Hadapi Tekanan Kerajaan Haram UMNO BN Perak, Ketua Kampung Berhimpun

Perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin, YB Hj Zainuddin Yusuf, YB Nga Khor Ming, ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan pimpinan PR Negeri Perak.
Dalam perhimpunan tersebut YAB Dato’ Seri Hj Nizar telah menyampaikan ucapan dan amanat penting kepada seluruh Ketua Kampung dan JKKK. Dalam ucapannya beliau banya menyetuh kronologi krisis negeri Perak dan perkembangan terkini politik negeri Perak. Beliau juga mengajak seluruh Ketua Kg dan JKKK berdiri teguh di belakang Pakatan Rakyat bagi menuntut supaya DUN dibubarkan.
Manakala YB Zainuddin dan YB Nga Khor Ming yang turut menyampaikan ucapan menegaskan bahawa notis penamatan khidmat Ketua-ketua Kampung yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah adalah tidak sah kerana bercanggah dengan peraturan-peraturan perlantikan Ketua-ketua kampung yang diguna pakai oleh kerajaan PR.
Mereka dipilih melalui pilihanraya dan setelah dipilih dan diberi watikah perlantikan oleh Kerajaan Negeri, mereka akan berkhidmat selama dua tahun. Ketua-ketua Kampung yang telah dipilih dan diberi watikah tidak boleh ditamatkan perkhidmatan mereka semata-mata bertukar kerajaan.
Turut berucap dalam perhimpunan tersebut ialah Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak, Tn Hj Osman, Pengerusi Perhubungan PKR negeri Perak dan En. Ridzuan Asid, Ketua Kampung Sg. Ati juga turut berucap mewakili seluruh Ketua-ketua Kampung negeri Perak.
Perhimpunan Ketua-ketua Kampung telah menerima 6 ketetapan dan resolosi untuk dilaksanakan dan bersetuju melantik Jawatankuasa Bertindak bagi melaksnakan 6 resolusi tersebut.
RESOLUSI PERHIMPUNAN KETUA-KETUA KAMPUNG NEGERI PERAK
05 JAMADIL AWAL 1430/30 APRIL 2009
1. BERSETUJU MEMBENTUK JAWATANKUASA BERTINDAK KETUA-KETUA KAMPUNG SELURUH PERAK BAGI MENGGERAKKAN KEMPEN MENENTANG PEMECATAN KETUA KAMPUNG OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL NEGERI PERAK.
2. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT AKAN MENYERAHKAN MEMORUNDUM KEPADA KERAJAAN BN MENUNTUT MENGEKALKAN KETUA-KETUA KAMPUNG DAN MENGEKALKAN JKKK SEHINGGA TEMPOH PERKHIDMATAN TAMAT.
3. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT AKAN MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMECATAN KETUA-KETUA KAMPUNG & PEMBUBARAN JKKK.
4. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT SELURUH KETUA-KETUA KAMPUNG DAN JKKK MENERUSKAN PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT WALAUPUN TIDAK DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN BN.
5. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KERAJAAN BN YANG MENAMATKAN PERKHIDMATAN KETUA-KETUA KAMPUNG DAN MEMBUBARKAN JKKK SEBELUM TEMPOH PERKHIDAMATAN TAMAT.
6. BERSEPAKAT MENUNTUT SUPAYA KEMELUT DAN KRISIS POLITIK NEGERI PERAK DISELESAIKAN MELALUI PEMBUBARAN DUN BAGI MEMBOLEHKAN RAKYAT MEMILIH SEMULA KERAJAAN BARU NEGERI PERAK.
– misbahulmunir
1 comments:
UMNO BN Semakin Kecut: Pilihanraya Kecil Ke 7 Bakal Menjelma

Kemungkinan ini mula ‘terbayang’ ekoran desas-desus bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, yang kini ditahan di Kamunting akan melepaskan kedudukannya.
Bagaimanapun sama ada beliau, antara pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hanya akan diketahui Sabtu ini.
“Saya tidak mengesahkan apa-apa, tunggu sehingga Sabtu, saya menemui suami saya di Kamunting Sabtu ini,” kata isterinya, S. Puspaleela demikian dilaporkan oleh akhbar MSTAR.
Puspaleela ditanya mengenai laporan media bahawa suaminya sudah memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN.
“Saya tidak tahu… tunggu sehingga saya menemui suami saya, tunggu saya di Kamunting Sabtu ini,” katanya.
Manoharan antara satu-satunya tahanan ISA yang bertanding dan memenangi pilihan raya umum 2008.
Satu sumber yang rapat dengan peguam tersebut berkata, beliau semakin kecewa kerana tidak dapat memberi khidmat kepada para pengundinya di DUN tersebut.
“Beliau juga menyedari bebanan yang ditanggung oleh isterinya yang terpaksa menjadi wakilnya semasa ketiadaannya sekarang,” tambah sumber itu.
“Isterinya terpaksa membahagikan masanya antara menjaga empat anak-anak mereka, menjaga firma guamannya dan kawasan pilihanrayanya,” kata sumber itu lagi.
Manoharan bertanding atas tiket DAP di DUN tersebut dalam pilihanraya umum tahun lalu, dan berjaya menewaskan calon BN dari Gerakan, Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.
Dengan majoriti sedemikian terasa amat mustahil untuk BN merampasnya dari tangan Pakatan Rakyat, demikian menurut beberapa penganalisis politik tempatan.
Walaubagaimana pun, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan berita peletakan jawatan M. Manoharan masih sebagai satu spekulasi.
Filed under: Umum | Leave a comment »