Manek Urai : Pemimpin Pakatan Rakyat hendaklah contohi stail kehidupan TGNA

Tunaikan mandat rakyat dengan cara yang betul — Mohd Rashidi Hassan

JULAI 10 — Rakyat memberikan mandat besar dan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional, bermula pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac 2008.
Mandat dan kepercayaan ini diberikan kerana rakyat sudah semakin muak dengan pemerintahan Umno-BN yang mengamalkan korupsi, kronisme dan nepotisme.
Dalam tempoh 50 tahun pemerintahan Umno-BN, amalan ini semakin berleluasa sehingga pemimpin-pemimpin Umno dari peringkat Majlis Tertinggi sehingga ke peringkat cawangan, kebanyakkannya hidup mewah dan kaya raya.
Rakyat menolak Umno-BN kerana dengan kuasa politik, mereka memanipulasi sistem kehakiman negara. Membuat dakwaan terpilih dan melepaskan sebahagian besar pemimpin Umno-BN walaupun didapati bersalah mengamalkan jenayah rasuah politik wang.
Rakyat semakin muak dengan Umno-BN, kerana mereka tidak tahu mengurus ekonomi negara dan negeri dengan cara yang betul.
Dakwaan terhadap Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo terhadap kos pembinaan banglo termasuk pengambilan dua bidang tanah masing-masing berkeluasan 0.2 hektar dan 0.1 hektar itu, mencecah RM24 juta, hanyalah satu cebisan daripada jenayah rasuah pemimpin Umno.
Bukan sahaja Khir, malah Menteri-Menteri Besar di kalangan Umno yang lain juga, sering didakwa terbabit dengan penyelewengan harta rakyat termasuk dalam isu balak dan tanah.
Umno-BN juga ditolak rakyat kerana mengamalkan politik perkauman yang sempit dan sering memanipulasikan sentimen perkauman demi kepentingan politik mereka.
Bagi orang-orang Melayu, kerajaan yang dikuasai Umno-BN menyempitkan fungsi bahasa dan budaya bangsa serta merendahkan tahap akademik rakyat melalui perlaksanaan PPSMI.
Elemen-elemen penolakan rakyat terhadap penguasaan dan hegemoni Umno-BN terlalu banyak untuk dinukilkan.
Kejahatan dan kedurjanaan Umno-BN terhadap negara dan rakyat terlalu banyak sehingga rakyat kebanyakan sudah tidak mahu menerima mereka sebagai peneraju negara.
Hanya segelintir rakyat yang masih terjerat dengan permainan dan manipulasi media sahaja yang masih memberi sokongan kepada Umno-BN.
Justeru inilah masa yang terbaik untuk Pakatan Rakyat yang berjaya menguasai enam negeri dalam PRU ke-12 untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat boleh memerintah dengan baik, adil dan saksama.
Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat seharusnya menghentikan sebarang retorik, sebaliknya membongkar segala penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno-BN sebelum ini.
Selain itu, kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat mestilah tidak mengamalkan apa yang diamalkan oleh Umno-BN sebelum ini.
Pakatan Rakyat mesti bersih daripada amalan korupsi, kronisme dan nepotisme. Mestilah mengagihkan kekayaan dan sumber negeri secara adil kepada rakyat yang benar-benar layak memilikinya.
Manakala pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang diberi amanah memegang kuasa eksekutif di peringkat negeri, mestilah mencontohi stail kehidupan dan pemerintahan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang penuh dengan kesederhanaan.
Pemimpin Pakatan Rakyat hendaklah mengelakkan daripada amalan pembaziran dan hidup mewah, kerana tidak mahu rakyat menuding jari menyamakan Pakatan Rakyat dengan BN dikemudian hari.
Pakatan Rakyat juga mestilah menghentikan pertikaian dalam isu picisan seperti isu babi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Yang paling penting Pakatan Rakyat mesti membezakan cara pentadbiran dan pemerintahannya dengan Umno-BN.
Jika kita memahami mengapa Umno-BN ditolak rakyat, maka mulai dari sekarang, kita seharusnya memperlengkapkan diri untuk menerajui negara dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Umno-BN. — Harakah
Posted by Stone at 8:47 PM 0 comments  
Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Julai 10 — Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dari mula diperkenalkan sudah diakui sebagai satu dasar yang salah, hanya berasaskan satu sebab yang sangat penting.
PPSMI telah menafikan hak Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam sistem pendidikan nasional negara kita.
PPSMI akan dimansuhkan, secara berperingkat-peringkat, pemansuhan sepenuhnya adalah pada tahun 2012. Sedangkan dahulu, ia diperkenal dan dilaksanakan secara gopoh dan tergesa-gesa, hanya kerana mengikut kehendak seorang pemimpin.
Mengulas isu ini dan kenyataan Dr Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran, bahawa pembatalan PPSMI bakal menjimatkan RM40 juta wang kerajaan setahun, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang menyatakan, “inilah akibat jika dasar negara digubal melalui pembesar suara, dengar dan patuh sahaja!”
Fauzi turut melahirkan kerisauannya tentang pendekatan kerajaan Umno dan BN yang suka mewar-warkan sesuatu dasar tanpa terlebih dahulu menjalankan kajian terperinci tentangnya.
Akhirnya setelah didapati dasar tersebut memang bermasalah dan menyusahkan, ia dihentikan pada ketika negara sudah kerugian jutaan ringgit.
Pembaziran berlaku begitu sahaja semata-mata kerana ketidakcekapan pengurusan dasar dan ketakutan untuk membantah ego seorang pemimpin.
Fauzi, dalam hal ini, menganggap beban kesalahan dari masalah yang ditimbulkan oleh PPSMI ini juga wajib dipikul oleh kepimpinan Kerajaan Umno dan BN sekarang, walaupun dasar ini diperkenalkan ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada waktu dasar ini diperkenalkan, mereka bukan hanya mengia, bahkan memujinya melangit.
Ketika itu, mengikut Fauzi lagi, jangankan pemimpin pembangkang, jika ada pemimpin Umno dan BN sendiri di peringkat bawahan yang mempersoalkan dasar ini, mereka akan dikritik dan dikecam hebat. Walapun mereka tahu sama tahu yang dasar PPSMI ini adalah sesuatu yang salah.
Pesan Fauzi kepada pemimpin Umno dan BN, parti yang pernah – menjadi medan perjuangannya dahulu, cukuplah bebudaya burung belatuk, cukuplah berbudaya asyik mengangguk.
“Sekali pemimpin pergi sekali terhantuk, datang pemimpin baru, kembali menjadi belatuk. Bila mahu terngadah, parti rupanya sudah punah-ranah,” katanya. – TMI
Posted by Stone at 3:06 PM 0 comments  
Labels:

Thursday, July 9, 2009

Oleh Nasali Ismail
Kebakaran beberapa buah rumah di kampung Kerinci seminggu yang lalu menimbulkan pelbagai konflik yang belum berakhir. Selepas kebakaran tersebut, beberapa pimpinan politik baik daripada Pas, PKR dan Umno datang menziarahi mangsa-mangsa.
Antara yang hadir ialah Menteri Wilayah yang juga ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Raja Nong Chik. Kehadiran beliau telah disambut dengan herdikan daripada seorang mangsa. Khabarnya Raja Nong Chik melarikan diri ke dalam kereta. Mangsa yang berang dengan Raja Nong Chik terus meluru dan katanya menendang kereta beliau sehingga kemik.
Keesokan harinya sekali lagi Raja Nong Chik datang bersama dengan ‘puaka’ (Datin Seri Rosmah Mansur). Rosmah datang membawa bantuan untuk mangsa. Namun bantuan itu diberikan kepada mangsa-mangsa tertentu sahaja dan salah seorang mangsa kebakaran tidak menerima. Akibatnya isteri kepada mangsa kebakaran ini keluar dari rumah dan berdepan dengan Rosmah sambil mengatakan ‘ni barua’. Puas merah padam muka Rosmah dimaki oleh perempuan ini. Namun dia hanya mendiamkan diri. manakala juaknya Raja Nong Chik memujuk wanita ini dengan mengatakan petang nanti bantuan yang berbaki akan diberikan.
Kenapa begitu marah mangsa kebakaran ini kepada Rosmah dan Raja Nong Chik? Untuk makluman penduduk kampung Kerinchi ini merupakan sebahagian daripada penduduk yang diarahkan pindah ke perumahan PPR. Sebahagian mereka membantah kerana mereka dipindahkan ke PPR Cempaka yang berjauhan dari rumah asal. Ini mendatangkan masalah kerana anak-anak mereka semuanya bersekolah di Kerinchi. Keduanya kedudukan rumah PPR Cempaka yang berhadapan dengan loji najis amat memualkan mereka. Oleh itu mereka memohon untuk dipindahkan ke PPR berhampiran berhadapan masjid Ikhlasiah yang masih kosong satu bangunan. Namun permintaan mereka tidak diselesaikan.
Keduanya ketika hari kejadian, rumah yang berpenghuni hanyalah sebuah sahaja. Bakinya sudah tidak ada penghuni kerana sudah berpindah. jadi rumah-rumah tersebut berkunci. Pada tengahari kejadian, salah seorang mangsa melihat api menyala di tengah salah satu rumah yang terbakar. Persoalannya siapa yang membakar kerana rumah itu tidak berpenghuni. kemudian apabila api sudah naik, dilihat dua lelaki melarikan diri dari rumah tersebut. Ini bermakna seolah-olah adanya unsur-unsur sebotaj dalam kebakaran tersebut.
Ketiganya apabila bantuan diberikan, ramai muka yang tidak dikenali mengaku menjadi mangsa. Sedangkan empat buah rumah yang terbakar itu tidak berpenghuni. Manakala rumah yang ada penghuni dianak tirikan ketika penyampaian bantuan oleh Rosmah.
Mungkinkah inilah sebahagian punca kemarahan penduduk kampung Kerinchi kepada Raja Nong Chik dan Rosmah Mansur – tranungkite
Posted by Stone

Leave a Reply