Misteri dari mula hingga akhir

Susunan Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

Rap
DIPUJA dan diangkat sebagai Raja Pop Dunia, namun segala pengiktirafan dan sanjungan itu tidak bermakna lagi buat Michael Jackson, 51, yang sudah pergi meninggalkan jutaan peminatnya pada 25 Jun lalu.

Kehidupan yang dilaluinya penuh misteri sehinggalah ke akhir hayatnya menimbulkan pelbagai spekulasi yang tidak berpenghujung.

Pelbagai individu tampil memberi kenyataan dan cuba meleraikan setiap persoalan yang timbul di sebalik kematiannya namun tiada yang pasti.

Begitu juga dengan agama Michael, benarkan dia memeluk Islam dengan nama Mikaeel atau sebaliknya.

Dalam hal ini tiada yang berani mengaku pernah terbabit dalam pengislamannya melainkan abangnya Jermaine Jackson yang dalam ucapannya pernah mendoakan semoga Allah sentiasa bersamanya.

Kematian mengejut Michael membuatkan Walk of Fame, Hollywood menjadi tumpuan peminat untuk menyatakan kesedihan mereka.

UCLA Medical Centre, selain kediamannya di Holmby Hills, Apollo Theatre, New York dan Hitsville, Detroit yang menempatkan ibu pejabat Motown tempat Michael memulakan kerjaya nyanyiannya turut menjadi tumpuan.

Dilaporkan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama turut menghantar ucapan takziah kepada keluarga Michael. Seluruh peminatnya di dunia meratap kematian ikon pop itu dan setiap peninggalannya menjadi koleksi yang sangat berharap.

Sebaik dunia mendapat tahu berita kematiannya, jualan cakera padat (CD) terus melonjak sehingga kehabisan stok dan lagunya menduduki carta teratas di United Kingdom.

Tidak cukup dengan itu, keluarga Michael juga sehingga berakhirnya majlis peringatan di Staples Center, Los Angeles, yang menjadi lokasi acara itu Selasa lalu, tidak mengumumkan di mana Raja Pop itu disemadikan.

Hamun pengetua

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

 

 

AMPANG: Cukup biadab apabila seorang pelajar lelaki sanggup menghamburkan kata-kata kesat kepada pengetua sekolahnya sambil disaksikan puluhan rakan serta seorang guru yang sedang mengajar dalam kelas berkenaan di sebuah sekolah di sini.

Tindakan kurang ajar itu dilakukan pelajar tingkatan tiga berkenaan sejurus pengetua berkenaan memberitahu mengenai tindakan buang sekolah yang dikenakan terhadapnya.

Perbuatan spontan pelajar berusia 15 tahun itu dianggap keterlaluan kerana dia tanpa segan silu memaki-hamun pengetua wanita berusia 50-an itu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7.45 pagi Selasa lalu, pengetua berkenaan pergi berjumpa pelajar terbabit bagi memaklumkan dia akan dibuang sekolah kerana masalah disiplin serius.Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum itu, pengetua berkenaan terserempak pelajar terbabit di pintu pagar sekolah lalu meminta dia datang ke pejabatnya bagi membincangkan hal berkenaan, tetapi tidak diendahkan sebaliknya remaja itu terus masuk ke kelas.
Menyedari keengganan pelajar itu berjumpanya, pengetua berkenaan mencari remaja lelaki itu di kelasnya.

Menurutnya, sebaik bertemu, pelajar terbabit tanpa menghiraukan pelajar lain dan guru yang sedang mengajar di dalam kelasnya terus menghamburkan kata-kata kesat serta memaki-hamun pengetua berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata ketegangan yang berlaku berikutan tindakan pelajar terbabit meninggikan suara memaki pengetua sekolahnya sedikit kendur apabila seorang anggota polis kebetulan lalu berhampiran kelas berkenaan.

Anggota polis berkenaan berada di sekolah itu untuk menguruskan hal persekolahan anaknya.

“Sebenarnya hal itu berpunca akibat salah faham kerana pelajar terbabit tidak dapat menerima kenyataan dia dibuang sekolah kerana masalah disiplin.

“Pelajar terbabit mula bersikap kurang ajar apabila memaki-hamun pengetuanya sejurus dimaklumkan perkara itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, kejadian berkenaan dirujuk kepada pegawai polis yang dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) ketika sesi perbincangan dengan pihak sekolah yang turut dihadiri ibu bapa pelajar terbabit.

Abdul Jalil berkata, hasil perbincangan, hal itu diselesaikan secara baik dan pelajar terbabit dibuang sekolah dengan persetujuan ibu bapanya.

Langkah berjaga-jaga, H1N1 kian serius

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) – Wabak influenza A (H1N1) semakin serius sehingga kerajaan mencadangkan pemakaian topeng muka jika berkunjung ke tempat sesak, selain mengamalkan “etika batuk” dan menjaga kebersihan diri dan pengudaraan rumah yang baik.Untuk membendung pandemik ini daripada terus menular dan merumitkan lagi wabak sehingga boleh terjadi kematian, kerajaan juga menggalakkan langkah proaktif “merenggangkan diri daripada orang ramai” seperti mengurangkan perjumpaan.

Menurut laporan Serangan wabak influenza A (H1N1) masuk ke tahap baru hari ini dengan wujudnya gejala penularan tempatan yang tidak lagi dapat dikesan puncanya, termasuk di sebuah syarikat di Cyberjaya.

Seramai 12 orang, daripada 24 kes tempatan terbaru, di syarikat swasta itu disahkan diserang wabak, sementara 200 lagi kakitangan di aras yang sama sedang diawasi di pejabat.

“Gejala kejadian bermula antara 4 hingga 8 Julai 2009.

“Punca kejadian kemungkinan berlaku di syarikat berkenaan berdasarkan siasatan mendapati syarikat berkenaan sentiasa menerima pelawat-pelawat dari luar negara,” kata menteri kesihatan.

Dalam kenyataan hariannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga berkata 61 kes lagi jangkitan virus wabak selesema itu dikesan, menjadikan jumlah semuanya 574 sejak pertama dikesan Mei lalu.

Sehingga kini jumlah keseluruhan penularan tempatan 159 kes.

Semalam, kementerian mendedahkan perkembangan gejala seakan-akan influenza di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka yang melibatkan 50 orang pelatih dan enam disahkan positif influenza A (H1N1).

“Kesemua 50 pelatih yang yang menunjukkan gejala telah ditempatkan di blok pengasingan dalam kompleks ALAM dan telah diberikan rawatan antivirus, dan kesemuanya dalam keadaan stabil.

“Kesemua pelatih dan anggota ALAM yang tiada gejala telah diletakkan di bawah pengawasan,” kenyataan kementerian dipetik.

Liow juga berkata, susulan merebaknya wabak tersebut di syarikat swasta itu dan ALAM, “ini memberi petunjuk awal bahawa terdapat penularan influenza A(H1N1) di dalam komuniti.”

“Kementerian Kesihatan perlu membuat persediaan proaktif kepada perkara ini,” kata Liow.

“Jika penularan dalam komuniti ini tidak dikawal dengan baik, penularan akan meluas dengan cepat dan akan melibatkan kes-kes yang banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal, kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.”

Liow menyarankan tiga langkah diambil untuk membendung pandemik di Malaysia:

1.Merenggangkan diri daripada orang ramai (social distancing) seperti mengurangkan perjumpaan, mengamalkan “etika batuk”, kebersihan tangan dan pengudaraan dalam rumah yang baik.

2.Aktiviti pencegahan dan kawalan seperti ini di kalangan orang awam berkesan untuk memperlahankan penularan penyakit dalam masyarakat.

3.Di tempat kerja termasuk institusi dan sekolah, pemantauan kesihatan perlu diperkukuhkan. Mereka yang bersimptom perlu dikenal pasti dan dilaporkan kepada pejabat kesihatan daerah yang terdekat.

Ketidakhadiran ke tempat kerja yang luar biasa juga perlu dipantau dan kaitannya dengan jangkitan influenza.

Kes-kes yang ringan atau tanpa komplikasi akan dirawat sebagai pesakit luar dan diminta tinggal di rumah.

Mereka diminta untuk mengambil langkah kawalan jangkitan serta melaporkan jika tanda-tanda penyakit bertambah teruk.

Kes-kes yang berisiko tinggi seperti lelah, penyakit respiratori kronik, diabetes mellitus, kegagalan organ, obesiti dan ibu hamil akan dirawat hospital.

Orang ramai juga diminta untuk mengamalkan pemakaian topeng muka jika mengalami gejala influenza, jika mengunjungi ke tempat-tempat yang sesak dan juga jika menghidapi penyakit (co-morbid) dan keadaan yang menyebabkan tahap imuniti yang rendah.

Di pusat-pusat rawatan kesihatan dan perubatan, mereka yang bersimptom perlu diasingkan daripada pesakit biasa.

Rawatan antivirus diutamakan kepada pesakit yang berisiko serta penggunaan alat perlindungan diri kepada pesakit dan pekerja kesihatan.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan semasa penyakit ini dan maklumat tepat daripada kementerian melalui laman web http://www.moh.gov.my dan h1n1.moh.gov.my.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian khas influenza A (H1N1) kementerian di 03-88 81 02 00, 03-88 81 03 00, 03-88 83 44 14 dan 03-88 83 44 15 yang beroperasi antara 8 pagi hingga 9 malam setiap hari. – azm _

media perkembangan manek urai terkini yg bestnya jumpa kj

Pelajar, pensyarah Unisel mahu Rosmah digugurkan

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) – Pelajar dan pensyarah Unisel mahu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor digugurkan sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel).Menurut laman web Malaysiakini, isu itu berbangkit sekali lagi malam tadi di satu majlis yang dihadiri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Para pelajar yang menghadiri “Forum dan Pidato Memperkasakan Mahasiswa & Realiti Politik Kampus” bersama penasihat PKR sebulat suara menolak isteri Dato’ Seri Najib apabila diajukan isu tersebut.

Hanya seorang pelajar yang mengangkat tangan apabila Anwar bertanya sama ada wajar wanita pertama negara dikekalkan sebagai canselor Unisel – seperti ditegaskan menteri besar, tahun lalu.

Menurut blog mantan timbalan perdana menteri itu, isu itu berbangkit semula apabila seorang daripada lebih 1,000 pelajar mengemukakan cadangan menukar naib canselor mereka kini.

“Seluruh pelajar Unisel bertepuk menyatakan persetujuan,” satu coretan blog Anwar dipetik.

Susulan cadangan itu dalam sesi soal jawab selepas ucapannya selama sejam, Anwar kemudiannya meminta pelajar-pelajar yang ingin Rosmah diganti agar mengangkat tangan tanda bersetuju.

“Riuh rendah keadaan bila seluruh dewan yang sesak dengan pelajar-pelajar, termasuk beberapa pensyarah juga, mengangkat tangan dan bertepuk menandakan persetujuan mereka,” kata Anwar lagi di blognya.

Desakan yang sama pernah disuarakan oleh pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat awal November lalu tetapi ia segera ditolak oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam surat bantahan 5 November lalu, mereka mendakwa Rosmah “tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu.”

Unisel, yang ditubuhkan pada 1999, melantik Rosmah sebagai canselor pertamanya pada Ogos 2006.

Ia diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) yang dipengerusikan oleh menteri besar. – azm _

85 peratus undian di Blog Che Det, mengundi agar PPSMI tak dimansuhkan

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) – Sehingga jam 10:00 malam ini, keputusan undian melalui blog rasmi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menunjukkan peningkatan luar biasa yang memihak agar dasar PPSMI terus dikekalkan.Dr Mahathir berkata dalam suatu kenyataan bertulisnya, bahawa beliau tidak terkejut terhadap kekecewaan dan kemarahan orang-ramai ke atas keputusan kerajaan mengenai pemansuhan dalam pengajaran Sains dan Matematik baru-baru ini.

“Saya melihat kerajaan seperti tidak mendengar suara rakyat. Mungkin undian blog dapat menjelaskan kepada kerajaan bahawa inilah pendapat umum orang ramai.

“Soalan yang boleh dijawab untuk pengunjung blog saya ialah sama ada mereka menyokong atau pun menentang keputusan untuk mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam tulisan terbarunya, ‘The Teaching of Maths and Science’ yang tersiar di blog pada 2:17 petang kelmarin sekali gus meninggalkan jejak maklumbalas sebanyak 271 sehingga jam 10:00 malam ini.

Rakyat Malaysia seluruhnya yang berada di dalam dan di luar negara kini boleh mengundi di blog itu di laman sesawang blog Che Det (http://chedet.co.cc/chedetblog/).

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu lalu telah mengumumkan bahawa kerajaan bertindak memansuhkan dasar PPSMI sepenuhnya berkuatkuasa pada 2012.

“Jika anda sokong (keputusan memansuhkan PPSMI), undi Ya. Jika anda tidak bersetuju (pemansuhan itu), undi Tidak. Kemudian, saya akan cuba pastikan kerajaan mengetahui pendapat anda,” tulis beliau sambil merujuk kotak undian maya di sebelah bahagian atas, kanan di blog beliau itu.

Tajuk tinjauan, undian melalui blog itu ditulis dalam bahasa Inggeris, “Do you support the Government�s decision to teach maths & science in Bahasa Malaysia? Anda hanya perlu menjawab sama ada ‘Yes’ atau ‘No’.

Hingga 10:00 malam ini, keputusan blog itu menunjukkan bahawa kira-kira 7,161 undian telah memihak kepada bersetuju terhadap langkah kerajaan yang mahu memansuhkan PPSMI itu. Ini adalah 15 peratus daripada jumlah keseluruhan undian tersebut.

Sementara itu, pada waktu yang sama, kira-kira 40,151 undian yang tidak menyokong langkah kerajaan memansuhkan PPSMI pada 2012 itu. Jumlah ini adalah 85 peratus daripada keseluruhan undian itu.

Jumlah undian secara keseluruhan sehingga jam 10:00 malam ini ialah 47,312 undi. _

Perkembangan terkini di manek urai

Pengumuman
 

solat_dhuha

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI / JAMUAN MAKAN DISEDIAKAN

 

Kenyataan Media PKR – Halangan Polis Terhadap Penyertaan PKR Dalam PRKN 41
Ditulis oleh Saifuddin Nasution Ismail   
 

KENYATAAN MEDIA PKR PILIHAN RAYA KECIL MANEK URAI

Halangan Polis Terhadap Penyertaan PKR Dalam Pilihan Raya Kecil N.41 Manek Urai, Kelantan

Kita ingin merujuk kejadian Khamis 9 Julai 2009 jaln 11.10 pagi di hadapan Bilik Gerakan PKR yang didatangi pegawai polis ASP Suzaimi yang mengarahkan dibuang bendera PKR dan ditutup Bilik Gerakan dengan alasan Pakatan Rakyat belum lagi berdaftar. Beliau juga memaklumkan kepada petugas PKR bahawa Tan Sri Musa Hasan Ketua Polis Negara mengarahkan Ketua Polis Kelantan untuk memastikan tiada sebarang logo atau bendera PKR dilihat pada pilihan raya kecil Manek Urai. Kita mengutuk keras tindakan terpilih pihak polis atas alasan-alasan berikut:

Baca lagi…

 

Demo di Laloh petang ini
Ditulis oleh Te@m I.T   
 

KUALA KRAI, 10 Julai : Satu perhimpunan akan di adakan di Pasar Laloh oleh Persatuan Pemborong dan Peniaga Ikan berikutan pihak Umno-BN telah memperlekehkan profesyen sebagai peniaga ikan.

 

Baca lagi…

 

Pakatan Rakyat menang 5-0 ?
Ditulis oleh Te@m I.T   
 

SUNGAI PERIAL, 10 Julai – Manek Urai bakal menjadi mata kelima pusingan Pilihan Raya Kecil pasca pilihan raya Umum ke-12 selepas Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

 

Baca lagi…

 

Pengorbanan generasi terdahulu usah dilupakan – Dato’ Omar Mohamed
Ditulis oleh Zie Addin, Syamila N   
 

SUNGAI SOK, 10 Julai – Majlis bersama Peneroka Ulung Lembaga Kemajuan Tanah Negeri (LTKN) diadakan petang semalam bagi mengenang jasa peneroka-peneroka tanah perancangan Negeri Kelantan.

Baca lagi…

 

BN Kelantan cemas “cah keting” bakal menyungkurkan calonnya 14 Julai ini
Ditulis oleh Idris Samad   

 

PEMILIHAN Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon Umno mewakili BN dalam pilihan raya kecil Dun Manek Urai, 14 Julai ini dibuat bukan kerana dia calon terbaik yang BN ada tetapi kerana dua sebab yang pengundi perlu tahu.

Baca lagi…

 

Jejak kasih di Manek Urai
Ditulis oleh http://kraiutara.blogspot.com   
 


Pada tahun 1970 dahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Asri Haji Muda mempelawa para anak muda Kelantan untuk menjadi peneroka tanah.

Baca lagi…

media kempen pas di manek urai(ahli parlimen)

Isu Kg.Pala, Guan Eng Nafi Pernah Buat Janji


GEORGETOWN [3.45 pm] – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto), menafikan bahawa beliau dan kerajaan negeri pernah berjanji untuk mengembalikan tanah kepada penduduk Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor, di sini, semasa berkempen pada pilihan raya umum tahun lalu. Katanya, beliau dan dua timbalannya, Mansor Ismail dan Prof Dr P Ramasamy, tidak pernah berjanji sedemikian dengan penduduk kampung itu tetapi tidak menolak kemungkinan pemimpin lain dalam gabungan pembangkang berbuat demikian. “Walaupun siapa juga yang telah buat janji itu, kerajan negeri akan cuba menyelesaikan masalah penduduk di situ,” katanya selepas menyerahkan surat pelantikan anggota Majlis Pengangkutan Negeri hari ini.


Nik Aziz Tidak Minat Jawab Cabaran Muhyiddin

KOTA BHARU [1.47 pm] – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto), berkata beliau tidak berminat untuk menjawab cabaran dan persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin UMNO berhubung isu dasar Islam yang dilaksanakan oleh PAS. Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau tidak mahu melayan sebarang cabaran selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, tidak menjawab surat rasmi beliau mempelawa Perdana Menteri mengadakan pertemuan dan perdebatan terbuka. “Saya tak (berminat) nak jawab segala cabaran dan persoalan yang ditimbulkan oleh Timbalan Presiden Umno (Tan Sri Muhyiddin Yassin) itu kerana surat pelawaan saya untuk berjumpa dan mengadakan erdebatan dengan PM tidak dijawab,” katanya.

DAP Kedah Masuk Semula Pakatan Rakyat Negeri

ALOR SETAR [12.35 pm] – Selepas sepuluh hari keluar Pakatan Rakyat negeri, DAP Kedah hari ini mengumumkan menyertai dan menyokong semula pentadbiran negeri. Perkara itu diumumkan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su selepas semua isu dipertikaikan, termasuk isu merobohkan rumah penyembelìhan babi, diselesaikan.

China Mengharamkan Sembahyang Jumaat di Urumchi

Oleh: ahmadhadeed


Pihak Kerajaan China telah mengharamkan Fard Sembahyang Jumaat di seluruh Urumqi dalam usaha untuk mengelakkan kebangkitan ummat Islam berpusatkan masjid. Di masjid Gyuan di Urumqi telah di letak label

Atas arahan pihak berkuasa, sembahyang ( jumaat ) akan di larang bermula hari ini’.

‘ Sesiapa yang ingin sembahyang( jumaat) …sila melaksanakannya di rumah’

Sinkiang atau Turkistan Timur telah dijajah oleh Cina semenjak 1949 apabila tentera socialist komunis Moa Tse Tung menyerang wilayah ummat Islam itu untuk melebarkan jajahan takluk parti komunis Cina. Turkistan Timur adalah 96 percen di diami ummat Islam namun apabila di jajah, penduduk Islam telah menjadi hanya 58 percent akibat penghijrahan penduduk cina dan perpindahan paksa umat islam ke tengah Cina.

Akibat diskriminasi yang melampau, Ummat Islam Turkistan Timur telah merusuh dan telah berlaku serang meyerang antara dua komuniti tersebut. Walau pun tentera Cina di gunakan tetapi jelas tentera Cina berpihak kepada kaum Hans yang merupakan kaum pendatang.

Larangan melaksanakan sembahyang jumaat yang merupakan fard bagi ummat Islam dijangka akan membangkitkan kemarahan ummat islam Turkistan Timur dan menjelaskan lagi dasar anti ummat islam republik Cina di Kurdistan Timur. Dr Mahathir pernah mengatakan Cina tidak mempunyai sejarah menjajah wilayah luar namun peristiwa di Turkistan Timur sekarang jelas menafikan mereka yang percaya propaganda murahan itu. Kuasa tentera yang kuat yang di miliki oleh Cina telah menyebabkan negara itu menjadi angkuh dan negara yang angkuh sudah tentu tidak akan menghormati hak asasi kaum lain yang berlainan dengan budaya mereka.

Kita berdoa agar Ummat Islam di Turkistan Timur diberi kekuatan oelh Allah untuk menghadapi ancaman terhadap nyawa dan tanah air mereka dan kita mengharapkan juga ummat Islam di seluruh dunia tidak terpengaruh dengan propaganda republik Cina yang cuba menipu dunia bahawa mereka adalah kerajaan yang perihatin terhadap penduduk minority.

Tweeter berkaitan penindasan Ummah di Turkistan Timur

%d bloggers like this: