerana ia adalah hasil kerajaan negeri berdasarkan Enakmen Mineral.
“Kerajaan juga tidak mahu kegiatan mencari emas itu berleluasa sehingga tidak terkawal seperti apa yang terjadi di Lubuk Mandi, Terengganu kerana ia akan mengancam keselamatan orang ramai,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau mengiringi Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin menyampaikan tauliah Pegawai Kadet Siswa Diploma 2009 di Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas, di sini.
Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai Kampung Jelutung, Pendang yang gempar apabila beratus-ratus penduduk sekitar menyerbu sebuah tapak kuari seluas satu hektar di kampung itu berikutan penemuan sejenis logam dipercayai emas sejak Rabu lalu.
Seorang penduduk, Yaakub Yunus, 68, dilaporkan berkata selepas mendapatkan pengesahan di sebuah kedai emas di Tanah Merah, di sini bahawa logam yang ditemui pada batu di situ adalah emas, dia terus ke tapak kuari itu untuk mendapatkan batu terbabit.
Berikutan itu, penduduk menggunakan pelbagai peralatan, termasuk cangkul dan penukul untuk memecahkan batu yang mengandungi emas di situ.
Azizan berkata, setakat ini kerajaan masih belum dapat memastikan sama ada kawasan sekitar tapak kuari itu mengandungi deposit emas yang boleh dikomersialkan.
Katanya, jika logam itu disahkan emas dan ia mempunyai deposit yang tinggi serta boleh dilombong secara komersial, kerajaan negeri bersedia memanfaatkan sumber galian itu supaya memberi hasil kepada negeri ini. -BH
Darul Aman ‘panas’

pergaduhan pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.
PERTEMBUNGAN antara Kuala Muda Naza (KM Naza) bertemu Kedah yang awalnya disangkakan hambar menjadi sebaliknya apabila kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan pantas sebaik perlawanan bermula.
Begitupun, aksi ‘panas’ yang memperlihatkan insiden pergaduhan antara pemain kedua-dua pasukan itu menyaksikan Kedah berjaya menewaskan KM Naza 4-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.
Akibat tindakan agresif pemain dari kedua-dua wakil negeri Kedah itu menyebabkan mereka terpaksa bermain 10 pemain ketika babak pertama hanya berbaki dua minit sebelum ditamatkan.
Pemain tengah KM Naza, Zul hissyam Jamaluddin serta pertahanan Kedah, Shafizan Hashim diarahkan keluar padang oleh penga- dil perlawanan, Anuar Che Hussin selepas mereka berbalas tumbukan.
Insiden itu berpunca apabila Zulhissyam mengasari pemain tengah Kedah, Shahrulnizam Mustaffa.
Sebelum itu, Kedah terlebih dulu berada di depan hasil jaringan Bad- rol Bakhtiar pada minit ke-15.
Tuan rumah memperoleh jaringan kedua menerusi Mohd. Azrul Ahmad pada minit ke-48.
Selepas permainan kembali tenang, perlawanan pula terpaksa dihentikan pada minit ke-62 selama 15 minit akibat salah satu daripada empat lampu limpah stadium terpadam.
Seminit selepas lampu kembali menyala, Khyril Muhymeen Zambri meledakkan dua jaringan Kedah pada minit ke-78 dan 80.
Tuan rumah sekali lagi ditimpa malang apabila Azizi Mat Rose dilayangkan kad merah seminit sebelum perlawanan tamat.
Sementara itu, Perlis menang 1-0 ke atas Johor FC, KL Plus membelasah Negeri Sembilan 5-2, UPB-MyTeam tewas 1-4 kepada Selangor manakala Pulau Pinang menewaskan PDRM 2-0.
Di Kota Bharu, Kelantan meraih mata penuh selepas membenam Pahang 3-2, sementara Terengganu seri 1-1 dengan Perak di Kuala Terengganu.
Pos Malaysia ejen insurans kereta lama
BACHOK – Kementerian Kewangan akan melaksanakan sistem perkongsian atau ‘pool system’ antara syarikat insurans untuk mengatasi kemelut yang dihadapi para pemilik 4.8 juta kenderaan berusia lebih 10 tahun atau berharga bawah RM10,000.
Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, bagi penyelesaian dalam tempoh terdekat ini, pihaknya melalui Bank Negara Malaysia (BNM) bersetuju menggalakkan Pos Malaysia Berhad menjadi ejen perkhidmatan itu.
“Kerajaan sedar masalah syarikat insurans yang enggan memberi perlindungan kepada kenderaan berumur lebih 10 tahun atau berharga RM10,000 ke bawah yang beroperasi di atas jalan raya kerana merugikan mereka,” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan beberapa syarikat insurans yang kini menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan berharga bawah RM10,000, termasuk teksi, kerana menganggap ia tidak menguntungkan.
PENDANG – “Kami tidak peduli, batu ini tetap ada emas!”
Kuari jadi tumpuan kumpulan kemaruk emas

mengunjungi kawasan kuari di Pendang, Kedah semalam.
PENDANG – “Kami tidak peduli, batu ini tetap ada emas!”
Itulah pendirian beberapa pencari emas di Kampung Jelutong di sini walaupun ada pakar termasuk dari Jabatan Mineral dan Geosains mengesahkan ia cuma besi sulfat yang dikenali sebagai pyrite.
Malah, tinjauan Kosmo! Ahad semalam mendapati keghairahan orang ramai mencuba nasib mencari emas di situ semakin menjadi-jadi.
Rata-rata penduduk yakin ketulan emas di dalam batu yang mula dijumpai empat hari lalu merupakan emas yang masih belum matang dan masih ada nilai.
Mereka tetap berduyun-duyun ke situ tanpa menghiraukan arahan pemilik kuari di situ yang menutup kawasan berkenaan.
Pencari emas, Che Bedah Ibrahim, 52, masih menaruh harapan ia galian bernilai dan akan menyimpannya sehingga ada pengesahan rasmi dibuat oleh pihak-pihak tertentu.
Ananda bida Newcastle

manusia ke-62 terkaya di dunia, bersetuju membeli Newcastle, beliau akan
dianggap penyelamat skuad Magpies itu yang pernah muncul naib juara Liga
Perdana England pada 1996/97 dan 1997/98.
![]() |
![]() |
|
KERATAN laman web The Sun UK semalam.
|
LONDON – Akhbar The Sun di Britain semalam mendedahkan identiti bilionair dari Malaysia yang mahu membeli kelab bola sepak Newcastle United sebagai T. Ananda Krishnan.
Ananda yang merupakan taikun media di Malaysia dilaporkan berhasrat membeli kelab itu pada harga £95 juta (RM547 juta).
Dari segi kekayaan, mengikut majalah Forbes, beliau kini berada di tangga ke-62 dalam senarai tahunan bilionair terkaya di dunia dengan harta yang dianggarkan berjumlah £4.2 bilion (RM22 bilion).
Di Malaysia, beliau berada di tempat kedua terkaya selepas Tan Sri Robert Kuok yang memiliki harta sebanyak RM31.5 bilion.
Ananda dilaporkan menjadi pilihan utama pemilik Newcastle, Mike Ashley selepas mereka mengadakan perbincangan.
Ashley dilaporkan bersetuju untuk menjual kelab itu kurang £40 juta (RM230.33 juta) daripada harga belian asalnya pada 2007.
Menurut The Sun, Ananda mungkin mengekalkan Alan Shearer sebagai pengurus kelab itu.
TAHNIAH kpd PKR kedah Kerana Berani
Apa khabar semua,
Hari ini PKR KEDAH telah membuat tindakkan yang berani terhadapa individu-individu yang muka PKR jiwa UMNO.TERMAKTUBLAH DALAM SEJARAH pkr KEDAH beberapa cabang PKR di gantung kerana mempunyai pelbagai masalah.Bermula dari maslah disiplin hingga ke masalah KETUA BAHAGIAN KELUAR PKR pun ada.Ketika ini ramai yang nak join PKR ada pulak juak-juak yang keluar PKR,apa la punya turrrr…Saya bukannya hendak mendedahkan masalah CABANG-CABANG PKR kedah tetapi masAlah yang di timbulkan di CABANG-CABANG telah menjadi satu fitnah yang dasyat sehinggakan ada pihak yang mempercayai secara membabi buta,tapi bukan SELSEMA BABI.Masalah yang di timbulkan bukannya dari AHLI BIASA mahupun AJK CABANG akan tetapi di lakukan oleh orang yang mempunyai jawatan seperti AHLI MAJLIS,KETUA BAHAGIAN dan TIMBALAN KETUA BAHAGIAN.Selepas itu ada pula yang ugut nak keluar PARTI jika permintaan tidak di penuhi oleh MB KEDAH,merapu betul la puak ni..
Antara cabang yang di gantung sementara antaranya KULIM BB,PADANG SERAI,JERAI,JERLUN,POKOK SENA dan YANG TERAKHIR MUNGKIN PENDANG.kESEMUA CABANG yang di gantung di mempunyai masalah sehinggakan menyebabbkan DSAI sendiri pun susah nak selesaikannya.Natijahnya supaya kumpulan-kumpulan berkepEntIngan di dalam PKR CABANG mempunyai maslah untuk bergerak.Biarpun tindakkan ini akan mendapat tentengan dari beberapa CABANG yang di gantung TETAPI IA BUKAN MENJADI MASALAH JIKA bekas ASKAR SAHAJA YANG MENGAMUK.SEKALI LAGI SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PKR KEDAH PABILA BERANI.
WASSALAM
Filed under: Umum











