Pembela sedia bantu kesan adik Dilla

 

Bandar Darulaman – Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) sedia bantu keluarga encik Mohd Yuosf mengesan anaknya Nur Fazilah, 16 tahun yang dikatakan lari meninggalkan rumah dipercayai diperdaya teman lelakinya.

Presiden Pembela, Ir Mohd Jamal Nasir berkata, Pembela sedia menghulurkan bantuan dari segi tenaga dan masa bagi mengesan anak gadis saudara Mohd Yusof yang dilaporkan hilang dan dipercayai diperdayakan oleh teman lelakinya.

Katanya, Pembela amat bersimpati di atas kejadian yang menimpa saudara Mohd Yusof dan isterinya seperti mana yang dilaporkan oleh media online Kedahlanie hari ini (Selasa – 7 Julai)”.

Sehubungan itu, Pembela akan memanggil anggoatanya di sekitar Kedah/Perlis pada hujung minggu ini untuk merancang tindakan mengesan adik Nur Fazillah (Dilla) tersebut.

Bantuan awal yang dirancang oleh Pembela ialah mencetak poster “Rayuan Masyarakat Mengesan Dilla’ untuk diedarkan di beberapa tempat seperti plaza-plaza tol, pintu sempadan Bukit Kayu Hitam / Danok dan Padang, di samping di masjid-masjid dan beberapa buah pasaraya di sekitar Alor Setar, Sungai Petani dan Kangar, katanya.

Mohd Jamal berkata, walaupun keterlibatan dan sumbangan Pembela dalam mengesan adik Dilla ini tidak sebesar mana, namun sebagi tanda prihatin serta komitmen komuniti dalam masyarakat maka ia wajar disuburkan supaya pihak yang terbabit tidak rasa bersendirian ataupun hanya dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia semata-mata.

“Mungkin hari ini… saudara Mohd Yusof yang menerima nasib begini, tetapi pada masa depan boleh jadi kita pula, katanya.

Kami (Pembela) mengharapkan kedua ibubapa anak gadis berkenaan bersabar dan banyak berdoa kerana ia juga ujian dari Allah SWT kepada hambanya yang ada sesuatu hikmah disebaliknya, katanya lagi.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: