Usrah DPPNS bersama Dr Raja Hiss S/U negeri Perak
Korban@sebuyau
Program Pemuda
Jemputan Majlis Gawai Dayak Anjuran PKR Sarawak
Majlis Hi-Tea
Perasmian muktamar Dewan Pemuda Pusat
Mesyuarat Unit Amal Pusat Pertama Bersama Dgn Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat
MUKTAMAR PUSAT
Perbahasan Usul dan Penggulungan Muktamar Dewan Pemuda Pusat
Penginapan Perwakilan Dewan Pemuda Sarawak
Mesyuarat Dewan Pemuda Negeri Sarawak di PKM

ITeM di Sarawak
Kuching, 1-2/5/09 – Badan Perhubungan PAS Sarawak dan Dewan Pemuda PAS Sarawak telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan ICT & e-Media (ITeM) dengan kerjasama dari Jabatan IT PAS Pusat. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YB Che Abdullah Mat Nawi, Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Kerajaan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sarawak, Saudara Rasdi dan Timbalan Pemuda PAS Sarawak, saudara Solehin.
Antara yang dibentangkan di dalam bengkel tersebut ialah memperkasakan IT untuk menyebarkan penerangan dan dakwah di bumi Sarawak. Seramai 5 orang dari Jabatan IT PAS Pusat (JITP) telah membuat pembentangan dan demo untuk bengkel tersebut. Tujuan bengkel tersebut adalah sebagai langkah awal untuk PAS Sarawak menghadapi Pilihan Raya Sarawak yang ke-12 diramalkan akan berlaku tidak lama lagi. Kepentingan IT di dalam pilihan raya sekarang adalah satu keperluan setanding dengan zaman sekarang.
pemuda sarawak
Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak 09
Gambar sekitar PRK Batang Ai
Terbaru dari PRK Batang Ai Sarawak
Batang Ai, DPPNS – walaupun dikatakan tidak akan ada projek ‘mee segera’ BN ketika pilihan raya, ternyata kenyataan tersebut hanyalah gimik politik oleh BN. tinjauan di batang ai mendapati terdapat banyak projek ‘mee segera’ dijalankan. seperti penurapan jalan, majlis pecah tanah, baik pulih masjid dan berbagai lagi yang segera. ianya lebih ketara apabila hari membuang undi semakin dekat.
Kenderaan milik kerajaan negeri digunakan ketika PRK di Batang Ai

rakan-rakan dari pakatan rakyat cuba membawa ‘lari’ bendera

Salah satu projek ‘mee segera’ BN di Batang Ai
Cubaan Pihak Polis Untuk Merampas Bendera PAS
Ketika situasi di stadium Batang Ai tengah hangat dengan laungan sokongan penyokong dari kedua-dua pihak calon yang bertanding, pihak polis sekali lagi cuba untuk merumitkan keadaan dengan cubaan merampas bendera PAS ketika ianya cuba untuk dibawa masuk. Walaupun pada mulanya ianya dihalang oleh pihak polis, dengan sokongan dari pihak keADILan dan DAP bendera tersebut Berjaya dibawa ‘lari’ dari rampasan pihak polis.

Pihak Polis cuba menghalang petugas PAS membawa bendera PAS ke dalam stadium
Yang menjadi isu di Batang Ai juga adalah penglibatan Masjid di dalam PRK. Di semenanjung heboh mengatakan bahawa Masjid tidak dibenarkan membawa hal-hal politik sedangkan di Batang Ai secara terang-terangan sekeliling kawasan Masjid Nurul Huda, batang Ai diletakkan dengan bendera-bendera dacing. Tinjauan juga melihat, poster-poster calon dari PKR yang bertanding di khianati dan dicabut. Bendera-bendera PKR dicabut dan dibuang. Inilah imej pilihan raya bersih yang dikatakan oleh BN.
Siasatan dan tinjauan menunjukkan tedapat banyak kenderaan milik kerajaan negeri berada di batang ai. Ini menunjukkan tidak keadilan BN dalam menggunakan milik rakyat dengan menggunakannya untuk kepentingan mereka. Lebih mengejutkan lagi, untuk merasmikan projek ‘mee segera’ BN di batang ai, KM Negeri menggunakan helikopter untuk tiba di batang ai. ini jelas menunjukkan ‘kekayaan sebenar’ seorang KM. Penulis merasakan jika KM ini menyatakan jumlah sebenar hartanya mungkin dia adalah orang yang paling kaya di Malaysia.
Kajian juga menunjukkan, orang melayu di Batang Ai terutama di kampung melayu, batang ai, masih menunjukkan taat setia mereka kepada BN. Kebanyakan mereka adalah orang-orang yang berumur. Penulis sempat menemu ramah dengan tidak sengaja seorang penduduk di kampung melayu, beliau menyatakan bahawa beliau ingin membalas budi kerajaan kerana memberinya tanah dan kedai kecil untuk berniaga. Pemikiran mereka adalah masih di takuk yang lama. Kebanyakan yang mahu berubah adalah orang muda. Kaum yang lain pula seperti dayak dan cina, mereka mahu berubah, baik yang tua dan muda.
Hari selasa ini akan menjadi penentu sama ada angin politik sudah sampai di sarawak atau tidak. Semoga Allah s.w.t membuka hati penduduk batang ai untuk berpihak kepada Pakatan Rakyat. Insyallah….
Gambar-gambar sekitar PRK Batang Ai

rakan-rakan lain datang membantu

Bendera PAS berjaya di bawa ‘lari’ dari di rampas polis
Sokongan dari Pakatan Rakyat amat kuat walaupun baru pertama kali bersua di Batang Ai. Ini lah silaturrahim antara ahli di dalam Pakatan Rakyat.
Gambar Sekitar Hari Penamaan Calon PRK Batang Ai









Kuching (28-29 Mac 09) – DPPNS, Dewan Pemuda PAS Sarawak telah bersama-sama dengan Parti keADILan Sarawak ketika hari penamaan calon untuk PRK Batang Ai. Pimpinan PAS Pusat yang hadir adalah Naib Presiden 1, YB Dato’ Haji Husam Musa dan bendahari PAS Pusat, YB Dr. Haji Mohd Hatta Ramli. Turut bersama ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak, Ustaz Osman Mustafa dan Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abg. Eddy Allyanni. Dewan Pemuda PAS Sarawak juga akan membantu dengan kerja-kerja pilihan raya sehingga hari mengundi pada 7 april 2009. Rakyat Sarawak diseru untuk berubah dan menyokong Pakatan Rakyat.
Retreat PAS Sarawak 09
Kuching 20-22 Mac (DPPNS) – Dewan Pemuda PAS Sarawak telah menganjurkan ‘Retreat PAS Sarawak 2009’. Ianya adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ahli PAS Sarawak dengan tugas-tugas ketika pilihan raya. Merasmikan bengkel tersebut adalah Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi. Turut dijemput di dalam bengkel tersebut ialah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ariffin Deraman. Turut bersama ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak Ustaz Osman Mustafa dan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak Abg. Eddy Allyanni. Bengkel tersebut dihadiri oleh ahli-ahli PAS dari seluruh Negeri Sarawak.
Keratan Akhbar Harakah 2-5 Mac 2009

YB Hj Mohd. Abdul Wahid Endut ‘Berambeh’ di Sarawak
Kuching, 6/3/09(DPPNS) – Jelajah Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan ADUN Wakaf Mempelam iaitu YB Hj Abdul Wahid Endut akhirnya sampai ke Kuching, Sarawak. Beliau sempat ‘berambeh’ di Sarawak Bumi Kenyalang. ‘Berambeh’ di dalam Bahasa Melayu Sarawak bermaksud singgah sekejap atau tinggal sekejap.
Bersempena dengan itu Badan Perhubungan PAS serta Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak, menganjurkan ceramah umum bersempena dengan kehadiran beliau di bumi kenyalang ini. Ceramah tersebut telah diadakan di Jln. Hj Mataim, Satok bertempat di perkarangan rumah Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak sendiri iaitu saudara Abg. Addy Alliyani. Ceramah bermula pada pukul 9 malam dengan kehadiran YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut pada pukul 8.45 malam. Turut hadir pada malam tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Ustaz Othman Mustapha, Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak Abg Addy Alliyani, Dr. Mohd Jolhi, Saidin Masidin dan Haji Adam Hiad. Turut juga hadir wakil dari PKR dan DAP Negeri Sarawak.
Sambutan masyarakat pada malam tersebut amat memberangsangkan walaupun hujan lebat, lebih-lebih lagi ketika YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut mula memberi berucap. Di dalam ucapan beliau, beliau mengingatkan rakyat islam negeri sarawak agar sentiasa ingat akan Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga mengingatkan rakyat sarawak agar berhenti dari menyokong dan mengundi kerajaan yang zalim serta memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Antara ayat-ayat beliau ialah “usah sekali-kali mencari musuh, tetapi jika musuh datang kita akan menghadapinya”. Beliau juga menceritakan pengalaman beliau pada PRK036 Kuala Terengganu lepas. Beliau juga sempat memperjelaskan krisis yang berlaku di Perak. Beliau memberitahu agar rakyat hanya perlu tunggu dan lihat kerajaan haram BN di Perak akan tumbang tidak lama lagi, Insyallah. Ceramah ditangguhkan pada pukul 11.30 malam.
Ceramah Umum

Filed under: Umum | No Comments »
Bengkel Nuqaba’ PAS Negeri Sarawak
Kuching (22/2/09) – Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak bersama dengan Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak telah menganjurkan Bengkel Nuqaba’ untuk ahli-ahli PAS Negeri Sarawak. Bengkel tersebut disertai oleh ahli-ahli usrah seluruh Sarawak. Bengkel bermula pada pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang. Tujuan bengkel tersebut adalah untuk memantapkan lagi serta memperjelaskan kepentingan usrah di dalam perjuangan PAS. Kertas kerja bengkel tersebut dibentangkan oleh Ustaz Mohd. Nor Omar selaku Ajk Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat. Sebanyak 3 kertas kerja dibentangkan di dalam bengkel tersebut. Antaranya:-i. Konsep usrah : Perlaksanaan dalam jemaah islam
ii. Manhaj usrah jamaah islam
iii. Ciri-ciri nuqaba’ yang berkesan
XPDC Dakwah Valentine
Kuching (14/2/09) – Dewan Pemuda PAS Sarawak telah mengadakan XPDC Dakwah pada malam sambutan hari valentine. XPDC tersebut disertai seramai 14 orang yang terdiri daripada exco-exco dan ahli Pemuda PAS Sarawak. XPDC ini telah diketuai oleh saudara Aziz iaitu Ketua Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sarawak. Ahli XPDC dipecahkan kepada 3 kumpulan dan ditugaskan kepada kawasan masing-masing. Terdapat 3 kawasan yang menjadi pilihan antaranya, Kawasan Pasar Satok, MASJA dan Waterfront. XPDC bermula pukul 10 malam dan berakhir pada 12 tengah malam. Sambutan masyarakat amat menggalakkan.

Saudara Aziz selaku Ketua Penerangan DPPNS memberi penerangan sebelum aktiviti dakwah bermula

Ahli XPDC berehat sebelum menyambung misi
Kuching(31/12/08) – Dewan pemuda PAS Sarawak kawasan Kuching telah mengadakan XPDC dakwah bersempena tahun baru 2009. XPDC tersebut telah dijalankan di sekitar Bandar kuching terutama di kawasan waterfront. XPDC tersebut bermula pada pukul 11.30 dan berakhir pada pukul 1.00 pagi. Aktiviti dakwah tersebut antaranya adalah mengedar risalah-risalah kepada orang ramai yang berkumpul pada malam tersebut. XPDC dakwah tersebut disertai seramai 9 orang termasuk Ketua Pemuda PAS Sarawak sendiri iaitu Abg. Addy serta ajk-ajk pemuda PAS Kawasan Kuching.
Kesan dari XPDC itu juga dapat dilihat kepincangan anak-anak muda sekarang yang sibuk mengejar dunia dan terlupa akan ajaran agama islam yang mereka anuti sejak dari azali. Terdapat juga pelancong-pelancong asing yang tanpa segan silu berpeluk dan membuat pernafasan dari mulut ke mulut. Itulah yang menjadi ikutan anak remaja sekarang. Bertudung, tapi tanpa segan silu berpeluk tanpa rasa bersalah kepada agama dan kepada ibu bapa. Bukan sahaja anak muda terdapat juga anak tua yang berkumpul pada malam tersebut. Semua ahli XPDC berasa kecewa dengan perilaku manusia sekarang. Di mana fungsi majlis agama islam Sarawak di dalam membendung gejala-gejala yang sedemikian? Persoalan tersebut hendaklah ditanya kepada diri sendiri. Semoga XPDC berkenaan dapat diteruskan tradisinya sehingga Islam tertegak di bumi.

Berkumpul sebelum memulakan XPDC Dakwah Tahun Baru 2009

Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abg. Addy mengedarkan risalah kepada anak-anak muda

Ahli-ahli XPDC mengedarkan risalah kepada pengunjung waterfront pada malam tersebut
Khamis (10 Nov) – PAS Sarawak kawasan Kuching bertuah kerana dapat membuat liqa’ fiqri bersama exco Kerajaan Negeri Kelantan ADUN kawasan Limbongan iaitu YB Drs. Zainuddin B. Awg Hamat.
Liqa’ fiqri tersebut dihadiri seramai 20 orang yang terdiri daripada pimpinan
PAS Sarawak iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Ustaz Osman Mustafa,
Pemuda PAS kawasan Kuching serta ahli usrah kawasan Petra Jaya.
Kedatangan YB Drs. Zainuddin adalah bersempena dengan seminar PEMADAM
yang diadakan di kuching. Beliau merupakan pengerusi PEMADAM bagi
Negeri Kelantan.
Di dalam liqa’ tersebut, beliau berkongsi pengalamannya sebagai seorang
pejuang PAS dan wakil rakyat. Beliau juga memberi tazkirah ringkas
tetapi padat dan bermanfaat.













































slm untuk memperkukuh gerak tindak dppsarawak di dalam gerakerja menangani gejala sosial di kalangan remaja, sila ke laman web http://urusetialandas.blogspot.com/
Teruskan usaha saudara-saudara semua.
Juga, lebih menarik jika diberi tumpuan pada Kawasan Batang Sadong dan Batang Lupar.
Selamat mendapat wakil rakyat PAS dalam pilihan raya DUN Sarawak nanti serta rakan-rakan dalam PR. Juga tak lupa dengan wakil rakyat yang bakal melompat!
Steadi PAS…..mun kamek balit kamek join kitak org…kinek tok nuntut ilmu dari PAS kat pusat lok..hehe
Salam ukhuwah buat semua pejuang Islam di Sarawak. Semoga cita2 kita untuk melihat Islam memerintah di Sarawak terlaksana!INSYAALLAH.
Doakan Bintulu Tapak Baru untuk PR bertapak.
assalamualaikum sahabat2 seperjuangan ku di bumi swk.ana rindu antum d sinun..teruskan usaho antum.semoga Allah memberi kekuatn & menetapkan iman kito dalam perjuangan Islam…doakan ana distuk tabah dlam menuntut ilmu.salam perjuangan utk sahabat2 di malaysia — “عش كريما أو مت شهيدا”
Assalamualaikum w.b.t
Saya pernah bekerja di Sarawak selama 5 tahun dan baru pulang ke semenanjung tahun 2008. Di sini saya ingin berpesan kepada saudara dan rakan-rakan. Jika saudara benar-benar ingin menyebarkan islam dan dakwah di sarawak saya berpendapat lebih baik saudara tidak campur adukkan dengan ideologi politik mana-mana parti kerana nawaitu saudara adalah untuk tujuan politik. Saya cadangkan ikut golongan tabligh. TQ
Terima kasih dengan cadangan hamba allah. Tetapi kami adalah sebuah parti yang memperjuangkan dan berdasarkan islam. Siasah @ politik tidak dapt dipisahkan dari agama, seperti kisah Nabi memasuki negara mekah tanpa berperang. Berhubung dengan nawaitu, itu adalah perkara yang Allah s.w.t sahaja yang tahu. siapalah kita untuk mengetahui niat seseorang di dalam hati. Saya raya anda perlu mendalami ilmu islam lagi.
anta faham tak islam, kalau tak belajar, mana ada ilmu, ilmu celup ada la, nak cakap cermin diri dulu la
Sejak merdeka Sarawak semakin maju dengan kebendaan dan remajanya pula semakin jauh dari agama. Satu tempoh yang panjang telah kita beri untuk BN merangka memahamkan masyarakat islam s’wak. Di Kpg Pusa YB nya org Islam tapi suraunya tak siap-siap selepas diroboh. Pihak Tabligh perlu jumpa YB untuk dakwah. Skarang tak tau dah siap ke belum surau kpg pusa tu. Yang nampak benda ni org PAS yang gila kuasa je..org tabligh tak nampak pun masalah ni.
salam hamba allah,kalau x pandai bersiasah,jgn nak racun org join tabligh,pas gunakan politik utk berkuasa,dan apabila dah memegang kuasa,mudahlah utk berdakwah,bukak sikit minda tu!
nabi berdakwah tak tunggu kuasa dulu, kalau tunggu kuasa samapi bila, jangan asyik berpolitik saja, sampai kan islam secara syumul, jangan jadi ahli pas celup,
Salam ,sahabat adakah anda telah membaca perlembagaan pas dan sejarah perjuangan pas kepada orang islam selama puluhan tahun. kalau sudah barulah boleh buat komen.
Pas tak pernah menunggu utk dpt kuasa baru nak berdakwah. Politik adalah tanggunjawab setiap umat Islam…dalam memilih kepimpinan yang amanah. Islam tak akan disampaikan secara syumul kalau menteri yang dilantik Islam tapi tidak amanah. Pilihanraya lima tahun sekali pas tidak menunggu dun dan perlimen dibubarkan..kerja kebajikan dan penerangan tentang islam terus dijalankan. Pas juga membela rakyat yang dizalimi…mansuhkan isa..menghantar bantuan kepada rakyat palestin…Jadi PAS adalah gerakkan Islam.
apa yg sedara “hamba allah” perjuangkan,saudara berpegang pada fahaman secular ke,memisahkan agama dengan politik…pahaman sedara ni lah fahaman y cukup bahaya..Syeikh Mustafa Sabri (1869-1954) seorag ulamak masyhur yg hidup di zaman Khalifah Uthmaniyyah telah berfatwa “Jalan paling mudah untuk menjadi KAFIR apabila memisahkan agama denagn politik” -نعوذ بالله من ذالك
Teruskan usaha murni saudara-saudara semua.
Assalamualaikum… semoga allah meredhai perjuangan anda semua. Soalan kmk, cam ne kmk nak joint aktiviti ktk urang owh? Kmk baruk tauk ada pemuda pas sarawak tok..
Kmk sentiasa menyokong perjuangan yang dibawa oleh PAS. Perjuangan menegakkan politik Islam Siasah Syariyyah.
Kmk ingin mok menyumbang kudrat dan tenaga kepada PAS Sarawak tapi umur lom cukup gyk. Gyk masih F5. Belajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh di KL.
Insyaallah lekak habis belajar, kamek akan sama-sama menguatkan saf serta memberi sumbangan idea untuk memajukan jentera PAS Sarawak. Kita harus bergerak dengan lebih efektif dan efisien.
Kita mesti tunjukkan yg kita mampu merampas Sarawak dan menyelamatkan rakyatnya daripada kezaliman BN dan kelekaan duniawi semata-mata.
1.Kmk mok tauk giney mok menjadi ahli PAS atau unit amal ?
2.Dan apa beza PAS pusat dengan PAS negeri ?
3.berapa had umur utk menjadi ahli pas atau unit amal ?
4.Dekat kwsn kuching, siney markas tarbiyyah PAS ?
5.Apa aktiviti bulanan PAS Sarawak ?
Sekian, tq
kunjungi blog kamek
mujahidhaziq.blogspot.com
Salam untuk perhatian saudara haziq kita pas telah ada markas kawasan petra jaya sila layari blog pas kawasan petra jaya untuk keterangan lanjut….syukran…
Saya dah tanyak riya dgn sidak PAS. Nya madah mun kmk mok join boleh daftar terus ke PAS Pusat. Apa beza PAS negeri dgn PAS pusat ?
salam,ana tak dapat cerita penuh anta sama ada anta di sarawak ke atau di semenanjung itulah sebabnya ana fikir anta di semenanjung kalau di semenanjung anta daftar di pusat dan maklumkan anta org sarawak senanglah mereka masuk anta dalam aktiviti yang sedia ada tapi kalau anta di sarawak antakan boleh tel nombor yg tertara di web ini tak menjadi masalah.klu tak dapat jugak email nama anta,alamat,sekolah mana,tel,biodata anta.Insyallah kami akan handle dari situ.syukran.
Email ana hijau_kuching_kelantan@yahoo.com.Terima kasih kerana kesabaran anta.
Markas PAS di Matang kah ? Siney di Matang ya ?
Blog kmk tok aktif waktu cuti sekolah jak. Kmk sekolah asrama jd sikda masa mok menguruskan blog.
Saya pun dah ramai rakan-rakan di Semenanjung yg akan menolong saya di Sarawak klak. Kami merancang untuk mengedarkan risalah mingguan yg akan diedarkan di Masjid2 pada setiap hari jumaat serta membuat satu buku ringkas mengenai Islam utk diedarkan kpd masyarakat bukan Islam supaya usaha kita utk mengajak rakyat bukan Islam ke arah sebuah negara Islam semakin senang.
Kerja berdakwah gitok bukanlah senang tetapi selagi Islam menjadi pegangan, Allah sentiasa berada bersama-sama kita.
Diharapkan kita dpt terus keep in contact.
pemuda sarawak mana ada aktiviti, menupang saja aktiviti BPPNS
Salam untuk makluman tak kira bppns,dewan pemuda,dewan muslimat kalau pemuda tak ambil gambar aktiviti pas sarawak mana anta nak tau sedangkan blog bppns belum ada anta nak tolong buat ke?
pemuda pas sarawak mun nak maju, tukar ajak ketuanya, cari ketua yang berwibawa, kat miri ramai.
Salam kalau betul ada ketua berwibawa bagi no hp ,nama penuh ,no ic,tempat tinggal ,syukran.
salam perjuangan.gendang PR DUN sarawak bakal dipalu,bila2 masa,dari kinektok!pastikan BN tersungkur pada PR DUN akan datang
pusaklundu sapa ktk tok?
pusaklundu ktk mcm bagus jak?chait!
salam tuan, macam mana saya nak berhubung dengan AJK @ sesiapa sahaja untuk membantu dalam menyelesaikan kemelut keluarga yang perlukan bantuan sebab ada NGO’S Non-Muslim nak membantunyer….wallahu’alam. STK
Untuk hubungi ana-013-8030789
salam tuan sila nyatakan nama anta,no tel,asal dari mana dan sebagainya untuk makluman kami …syukran.
Salam dah tengok cermin tak ada apa-apa pun,kalau nak bagi komen gunakan bahasa jelas dan sopan .Nak tanya ada baca sejarah perkembangan islam ratusan tahun dahulu macam mana mereka dapat memerintah negara dan satu soalan anta dah buat kerja-kerja islam sebelum ni atau kritik org islam yg ikhlas dalam perjuangan.