Rumah MB Kedah Ustaz Azizan Abd Razak

[2009-07-10_165939.jpg]

Sila KLIK gambar Untuk tatapan yg lebih jelas…
Dapatkan gambar ini dari Harakah Edisi Cetak
dan jugak dari e-Paper Harakah

http://img266.imageshack.us/img266/1976/eharakaha54.gif

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 8:50 PM 0 Komen Anda

Kompom MT UMNO Pak Hangguk…

 

MT Umno sokong pelaksanaan PPSMI

Keputusan kerajaan memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam bahasa Inggeris mendapat sokongan Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

PPSMI diperkenalkan pada enam tahun lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan anggota MT Umno ketika itu.

Kelmarin, Muhyiddin mengumumkan dasar itu dimansuhkan pada tahun 2012 dalam satu sidang media khas di kemeterian pelajaran di Putrajaya, Rabu lalu.

Dr Mahathir berkata, PPSMI dilaksanakan pada tempoh penggal terakhir beliau menjadi perdana menteri dan mendapat sokongan penuh dari MT Umno.

“Kini 80 peratus dari 26,000 yang memberi respons dalam blog saya, tidak setuju dengan tindakan kerajaan memansuhkan PPSMI.

“Saya bercakap apa yang saya fikirkan, dan saya tidak mengkritik apa pun. Tetapi saya akan mengkritik jika ia memberi kesan kepada anak-anak kita.

“Bagi saya, ini satu perkara yang negatif (mengenai Datuk Seri Najib), banyak lagi yang saya tidak setuju, tetapi itu hanya pandangan peribadi saya,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucap utama program “Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia” yang diadakan secara tertutup di PWTC di ibu negara hari ini. [malaysiakini]

 



:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 7:15 PM 1 Komen Anda
Labels:

Natrah ~ Bertha Hertogh

 




Percintaan Laila dan Majnun menghayalkan remaja dan dewasa. Percintaan Romeo dan Juliet mengharukan remaja dan dewasa. Percintaan Rumi dan Juli mempersonakan remaja.

Kisah trajedi percintaan Natrah dengan Mansur Adabi, sedih , sayu dan sebak bagi pencinta Islam, ia terpahat dalam sejarah. Sila baca di sini .

Yang penting sebagai umat Islam, bukan kisah percintaannya yang jadi kenangan, tetapi apabila pertembungan kuasa Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah menjadi perhitungan.

Natrah berjaya dimurtadkan.

Siapa yang bertanggungjawab?

Apa yang akan diperkatakan di Mahkamah RabullJalil nanti?

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – chedet TIME – 6:46 PM 0 Komen Anda

PPSMI : Decision Doesn’t Go Well With Parents

 

Salam KedahLanie…

I pretty sure many parents and students are very disappointed at the Cabinet’s decision on PPSMI. If you read The Star on July 9, 2009 it has given a fair report compare to other papers namely Utusan Meloya, RTM and all other Media Prima subsidiaries.

Language is not just about teaching grammar and writing essays; it is the whole application of the language. The exposure is different when you are learning technical subject namely science or maths.

I remembered that Tun Mahadir wants Malays to master the terminology used in science or maths to ensure they would be able to gain knowledge for future as all reference books are written in English. This would help broaden students’ knowledge of new terminologies and improve their command of the language. Without it, it is difficult to study while having to refer to dictionary each time in which for sure the Malay students could not really understand as translation vs context might be different. However, when it has been politicized by certain parties, the bad effect would be on Malays without they realize it.

Technical terms need to be absorbed in English which until now those so-called pejuang bahasa and Dewan Bahasa & Pustaka are still unable to translate especially in computer field. It is funny when we use the terms as follows:

User Interface = Antaramuka Pengguna
Joystick = Kayu Ria or Batang Keseronokkan
Keyboard = Papan Kekunci

These are few examples from many more funny translation. Problem will arise when the student wish to further study abroad. Not only in overseas, just look at the library in almost all universities in Malaysia. How many reference books are written in Bahasa Kebangsaan? How many lecturers are giving notes in Bahasa Kebangsaan especially in technical fields or event accounting subject? Even our very own laws. We refer to English version should there is any dispute. So, what so great BM is Bahasa Kebangsaan.

Problems will arise for students during this transition period specially towards 2012. They have been learning Maths & Science in English, so it will be difficult if we change the medium later on.The impact is hard on students who will enter Form 4 in 2012. WHY NOT IMMEDIATELY? This is what happen when the people do not really understand the concept of PPSMI namely those so-called pejuang bahasa who just have one thing in their mind, self-interest but still wanna be a champion.

In the interim, I might seriously consider sending my kids to an international school, not because I have money but rather do not want my kids have a dark future due to inconsistent of our own education policy which is design just to fulfill the political survival of those stupid um-NO leaders (this would include all members of political parties in Malaysia and the rakyat too).

On the other hands, Muhyiddin said it is not a political decision to scrap PPSMI but Tok Mustaffa mentioned to gain more votes in Manek Urai when cabinet put it rest in peace. What is this??? Sorry, we are not as stupid as um-NO members. In Bernama TV last night, it is stated that KERAjaan would save RM40Millions when they reversed the PPSMI policy but have they inform rakyat how many billlions was spend? PPSMI will be fully demolished in 2012 due to contract with book suppliers etc.. This clearly shows that they just wanna make money out of it. If 1Malaysia Rakyat Diutama, do they have a guts to scrap it immediately. Think about it. Which rakyat is given priority, their family, crony or us?

I’m with you Duke of UMNO. Let us put a challenge to those pejuang bahasa especially Pak Samad Said to start a new demonstration in pressuring KERAjaan to ensure Chinese and Indian school too using Bahasa Kebangsaan in teaching maths & science instead of their mother touque. Do they have balls to do it? Don’t think so.

There would be 1001 comments about PPSMI, some would agree and some would not. It is up to the people to think about their future. I just sharing my view and planning as nowadays majority is not ruling anything. It is economy that rule everything.

Pissttt, pissttt! Bukan apa, nak bagi elokkk…

-SANG TUBA-

p/s: Thinks internationally, act locally

 



:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 6:08 PM 0 Komen Anda

PAS Meninggalkan Perjuangan Membina Hadharah

 

BULETIN الحضارة~*BIL:50/Rejab 1430

AL-HADHARAH

Maksud firman Allah swt; “ Kemudian apabila Thalut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia; `Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang meminum dengan satu cedukan tangannya` Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: `Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya.` Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: `Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar`.” Al-Baqarah 249.

Selawat dan salam kepada Junjungan kita Nabi Muhammad saw sebagai Nabi yang akhir dan selawat dan salam juga kepada kaum keluarga serta para sahabat Baginda yang dikasihi sekeliannya. Salam perjuangan kita berikan kepada para guru dan alim ulama` sebelum ini yang menggerak dan meneruskan perjuangan suci sehingga dapat juga sedikit kita menikmatinya ke hari ini.

Nabi saw pernah mengingatkan ummat Islam, bahawa ummat yang leka akan sedikit demi sedikit mula terpengaruh atau terikut dengan teori dan konsep-konsep jahiliyyah sejengkal demi sejengkal, hatta apabila jahiliyyah itu masuk ke dalam lubang biawak pun akan ada ummat yang lalai meloloskan diri masuk bersamanya.

Sekitar lewat tahun 60an, awal 70an dan berlanjutan hingga 80an ummat Islam telah dilanda oleh arus kebangkitan Islam yang menyaksikan banyak perubahan-perubahan positif berlaku di kalangan ummat. Perubahan-perubahan ini secara umumnya memperlihatkan generasi muda seolah-olah mendapat semangat dan suntikan baru dari luar kelompok ummah tempatan sendiri. Suntikan dan semangat ini dipercayai dari tempiasan perkembangan gerakan-gerakan ummat Islam di luar negeri terutamanya Ikhwan Muslimin, Jamiat Islami, Masyumi, Revolusi Iran dan Mujahidin Afghanistan.

Pada ketika inilah generasi muda yang terpelajar mendominasi perubahan-perubahan cara berpakaian dan bergaul malah cara berpesatuan dengan cara yang lebih baik dari sebelumnya. Walaupun di peringkat awal berlakunya perubahan mereka sering menerima cacian serta sindiran seperti `hantu kum-kum`, `hantu setokin`, golongan tolak dunia, puak kepiah, serban dan jubah, golongan agresif dan berbagai-bagai lagi. Akhirnya perubahan-perubahan tersebut dapat juga ummah secara perlahan-lahan menerimanya dengan sedikit-sebanyak `adjustment` di sana-sini. Syabas! dan sekalung tahniah kita berikan kepada mereka yang mempelopori usaha-usaha yang baik dan murni tersebut.

Begitu juga dalam ummat Islam berpesatuan, Parti PAS sebelum ini banyak menghabiskan kerja dan usaha dalam bidang politik lalu terlepas pandang tanggungjawab membina Hadharah Islamiyyah, menghadapi `serangan`atau saingan golongan muda yang membawa aspirasi perjuangan Islam berlainan dengan sedia ada. Kewujudan ABIM, al-Arqam, IRC atau JIM malah Jemaah Tabligh sekalipun telah menjadikan usaha-usaha menghidupkan semangat baru membina `suasana` atau hadharah tersebut mula mendapat perhatian ummat. Aktiviti-aktiviti seperti usrah, tamrin, rehlah, makan dalam talam, menubuhkan pusat pendidikan, mendirikan markaz tarbiyyah dan meneroka bidang perniagaan ummat Islam tumbuh di mana-mana seperti cendawan selepas hujan. Satu `permasalahan` bagi PAS sebenarnya apabila usaha-usaha ini lebih banyak datangnya dari luar PAS itu sendiri bukan dari idea dalaman PAS.

Pada ketika itu PAS lebih banyak mengambil sikap `keras` dengan jemaah-jemaah ummat Islam yang tidak bersama PAS dalam pertarungan politiknya dengan UMNO/BN. Hatta golongan tabligh yang tidak mahu masuk campur politik pilihanraya pun diserang dengan meriam sebagai menjadi alat yang menguntungkan pemerintah. Pemimpin PAS yang terkedepan bagi menanggani permasalahan ini antaranya Ustaz Harun Taib, Hj Hadi dan pengikut mereka Ustaz Idris Ahmad. PAS dalam era ini bekerja keras menghadapi dua medan serentak iaitu menghadapi musuh UMNO/BN di luar dan menghadapi `saingan` ABIM, al-Arqam, IRC atau JIM dan Jemaah Tabligh dari dalam kalangan ummah sendiri.

Ummah kebanyakan dan pelajar-pelajar IPT menjadi medan perebutan pengaruh serta sokongan setiap pihak. Berbekalkan pengalaman dan hujah-hujah yang agak memihak kepada orang lama, PAS seperti mendahului semua pesaing-pesaingnya jauh di belakang. Satu kebaikan yang tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak sekalipun, semasa era `persaingan` inilah ummah secara umumnya mendapat `rahmat` wujudnya perlumbaan membina dan membangunkan Hadharah Islamiyyah terutamanya di pusat-pusat pengajian tinggi. Persaingan ini berlanjutan sehingga terdapat perkampungan atau pusat pendidikan yang diusahakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu ummah. Alhamdulillah! PAS sendiri pada eranya di tahun 80an telah berubah wajah terpengaruh dengan arus perdana ummah, kepimpinan ulama` dengan majlis syura diperkenalkan.

Momentum ini diteruskan oleh tokoh terbilang pimpinan PAS waktu itu Almarhum Dato` Fadhil Mohd Noor dengan ketokohan peribadi beliau dan ilmu mantiknya yang tinggi, PAS berjaya menjinakkan saingan dalaman gerakan ummat Islam dan merapatkan pertarungan parti-parti politik dengan berjaya menubuhkan APU dan selepas itu GERAK. PAS pada era Almarhum telah membuktikan ummah mampu digerakkan dan digembeling bagi kepentingan ummat Islam serta rakyat keseluruhan. Kes Memali jika tidak ada Almarhum masakan mahu Sultan Kedah menziarahi pusara syuhada`nya. Kes Muasasah Darul Ulum yang pernah dirampas oleh Kerajaan Kedah waktu itu beliau tangganinya dengan semangat kepentingan ummah dan kepentingan hadharahnya. Kes Anwar Ibrahim dipecat tidak akan berjaya menyatukan ummat dan rakyat jika bukan beliau yang mengemudikan GERAK. Saya tidak nampak Syed Husin Ali, Lim Kit Siang atau Wan Azizah sendiri boleh mencetuskan GERAK. Begitu juga saya tidak nampak pemimpin-pemimpin ABIM, JIM, Rufaqa` atau pertubuhan NGO lain mampu melakukannya. Almarhum membuktikan kepada ummat Islam dan bukan Islam sekaligus, pemimpin ummah mampu melakukan dengan begitu baik tanpa sikap perjudis.

Pemergian Almarhum pada pertengahan 2002 satu kehilangan kepada PAS dan yang lebih terasanya ialah kepada perjuangan UMMAH sendiri, begitu juga kepada rakyat umum. Sebabnya selepas era beliau `menerajui kepimpinan ummah` dan secara kebetulan juga memimpin PAS belum ada lagi pemimpin PAS atau pemimpin gerakan-gerakan ummat Islam yang lain mampu meneruskan kepimpinan ummah yang beliau tinggalkan… Lebih memeranjatkan lagi segala denai dan lorong yang Almarhum terokai telah disalahguna dan dicabut akan roh perjuangan ummahnya oleh mereka yang ditinggalkan. Jika APU diikat dengan Islam sebagai Addin biarpun Tengku Razaliegh boleh menjadi PM, GERAK dengan pengerusinya sendiri dari PAS, Barisan Alternatif yang wujud hanya nama kepada Pakatan Rakyat yang mengizinkan Anwar Ibrahim sebagai ketua dari parti yang membina hadharah `pelbagai agama` bukan Anwar Ibrahim dahulu yang memimpin ABIM. Di mana Islam, di mana Ummah dalam PR ? Hanya bersandar kepada batang tubuh Anwar yang ummah boleh lihat sendiri `wajahnya` sekarang… Begitu hebatnya kepimpinan ummah sekarang… atau ummah mesti meneruskan perjuangannya sendiri dan membiarkan luncai-luncai politik terjun bersama labu-labunya. Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar ! Tentera Jalut akan kita hadapinya insyaAllah…Dari Ibnu Ramadhan. “qulil haq walau kana murron“

-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-
Diterbitkan oleh: Penerbitan Sanaabel No 1504, Lorong Hj Abdullah Lebai Mat, Pongsu Seribu 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P.Pinang M`sia. Tel:016 4282156 email: p.sanaabel@gmail.com atau layari blog kami: http://sanaabel.blogspot.com/

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME
About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: