Jacko masih belum dikebumi

du_01_1

 

GAMBAR menunjukkan kawasan tanah perkuburan Forest Lawn di Hollywood Hills,
Los Angeles.

 


 

LOS ANGELES – Raja Pop, Michael Jackson belum dikebumikan manakala lokasi kuburnya masih menjadi misteri, lapor sebuah akhbar semalam.

Keluarga penyanyi yang mesra dengan panggilan Jacko sehingga kelmarin masih belum memulangkan mayat selebriti itu kepada pihak pengurusan tanah perkuburan Forest Lawn di Hollywood Hills.

Pada Selasa lalu, jenazah Jacko dibawa keluar dari Forest Lawn yang menyimpannya buat sementara waktu.

Pegawai-pegawai di kawasan perkuburan Forest Lawn di Hollywood Hills mengesahkan keluarga Jacko masih tidak memulangkan mayat berkenaan setelah majlis memperingati untuk peminatnya diadakan di Staples Centre, Los Angeles. Mayat Jacko yang diletakkan dalam sebuah keranda bersadur emas dipercayai disimpan di satu lokasi rahsia sehingga keluarganya memberi kata putus mengenai tempat persemadian penyanyi itu.

Keluarga penyanyi itu juga menunggu otak Jacko dikembalikan oleh pihak koroner yang mahu melakukan ujian bagi mengetahui punca kematiannya pada 25 Jun lalu.

Penolong koroner Los Angeles, Ed Winter berkata, pihaknya akan memulangkan otak itu selepas mereka selesai melakukan ujian.

Keluarga Jacko sebelum ini berbeza pendapat mengenai lokasi kuburnya.

Bapa Jacko, Joe mahu anaknya ditanam di kawasan Los Angeles tetapi ibunya, Katherine mahu dia dikebumi di kawasan pinggir bandar Encino.

Abang-abangnya mahu mayatnya dikebumi di ladang milik Jacko iaitu Neverland Ranch tetapi ia tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS). – Agensi

Undian PPSMI

 Oleh: PakBelalang

Kerajaan BN akhirnya mengambil keputusan membatalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walaupun pembatalan tersebut berkuatkuasa pada tahun 2012 namun telah terdengar suara-suara yang bersetuju dan menentang keputusan tersebut.

Orang pertama yang menentang keputusan itu ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau telah melancarkan undian di blognya bagi menguji sikap rakyat Malaysia terhadap keputusan pembatalan tersebut.

Menurut keputusan yang diberi oleh Malaysiakini setakat jam 4.08 petang tadi, sebanyak 72% menolak pemansuhan tersebut manakala 28% pula menyokong. Saya tidak ingin mengupas tentang hasil undian tersebut. Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah bagaimana peranan kita terhadap undian yang dijalankan itu.

Saya melihat bahawa pendokong Pakatan Rakyat yang menyokong atau menentang pemansuhan tersebut perlu mengundi di blog Tun Dr. Mahathir. Undi yang perlu dibuat ialah menolak pemansuhan tersebut. Alasan mudah kepada cadangan ini ialah agar undi menolak akan meningkat. Dengan meningkatnya undi ini bermakna Tun Dr. Mahathir mepercayai bahawa kerajaan silap dalam membuat keputusan tersebut.

Seperti mana yang kita semua ketahui Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang yang sangat percaya dasar ini memberi kebaikan kepada rakyat Malaysia. Apabila beliau melihat ramai penolak keputusan ini di belakangnya, maka kepercayaan terhadap keputusan silap ini mebuatkan beliau akan menentangnya pula. Tun Dr. Mahathir mempunyai alasan kuat untuk menentang. Beliau sudah tentu akan bersuara mengenai perkara ini. Tambahan pula beliau sudah tidak bersetuju dengan dasar liberalisasi ekonomi PM D S Najib.

Kita jangan lupa suara Tun Dr. Mahathir masih lagi keramat dalam hal ehwal politik Malaysia. Lihat bagaimana suaranya menjadi salah satu sebab BN kalah teruk dalam PRU 12 baru-baru ini. Suaranya juga menjadi salah satu sebab Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa melepaskan jawatan PM.

Dengan undi menolak, penyokong PR akan membantu Tun Dr. Mahathir bersuara lebih kuat dan banyak. Dalam bersuara itu sudah tentu banyak lagi perkara yang akan diluahkan mengenai keburukan kerajaan BN akibat rasa tidak puas hati beliau. Maka beliau akan memberi persen kepada kejatuhan kerajaan BN walaupun sedikit. Sumbangan yang walaupun kecil tetapi amat bermakna terhadap perjuangan yang besar.

Kalau kita bersetuju dengan keputusan kerajaan itu, serahkan kesyukuran kita kepada ALLAH Swt. Berilah sanjungan terutama terhadap pejuang-pejuang bahasa. Namun kelebihan ini jadikan sebagai strategi membenamkan musuh.

DUN Baru Sarawak: Pembaziran Atau ‘Masterpice’ ?

Posted on Thursday, July 09 @ 12:00:00 PDT by TokPenghulu

 Oleh: abanglobai

 

Bangunan DUN Sarawak yang baru siap. Akan dirasmikan pada hujung julai dan pertama kali akan digunakan untuk Persidangan Raja-Raja Melayu hujung bulan ni.

Nota: Bangunan putih sebelah DUN itu ialah Astana bekas tempat kediaman Rajah Brooke, kini diduduki oleh TYT Sarawak

Sore di tebingan Sungai Sarawak
Mentari makin berlabuhdi balik Gunung Serapi
Pemandangan DUN Baru Sarawak waktu senja…. di tebingan Sungai Sarawak yang mengalir manja..

DUN baru
Tampak dari kamarku…
Aku pun terfikir
Bagaimanalah nasib nelayan di sebelah tebing sana
Hidup miskin dihimpit fana
Berjirankan DUN mewah melata
Sepinggan nasi terpaksa dikira
Tapi negeri kaya raya
Punya DUN baru
Yang berharga beratus juta
Nelayan Sungai Sarawak
Mata sedap memandang
Hati geram
Nasi hari ini
Berlauk apa…
Ikan masin? Kalau ada..
Mungkin juga Siput babi
Di celah paya…..
.
.
.
.
.
16 Rejab 1430

PPSMI: Kita demo lagi, demo itu halal – A. Samad Said

Bagi memansuhkan serta-merta dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), seorang Sasterawan Negara mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan.

Bercakap kepada Malaysiakini malam ini, Datuk A Samad Said menyatakan “tidak begitu senangnya” dengan keputusan kerajaan semalam yang hanya memansuhkan dasar kontroversi pada 2012.

“Apa yang berlaku sekarang ini bukan memansuhkan (terus) PPSMI tetapi pemansuhan berlaku pada 2012, ini hanya pengumuman penangguhan PPSMI,” katanya.

Beliau diminta menjelaskan lebih lanjut kenyataan awalnya di akhbar web PAS yang menyebut “demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya.”

“Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal,” Harakahdaily hari ini memetik A Samad sebagai berkata dalam satu wawancara.

Satu demonstrasi besar diadakan 7 Mac lalu, diketuai antaranya oleh A Samad sendiri, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda campur tangan membatalkan dasar tersebut yang sentiasa dibantah sejak ia diperkenalkan.

A Samad, yang juga penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), dilaporkan berkata “tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.”

Pengumuman Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata tokoh sastera itu lagi, bersifat “mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai dan juga pilihanraya umum ke-13.”

“Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus.

“Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu,” A Samad dipetik berkata.

“Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika perdana menteri keempat dahulu (Tun Dr Mahathir Mohamad) mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa perdana menteri keenam (Datuk Seri Najib Razak) perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?”

Baca seterusnya di sini
Pemansuhan PPSMI jimat kos RM40 juta ~ Kalau begitu kenapa perlu tangguh lagi sehingga tahun 2012? Mansuhkan mulai tahun hadapan dan Malaysia dapat menjimatkan RM120 juta wang rakyat. Ataupun perut-perut kroni perlu diboroikan dahulu secukup-cukupnya sebelum PPSMI dimansuhkan? Mungkin juga pak-pak menteri perlu memenuhkan kantung mereka dengan ‘skim ppsmi’ ini sebelum ‘dipencenkan’ oleh rakyat? Anak-anak kita masih lagi menjadi tebusan sehingga tahun 2012 tanpa diperdulikan masa hadapan dan nasib mereka.
Posted by Azizul Nizam

MENTERI-MENTERI BN TIDAK DIPEDULI RAKYAT DI MANEK URAI

Kedatangan menteri-menteri ke Manek Urai tidak dihiraukan oleh masyarakat di sini. Timbalan Perdana Menteri yang sering berulang alek dengan helikopter dari Kuala Lumpur tidak dipedulikan oleh penduduk tempatan, ceramahnya tidak sampai 100 orang yang menghadirinya, sekiranya tidak ada penyokong-penyokong BN dari luar, kerusi yang disediakan kosong.

Ketua Wanita UMNO Malaysia hanya sempat beberapa ketika sahaja di Manek Urai Lama, dia sendiri mengakui payah nak dapat sokongan dari penduduk tempatan, sehingga sekarang, ketua Wanita UMNO tidak lagi nampak kelibatnya di Manek Urai. Menteri Pelancongan , Dr Ngah Yeng Yeng datang berkempen di rumah penduduk keturunan Cina di Kampung Manek Urai Lama juga mengalamai nasib yang sama apabila tidak dihiraukan tuan rumah dan ahli keluarganya. Kejadian itu berlaku ketika beliau berkunjung ke rumah Ong Guan Chong yang rumahnya berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai. Tuan rumah tidak mahu keluar menemuinya walaupun mereka sesama orang Cina.

Berbeza sekali apabila calon PAS Abe Uji berkunjung pula ke rumahnya sehari selepas itu, kehadirannya disambut oleh Ong atau Pak Chong, malahan Pak Chong menghimpunkan seluruh ahli keluarga besarnya untuk turut menyambut Abe Uji. Pak Chong merupakan pengurus pasukan Seri Muay (tomoi) yang ramai pelatih-pelatihnya orang Melayu. Abe Uji diberi penghormatan besar oleh Pak Chong dan ahli keluarganya.

Pengundi Cina di Manek Urai hanya berjumlah 51 orang, namun sokongan mereka tetap diperlukan, Pak Chong memberi jaminan semua pengundi Cina akan menyokong Abe Uji. Pak Chong mengakui walaupun beliau tidak rapat dengan Abe Uji sebagaimana rapatnya beliau dengan arwah Paksu Wil, tetapi cerita-cerita tentang keramahan, kemesraan dan kebaikan Abe Uji telahpun didengari sebelum ini lagi, sikap yang ada pada Abe Uji hampir menyamai Paksu Wil yang penduduk Manek Urai sangat sayangi itu.

Posted by MisbahulMunir

MANEK URAI : Nasionalisme UMNO Sudah Tidak Relevan

 

Cadangan dan undangan Tok Guru Nik Aziz untuk berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia mengenai Islam itu sebenarnya bukanlah satu perkara baru yang ditimbulkan-nya secara tiba-tiba menjelang pilihan raya kecil Manek Urai, untuk tujuan politik. Tidak.

Bagi mereka yang rajin mengikuti setiap perkembangan dalam kepimpinan Tok Guru Nik Aziz, ini adalah suatu kemuncak kepada serentetan hujah dalam perjalanan dakwah beliau, khasnya sejak memegang jawataan Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Kita tentu mudah ingat yang Tok Guru Nik Aziz pernah menyatakan bahawa PAS sanggup membubarkan partinya sekiranya Umno komited dengan perjuangan Islam dan melaksanakan syariat Islam dalam pentadbiran negara. Kenapa saya katakan kita mudah ingat? Sebab Tok Guru Nik Aziz bukan sekali menyatakan demikian, tetapi berulang-ulang kali.

Hairannya ketika Nik Aziz menyatakan demikian, walaupun berulang-ulang kali, ia tidak pernah menarik minat pimpinan Umno untuk memberi reaksi atau respons kepada kenyataan tersebut. Walhal kenyataan itu cukup provokatif.

Provokatif kerana, pertama, Nik Aziz sebagai pimpinan tertinggi PAS menyatakan kesediaan untuk membubarkan parti PAS. Kedua, kenyataan itu menegaskan yang Umno bukan parti yang berjuang untuk Islam. Ketiga, kenyataan itu juga memberi implikasi makna yang dakwaan pimpinan Umno mengatakan mereka berjuang untuk Islam itu adalah dusta semata-mata.

Begitu pun implikasi maknanya, namun pimpinan Umno tidak pernah peduli. Mereka tak pernah memberi respons kepada kenyataan Nik Aziz itu. Mereka memang tidak serius dengan Islam. Mereka hanya berminat (dan serius) dengan Islam apabila mereka dapati ada bahagian-bahagian tertentu dalam Islam itu yang boleh membantu agenda mereka.

Ternyata Islam bukanlah agenda Umno. Islam hanyalah alat atau bahan penting yang mereka pergunakan untuk membantu mereka mencapai sesuatu agenda lain.

Itulah hakikatnya Umno. (Saya pernah menganalisisi perkara ini dalam buku “Mahathir (Ekonomi) Perang ‘Aqidah”, 1999). Tetapi pimpinan Umno tak akan mengakui hakikat ini, kerana mereka tahu sentimen orang Melayu. Orang Melayu pasti akan menolak Umno sekiranya mereka tahu yang dakwaan Umno berjuang untuk Islam itu semata-mata dusta. Tetapi itulah hakikatnya.

Hakikatnya ialah sama ada Umno berdusta, ataupun memang pimpinan Umno tidak memahami Islam sebenar, atau mereka tidak komited dengan akidah Islam.

Apabila Nik Aziz mengatakan Umno menolak Islam kerana Umno menerima ‘kebangsaan’ atau ‘nasionalisme’ sebagai ideologi, ramai orang tidak mengerti maksud sebenar Nik Aziz. Saya pun pada mulanya tidak faham apa maksud sebenar Nik Aziz berkata demikian. Sebab apa saya tidak faham? Sebab pada masa itu saya berpendapat kebangsaan itu adalah suatu ‘semangat cintakan negara’. Jadi apa salahnya kebangsaan?

Islam tentu tidak melarang penganutnya mempunyai ‘semangat cintakan negara’ fikir saya. Jadi, Islam dan kebangsaan boleh wujud serentak dalam diri seseorang. Dalam masa sama dia menerima Islam sebagai agama dan cara hidupnya, dan dalam masa sama dia juga ber’semangat cintakan negara’ atau bersemangat ‘kebangsaan’.

Jadi, kenapa Nik Aziz mengatakan Umno menolak Islam apabila Umno menerima ‘kebangsaan’ sebagai ideologi? Mungkinkah Nik Aziz kurang memahami istilah ‘kebangsaan’ atau ‘nasionalisme’?

Begitulah fikir saya pada waktu itu. Dan saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia pun tentu berfikir begitu. Tak mengapalah, barangkali Tok Guru Nik Aziz kurang faham dengan istilah ‘kebangsaan’ atau ‘nasionalisme’ itu. Tak mengapalah. Maka kita pun kuranglah mengambil kisah sangat apabila Nik Aziz berkata demikian.

Tetapi Nik Aziz mengulangi lagi kenyataannya itu. Dan dia banyak kali mengulang-ulangnya, hingga saya pun terfikir lagi – apakah mungkin Nik Aziz tidak memahami istilah ‘kebangsaan’, ataupun dia memang ada maksud tertentu yang dia hendak sampaikan supaya orang faham sepertimana yang dimaksudkannya?

Soalan itu menyebabkan saya terus berfikir, dan kemudiannya barulah saya faham apa yang dimaksudkan oleh Nik Aziz. Yakni apabila ia dihubungkan dengan satu lagi perkara yang sering disebut oleh Nik Aziz kebelakangan ini – mengenai semangat perkauman Melayu, Cina dan sebagainya, di mana perkara tersebut tidak ada atau tidak diiktiraf oleh Islam. Tidak ada semangat perkauman dalam Islam. Yang ada hanya semangat Islam, tanpa mengira apa bangsa dan apa keturunan pun dia.

Demikian jugalah dengan semangat atau ideologi kebangsaan/nasionalisme itu. Apabila kita benar-benar memahami dan menerima Islam sebagai cara hidup dan satu-satunya cara hidup kita, yang menjamin kesejahteraan kita di dunia dan akhirat, maka dengan sendirinya tertolaklah apa pun cara hidup yang lain selain Islam. Nasionalisme atau kebangsaan pun menjadi tidak relevan lagi.

Itulah hakikatnya. Tetapi bukan senang orang hendak memahami dan menerima hakikat itu. Nik Aziz sudah berusaha memberi kefahaman itu, dengan dia selalu membuat kenyataan mengatakan Umno menolak Islam dan menerima kebangsaan. Namun orang seperti tak mengambil kesah akan kenyataan yang diulang-ulangnya itu. Nik Aziz pun melangkah lagi selangkah ke depan, dengan menyebut Umno sebagai ajaran sesat.

Maka melentinglah orang Umno mendengar kenyataan yang pahit walaupun benar itu, hingga mereka bertindak membuat laporan polis. Tok Guru Nik Aziz menyambut langkah mereka, dengan membuat tawaran untuk berdebat dengan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak. Dia serius. Dia menghantar surat rasmi pada 2 Julai.

Sama ada Najib menerima atau tidak tawaran Tok Guru Nik Aziz itu, sesungguhnya Nik Aziz telah mengambil langkah yang bijak. Bahawa ada sesuatu yang penting, yang perlu diperdebatkan dengan pimpinan Umno. Bahawa ada suatu kesalahan akidah dalam dasar perjuangan Umno. Perkara ini serius, tak boleh ditangguh-tangguh lagi.

Marilah kita berdepan, untuk mencari penyelesaiannya secara gentleman. Ini perkara akidah. Orang-orang yang berpengetahuan agama dalam Umno, tolonglah bersuara dalam perkara yang sangat penting ini. Cukup-cukuplah bermain dengan hal-hal keduniaan. Ini hal akidah, marilah kita hadapi dengan keinsafan.

Sama ada Najib dan para pimpinan atasan Umno bersedia untuk menghadapi perkara akidah yang serius ini atau tidak, tak mengapa. Kerana selain mereka, ada lagi pihak yang perlu diutamakan, iaitu rakyat yang ramai. Najib dan pimpinan Umno tak mahu berdebat, biarlah mereka. Tetapi rakyat ramai perlukan ‘debat’ ini. Rakyat ramai perlu disedarkan akan hakikat ini. -Dinsman

 

Artikel Penuh

 

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

BERGUNAKAH: 

 

Posted by greenboc 0 comments

Nuffnang Ads
MANEK URAI : MAFREL Kesan Unsur Rasuah

 

BBadan pemantau pilihan raya, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel), khuatir dengan budaya rasuah dan penyalahgunaan kuasa pelbagai pihak terlibat dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) DUN Manek Urai.

Ketua Misi Mafrel PRK Manek Urai, Dr Abdul Halim Yusof berkata, pemantauan dilakukan pihaknya mendapati terdapat unsur rasuah, dan berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) mengambil sikap proaktif dalam menangani penularan budaya tersebut.

Justeru Mafrel menggesa SPRM agar tampil secara terbuka serta lebih berani. Maafrel mencadangkan tiga langkah segera wajar diambil dalam konteks pencegahan unsur rasuah dalam PRK Manek Urai.

Antara cadangan yang dikemukakan Mafrel kepada SPRM ialah, mewujudkan pusat-pusat aduan beroperasi 24 jam dengan perkhidmatannya merangkumi seluruh kawasan Manek Urai.

Melancarkan talian hoteline, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan emel untuk memudahkan orang ramai menyampaikan aduan secara cepat, mudah dan berkesan.

Meningkatkan kesedaran rakyat terhadap bahaya rasuah dalam pilihanraya dengan cara mencetak poster, banner dan risalah diedar di seluruh kawasan Manek Urai.

Menggunakan media massa secara meluas seperti radio, telivisyen dan akhbar bagi menyalurkan maklumat dari semasa ke semasa.

“Sebagai badan bebas dan komited dengan agenda pembersihan rasuah dalam pilihanraya, Mafrel sentiasa bersedia bekerjasama dengan SPRM dalam menangani gejala kotor yang boleh mencalar prinsip demokrasi pilihan raya.

“Mafrel yakin rakyat berharap SPRM berani bertindak tegas menguatkuasakan undang-undang mengikut bidang kuasa yang ada tanpa kompromi dengan mana-mana pihak,” jelas Dr Halim semasa menghubungi The Malaysian Insider semalam.

Kempen PRK N41 DUN Manek Urai sudahpun bermula selepas penamaan calon dan akan berakhir pada 13 Julai pada jam 12 malam.

Suasana sekitar seluruh kawasan terbabit dilihat semakin meriah dengan kenaikan bendera dan poster parti terlibat menghiasi kiri kanan sepanjang jalan menuju Manek Urai.

Chegu Bard: Najib lindungi CIMB?

Media heboh kononya Obama, Presiden Amerika menghubungi Najib melalui panggilan telefon, kononya begitulah penting Najib di mata Obama hingga apabila ada masalah Obama terpaksa hubungi Najib melalui panggilan telefon untuk berbincang..

Ini semua satu pembohongan. Semua terbongkar apabila 2 akhbar Korea berbahasa Inggeris mendedahkan mengenai bagaimana Amerika memberi amaran kepada Malaysia mengenai penglibatan bank Malaysia dalam transaksi senjata melibatkan Kerajaan Komunis Korea Utara dan Kerajaan Regim Junta Tentera di Myanmar.

Najib mungkin ‘terkencing’ ketika dihubungi Obama tetapi masih cuba menyelindungi bank Malaysia itu. Persoalanya kenapa Najib begitu bersungguh melindungi bank Malaysia itu….. Adakah Bank itu ‘CIMB’ yang kini dimiliki oleh adik kesayangannya Dato’ Sri Nazir Razak… ?

Di bawah Abdullah Badawi, negara berisiko apabila SCOMI syarikat anaknya terlibat meraih keuntungan dengan terlibat dalam pembekalan alat senjata nuklear dengan rangkaian penganas dan ia dilindungi Abdullah. Kini nampaknya tidak jauh beza dengan Najib ? Apabila untung ratus juta keluarga Perdana Menteri sapu tetapi bila risiko rakyat tanggung …! sila klik sini untuk baca lanjut mengenai transaksi senjata tersebut.

CIMB juga sebenarnya terlibat dalam memberi kontrak kepada sebuah syarikat komputer yang berpengkalan di Israel dimana syarikat tersebut terlibat secara langung dalam persenjataan pertahanan Israel yang membunuh orang Palestin.

Chegu Bard

Umno hanya ada tiga cara untuk menang di Manek Urai – Wan Rahim

 

MANEK URAI – Terdapat tiga cara Umno-BN boleh memenangi pilihan raya Kecil Dun Manek Urai.

Demikian ditegaskan Penasihat Jentera Operasi PAS Pilihan raya Kecil Dun Manek Urai, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

“Saya mencadangkan agar Umno menggunakan tiga cara ini iaitu tipu, pitis dan ugut yang kebiasaannya kita akui pernah digunakan dalam pilihan raya kecil yang sebelum ini,” katanya kepada pemberita semalam.

Ini kerana mereka tiada cara lain untuk menawan kawasan ini melainkan dengan cara tersebut, dan PAS tiada cara untuk menanganinya,”

Tegasnya, strategi lain yang dijalankan tidak akan memberikan kesan dan tidak mampu menyaingi jentera serta strategi PAS yang lebih bersedia daripada awal selain masyarakat di Manek Urai berakar umbi.

Tambahnya, Umno mungin perlu membelanjakan sebanyak RM25 juta untuk mengupah 5,000 orang pengundi dengan bayaran sebanyak RM5,000 seorang.

“Mungkin itu sahaja cara yang Umno boleh buat untuk memenangi pilihan raya kali ini,” tambahnya lagi.

Beliau yang juga ahli parlimen Kota Bharu tidak menafikan tindakan yang bakal diambil oleh Umno dengan menggunakan jentera kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Seperti biasa, Umno memperalatkan SPR dengan menetapkan tarikh penamaan dan pengundian jatuh pada hari bekerja iaitu hari Selasa sekali gus tidak mewajibkan kepada semua majikan yang kakitangan mereka adalah merupakan pengundi agar melepaskan mereka pulang untuk membuang undi pada hari terbabit,” katanya lagi.

Wan Abdul Rahim yakin bahawa terdapat majikan yang enggan membenarkan kakitangan mereka cuti bergaji pada hari berkenaan.

“Walaupun ianya menyalahi peraturan pilihan raya, tetapi kita lihat tiada ketegasan dan SPR seolah-olah tidak serius dalam melaksanakan peraturan ini,” ujarnya.

Strategi ini ujarnya, merupakan cara untuk menghalang daripada pengundi luar balik mengundi bagi membantu mempertahankan kemenangan PAS.

“Dia tahu bahawa pengundi ini akan balik mengundi PAS dan ini merupakan salah satu cara untuk menghalang mereka, kerana tarikh berkenaan jatuh pada hari bekerja,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu Wan Abdul Rahim berpendapat, tindakan Umno yang bertindak menyerang peribadi calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah ternyata lebih memberi kesan yang negatif kepada diri mereka sendiri.

“Strategi tersebut merupakan tindakan yang bersifat makan diri apabila mereka bertindak kurang bijak menghina latar belakang calon kita dengan membandingkan dengan calon mereka selain pertembungan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang keras terhadap Umno,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau percaya bahawa PRK Manek Urai akan menjadi tempat Umno berkubur.

“Saya percaya bahawa Manek Urai akan menjadi pukulan maut dan pusara kepada Umno,” katanya merujuk kenyataan-kenyataan Tuan Guru yang akhir-akhir ini mengecam Umno dengan begitu hebat.

Mengulas tindakan PAS yang dianggap agresif pada kali ini, Wan Abdul Rahim menjelaskan rasional tindakan tersebut adalah disebabkan oleh Manek Urai sebagai kubu kuat PAS yang perlu dipertahankan.

“Ini kubu kita, rumah kita, kita bertarung di padang sendiri,” katanya lagi.

Oleh yang demikian, dengan kekuatan jentera dan sokongan yang ada, beliau berkeyakinan bahawa PAS boleh menang dengan majoriti yang bertambah.

Di poskan oleh MUSLIMEEN

SMK Senggarang Batu Pahat; PENANTIAN BERAKHIR

SMK Senggarang Batu Pahat; PENANTIAN BERAKHIR



[…]

Continue lendo…

Wednesday, July 8, 2009

Naim Lilbanat; Pembentukan Wanita Solehah



[…]

Continue lendo…

Tuesday, July 7, 2009

PROGRAM MOTIVASI OP 4 Zon Timur; KKD KS Chalok Terengganu



[…]

Continue lendo…

Belasungkawa Saiyed Ahmad: Guru, penulis, budayawan dan pejuang

Oleh KHAIRIL ABDUL RAHIM

TEMERLOH: Pahang kehilangan sebutir permata apabila tokoh budaya, tokoh belia, pejuang bahasa, penulis dan guru politik terkenal negeri ini, Saiyed Ahmad Saiyed Abdullah, 81, (gambar) kembali ke rahmatullah kira-kira jam 11.15 pagi pada 7 Julai lalu.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Wosto Tanjung Besar, Paya Pulai selepas waktu Asar dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran. Beliau meninggalkan seorang balu, Siti Halimah Syeikh Said serta lima orang cahaya mata.

Menziarahi jenazah beliau ialah Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad, Exco Kerajaan Pahang, Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Bekas Menteri Besar Pahang Datuk Abdul Rahim Bakar dan Suhaimi Said. Sementara tokoh bahasa dan penulis yang kelihatan pula ialah Profesor Zainal Abidin Borhan, Dr. Mansor Abdullah, sasterawan Daeng Ramli Akil, Ami Masra, Nazri Sham. L.Man Kadir Shamsi dan ramai lagi.

Allahyarham gigih memperjuangkan bahasa dan budaya Melayu, juga aktif dalam Pergerakan Belia MAYC peringkat Kebangsaan dan pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Belia Pahang. Allahyarham juga dianggap ‘guru’ dalam politik kepada generasi baru terkenal di kalangan penduduk tempatan dengan panggilan “abah”, sepanjang hidupnya penuh dengan cerita perjuangan.

Abah memulakan kerjaya sebagai guru dengan menjadi guru pelatih pada 1 April 1946 di Sekolah Melayu Kampung Pasir Panjang, Pekan selama dua tahun sebelum melanjutkan pengajian ke Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim (SITC).

Semasa menuntut di SITC abah bergaul rapat dengan sastrawan ASAS ’50 seperti Suratman Markasan, Masuri S.N. dan Mohd Ariff Ahmad dari Singapura. Dari situlah bakat penulisannya terserlah melalui penulisan cerpen dan puisi.

Tema-tema penulisan Sahmad dianggap sentiasa “menggemparkan” kerana menjurus kepada isu kemasyarakatan dan ketidakadilan serta hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan. “Bukit Tinggi” dan “Janda Baik” pernah menggegarkan persada sastera tanah air kerana menentang ura-ura Kerajaan Persekutuan mengambil kedua-dua kawasan tersebut daripada kerajaan negeri.

Kerjaya politiknya pula bermula sebaik pulang dari SITC pada tahun 1950 dengan beliau terus menyertai Umno dan dilantik sebagai Ketua Pemuda. Ketika itu berusia 22 tahun dan mengajar di sekolah Melayu. Pada tahun 1955 Ketua Umno Pekan Datuk Mohamad Jusoh (bekas Menteri Besar Pahang) ketika itu telah melantik beliau menjadi Setiausaha pilihan raya membantu Abdul Rahman Talib (bekas Menteri Pelajaran) yang bertanding kerusi parlimen.

Pada Mesyuarat Agung Umno Pekan tahun 1959 pergerakan pemuda telah membuat tiga usul. Pertama kerajaan digesa mengambil balik lombong Sungai Lembing yang melibatkan ribuan ekar tanah daripada penjajah dan diserahkan kepada kerajaan negeri. Kedua meminta dalam perlembagaan Umno disebutkan kedaulatan sultan sahaja dan bukan kedulatan raja-raja. Dan ketiga kerajaan tidak menarik balik kerakyatan Ibrahim Yaakob yang ketika itu berada di Indonesia.

Usul tersebut telah ditolak oleh Umno Pekan sehingga menyebabkan semua AJK Pemuda yang diketuai Syed Ahmad bertindak melepaskan semua jawatan dalam Umno dan keluar parti lalu menyertai Front Sosialis kerana mengkagumi Ishak Mohamed (Pak Sako).

Bagaimanapun abah terpaksa membayar harga yang mahal kerana sebaik meninggalkan Umno beliau terpaksa berpindah randah. Mula-mula ditukarkan ke Sungai Lembing dan selepas itu pada 1962 ditukarkan ke Tanjung Batu, Nenasi. Selepas itu ke Ulu Tembeling (1964-65), Kampung Bantal (1966-69), Beserah (1970-74), Tanjung Perang, Maran (1975- 80) dan Temerloh (1980 – 85) sebelum bersara.

Versi penuh dalam Siasah edisi cetak
Posted by Siasah at 4:24 AM 0 comments  
Oleh KHAIRIL ABDUL RAHIM

KUANTAN: Jika kerajaan negeri Pahang pernah digemparkan dengan kes saman sebanyak RM63 juta oleh sebuah syarikat pembalakan, kini rakyat Pahang digegarkan pula oleh dua lagi kes saman daripada dua syarikat bernilai lebih RM200 juta.

Syarikat tersebut ialah Spag’n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd yang masing-masing bernilai RM209 juta dan RM24 juta juga melibatkan kes pembalakan.

Menurut dokumen yang serahkan kepada Siasah, kedua-dua syarikat terbabit telah menyaman kerajaan negeri kerana mengingkari janji. Turut disaman ialah Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Menurut fakta kes, Spag’n telah membuat satu cadangan Projek Ladang Hutan di atas tanah kerajaan seluas 3500 ekar yang terletak di Mukim Penyor, Daerah Pekan dan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Jun 1999.

Laporan penuh dalam Siasah edisi cetak Jumaat ini

Posted by Siasah
%d bloggers like this: