Oleh Wong Shu Qi
Desas-desus bahawa Perdana Menteri, Najib bakal merampas kuasa kerajaan negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat pada September tahun ini, mungkin berakhir seperti perancangan 16 September, tahun lalu. Agak mustahil untuk Barisan Nasional merampas lapan kerusi, sebagai langkah menjatuhkan kerajaan PR buat setakat ini
Namun, seandainya BN cuba menyempurnakan rancangan rampasan kuasa dengan dakwaan rasuah terhadap ADUN tertentu, ia mungkin memerlukan lebih masa. Singkatnya, kemungkinan untuk BN menggulingkan kerajaan PR Selangor pada September tahun ini, hampir mencecah sifar.
Exco Kontroversi: Hasan Mohd Ali
Exco paling kontroversial, Hasan Mohd Ali (gambar kiri), juga Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, tersenarai dalam golongan “berisiko tinggi”. Namun, ketika ditanya kemungkinan Hasan Ali untuk melompat parti, Exco Senior, Teresa Kok menafikannya secara terus-terang, “Lain cerita kalau beliau dapat membawa lapan orang melompat bersama-sama. Kalau tidak, untuk apa beliau lompat? Lompat untuk jadi pembangkang?”
Selepas tsunami politik 8 Mac, Hasan Ali pernah ditawarkan jawatan Menteri Besar, diberi laluan oleh Khir Toyo (bekas MB) sebagai langkah untuk memastikan UMNO terus berkuasa di negeri, menurut seorang pemimpin PAS. Hasan Ali walau bagaimanapun terpaksa akur dengan keputusan PAS pusat, untuk bersama dengan PR.
Justeru itu, gerak-geri Hasan Ali kebelakangan ini dibaca sebagai desakan untuk menuntut lebih sumber daripada kerajaan PR. Malah, sumber maklumat yang rapat dengan PAS tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Hasan Ali untuk mencetus pertikaian seperti penjualan arak hanyalah “ugutan” semata-mata.
Bagaimanapun, Teresa Kok tetap menolak kemungkinan rakan sekerjanya untuk melompat parti, berasaskan kenyataan bahawa PAS tidak mungkin menarik diri dari kerajaan negeri PR, kecuali Hasan Ali melompat secara individu. Maka, pemimpin DAP ini melihat desas-desus rampasan kuasa, lompat parti cuma “perang psikologi” untuk menjejaskan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap kerajaan PR Selangor.
Rapat dengan Ezam : Amirudin Shaari
Khabar angin sebelum ini meramalkan formula lompat parti 3-2-3, iaitu tiga dari PAS, dua dari DAP dan tiga dari PKR, namun Merdekareview dimaklumkan hanya lima orang ADUN yang berkemungkinan melompat parti, iaitu dua dari PKR dan tiga dari PAS.
Tetapi, Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim ketika ditanya, hanya meramalkan maksimanya empat orang yang berkemungkinan lompat parti, tanpa menamakan siapa mereka.
ADUN Batu Caves, Amirudin Shaari dan ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafei, adalah antara yang tersenarai dalam “golongan berisiko”. Amirudin Shaari tidak terkejut dengan khabar angin bahawa dirinya bakal melompat parti, menyedari dirinya dilihat sedemikian kerana pernah rapat dengan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd.Ezam Mohd.Nor.
Namun demikian, Amirudin Shaari secara tegas menafikan bahawa dirinya akan melompat parti. Amirudin Shaari pernah menjadi AJK ketika Ezam menerajui AMK, dan Mat Suhaimi Shafei pula adalah ahli ketika Ezam menjawat Ketua Bahagian Shah Alam. Ezam meninggalkan PKR sebelum PRU ke-12, dan menyertai semula UMNO selepas PRU ke-12.
Badrul Hisham Abdullah yang “gagal dihubungi” disenaraikan sebagai “golongan berisiko tinggi”. Kerajaan PR Selangor dan PKR telah menuntut beliau untuk memberi perjelasan dalam minggu ini.
“Kerana kami menerima aduan, dan kami terpaksa menguruskannya. Kami perlukan beliau untuk memberi perjelasan, bukan mempersoalkan sama ada beliau akan melompat parti,” jelas Amirudin Shaari.
Dakwaan rasuah sebelum lompat?
Pengalaman kedua-dua orang ADUN PKR di Perak, Jamaluddin Radzi dan Osman Mohd. Jailu menghilangkan diri sebelum muncul di depan kamera dalam sidang media bersama Najib, masih segar dalam ingatan. Lompatan kedua-dua orang ini, ditambah pula ADUN DAP Hee Yit Foong yang berakhir dengan kejatuhan Perak ke tangan BN, telah dijadikan sebagai pengajaran untuk PR.
Teresa Kok berkata, kemungkinan UMNO menjatuhkan kerajaan PR melalui lompat parti tidak tinggi. Justeru itu, UMNO kini cenderung untuk menggunakan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Di Perak, Jamaluddin Radzi dan Osman Mohd. Jailu dituduh rasuah terlebih dahulu, berakhir dengan kedua-dua orang mengambil pendirian pro-UMNO, dan tuduhan awal itu “lenyap” setelah mereka menyebelahi BN. Maka, apa yang berlaku ke atas Exco Selangor, Ronnie Liew mengundang pertikaian.
Ronnie Liew yang memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan menafikan kemungkinan lompat parti, malah dengan tegas menyatakan, “Siapa yang menyebut ‘lompat parti’ kepada saya, saya akan laporkan!”
*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, artikel ini ditulis dalam bahasa Cina, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.
SEREMBAN, 4 Sept (Bernama) — Ahli Dewan Undangan Bagan Pinang, Negeri Sembilan Azman Mohammad Noor meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban pada pukul 2 petang Jumaat.
Kerajaan Negeri Selangor mempersoalkan kewajaran kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein setelah bertemu dengan kumpulan yang mengarak kepala lembu semalam.
Pada dasarnya Kerajaan Negeri tidak membantah sebarang pertemuan yang melibatkan isu hak dan kebajikan sesama rakyat dan pemimpin kerajaan, namun ianya menjadi pertikaian apabila seseorang pemimpin kerajaan bertemu dengan mereka yang sedang disiasat oleh polis kerana terlibat dalam aksi-aksi provokatif yakni mengarak kepala lembu ke Bangunan SUK minggu lalu.
Ekoran daripada tindakan kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini, antaranya merupakan anggota parti politik tertentu, lebih 50 laporan polis telah dibuat oleh orang awam, pemimpin masyarakat setempat dan wakil rakyat menggesa agar pihak polis menjalankan siasatan segera dan tanpa bias ke atas mereka yang terlibat dalam perarakan kepala lembu.
Namun apa yang dikesali ialah, sementara polis masih menjalankan siasatan, Hishammuddin mengambil langkah untuk bertemu dengan mereka ini, malah mempertahankan mereka habis-habisan bahawa tindakan mengarak lembu di luar kawalan penganjur perarakan dan bukan bertujuan untuk menimbulkan ketegangan perkauman.
Jelas pertemuan Hishammuddin semalam adalah untuk memberikan perlindungan politik kepada kumpulan ini dengan menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri yang menguasai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan menyalahkan kerajaan negeri dalam kejadian mengarak kepala lembu itu untuk menutup kegagalan pihak polis mengelakkan kejadian penghinaan agama itu daripada terjadi, apatah lagi kejadian tersebut berlaku di perkarangan Bangunan SUK.
Harapan masyarakat umum agar pihak polis menjalankan siasatan dengan saksama dan tanpa bias dijangka tidak dapat menjadi realiti kerana Menteri Dalam Negeri sendiri telah memberi kata-kata perlindungan kepada

SHAH ALAM, 3 Sept: Sejak demonstrasi mengarak kepala lembu ‘berdarah’ yang dikatakan khalayak dicetuskan Umno Shah Alam sendiri, segelintir penduduk tempatan Seksyen 23 berdepan ancaman dan ugutan oleh pihak-pihak tertentu.
Beberapa responden yang ditemui Harakahdaily 30 Ogos lalu mengadu bahawa mereka turut diugut sejak berita kumpulan ekstrem itu disiarkan.
Tidak mahu identiti masing-masing diketahui lagi, ada dalam kalangan mereka sudah diugut supaya berpindah, kerana dituduh pemecah belah masyarakat tempatan serta sokong penganut Hindu walaupun diri bergelar penganut Islam.
Di kalangan mereka juga, ada yang menerima ugutan melalui telefon.
Ada juga yang didatangi sendiri pemimpin tempatan yang menyokong aksi ekstrem itu, lalu mengugut untuk memecahkan cermin kereta dan sebagainya.
Mereka juga enggan membuat laporan Polis kerana takut pihak terbabit terus mengugut serta menyerang mereka.
“Saya satu keluarga nak tinggal di sini lebih lama. Ini kira kampung halaman saya. Buat apa buat laporan Polis?kalau ia diperbesarkan, banyak lagi ugutan selepas ini,” jelas salah seorang daripada responden terbabit.
Dalam pada itu, responden Rohaya Samad, Suri Rumah kelmarin membuat penjelasan semula berhubung kenyataannya 30 Ogos lalu.
“Bukan maksud akak (kononnya) Hj. Mahyuddin (Manaf, iaitu Pengerusi Penduduk Seksyen 23) membawa kepala lembu itu. Bukan akak yang kata (demikian). Akak bukan pemecah belah masyarakat seperti yang didakw,” jelasnya.
Beliau juga menafikan bahawa beliau menerima sms kononnya penganut Hindu sudah membuat 98 aduan Polis berhubung insiden tersebut.
“Bukan 98 (aduan) yang akak kata. Akak kata 48 (aduan). Akhbar hari ini (1 September) laporan 52 aduan,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah penjelasan semulanya itu disebabkan ugutan pihak tertentu, beliau menegaskan ?tidak?.
Semalam, wartawan harakahdaily Zulfikar Mashoor sendiri turut menerima panggilan bermotif ugutan, disebabkan beberapa liputan setempat sebelum ini.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sewaktu mengulas isu terbabit menjelaskan amalan mengugut penduduk Syeksyen 23 itu adalah ekstrem adalah ajaran Naib Presiden Umno sendiri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sendiri.
“Ancaman yang dilakukan oleh mereka ini adalah hasil didikan Hishamuddin (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) sendiri. Dia pernah mengangkat keris dalam pemilihan (PAU) kerana mengancam orang Cina di Malaysia,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa tindakan Hishamudin sebenarnya mengulangi ajaran Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno, pada 1987 lalu.
Ujarnya lagi, inisiatif Hishamuddin mengunjungi pihak ekstrem terbabit, tidak mustahil akan mengundang sesuatu yang lebih buruk.
“Jadi bila Datuk Hishamuddin nak bertemu lagi dengan kumpulan (ekstrem) ini, ianya menunjukkan seolah-olah dia tidak rasa apa-apa terhadap tindakan eksterem yang dilakukan kumpulan ini terhadap penduduk Seksyen 23 khususnya, yang tidak mustahil akan mencetus provokasi yang lebih tegang,” tambahnya.
Beliau juga turut mengulas hasrat kumpulan terbabit untuk bertemu pemimpin Hindu tempatan, setelah tindakan ekstrem mereka dipertikai khalayak.
“Kita bersetuju kumpulan itu bertemu Hindu Sanggam, tetapi pendekatan itu sepatutnya dibuat lebih awal. Bukannya selepas selepas mereka melakukan provokasi (dan) menghina agama orang lain (penganut agama Hindu),” katanya.
Semalam, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad turut mempertikai inisiatif Hishammuddin mahu turun bertemu kumpulan ekstremis terbabit; yang didakwanya sebagai ‘samseng-samseng Umno’.
Dipercayai juga, beberapa ugutan tersebut sebenarnya untuk membendung orang ramai dari terus mengaitkan Umno dengan beberapa aksi ekstrem sebelum ini.
Beberapa kes ugutan sehingga sekarang menjadikan Umno terus dipandang serong, setelah demontrasi mengarak kepala lembu berdarah dan menconteng dinding dengan kata-kata kesat sebelum ini sah didalangi oleh segelintir ahli-ahlinya yang ekstrem itu.
Pakatan Rakyat mengalu-alukan ketibaan kapal selam pertama Malaysia, KD Tun Abdul Rahman yang berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sultan Abdul Aziz dalam usaha memantapkan pertahanan negara.
Ahli Jawatan Kuasa Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shahrin berkata pembelian kapal selam ini juga memperlihatkan Malaysia tidak bijaksana kerana perlu membayar komisen sehingga RM500 juta.
“Komisen RM500 juta hasil daripada pembelian dua kapal selam terpakai ini yang jelas memperlihatkan Malaysia secara tidak bijaksana agak ketinggalan sedikit kebelakang berbanding beberapa negara yang turut memiliki kapal selam yang sama tetapi pada harga yang jauh lebih murah. Ini melibatkan Razak Baginda orang yang rapat dengan Najib,” katanya.
Beliau turut meragui tahap keselamatan kapal selam berkenaan khususnya dari segi teknikal dan menyifatkan rasuah pembelian kapal selam itu sebagai merugikan negara.
Sementara itu Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Mohammad Sabu menggesa satu siasatan menyeluruh mengenai komisen RM500 juta yang diteri Razak Baginda dilakukan.
“Kita hendak tahu dengan komisen yang begitu banyak adakah kapal itu mempunyai kualiti yang diharapkan, kita tidak mahu ia boleh selam tetapi tidak boleh timbul,” kata jagoan Pas itu.
“Kita mengalu-alukan pembelian tetapi tentang segala bentuk rasuah dan komisen yang tinggi tidak didedahkan, tidak ada satu kertas atau satu suruhanjaya yang menyiasat rasuah yang berlaku dalam pembelian kapal selam ini,” tambahnya.
Filed under: Umum















