ISU BABI DI WARUNG KOPI ANTARA MELAYU DAN CINA DI KEDAH

Oleh : Pembela

Alhamdulillah..akhirnya isu antara Dap dan kerajaan Pakatan Rakyat telah selesai. Itulah maklumat yang boleh kita percayai hasil pertemuan antara MB Kedah dan Lim Kit Siang yang diadakan di Kuala Lumpur pada petang Rabu lalu. Pastinya perjumpaan tersebut bukannya berlakunya empat mata sahaja (MB dan Lim Kit Siang), sebaliknya turut disertai oleh beberapa pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat Kedah serta pemimpin Dap Kedah yang lain.

Pertemuan ini diadakan ekoran tindakan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su, yang membuat pengumuman DAP keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Tindakan ini di ambil ekoran rasa tidak puashati mereka terhadap langkah kerajaan negeri Kedah pimpinan YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah yang tidak menghalang perobohan pusat penyembelihan babi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Kampung Berjaya, Alor Setar pada 1 Julai lalu.

Harapan dan kehendak rakyat khususnya di negeri Kedah supaya perkara ini dapat diselasai dengan baik nampaknya positif. Natijah pertemuan tersebut diharapkan dapat mengajak Dap kembali bercamtum dalam Pakatan Rakyat Kedah., sekaligus mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Apapun hasil pertemuan antara kedua belah pihak berhubung insiden tersebut, ia telah memberi beberapa pengajaran kepada semua pihak yang terlibat. Ia perlu menjadi iktibar di dalam membuat tindakan di masa depan. Ini kerana, bagi sesetengah rakyat di peringkat akar umbi, isu babi hangat diperdebatkan dan ia berlarutan menjadi bahan polimek politik yang begitu ketara.

Jelasnya, ada pihak yang pro, sebaliknya ada yang kontra terhadap isu ini. Samada ia pro ataupun kontra tetap ia memberi kesan baik dan buruk kepada pihak yang terlibat, khususnya kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh YAB Ustaz Azizan Hj Abdul Razak.

Seorang rakan keturunan Cina yang menjadi penyokong kuat Pakatan Rakyat di Kedah memberitahu saya dan seorang rakan lagi ketika kami minum petang di sebuah warung kopi bahawa, orang-orang Cina marah kepada kerajaan Kedah kerana merobohkan pusat sembelihan babi tersebut.

Katanya, tindakan tersebut tidak wajar sama sekali kerana boleh hilang punca rezeki mereka (pengusaha pusat sembelih babi). Parti MCA dan Gerakan pula dapat bola tanggung menghasut rakyat (Cina) supaya jangan mempercayai kepada parti – parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat terutamanya Pas.

“Apa salahnya, bina dulu pusat sembelihan babi dan kemudian barulah roboh… itu baru betul. Tindakan roboh macam tu…samalah seperti Umno/Bn juga. Kerajaaan Pakatan Rakyat Kedah macam tak reti berpolitik, katanya lagi.

Sambungnya lagi, habislah kerajaan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti. Bukan senang kita nak yakin orang Cina supaya sokong Pakatan Rakyat”.

Teman (Melayu) saya yang satu lagi terus mencelah, katanya, “Hang kena paham bahawa bukan kerajaan negeri yang arah roboh ataupun MBAS roboh sesuka hati, tetapi kes ini dah berlarutan panjang dan ramai orang di Kg Berjaya buat aduan tentang kedai sembelih babi tu… dah tak sesuai lagi ada kat situ”.

Kata teman saya lagi, cuba hang pi tanya orang-orang yang dok kawasan tu..mereka setuju roboh ataupun tidak. Tapi…maklumat yang aku dengar, ramai.. boleh kata majoriti orang kawasan itu setuju ia dirobohkan, sebab zaman Umno/Bn mereka tak mau roboh takut hilang undi Cina”.

“Pusat sembelihan tu… busuk, kotor dan tak sesuai berada di situ. Bangunannya usang.. tak standard langsung, macam tak ikut spesifikasi, katanya.

“Lagi satu….hang kena paham bahawa depa (Cina) yang buat rumah sembelih tu..tak ikut undang-undang. Dah lah babi tu haram (disisi umat Islam)… haram pulak disisi undang-undang. Jadi dua kali haram. Kalau dah 2 kali haram, beratlah kes nih, katanya sambil ketawa.

Teman Cina saya persoal teman yang mencelahnya tadi, kalau macam tuh… bagus lagi Umno/Bn… depa tak pi roboh. Kata nak jadi kerajaan adil, telus dan tak zalim rakyat”.

“Hang kata Umno/Bn bagus ? Otak hang surat khabar dan TV3 dah pusing kot, kata teman Melayu saya kepadanya.

Mendengar jawapan balas teman Melayu saya tersebut, dia (Cina) tak menjawab apa-apa. Ia seolah-olah tak mau terima hujah dari teman Melayu yang seorang itu. Dia bangun dan terus pergi tanpa minum dan kata apa-apa lagi. Saya dan teman tersebut jadi kebinggungan dan cuba berfikir apa akan jadi pada dia nanti. Bagaimana kami nak beri dia faham bahawa tindakan itu adalah wajar, mengikut undang-undang dan berkepentingan rakyat serta tidak menyekat hak pengusaha pusat sembelihan babi tersebut berniaga di tempat yang diluluskan oleh kerajaan. Lebih mustahak lagi bahawa kerajaan Pakatan Rakyat dan umat Islam tidak haling bukan Islam (Cina) makan babi di negara ini.

Rupa-rupannya babi ….salah satu ikon politik berpengaruh dalam masyarakat, khususnya orang Cina yang menjadi pemakannya dan juga kepada umat Islam yang sensitif dengannya.

Kemudian, dua hari berikutnya dia (Kawan Cina) datang lagi berjumpa saya di warung kopi yang sama, kebetulan pula teman yang berhujah dengannya ada sama di situ. Belumpun sempat duduk di kerusi warung tersebut, dia kata kepada kami, “Aku tahu dah….sebab apa MBAS pi runtuh tempat sembelih tuh”.

“ Depa tu (Penguatkuasa MBAS) ..masih ramai yang menjadi penyokong kuat Umno/Bn. Depa pi runtuh pusat sembelih babi untuk sabotaj kerajaan Pakatan Rakyat, biar orang Cina marah kepada MB dan kerajaan, katanya.

Katanya lagi, “depa (Penguatkuasa MBAS) ingat kita (orang Cina) ni..bodoh sangat. Betul kata hang….depa meniaga tak ada lesen dan tempat tu dah tak sesuai lagi.

Saya dan teman terkedu, bila dengar tiba-tuba berhujah begitu.

Dia sambung lagi, aku hairan… pasai apa kerajaan negeri tak tukar penguatkuasa Umno/Bn yang dok di MBAS tu. Buat apa nak simpan. Depa tu…macam gunting dalam lipatan… buat tindakan habis kacau bilau orang ramai, katanya.

Katanya lagi, Dap pun satu….. tak pasai-pasai nak meloncat keluar Pakatan Rakyat di Kedah. Habis…orang Cina jadi kelam kabut. Serabutttt…”.

“Bagus juga pi buat rumah sembelihan babi di tepi rumah Thomas Su (Pengerusi Dap Kedah/Perlis) yang tak tahu main politik tu. Biar dia tahu…. , katanya lagi.

Kami (saya dan teman) diam ..tak respon apa-apa kerana nampaknya dia semakin paham kedudukan isu roboh pusat sembelihan babi tersebut.

Berdasarkan kejadian (Cerita Benar) yang saya paparkan di atas, jelaslah kepada kita bahawa isu babi Kg Berjaya….ada pro dan kontra samada dikalangan penyokong Pakatan Rakyat ataupun rakyat biasa. Pihak yang pro ia dirobohkan ada hujahnya. Mungkin mereka memahami dari segi teknikal undang-undang, alam sekitar, kepentingan rakyat dan juga pembaharuan yang wajar dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Bagi yang kontra pula, mungkin ia melihat di sudut kepentingan politik, ekonomi dan terpengaruh dengan sikap dan telatah pemimpin parti-parti politik pembangkang di Kedah serta laporan media arus perdana yang memutarbelitkan cerita.

Oleh kerana ia mendatangkan kesan baik dan buruk, maka wajar ia diamati oleh semua peimpin Pakatan Rakyat bukan sekadar untuk kepentingan dan ‘survival’ politik, bahkan ia hendaklah menjurus kepada melaksanakan janji-janji Pakatan Rakyat dalam manifesto PRU 12 lalu. Lebih penting lagi, ia hendaklah berpaksikan kepada falsafah, dasar dan prinsip perjuangan parti yang diberi mandat menguasai kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pada hari ini.

Setiap isu yang berlaku ia tetap di ambil kesempatan oleh musuh politik Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan rakyat, di samping ia juga tidak terlepas menjadi bahan polimek dikalangan para penyokong Pakatan Rakyat itu sendiri. Adalah sukar ataupun hampir mustahil untuk kita memisahkan antara isu dan politik, begitu juga antara politik dan juga isu. Kedua-duanya saling berkait rapat. Hakikatnya ialah, isu lah….yang akan mencorak pola pemikiran dan persepsi rakyat terhadap sesuatu parti khususnya pemerintah.

Persoalannya ialah, adakah perlu bagi kita menjadikan semua hal atau kejadian itu sebagai bahan politik ? Tidak adakah cara lain yang boleh di ambil oleh pihak yang terlibat supaya sesuatu hal dan kejadian yang berlaku tersebut diselesaikan dalam bentuk lain..selain dari bentuk politik. Pastinya, kalau terlalu asyik berpolitik dalam semua hal dan kejadian, rakyat akan menjadi muak dan bosan.

Sesungguhnya yang rakyat mahu, bukan isu yang dihidangkan oleh pemain politik, sebaliknya melaksanakan janji-janji dalam manifesto PRU 12 lalu. Ahli politik samada yang telah menjadi kerajaan di peringkat negeri maupun persektuan, begitu juga parti politik pembangkang dalam Dun dan Parlimen perlu menumpukan usaha menyelesaikan permasalahan rakyat, menunaikan janji-janji kepada rakyat serta menyusun program memacu rakyat dari belenggu kehidupan yang semakin bercelaru samada dari segi moral, ekonomi, budaya, pendidikan dan banyak lagi yang berkait dengan kehidupan duniawi dan ukhrawi.

Ketahuilah bahawa rakyat akar umbi sedang menunggu apakah tindakan yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri, maupun kerajaan persekutuan supaya kehidupan mereka berada dalam keadaan selamat, aman, selesa dan harmoni. Sesungguhnya pemimpin yang dipertanggungjawabkan memerintah samada dari Pakatan Rakyat, maupun Umno/Bn akan bertemu dengan sekalian rakyatnya di akhirat kelak. Kalian yang memerintah akan dipersoalkan di atas amanah yang diberikan oleh kami sekalian.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME

Leave a Reply