Kenaikan Tariff Air: Selangor Mungkin Ambil Tindakan Undang- Undang

 

Kerajaan Negeri Selangor menimbang mengambil tindakan undang-undang jika Kerajaan Persekutuan masih berkeras membenarkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) terus beroperasi dan bersetuju menaikkan harga air sehingga 31 peratus.

Cadangan untuk kenaikan tariff air itu akan dikemukakan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk diperinchi oleh Jemaah Menteri pada mesyuarat minggunannya esok.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor, kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi pengguna daripada dibebankan dengan kenaikan harga air.

Malah, Kerajaan Selangor berpendapat Syabas tidak layak diberikan lesen kerana ia gagal mencapai prestasi memberangsangkan sebagaimana dikehendaki mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

Sehingga kini, perkhidmatan Syabas yang tertakluk pada Perjanjian Konsesi (Concession
Agreement – CA) dilihat sangat tidak memuaskan dan gagal mencapai tanda aras atau parameter yang ditetapkan dalam CA.

Syabas juga didapati melanggar syarat-syarat dalam CA.

Menurut Pejabat Menteri Besar,  kerajaan negeri telah membuat permohonan rasmi kepada Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi untuk membatalkan Perjanjian Konsesi (CA) dengan Syabas.

Bagaimanapun, Menteri berkenaan enggan bertindak, sebaliknya telah menyatakan hasrat memberikan lesen kepada Syabas untuk menguruskan bekalan air di Selangor.

Kementerian berkenaan mendakwa hak bagi menentukan pihak mana harus menguruskan bekalan air di Selangor adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor.

Sebenarnya langkah untuk menaikkan tarif air tidak dapat dipertahankan. Kerajaan Negeri Selangor mendedahkan beberapa prasyarat bagi kenaikan tarif yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi tidak dipenuhi oleh Syabas.

Kerajaan Selangor berharap rakyat akan terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Negeri dalam penstrukturan semula perkhidmatan air di Selangor, menurut kenyataan itu.

Penjelasan penuh mengenai penstrukturan semula industri air Selangor boleh diperolehi dengan melayari melayari laman web www.airuntukrakyat.com  

UMNO masih tidak berubah – PJ N9

Ditulis oleh Te@M.IT   
Selasa, 31 Mac 2009 08:32

KUALA SEPETANG, 31  Mac : UMNO mahu lakukan perubahan. Itulah yang dikatakan oleh puak UMNO selepas selesai persidangan UMNO. Apakah benar UMNO ingin membuat perubahan? Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Zulkifli Omar berpandangan bahawa UMNO masih lagi tidak berubah.

Ini dapat dilihat dengan pemilihan YB Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru sedangkan Khairy kata beliau didapati bersalah dengan kes rasuah.

“Sekiranya UMNO benar-benar mahu berubah, UMNO tidak memilih pemimpin yang rosak. Calon-calon yang dipilih majoritynya terlibat dengan tuduhan rasuah”, katanya dalam ceramah di Kg Jebong malam tadi.

Mengulas isu surat khabar Harakah dan Suara KeADILan di gantung permitnya selama 3 bulan, ulas beliau sekiranya Barisan Nasional (BN) benar mahu mendaulatkan demokrasi, BN haruslah memberi ruang kepada rakyat untuk mendapat maklumat dan tidak mengharamkan mana-mana surat khabar. Tetapi BN telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan menyekat rakyat dari mendapat maklumat yang sepatutnya.Ini menunjukkan bahawa BN takut Pakatan Rakyat mendedahkan akan fakta dan penyelewengan yang telah mereka lakukan.

Pakatan Rakyat nyata sama sekali tidak ada ruang untuk muncul di dalam media seperti di dalam televisyen, radio dan sebagainya. Segala maklumat dari Pakatan Rakyat adalah yang tepat dan terkini tetapi dinafikan oleh pihak BN dengan menggunakan televisyen dan radio supaya menidakkan berita tersebut supaya rakyat hanya melihat perkara negatif sahaja di pihak Pakatan Rakyat.

Sekiranya UMNO mengatakan bahawa berita yang dikeluarkan oleh Harakah dan Suara KeADILan adalah satu fitnah kepada kerajaan, tegas beliau ialah menyarankan supaya BN membawa perkara ini ke mahkamah dan bukannya mengharamkan surat khabar berkenaan.

Calon PAS merupakan calon yang berwibawa yang dikehendaki oleh rakyat. Sekiranya 3 ADUN Pakatan Rakyat tidak diculik, BN tidak mampu untuk mengambil alih kembali kerajaan Perak. Tetapi mereka telah merampas kuasa secara tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan.Zambry yang dilantik Menteri Besar bukanlah dari pilihan rakyat tetapi sultan sebaliknya Nizar dipilih berdasarkan pemilihan oleh rakyat sendiri dan beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah. 

Allah itu Maha Kaya dengan mentakdirkan berlakunya pilihanraya kecil Bukit Gantang selepas penculikan 3 orang ADUN itu. Jadi ini memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kembali pemerintahan yang dirampas oleh BN sekaligus membenamkan BN di Perak.

Slogan “mohon restu rakyat” bukti Zambry MB haram?

Ditulis oleh Te@M.IT   
Selasa, 31 Mac 2009 08:45
BUKIT GANTANG, 31 Mac – Sekitar kawasan parlimen Bukit Gantang kini dipenuhi dengan poster calon BN, Ismail Saffian dan Zambry bersama dengan moto “mohon restu rakyat”. Slogan ini jauh berbeza dengan slogan BN dalam pilihan raya sebelum-sebelum ini yang begitu gah dengan kemajuan dan berbangga dengan pembangunan yang dibuat oleh mereka.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah melihat ia suatu yang melucukan apabila menafikan ia suatu referendum rakyat tetapi pada masa yang sama memohon restu rakyat.

Slogan ini umpama memohon restu rakyat menerima kerajaan BN haram di Perak. Ramai penganalisis politik dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk calonnya menganggap pilihan raya kecil di Bukit Gantang ini sebagai referendum rakyat terhadap rampasan kuasa di Perak dan kepimpinan UMNO yang baru di bawah Dato Najib Tun Razak.

Menurut beliau, “slogan ini sekaligus membuktikan bahawa beliau akui rakyat Perak belum menerimanya sebagai Menteri Besar. Maka dengan sendirinya kita boleh tafsirkan bahawa beliau sedar bahawa beliau adalah Menteri Besar haram dinegeri Darul Ridzuan kerana belum diiktiraf rakyat.”

Asmuni menerusi kenyataan media tidak menolak perkataan itu dan berkata bahawa harapan Pakatan Rakyat cerah tetapi tidak mahu terlalu yakin.

Walaubagaimanapun sebaliknya pemimpin BN/UMNO menolak pilihan raya kecil kali ini sebagai referendum rakyat seperti yang disebut-sebut.

Zambry dilaporkan berkata, “Bagaimana anda boleh menganggap ini sebagai satu referendum… pilihan raya kecil Bukit Gantang hanya satu pilihan raya kecil…bukannya pilihan raya umum yang tidak mewakili pandangan keseluruhan rakyat Perak,” (sumber:mstar).

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO Muhyidin Yasin turut tidak bersetuju pilihan raya kecil kali ini sebagai medan pungutan suara rakyat terhadap kepimpinan baru Dato’ Najib tun Razak.

HUJAH EZAM TERHADAP DS ANWAR, BIAR SAYA JAWAB!

Ditulis oleh Wan Fauzdin   
Selasa, 31 Mac 2009 11:00

Saya terbaca satu berita yang menyatakan Raja Sesumpah Ezam di dalam suatu ceramahnya baru-baru ini mennyatakan DS Anwar dahulunya mengiktiraf kecerdikan Najib, Mahyudin dan beberapa orang lagi pemimpin Umno sekarang.  Tambah Ezam, mereka-mereka yang terpilih di dalam jawatan tertinggi parti Umno baru-baru ini adalah pasukan yang dahulunya ingin dibentuk oleh DS Anwar.  Maka, Raja Sesumpah bertanya apa lagi yang DS Anwar mahukan?

 

Hujah saya, jika itu dijadikan hujah yang pada Raja Sesumpah suatu hujah yang cerdik, maka saya ingin berkata bahawa DS Anwar juga pernah menganggap Ezam dahulunya adalah pejuang rakyat dan berani.

 

Tetapi, apakah releven kini untuk DS Anwar menganggap Ezam seorang yang berani berjuang?  Begitulah juga anggapan DS Anwar terhadap Najib sekarang.  Najib kini terlalu banyak diselimuti oleh berbagai isu yang tidak mampu beliau atasi atau sekurang-kurangnya beliau berani ke depan untuk membersihkan namanya. Isu kapal selam, isu jet Sukhoi, Altantuya dan berbagai isu lagi sehingga kepada isu kehilangan Balasundram dan peralihan kuasa yang jijik di Perak.  Apakah DS Anwar sanggup menyokong Najib dalam keadaan sedemikian rupa?  Ezam sendiri pun pernah banyak kali dalam siri ceramahnya memuji dan memuja DS Anwar sebagai seorang pemimpin dan wira bangsa yang tiada tolok bandingnya.  Apakah Ezam kini masih dengan puji-pujian sedemikian rupa terhadap DS Anwar ?

Ezam melalut lagi dalam ceramahnya menyatakan DS Anwar sebenarnya ingin memperalatkan kaum Cina dan India demi mendapatkan undi.  Hujah saya, sebutkan di mana ruginya orang Melayu dan Islam apabila DS Anwar berbaik dengan kaum lain ?  Manakah orang Melayu atau orang Islam yang teraniaya semenjak DS Anwar menjalinkan hubungan baik dengan kaum Cina, India, Dusun dan Kadazan ini ?  Tetapi, Umno bukan sahaja kaum Melayu teraniaya, bahkan kaum Cina dan India di dalam MCA dan MIC sendiri pun mulai tawar hati dengan Umno.  Jadi, hujah Ezam longgar dan menampakkan beliau tidak lagi cerdik seperti dahulunya.  Selagi perlembagaan negara terpelihara dan disanjung oleh PKR, maka hujah Ezam untuk memfitnah DS Anwar membelakangi kaum Melayu dan Islam pasti gagal dan ditertawakan orang.

Meneruskan kempennya, Raja Sesumpah ini menyatakan bahawa beliau keluar dari PKR adalah kerana PKR tidak lagi bertunjangkan kaum Melayu.  Ini sedikit pelik bagi saya, kerana kita melihat secara langsung di kaca TV ketika Ezam `mengangkat kalimah’ memasuki Umno sebagai ahli seumur hidup di hadapan Pak Lah, beliau berkata beliau keluar PKR adalah kerana yakin dengan kepimpinan Pak Lah yang komited membenteras rasuah iaitu salah satu agenda perjuangannya selama ini di dalam Gerak.  Kini kita lihat apabila Pak Lah semakin terpinggir dan Najib bakal menjadi PM, Ezam mula berubah rentak dan bercakap seolah-olah Najib pula yang terbaik lantas `menjual’ nama DS Anwar kononnya DS Anwar juga suka pada Najib.  Tidak malukah Ezam berkata demikian ?  Apakah beliau lupa rakyat tidak pernah lupa apa yang beliau ucapkan sebelum ini ?  Tidakkah Ezam ingat bahawa beliau pernah memburukkan Najib sehingga pasu bunga besar di rumah Najib pun beliau jadikan bahan ceramahnya dahulu?

Hujah Ezam selanjutnya adalah menyatakan DS Anwar takut kepada Najib kerana DS Anwar tahu Najib adalah pemimpin yang cerdik dan DS Anwar takut Najib jadi PM.  Hujah ini tidak pelik tetapi melucukan kita.  Seluruh rakyat telah melihat betapa setiap kali DS Anwar berada di dalam Parlimen untuk berbahas dan berhujah, Najib akan keluar dewan.  Entah beberapa kali DS Anwar ingin berhujah dengan Najib di Parlimen tetapi Najib seolah-olah ingin melarikan diri.  DS Anwar pernah mencabar Pak Lah dan Najib, bahkan kedua-duanya untuk berdebat dengan beliau dalam isu minyak atau apa jua isu berkaitan ekonomi negara,tetapi kemanakah mereka terutamanya Najib yang Ezam percaya seorang pemimpin yang cerdik itu?  Jadi, siapa yang takut siapa sekarang ?  Tidak masuk akal DS Anwar takut akan `kecerdikan; Najib, kerana orang yang cerdik tidak akan takut berdepan dengan sesiapa pun apatah lagi jika merasakan dirinya tidak bersalah.  Di sini jelas, gaya dan teknik mengampu Ezam terlebih-lebi
 h umpama `jeck’ kereta sehingga terbalik kereta dibuatnya.

Akhir sekali, Ezam ingin menonjolkan keberaniannya iaitu sanggup berdebat dengan DS Anwar.  Inilah `point’ terakhir Ezam untuk mengampu Najib.  DS Anwar sudah pasti tidak sanggup meletakkan dirinya serendah Raja Sesumpah yang ingin mencari makan itu.  Ezam tiada kedudukan apa-apa di dalam Umno bahkan bukan Ketua Cawangan sekali pun, masakan kita sanggup membuang masa melihat Raja Sesumpah yang tidak tentu kedudukan ini mengganggu tugas dan misi yang lebih penting DS Anwar.  DS Anwar tidak perlu ambil hati dengan apa yang Ezam perkatakan, kerana semua rakyat faham betapa bukan mudah untuk `mencari makan’ di dalam Umno kecuali kita sanggup menebalkan muka dan merendahkan moral kita.  Dan Ezam telah lakukan semuanya ini untuk Umno, maka biarkan sahaja kerana Raja Sesumpah ini pastinya tidak akan berhenti memburuk-burukkan DS Anwar selagi ada bumi dan matahari.  Semoga Ezam tidak memaksa DS Anwar pemimpin kami untuk mengiktiraf kamu kerana kamu sememangnya tidak layak kami
 iktiraf kecuali kamu boleh minta iktiraf dari Umno sahaja.

Kesemua hujah Ezam di dalam ceramahnya ternyata tiada nilainya langsung sepertimana nilai sehelai kertas usang bertulis tangan oleh DS Anwar kepada Mahathir yang dijaja oleh Ezam sewaktu Pilihanraya Kecil Parlimen K. Terengganu baru-baru ini.  Memadailah saya insan yang dhaif lagi hina menjawab hujah Ezam kerana saya dan Ezam kini setaraf.

WFAUZDIN NS

 

Pas ragui dakwaan Rafidah kononnya 5000 hilang dari senarai pengundi P059 Bukit Gantang

Azhan Atan di PRK 059

Tahniah buat DS Nizar dianugerahkan cucu pertama

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH TAAT: Alhamdulillah cucu pertama saya selamat di lahirkan di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan, Ipoh tepat jam 4.56 petang. Bayi perempuan seberat 3.1 Kilogram berada dalam keadaan sihat begitu juga ibunya.

%d bloggers like this: