Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Sahmad Malaya Kembali Ke RahmatullahBy Anwar Ibrahim Comments Categories: Anwar, Belasungkawa, Catatan, Hebahan and Malaysia

Saya menerima berita sedih pemergian sahabat lama sdr Syed Ahmad yang terkenal dgn nama penanya Sahmad Malaya. Anak Allahyarham mengirim teks pesanan ringkas dari hospital Temerloh pagi tadi. Dato’ Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang sempat meluangkan masa menziarahi jenazah bagi pihak pimpinan.

Saya mengenali Syed Ahmad semasa saya masih mahasiswa menjalankan kempen kesedaran di Chenor, Sungai  Lembing dan Beserah. Beliau merupakan tokoh muda Pahang dan aktivis Parti Rakyat. Kami berhujah dan berbalah panjang isu ideologi, perjuangan Melayu dan politik. Kami sering bertemu kemudiannya dalam majlis belia – saya di Abim dan Majlis Belia Malaysia dan beliau di MAYC. Dan sepanjang musim derita saya di Sungai Buloh, beliau bangkit sebagai sahabat setia. Didoakan semoga ruh beliau dicucuri rahmat. Takziah dan salam saya ucapkan buat keluarga Allahyarham.

ANWAR IBRAHIM

08
Jul

Peristiwa Di Xinjiang Boleh Menjadi Iktibar Buat MalaysiaBy Anwar Ibrahim Comments

Categories: Analisis, Antarabangsa, Anwar, Catatan, Demokrasi, Ekonomi, Hebahan, Isu Semasa and Malaysia

Mangsa korban di Wilayah Autonomi Xianjiang telah mencecah angka ratusan. Berita pertembungan di antara masyarakat uighur yang beragama Islam dengan pihak berkuasa China merebak ke seluruh dunia dengan pantas sekali. Penggunaan teknologi rangkaian sosial seperti twitter dan facebook serta laman youtube memungkinkan masyarakat seluruh dunia mengikuti perkembangan di sana dengan lebih dekat.

Rakaman video serta foto yang tersebar menunjukkan keadaan masih tidak tenteram. Rakyat pastinya berada dalam ketakutan. Saya merasa kesal dengan apa yang terjadi dan menegaskan, korban di kalangan awam, samada dari etnik Uighur mahupun Han, tidak boleh dimaafkan. Pihak berkuasa China sewajarnya mengambil langkah yang lebih cermat serta mengawal keadaan agar tiadanya provokasi dari mana-mana pihak.

Menghimbau kembali sejarah, kita pastinya menemui ketika mana umat Islam bersentuhan dengan peradaban lainnya. Umat Islam bersama-sama membangun dan memerintah Empayar China khususnya ketika pemerintahan Dinasti Tang, Yuan dan Ming. Suasana dan rasa saling hormat menghormati di antara Muslim dan Han sewaktu pemerintahan Kerajaan Ming, membolehkan penulis seperti Wang Tai Yu menghasilkan karya serta memberi komentar mengenai prinsip tauhid, kosmologi dan etika sehandal ulama muktabar dari Tanah Arab.

Sekitar awal abad ke 17, Wang Tai Yu yang digelar Pemuka Agama Islam(Zhenhui Laoren) menulis “Zhengjiao Zhenquan”(Anotasi Asli Ajaran Murni) hasil dari perbincangan dengan pemuka-pemuka ajaran Konfucius, Tao dan Buddhisme serta “Ch’ing-chen ta-hsueh” yang bermaksud Ajaran Murni Perihal Yang Hak. Penelitian sarjana seumpama Sachiko Murata dan William Chittick terhadap Wang Tai Yu serta karyanya, membuktikan  beliau terdedah dengan dua risalah yang ditulis oleh pengikut Ibnu Arabi; Abdul Rahman Jami dari Parsi. Dua risalah tersebut ialah Lawa’ih and Ashi’at al-lama’at. Wang Tai Yu adalah contoh seorang warga Peradaban China beragama Islam dan tetap berpegang kukuh kepada prinsip tauhid tanpa mengabaikan peran beliau terhadap budaya bangsa.

Sekian lama muslim tinggal bersama dengan ratusan etnik lainnya di China, mereka bukanlah orang asing ataupun “The Stranger(meminjam judul novel Albert Camus).” Usaha harus lebih giat dijalankan bagi membolehkan mereka dan etnik minoriti lainnya menyertai pertumbuhan ekonomi yang pesat di sana. Dasar yang dilaksanakan mestilah mengambil kira permasalahan serta keterbatasan minoriti lainnya. Peminggiran sesuatu kaum hanya merugikan sesebuah negara dari potensi yang ada pada etnik minoriti. Saya berdoa agar keamanan kembali pulih di Wilayah Xinjiang dan tiada lagi korban nyawa yang menyayat hati.

ANWAR IBRAHIM

07
Jul

DSAI Ke Mahkamah Tinggi Esok.By Anwar Ibrahim 14 Comments

Categories: Anwar

Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan akan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Beliau akan berdepan dengan tuduhan fitnah yang direka khusus demi merencatkan perjuangan rakyat dan agenda Perubahan. Berikut merupakan butiran program tersebut:

Tarikh: Hari Rabu 8hb Julai 2009

Tempat: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Masa: 8.00pagi

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: