Lelaki nafsu binatang

Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my

MUAR: Ketika ini, dia sedang menjalani hukuman penjara 40 tahun dan 46 sebatan selepas didapati bersalah terhadap lima pertuduhan iaitu meliwat, menculik, melarikan serta merogol dua budak perempuan berusia 10 tahun dalam dua kejadian berasingan di dua tempat berbeza.

Semalam, bekas pembantu tadbir sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu, Jamil Jaya Said @ Ibrahim, 36, dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 24 sebatan lagi oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan mencabul, melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang budak perempuan bawah umur berusia 13 tahun 10 bulan pada 26 Mac 2007.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Sesyen, Nor Azlan Ahmad mengarahkan hukuman penjara itu dijalankan serentak selama 20 tahun.

Beliau turut mengarahkan hukuman itu berjalan selepas tertuduh selesai menjalani hukuman terdahulu.

Dalam perbicaraan 3 April dan 28 Julai tahun lalu, Jamil Jaya dihukum penjara 85 tahun dan dikenakan 46 sebatan, tetapi hanya menjalani 40 tahun kerana hukuman dijalankan serentak.

Hukuman penjara yang dihadapi tertuduh sepatutnya selama 121 tahun, namun disebabkan dijalankan serentak dia dipenjara selama 60 tahun.

Ketika prosiding semalam, Jamil Jaya dikawal ketat dengan seorang pegawai duduk sebelahnya dalam kandang tertuduh, manakala seorang lagi menunggu di tempat duduk belakang.

Ini bagi mengelak kejadian pada perbicaraan 28 Julai tahun lalu berulang apabila Jamil Jaya cuba melarikan diri dengan melompat dari kadang pesalah sebelum dihalang seorang pegawai Jabatan Kehakiman.

Bagi pertuduhan pertama, Jamil Jaya dihukum penjara enam tahun selepas mengaku bersalah mencabul budak perempuan itu dalam sebuah Proton Saga Aeroback, kira-kira jam 1 tengah hari pada 26 Mac 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan berkenaan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan kerana melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dalam kereta dan lokasi sama, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Pendakwaan mengikut Seksyen 377A KK yang boleh dihukum mengikut Seksyen 377C KK yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh dihukum penjara 20 tahun dan 20 sebatan kerana merogol mangsa di sebuah rumah di Melaka kira-kira jam 3 petang pada hari sama.

Ini mengikut Seksyen 376 KK iaitu jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadhli Mat Satris manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

FAKTA

Perbicaraan 3 April 2008 (Dipenjara 38 tahun dan 22 sebatan)

  • Bagi tuduhan pertama, tertuduh dihukum penjara 20 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang budak perempuan yang ketika kejadian berusia sembilan tahun 11 bulan di kebun kelapa sawit antara jam 2 hingga 3 petang pada 21 Oktober 2007.
  • Bagi tuduhan kedua, dia dihukum penjara 18 tahun dan 10 sebatan selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa sama di lokasi dan tarikh sama.

    Perbicaraan 28 Julai 2008 (Dipenjara 47 tahun dan 24 sebatan)

  • Bagi tuduhan pertama, dia dihukum penjara 20 tahun dan 20 sebatan selepas didapati merogol seorang budak perempuan berusia sembilan tahun di bilik hotel dalam kejadian antara jam 6 petang hingga 8.45 malam pada 26 November 2006.
  • Bagi tuduhan kedua, dia dihukum penjara tujuh tahun kerana menculik dan melarikan mangsa.
  • Bagi tuduhan ketiga, dia dihukum penjara 20 tahun dan empat sebatan kerana meliwat mangsa pada tarikh, waktu dan tempat sama dengan tuduhan pertama.

    Perbicaraan semalam, 17 Mac 2009 (Dipenjara 36 tahun dan 24 sebatan)

  • Bagi tuduhan pertama, dia dihukum penjara enam tahun selepas mengaku bersalah mencabul seorang budak perempuan berusia 13 tahun 10 bulan dalam sebuah Proton Saga Aeroback kira-kira jam 1 tengah hari pada 26 Mac 2007.
  • Bagi tuduhan kedua, dia dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan kerana melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dalam kereta, lokasi dan tarikh sama, kira-kira jam 1.30 tengah hari.
  • Bagi tuduhan ketiga, dia dihukum penjara 20 tahun dan 20 sebatan kerana merogol mangsa di sebuah rumah di Melaka kira-kira jam 3 petang pada hari sama dengan pertuduhan pertama dan kedua.mainpix4
  • Advertisements

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: