Hinanya Si Jamil Khir Baharom Sebagai Menteri Agama

 , at 17.2.10,

KUALA LUMPUR 17 Feb – Bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jamil Khir Baharom (foto), terhadap permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur di sini pada 10 Mac ini.

Hakim Syarie, Mohd. Shukor Sabudin menetapkan terikh tersebut bagi membolehkan kedua-dua pihak memfailkan afidavit. Jamil Khir bersama Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada 9 Februari lalu memfailkan bantahan awal untuk membatalkan permohonan qazaf Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada 9 Julai 2008, Anwar membuat satu laporan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Jawi mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Pada 7 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Shamsuddin agar mendakwa bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan atas tuduhan qazaf. Menurut seksyen tersebut, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan kesalahan seksual tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Mohd. Saiful Bukhari sebelum ini mendakwa Anwar telah meliwatnya dan kes itu kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta.

[Dulu beliau amat dikagumi dan ilmunya amat dihormati. Kini setelah bergelar menteri, Jamil Khir Baharom seolah-olah terperangkap dalam lembah kehinaan. Bayangkan, beliau dan dua yang lainnya tergamak memohon dan membuat bantahan agar tuduhan qazaf yang dibuat oleh Anwar terhadap Saiful Bukhari dibatalkan. Inikah dia pemimpin Melayu yang diharapkan untuk menjaga agama Islam itu sendiri?.

Siapa yang dijaga sekarang ini? Agama atau kepentingan individu tertentu. Anwar sebagai orang Melayu yang beragama Islam, ada hak untuk diadili berlandaskan undang-undang syariah. Maka, kenapa Jamil Khir menghalang?. Apakah beliau didesak oleh pihak atasan?. Jika inilah senarionya, maka apa akan terjadi kiranya yang mahukan keadilan itu bukannya Anwar tetapi umat Islam yang lain.

Apakah Jamil Khir juga akan membantah agar ia dibatalkan?. Kenapa takut dengan Qazaf jika benar Saiful berada dipihak yang betul. Mahkamah di negara kita sudah jadi bercelaru apabila kes yang merapu cuba untuk dipertahankan oleh individu yang jelas menghina agama Islam itu sendiri. Kenapalah Jamil Khir sanggup jadi begini !!].

4 Responses

  1. Jamil Khir Baharom adalah anak tempatan kampung kami yang berita2 tentang dirinya sering diikuti. Ayahnya , Pak Ngah Baharom, adalah seorang ahli PAS yang komited yang sentiasa bersama2 dalam aktiviti2 parti di sini. Memang kami memandang tinggi kepada keluarga ini.

    Ramai telah mengagak bahawa beliau mungkin akan turun bertanding di parlimen ini dalam PRU13. Akan tetapi laluannya tidak mudah, oleh kerana bukan sahaja terpaksa berdepan dengan PAS tetapi yang lebih berat lagi beliau terpaksa juga berdepan dengan ‘incumbent’ UMNO sekarang.

    Tindakan campur tangan beliau dalam kes DSAI baru2 ini membuat ramai orang kecewa dan harapan di atas tentulah lebih sukar. Orang Kedah memang sensitif dengan perkara2 yang seumpama ini. Dia boleh berputih mata dan ini adalah satu kesilapan yang tidak cerdik.

  2. SIAPALAH KITA UNTUK MENGHUKUM SESAMA MANUSIA,ALLAH YANG LEBIH BERHAK UNTUK MENGHUKUM TAK PERLULAH KITA BERMAKI MAKIAN SESAMA KITA CUKUP SEKADAR TEGURAN IKUTLAH SARANAN JUNJUNGAN BESAR KITA WALAU SEBESAR MANA JAWATAN TAK KEMANA WALAU TAK PUNYA APA-APA KALAU ASYIK MEMAKI HAMUN SAMA SAJA JADINYA BERILAH TEGURAN SECARA BERHEMAH ITU LAH ORG MENGAKU ISLAM

  3. kuatkan hati dan tetapkan iman Dato Sri Jamil jika anda rasa anda berada di jalan yg benar biar tuhan yg menantukan siapa benar dan siapa salah teruskan perjuanggan anda kami doakan anda berjaya buktikan kepada semua rakyat malaysia adalah benar rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan

  4. Tahniah Dato’ Seri, kerana dilantik sebagai Menteri dalam Kerajaan, wakil tunggal dari Kedah yang mendapat status Menteri Penuh. Setelah 22 tahun dalam ATM, kini Dato’ Seri berbakti pula dalam arena politik, sukar dan mencabar, tapi perjuangan dalam hidup perlu diteruskan. Kami mendoakan kejayaan Dato’ Seri, khasnya di Negeri Kedah nanti.

Leave a comment