Hari demi hari masa berlalu, nilai diri semakin cair dipanggang oleh bahang kekusutan nilai yang tidak mencerminkan identitas manusia yang berwibawa untuk mentadbir dunia selaku khalifah yang telah dianugaerahkan Allah. kehancuran nilai dan pautan hidup berleluasa menjalar di setiap sudut komuniti manusia. Yang Mencipta segala makhluk mula dipinggirkan digantikan dengan insan yang bertopengkan kemewahan yang infinit.
Cinta dan kasih mula diperdagangkan dengan nilai dunia yang tidak dapat ditukarkan untuk urusniaga akhirat. Ketenangan dan kebahgiaan diukur dengan benda yang fana’.
Inikah tanda dunia semakin tua…?
Filed under: Umum | 7 Comments »