Michael Jackson selamat dikebumikan


Kawasan tanah perkuburan Forest Lawn Memorial Park di Hollywood Hills, California yang menjadi tempat Jacko disemadikan. Gambar kecil menunjukkan keranda Jackson diusung ke pusara.


 


 

LOS ANGELES – Keluarga Raja Pop, Michael Jackson memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah penyanyi itu di tanah perkuburan Forest Lawn, Hollywood Hills semalam.

Satu rombongan keluarga Michael yang menaiki kereta dengan diiringi polis tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 8.15 pagi waktu tempatan (11.15 malam waktu Malaysia).

Tiga anak Michael merupakan antara tetamu yang awal keluar dari kereta dan memasuki bangunan di tanah perkuburan itu. Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu kerana degupan jantungnya terhenti.


BEBERAPA buah kenderaan tetamu berhimpun di pintu masuk tanah perkuburan Forest Lawn Memorial Park di Hollywood Hills, California semalam.


 

Kebanyakan tetamu memakai pakaian berwarna hitam dan memeluk abang Michael, Jermaine yang beragama Islam ketika mereka memasuki bangunan di tanah perkuburan tersebut.

Jenazah Michael yang ketika hidupnya mesra dengan panggilan Jacko kemudian dipindahkan ke Pusat Staples di sini untuk disaksikan oleh peminat-peminatnya.


BAPA Jacko, Joe tiba di rumah keluarga penyanyi itu di Encino, Los Angeles semalam.


 

Pusat tersebut mampu memuatkan 20,000 orang tetapi ramai lagi peminatnya berada di luar bangunan tersebut untuk menghadiri majlis yang penuh bersejarah itu. – Agensi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: