Ilham miliki wajah seiras Obama

ne_0111JAKARTA – Yang pasti, seorang jurugambar majalah di Indonesia, Ilham Anas tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di White House, Washington, esok.

Ini kerana sekiranya beliau hadir, sudah pasti dirinya juga menjadi perhatian orang ramai kerana memiliki wajah seiras dengan Obama.

Ilham, 34 tahun, memiliki wajah seperti Obama jika dipandang dari beberapa sudut.

Dia menjadi terkenal di Indonesia selepas Obama menang dalam pilihan raya Presiden, November tahun lalu.

Ilham kini hidup senang dan menerima bayaran lumayan dengan hanya berlakon sebagai Obama dalam satu iklan televisyen.

Obama sendiri memiliki ramai peminat di Indonesia kerana pernah menetap di Jakarta selama empat tahun apabila ibunya, seorang warga AS, Ann Dunham mengahwini Lolo Soetoro iaitu seorang rakyat Indonesia beragama Islam.

Dunham berkahwin dengan Lolo selepas bercerai dengan bapa kandung Obama yang berasal dari Kenya.

“Apabila Obama menang, rakan-rakan sekerja saya melakukan jenaka terhadap saya – mereka menyuruh saya memakai sut dan tali leher sebelum merakam gambar saya yang berlagak sebagai Obama,” katanya yang lahir di Bandung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: