Ustaz Azizan dan warna-warni politik Kedah

 

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Pergolakan politik di Kedah baru-baru ini memang menarik perhatian ramai. Sebagai salah sebuah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat dalam tsunami politik Mac 2008, apa jua perkembangan di Kedah dilihat berupaya mempengaruhi kecenderungan pengundi di peringkat nasional, seterusnya boleh membayangkan keputusan pilihan raya umum akan datang.

Hasrat untuk melihat Pakatan retak dan berpecah tidak kesampaian. Pemimpin Umno-BN terpasa menggigit jari kempunan. Isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar, mungkin bagai tiupan angin kencang yang hanya meneguhkan lagi akar mengikat bumi.

Pertemuan dan perbincangan dari hati ke hati antara pimpinan PAS, KeADILan dan DAP diharap dapat merumuskan gerak langkah yang lebih mantap, di samping mengenal pasti wilayah sensitif yang adakalanya mudah dilupakan.

Negeri yang pernah melahirkan dua perdana menteri dan seorang presiden PAS – yang dikagumi kawan dan lawan itu – disifatkan agak terlewat jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, sebelumnya dikenali sebagai Barisan Alternatif, Angkatan Perpaduan Ummah dan PAS secara solo.

Pemerhati politik menyifatkan sejak kebangkitan PAS dalam pilihan raya umum 1969, yang menyaksikan antara lain calon Perikatan, Dr Mahathir Mohamad dan Senu Abdul Rahman tewas mengejut, majoriti pengundi Melayu dianggap sentiasa lebih memihak parti Islam itu. Penyelamat BN hanyalah pengundi bukan Melayu.

Keadaan berubah dalam pilihan raya umum ke-12. Kemenangan awal calon PAS mula dikesan di kawasan yang jumlah pengundi bukan Melayunya agak signifikan. Ada kerusi majoriti Melayu yang dimenangi PAS pada 1999 tetapi kali ini tewas. Akhirnya PAS membentuk kerajaan bersama KeADILan dan kemudiannya DAP turut dilibatkan, walaupun tidak mendapat peruntukan kerusi Exco.

Hal sama berlaku di Pulau Pinang apabila DAP menerajui kerajaan dengan majoriti lebih selesa dan Adun tunggal PAS juga tidak diberi jawatan Exco. Bagaimanapun keadaan itu tidaklah sampai menggugat persefahaman dalam Pakatan.

Keunikan politik Kedah

Kebijaksanaan PAS mengemudi kerajaan negeri teruji di Kedah, sebuah negeri yang berbeza dari segi komposisi penduduknya berbanding Kelantan dan juga Terengganu.

Justeru, MenteriBesar Ustaz Azizan Abdul Razak, seperti pernah diakui oleh Dr Mahathir sendiri, begitu cermat dan berhati-hati untuk melakukan perubahan, dan bagi bekas PM itu, ia menyukarkan peluang BN untuk menawan semula Kedah.

Mungkin sesetengah kalangan agak tidak sabar untuk melihat pembaharuan, atau sekurang-kurangnya suatu kelainan ketara berbanding pemerintahan BN. Namun, Ustaz Azizan pastinya sudah merencana pendekatan terbaik agar kepentingan rakyat tidak terjejas, kestabilan politik terus utuh dan kemenangan dapat dipertahan. Apatah lagi ada pihak meramalkan, selepas ‘rampasan kuasa’ di Perak, ia mungkin berjangkit ke negeri Kedah.

Bukan sedikit usaha dan gerak diatur bagi memburukkan kerajaan Kedah. Isu babi dan hubungan PAS-DAP hanya senarai hujung daripadanya. Mungkin melalui media, ia seperti bergegar tetapi di peringkat akar umbi rakyat tidak mudah dipengaruhi tuduhan sensasi.

Malah, difahamkan pengarang akhbar-akhbar milik Umno-BN di Kuala Lumpur hadapi kesukaran untuk ‘memaksa’ wakil mereka di Alor Setar untuk memanipulasi berita Kedah, khususnya yang membabitkan menteri besar. Ini disebabkan wartawan-wartawan negeri ‘malu alah’ dengan Ustaz Azizan sendiri.

Bagi PAS, Kedah adalah pengalaman terbaik untuknya menunjuk teladan merintis kejayaan di negeri-negeri yang lain. Petugas PAS Kedah misalnya dikenali sebagai pekerja terbaik dalam hal-ehwal pilihan raya. Komitmen mereka juga sudah teruji dalam beberapa insiden tragis yang menelan korban nyawa. Semoga kemenangan tidak merencatkan istiqamah mereka.

Dan, jika sokongan pengundi bukan Melayu dapat dipertahan terutama melalui urustadbir kerajaan yang antirasuah dan mesra rakyat, serta kepemimpinan Ustaz Azizan dapat menambat hati lebih ramai masyarakat Islam, maka impian BN untuk merebut kembali Kedah, seperti dibayangkan Dr Mahathir, tentu bertambah sukar dan kelam.

Jika institusi menteri besar dalam BN sarat dengan daki rasuah (ya, dengan mudah kita dapat menamakan daripada Rahim Tamby Chik, Ali Rustam, Muhammad Muhd Taib, Isa Samad, Khir Toyo, Khalil Yaakob dan banyak lagi) tetapi dalam PAS, seperti ditunjukkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Ustaz Abdul Hadi Awang dan kini Ustaz Azizan (juga tidak lupa Ir Mohamad Nizar Jamaluddin), ia tetap tidak tercemar.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 4:43 PM 0 Komen Anda

Awas LELAKI Kacak….

 

Muka kacak ada sedikit sperma


LELAKI yang mempunyai daya tarikan mengeluarkan sperma yang sedikit. – Gambar hiasan.


OXFORD – Wanita yang mahu melahirkan anak dinasihatkan supaya memilih suami yang tidak memiliki daya tarikan, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh saintis-saintis Universiti Oxford dan Universiti Kolej London, lelaki yang mempunyai daya tarikan menarik tidak mengeluarkan banyak sperma ketika melakukan hubungan seks.

Bilangan sperma yang sedikit akan mengurangkan peluang wanita untuk memperoleh anak.

Berdasarkan kajian itu, lelaki yang tidak kacak didapati mengeluarkan lebih banyak sperma.

Lelaki yang kacak mempunyai ramai kekasih dan dipercayai kurang berjaya untuk menjadi bapa kepada anak.

Penemuan itu disokong oleh kajian terhadap ayam dan ikan tetapi para penyelidik berpendapat hasil penyelidikan itu boleh digunakan untuk diaplikasikan dalam konteks manusia.

“Daya tarikan manusia merupakan sesuatu yang kompleks dan dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk budaya,” kata seorang penyelidik, Sam Tazzyman. – Agensi

 



:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 4:21 PM 0 Komen Anda
Labels: ,

MANEK URAI : Nasha dah turun dah…

 

Nasha berkempen di Manek Urai mulai hari ini

Akhirnya, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa muncul juga di Manek Urai dan berkempen membantu calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah mulai hari ini.

parliament 2008 first day 280408 nasharuddinBeliau tiba di Kelantan jam 9 pagi tadi dan turut serta dalam solat Dhuha bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Majlis sembahyang solat Dhuha itu diadakan di Sungai Peria, Manek Urai.

Nasharuddin dijadual menghadiri taklimat mengenai kempen pilihanraya di markas induk PAS Manek Urai pada jam 3 petang tadi.

Malam tadi, dalam ceramahnya, Hadi berkata timbalannya itu “uzur” dan tidak dapat datang membantu kempen calon parti itu di Manek Urai.

“Itu (disebabkan) uzur. Kalau dijemput pun (beliau) tidak boleh hadir, uzur,” kata Abdul Hadi yang pertama kali turun berceramah di Manek Urai.

Presiden PAS itu diminta mengulas misteri “kehilangan” Nasharuddin setelah kempen pilihanraya masuk hari kelima.

Semalam, terdapat ura-ura Nasharuddin – yang ditegur Nik Aziz berhubung isu kerajaan perpaduan – telah tiba ke Kelantan.

NONEBeliau dijadual menghadiri perhimpunan bantahan peraih dan pemborong ikan di Pasar Laloh (foto) bersama Nik Aziz petang semalam.

Bagaimanapun, sehingga program berakhir lewat petang semalam, timbalan presiden PAS itu tidak kelihatan.

Mengulas lanjut perkara itu, Abdul Hadi berkata, timbalannya akan turun padang mulai hari ini dan enggan berehat walaupun baru lepas menjalani pembedahan usus semalam.

“Beliau tidak mahu berehat, mahu turun ke padang,” katanya.

Cabaran Umno

Sementara itu, ditanya soal cabaran Umno supaya PAS membuktikan parti Melayu itu tidak Islam, Abdul Hadi berkata: “kita tidak boleh menentukan akidah seseorang”.

“Apa yang penting, sikap dan tindakan (mereka) mestilah bersifat Islam. Kita berhadap saudara-saudara kita daripada Umno kembali ke pangkal jalan.

“Kita adalah satu bangsa, satu agama … Kita mestilah melaksanakan Islam sebagaimana (diperintahkan) dalam al-Quran dan Hadis.

Dalam ucapannya sebelum itu, Abdul Hadi yakin PAS akan sekali lagi menang di kerusi DUN Manek Urai – yang dipegangnya sejak tahun 1959 dan hanya kalah sekali kepada BN pada tahun 2004 sahaja.

“Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek,undi PAS,” katanya.

Hadir sama berceramah ialah ahli jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu di Chucoh Puteri.

Mohamad dalam ceramahnya sebelum itu yakin, sokongan padu terhadap calon PAS daripada pengundi yang menetap di luar akan memastikan PAS mendapat lebih daripada 2,000 majoriti kali ini.

Leave a Reply