Hanya pengecut tanding guna sistem kuota, hapus segera

BALIK PULAU: Sambil menyifatkan mereka yang cuba mengelak daripada saingan sebagai “pengecut”, anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Azalina Othman menggesa agar sistem kuota pemilihan parti itu dihapuskan secepat mungkin.

 

Beliau yang juga Menteri Pelancongan berkata, MT Umno seharusnya mengambil keputusan segera berhubung penggunaan sistem kuota tanpa menunggu sehingga selepas perhimpunan agung tahunan dan pemilihan pusat Mac ini.

 

“Hanya pengecut memilih untuk bertanding di bawah sistem kuota. Puteri Umno tidak pernah mengamalkan sistem kuota ketika era saya dan malah sekarang dan sesiapapun boleh bertanding apa juga jawatan.

 

“Dan, begitu juga parti-parti lain seperti DAP, PKR dan PAS. Mereka tiada sistem kuota.

 

“Saya sedih dengan sistem ini yang tidak menggalakkan demokrasi dalam pertandingan parti,” kata beliau pada sidang media selepas melancarkan “Zoom! Homestay Pulau Pinang di Pulau Betong di sini hari ini.

 

Azalina berkata, sistem itu mengurangkan peluang individu berkelayakan untuk bertanding.

 

Beliau menegaskan, sekiranya sistem itu dibubarkan maka ia akan menjadikan pemimpin yang bertanding untuk sesuatu jawatan itu lebih bertanggungjawab.

 

“Sistem kouta ini hanya menjadikan pemimpin menjaga orangorang tertentu mendapatkan kouta untuk membolehkannya bertanding,” katanya.

 

Beliau mengulas laporan mStar Online dan The Star hari ini bahawa MT Umno telah membincangkan syor bagi membolehkan lebih tiga juta ahli parti itu secara langsung memilih barisan kepimpinan termasuk peringkat pusat kelak.

 

Syor yang turut disentuh ialah menghapuskan sistem kuota yang diperkenalkan hampir dua dekad lalu.

 

Ia merupakan antara pelbagai syor dan saranan yang disentuh oleh MT malam kelmarin, hasil sesi retreat tahun lalu – susulan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

 

Bagaimanapun MT tidak mengambil sebarang keputusan muktamad mengenai cadangan itu, sebaliknya perkara tersebut akan diteliti secara mendalam selepas perhimpunan agung dan pemilihan Mac ini.

 

Syor-syor itu yang dikemukakan pada mesyuarat itu, antara lain bertujuan menangani masalah gejala politik wang yang dilihat sebagai semakin serius selain mahu memperkukuhkan parti dari pelbagai sudut bagi menghadapi cabaran semasa dan masa depan.

 

Ketika dihubungi mStar Online semalam, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan seorang lagi anggota MT, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengesahkan perbincangan mengenainya.

 

Azalina juga mengakui bahawa cadangan memansuhkan sistem kuota berusia dua dekad merupakan antara beberapa perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat MT kelmarin.

 

“Umno kena berhenti bercakap saja, perlu jujur dan berubah untuk kekal relevan,” katanya lagi.

 

Jelas beliau, sudah tiba masanya untuk Umno mula bekerja demi kestabilan dan kekuatan parti di masa hadapan.

 

Beliau berkata, perubahan yang dibuat oleh Umno mestilah disertakan dengan keikhlasan demi masa depan Umno sebagai sebuah parti yang disegani.

 

“Sebagai generasi muda dalam parti, saya melihat perlu adanya keikhlasan dalam perubahan yang dilakukan oleh Umno.

 

“Untuk berjaya Umno perlu berhenti bercakap dan mula bergerak,” katanya.azalina_new

Advertisements

Samy Vellu mahu MIC-IPF bergabung

 

PETALING JAYA Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mempelawa Barisan Progresif India (IPF), yang ditubuhkan oleh pemimpin yang beliau pecat dua dekad lalu, untuk bergabung dengan parti pimpinannya dalam usaha menyatupadukan kaum India.

 

“Kami akan memberikan penghormatan sewajarnya dan akan melayan mereka seperti saudara kami sendiri,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Presiden MIC yang lama berkhidmat itu menambah, pihaknya turut mempelawa semua bekas anggota IPF untuk menyertai parti berkenaan.

 

Bekas anggota Kabinet itu melahirkan hasrat itu dua hari selepas MIC mengetepikan keputusan Jawatankuasa Disiplin untuk memecat bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthupalaniappan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang dianggap menjejaskan kepentingan parti.

 

Malah pada hari yang sama, Samy Vellu mengumumkan bahawa parti itu akan menerima semula penyertaan bekas anggota MIC secara berperingkat.

 

Antara mereka yang telah diterima masuk ialah bekas pengkritik lantang, K.P. Samy dari Selangor.

 

 

60 peratus setuju bubarkan sayap Umno

 Oleh hermansamsudeen

“Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mahu organisasi UMNO disusun semula iaitu dengan membubarkan kesemua sayap parti termasuk Putera UMNO.

Beliau yakin melalui langkah tersebut ia mampu membanteras gejala politik wang yang kini masih lagi berleluasa terutama pada musim pemilihan parti.” – Utusan, 28 Januari 2008

Kenyataan diatas dibuat oleh orang kuat Umno yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO. Menariknya, isu ini telah dijadi bahan undian oleh NTV7 tengahari tadi dan keputusannya, 60 peratus pengundi setuju agar ke semua sayap parti Umno merangkumi Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera dibubarkan bagi menyelamatkan Umno.

Tenyata krisis rasuah Umno kini sudah menular kepada generasi baru mereka dan hari ini sahaja. Bukan itu sahaja, isu persengketaan dalaman, fitnah dan juga penyalahgunaan kuasa berlaku.

Ahli-ahli Umno generasi baru juga dilihat sebagai ancaman dalaman kepada Umno dimana dalam persidangan Lembaga Disiplin hari ini, Ketua Puteri Umno cawangan dalam Bahagian Batu, Nor Aisah Rajab didapati bersalah kerana membuat aduan palsu digantung selama enam tahun atau dua penggal pemilihan.

Manakala seorang lagi ialah ahli jawatankuasa Pemuda Bahagian Taiping, Muzamir Ismail digantung selama setahun kerana menyebarkan maklumat berunsur fitnah yang diterbitkan melalui blog.

Tiga lagi diberi amaran termasuk Setiusaha Bahagian Bukit Bintang, Mohd. Zailan Mokhtar yang terlibat dengan politik wang, Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said kerana menghalang pihak-pihak tertentu menjalankan tanggungjawab serta memfitnah dan seorang lagi ahli biasa dalam Bahagian Langkawi, Shaidan Hashim kerana menjadi ejen dan pelobi bagi calon-calon tertentu.

Umno kini semakin tempang kerana golongan mudanya sudah berani memberontak dan menuntut perubahan hingga sanggup turun melobi dan memfitnah pemimpin mereka.

Dahulu isu-isu sebegini disenyapkan, tetapi akhir-akhir ini ianya dibongkar seolah-olah sengaja membuka pekung didada. Badan Pencegah Rasuah turut dipanggil untuk menyiasat.

Jika dalam pemilihan jawatankuasa peringkat cawangan pun mereka sanggup melobi, merasuah dan memfitnah, apakah dalam Piliharaya peringkat DUN dan Parlimen mereka tidak lakukannya.

Kesejahteraan rakyat bergantung kepada pemimpin yang mereka pilih dalam Pilihanraya. Malangnya Umno gagal menyediakan pilihan terbaik buat rakyat.

Pas jelas lebih bersih dan dipercayai rakyat maka tidak hairanlah jika dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu Pas boleh menumbangkan Umno dengan mudahnya.

Berkat perjuangan Pas kerana Allah untuk kesinambungan Islam, maka parti ini tetap terus mendapat redha Allah dan para pemimpinnya bebas dari gejala rasuah atau politik wang. Tiada juga persengketaan dalaman dalam berebut jawatan peringkat cawangan hinggalah ke pusat.

Kalau ada pun, ianya sekadar perbezaan pandangan dalam menafsir dasar Parti yang mana akhirnya kesemuanya bersatu kembali di dalam satu Saf saat berhadapan Allah.

Nilai ilmu, kepakaran dan keikhlasan perjuangan menjadi modal utama dalam setiap pemilihan, bukannya wang ringgit. Sebab itulah dalam Pas kita ada Ketua Cawangan yang yang bertaraf kerani dipejabat memimpin bosnya didalam Parti kerana penglibatan dan juga daya usahanya yang lebih tinggi. Mungkin dia kurang ilmu dunia, tetapi kefahamannya terhadap Islam dan perjuangan menjadikan beliau lebih dihormati diluar.

Malah bosnya yang menjadi ahli begitu taat dengan arahannya jika ia melibatkan soal perjuangan parti.

Dalam kes seperti ini, perjuangan secara berjamaah memberikan kekuatan kepada Parti kerana tidak kira bagaimana kemampuan kewangan pemimpin itu, yang penting adalah kemampuan ia pikul amanah. Ahli akan menyokongnya bukan sahaja dengan tenaga malahan masa dan wang ringgit saat ia diperlukan.

Nampaknya Umno belum sampai ke tahap ini malah mereka semakin jauh terpesong dari perjuangannya, Maka bukan sekadar sayapnya, keseluruhan Umno itu perlu dibubarkan. Jika tiada sayap ia tak boleh terbang, yang tinggal hanya badan yang tiada roh sahaja. Maka kebumikan sahaja bangkai Umno itu sebelum ianya membusuk.

Pemuda UMNO marah SPRM :Sudah Kena batang hidung tahu

 

suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commission
Selepas mendiang A Kugan didakwa mati sewaktu dalam jagaan polis, kini pemimpin Umno Maran, Pahang pula mendakwa dibelasah oleh sekumpulan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Halimi Kamaruzzaman, 46, mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang.

Penahanan itu didakwa berkaitan siasatan terhadap anggota Majlis Tertinggi (MT) dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.

Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.

Beliau juga menyifatkan penderitaan yang didakwa dialaminya itu dengan kem penyeksaan Abu Ghraib di Iraq sewaktu pentadbiran Saddam Hussein.

Dalam laporan polisnya semalam, ahli jawatankuasa Umno Maran itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk “kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi”. (mkini )

Kira-kira 30 anggota Pemuda dan Putera Umno menyerahkan memorandum membantah dakwaan insiden penderaan seorang pemimpin parti itu di tangan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memorandum itu diserahkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, timbalannya Datuk Seri Najib Razak dan barisan ahli Majlis Tertinggi (MT) sebelum mesyuarat majlis itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi. ( mkini)

Sekarang akal pemuda Umno baru boleh berfungsi .Selama ini berapa banyak kes penderaan ketika soal siasat pemuda UMNO hanya terlentang menjaga perut .
Dalam kes Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno dilanyak oleh Polis kalian membatu .
Ratusan malahan ribuan penyokong dan peserta reformasi era 1997 / 1998 kena pijak, sembur air asid , kene ” hempok” dengan cotar ( termasuk aku ) UMNO kata wajar .
Sekarang bila seorang sahaja ahli parti bernama UMNO mendakwa dibelasah , dibogel barulah ‘ pemuda pondan ‘ UMNO faham erti MEMBANTAH !
Gerombolan Umno memang muka ‘ sekupang ‘ tidak bermaruah elok benarlah saranan KU DIN agar Wanita , Pemuda , Putera dan Puteri dilupuskan .
Sebabnya selama ini pun susah benar mahu ” CODEK ” lambat faham .Apabila  terkena batang hidung baru nak mengelupur !.
Umno ! selamat berkubur .

Bolehkah PPSMI Dimansuhkan?

Oleh Ibrahim Baba

 Perlaksanaan PPSMI adalah suatu keputusan yang dilakukan oleh Mahathir secara yang amat tergesa-gesa. Tanpa kajian yang menyeluruh berhubung implikasi dan kaedah perlaksanaan – Mahathir terus mengarahkan ianya dilakukan dalam masa yang amat suntuk.

Apakah kerana tidak puas hati dengan pegawai kerajaan yang lemah dalam pertuturan Bahasa Inggeris dalam suatu persidangan antarabangsa wajar untuk beliau terus membuat kesimpulan begitu dan terus menyalahkan bahasa ibunda.
Apakah ini seperti marahkan nyamuk kelabu dibakar?

Berbalik kepada persoalan di atas, perlaksanaan PPSMI sebenarnya bagaikan durian runtuh untuk sesetengah orang dan b eberapa syarikat yang hidup bernafas semula hasil dari kontrak pembekalan pelbagai peralatan untuk projek PPSMI. Bukan jutaan Ringgit tetapi berbillion Ringgit.

Di awal perlaksanaannya perbelanjaannya adalah sekitar RM900,000,000 hingga RM1,050,000,000 setahun untuk enam tahun pertama. Kini sudah masuk fasa-fasa yang seterusnya dan sudah lebih RM10 billion dibelanjakan untuk pelbagai perkakasan, peralatan, perisian, latihan dan juga kos juru runding.
[IB tidak mahu membicara pelbagai masalah dan kerugian yang telah dialami – akibat dari ketidaksediaan infrastuktur, tiada perancangan teliti dan tiada kepakaran yang perlu. Tidak kurang juga perkakasan yang hilang dan dicuri]

Yang kenyang – segelintir syarikat dan manusia yang mengikuti rapat projek ini dan kini merekalah di antara orang yang banyak melobikan agar projek ini diteruskan – demi menjaga periuk nasi mereka.

Jadi kepada persoalan di atas tadi – kesediaan untuk mansuh PPSMI adalah “political decision” dan juga “business decision” – mungkin tidak ada kena mengena demi kepen tingan bahasa dan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”. Berdemo dan berbantahlah kita – selagi mereka yang berkepentingan itu perlukan projek ini maka PPSMI akan tetap diteruskan.

AL-FATIHAH KEPADA ALLAHYARHAM ABDUL QAHAR MANSOR

Anak saudara kepada Presiden PAS iaitu Abdul Qahar Mansor maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi semalam (30 Januari 2009). Menurut salah satu sumber, kemalangan itu berlaku di sekitar Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Kemalangan tersebut yang melibatkan sebuah kereta yang di daftarkan atas nama Ketua Polis Negara yang dipandu oleh seorang anggota polis, pada mulanya berada di sebelah kiri jalan tetapi secara tiba-tiba terus membuat pusingan U tanpa memberikan isyarat dan tindakan tersebut telah menghalang laluan motorsikal yang ditunggang oleh mangsa. Ini menyebabkan motorsikal yang ditunggangi mangsa melanggar pintu sebelah kanan kereta tersebut dan mangsa maut di tempat kejadian.
Mangsa maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan jenazahnya dituntut oleh keluarga mangsa dari Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Rusila pada hari yang sama.

Bersama kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Al-Fatihah…….

Kerajaan Selangor akan saman sebuah laman web

Oleh setisab

SHAH ALAM, 29 Januari – Kerajaan negeri akan memfailkan saman ke atas pemilik dan penulis sebuah laman web yang menyiarkan fitnah kononnya seorang anggota Exco wanita Selangor ditangkap basah.
Exco berkenaan, Dr Halimah Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang berkata tindakan itu diambil setelah mengadakan perbincangan dengan Dato’ Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dr Halimah yang dijangka bertemu dengan peguam beliau hari ini, tidak menolak untuk memfailkan saman sehingga RM40 juta.

“Kita hendak beri pengajaran (sama ada) kepada media elektronik atau media cetak agar tidak sebarangan membuat tuduhan terutamanya apabila melibatkan maruah orang. Kita tak mahu ‘penyakit’ seperti ini menular,” kata Dr Halimah yang ditemui di pejabatnya hari ini.

Dr Halimah berkata laman web berkenaan, My Kmu.net (Gerbang Tempur Maya Kumpulan Penyokong Umno) menyiarkan kenyataan ahli forumnya, Jamilisa yang mendakwa beliau ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.

Jamilisa atau ‘Brigade Commander Selangor’ dalam kirimannya pada 25 Jan bertajuk ‘Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap basah’ itu turut mendakwa Adun Selat Klang itu ditangkap dalam satu serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Saya sendiri telah bertanya kepada penguatkuasa Jais di Shah Alam dan Klang yang menafikan adanya serbuan dibuat dalam seminggu ini,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Sehubungan itu beliau telah membuat laporan polis dan memohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menggantung operasi laman web itu.

Dr Halimah berkata dakwaan itu adalah satu perkara yang sangat besar kerana membabitkan maruah beliau sebagai seorang wanita dan wakil rakyat daripada parti Pas. Berita seterusnya di sini.

%d bloggers like this: