Azam 2009: Abdullah saran matangkan amalan demokrasi

Pemimpin kerajaan, pembangkang bertekad hadapi kesan krisis ekonomi sejagat

new_bung_klccMENYAMBUT ketibaan Tahun Baru 2009 di Dataran Merdeka dengan berlatarbelakangkan persembahan bunga api. – foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

[DIKEMAS KINI] PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, walaupun krisis ekonomi dunia diramalkan cukup mencabar pada 2009, kerajaan berazam mengambil langkah berkesan untuk memelihara kekuatan ekonomi negara dan melindungi kepentingan rakyat.

Kerajaan akan terus bertindak secara prihatin dan bertanggungjawab serta memantau corak dan perkembangan ekonomi dunia dan mengambil langkah wajar menghadapinya, kata Perdana Menteri dalam amanat tahun baru 2009 yang disiarkan malam ini.

Abdullah berkata Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempias kelembapan pertumbuhan ekonomi global tetapi negara mempunyai beberapa kelebihan yang membantu menghadapi keadaan dengan lebih berkesan daripada banyak negara lain.

“Sektor kewangan kita adalah kukuh, tidak seperti waktu krisis kewangan satu dekad yang lalu.

“Rizab kewangan negara berada pada paras yang tertinggi dalam sejarah kita, iaitu 37 peratus berbanding jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar.

“Institusi kewangan kita mempunyai modal yang kukuh dan dikawal selia secara berhemah. Ekonomi negara kita bersifat pelbagai dan tidak bergantung kepada satu sektor tertentu sematamata,” katanya.

Abdullah berkata segala usaha akan diambil untuk merancakkan kegiatan ekonomi dengan menggembleng secara bijak sumber-sumber yang ada dan memberi penekanan kepada sumber dalaman iaitu pelaburan sektor awam dan swasta tempatan.

“Kerajaan telah menyuntik dana tambahan RM7 bilion dalam bentuk rangsangan agar ekonomi tidak akan mengalami kemelesetan, sebaliknya berupaya untuk terus berkembang,” katanya.

Kerajaan juga akan memberi perhatian kepada projek berimpak tinggi yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya tahan negara seperti pembinaan lebih banyak rumah kos rendah, pemuliharaan dan baik pulih kemudahan awam dan peningkatan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, kata Perdana Menteri.

sambutan_datangSUASANA menjelang kedatangan Tahun Baru 2009 di Dataran Merdeka. foto The Star oleh AZHAR MAHFOF
sambutan_klcc_newSAMBUTAN Tahun Baru 2009 di pekarangan kawasan KLCC. – foto The Star oleh GLENN GUAN

Abdullah berkata jika perlu, kerajaan akan mengambil langkahl-angkah tambahan bagi memastikan ekonomi tetap berkembang dan permintaan dan penggunaan domestik terus meningkat.

Katanya kemampuan negara menghadapi cabaran tidak bergantung kepada keupayaan dan langkahlangkah dalam bidang ekonomi sahaja tetapi keutuhan dan integriti institusi negara, pentadbiran yang bersih dan cekap serta sistem kehakiman yang berwibawa amat penting untuk menjamin pengurusan ekonomi dan sosial yang baik dan mampu menarik keyakinan pelabur.

“Sehubungan ini, saya bersyukur kita telah mencapai kemajuan besar dengan kelulusan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman oleh Parlimen barubaru ini,” katanya.

Beliau berkata langkah seperti itu penting untuk menjamin hak masyarakat terpelihara secara adil dan saksama terutamanya mereka yang kurang berupaya untuk mempertahankan hak mereka.

“Saya yakin dan percaya bahawa dengan niat suci dan semangat gigih, tiada gunung yang terlalu tinggi untuk kita daki dan tiada laut yang terlalu dalam untuk kita selami,” kata Abdullah.

Mengenai harga minyak, Abdullah melahirkan rasa kesal harga barangan masih tinggi walaupun harga petrol telah turun sebanyak tujuh kali sejak Ogos lepas, malah lebih rendah daripada harga sebelum ia dinaikkan pada Jun.

“Saya sekali lagi menyeru semua pengeluar, pengilang, pengedar dan peniaga barangan agar bertimbang rasa dan prihatin terhadap keperitan rakyat dan sama-sama menurunkan harga barangan demi kesejahteraan mereka,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memelihara kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara, termasuk memberi bantuan seperti bayaran rebat kenderaan dan subsidi beras untuk meringankan kesusahan rakyat.

“Apabila harga minyak dunia turun, faedah daripadanya terus disalurkan kepada rakyat,” katanya.

Abdullah juga menyeru rakyat supaya mengamalkan semangat bersatu selain terus menjunjung dan mendaulatkan undang-undang negara untuk mematangkan amalan demokrasi.

“Tanggungjawab politik yang tinggi perlu diamalkan untuk menjamin keamanan dan kestabilan negara serta mengawal kepentingan semua kaum dan lapisan masyarakat,” katanya.

KETUA PEMBANGKANG

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pilihan raya umum ke-12 menyaksikan kerusi milik pembangkang bertambah dan menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga.

“Harapan rakyat begitu besar, perubahan mesti dilakukan, makanya hasil dari persetujuan dan permuafakatan ketiga-tiga parti; PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat melahirkan Pakatan Rakyat.

“Sepanjang tahun ini tidak dapat dinafikan pelbagai cabaran yang datang untuk menggugat permuafakatan ini,” katanya.

Hasrat Barisan Nasional katanya, untuk melihat kehancuran Pakatan Rakyat nampaknya menemui jalan buntu.

“Mereka lupa, asas kepada permuafakatan ini berpasak kuat dari cita-cita memperjuangkan agenda rakyat dan melakukan perubahan mendasar. Perubahan adalah tuntutan melewati sempadan kaum dan politik kepartian,” katanya.

Sambil merujuk kepada kedudukan ekonomi sejagat yang tidak menentu, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, pengurusan ekonomi memerlukan kepimpinan yang berpandangan jauh, tegas dan jujur.

“Sering saya ulangi, negara ini dan rakyatnya yang berbilang kaum sudah mengharungi pelbagai rintangan bersama.

“Kita yakin dengan berlakunya perubahan, dan bila negara ini mula berada di haluan yang tepat, maka sekali lagi kita akan dapat melepasi cabaran ini,” katanya lagi.

PRESIDEN MIC

Datuk Seri S.Samy Vellu meminta rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama supaya merapatkan barisan dan bekerjasama bagi menghadapi krisis ekonomi global “yang dijangka memberi kesan terhadap negara terutama dari segi keselamatan kerja dan pelaburan”.

Beliau juga meminta kerajaan supaya mewujudkan jaringan keselamatan untuk memastikan rakyat tidak terjejas dengan keadaan itu.

Katanya rakyat malaysia perlu menjalin perpaduan di kalangan mereka dan menjadikan tahun 2009 sebagai “Tahun Perpaduan”.

MENTERI SUMBER MANUSIA

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam, yang juga Setiausaha Agung MIC, dalam perutusannya menggesa pekerja Malaysia supaya “berjimat cermat” bagi menghadapi krisis ekonomi global.

Katanya kementeriannya akan memberi fokus kepada latihan dan skim latihan semula bagi membantu pekerja yang diberhentikan untuk mendapat kerja alternatif.

KETUA MENTERI SABAH

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan negeri akan berusaha lebih kuat dan memberi perhatian kepada keperluan rakyatnya.

Katanya, bagi Sabah, keputusan pilihan raya umum 2008, membuktikan rakyat negeri itu menyokong inisiatif pembangunan yang dijalankan kerajaan negeri dan ini mendorong kerajaan negeri terus bekerja kuat bagi memenuhi keperluan mereka.

Barisan Nasional (BN) di Sabah hanya kehilangan satu kerusi, masingmasing bagi kawasan satu bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kepada pembangkang.

Musa juga meminta rakyat Sabah untuk saling bekerjasama dengan kerajaan bagi meningkatkan daya saing dalam dunia global sambil meminta mereka supaya “terus bersatupadu bagi memastikan setiap strategi dan pelan yang diatur dapat dilaksanakan dalam menuju fasa pembangunan seterusnya.”

MB SELANGOR

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cabaran utama bagi tahun 2009 ialah bagi mencari cara untuk mengurangkan kesan krisis ekonomi global kepada negeri itu.

“Tidak boleh dinafikan bahawa krisis ekonomi dunia akan memberi kesan kepada pertumbuhan industri pembuatan di Selangor,” katanya.

Katanya, para pemimpin dan rakyat di negeri itu perlu memastikan mereka berhatihati semasa membelanjakan setiap ringgit yang mereka ada.

“Ini merupakan masa bagi kita menggunakan sumber terhad yang ada di negeri ini dengan berusaha menjana nilai yang bersesuaian dengan perkhidmatan dan kontrak.

“Cabaran lain juga termasuk bagi memastikan rakyat tidak mengamalkan tabiat yang buruk semasa krisis ekonomiitu,” katanya sambil berkata cabaran ekonomi itu perlu dianggap sebagai satu motivasi untuk meningkatkan produktiviti.

Selamat Tahun Baru 2009, lupakan Sengketa (Lagu Buat UMNO/BN)

Gerrard dibebaskan dengan ikat jamin

SUKAN

su_02_1

GERRARD (kanan) kembali lega selepas dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin.

LONDON – Kapten Liverpool, Steven Gerrard dilaporkan kembali menjalani latihan selepas dibebaskan dengan ikat jamin atas tuduhan mendatangkan kecederaan dalam insiden pergaduhan di sebuah kelab malam dua hari lepas.

Pemain tengah England itu yang dianggap sebagai antara pemain terbaik dunia ditahan Selasa lalu bersama dua lagi rakannya berikutan satu pergaduhan di sebuah pusat kelab malam di kawasan Southport di Merseyside.

Sekiranya disabitkan dengan kesalahan mendatangkan kecederaan dan mencetuskan keganasan, Gerrard bakal berdepan hukuman penjara lima tahun.

Begitupun, Gerrard, 28, dijangka diturunkan pada aksi Piala FA menentang Preston, Sabtu ini selepas dibebaskan dan akan hadir semula ke mahkamah pada 23 Januari ini.

Bekas penyerang Liverpool, Kenny Dalglish yang menjadi pengurus ketika kejayaan terakhir The Reds menjulang gelaran juara liga pada 1990, percaya Gerrard tidak akan hilang tumpuan di atas padang ekoran kejadian tersebut.

“Peminat Liverpool akan terus menyokongnya,” kata Daglish.

“Dia seorang pemain yang memiliki karakter yang hebat dan saya jamin ia tidak akan menjejaskan prestasinya.

“Seperti juga orang lain, Gerrard juga tidak mahu perkara seperti ini berlaku. Begitupun dia telah menangani situasi ini dengan baik dan dia akan mendapat sokongan yang kuat daripada semua orang yang menyayanginya.” – AP

Wang dalam bank lesap

ne_08_11

HEMANATHAN (kiri) berbual dengan Murugiah selepas mengadu kehilangan wang di dalam akaun simpanannya semalam.

IPOH – “Saya sengaja buka akaun di bank lain untuk kegunaan majlis perkahwinan kakak saya, K. Kuganeswary, pertengahan bulan Januari ini tetapi sekarang semuanya lebur dan majlis itu terpaksa ditangguh.”

Itulah kata K. Hemanathan, 23, selepas mendapati wang simpanan dalam akaun di sebuah bank sebanyak RM7,262 telah dikeluarkan tanpa pengetahuannya dan kini cuma berbaki RM56.

Menurutnya, dia telah mengumpul semua lebihan gajinya sebagai pekerja kilang dalam akuan khas sejak awal tahun lalu bagi tujuan membantu perkahwinan kakaknya.

“Saya memang buka akaun di bank lain supaya tidak bercampur dengan gaji bulanan yang saya terima.

“Sehingga November lalu, saya telah menyimpan sebanyak RM15,000 tetapi telah keluarkan sebahagian daripadanya untuk membeli barang keperluan perkahwinan,” katanya.

Dia amat terkejut ketika mahu mengeluarkan wang lagi pada 15 Disember lalu apabila mendapati hanya terdapat kira-kira RM56 dalam akaun bank berkenaan.

“Saya terperanjat besar ketika mahu mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Mustahil bakinya sebanyak itu.

“Saya segera melaporkan kepada pegawai bank berkenaan dan hasil semakan mendapati wang daripada akaun saya telah dikeluarkan oleh seseorang pada 4 September lalu menggunakan perkhidmatan pindahan terus dari luar negara,” katanya yang turut membuat laporan polis.

UEM Beli Tanah Di Cyberjaya RM102 Juta

By: Ramjit

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) — UEM Land Bhd, anak syarikat UEM Land Holdings Bhd (ULHB) memeterai perjanjian dengan Cyberview Sdn Bhd dan Setia Harum Sdn Bhd untuk membeli sebidang tanah di Cyberjaya pada RM102.491 juta.

Menurut ULHB, pengambil alihan 98.037 ekar tanah di Cyberjaya itu merupakan satu peluang kepada kumpulan untuk mempelbagai dan melebarkan risikonya ke kawasan lain selain Nusajaya.

Ia berkata kemasukan ke Cyberjaya itu tepat pada masanya dengan minat yang semakin meningkat di kawasan itu.

“Ini akan membolehkan ULHB memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat untuk rumah yang berkualiti di Cyberjaya, yang timbul daripada pertambahan bilangan pekerja tempatan dan pegawai dagang bekerja di Cyberjaya,” katanya semasa memaklumkan kepada Bursa Malaysia, Rabu.

— BERNAMA

OSK Research Unjur Permintaan Elektrik Naik 2.5 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) — OSK Research mengunjur peningkatan 2.5 peratus dalam permintaan kuasa elektrik tahun depan.

“Walaupun jika permintaan gas jatuh, kami meramalkan industri bukan kuasa meningkatkan kelemahan itu kerana gas terus merupakan sumber tenaga murah di Malaysia, terutamanya jika harga tidak dinaikkan dalam kajian semula,” katanya dalam nota penyelidikan, Rabu.

Bagaimanapun, memandangkan kelembapan ekonomi semasa, firma penyelidikan itu tidak lagi melihat kenaikan tarif bagi TNB, terutamanya sejak kos arang batu menurun.

Tahun 2008 menjadi tahun yang sibuk bagi perubahan kawal aturan kerana subsidi harga gas berkurangan pada Jun dan tarif kuasa elektrik naik pada Julai.

Lonjakan harga gas dari RM6.40 kepada RM14.31 se mmBTU disertai oleh kenaikan dalam tarif berpurata 24 peratus secara menyeluruh.

Pengeluar kuasa bebas (IPP) terjejas dengan levi keuntungan luar biasa yang mengenakan cukai ke atas pulangan aset berlebihan, yang serta-merta menyebabkan IPP melobi untuk penghapusan atau pengurangan levi itu.

Ia juga menyebabkan kejatuhan dalam nilai bon IPP dan mencetuskan kebimbangan pelabur terhadap kemungkiran bon.

Levi itu kemudian dikaji semula supaya hanya dikenakan untuk setahun, yang melegakan IPP.

TNB mendapat galakan sementara daripada kenyataan daripada kerajaan menggalakkan IPP merunding semula Perjanjian Pembelian Kuasa mereka dengan TNB tetapi ini berikutnya ditunda bagi satu tempoh yang belum ditentukan.

— BERNAMA

Abdullah Harap 2009 Lebih Makmur

By: Ramjit

KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap tahun baru 2009 akan membawa lebih kemakmuran kepada rakyat dan negara ini.

Dalam siaran secara langsung menerusi TV2 dari Dataran Merdeka, Abdullah, yang diiringi isteri Datin Seri Jeanne Abdullah bersama-sama dengan ribuan rakyat Malaysia menyambut ketibaan Tahun Baru 2009, berkata rakyat Malaysia haruslah hemat berbelanja dan mempunyai semangat gigih untuk menempa kejayaan pada masa depan.

“Tahun 2009 diharapkan akan menjadi lebih baik untuk kita. Mesti berjaga-jaga, berwaspada dan berjimat cermat. Kita mesti ada kekuatan dan kesabaran untuk terus maju,” katanya.

Ribuan rakyat berhimpun di tapak bersejarah itu dengan penuh berwarna-warni meskipun sambutan tahun baru diadakan secara sederhana.

Warga kota mula berhimpun memenuhi Dataran Merdeka seawal pukul 7 petang untuk menyertai anjuran menjelang detik tahun baru anjuran Kumpulan Ambank, dan menyaksikan pertunjukan bunga api selama 10 minit yang menghiasi langit Kuala Lumpur apabila jam tepat pada pukul 12 tengah malam.

Para hadirin dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh artis popular seperti Mawi, M. Nasir, Point Blanc, Hujan, Sivakumar & Era Dancer, Estranged & Gold Kartz, serta persembahan tarian tradisional Orang Asli oleh Babola.

Pengerusi Kumpulan Ambank Tan Sri Datuk Azman Hashim dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail turut hadir.

Sementara itu di SohoKL, yang turut dikenali sebagai Solaris Mont Kiara, para pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan dan kesenian.

Di pusat membeli belah The Curve, Damansara, para pengunjung turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik menjelang detik tahun baru 2009 menerusi Pesta Ambang Tahun Baru.

Sementara itu, sebanyak 10,000 orang pengunjung pusat membeli belah Suria KLCC rata-rata kecewa kerana tiada persembahan nyanyian atau muzik dalam sambutan tahun baru 2009.

Eksekutif sebuah syarikat minyak dan gas Fairuz Samuri, 27, berkata beliau sangat hampa kerana pada tahun-tahun lepas diadakan konsert tetapi kali ini hanya pertunjukan air pancut dan bunga api sahaja yang diadakan.

“Sekurang-kurangnya ada seorang atau dua artis yang membuat persembahan sementara menanti persembahan bunga api pada pukul 12 tengah malam,” katanya.

Pensyarah Universiti Industri Selangor (Unisel) Irina Hariati Abdul Muis, 27, memuji pihak pengurusan KLCC kerana berjaya mengawal perhimpunan orang ramai yang terdiri daripada keluarga, remaja dan warga asing dengan baik dan teratur dan ia membolehkan mereka berhibur dengan tenang dan selesa.

Di PULAU PINANG, di sebalik kegawatan ekonomi, rakyat negeri itu menyambut ketibaan 2009 dengan riang dan dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api dan aktiviti menjelang detik tahun baru yang diadakan.

Padang Kota Lama menjadi tumpuan sambutan tahun baru dengan ribuan pelancong asing serta rakyat tempatan termasuk Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang diiringi anggota keluarga bersama-sama menyambut detik ketibaan tahun 2009.

Persembahan pentas ambang tahun baru turut diadakan di Gurney Drive dan Queensbay Mall.

Di JOHOR BAHARU, ribuan orang termasuk pelancong asing berkumpul menantikan ketibaan detik 12 tengah malam di pusat pelancongan Danga Bay, di sini.

Semua yang hadir menyaksikan pertunjukan bunga api yang menjadi acara kemuncak sambutan berkenaan anjuran bersama Iskandar Malaysia dan Danga Bay itu.

Sebelum itu majlis dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan dan tarian tradisional daripada pelbagai kaum selain pertandingan kuiz untuk orang ramai yang menawarkan hadiah menarik seperti set televisyen plasma 42 inci.

— BERNAMA

%d bloggers like this: