Membimbangi Pakatan Rakyat (1)

KALANGAN anak-anak muda, bawah 40 tahun mungkin tidak dapat merasai apa yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) sehari dua ini atau mereka tidak mahu mempedulikannya. Mereka yang sarat dengan semangat ingin melihat perubahan dan excited unutk menukar kerajaan baru tidak mahu mempedulikan apa yang berlaku. Mereka teramat benci kepada UBN. Lantaran itu mereka memejamkan mata dan memekakan dari melihat dan mendengar itu semua.
Kerana betapa kuatnya semangat dan rasa ghairah itu menyebabkan jika ditulis atau dicatatkan sesuatu yang negatif mengenai Pakatan Rakyat, mereka akan marah dan memberontak. Apa yang mereka mahu ialah yang positif saja walaupun yang pun positif itu retorik semata-mata.
Golongan muda ini yang menjadi penaksub kepada sesetengah pemimpin PR kadang-kadang sudah tidak rasional! Mereka tidak mahu dikritik dan tidak mahu mendengar cerita-cerita negatif mengenai kumpulan mereka. Bagi mereka PR dalam keadaan baik tanpa ada sesiapa lagi yang boleh mengugatnya. Pendeknya PR perfect semuanya.
Pandangan dan pendekatan yang pemimpin mereka ambil dikira terbaik dan tepat. Mereka menerima apa yang ada bagaikan ikan lapam Jawa menelan ketulan kuning yang jatuh ke dalam air. Bagi mereka tidak ada timbang tara lagi dengan pendekatan, perjuangan yang pemimpin mereka lakukan. Semuanya dianggap baik. Bagi mereka apa yang pemimpin mereka lalukan meskipun menyalahi undang-undang atau melanggar tatacara budaya dan hukum agama tidak dipedulikan lagi.
Apa yang mereka tahu PR bila-bila masa saja akan mengambil alih kekuasaan. Lantaran itu kalau diceritakan mengenai masalah dan kelemahan PR mereka jadi histeria dan menuduh pengkritik dengan berbagi-bagai tuduhan. Mereka membalunya dan menuduh pengkritik sebagai musuh.
Golongan ini sudah tidak rasional bagi saya. Justeru sikap dan pendirian mereka tidak boleh diterima sebagai pemandu arah masa depan politik. Dalam erti kata lain kecerdikan dan profesional mereka dalam bidang yang mereka pelajari tidak menjamin membawa kesejahteraan politik yang diharapkan. Mereka lebih menggunakan nasfu dan naluri daripada akal fikiran.
Sebaliknya bagi yang sudah pernah melalui liku-liku politik negara ini, yang sudah melalui sejarah, begitu bimbang dan cemas dengan apa yang berlaku dan perkembangan dalam PR hari ini. Kebimbangan ini menyebabkan keyakinan yang berbunga Pakatan Rakyat akan dapat mengambil alih kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang jadi tergugat. Keyaklinan itu kini seakan mengendur.
Keyakinan itu tidak mustahil akan menjadi igauan yang menakutkan sekiranya perkembangan dan masalah yang berlaku dalam PR kini tidak diatasi dan diselesaikan dengan tuntas.
Kebanyakan masalah yang berlaku dalam PR akhir-akhir ini adalah bawakan atau jangkitan virus dalaman yang berlaku dalam parti-parti gabungan pakatan itu. Masalah itu lebih bersifat peribadi parti-parti itu bukannya masalah bersama yang sewajarnya ditimbulkan. Pertelingkahan oleh ahli dalaman parti dibawa keluar sehingga menampakkan ianya menjadi masalah PR.
Misalnya apa yang berlaku di Kedah dan di Pulau Pinag. Masalah sebenarnya berlaku dalam DAP yang mendapat tekanan ahli-ahlinya. Kerana kurang bijak dicampur dengan rasa ‘manggak’ (ego) pemimpin DAP menyebabkan masalah itu ‘terkobek’ ke luar menjadi masalah PR. Bila ia sudah terkobek keluar maka dengan mudah pula ianya dieksploitasikan oleh UBN.
Masalah dalam parti politik tak ubah seperti guni beras yang carik. Mulanya ia carik sedikit saja, tetapi lama kelamaan bila guni itu diangkut dan diangkat menyebabkan ia semakin membekah. Lama kelamaan carik yang sedikit itu akan terus mengoyak guni berkenaan menyebabkan habis beras terburai.
Bagaimana pun masalah dalam parti-parti Pakatan Rakyat mungkin masih belum parah dan boleh diatasi dengan semangat oppositionisme – kepembangakan yang tinggi untuk menumbangkan UBN. Mungkin masalah di Kedah dan juga di Pulau Pinang dapat diselesaikan sedikit masa lagi.
Tetapi masalah yang besar dan berat dalam PR kini ialah masalah yang yang dihadapi oleh ketua mereka Anwar Ibrahim. Nasib malang yang menimpa Anwar bakal meletakkan PR dalam keadaan kucar kacir. Apa yang dituduh konspirasi untuk menghantar Anwar kembali ke penjara kini sudah pun bermula.
Permohonan Anwar untuk mengkalkan pendakwaan kes liwat ke atasnya dikekalkan di Mahkamah Sesyen ditolak leh Mahkamah Rayuan. Perbicaraanya akan bermula pada 8 Julai di Mahkamah Tinggi seperti mana dirancang.
Walaupun pihak UBN menafikan mereka tidak terlibat dan tidak ada niat untuk menyusah Anwar dengan pendakwaan itu, tetapi yang jelas apa yang menimpa Anwar adalah satu pakatan busuk. Ia satu petaka celaka kepada PR. UBN melihat tindakan ke atas Anwar adalah satu-satu cara terakhir bagi UBN menyelamatkan kerajaannya hari ini. Kejayaan memenjarakan Anwar adalah usaha terakhir yang paling penting bagi UBN untuk mengekalkan kuasanya.
Perbicraan ke aras Anwar itu adalah permulaan untuk menganggu Anwar dan juga PR. Sudah pasti sedikit sebanyak perbicaraan itu akan menganggu tugasan Anwar. Perbicaraan menyebabkan Anwar akan hilang konsentrasi untuk mengatur dan memperkukuhkan PR.
Mungkin semasa sepanjang berlakunya perbicaraan Anwar masih larat lagi untuk memberi tumpuan kepada PR. Hari ini pun jika timbul masalah dalam PR beliaulah yang menjadi penyelesaiannya. Keadaan hari ini meletakkan semua masalah dalam PR dibawah pikulan Anwar.
Ternyata hari ini Anwar masih mampu. Tetapi apa kata kalau nanti Anwar akan dijatuhi hukum penjara 10 hingga 15 tahun. Paling mengejutkan sebaik perbicaraan itu selesai, Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen? Apakah keadaan PR ketika itu? Berdsambung [wm.kl. 2:20 pm 05/07/09]
Posted by mso.im

TAHNIAH DAN TAKZIAH

Tahniah kepada Saudara Azafir Bin Mohd. Nor bekas AJK Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil yang melangsungkan perkahwinannya hari ini. Semoga bahagia dan kekal hingga ke anak cucu dan terus istiqamah dalam perjuangan.

Takziah kepada keluarga Allahyarham Hj. Md. Nor bekas aktivis dan AJK Pas Kawasan Bukit Katil yang kembali ke rahmatullah hari ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan di kalangan golongan yang mendapat naungan arasy Allah serta keampunan dari-Nya.
Gambar Allahyarham yang pernah saya rakamkan pada tahun 2006. Al Fatehah…

Posted by angkasanuri

Thomas Su – PR Kedah roboh kuil dan tokong

 

oleh zabidi

Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) amat terkejut dengan laporan media online yang dipetik mengatakan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kononnya akan merobohkan kuil-kuil hindu dan tokong-tokong Cina di negeri ini.

Setiuasaha Agung Pembela, Basir Hj Ismail berkata, dakwaan Thomas Su tanpa disertakan fakta dan bukti yang sahih adalah amat keterlaluan dan ia berniat jahat, sekaligus boleh mencetuskan isu perkauman dalam negeri ini.

Memetik kata-kata Menteri Besar Kedah, YAB Ustaz Azizan Hj Abd Razak dalam laporan media online bahawa, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak pernah membincangkan tentang perkara merobohkan mana-mana tokong atau kuil di Kedah.

Katanya, “DAP kata dia berjuang untuk semua kaum tapi kali ni nampak sengaja nak cetuskan isu perkauman sebab Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan dan majlis bandaraya pun tak pernah tau pasal perkara ini, tiba-tiba dia orang (merujuk Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su) boleh tau. ”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Thomas Su di Ipoh semalam yang mendakwa kerja-kerja merobohkan beberapa kuil dan tokong di kawasan Alor Star telah diluluskan oleh MBAS, lapor Bernama.

“Pembela merasa hairan, bagaimana YB Thomas Su (Pengerusi Dap Kedah/Perlis) boleh tersasar jauh sehingga membuat mengeluarkan dakwaan bersifat perkauman dan amat merbahaya ini, sedangkan Dap telah bersama dengan PR selama lebih 15 bulan di Kedah, katanya.

Basir berkata, “Thomas Su seolah-olah dirasuk oleh ‘kuman babi’, akibat daripada tindakan salahnya kerana ‘membabi buta’ memprotes tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBSA) merobohkan pusat penyembelihan babi di kawasan Kg Berjaya, Alor Setar sehingga mengambil keputusan keluar darai gabungan Paktan Rakyat di Kedah, katanya.

Pembela memandang serius dakwaan yang di buat oleh Pengerusi Dap Kedah/Perlis berkenaan dan tidak teragak-agak membuat laporan polis berhubung dengan dakwaannya tersebut.

Sehubungan itu Basir berkata, satu mesyuarat khas Ahli Majlis Eksekutif Pembela akan diadakan tengah hari ini bagi mengkaji dan mengambil ketetapan berhubung dakwaan oleh Pengerusi Dap Kedah/Perlis tersebut.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME

500 juta mohon hadiri majlis peringati raja pop


PEMINAT Jackson dari Brazil menunjukkan tatu penyanyi itu di depan Staples Center, Los Angeles, kelmarin.

LOS ANGELES: Laman web memproses permohonan bagi menghadiri upacara memperingati raja pop Michael Jackson menerima lebih 500 juta permohonan dalam tempoh kurang dua jam.

Satu kenyataan dikeluarkan wakil bagi keluarga Jackson berkata, satu lagi enjin carian terpaksa ditambah di laman http://www.staplescenter.com, bagi mengendalikan permohonan.

“Sehingga jam 11.30 pagi ini, http://www.staplescenter.com menerima lebih 500 juta permohonan,” kata kenyataan itu.

Laman web itu mula ‘diserbu’ dalam tempoh beberapa minit selepas pegawai mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan sistem loteri ‘online’ bagi 17,500 tiket percuma bagi menyaksikan upacara memperingati pemergian penyanyi itu di Staples Center dan satu lagi lokasi berhampiran di pinggir Los Angeles.

Jackson, 50, meninggal dunia 25 Jun lalu selepas mengalami masalah fungsi jantung terhenti di rumahnya di Los Angeles.

Sementara itu, peminat yang menuju ke Los Angeles untuk upacara itu digesa berpatah balik jika tidak mempunyai tiket yang diedarkan sistem loteri online itu.

Kematian Jackson secara mendadak, mengejutkan peminatnya di seluruh dunia, manakala beratus ribu lagi dijangka tiba di Los Angeles untuk upacara memperingati beliau, Selasa ini. – AFP

Menteri Luar Thai akan didakwa berhubung penutupan lapangan terbang

BANGKOK: Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya dan pemimpin Pakatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) telah dipanggil untuk memberi keterangan oleh polis berhubung dakwaan pembabitan mereka dalam penutupan dua lapangan terbang antarabangsa iaitu Suvarnabhumi dan Don Mueang di sini akhir tahun lalu.

Sebanyak 16 tokoh utama pergerakan yang memakai kemeja kuing itu diminta hadir ke balai polis Racha Thewa dan balai polis Don Mueang pada 16 Julai, berhubung penutupan lapangan terbang berkenaan pada akhir November, yang mengakibatkan lebih 350,000 penumpang terkandas.

Kasit, bekas duta ke Amerika Syarikat dan tokoh utama PAD, kini berada di Qatar, telah dikritik hebat dan diminta meletakkan jawatan oleh pembangkang dan media atas dakwaan pembabitannya dalam penutupan lapangan terbang itu.

Akhbar Bangkok Post memetik Naib Menteri Luar, Panich Vikitsreth sebagai berkata, Kasit telah dimaklumkan mengenai surat arahan itu dan akan kembali ke tanah air dalam masa sehari dua ini.

Katanya, Kasit telah menghubungi Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva dan akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

Surat arahan itu dikeluarkan pada waktu kritikal bagi Thailand ketika negara itu cuba memperbaiki imejnya yang tercemar dengan menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-menteri Asean dan Forum Rantau Asean di Phuket dari 17 hingga 23 Julai, di mana Kasit akan mempengerusikan mesyuarat melibatkan 26 negara, dengan orang kenamaan, termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton dijangka hadir.

Pada April, pergerakan antikerajaan yang memakai kemeja merah menyerbu venue Sidang Kemuncak Asia Timur di Pattaya dan memaksa sidang itu dibatalkan.

Pemimpin PAD lain yang turut menghadapi dakwaan ialah taikun media Sondhi Limthongkul, yang terselamat daripada cubaan dibunuh pada April, Mej-Jeneral Chamlong Srimuang dan Suriyasai Katasila.

PAD yang mengetuai perhimpunan besar-besaran di ibu negara, yang membawa kepada penggulingan perdana menteri ketika itu Thaksin Shinawatra oleh tentera pada September, 2006, kembali mengadakan demonstrasi pada Mei tahun lalu, selepas sekutu Thaksin memenangi pilihan raya umum pada Disember, 2007.

Pada Ogos tahun lepas, mereka merampas nadi pentadbiran negara itu, Bangunan Kerajaan, selama tiga bulan.

Pada 23 November, mereka menyekat jalan masuk ke lapangan terbang Suvarnabhumi dan Don Mueang, memaksa pihak berkuasa lapangan terbang menutup lapangan terbang berkenaan lebih seminggu.

PAD hanya menamatkan rampasan ke atas lapangan terbang berkenaan selepas Mahkamah Perlembagaan membubarkan Parti Kuasa Rakyat dan melarang perdana menteri ketika itu yang juga adik ipar Thaksin, Somchai Wongsawat daripada terbabit dalam politik selama lima tahun. – Bernama

Pelajar dari Thailand disahkan hidapi H1N1 di MCKK

KUALA KANGSAR: Seorang pelajar dari Thailand yang tiba di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di sini dikesan positif menghidapi virus selesema babi (H1N1) hari ini.

Menurut sumber, kes import itu dikesan apabila pelajar terbabit tiba di MCKK di sini untuk mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan MCKK.

Pelajar berkenaan sedang dikuarantin di MCKK selama seminggu dengan diawasi pihak kesihatan daerah, bersama sebahagian orang yang mempunyai kontak dengan pelajar itu, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata pelajar berkenaan didapati mempunyai simptom menghidapi virus H1N1 ketika beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang semalam dan tidak pasti mengapa pelajar itu tidak dikuarantinkan.

Katanya pengawasan ketat sedang dilakukan di MCKK dan setakat ini tiada lagi melibatkan kes tempatan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan Awam Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon mengesahkan kes berkenaan, bersama beberapa orang pelajar. BERNAMA

Kampung Buah Pala: Guan Eng tulis surat minta bantuan Najib

PULAU PINANG: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala di sini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi.

“Kita boleh ambil alih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah, kita harap kerajaan pusat boleh beri bantuan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lim berkata walaupun kerajaan negeri prihatin terhadap nasib penduduk berkenaan yang diarahkan keluar dari kawasan itu, namun kos untuk mengambil alih semula tanah itu adalah terlalu tinggi memandangkan status tanah itu adalah pegangan bebas dan telah diluluskan untuk tujuan pembangunan.

Lim bagaimanapun, tidak menyatakan kos untuk mengambil alih tanah itu.

Beliau berharap kerajaan persekutuan dapat membantu kerajaan negeri mengambil balik tanah itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.

Penduduk Kampung Buah Pala terpaksa berpindah setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk kekal di tanah yang mereka duduki sejak sekian lama bagi memberi laluan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu, bagaimanapun penduduk berkenaan enggan berpindah dan meminta kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah mereka itu. BERNAMA

‘Saya sudah tak terkejut, yakin kekalkan kerusi’ – Fauzi

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah yang akan mewakili parti itu bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan sudah “bebas” daripada kejutan sambil yakin mampu mengekalkan kerusi itu minggu depan.

“Awalnya saya memang terkejut dipilih calon kerana saya tak sangka, tapi sekarang saya sudah sesuaikan diri selepas menemui penduduk sejak beberapa hari lalu,” kata beliau yang dihubungi.

Fauzi diumumkan akan mewakili PAS pada 26 Jun lalu.

Fauzi yang disifatkan sebagai ‘pemalu’ dan mengelak liputan media sejak diumumkan sebagai calon.

Dalam temu bual ringkas diaturkan sekretariat pilihan raya PAS baru-baru ini, Fauzi berkata, beliau mahu meneruskan prestasi penyandang jawatan itu yang disifatkannya sebagai “selalu mendampingi dan dekat dengan penduduk tempatan.”

“Pengundi di sini mahu wakil rakyat mereka bersama mereka, wakil rakyat yang mendampingi mereka… saya akan cuba lakukan apa telah diamalkan oleh Allahyarham Ismail,” katanya apabila ditanya isu yang bakal dominasi pilihan raya kecil ini.

Katanya, beliau hanya mengadakan pertemuan dari rumah ke rumah untuk mengumpul sokongan.

“Kami belum adakan ceramah besar dan ceramah perdana… lebih kepada kunjungan rumah ke rumah,” katanya mengenai strategi kempen beliau.

Mengenai majoriti, Fauzi berkata, berdasarkan kerjasama yang dibentuk beliau yakin akan keputusan lebih baik kali ini.

Penamaan calon pilihan raya kecil ini diadakan esok dan jika ada pertandingan, pengundian dijadual 14 Julai. Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

Selain itu Fauzi juga merupakan Pengerusi Majlis Tindakan DUN (NTD) Guchil, yang terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai.

Pilihan raya kecil ini diadakan selepas penyandangnya, Ismail dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Fauzi juga Anggota Majlis Daerah Kuala Krai.

Sebelum ini, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Manik Urai, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pemilihan Fauzi dibuat peringkat akar umbi dan mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi PAS negeri dan Pusat.

Layari Laman Blog PLPDT

Posted by Mohd Khairul Mohd

 

Kepimpinan Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa (PLPDT) silih berganti, kesetiaan ahli dalam memberi sumbangan tenaga kerja hingga ke hari ini terbukti kewujudan PLLPDT masih diterima. Selepas melalui pelbagai transformasi dari sebuah persatuan yang mengumpul dan menyediakan program untuk ahli sehinggalah menjadi sebuah persatuan yang menjaga kebajikan ahli.

PLPDT yang dulunya ditubuhkan untuk mengumpulkan ahli lepasan pelajar dari sekolah agama rakyat Darul Taqwa, Batu Enam Kuala Terengganu, kini diterajui di kalangan lepasan pelajar yang telah menamatkan pengajian samada di IPT atau IPTA dalam dan luar negara. Kebanyakan kepimpinan PLPDT telah berkerjaya dan mempunyai keluarga.

Transformasi PLPDT akan berlaku bilamana kepimpinan yang menerajui persatuan ini berjaya membawa gagasan idea yang mampu mengetengahkan PLPDT sebagai sebuah persatuan yang menjaga hal ehwal dan kebajikan ahli. Pengalaman yang ditimba melalui apa jua badan yang diceburi dari kalangan pimpinan tentunya dapat melonjakkan PLPDT untuk turut sama berperanan sebagai agen pembina masyarakat.

Kini PLPDT tampil dengan sebuah laman blog sebagai permulaan untuk berpencak tari di ruang maya. Seandainya PLPDT terus berperanan sebagai sebuah badan yang menjaga kebajikan ahli melalui program-program yang dianjurkan, saya yakin persatuan ini akan terus diterima dan bersedia untuk melakukan pembaharuan tanpa menanggalkan ‘trademark’ asalnya sebagai sebuah persatuan Islamik.

Rata-rata ahli mungkin mahukan sajian kepelbagaian aktiviti sebagai memenuhi permintaan mereka, namun saya yakin jika ahli memberi kerjasama dan masa untuk PLPDT memperbaiki segala permasalahan dan kelemahan yang timbul, tentunya PLPDT menjadi contoh kepada alumni lain tertamanya rakan terdekat PLPDT dari sekolah agama rakyat agar sama-sama berperanan memugar kembali perjuangan ini.

Sejarah tentunya tidak dilupakan bilamana PLPDT buat pertama kalinya mengadakan aktiviti berskala besar pada pertengahan 90an membabitkan penyertaan membanggakan dari kalangan ahli. Penerapan nilai-nilai ukhuwwah yang tinggi di samping kerjasama erat dari kalangan guru-guru Darul Taqwa berjaya menolak PLPDT untuk berada di tengah-tengah landasan yang sememangnya diimpikan oleh semua pihak. Namun, pada alaf baru tahun 2000 alumni ini agak perlahan dalam mengemudi sebuah bahtera yang semakin bearada di tengah pelayaran.

Kepimpinan silih-berganti, usaha dan tenaga tetap dicurahkan untuk menggerakkan jentera PLPDT dengan pelbagai cara mengikut kemampuan yang ada. Akhirnya di kalangan generasi awal yang menuntut di menara gading dan di mana-mana pusat pengajian kembali semula memberi kekuatan kepada PLPDT, tanpa melupakan sumbangan besar yang dihulurkan oleh generasi baru dan juga pertengahan membangkitkan semula nostalgia kegemilangan.

Benar kata pepatah ‘memeluk gunung, tapi apakan daya tangan tidak kesampaian’. walaupun pernah melalui saat kemurungan dan kelemahan jentera organisasi, PLPDT masih lagi bernyawa dengan denyutan nadi ‘ukhuwwah’. Denyutan inilah yang sentiasa berdegup mengingatkan kepada setiap kepimpinan bahawa tugasan ini adalah amanah dan tanggungjawab penuh pengharapan dari guru-guru dan ahli yang sentiasa mengharapkan yang terbaik dari PLPDT.

PLPDT tidak pudar, ia sentiasa diwarnai oleh idea dari setiap kepimpinan yang datang. Pemimpin datang dan pergi, namun perjuangan ini akan berterusan menjadi agenda memartabat ketuanan Islam. Pastikan segala bentuk kebajikan yang datang dengan acuan tarbiyyah dan thaqafah ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dari kalangan ahli. Kita bukan orang yang memulakan perjuangan ini, bukan juga penyudah kepada perjuangan ini, tetapi kita adalah penerus kepada perjuangan ini. Utuhkan Ukhuwwah Satukan Fikrah.

– Sahabat-sahabat boleh melayari laman blog PLPDT di http://plpdt.blogspot.com/

KPI peringkat nasional diumum 11 Julai?

Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

 

retreatDatuk Seri Mohd Najib Tun Razak beredar selepas selesai mempengerusikan retreat dua hari bersama barisan Kabinetnya yang berakhir semalam. –fotoTHE STAR, AZMAN GHANI

 

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dijangka mengumumkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) – salah satu pendekatan kepimpinan beliau, dengan skop yang lebih luas membabitkan peringkat nasional pertengahan bulan ini.

Ia dijangka diumumkan 11 Julai ini sempena 100 hari pertama beliau dilantik sebagai Perdana Menteri keenam.

Najib yang juga Menteri Kewangan mengangkat sumpah pada 3 April lalu.

Semalam, Najib mempengerusikan retreat atau khemah kerja pertama Kabinetnya, yang antara lain membincangkan pencapaian barisan jemaah menteri beliau termasuk kemajuan mekanisme KPI membabitkan anggota Kabinet.

Awal bulan lalu, Najib berkata, KPI yang kini hanya membabitkan anggota Kabinet, akan diguna pakai dalam semua urusan kerajaan.

Katanya, pendekatan mesra rakyat akan diberi keutamaan oleh semua agensi awam kerana kerajaan memahami pentingnya kecekapan dan kualiti perkhidmatan dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

“Kerajaan juga menekankan prestasi dan pencapaian semua penjawat awam apabila berurusan dengan rakyat,” kata beliau dalam laman blognya, http://www.1malaysia.com.my awal bulan lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon telah ditugaskan khas bagi memastikan kelancaran pelaksanaan KPI dan beliau juga bertanggungjawab bagi memberi penerangan selanjutnya tentang KPI dan perancangan spesifik yang akan dilaksanakan bagi menterjemahkan hasrat kerajaan.

Pada 22 Jun lalu, Koh mengumumkan semua menteri telah menyerahkan laporan awal KPI kementerian masing-masing kepada Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun katanya, penilaian terhadap KPI berkenaan tidak dapat diumumkan kerana ia memerlukan beberapa penyesuaian berikutan prestasi beberapa agensi di bawah kementerian turut bergantung kepada prestasi agensi yang lain.

Dalam pada itu, ketika ditemui selepas retreat semalam, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, secara keseluruhannya khemah kerja Kabinet telah memfokus aspek penilaian prestasi jemaah menteri menerusi KPI.

“Isu yang kita bincangkan ialah mengenai KPI Menteri Kabinet… kami jemaah menteri telah berbincang mengenai KPI,” katanya.

Ditanya mengenai maklum balas mengenai hasil KPI pertama itu, beliau berkata: “Tunggu Perdana Menteri umumkan nanti.”

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman memberitahu, selain membincangkan KPI, mereka juga menyentuh kaedah untuk meningkatkan sistem penyampaian di kementerian dan kaedah untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik bersama kakitangan awam.

%d bloggers like this: