UMNO : Jangan berlagak macam ‘cowboy’

UMNO : Jangan berlagak macam ‘cowboy’

Khir Toyo, Adun Sungai Panjang, digantung selama setahun kerana gagal hadir sidang pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) pada Mac lepas berhubung pengunaan wang penajaan oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS) dan didakwa mengeluarkan kenyataan menghina jawatankuasa itu dalam media.

Empat Adun lagi digantung selama enam bulan iaitu Warno Dogol (Sabak Bernam), Mohd Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil) kerana kesalahan menghina SELCAT dalam media. [ sumber ]

Komen al-brangi : Tindakan mereka yang tidak menghormati Dewan memang sewajarnya mendapat hukuman yang setimpal.

Mereka tidak meraikan demokrasi yang kononnya mereka perjuangkan. Mereka merasakan mereka masih lagi menjawat jawatan yang mereka pernah pegang dan merasakan segala kesenangan yang mereka kecapi dahulu.

Jangan berlagak ala-ala ‘cowboy’ dimana siapa yang handal dialah yang menang. Malaysia mempunyai segala undang-undang dan peraturan-peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi.

Berpijaklah dibumi nyata, belajar hormatkan Kerajaan yang memerintah sekarang.

Selanjutnya Sila Klik!(Read More)

Posted by al-brangi Labels: , at 2:00 PM

Manik Urai : Pengundi Luar dan Majoriti 65

Tahniah Abe Uji. Tahniah kepada pengundi luar PAS. Tahniah PAS Kelantan. Menang tetap menang, walaupun dengan satu undi. Bersyukur tetap bersyukur.

Jikalau di dalam bolasepak, menang dengan satu gol pun, tetap dikira menang. Cuma, bagi pihak lawan, kekalahan tipis dengan kelebihan satu gol amat memedihkan dan memilukan. Ditambah pula jikalau gol tersebut hanya muncul di saat-saat akhir waktu kecederaan atau ’stoppage-time. Bahkan ramai penonton berkata, biar kalah dengan banyak gol, jangan sekali-kali kalah dengan satu gol di saat akhir waktu kecederaan.

Amat tidak adil jika saya membuat ulasan ke atas ‘permainan’ tersebut. Saya ke Manik Urai pun hanya di hujung ‘permainan’, itu pun pergi ke sana di atas tugasan lain. Jikalau saya berada di sana, sama lama dengan UMNO/BN yang sudah berada sekian lama, semenjak kematian calon PAS lagi, maka beranilah saya membuat ulasan. Barulah ulasan saya membawa sedikit maknanya.

Walau bagaimanapun bolehlah saya menggambarkan sedikit pengamatan saya sepanjang perjalanan saya dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu pada hari mengundi tersebut. Perjalanan saya ke Kota Bharu adalah melalui Kuala Lipis – Gua Musang dan menempuh Manik Urai – Kuala Kerai – Kota Bharu.

Apabila kami tiba di Merapoh, kami berselisih tidak kurang 15 buah kereta pengundi luar yang mengibar bendera PAS.

Hati kami sungguh seronok kerana pengundi luar sanggup pulang mengundi, menunaikan tanggungjawap mereka.

Apabila kami mula masuk sempadan Manik Urai-Gua Musang sekitar pukul 7.00 malam, kenderaan kami ‘tersangkut’ didalam ‘jam’ selama dua jam. Sempat saya bertanya penyokong PAS, ‘macamana?’ Mereka menjawab dengan penuh yakin, ‘mene, meme mene, cumo majoriti dok tau.’

Dari pengamatan saya, tiada seorang pun penyokong UMNO yang kelihatan. Maksud saya yang menzahirkan diri dengan mengibarkan bendera UMNO dan seumpamanya, jikalau dibandingkan dengan penyokong PAS yang mengibar bendera menonggang motorsikal sepanjang jalan.

Keadaan sungguh ‘meriah’. Hati kami sungguh yakin PAS akan menang besar. Apabila kenderaan kami yang bergerak seperti semut menghampiri Manik Urai, saya bertanya lagi penyokong PAS yang berdiri di sepanjang jalan, ‘majoriti berapa?’ Mereka menjawab dengan penuh keyakinan, ‘dekat-dekat 2000.’

Apabila kami tiba di Kuala Krai, barulah keadaan jalan dah seperti biasa. Sahabat dari UMNO melefon saya dan ucap tahniah, ‘PAS menang 1024 undi,’ katanya. Selang berapa minit, dia melefon lagi tapi kali ini berlainan pulak nadanya, ‘Maaf, UMNO/BN menang 31 undi.’ Hati kami sungguh keciwa. Semua diam tak terkata. Tiba-tiba, Prof Hamirdin hantar SMS, ‘PAS menang sekitar 60 majoriti’. Barulah kami berasa sedikit lega dan bertambah ceria apabila menerima pula telefon dari isteri, ‘PAS menang dengan majoriti 65 undi.’ katanya.

Keesokannya apabila berjumpa dengan kawan dari UMNO, mereka amat gembira walapun UMNO kalah. Mereka sepakat berkata, ‘UMNO bijak pilih calon, orang muda pilih calon muda. Orang ‘lama’ PAS tetap pilih calon PAS ikut selera mereka‘.

Saya sentiasa cuba mendalami apa yang tersirat di sebalik ungkapan ‘UMNO bijak pilih calon, orang muda pilih calon muda. Orang ‘lama’ PAS tetap pilih calon PAS ikut selera mereka‘ itu dan teringat saya 15 buah kenderaan pengundi luar PAS yang berselisih semasa perjalanan saya selepas masuk kesempadan Merapoh-Gua Musang menuju ke Kota Bharu. Secara kasar 15 buah kenderaan yang membawa sekitar 4-5 penumpang, yakni lebih kurang 60-75 orang amat relevan sekali dengan majoriti 65 undi.

Selanjutnya Sila Klik!(Read More)

Posted by al-brangi

Leave a Reply