KOTA SIPUTEH : Puteri Lindungan Bulan

 

oleh Nobisha

Menurut yang empunya cerita, kisah Puteri Lindungan Bulan adalah salah satu mitos negeri Kedah tua. Ia mengisahkan bagaimana seorang puteri yang kononnya berdarah putih dipaksa mengahwini raja dari negara lain. Ayahandanya tidak bersetuju lalu ditukar dengan puteri yang lain.

Bagaimanapun, helah itu terbongkar apa suatu hari puteri pengganti itu terluka jari lalu mengalir darah merah. Maka, raja menjadi cukup murka dan mengarahkan askarnya mencari puteri tersebut. Untuk menyelamatkan puteri tadi, maka ayahandanya menyembunyikannya di dalam sebuah lubang. Dipendekkan cerita, akhirnya puteri itu mangkat di tempat persembunyiannya.

Di situlah puteri itu dimakamkan. Ketika itu, di sebelah makamnya ada pokok keranji. Menurut yang empunya cerita lagi, apabila malam bulan mengambang makamnya dilindungi bayangan pokok tersebut; lalu makamnya dikenali sebagai “Makam Puteri Lindungan Bulan.”

Pelbagai pihak mempertikaikan kisah ini. Yalah, mitoslah katakan.

Ada pengkaji sejarah yang mengatakan Makam Puteri Lindungan Bulan itu ialah Makam Rama Tibodi Parameswara Sultan Rijaluddin ibni Mohammad Johan Syah Al Adil. Beliau mempunyai permaisuri yang dikenali sebagai Puteri Lindungan Bulan dan baginda bersemayam di Kota Naga, Jenan berhampiran Jitra Kedah.
 
 Sekiranya anda berminat dengan sejarah Negara Kedah, sila baca di sini.

Saya sebutkan mitos ini bagi menceritakan bagaimana Kampung Siputeh tempat letaknya Makam Puteri Lindungan Bulan mendapat nama.

Petang tadi, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuat keputusan kerusi DUN Kota Siputeh masih kekal disandang oleh Dato’ Abu Hassan Sharif (BN).

Untuk sekian lama (sejak kawasan itu berada dalam Parlimen Kubang Pasu dan kemudiannya dalam Parlimen Jerlun), DUN Kota Siputeh berada di tangan Barisan Nasional.

Sama seperti mitos makam puteri tersebut, tempat itu berada di dalam “lindungan bulan.”

Satu kemungkinan ialah Speaker DUN Kedah mencabar keputusan SPR di Mahkamah. Adakah terdapat peruntukan undang-undang untuk itu? Saya tak pasti. Namun, dalam politik seseorang harus bersedia untuk pelbagai kemungkinan.

[Kemaskini: Menteri Besar Kedah berkata beliau menyerahkan kepada Speaker DUN Negeri dan Penasihat Undang-undang untuk mengambil tindakan undang-undang].

Sekiranya itu dilakukan dan Mahkamah memihak kepada beliau, tentulah menarik untuk melihat pertembungan PAS dan Barisan Nasional di situ.

Hendaknya pilihanraya itu tidaklah sehebat serangan Kerajaan Siam yang telah memusnahkan Kota Siputeh suatu waktu dulu!

 

ADMIN – KedahLaNie TIME – 10:58 AM 0 Komen Anda

Speaker DUN Kedah akan ambil tindakan lanjut: MB

 

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak berlaku kekosongan pada kerusi DUN itu hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada Penasihat Undang-undang dan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk mengkaji peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan lanjut.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dalam satu kenyataan, berkata SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan pada kerusi Kota Siputeh dan ia masih disandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Hassan Sarif.

Azizan berkata, kerajaan negeri akan mengikut saluran undang-undang termasuk jika terpaksa membawa pengisytiharan kekosongan kerusi DUN itu ke mahkamah.

“Kita mahu kepastian sama ada SPR (buat keputusan) betul atau tidak dan biarlah Speaker yang buat kerja kerana yang menghantar surat kepada SPR juga adalah Speaker,” katanya.

Baru-baru ini, Speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail, mengisytiharkan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berikutan ketidakhadiran Abu Hassan pada dua persidangan secara berturut-turut tanpa sebab.

Katanya, arahan untuk mengosongkan DUN itu adalah berlandaskan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan beliau menghantar notis mengenai kekosongan itu kepada SPR minggu lalu.

Abu Hassan, bagaimanapun, mendakwa beliau tidak dapat hadir persidangan DUN Kedah kerana masalah kesihatan dan lewat menyerahkan sijil cuti sakit kepada Speaker DUN atas masalah teknikal. – Bernama

 


ADMIN – KedahLaNie TIME – 10:31 AM 3 Komen Anda

Isu kuil: Lokasi Seksyen 23 jauh dari penduduk

 

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Pemilihan kawasan Seksyen 23 Shah Alam sebagai lokasi baru tapak kuil Sri Maha Mariaman yang sebelum itu diputuskan di Seksyen 19 adalah kerana kedudukannya yang jauh dari penempatan penduduk.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, berbanding dengan tapak asal iaitu di Seksyen 19 kedudukannya terlalu hampir dengan penempatan penduduk iaitu kira-kira lapan meter atau selebar jalan.

Mengenai cadangan asal Barisan Nasional (BN) untuk mengalihkan tapak kuil itu ke Seksyen 22, Khalid berkata, ia merupakan kawasan industri berat dan tiada kawasan penempatan di lokasi tersebut.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan yang menyatakan kawasan itu merupakan majoriti masyarakat India adalah palsu.

”Harap diberi perhatian bahawa kedudukan yang dicadangkan adalah dipinggir kawasan Industri Seksyen 23. Jarak rumah terdekat ke kuil adalah 200 meter atau 600 kaki iaitu 30 kali lebih jauh dari di Seksyen 19,” katanya.

Kenyataan Khalid itu dipetik hari ini daripada artikel yang bertajuk ‘peta lokasi kuil Seksyen 19′ yang disiarkan pada Ahad lalu di laman blognya www.khalidsamad.com.

Khalid berkata, begitu juga dengan jarak antara tapak cadangan kuil dengan surau di Seksyen 23.

”Di antara surau dengan kuil terdapat rumah pencawang TNB serta taman permainan kanak-kanak dan antara kawasan perumahan dengan cadangan tapak kuil pula terdapat dewan orang ramai dan taman permainan kanak-kanak yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid berkata, mungkin bagi pihak-pihak tertentu tiada bezanya di antara Seksyen 19 dan 23 kerana kedua-dua kawasan berkenaan adalah kawasan majoriti bagi masyarakat Islam.

”Namun begitu harap maklum, kuil di Seksyen 19 dipindahkan bukan kerana Seksyen 19 adalah kawasan majoriti masyarakat Islam tetapi ia dipindahkan kerana kuil berkenaan berada di depan rumah orang (8 meter).

”Kawasan itu juga tidak mempunyai tempat meletak kereta dan ini menyebabkan kesesakan berlaku apabila pihak pihak kuil mengadakan upacara mereka,” katanya.

Dalam perkembangan sama Khalid berkata, terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tokong.

”Walau jauh macam mana sekali pun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tokong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk.

”Adakah wajar sikap ‘ekstremis’ yang seperti ini di sebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?” tambah Khalid.

 

ADMIN – KedahLaNie TIME – 10:08 AM 2 Komen Anda

MB – Alhamdulillah, kita aman kerana rakyat saling menghormati

 

oleh: AMELIA HASHIM
 
ALOR SETAR, 31 Ogos: “Kita gembira, boleh berbangga dan bernasib baik kerana tidak menghadapi masalah persengketaan kaum atau agama seperti yang berlaku di sesetengah negara dunia menyebabkan banyak nyawa terkorban serta merosakkan harta benda.
“Walaupun kita hidup dengan rakyat berbilang kaum tetapi kita bersatu padu, ada persefahaman dan saling hormat menghormati antara satu sama lain,” kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada Perhimpunan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah di Dewan Seri Negeri Negeri Wisma Darul Aman.
 
Menurutnya, kemakmuran negara yang dikecapi menghindarkan rakyat daripada menghadapi kebuluran seperti rakyat sesetengah negara dan di negara ini juga tidak mengalami berlaku peperangan.
 
“Ini membolehkan kita merayakan Hari Kebangsaan setiap tahun dalam suasana tenang dan aman,” ujarnya.
 
Begitupun, katanya, rakyat tidak sepatutnya leka dengan nikmat kemerdekaan dan renunglah kembali sejarah perjuangan negara ketika menuntut kemerdekaan daripada penjajah, disamping menilai pencapaian dalam tempoh 52 tahun memerintah negeri sendiri.
 
“Sejarah memberi kita kesedaran dan menilai erti kemedekaaan seterusnya menanam sikap menghargai kemerdekaan itu sendiri dan beringat bahawa penjajahan dalam bentuk lain masih boleh berlaku ke atas negeri kita yang sudah merdeka ini,” ujarnya.

Beliau memaksudkan penjajahan dari segi pemikiran iaitu budaya luar yang kalau tidak dibendung, semakin menghimpit ummat terutama di Malaysia.
 
Oleh itu, katanya, rakyat negeri Kedah perlu bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah dan beliau berharap sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini sebagai permulaan membawa ke satu tahap yang lebih baik dari aspek kewajipan, disiplin, produktviti dan cekap menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
 
“Biarlah pemimpin dan rakyat hari ini menjadi pemimpin dan rakyat yang unggul dan disegani serta menjadi contoh yang baik kepada rakyat dan pemimpin akan datang supaya kita sebagai rakyat Malaysia di Kedah sememangnya merdeka dalam erti kata yang sebenar,” katanya.
 
Ini kerana tugas mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa bukan hanya terletak pada kerajaan semata-mata sebaliknya ia memerlukan kerjasama semua pihak.

 


ADMIN – KedahLaNie TIME – 9:26 AM 0 Komen Anda

Alhamdulillah Mufti Najib Altantuya 1Malaysia dah berfatwa..

 

1Malaysia satu gagasan Islam – Najib

 

KUANG – Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata, 1Malaysia merupakan satu gagasan yang bersifat keislaman terutamanya daripada segi pengisian dan matlamatnya yang bercirikan Perlembagaan Madinah.

Perdana Menteri berkata, apabila 1Malaysia diamalkan ia mampu menjadikan negara lebih aman dan kehidupan rakyat lebih harmoni.

Menurut beliau, Perlembagaan Madinah merupakan perlembagaan Islam pertama yang mengutamakan dan mempertahankan Islam, memberi keadilan kepada semua kaum dan melindungi kaum minoriti serta kebebasan mengamalkan agama dengan prinsip-prinsip ini terangkum dalam 1Malaysia.

“Oleh itu, kita sama-sama melakukan yang terbaik kepada umat Islam dan berlaku adil kepada bukan Islam. Mudah-mudahan dengan cara ini kita akan lebih bertakwa kepada Allah dan inilah sebenarnya terangkum dalam gagasan 1Malaysia,” katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama Badan Perhubungan UMNO Selangor di Kampung Setia di sini semalam.

Perlembagaan Madinah ialah perjanjian politik yang dibuat Nabi Muhammad dengan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa termasuklah kaum Muhajirin, Ansar dan Yahudi bagi memupuk persefahaman, saling hormat menghormati dan bersatu padu.

 

ADMIN – KedahLaNie TIME – 8:56 AM 8 Komen Anda

Mudah Orang Islam Beralasan – ‘Saya terlupa baca niat’

 

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammarjazlan.madlela@kosmo.com.my


Pegawai JAWI mengambil keterangan dua lelaki (duduk) yang didapati makan
di khalayak ramai dalam operasi semalam.



KUALA LUMPUR – Tindakan tiga sekawan yang ponteng puasa dengan memakan nasi lemak di kawasan terbuka dalam gerai berhampiran Kompleks Wilayah di sini semalam akhirnya memalukan diri sendiri.

Semuanya bermula apabila mereka tengah asyik menikmati sarapan sebelum dihampiri beberapa orang anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada kira-kira pukul 11 pagi.

Perbuatan tiga sekawan ini ponteng puasa terbongkar dengan seorang daripada mereka (kanan) sempat melarikan diri dalam operasi JAWI di Kuala Lumpur semalam.

Dalam keadaan terkejut, seorang daripada mereka bertindak meninggalkan dua rakannya itu dan terus menghilangkan diri di tengah-tengah kesibukan orang ramai.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Jawi, Zainul Abidin Mat Noor berkata, dua lagi lelaki itu berjaya ditangkap dan mereka adalah antara 15 umat Islam termasuk seorang wanita yang ditahan dalam operasi pemantauan dan pencegahan sempena Ramadan.

“Semasa ditahan, seorang lelaki memberi alasan terlupa membaca niat puasa,” ujarnya pada sidang media selepas mengetuai operasi selama enam jam semalam.

 


ADMIN – KedahLaNie TIME – 7:59 AM 4 Komen Anda
Labels: ,

Al-Fatihah..

 

Kakak sulung Dr. Mahathir meninggal

ALOR SETAR 1 Sept. – Kakak sulung bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Rafeah meninggal dunia akibat sakit tua di Pusat Perubatan Kedah (KMC) di sini malam ini.

Beliau yang berusia 94 tahun dimasukkan ke hospital berkenaan petang tadi selepas mengadu sukar bernafas dan menghembus nafas terakhir kira-kira pukul 9.45 malam.

Difahamkan Allahyarham tinggal bersama anak saudaranya, Datin Yasmin Mashahor di Jalan Pegawai di sini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Jalan Pegawai di sini kira-kira pukul 11 pagi esok.

 

ADMIN – KedahLaNie TIME – 7:04 AM 4 Komen Anda

Kota Siputeh : MB – Speaker DUN Negeri dan Penasihat Undang-undang untuk mengambil tindakan undang-undang

 

EC: Abu Hassan is still Kota Siputeh assemblyman
 

Tan Sri Abdul Aziz

PUTRAJAYA (Sept 1, 2009): The Election Commission (EC) today ruled that Kota Siputeh state constituency is not vacant and that Datuk Abu Hassan Sharif, who won the seat in the 12th general election, is still the assemblyman for the area.

EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said the commission, which met today, unanimously agreed that the Kota Siputeh assemblyman was absent for two consecutive state assembly meetings in two different terms and not within the same term.

He said that Abu Hassan had also submitted a medical chit to prove that he was absent due to health reasons.

Datuk Abu Hassan Sharif

“The EC accepted his medical chit; his failure to submit it to the speaker earlier does not nullify the medical chit,” he said in a statement.

The EC on Aug 17 was notified by the Kedah state assembly speaker that there was a vacancy for the seat as the assemblyman was absent for two consecutive meetings, rendering the seat vacant according to Article 51 of Kedah State Constitution.

Datuk Seri Azizan Abdul Razak

Abdul Aziz said Abu Hassan had been given the opportunity to explain the reasons for his absence from the meetings.

“The EC has looked into his letter apologising for his absence from the meeting on Aug 9. He also attached to the letter a medical chit from the doctor who found that he was not fit to work for two days from Aug 9.

“We also considered his statement that he had sent a text message to the Opposition Leader that he would not be able to attend the meeting has he had a chest pain,” he said.

Meanwhile in ALOR SETAR, Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak said the state government was planning file a suit in court seeking to declare the seat vacant.

He said that the state government would leave it to the legal advisor and state assembly speaker to study the matter and act accordingly.

“We want to know if the EC made the correct decision,” he said. – Bernama

 


ADMIN – KedahLaNie TIME
About these ads

3 Responses

  1. hurm… kerje dgn kerajaan tp x sokong kerajaan.. agak kurang pandai lah… minta derma sana sini dgn kerajaan then kutuk kerajaan smpi mampus.. hek eleh.. x malukah mereka? berperangai seperti kanak2 bgaduh sesama sendiri? tegak kan agama islam tapi menjatuhkan aib org lain.. tp dia terlupa padahal aib dia sndiri yg dia jatuhkan(nizar)… derhaka kepada sultan.. dah abih bagus ke? dlu zaman rasulullah bjihad demi menegakkn agama islam tp sekarang bjihad utk berpecah belah… ingat org yg berada dikelantan tu baik sgt? bila pergi kl dpt kejutan budaya dah mengaku org kl… malu nk ckp loghat klate.. huhuhu… npe nik aziz msih blm diterima Allah.. sbb nk suruh dia brtaubat… tp pape musabab nye hnya Allah yg lbihmgetahui.. so.. renung2 n slmt beramal.. dlm parlimen x habis2 bgaduh.. malukn diri sndiri.. masa prlawann bola cuba tgk sikap org klate yg macam beruk masuk bandar… rosakkn hrta awam.. x malukah mereka? ye… kita thu mnusia x smpurna.. psti mbuat kesilapan tp smpi bila? org luar tertawakn kita krn kebodohan kita yg bgaduh sesama sndiri.. x nampak ke? klu org melayu (islam) bersatu insyaallah malaysia psti maju…

  2. sungguh memalukn…

  3. btul..btul..btul..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: