
![]() |
|
JOE
|
LOS ANGELES – Bapa Michael Jackson, Joe mendedahkan bahawa seorang penari, Omer Bhatti ialah anak penyanyi itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengakuan Joe itu sekali gus mengesahkan pendedahan akhbar The Sun pada minggu lalu yang melaporkan status Omer, 25, ekoran penyiaran gambar yang menunjukkan dia duduk di barisan hadapan pada majlis memperingati Michael di Pusat Staples pada bulan lalu.
Omer pada awalnya duduk di barisan belakang tetapi seorang kakak Michael, Rebbie memintanya duduk di barisan pertama bersama ahli keluarga terdekat dan anak-anak penyanyi tersebut.
Michael yang mesra dengan panggilan Jacko meninggal dunia di Los Angeles pada 25 Jun lalu turut mempunyai tiga anak lain iaitu Prince Michael, 12, Paris, 11 dan Prince Michael II, berusia 7 tahun.
“Saya mengetahui Michael mempunyai seorang lagi anak. Rupanya mirip Michael, berperangai sepertinya dan boleh menari seperti Raja Pop itu.
“Omer ialah penari yang hebat malah dia turut mengajar teknik menari,” kata Joe.

di Tunisia pada 1990-an.
Joe bagaimanapun tidak pasti sama ada Omer mampu menandingi legasi Michael.
Jacko pada 2004 pernah mendedahkan dia mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungan dengan seorang wanita kulit putih warga Norway.
Omer sebelum ini menafikan dia anak Jacko.
Jacko meninggal dunia di rumah sewanya di sini selepas degupan jantungnya terhenti manakala jenazahnya masih belum dikebumikan. – Agensi
Filed under: Umum














