Hadiah Untuk Sabah

Sumber : Harakahdaily

Subky Abdul Latif
Tue | Jun 03, 08 | 4:05:59 pm MYT

Perdana Menteri yang berkunjung ke Sabah dua hari hujung Mei menganugerahkan 13 inisiatif yang dianggap sebahagian hadiah untuk Sabah dan penduduknya.

Saya tidak berhajat untuk memperincikan 13 perkara itu yang diberi dengan tiba-tiba.

Apakah yang diberi itu sudah memadai untuk Sabah atau ia suatu yang lebih dari sepatutnya atau tidak memadai?

Apakah yang diberi oleh Perdana Menteri itu adalah suatu yang menjadi hak untuk Sabah atau ia suatu pemberian istimewa untuknya disebabkan oleh sesuatu keadaan yang perlu dibuat begitu?

Apa pun mengapa baru sekarang sesudah Sabah merdeka melalui Malaysia sejak tahun 1963 hadiah 13 perkara itu diberikan? Mengapa tidak dulu? Mengapa tidak diberi 20 tahun lalu atau sepuluh tahun lalu atau sebelum pilihan raya lalu?

Jika apa yang diberi itu memang hak Sabah dan ia memang patut memperolehinya, mengapa baru sekarang ia diberi? Mengapa selepas pilihan raya umum ke-12 yang keputusannya diketahui semua, maka baru Perdana Menteri pergi ke Sabah mengumumkan perkara itu.

Semua tahu bahawa Sabah memberikan hadiah kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu memungkin ia membentuk semula Kerajaan Pusat. Hadiah yang sama diberikan oleh Sarawak.

Jika kedua wilayah itu tidak memberi pakejnya kepada BN, tidak diketahui nasib Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Keduanya masih boleh menang mudah dalam pilihan raya itu, tetapi kemenangan itu boleh memberinya nasib yang sama seperti Mahadhir Khalid, Tajol Rosli dan Dr. Khir Toyo di Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Sekalipun Sabah dan Sarawak sudah membantu kemenangan BN, tetapi timbul pula gempar MP dari negeri itu menimbang untuk bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan alternatif menggantikan pemimpin kerajaan yang dilihat rapuh sekarang.

Dua orang Sabah yang ditawarkan Timbalan Menteri menolak setelah diumumkan terpaksa digantikan dua orang MP Sabah yang lain. Berikutnya secara tergesa-gesa jawatan Speaker Dewan Rakyat yang sedang ditunggu oleh Tan Sri Ramli Ngah Talib untuk diberikan semula kepadanya diberikan kepada orang Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ramli Ngah Talib baru saja diinterbiu media tentang kesediaannya jika dipilih semula. Dia menyatakan kesediaan dan dia pun dipercayai mengharapkan dipilih semula. Rasanya dia akan dipilih semula. Tetapi sepulangnya Perdana Menteri dari Sabah, kerusi itu tidak diberi lagi kepadanya, kerana ia dihadiahkan kepada orang Sabah.

Suara dari Sabah terus menyuarakan rasa tidak puas hati bilangan menteri yang diberi kepadanya, sedang mereka menyebut sebuah negeri yang MP-nya tidak sebesar Sabah diberi tujuh menteri. Suara dari Sabah itu benar-benar membimbangkan kerajaan BN, maka kunjungan segera sekali lagi ke Sabah, Perdana Menteri memberi tambahan hadiah lagi.

Tidak dapat dipastikan adakah suara dari Sabah itu satu amaran atau satu peras ugut, tetapi yang dapat dikatakan, hadiah itu belum tentu ditawarkan kiranya tidak gempar yang dibuat oleh Anwar Ibrahim dan tidak suara keras dari beberapa MP Sabah.

Sarawak sudah tentu melihat dengan penuh minat terhadap apa yang diberi kepada Sabah itu. Apakah memadai orang dari negerinya ditawarkan Timbalan Speaker dan ketua Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen?

Apa pun Sarawak tentu mahukan haknya jika apa yang mereka rasa mereka juga patut dapat hadiah belum diberi. Tidaklah patut Sabah diberi hadiah, maka Sarawak dibiarkan ternganga saja. Jika hak itu tidak diberi, maka tidak mustahil ada yang dalam diam-diam mencari Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang dilihat kepanasan itu akan ke Kuching pula lepas ini untuk membuat hadiah kiranya hadiah belum diberi kepada mereka.

Jika apa yang diberi adalah hak mereka, dan kerana hak itu tidak diberikan selama ini, maka patutlah hak itu diberikan. Dan kalau ia memang hak mereka, apa jadahnya maka ia ditangguhkan selama ini?

Jika demikian benarlah dakwaan, kerajaan BN pimpinan Umno tidak memberikan keadilan kepada semua.

Tetapi kalau keadilan itu sudah dipenuhi, dan semua telah mendapat haknya, maka apa yang hendak dikata kepada pemberian di Sabah itu? Tidakkah pemberian itu dibuat atas peras ugut yang dihadapi?

Saya sekadar hendak menyebutkan satu dari hadiah itu. Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang diwujudkan sejak Sabah ditadbir pembangkang PBS dulu dimansuhkan kerana orang Sabah tidak suka sangat padanya.

Jika jabatan itu dimansuhkan untuk Sabah, maka apa alasan ia mesti dikekalkan di Kelantan. Dan mungkin di lain-lain negeri bukan BN. Ia adalah seperti satu pentadbiran kerajaan dalam kerajaan. Jika ia dibatalkan di Sabah, maka ia juga patut dipanggil pulang dari Kota Bharu. Ia tidak patut ada di mana-mana negeri.

Sabah mungkin boleh berpuas hati, tetapi cara pemberian itu dibuat jelas menunjukkan Kerajaan Pusat sangat tertekan. Belum jelas pemberian itu kerana Sabah patut diberi haknya, tetapi lebih disebabkan takut Sabah hilang dari pengaruh BN.– tajdid

Pembubaran JPPS di Sabah Membongkar Penindasan BN kepada Rakyat


Pembubaran Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) kelmarin merupakan satu lagi pakej khas Barisan Nasional bagi menarik kembali sokongan kalangan rakyat di negeri itu kepada BN yang kini semakin rapuh.

Respon yang diberikan begitu jelas menunjukkan sikap double standard BN selama ini kepada mereka. Perkara ini disahkan oleh Setiausaha BN Sabah, Datuk Karim Bujang yang kononnya mengalu-alukan pengumuman itu yang dianggap oleh beliau sebagai memberi keyakinan kepada rakyat Sabah terhadap keseriusan Kerajaan Pusat menangani permasalahan di negeri itu.

Itulah yang mereka fikirkan sekarang hingga mereka lupa bahawa sewaktu JPPS berkuasa, mereka sebenarnya duduk terperangkap dengan dasar-dasar BN yang tidak memberikan bantuan secara langsung kepada Sabah. Negeri berkenaan telah lama dianaktirikan, dan hanya pembangunan terpilih sahaja yang dilakukan.

Selama ini pembangunan di Sabah di tadbir oleh dua organisasi iaitu Kerajaan Negeri dan JPPS. JPPS ditubuhkan sejak zaman PBS memerintah, yang mana pada ketika itu mereka adalah Kerajaan Pembangkang. Setelah BN menguasai negeri Sabah, JPPS masih lagi beroperasi memandangkan Kerajaan Persekutuan tidak begitu percaya dengan kepimpinan parti komponen yang ada di Sabah. Dan pengumuman Abdullah kelmarin, sememangnya dijangka kerana BN kini makin tersepit bagi mendapatkan sokongan dari wakil rakyat Sabah yang diura-urakan akan lompat parti. Kerana takut mereka lompat parti maka 13 ‘hadiah’ termasuk pakej ini diberikan kepada mereka kelmarin.

Selama ini BN angkuh mengatakan bahawa mereka tidak membezakan mana-mana negeri dan dalam masa yang sama akahirnya mereka akui jua bahawa kewujudan JPPS itu sebenarnya sengaja dilakukan bagi menghukum, mensabotaj, menyusahkan rakyat dan melambatkan pembangunan. Selagi mereka tidak menyokong BN maka selagi itulah JPPS akan memainkan peranannya.

Kenyataan-kenyataan pemimpin BN seharusnya diperhalusi oleh rakyat agar tidak tertipu dengan taktik licik mereka.

Sikap Double Standard Masih Di Teruskan

Rakyat harus melihat secara menyeluruh masalah ini kerana bukan di Sabah sahaja ada JPPS. Di Kelantan juga ada JPPS.

Malah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan baru-baru ini juga telah mengumumkan bahawa Kerajaan BN akan menambahkan lagi JPPS ke empat negeri iaitu di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Tindakan ini didorong oleh faktor politik di mana negeri berkenaan telah jatuh kepada PAKATAN RAKYAT.

Jelas disitu adanya sikap double standard dan percubaan menghukum rakyat kerana tidak memilih mereka. Sikap munafik ini memang sengaja dilakukan bagi memastikan rakyat tunduk pada mereka.

Kewujudan JPPS ini hanyalah sebagai medium bagi mereka menyalurkan terus dana Kerajaan pusat kepada kroni mereka dan langsung mengabaikan Kerajaan Negeri yang tidak sealiran dengan mereka.

Fahaman politik sempit ini akhirnya menyusahkan rakyat.

PAKATAN Lebih Adil dari BN

Sikap pemimpin PAKATAN lebih disukai oleh rakyat yang bijak menilai.

Di Pulau Pinang, Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon telah dilantik sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) oleh Kerajaan PAKATAN. Walau pun beliau adalah ahli BN, namun itu tidak menghalang untuk PAKATAN mengambilnya bekerjasama bagi kepentingan rakyat.

Namun pemimpin BN masih terus dengan sikap bodoh sombong mereka dan tidak membenarkan Kah Choon menyertai oragnisasi PDC. Melihat sikap yang tidak matang itu, Kah Choon akhirnya membuat keputusan keluar parti.

Di Selangor pula, Pengerusi Parti Gerakan Wilayah Persekutuan, Dr. Tan Kee Kwong dilantik bagi mengetuai satu Jawatankuasa khas bagi mengkaji pentadbiran tanah Selangor. Akibatnya, Dr. Kee Kwong telah diminta letak jawatan oleh Najib, Timbalan Pengerusi BN.

Ini adalah sikap tidak wajar dan menunjukan sikap tidak matang politik kalangan pemimpin BN. Mereka tidak boleh bezakan soal politik dan kepentingan rakyat. Setiap organisasi mereka dipenuhi oleh kroni, walaupun kebanyakkan kroni mereka tidak cekap dan rasuah.

Rakyat Harus Buat Pilihan yang betul.

Oleh itu, rakyat harus yakin untuk bersama menyokong PAKATAN bagi mendapatkan manfaat. Dalam pengurusan Kerajaan PAKATAN, rakyat yang menjadi ahli Umno dan BN turut mendapat layanan yang sama dengan penyokong PAKATAN. Mereka juga berhak duduk diatas jika mereka mempunyai kelayakkan.

Pembangunan yang sama rata juga dilakukan dan ini jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh BN. Di negeri yang mereka perintah, dana pembangunan diberikan terus kepada Kerajaan Negeri, tetapi dinegeri yang mereka kalah diberikan kepada JPPS.

Walhal sebahagian hasil negeri tanpa mengira Kerajaan mana, haruslah diserahkan kepada Kerajaan Pusat. Ini adalah satu tindakan yang tidak adil kerana lebih 40% hasil penerimaan Kerajaan Pusat adalah datang dari lima negeri yang ditadbir oleh Kerajaan PAKATAN.

Oleh itu, sekiranya Kerajaan persekutuan masih enggan memansuhkan cadangan penubuhan JPPPS di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAKATAN maka langkah-langkah berikut wajar dikuatkuasakan;

  • Kerajaan PR tidak perlu lagi membayar wang hasil negeri kepada Kerajaan Persekutuan.
  • Rakyat di lima negeri berkenaan tidak perlu lagi membayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan dan segala bayaran cukai selepas ini perlulah dibayar kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan negeri boleh mewujudkan agensi pengutip cukai sendiri bagi mengantikan fungsi LHDN yang menjadi hamba BN.
  • Pejabat pembangunan persekutuan yang dicadangkan juga haruslah tidak dibenarkan dibuka dalam negeri yang diperintah PR. Jika mereka mahu, pejabat itu boleh dibuat di negeri BN.

Inikah samseng yg serang penduduk BMC?


dari http://pemudabersih.blogspot.com

Mungkin gambar ini dapat membantu pihak polis untuk meyiasat kes ini. Kalau polis tidak siasat sendiri mau ingat la….rakyat sentiasa melihat imej anda…



menurut risikan terdapat beberapa orang samseng ini ‘bukan calang-calang oooo’ namun harus diingat kalu suatu hari nanti ada samseng lain yang lebig besar dan ramai membelasah orang-orang ini.

sedarlah sikit korang semua ni hidup sekejap jer, menumpang bumi allah. ingat sikit kat anak bini, orang dah mula menyumpah, jangan sampai turun laknat dari Allah baru nak mintak tolong, sorry la suruh grand saga tolong je tau.

kepada Grand Saga jangan sangka Syarikat anda ini boleh kekal lama, besok bila dah jatuh orang hina hidup korang siapa nak tolong….

kepada penduduk BMC bersabarlah, buat umat islam marilah kita berdoa semoga hak penduduk BMC diberi.

p/s: masih ingat lagi tak orang-orang yang aniaya Anwar Ibrahim dulu? macamana hidup mereka ya? itu semua balasan Allah buat mereka yang menzalimi orang, ingat2 sikit samseng2 ni ya……

%d bloggers like this: