Manohara dakwa didera putera K’tan

Istana Kelantan bergegar lagi dengan dakwaan bahawa seorang puteranya Tengku Muhammad Fakhry Petra mendera isterinya, seorang bekas model muda Indonesia, Manohara Odelia Pinot.

manohara odlia pinot kelantan 260509Kali ini, wanita itu sendiri mendakwa beliau – yang digelar Cik Puan Temenggong Kelantan – dianiaya setelah didedahkan ibunya Daisy Fajarina 20 April lalu.

Manohara Odelia (foto terbaru, kanan) melarikan diri ke Jakarta dari Singapura semalam apabila berada di republik pulau itu untuk menziarahi bapa mertuanya Sultan Kelantan yang sedang mendapatkan rawatan kesihatan.

Akhbar dalam talian Detik.com tengah malam ini melaporkan, ibu Manohara Odelia mendakwa ada kesan seterika di dahi anaknya, selain kesan luka di bahagian dada.

Bekas model itu dilaporkan akan mengadakan pemeriksaan kesihatan pagi esok, selain pemeriksaan psikiatri.

Hasil pemeriksaan perubatan itu akan diserahkan kepada peguam mereka, lapor akhbar berpengaruh itu.

manohara odelai pinot mother daisy fajarina 230409Walaupun tanpa dokumen lengkap, wanita 17 tahun itu berjaya tiba ke Jakarta pagi semalam (Ahad) setelah dibantu oleh kedutaan republik itu di Singapura dengan kerjasama imigresen Singapura sendiri, lapor Tempo Interaktif.

Memetik wawancara Manohara Odelia yang disiarkan secara langsung dengan sebuah stesen televisyen TV One di Jakarta, akhbar itu melaporkan wanita itu menyalahkan pihak istana yang mengetahui nasib buruk yang dialaminya tetapi tidak bertindak membelanya.

Beliau malah mendakwa foto yang menunjukkan beliau dilukakan di bahagian dada telah diserahkan kepada polis Malaysia tetapi tiada tindakan diambil, lapor akhbar itu lagi.

Manohara Odelia juga menyalahkan media massa negara ini yang sering memberikan gambaran bahawa beliau sentiasa dalam keadaan baik.

“Bantuan media di Malaysia tidak ada. Mereka hanya memfoto, lalu kemudian bercerita bahwa saya baik-baik saja. Padahal saya tidak ditanya,” beliau dipetik berkata.

Selain itu, beliau juga menuduh kedutaan republik itu di Kuala Lumpur gagal menjalankan tugasnya dengan baik berhubung kesnya tetapi seorang pegawai di Departemen Luar Negeri Indonesia hari ini menafikannya.

manohara odelia pinot tengku kelantan royal indonesia model controversy 210409 02Dalam laporan laman web Kompas, yang memetik wawancara Manohara Odelia dengan televisyen ANTV, beliau mendakwa diberikan suntikan hormon untuk menambah berat badannya.

“Saya memang disuntik hormon itu dan berat badan saya bertambah 15 kg dalam waktu dua bulan. Malah 10 kg pertama kenaikan berat badan saya terjadi dalam waktu empat hari,” beliau dipetik berkata petang semalam.

Sewaktu diwawancara TV One, Manohara Odelia menegaskan tidak akan kembali semua kepada Tengku Muhammad Fakhry walau suaminya itu “datang dengan baik-baik dan meminta maaf”, lapor Tempo Interaktif lagi.

“Siapapun yang mengalami seperti yang Mano (Odelia) alami tidak akan mahu kembali lagi,” beliau dilaporkan berkata sewaktu tampil dengan diiringi Daisy (foto kiri).

Menurut Manohara Odelia lagi, penderaan yang dialaminya berlarutan walaupun pasangan diraja itu pulang daripada mengerjakan umrah di Mekah, 9 Mac lalu.

Sumber-sumber kerabat diraja Kelantan dan seorang kenalan putera Sultan Kelantan itu bagaimanapun sering menafikan dakwaan penderaan seperti dituduh ibu Manohara Odelia.

Malaysiakini akan cuba mendapatkan reaksi istana atau kenalan Tengku Muhammad Fakhry hari ini berhubung dakwaan terbaru daripada isterinya itu.

CERAMAH YB DATO HUSAM MUSA DAPAT SAMBUTAN LUAR DUGAAN


Walaupun media pro Umno@BN dan beberapa penulis blog seperti cuba melaga-lagakan kepimpinan Pas dengan kononnya wujud golongan Erdogan dan ulama ini sama sekali tidak menjejaskan sambutan ahli dan penyokong Pas terhadap program ceramah yang diadakan.

Malam ini ceramah Perdana anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil mendapat sambutan di luar dugaan. Ceramah kali ini membariskan YB Dato Husam Musa,Ustaz Kamarudin Sidek dan Adun DAP Dun Ayer Keroh.

Husam menjelaskan bahawa Umno@BN cukup gentar dengan perpaduan dan kerjasama erat yang wujud di dalam Pakatan Rakyat. Justeru itu pelbagai usaha dilakukan untuk memecah belahkan pakatan ini. Menurut beliau, usaha untuk memecah belahkan ini cuba dilakukan oleh musuh dengan melaga-lagakan kepimpinan Pas seolah senario politik murahan seperti yang lumrah dalam Umno turut berlaku di dalam Pas. Misalnya isu perebutan jawatan, wujud perbalahan dalam pimpinan dan rasuah.

Sambutan hebat yang ditunjukkan oleh rakyat Melaka pada program malam ini memberi petanda bahawa Pas berpotensi besar untuk melahirkan anak sulung dalam Dewan Undangan Negeri serta sebagai isyarat bahawa Pakatan Rakyat mendapat sokongan padu untuk membentuk kerajaan di Melaka dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Posted by angkasanuri

Wichita police: Slaying at abortion doc’s church

WICHITA, Kan. – A Wichita, Kan., official has confirmed that late-term abortion doctor George Tiller was shot and killed at his church in Wichita, Kan.

A City Hall official who spoke on condition of anonymity because he wasn’t authorized to speak about the case told The Associated Press that the 67-year-old doctor was killed Sunday morning at Reformation Lutheran Church.

Police spokesman Gordon Bassham would not confirm the victim’s identity pending notification of relatives. He says the shooting occurred at 10:03 a.m. and the gunman fled the scene in a 1993 powder blue Ford Taurus registered in another part of the state.

Bassham says no suspects are in custody.

Tiller has been among the few U.S. physicians performing late-term abortions. His clinic has repeatedly been the site of protests and he was shot and wounded by a protester in 1993.

 The body of a shooting victim is removed from the Reformation Lutheran Church in AP – The body of a shooting victim is removed from the Reformation Lutheran Church in Wichita, Kan., Sunday, …

Luis Moreno-Ocampo on al-Bashir arrest warrant – 31 May 09

AYUH BANGUNLAH WAHAI USTAZ

Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan..Alhamdulillah. Seinfiniti pujian dirafaq sembah kepada Tuan punya dunia dan segala isinya. Selawat dan Salam didedikasikan buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..Alhamdulillah, Walhamdulillah, Summa Alhamdulillah..Bersyukur pada Allah Taala, hari ni berakhirlah pertempuran saya buat semester ini bagi menggapai segulung Ijazah dunia. Yang mana jika rezeki saya bersama ijazah itu, ia merupakan pintu dakwah yang saya harus gunakan dengan sebaiknya. Pendidik adalah pendakwah. Pendidik, pengajar, guru, Ustaz, Tok Guru, Sensei, cikgu atau apa sahaja yang semaksud dengannya adalah pendakwah. Yang bakal menjalankan serta meneruskan mata rantai-mata rantai perjuangan yang ditinggalkan oleh para Rasul.
Astaghfirullah…Moga Allah ampunkan saya, maafkan saya, jaga hati saya. Perkara yang hendak dibicarakan ini barangkali terkena pada orang agama seperti saya. Saya juga pohon Allah hindarkan sikap riak dan ujub dari membenih pada diri sendiri. Perihal orang agama adalah perkara pokok yang hendak diperbincangkan.LANGKAH MULASaya mula menjadi fasilitator untuk program2 motivasi mahupun khemah ibadah ketika saya berada di tingkatan 2, Maktab Mahmud, saya masih ingat tempat pertama saya ditaklifkan untuk bertugas, Masjid Sungai Nonang, Mukim Tebengau. Dan perkara tersebut saya terus lakukan hinggalah sekarang. Dan saya bukan lagi fasilitator sepenuh masa dalam setiap program seperti dulu. Saya cuba ubah. W’alam samada cabaran ataupun saranan. Abg Zulazwan (Amir Badan Dakwah Maahad) pernah berkata pada saya“Nta sampai bila nak jadi fasi.. Takkan sampai tua berumur pun masih nak jadi fasi? Orang dah tak panggil abang fasi dah, depa panggil pak cik fasi nanti”

Ternyata, nadanya bergurau dan saya langsung tidak berfikir mengenainya. Saya tingkatan enam ketika itu. Ketika itu dalam otak hanya nak hadir program. Tak kisah di mana. Pernah ke Langkawi dengan duit poket sendiri demi menguruskan program untuk adik-adik Maahad Mahmud Cawangan Langkawi. Baling, Sik, Padang Terap. Hampir satu Kedah saya dan rakan setarbiah dah jelajah. Saya masih tak berfikir tentang satu hal.Bilamana dah sampai ke Sarawak. Negeri ini kurang subur dengan program sedemikian. Dua tahun pertama saya merana. Tidak ada program. Tidak ada tarbiah yang saya mahukan. Hanya ada usrah kecilan. Bermula tahun 2007 saya mula bergerak sendiri. Hasil beberapa perkenalan. Ust S menjemput saya berceramah di sekolah zaujahnya. Sekolah asrama penih. Ceramah Maulidurrasul. Saya membuat persediaan. Slaid dicipta. Stail Sir Azman dan kreatifnya cikgu sukarno menjadi ikutan. Bila dah sampai di sekolah tersebut. Allah. Hadirinnya +/- 800 orang murid. Campur non muslim dan muslim.“Nak cerita hal Nabi macam mana ni??” Getus saya.“Nta buat slaid untuk muslim saja ke? Sekolah ini muridnya campur”, jawab Ust S.Beberapa penambahbaikkan dan pemurnian di buat dan Alhamdulilah.. Semuanya berjalan lancar. Dan selepas itulah saya mula bergerak di bumi Sarawak ni.

Setiap kali program. Timbul persoalan yang sama. Persoalan yang sama.SAYA KECEWAPeserta yang dah dimuhasabahkan, yang dah dipulihkan, yang dah disedarkan. Ke mana mereka selepas ini? Mereka kurang ilmu agama. Mereka tak pandai solat. Mandi wajib tak betul dan bermacam-macam lagi. Saya tidak pandai Fiqh. Ya, saya seorang ustaz. Ustaz Maktab macam saya orang panggil ustaz pedagogi. Barangkali saya saja yang belajar Maktab yang tak pandai agama sangat kot.Saya hanya mampu berceramah Isu Remaja, Isu Palestine, Isu semasa. Bahas ilmiah, bahas agama, saya tak pandai. Cuma, takkanlah masyarakat yang disedarkan,Budak sekolah yang di sedarkan, hanya nak tahu ilmu tu. Mereka perlu di ajar lagi. Saya juga perlu belajar. Saya banyak yang lemah. Baca Quran masih berterabur. Bila saya fikirkan perkara ni. Masyarakat perlukan ustaz “muktabar” untuk rawat mereka.Namun bila lihat sebahagian besar ustaz dan ustazah yang ada.. Saya ulang SEBAHAGIAN BESAR.. SAYA KECEWA. Bukan calang-calang, balik Jordan, Balik Mesir, keluar UIA, UKM dan macam-macam lagi. Saya kecewa. Saya kecewa.
Saya kagum pada sebahagian KECIL ustaz-ustaz yang berusaha berdiri di medan dakwah yang berduri ini. Namun kecewa pada yang lain. Yang balik Mesir hanya main Futsal pada hujung minggu, Yang balik Jordan sibuk dengan urusan dunia, yang balik itu yang balik ini tak jaga aurat dan pergaulan. Ya, saya tidak hina mahasiswa mesir mahupun yang lain. Antum orang hebat. Saya bukan hebat. Namun inilah reality ustaz-ustaz yang ada. Bahkan kalau ada perempuan lalu. Ust dulu yang mencebik bibir.
JANGAN BERSELIMUTUstaz dan para agamawan harus tunjuk akhlak. Akhlak yang baik. Mula dari sekecil benda. Kita pegang kelas. Kita ada kuasa dalam kelas. Asingkan murid-murid lelaki dan perempuan. Walaupun mereka masih tahun 1. Bila bersukan, mintalah anak didik kita menutup aurat. Walaupun dia tahun 2. Murid-murid suka bersalaman. Hormatnya mereka pada guru. Tegah murid perempuan dari bersalam dengan ustaz. Walaupun dia tahun 4. Suruh dia senyum dan ucap salam saja. Bila ada murid perempuan tahun 6 yang kita mengajar. Kumpul mereka. Ajar tentang haid dan cara bersuci serta mandi hadas. Masyarakat kita otak songsang. Budaya didahulukan, Hiburan diutamakan. Ustaz. Janganlah berselimut!!Jarang ustaz-ustaz sentuh perkara ini di sekolah. Bila murid-murid perempuan nak main bola sepak . Dasar sukan kebangsaan tak halang murid perempuan main bola sepan. Apa tugas ustaz?? Persetankan dasar itu. Sudah tidak adakah permainan lain yang boleh di main?? Bila dah jadi ustaz sekolah menengah. Ada murid dalam kelas terang-terang bercouple. Halanglah dia. Terang pada dia. Apa yang haram dan yang halal. Kalau dia tak mampu kawal. Ustaz berbincanglah. Jumpa kedua orang tua pelajar tersebut. bagi menikah. Janganlah ustaz pula yang support dalam kelas. Ustaz janganlah galakkan murid bercouple. Ustaz.. Janganlah berselimut.

USTAZ MUDATernyata ramai ustaz muda pada hari ini. Maksud saya insan-insan yang masih belajar ilmu agama. Usahalah supaya kita beragama. Janganlah ilmu kita sahaja yang agama. Turunlah ke medan ini. Biarkan masa muda kita. Kenapa kita nak isi dengan keseronokkan? Sedangkan keseronokkan abadi sudah ada. Biarlah kita nampak tua dari usia kita. Ayuh ustaz muda. Jika tidak barangkali kita juga akan diselimutkan. Jadilah kita ustaz yang sedang berselimut.TALQISMungkin apa yang saya tulis ini di ulit emosi. Saya minta maaf. Jika tak bersetuju boleh tinggalkan komen di bawah. Saya cuma bercakap soal reality. Saya juga berdoa. Hindarkanlah diri saya juga. Janganlah hari ini saya bersemangat. Esok lusa sayalah orang yang berselimut. Moga Allah bantu. Saya dedikasikan coretan ini buat ustaz-ustaz yang dah jadi pensyarah, dah jadi ulama, dah jadi YB, masih di mesir, Jordan, UIAM, UKM, IPGM dan sewaktu dengannya. Bukan ustaz saja yang berdakwah. Tapi artikel ini buat para ustaz. Ana sayangkan antum. Orang yang akalnya dipinjamkan Allah ilmu agama. Ayuh. Bangunlah. Janganlah berselimut lagi…

Dipetik daripada ustaznazmi.blogspot.com

SAYA PULAKalau saya mampu. Saya nak buat banyak benda. Saya nak ajar masyarakat. Saya nak ada consultant. Saya nak ada tempat program saya sendiri macam Rimba Taqwa. Saya nak ajar feqah, tauhid dan apa sahaja. Saya nak guna kitab besar. Namun saya tak mampu. Saya tetap terus belajar hingga hari ini. Nak tambah ilmu. Namun ustaz yang balik jauh-jauh masih berselimut. Dah ada bini cantik. Dah jadi penjawat awam. Terus bergomol di rumah. Ustaz, Masyarakat perlukan ustaz. Kami yang tak ada ilmu ni tak ada apa yang boleh beri pada masyarakat. Kami cuma ada semangat. Ayuh Ustaz. Janganlah berselimut.TEGURAN INITerimalah teguran ini ustaz. Saya seorang manusia kecil. Tak layak dipanggil pendakwah. Terbukalah ustaz. Janganlah kerana seorang anak muda tegur ustaz. Ustaz tenyeh dia hingga tersembam tak dapat bangun lagi. Ustaz punahkan idea dia, semangat dia, kepimpinan dia. Sayang, dia orang muda. Idea dia segar, harapannya tinggi, semangatnya waja. Namun dah kecut. Dah mati. Semangatnya padam. Jiwanya mati. Segalanya dah terkubur. Siapa yang lakukan. Ustaz yang balik jauh . Ustaz yang masih berselimut. Bangunlah.PENJAWAT AWAM.Janganlah para ustaz gunakan alasan penjawat awam sebagai halangan untuk berdakwah. Saya bukan suruh ustaz berpolitik.

1Malaysia : Adakah Pendidikan Islam akan di Bakul Sampahkan…???

 

Nasib Pendidikan Islam…

Salam sahabat blog…

Petikan akhabar…

  • ” Ketika ini, calon SPM wajib mengambil enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral.”Apabila jumlah mata pelajaran teras dikurangkan kepada tiga atau empat, setiap calon akan dikehendaki mengambil minimum enam sehingga maksimum 10 subjek dalam peperiksaan itu. ” – Datok Alimuddin Berita Harian. 30 May 2009
Kerajaan akan mengurangkan jumlah mata pelajaran teras@wajib dari 6 kepada 3 atau 4 sahaja… Ini bermakana 2 @ 3 mata pelajaran akan dibuang dari mata pelajaran wajib!!!

Berikut adalah mata pelajaran wajib sekarang :

1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Inggeris
3) Matematik
4) Sains
5) Pendidikan Islam @ Moral
6) Sejarah

Adakah Pendidikan Islam dan Sejarah bukan lagi mata pelajaran wajib!!! Tunggu dan lihat…

Memang benar2 ke arah 1Malaysia ni huhu…
Rasa hati : Sebak….

Sumber – …SemBang – SemBang BersaMa OraNg KaMpOnG

Ancelotti quits Milan after eight seasons

Ancelotti quits Milan after eight seasons AFP – AC Milan’s coach Carlo Ancelotti takes his seat prior to the Italian Serie A football match AC Milan …

19 mins ago

ROME (AFP) – Carlo Ancelotti announced he was quitting AC Milan following their 2-0 win at Fiorentina on the last day of the Serie A season on Sunday.

Milan vice-president Adriano Galliani then announced that former player and Brazil World Cup winning midfielder Leonardo, the club’s technical director, would be taking over the hot-seat.

A visibly emotional Ancelotti, who is widely tipped to take over at Chelsea, told Italian Sky Sport TV: “Today my beautiful Milan adventure has come to an end.”

Ancelotti, who still had a year to run on his contract, confirmed what had become the worst kept secret in Italian football in announcing his departure, however he refused to confirm that Chelsea would be his destination.

“Our paths are separating. I spoke after the match to Mr Galliani and we decided to terminate the contract.

“We spoke a while back but the decision was taken at the end of the season and it was mutual.

London is not certain as a destination.”

Ancelotti won two Champions League titles, one Serie A crown and the Club World Cup during his eight seasons at Milan but was coming under heavy criticism the last two years for failing to push champions Inter Milan closer.

%d bloggers like this: