KedahLaNie TIME

Masalah BABI.. Janganlah Sampai Bercerai Berai..

 

oleh Aris Awang

Secara dasarnya saya menyokong tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar, mengambil tindakan meroboh Pusat Pemotongan Babi tanpa lesen yang beroperasi sejak 30 tahun lalu. (28 tahun 7 bulan di bawah UMNO/BN).

Saya juga menyeru kepada pimpinan DAP Kedah supaya tidak mengambil tindakan yang terburu-buru untuk bertindak keluar dari Pakatan Rakyat. Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Sepatutnya tempoh 30 tahun dan ditambah sebulan lagi yang diberikan oleh MBAS sudah cukup untuk 28 orang peniaga mencadangkan tempat baru operasi Pemotongan Babi secara yang lebih bersih, tersusun dan selesa. Malangnya tiada tindakan dibuat seolah-olah ingin terus kekal disitu walaupun mendapat bantahan bukan sahaja dari masyarakat Islam bahkan dari bukan Islam sendiri yang tidak selesa dengan kekotoran dan pencemaran bau yang berlaku, lebih-lebih lagi dalam situasi wabak Selsema Babi sekarang ini

Kita sebagai rakyat Malaysia, perlu bertanggung jawab kepada sekitaran dan masyarakat kita tanpa mementingkan diri sendiri. Janganlah isu-isu tidak mengikut peraturan, tidak mematuhi arahan, dilihat oleh rakyat terbanyak kita sebagai parti yang memerintah pula yang melanggarinya. Apakah DAP Kedah jika diizinkan memerintah Kedah atau Negara Malaysia akan mempopularkan pendekatan negeri atau negara tanpa undang-undang? Dengan slogan “Buatlah Apa Sahaja Asal Bahagia”. Sudah tentu tidak dan tidak pernah terlintas pun begitu difikiran DAP Kedah, tetapi jika tindakan untuk keluar Pakatan di Negeri Kedah terus juga dilakukan maka rakyat akan menafsirkan DAP Kedah hanya mahu orang lain yang patuh kepada undang-undang, tetapi tidak kepada dirinya sendiri.

Walau bagaimanapun, dalam isu penguatkuasaan selepas ini, pihak berwajib yang mewakili Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah mestilah bertindak dari awal, janganlah membiarkan sesuatu yang melanggar undang sehingga berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan, bertahun-tahun bahkan mungkin berdekad-dekad untuk diambil tindakan.

Contoh mudah: Pembinaan Gerai Haram – Hari pertama gerai haram dibina, petugas MBAS lalu, Ketua Kampung lalu, Penghulu lalu, Exco lalu, Aris Awang lalu, YB Hj Nan lalu…. singgah pulak tu……. tiada apa-apa teguran, tegahan atau notis dikeluarkan. Gerai Haram teruskan operasi masuk seminggu tiada apa-apa juga, diteruskan lagi sehingga sebulan, tiada apa tindakan lagi, masuk tiga bulan perniagaan makin maju, pelanggang makin ramai, tuan punya gerai haram tambah simen, bulan keempat, buat bumbong zink yang asalnya tikar plastik biru/orange. bulan kelima bina dinding bata. Bulan keenam MBAS keluar notis saman gerai haram akan diroboh dalam tempoh 3 hari dari tarikh tertera. Tuan punya telah mengeluarkan belanja beribu-ribu ringgit, walaupun pada mulanya mengetahui tempat yang dibina adalah bukan tapak yang dimilikinya, tetapi akibat tidak ada tindakan pencegahan lebih awal maka tindakan mengikut undang-undang dan peraturan yang terlalu lewat oleh Ketua Kampung, Penghulu, MBAS, YB dan EXCO serta Aris Awang (saya turut terlibat kerana saya PAS, begitu juga ahli PAS yang lain-lain) dilihat sebagai menzalimi rakyat.

Semoga pihak penguatkuasa MBAS, khususnya Setiausaha MBAS tiada mempunyai sebarang niat merosakkan imej kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, dengan sengaja menumpukan kepada kes-kes yang melibatkan sentimen perkauman agar sedikit demi sedikit kepercayaan dan sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat semakin terhakis. Amat malang jika tindakan penguatkuasaan yang kita lakukan bukan untuk mendisplinkan rakyat tetapi untuk memuaskan hasrat dan cita-cita tersembunnyi.

Perbetulkanlah niat kita, kerana manusia sentiasa alpa, marilah bersama-sama kita mendisplinkan diri sendiri dalam sumpah etika kerja sebagai penjawat awam dan seterusnya mendisplinkan rakyat kita dalam menjaga alam sekitar dan kehidupan masyarakat berbilang kaum dengan mengambil Islam sebagai rujukan utama.

Islam menuntut ketegasan – Islam juga menuntut bertimbang rasa.
Islam menuntut kesucian persekitaran – Islam juga menuntut kesucian jiwa.
Islam menuntut penghakiman – Islam juga menuntut kebajikan.
Islam menuntut kebersihan – Islam juga menuntut nasihat menasihati

Rakyat kita mempunyai berbagai pemikiran, layanilah mereka seadanya sebagai rakyat, tegurlah mereka ketika salah, belailah mereka ketika berurusan, dendalah mereka jika tetap degil……

Semoga Isu-Isu Islam sebagai rujukan utama yang dinanti-nantikan akan mendominasi Pemerintahan Kita.

Didoakan
Selamat Memerintah Sepenggal Lagi.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 11:58 PM 4 Komen Anda

Pemuda PAS Pusat Ibarat Menjilat Ludah Sendiri….

 

oleh kedahlama

Ketika UMNO di penghujung hayat…sudah hampir mati taliannya, tetiba Pemuda PAS Pusat pula terhegeh-hegeh nak tunjuk baik dengan mengadakan perjumpaan dengan Pemuda UMNO…Bergerak atas nama Islam dan membawa identiti agama, tetapi sanggup membunuh rakan seperjuangan sendiri. Pemuda PAS membuat keputusan di saat ahli, penyokong dan pengundi PAS berdoa siang dan malam agar UMNO dan BN terus berkubur dan lenyap.

Apakah jadahnya ni… Nampaknya Pemuda PAS mahu tunjuk baik. Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan PAS disebabkan atas dasar dan kerjasama PAKATAN RAKYAT. Pakatan Rakyat mendapat sokongan dari semua kaum. PAS ingat dia menang dan dapat memerintah kerana rakyat menyokongnya. Sebenarnya tidak.. Rakyat menyokong PAKATAN RAKYAT. Amat bodoh tindakan Pemuda PAS ini. Nampak saja macam pandai, tetapi amat bodoh dan mangkok dari segi politik.

Sepatutnya Pemuda PAS perlu kuburkan terus hubungan dengan UMNO dan BN. Kukuhkan kerjasama dengan gabungan dalam Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP. Sekarang sudah terbukti bahawa kepimpinan PAS sudah gila kuasa dan gila harta. Akan jadi gila dan terus gila lebih teruk dari UMNO. pakai serban dan bercakap bab agama sahaja belum tentu menjamin kecerdikan akal fikiran dan bijak berpolitik. Pemuda PAS sudah lupa sokongan dan harapan yang pengundi berikan.

saya amat yakin jika Pemuda PAS masih dengan ego dan mahu berbaik dengan UMNO dan BN, tunggulah….PRU13 pasti lingkup kerana parti ini yang mengaku berjuang atas nama Islam telah mengkhianati rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat….Pohon kerjasama semua rakan-rakan dan pengundi untuk terus menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU13, tanpa PAS kerana PAS sudah jadi macam UMNO yang duduk semeja dan sebangku dalam Barisan Najib (BN).

Ends….

 



:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 11:29 PM 1 Komen Anda

KRONOLOGI RUMAH SEMBELIH KHINZIR MERGONG

 

DAP KELUAR KERANA BABI??

Panjang cerita rumah sembelih babi di Kg Berjaya, sejak 1993, sejak gempar kisah Japanese Encephalities di seluruh Negara. Kini muncul lagi kisah berkaitan babi dan riuh lagi gara-gara A H1N1. Apapun berkaitan penyakit-penyakit darihal babi ni, perkara pokok ialah peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh PBT (MBAS). Memang tugas kerajaan menuatkuasakan undang-undang untuk mengatur hidup dan kehidupan supaya tidak bercelaru.

Inilah Kroniologinya…….

KRONOLOGI RUMAH SEMBELIH KHINZIR MERGONG

21.7.93 – Cadangan supaya kerja-kerja pembersihan dalaman rumah sembelih khinzir Mergong diambil alih oleh AWS.

26.7.93 – Tawaran AWS khidmat mencuci, membersih, mengorek longkang dengan seorang pekerja RM450.00 sebulan.

16.12.93 – Majlis bersetuju dengan Tahap Piawaian Efluen bagi sektor ladang dan pemprosesan ternakan.

11.4.94 – Rungutan pemindahan tempat ternakan/ penyembelihan khinzir oleh Harta Usahawan Sdn. Bhd.

30.4.94 – Majlis akan membina dinding untuk memisahkan kawasan awam dengan rumah penyembelihan.

19.6.94 – Permohonan laporan mengenai tempat ternakan dan penyembelihan khinzir di Majlis.

11.7.94 – Majlis memberi maklumbalas atas per. (06) bahawa tiada tempat ternakan khinzir dan tempat penyembelihan khinzir terdapat di Mergong.

11.10.94 – Aduan dari Othman Lebai Saad, JKKK Kg Telok Yan dan pohon ubah tempat sembelih.

5.1.95 – Majlis pohon maklumat mengenai rumah bantai khinzir yang sedia beroperasi dari lain-lain PBT untuk cadangan penempatan semula Rumah Bantai Khinzir.

13.1.95 – Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Taiping bahawa Jabatan Perkhidmatan Haiwan tidak ada apa-apa peranan dalam pengurusan rumah bantai khinzir.

19.1.95 – Menerima maklumbalas dari Majlis Bandaraya Ipoh bahawa rumah pembantaian di bawah Jabatan Haiwan.

26.1.95 – Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah bahawa rumah sembelih dikendalikan oleh Jabatan Haiwan.

26.1.95 – Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Klang bahawa tidak terdapat rumah bantai khinzir.

26.1.95 – Mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri Kedah membangkitkan rumah sembelih khinzir tidak dibina baru. Disyorkan tunggu rumah sembelih di Butterworth siap dan dipusatkan di sana.

6.2.95 – Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Kuantan bahawa MPK belum melesenkan aktiviti rumah bantai khinzir tersebut di bawah kawalan Jabatan Haiwan.

18.6.95 – Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan Semula Rumah Khinzir di MPKS.

5.6.96 – Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bersidang 11.10.95 dan persetujuan dicapai antara PKB dengan MPKS untuk menutup rumah sembelihan khinzir di Kampong Berjaya perlu dilaksanakan.

29.4.97 – Majlis menghantar surat kepada Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah supaya berusaha mencari tapak yang sesuai bagi menggantikan rumah sembelih sekarang yang akan ditutup tidak lama lagi.

29.6.97 – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 14 Mei 97 telah membuat keputusan “Majlis bersetuju supaya dikenalpasti kawasan tapak yang sesuai untuk dipindahkan pusat penyembelihan khinzir berhampiran kilang tayar Alor Setar.”

29.9.97 – Surat daripada Pegawai Perancang Bandar, MPKS memaklumkan bahawa tapak di sekitar belakang kilang tayar Mergong tidak sesuai dan kawasan tersebut telah pun diluluskan untuk projek perumahan.

11.3.98 – Majlis menerima surat dari Dato’ Chor Chee Heung mengatakan Persatuan Khinzir telah bersetuju untuk berpindah tetapi menunggu keputusan muktamad oleh Kerajaan Negeri Kedah.

3.10.98 – Surat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk mendapatkan maklumat kedudukan terkini kerana Majlis Perbandaran Sungai Petani telah mengenalpasti satu tapak untuk pembinaan rumah sembelih di Padang Lembu.

8.12.98 – Surat kesinambungan 21 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

20.3.99 – Notis kepada Pengerusi Persatuan Penyembelih Khinzir Kampung Berjaya iaitu Notis Berhenti Operasi Menyembelih Khinzir.

31.3.99 – Surat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mengenai langkah-langkah mencegah wabak Japanese Encephalities.

2.1.99 – Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Sungai Petani bahawa tiada tanah kerajaan di kawasan Padang Lembu. Sekiranya cadangan hendak dilaksanakan juga, maka ianya perlu kepada proses pengambilan balik tanah persendirian. Walau apa pun, Majlis menunggu arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri.

12.1.99 – Menerima aduan dari orang awam mengenai ladang khinzir mengeluarkan bau yang busuk.

27.4.99 – Mesyuarat untuk menyelesaikan masalah khinzir diadakan di MPKS.

9.5.99 – Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah dengan memberikan panduan Keselamatan Pekerja dan Kebersihan di rumah sembelih khinzir.

9.5.99 – Surat kepada Pengarah Kesihatan Daerah Kota Setar/ Padang Terap memberikan senarai pekerja-pekerja bagi mencegah dari wabak J.E.

22.5.99 – Notis kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah bahawa Majlis akan berhenti daripada kutipan hasil sembelih khinzir seperti arahan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Masyarakat Bil 3/99 dan berikutan jangkitan J.E dan rungutan daripada penduduk tempatan, Majlis membuat keputusan untuk menutup rumah sembelih terbabit.

22.5.99 – Surat kepada En. Tan Tian Wan Jabatan Haiwan Negeri Kedah memberhentikan elaun pemeriksaan.

1.8.99 – Surat daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan cabutan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 23.6.99 bahawa Majlis bersetuju mengambil ketetapan operasi pusat penyembelihan boleh diteruskan sehingga satu tempat baru dikenalpasti. Tindakan susulan perlu dibuat bagi mendapatkan tapak gantian dengan segera.

14.10.99 – Menerima bil air rumah sembelih RM1,102.80

11.1.2000 – Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah memaklumkan bahawa Majlis telah meletakkan semua kos bayaran pekerja, bil dan api di bawah tanggungan Persatuan mulai 1.1.2000

7.8.2001 – Surat daripada JKKK Kg Telok Yan supaya ubah rumah sembelih.

11.8.2001 – Surat Majlis kepada Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memohon kebenaran untuk meruntuhkan rumah sembelih khinzir.

26.8.2001 – Surat daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kedah memaklumkan bahawa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tidak ada peruntukan undang-undang yang membenarkannya. Memohon untuk dilantik ebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang membuat keputusan dalam pembinaan rumah-rumah sembelih.

20.8.2001 – Surat daripada Setiausaha Sulit Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan surat dari Pengerusi JKKK (rujuk 35)

19.9.2001 – Majlis memberi maklumbalas kepada Pengerusi JKKK Kg Telok Yan bahawa Majlis telah membuat permohonan meruntuhkan rumah sembelih khinzir dan telah memberhentikan kutipan dan semua kos perbelanjaan ditanggung oleh Persatuan.

20.8.2001 – Menerima surat darpada Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar pohon mengubah kandang sembelih khinzir.

31.5.2006 – Mesyuarat UPEN bersetuju supaya pusat penyembelihan khinzir di Kg Berjaya ditutup.

Sehingga peringkat ini, MBAS memaklumkan tiada sebarang permit baru dikeluarkan untuk operasi rumah sembelih tersebut.

15-05-09 – dalam mesyuarat Majlis Bandaraya Alor setar (MBAS) telah dibangkitkan isu tempat penyembelihan babi yang telah dikaitkan dengan masalah penyakit A H1N1. Oleh yang demikian majlis sebulat suara telah bersetuju sesuatu tindakan harus diambil bagi menangani masalah ini. Keputusan mesyuarat telah melantik ahli majlis Pn Teh (DAP) dan En Hamid (PAS) untuk mengepalai majlis untuk berunding dengan para pengusaha pusat tersebut.

20.05.09 – Ahli-ahli majlis telah dihubungi oleh pengusaha pusat tersebut bahawa mereka telah menerima notis perobohan yang telah dikeluarkan pada 19-05-09 dan proses penguatkuasaan akan diadakan pada 01-06-09.

Satu jawatankuasa kecil telah diwujudkan selepas itu bagi membolehkan operasi tersebut dilaksanakan (diketuai PSu Pn Aminah). Walaupun Pn Teh sebagai Ahli Majlis membantah rancangan tersebut dan merayu supaya dilanjutkan tempoh meroboh, tetapi telah ditolak.

31.5.09 – YB Lee Guan Aik telah menghubungi Sdr Muhammad Sanusi memohon campurtangan YAB Menteri Besar supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan.

31.5.09 – Pertemuan diadakan antara wakil Persatuan Peniaga dan Penyembelih Khinzir bersama YB Lee Guan Aik dengan YAB Dato’ Seri Menteri Besar di rumah MB Jalan Sultanah. Persatuan memohon penangguhan selama sebulan sementara memproses permohonan tapak baru. YB Lee Guan Aik memaklumkan bahawa persatuan mempunyai enam tapak cadangan baru. YAB Dato’ Seri meminta supaya proses permohonan segera dilakukan.

YAB Dato’ Seri MB menguhubungi YB Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memaklumkan kepada Dato’ Bandar supaya ditangguhkan operasi meroboh.

MCA dan Gerakan mengadakan demontrasi di lokasi rumah sembelih pada masa yang sama.

1.6.09 – Penguatkuasa MBAS menggerakkan jentera dan petugas ke lokasi untuk meneruskan Operasi. YAB Dato’ Seri segera mengeluarkan surat yang ditandatangani sendiri memohon penangguhan operasi selama sebulan kepada Dato’ Bandar. (Serahan tangan). Satu salinan surat tersebut diberikan kepada YB Lee Guan Aik. Operasi ditannguhkan oleh MBAS selama sebulan atas permintaan tersebut.

2.6.09 hingga 25.6.09 – YAB Dato’ Seri MB melalui Setiausaha Politik mengikuti perkembangan permohonan tapak baru hampir setiap hari. YB Lee Guan Aik melalui Pegawai Khas beliau memaklumkan proses sedang dijalankan.

Beberapa penduduk di kawasan Jabi, Pokok Sena mengadakan demontrasi dan menaikkan kain rentang membantah cadangan penempatan semula rumah sembelih di kawasan tersebut.

Timbul isu Kerajaan Negeri lebih mengutamakan babi daripada penduduk Kampung Bidan yang terlibat dalam penguatkuasaan perobohan rumah-rumah yang terlibat dalam pengambilan balik tanah.

Pegawai Khas memaklumkan mereka telah mendapat tapak di Kg Cina, Pendang. Tanah milik persendirian yang dikelilingi sawah padi milik kaum siam. Setiusaha Politik MB Mengarahkan permohonan lengkap perlu segera dibuat kerana masa kian suntuk.

YAB Menteri Besar membuat panggilan telefon kepada Pegawai Daerah Pendang untuk bertanyakan permohonan daripada Persatuan tersebut. Pegawai Daerah Pendang memaklumkan bahawa permohonan belum diterima.

Jabatan Verterinar memberhentikan pengeluaran permit menghantar dan memproses babi di lokasi terbabit.

26.6.09 – Pegawai Khas YB Lee Guan Aik menyerahkan surat permohonan tapak baru di kampong Cina, Pendang ke Pejabat Mnteri Besar. Setiausaha Politik MB mengarahkan permohonan diserahkan ke Pejabat daerah Pendang.

Surat tersebut telah didiserahkan kepada Pejabat Daerah Pendang.

28.6.09 – YB Lee Guan Aik berjumpa Menteri Besar di Pejabat memohon penangguhan kali kedua sehingga permohonan yang dihantar di Pejabat daerah Pendang diluluskan.

MB memanggil Exco Kerajaan Perumahan & Kerajaan Tempatan (Dato’ Phahrolrazi) dan Pegawai Daerah Pendang agar permohonan segera diproses.

Pegawai Daerah memaklumkan bawaha semua jabatan teknikal seperti Jab Alam Sekitar, Jabatan Verterinar, Jab Pertanian dan Jab Kesihatan telah dihubungi untuk membuat lawatan tapak pada 29.6.09.

29.6.09 – Lawatan tapak dilakukan melibatkan semua Jabatan Teknikal pada jam 3 petang.

30.6.09 – YB Tommy Su (Pengerusi DAP Kedah/ Perlis) mengadakan pertemuan dengan YB Tan Wei Tsu dan YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi memohon penjelasan dan penangguhan kali kedua.

1.7.09 – Operasi penguatkuasaan notis perobohan dijalankan pada jam 3 petang dengan sedikit bantahan dari sebahagian masyarakat cina dan pimpinan DAP dan beberapa ADUN PKR.

Perobohan dan penangguhan mempunyai implikasi tersendiri. Dari sudut MBAS yang menguatkuasakan Undang-Undang Kecil PBT, semua prosedur telah diikuti sebagaimana menangani premis-premis haram yang wujud di dalam kawasan pentadbiran MBAS.

Kerajaan negeri telah mengumumkan dasar tidak campur tangan dalam bidang kuasa Pegawai Kerajaan termasuk kuasa dato’ Bandar Alor Setar dan Majlis Kerajaan tempatan MBAS.

Dalam MBAS, terdapat ahli Majlis yang dilantik dari kalangan parti politik termasuk DAP. Keputusan ini juga melibatkan keputusan mesyuarat Majlis MBAS.

Campurtangan Menteri Besar kali pertama sehingga operasi pada 1.6.09 ditangguhkan selama sebulan adalah atas permintaan pihak persatuan penyembelih, bukan masa itu ditetapkan ioleh YAB MB.

Terdapat kelewatan yang meragukan di pihak persatuan dan YB Lee Guan Aik yang mengambil tanggungjawab memproses permohonan tapak baru di enam lokasi yang dicadangkan dalam pertemuan dengan YAB MB pada 29 .5.09.

Penangguhan kali kedua akan mengundang implikasi bahawa terdapat campurtangan kerajaan untuk mengekalkan premis haram yang ternyata menyalahi undang-undang.

Pihak lain juga akan menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil tindakan keatas premis yang menyalahi peraturan dan undang-undang. Pihak UMNO akan mengadakan demontrasi jika premis ini dibiarkan walaupun hal ini adalah lanjutan daripada kerja buat mereka.

Pihak MB telah berusaha untuk menyegerakan proses permohonan dan kelulusan tapak baru di lokasi yang dicadangkan tetapi pihak persatuan didapati lambat bertindak, padahal dalam pertemuan sebelumnya, mereka memaklumkan bahawa tapak baru sudah ada.

Kerajaan bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan peraturan, bukan mempertahankan pelanggaran undang-undang. DAP juga memperjuangakan perkara yang sama.

Isu ini bukan isu perkauman seperti yang didakwa, tetapi persoalan undang-undang dan maruah sebuah Kerajaan Negeri.

Petikan dari blog setpol MB :DAP KELUAR KERANA BABI??

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 11:05 PM 4 Komen Anda
Labels: , ,

ISU DAP : PROSES KEMATANGAN PAKATAN RAKYAT SEDANG BERLAKU

 

Anwar salahkan media, nafi DAP Kedah keluar pakatan pembangkang
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas Kedah.

Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar-gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

“Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya,” kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Anwar bagaimanapun berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang.Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Semalam, DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.

Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

“Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita,” katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan.”Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecahbelahkan pakatan pembangkang,” katanya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden pakatan pembangkang Sabtu ini.

Di Kota Baharu, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas berhubung isu itu kerana menganggapnya satu masalah dalaman di negeri Kedah. BERNAMA

 



:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME

Jacko dikebumi Selasa depan


JENAZAH Michael Jackson dipindahkan dari sebuah bilik mayat ke sebuah pusat pengurusan jenazah
di Los Angeles kelmarin.


 

LOS ANGELES – Keluarga Michael Jackson membatalkan rancangan menyemadikan Raja Pop itu di kediamannya di Neverland Ranch ekoran wujud kebimbangan jenazahnya tidak dapat dikebumi di lokasi itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia berikutan undang-undang negeri California melarang pengebumian dilakukan di luar kawasan perkuburan.

Peraturan tersebut mengecilkan peluang untuk menjadikan Neverland Ranch tempat persemadian terkenal seperti Graceland dan menghampakan jutaan peminat Raja Pop itu.

Jika peraturan itu dikuatkuasakan, satu upacara tertutup untuk memperingati peMichael akan diadakan di Neverland Ranch selepas jenazahnya dikebumikan.

Jenazah Raja Pop itu dipercayai akan dikebumikan di Taman Peringatan Forest Lawn di Hollywood Hills dekat sini di mana neneknya, Martha Bridges dikebumikan pada 1990.

Media Amerika Syarikat menyiarkan gambar keranda yang berisi jenazah Michael dibawa keluar dari sebuah rumah mayat sebelum dipindahkan ke lokasi itu Selasa lepas.

Menurutnya, sebuah kubur telah digali di lokasi tersebut yang dikelilingi bukit bukau dan akan menjadi tempat persemadian Michael.


SEBUAH lot kubur di Taman Peringatan Forest Lawn yang dipercayai tempat persemadian terakhir Michael Jackson.


 

Bagaimanapun, beberapa sumber menyatakan kubur itu akan menjadi kubur sementara dan jenazah Michael akan dipindahkan ke tempat persemadian abadi di Neverland.

Ia berikutan khabar angin keluarga Michael berhasrat memohon kebenaran khas mahkamah untuk mengebumikan jenazah di lokasi tersebut.

Keputusan mengenainya akan diketahui dalam masa sebulan.

Sementara itu, laman berita The Hollywood Reporter semalam melaporkan upacara memperingati penyanyi terhebat sepanjang zaman itu akan diadakan di Pusat Staples di sini Selasa depan.

Penganjur konsert Michael di London, AEG Live yang memiliki Pusat Staples dan bangunan bersebelahan, Teater Nokia menyatakan kedua-dua kemudahan itu dan sebuah plaza berhampiran akan digunakan untuk majlis memperingati penyanyi itu pada minggu depan.

Sumber-sumber memberitahu, AEG akan meletakkan beberapa skrin gergasi di luar lokasi itu untuk beribu-ribu peminat yang tidak dapat memasuki bangunan-bangunan tersebut.

Bangunan-bangunan itu memiliki tempat duduk untuk 20,000 orang. – Agensi

AS lancar kempen ketenteraan terbaru di Afghanistan


KONVOI tentera AS memasuki kawasan yang
dikuasai pergerakan Taliban di wilayah Helmand,
Afghanistan semalam.


 

NAWA – Beribu-ribu tentera marin Amerika Syarikat (AS) mula memasuki kawasan perkampungan Helmand di selatan Afghanistan yang dikuasai pergerakan Taliban menggunakan helikopter dan kereta perisai.

Operasi pertama berdasarkan strategi Presiden AS, Barack Obama untuk menstabilkan negara itu bermula pada pukul 1 pagi waktu tempatan semalam.

Pasukan AS itu tidak mengalami kemalangan serius tetapi menerima sedikit tentangan, kata jurucakap unit tersebut, Leftenan Abe Sipe.

“Musuh memilih untuk berundur daripada menyerang balas di kebanyakan tempat. Kami mempunyai beberapa kematian tetapi ia dianggap tidak serius setakat ini,” katanya.

Operasi tersebut dilancar kurang dua hari selepas seorang askar AS didapati hilang dan dipercayai ditangkap pihak pemberontak.

Para pegawai menggambarkan operasi itu sebagai terbesar sejak operasi serupa di Fallujah, Iraq, pada 2004. Ia membabitkan hampir 4,000 anggota tentera AS dan dibantu 650 tentera Afghanistan.

Kawasan selatan Afghanistan ialah kubu kuat Taliban tetapi ia adalah kawasan harapan Presiden Hamid Karzai yang berharap undi masyarakat Pashtun pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

Pentagon menghantar tambahan 21,000 anggota tentera ke Afghanistan untuk memantau proses pilihan raya itu tetapi jumlahnya dijangka mencecah 68,000 orang menjelang akhir tahun ini.

Pergerakan Taliban yang menguasai Afghanistan pada 1996 digulingkan pakatan Barat yang diketuai AS setelah menceroboh negara itu pada 2001.

– AP

Lyon jual Benzema RM173 juta


 

LYON – Lyon akhirnya bersetuju melepaskan penyerang Perancis, Karim Benzema ke Real Madrid dengan harga £30 juta (RM173 juta).

Benzema akan menandatangani kontrak selama enam tahun dengan gaji sekitar £100,000 (RM576,056) seminggu. Harga perpindahan pula dinaikkan kepada £35.2 juta (RM202.8 juta) berserta dengan bonus berdasarkan prestasi semasa.

Real turut mengesahkan perjanjian itu telah dicapai sambil menambah Benzema akan menjalani ujian perubatan sedikit masa lagi.

“Lyon menerima keputusan Karim Benzema dan telah berbincang tentang syarat-syarat perpindahan yang memuaskan hati kedua belah pihak,” kata kenyataan Lyon.

“Kelab ini mengucapkan selamat berjaya kepada Karim bersama Real Madrid.”

Kelab gergasi Sepanyol itu berdepan persaingan sengit daripada Manchester United untuk mendapatkan Benzema, 21, yang dianggap antara pemain muda paling menyerlah di Eropah.

Dia menjadi pemain keempat dibeli oleh Real selepas Kaka dari AC Milan, Cristiano Ronaldo dari Manchester United dan Raul Albiol dari Valencia.

Penyerang muda Perancis ini meledakkan 30 gol buat Lyon pada musim 2007-08, namun gagal memberi impak pada Kejuaraan Euro 2008 di mana Perancis tersingkir di peringkat kumpulan.

Di peringkat kempen Liga Juara-Juara pula, Benzema membuktikan ketajamannya apabila menyumbang 12 gol dari 19 perlawanan. – AP

Nistelrooy ganti Benzema di Lyon?

MADRID – Lyon berhasrat untuk mendapatkan penyerang Real Madrid, Ruud Van Nistelrooy sebagai pengganti kepada Karim Benzema yang bersetuju menyertai kelab gergasi Sepanyol itu kelmarin.

Lyon pada mulanya berminat dengan seorang lagi penyerang, Klaas-Jan Huntelaar yang juga diburu oleh AC Milan, namun dia enggan menyertai kelab Perancis itu.

Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas kemudian meminta rakan sejawatnya di Real, Florentino Perez memujuk Van Nistelrooy agar menyertai kelab tersebut.

Penyerang berusia 33 tahun yang berpindah ke Real pada musim panas 2006 itu bagaimanapun berkata dia lebih suka untuk terus tinggal di Bernabeu.

Begitupun, tempatnya di Santiago Bernebeu kini semakin terdesak ekoran kehadiran bintang AC Milan, Kaka dan bekas penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo.

Dalam masa yang sama, masalah kecederaan yang menimpa Nistelrooy sejak November 2008 memberi kesukaran kepadanya untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama Real.

Untuk rekod, dia telah meledak 45 gol bersama Real sejak empat musim menyertai kelab itu. – AFP

Hantar lembu ke rumah Guan Eng

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my

 


SEORANG pegawai polis cuba meredakan ketegangan apabila penduduk berang melihat kehadiran pegawai mahkamah di Kampung Buah Pala, George Town semalam.


 

KERATAN muka depan Kosmo! semalam.


 

GEORGE TOWN – Penduduk Kampung Buah Pala di sini terus bersengketa dengan kerajaan negeri Pulau Pinang apabila mereka memberi kata dua kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya datang bertemu dengan penduduk kampung tersebut atau Setiausaha Agung DAP itu akan mendapat hadiah lembu.

Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumaran, 52, berkata, mereka sudah menghantar jemputan kepada Guan Eng supaya turun padang menyelesaikan masalah kampung itu yang akan dirobohkan awal bulan depan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan.

“Jika beliau enggan datang, kami akan pergi berjumpa dengan Ketua Menteri di kediaman rasminya, Seri Teratai, dengan membawa beberapa ekor lembu yang diternak di kampung ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kampung yang mempunyai kira-kira 300 penduduk itu terkenal dengan ternakan lembu sehingga mendapat gelaran ‘High Chapparal’ Pulau Pinang.

Nasib kampung berusia 100 tahun itu bagaimanapun kini menunggu masa untuk tinggal sejarah apabila sebuah syarikat pemaju telah mendapat perintah mahkamah untuk mengosongkan kampung itu sebelum 3 Ogos ini bagi membolehkan projek perumahan dan komersial dijalankan.


ADA penternak sengaja melepaskan puluhan ekor lembu sebagai tanda protes sehingga merosakkan beberapa buah kenderaan di Kampung Buah Pala, George Town semalam.


 

Sugumaran berkata, Guan Eng sepatutnya mengambil iktibar daripada tindakan DAP Kedah untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Pas kerana isu merobohkan rumah penyembelihan babi.

“DAP nampaknya lebih menyokong rumah penyembelihan babi daripada kampung warisan nenek moyang kami ini,” katanya.

Penerangan Negara ISLAM

Wacana dengan Pemuda Umno tanda sokongan kepada Nik Aziz

Oleh : Hamdan MS

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Pemuda PAS menyifatkan hasrat untuk mengadakan wacana ilmiah bersama Pemuda Umno merupakan tanda sokongan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini membuat cabaran kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan isu sesat.

Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof berkata, wacana bertujuan mencari kebenaran atas isu tersebut secara ilmiah.

Beliau juga menegaskan pertemuan dengan pemuda Umno itu tidak dinamakan debat seperti mana istilah digunakan sebelum ini tetapi ditukar kepada wacana ilmiah.

“Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan memutuskan untuk tidak menggunakan istilah debat kerana sebelum ini Khairy Jamaluddin telah tiga kali dicabar untuk berdebat. Namun sehingga kini tidak ada sebarang jawaban. Jadi jemputan kali ini dinamakan wacana ilmiah,” kata beliau dalam satu satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat PAS hari ini.

Dalam sidang media yang sama Sabky turut memperbetulkan salah lapur yang mendakwa wujudnya dialog kerjasama antara Pemuda PAS dan Pemuda Umno.

Dakwaan itu berikutan rentetan penyerahan surat rasmi kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim oleh Nasrudin di lobi parlimen semalam untuk mengadakan Wacana Ilmiah Terbuka yang bertajuk : Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam.

Tegas Ahmad Sabki lagi, Pemuda PAS akan mengadakan wacana tersebut secara terbuka dan bukannya secara rundingan seperti yang digemburkan oleh setengah media.

Kata beliau sekiranya Pemuda Umno bersetuju, wacana tersebut akan diadakan selepas pilihan raya keci; Manek Urai, kerana dalam masa terdekat ini Pemuda PAS akan memfokuskan untuk membantu kemenangan calon PAS dalam pilihan raya itu.

Posted by Siasah

tvpas

Anwar’s appeal rejected

MUSLIMEEN

KOTA BHARU – Biar pun Dato’ Seri Najib Razak menolak pelawaan untuk berdebat dengan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun Menteri Besar Kelantan tetap menghantar surat kepada Perdana Menteri.

Surat tersebut dipos hari ini yang dialamatkan kepada Jabatan Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Mursyidul Am PAS itu menandatangani surat berkenaan sebaik sahaja selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri pagi tadi.

Surat dua muka surat itu antara lain memuatkan penjelasan terhadap kenyataannya sebelum ini yang menyamakan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan Umno kerana menolak Islam.

Katanya, ia sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah iaitu penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Image

“Jauh dari segi maudhu’ ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan.

“Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Umno juga turut sesat,” soalnya

Menurutnya seperti yang sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia.

Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan.

Begitu juga katanya debat antara calon-calon Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta antara regu Susilo Bambang Yudhono berganding Boediono, Megawati Soekarnoputri bersama Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla berpasangan Wiranto.

“Jika di Eropah dan negara negara demokrasi lain debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata, maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah?

“Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima,” katanya.

Sabtu lalu Menteri Besar Kelantan itu mencadangkan diadakan debat dengan Perdana Menteri bagi membincangkan sejauh mana perjuangan Umno tidak menyimpang dari agama.

Bagaimanapun ramai pemimpin Umno termasuk dua mantan perdana menteri menasihatkan Najib tidak melayan pelawaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Kemudian beberapa hari selepas itu Najib membuat kenyataan tidak menerima debat tersebut.

Menteri Besar Kelantan menjelaskan demokrasi yang sekular tidak pedulikan masalah aqidah. Persoalannya ialah istilah agama dan bukannya isu perlembagaan atau undang-undang.

Isu debat timbul ekoran pemuda Umno membuat laporan polis terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menyifatkan Umno lebih kurang sama dengan ajaran Ayah Pin kerana menolak agama dalam perjuangan.

Di poskan oleh MUSLIMEEN pada 7/02/2009 07:30:00 PM

 

PRK Manek Urai boleh saya katakan sebagai satu kes yang unik. Unik dan berbeza dengan beberapa kawasan PRK yang dilalui sebelum ini terutamanya dari segi komposisi kaum.

Dengan 99.2% pengundi Melayu (hampir monogen), isu perkauman dan agama dilihat sukar untuk mengambil hati para pengundi, melainkan isu peribadi digunakan pihak-pihak yang bertanding untuk dibangkitkan / dihangatkan untuk memancing undi.

Biarpun sehingga kini strategi kempen berbentuk serangan peribadi melibatkan calon-calon yang bertanding belum begitu ketara, tetapi di laman-laman blog pro-PR nampaknya telah ada “kisah-kisah lama” yang mula dibongkar – baca di sini (saya suruh baca saja, bukan suruh percaya! – ada beza tu).

Saya melihat tindakan menyerang peribadi lebih memihak kepada pro-PR memandangkan calon PAS Mohd Fauzi, setakat yang diketahui tidak terbabit dengan pengurniaan “kontrak”, “tender” mahupun mengetuai “urusniaga” membekal dan memborong ikan secara besar-besaran bagi agensi kerajaan dan sebagainya.

Sebaliknya bagi calon UMNO, Tuan Aziz yang begitu berpengalaman di dalam kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan di KESEDAR, mungkin secara sedar atau tidak, beliau juga turut dilibatkan dengan urusan meluluskan kontrak, tender dan urusniaga bagi kepentingan agensinya. Apapun, selagi seseorang itu profesional dan amanah di dalam tugasnya, tiada apa-apa yang perlu dibimbangi oleh Tuan Aziz di dalam hal ini.

Jika serangan peribadi tidak begitu memihak kepada UMNO/BN dalam situasi di Manek Urai, makanya opsyen kedua boleh digunapakai – “BN kena guna psikologi di Manek Urai” (Prof Dr Ahmad Atory Hussein) (sumber). Tambah Ahmad Atory lagi, bagi membolehkan strategi secara psikologi digerakkan secara berkesan, “mereka-mereka” yang menjadi liabiliti (bangkai bernyawa) kepada parti juga tidak perlu dikerah turun berkempen.

Dan untuk penulisan kali ini, saya cuba untuk mengupas dan membuat analisa bagaimana UMNO, mahupun PAS masing-masing mempunyai peluang di Manek Urai, dengan cara yang saya rasa mudah dan ringkas, agar para pembaca akan dapat faham dan menangkap maksud yang ingin saya sampaikan.

Penulisan ini juga tidak memberikan/merumuskan satu jawapan atau ramalan tentang pihak mana yang bakal memenangi PRK tersebut. Cukuplah ia sekadar mendedahkan kepada para pembaca tentang bagaimana orang bawahan yang cetek ilmu seperti saya melihat sesuatu “proses politik” itu harus berlaku.

Di poskan oleh MUSLIMEEN
%d bloggers like this: