Facebook kesannya terhadap pelajar

20/1/2010 11:37:12 AMPengirim: mohd zuwairi

Tertarik dengan berita mengenai seorang pelajar di dakwa kerana komen berhubung isu kalimah Allah di laman social Facebook tertarik untuk memberi sedikit pandangan Facebook dari sudut pelajar yang menggunakannya. Jika diimbas kembali, pada awalnya media hanya berkembang dengan adanya media cetak, media elektronik dan kini munculnya media baru. Kemunculan media baru dengan pelbagai aplikasi digunakan di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Pelbagai laman social wujud dalam talian seperti Friendster, Facebook, Tagged dan Myspace. Pengguna laman social ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur, kebanyakan penggunanya adalah remaja terutamanya pelajar kerana pada mulanya akaun Facebook ini dibuka untuk memudahkan kerja pelajar itu sendiri dan jika disalahguna keadaan sebaliknya akan berlaku. Seperti yang diketahui Facebook mempunyai kesan positif dan negative. Berbalik kepada isu Kalimah Allah ia memberikan kesan negative kepada pengguna laman social tersebut.

Facebook sebenarnya boleh dijadikan medium dalam merapatkan lagi hubungan interaksi sesama kaum. Hal ini dapat dilihat dalam akaun laman social seseorang yang mempunyai rakan pelbagai kaum sama ada Cina, India mahupun Melayu. Hubungan interaksi antara kaum menjadi semakin rapat dalam alam maya, walaupun secara lumrahnya masing-masing mempunyai perasaan malu untuk bertegur sapa. Melalui laman ini juga konsep gagasan 1 Malaysia dapat direalisasikan. Dari pandangan negative, laman social seperti Facebook ini jika digunakan secara berlebihan akan menyebabkan mahasiswa itu sendiri daripada aktif menjadi pasif dan ia akan membawa kesan positif pada awalnya dan berakhir dengan kesan negative.

Jika diingat kembali pada dahulunya komunikasi dua hala amat berkesan kerana jika ingin berbincang atau ingin menyalurkan maklumat, seseorang individu terpaksa berjumpa dengan individu yang lain bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Tetapi kini, keadaan itu semakin kurang dipraktikkan kerana masing-masing mempunyai akaun laman social yang boleh digunakan untuk berteraksi tanpa bersua muka. Sebagai contoh setibanya hari lebaran iaitu hari raya aidilfitri, adat menghantar kad raya semakin dilupakan. Para pengguna facebook terutamanya pelajar sanggup scan kad tersebut dan hanya menanda nama rakan mereka sebagai tanda ucapan. Adat dan budaya menhantar kad raya seperti dahulu kian pupus ditelan zaman.

Sebagai mahasiswa sememangnya Facebook tersebut digunakan untuk kegunaan dan kepuasan masing-masing menurut Teori Kegunaan dan Kepuasan oleh Bumbler dan Katz (1974). Dalam teori tersebut menerangkan bagaimana ciri-ciri individu yang berlainan watak menggunakan saluran media seperti laman sosial (Facebook) untuk memuaskan kehendak dan juga untuk menyelesaikan masalah. Individu-individu tertentu seperti pengguna laman sosial sendiri mempunyai tujuan yang berlainan untuk menyokong perlakuannya.

Daripada perspektif teori ini, kepuasan individu terutamanya pelajar dalam menggunakan laman sosial mempunyai baik dan buruk bergantung kepada cara ia digunakan selain dapat membantu menyokong perlakuan dalam melakukan sesuatu pekara ke arah kebaikan. Sebagai pelajar yang mempunyai tahap pendidikan dan waras akal fikirannya, gunakan sebaik mungkin kemudahan laman sosial seperti Facebook ini untuk kebaikan bersama disamping dapat merealisasikan gagasan 1 Malaysia.

Daripada:
Mohd Zuwairi bin Mat Saad
Pengurusan Komunikasi, UKM

‘JASA’ ke hulu ke hilir menjaja nama baik BN serta menanam propaganda

 
Serangan Terancang di Semua Negeri PR melalui Perkakas Negara

Apakah entity yang membentuk sebuah Negara? Negara yang berdaulat dibentuk oleh 4 entiti: Sempadan geografi tanah air, kerajaan yang sah dengan segala agensinya, undang-undang yang berkuatkuasa dan rakyat yang merdeka. Kalau tempang, hilang, cacat, ragu atau kabur salah satu entiti ini, maka kedaulatan negara juga hilang maknanya.

Sejak Mac 08, BN sedaya upaya cuba bangun semula dengan berpaut kepada agensi-agensi kerajaan, entity dan perkakas Negara dan agensi yang sengaja ditubuhkan untuk menjaga survival parti menggunakan harta Negara. Kalau dengan upaya kudrat batang tubuh BN sendiri, mereka sudah dalam kategori reput dan basi. Lihat saja komponen besar BN seperti MIC dan MCA yang nazak, Gerakan pun lumpuh, ditubuh pula parti seperti Makhal Sakthi yang memecat Presidennya minggu lepas. Pendek kata, yang bersangkut paut dengan BN, di alaf baru ini sudah sampai tarikh luput, walaupun baru seusia bayi.

Komponen BN yang paling banyak bergantungpaut kepada agensi kerajaan dan perkakas Negara ialah UMNO. Maka parti itu nampak seperti sedang bernafas semula, cuba membangkitkan juga MIC dan MCA yang terbaring di sana sini. UMNO berpaut kepada Felda, MARA, Felcra, dan 40 lagi agensi yang kononnya ditubuhkan untuk membantu orang melayu.

Agensi yang sedang diperkudakan sepenuhnya sekarang ialah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri menegaskan keperluan pegawai-pegawai JASA di semua DUN dan Parlimen mengerah keringat untuk memenangkan BN dalam pilihanraya akan datang. Di Kedah sahaja, tidak kurang daripada 52 pegawai JASA sedang ke hulu ke hilir menjaja nama baik BN, merancang strategi, menanam jarum propaganda dan membuat penyelidikan kecenderungan pengundi semasa.

Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, mulai tahun ini setiap pegawai JASA akan diperuntukkan RM10,000 sebulan untuk melakukan aktiviti menggoncang negeri-negeri PR dan memenangkan BN dalam PRU 13. Berapa banyak peruntukan dari perbendaharaan Negara dipakai untuk memenangkan BN melalui JASA sahaja? Campurkan jumlah DUN dan Parlimen di seluruh Negara di darab dengan RM10,000. Itulah jumlah ringgit milik seluruh rakyat digunakan untuk BN setiap bulan. Oppps! Gaji dan elaun pegawai belum masuk lagi…

Tidak cukup dengan badan dan agensi-agensi kerajaan ini, BN juga sedang menggunakan ‘Negara’ itu sendiri untuk bangun semula. Hinga kini, tidak ada apa lagi yang berkecuali dalam usaha ‘memulihkan’ BN/UMNO yang rebah dengan segala barah yang melandanya. Kalau mereka gagal bangun sekalipun pun, pastikan PR juga tidak boleh berdiri….

Bersambung…..

Muhammad Sanusi Md Nor
SETPOL MB Kedah

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: