Minta Muhyidin Jelaskan Apa Dalam Beg

NAJIB KECUT PERUT UNTUK TURUN KE MANEK URAI

PRK MANEK URAI : NAJIB KECUT PERUT UNTUK TURUN KE MANEK URAI

 

Presiden Umno terbukti takut dan kecut perut untuk turun berkempen di Manek Urai. Hari ini Najib bersuara tentang Manek Urai, menggesa pengundi di Manek Urai memikirkan masa depan mereka apabila mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, esok.
Kata Najib, mereka (rakyat di Manek Urai) harus fikirkan adakah mereka mahu kekalkan status quo, jika mahukan perubahan yang boleh dikecapi, undilah Barisan Nasional (BN),” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Jitra.
Katanya, pengundi di Manek Urai haruslah membuat pertimbangan demi pembaharuan untuk mereka sendiri.
 
Ternyata Najib tidak ada modal untuk memancing undi sebab itulah beliau senyap seribu bahasa apabila timbalannya Muhyiddin membuat kenyataan kurang cerdik semalam dalam isu jambatan RM7 juta.
 
Saya yakin Najib sangat arif tentang peluang BN di Manek Urai yang semakin tipis sebab itulah beliau tidak berani untuk turun ke Manek Urai.
 
Esok Insya Allah muka Najib akan diconteng arang buat kali keenam. Kali ini tiba giliran pengundi Manek Urai memalukan Najib walaupun Najib baru sahaja mengumumkan hadiah buat rakyat sempena pemerintahan beliau yang ke 100 hari.

 

Posted by SOFI WAHAB

TUAN GURU LEBIH MENGHAYATI 1MALAYSIA

TUAN GURU LEBIH MENGHAYATI 1MALAYSIA DARI PENGASASNYA SENDIRI!


Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada kepimpinan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan yang mengistiharkan esok 14 Julai sebagai ‘cuti am’ bagi semua kakitangan kerajaan negeri, persekutuan dan swasta di Kelantan.

Langkah ini bertepatan dengan mendahulukan rakyat dan mementingkan pencapaian didalam pilihanraya kecil di Manek Urai. Apa guna sama ada Pas atau BN menang tetapi ramai rakyat dinafikan hak mereka untuk mengundi kerana hari pembuangan undi adalah hari bekerja. Sudah pasti mereka yang tinggal dan bekerja di daerah lain di Kelantan tidak dapat membuang undi atau terpaksa mengambil cuti semata-mata untuk mengundi. Ini bermakna pencapaian tidak diutamakan dan rakyat diketepikan.

Pihak SPR sepatutnya lebih peka dalam memilih hari pembuangan undi. Saya yakin SPR tidak bertindak sendirian dalam menentukan hari pembuangan undi yang seperti sengaja ditetapkan pada hari bekerja. Untuk apa tujuannya, sudah dimaklumi bahawa pengundi luar yang rata-rata golongan muda majoriti besarnya merupakan penyokong kuat kepada pakatan Rakyat.Umno@BN berharap tarikh hari bekerja akan memberi keputusan yang memihak kepada mereka terutama pengundi yang telah lanjut usia dari saluran 1 dan 2.

Walaupun keputusan Manek Urai tidak mampu mengubah kerajaan Pas di Kelantan, keputusannya adalah sangat penting kepada Umno sebagai kayu pengukur sejauh mana sokongan rakyat khususnya orang Melayu yang dikatakan mula kembali kepada Umno. Tetapi saya yakin tindakan Tuan Guru mengistiharkan cuti umum di Kelantan esok bakal menguatkan tanggapan bahawa Umno akan sekali lagi kempunan di gelanggang demokrasi.

Posted by angkasanuri

Isunya bukan siapa membina banyak masjid

MASALAH PAS dan Umno bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, juga bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh Umno atau PAS.Masalah antara Umno dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi akidah negara Malaysia, sama ada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung dalam dua kalimah syahadah iaitu Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad s.a.w. pesuruh Allah itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara.

Adapun pun Umno sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. Umno kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan Ramadan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan negara mencabar al-Quran dan as-Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, Umno yang menjadi teras kepimpinan negara, terang-terang menolak hukum Allah dalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh Umno dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian di setiap detik berlaku di negara ini.

Setelah lebih 50 tahun Umno memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. Umno menghapuskan “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. Umno membenarkan “riddah” atau murtad berleluasa. Umno juga mengamalkan budaya “hedonisme”, budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh Umno. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan “LA ILAHA ILLA ALLAH”. Oleh itu, jika pemimpin Umno masih mengaku mempertuhankan Allah, menabikan Muhammad s.a.w. kenapa Umno boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah negara? Adakah Umno mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapura ada masjid, di Jerman pun ada masjid. Namun pentadbiran negara mereka juga tidak mengikut ajaran Islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin di negara barat dan timur yang sekular, sama dengan kedudukan pemimpin Umno di Malaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin Umno khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang Umno membela Islam dan menegakkan syiar Islam.

Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am daripada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekali gus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang Umno mencabar al-Quran. Antaranya, al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang Islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi Umno yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi.

Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya Allah memerintah supaya negara ditadbir dengan ajaran Allah, namun Umno menolaknya.

Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin Umno, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan Allah. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan Allah itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.

Dato’ Haji Harun Taib ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat _

Manik urai meriah di malam hari pengundian, tanda kemenangan Islam.

TUESDAY, 14 JULY 2009 01:31

 

malam2

Jalan raya utama yang menghubungkan masyarakat di DUN Manek Urai mula sesak dengan kenderaan menjelang maghrib tadi. Kibaran bendera PAS dan BN mewarnai jalan raya. Kenderaan dari sekecil-kecil basikal hinggalah sebesar-besar lori dihiaskan dengan poster calon dan bendera-bendera.

 

Pengundi yang tinggal di Kuala Lumpur dan balik mengundi turut menyumbang kepada kesesakan pada malam ini.

 

Kain rentang dan bendera semakin bertambah terutamanya berdekatan barung-barung berdekatan pusat-pusat mengundi.

 

malam3

Anak-anak muda bermotor mula ke hulu kehilir berkempen di saat-saat akhir. Pelbagai ragam dan cara mereka lakonkan bagi menarik perhatian pengundi-pengundi. Kekadang penulis tersenyum sendiri melihat ragam dan gelagat mereka. Terdetik di hati penulis, betapa anak-anak muda kita sebenarnya kreatif dan mempunyai banyak idea. Inilah sumber kepada masa depan negara.

 

Di markaz Induk PAS, skrin besar menarik perhatian orang ramai dengan tayangan-tayangan menarik yang diusahakan oleh pasukan IT dan penerangan. Lebih menarik sebenarnya berbanding tayangan di kaca-kaca tv arus perdana. Cuma kurangya ia tidak meluas ke seluruh negara. Orang ramai seperti pengawal di Istana Birmingham, terpacak melihat tayangan-tayangan tersebut.

 

Paling unik melihat seorang warga emas lelaki cina berpimpin tangan dengan seorang warga emas lelaki melayu sewaktu pulang daripada menonton tayangan skrin di markaz induk. Bagi penulis ini, menunjukkan behawa Islam mampu menyatukan semua manusia tanpa mengira agama dan bangsa.

 

Di kiri kanan jalan orang ramai mula mengibarkan bendera dan mengangkat poster sebagai tanda sokongan kepada calon pilihan masing-masing.

 

malam1

Peniaga sudah semestinya menjadi orang yang paling beruntung pada malam tersebut. Pelbagai produk jualan dan makanan disajikan kepada pengunjung. Restoran tempat penulis minum bersama seorang sahabat lama tadi, penuh dengan pelanggan yang bersilih ganti memasuki restoran itu. Sehinggakan kakak yang melayan tetamu itu, tersilap memberikan kopi panas kepada sahabat penulis yang memesang nescafe “O” beng.

 

Kelihatan juga para petugas PAS tidak mensia-siakan masa kempen yang hanya tinggal beberapa jam. Mereka mula turun dijalan raya di hadapan markaz, mengedarkan risalah-risalah kempen dan mengajak orang ramai mengundi PAS sebagai usaha terakhir sebelum tempoh berkempen tamat.

 

Laungan takbir membesarkan Allah sang pencipta, terus menerus bergema di jalan raya sehingga menjelang tengah malam.

 

Jam 1.23 pagi penulis mengakhiri tulisan ini kedengaran diluar sana masih lagi bising dan meriah umpama meraikan kemenangan yang sudah nyata.Apapun moga kemeriahan malam ini tanda kemengan Islam pada esok hari. Usaha yang gigih dari petugas PAS beserta zikir dan doa dari para ulamak akan mengiringi kemenangan Islam., InsyaAllah.

 

Akhir sekali, bagi penulis apa pun terjadi pada hari esok yakinlah Islam Pasti Menang.

Mafia betina

Oleh Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my

 

 

KUALA TERENGGANU: Tiga pelajar perempuan tingkatan satu layak digelar ‘mafia betina’ ketika membelasah dan mendera dua rakan sebaya, baru-baru ini.

Ini kerana mangsa bukan setakat ditampar dan diterajang, malah dipaksa bergusti sesama sendiri. Lebih mengejutkan, penderaan itu dilakukan di dalam surau di luar sekolah!

Tidak cukup dengan itu, aksi kejam kira-kira 30 minit itu dirakam dan diedarkan di kalangan rakan sebelum dimuat turun ke dalam Internet melalui laman You Tube menyebabkan kedua-dua mangsa kini malu dan trauma untuk berhadapan dengan pelajar lain di sekolah.

Difahamkan, kejadian bermotifkan dendam kira-kira jam 2.30 petang itu bermula apabila seorang mangsa, Azani Jusharmiela Mohd Jaafar, 13, yang belajar di sebuah sekolah menengah di Dungun, dijemput tiga pelajar terbabit dari rumahnya sebelum membonceng motosikal ke sebuah surau kira-kira empat kilometer dari situ.Sejurus tiba, dia melihat seorang lagi rakannya yang juga pelajar sebuah sekolah di Kerteh berada di situ.
“Sebaik memasuki surau, saya dan rakan ditampar dan dihentak ke pintu menyebabkan kepala saya benjol.

Katanya, selepas ketiga-tiga pelajar perempuan samseng itu puas membelasah, dia dipaksa bergusti dengan rakannya sambil aksi mereka dirakam menggunakan telefon bimbit.

Bimbang terus dibelasah, kedua-dua mangsa terpaksa mengikut ‘skrip’ arahan tiga ‘mafia betina’ terbabit.

“Kami terpaksa bergusti sesama sendiri dan mengikut semua arahan mereka bagi mengelak terus dibelasah. Mereka juga mengugut kami supaya tidak beritahu guru dan ibu bapa.

“Selepas tiga hari kejadian, saya bertemu tiga pelajar samseng terbabit di sekolah dan hanya mendiamkan diri apabila bersua muka.

“Sebelum itu, kami tak tahu rakaman itu disebarkan dalam You Tube sehinggalah saya melihatnya sendiri sebaik mendapat maklumat daripada seorang rakan,” katanya di sini, semalam.

Azani Jusharmiela berkata, dia yang trauma beberapa minggu selepas kejadian, kemudian mengadu kepada seorang kakaknya kerana tidak tahan dengan sikap tiga mafia betina terbabit yang berbangga dengan perbuatan mereka.

Kakaknya, Azani Juhaiza Mohd Jaafar, 23, yang bekerja di ibu negara berkata, dia terperanjat dan marah dengan tindakan tiga pelajar perempuan terbabit yang mengaibkan adiknya di Internet.

Katanya, dia hanya mengetahui perbuatan itu ketika pulang ke rumahnya di Kampung Felda Kerteh untuk bercuti dan naik darah sebaik diceritakan adiknya.

“Sesiapa pun pasti berang dengan perbuatan kurang ajar itu dan tindakan pihak sekolah saja tidak cukup untuk menghukum mereka.

“Mereka baru berusia 13 tahun tapi berani melakukan jenayah seperti ini. Jika besar nanti saya tak tahulah macam mana kejamnya lagi mereka.

“Jika saya sendiri membalas perbuatan mereka, kes ini akan mungkin jadi lebih panjang, oleh itu biarlah pihak polis saja menyelesaikannya,” katanya selepas membuat laporan kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, kira-kira 9.30 pagi semalam.

Menurutnya, adiknya kini malu bersemuka dengan rakan selepas tersebar rakaman itu di Internet dan menjadi pendiam serta jarang keluar rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, mengesahkan kejadian itu dan berkata kes berkenaan akan dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut.

Redah hutan demi nyawa

Pelarian Myanmar sanggup meredah hutan selepas tengah malam selama sebulan sebelum sampai ke Malaysia.


INGATAN terhadap keluarga yang ditinggalkan tidak pernah lepas daripada ingatan.


 

“SAYA pernah dipenjarakan selama dua minggu. Saya dibogelkan, tidak diberi makan dan dipaksa menurut segala arahan mereka. Jika tidak, saya akan dipukul sampai lembik.

“Ada suatu ketika, demi nyawa dan memikirkan keselamatan ahli keluarga, saya terpaksa minum air daripada perahan tuala wanita terpakai,” luah Tantiana, 24, warga Myanmar yang mendakwa ditindas di tanah airnya sendiri.

Mengakui hidupnya sering dibayangi ketakutan, ibu kepada seorang anak ini terpaksa melarikan diri dan menyusup masuk ke Malaysia melalui jalan darat pada tahun 2007.

Selaku pendokong kuat sebuah persatuan wanita yang lantang bersuara, Tantiana memang sudah lama menarik perhatian pihak junta tentera.

“Saya ditahan atas tuduhan menyebarkan agama Kristian kepada penganut Buddha sedangkan saya cuma memperjuangkan hak wanita.

“Selepas dua minggu ditahan, akhirnya saya dilepaskan dari penjara dengan bantuan komuniti Kachin selepas membayar sejumlah wang tunai.

“Memandangkan keselamatan sering diancam, saya dan keluarga mengumpul wang untuk dibayar pada ejen dengan harapan saya dapat lari dari Myanmar.

“Dari kampung, saya mengikut ejen tersebut ke Yangoon sebelum menyeberang negara Thailand menggunakan laluan darat. Kami naik bas, kereta api, van dan berhari-hari berjalan kaki di dalam hutan untuk sampai ke sempadan Malaysia.

“Perjalanan yang mengambil masa berminggu-minggu itu merupakan pengalaman yang menakutkan kerana saya tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan pada bila-bila masa saya boleh ditahan.

“Saya juga khuatir ada mata-mata tentera Myanmar yang mengekori saya,” katanya.


‘KAMI ke sini bukan untuk mengejar kemewahan’.


 


 

GOLONGAN berpelajaran sering menjadi sasaran. – Mumu


 

Etnik Chin yang berasal dari negeri Chin di barat Myanmar merupakan satu daripada lapan etnik utama di negara itu. Kebanyakan etnik Chin beragama Kristian.

Seperti juga komuniti lain, mereka menjadi pelarian kerana tidak tahan dengan layanan keras rejim tentera. Sehingga November tahun lalu, terdapat kira-kira 48,000 pelarian dan pemohon suaka politik yang mendaftar di Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di Kuala Lumpur.

Daripada jumlah itu, 44,000 berasal dari Myanmar dengan 16,150 atau 37 peratus adalah etnik Chin. Sebanyak 15,400 merupakan pelarian Rohingya manakala 4,000 lagi adalah rakyat Myanmar yang beragama Islam.

Bagi seorang lagi warga Myanmar, Mumu, 33, pendidikan tinggi yang dimilikinya sering dijadikan alasan oleh pihak tentera untuk mencari kesalahan dan menuduhnya mengingkari undang-undang walaupun apa yang dilakukannya hanya untuk meningkatkan taraf hidup etniknya.

“Apa yang saya dan rakan-rakan cuba lakukan hanya untuk mengadakan satu sistem bekalan air bersih, pendidikan dan kesihatan yang sempurna di kawasan penempatan kami.

“Namun, pihak tentera melihat ia sebagai satu ancaman kerana menurut mereka, apabila rakyat berpersatuan dan berkumpul, ia mampu membangkitkan semangat juang yang akhirnya menentang kerajaan,” katanya yang sudah hampir dua tahun berada di negara ini.

Menceritakan detik dia melarikan diri, Mumu berkata pada malam itu sekumpulan penduduk kampung mengadakan satu upacara keagamaan bagi memperingati kematian abangnya.

Namun, pihak tentera yang melalui kawasan tersebut menuduh mereka sedang melakukan pembaptisan terhadap penduduk setempat.

“Apabila ada orang memberitahu tentera junta datang dan mengancam untuk menahan kami, semua orang lari bertempiaran. Saya berjaya meloloskan diri, namun ramai juga yang ditahan.

“Sepanjang malam, saya bersembunyi di dalam semak dan berjalan ke rumah rakan untuk mendapatkan perlindungan. Kami kemudian membuat keputusan untuk meninggalkan Myanmar menggunakan khidmat ejen kerana pada masa itu nyawa kami dalam bahaya.

“Kami hanya berjalan selepas tengah malam. Pada waktu siang, kami terpaksa menyorok di dalam hutan.

“Malaysia menjadi pilihan kerana keadaan di sini tenang dan kami boleh keluar bekerja.

“Jika di Thailand, kami mungkin terpaksa tinggal di kem pelarian dan biara Buddha. Kami juga diberitahu, Thailand menganggap pelarian Myanmar sebagai ancaman keselamatan, sebab itu kami pilih untuk ke sini.

Perjalanan ke Malaysia mengambil masa selama lebih sebulan kerana terpaksa berhenti dari satu lokasi ke satu lokasi untuk mengambil pelarian lain dan hanya memulakan perjalanan apabila yakin keadaan benar-benar selamat.


 

“Kami tidur berhimpit-himpit di dalam bilik yang bercampur lelaki dan perempuan.

“Walaupun sangat tidak selesa, saya sedikit lega apabila berjaya melepasi sempadan negara demi negara,” katanya yang kini mengajar di sebuah sekolah komuniti di Kuala Lumpur.

100 anak melayu bakal BANGKRAP !!

Oleh : albanjari
Masihkah kita ingat, semasa Pak Lah jadi PM, bidang pertanian diutamakan sehingga menjadi slogan “Pertanian Satu Perniagaan’ 2 menteri pertanian terdahulu iaitu Mahyuddin dan Mustaffa Mohamad ( yg sibuk dalam kempen Manik Urai) adalah bekas menteri pertanian yang menerajui agenda tersebut. Satu dana khas untuk membantu lepasan siswazah untuk menceburi bidang pertanian telah dikeluarkan melalui sebuah bank.

Setiap peserta ( pelajar yg ada ijazah/diploma yang dipilih) layak meminjam RM50,000 untuk projek pertanian-ternakan. Jaminannya seorang sahaja iaitu keluarga terdekat termasuk ibubapa, agak mudah syaratnya demi menggalakkan mereka terlibat dalam program ini. Anak2 muda terpelajar ini ghairah menceburi bidang ini dan pihak agensi kerajaan menjadi mentor/penggalak.

Isunya:

Hampir 90% pinjaman bagi membiayai projek ini telah gagal dan menjadi NPL ( non performance loan) dan rata-rata peminjam telah meninggalkan projek kerana bukan mudah hidup dalam kerja pertanian yang risikonya tinggi. Mereka cuba mendapatkan dana-pinjaman tambahan untuk memulihkan projek tetapi agensi kerajaan lepas tangan. Tiada respon pihak kementerian untuk membantu mereka sedangkan pihak bank sedang menyalurkan kes NPL ini kepada peguam. Peminjam rata-rata masih teraba-raba mencari pekerjaan dan penjamin pula dhaif ( ibu-bapa). Bayangkan jika pinjaman melebihi RM30,000 layak dibankrapkan…. lebih 100 orang siswazahtani meminjam dan bermasalah.

Saya kira hampir 100 orang anak muda melayu berpendidikan tinggi akan menanggung beban ini iaitu BANKRAPSI !!! Pihak bank tiada pilihan lain kerana berjuta ringgit tidak dapat dikutip. isu ini cukup cantik untuk di bangkitkan. Tajuk 100 anak melayu terpelajar bakal bankrap atau Menteri Pertanian lepas tangan dari menyelamatkan siswazatani dari dibankrapkan.

Di Melaka sahaja hampir 30 orang bermasalah… negeri-negeri lain? Kita harap isu ini dapat diberi respon segera sebelum PRK Manik Urai bagi memerangkap 2 bekas menteri pertanian itu. Ini isu benar. Bukan dongeng 1Malaysia. Jika mereka ceramah, jangan lupa tanya isu ini, jika mereka datang ke kedai kopi, jangan lupa bangkitkan isu ini, jika mereka bersalam, jangan biarkan salam itu terlepas tanpa jawaban dari menteri2 tersebut, Ingat..mereka sedang berada di Manik Urai..minta mereka huraikan isu yg besar ini..!! Ayuh..pengundi sekelian, jangan lalai dari bertanyakan isu ini kepada mereka berdua, ex-bapak2 menteri pertanian dulu..!!

Ini bukan kubur Hang Tuah?

Adakah khabar kehebatan laksamana termasyhur Melaka itu hidup kerana dia benar-benar wujud atau ia hanyalah suatu mitos keperwiraan?


KITAB Sejarah Melayu dan kubur Hang Tuah di Tanjung Kling, Melaka menjadi bukti jejak pahlawan Melayu ini.


 

DIA berlari dalam hujan lebat namun tidak basah. Pandai pula bermain senjata dan tangkas dalam gerak aksi persilatan. Dia pahlawan terulung sepanjang Kesultanan Melayu Melaka menikmati rahmat kegemilangannya. Itulah antara gambaran mengenai hebatnya Hang Tuah.

Hanya berdasarkan cerita dari mulut ke mulut, atau yang dibaca dari hikayat lama, peri kewujudan Hang Tuah masih menjadi tanda tanya.

Walau disebut dalam Hikayat Hang Tuah (yang tidak diketahui penulisnya) dan juga dalam kitab Sejarah Melayu tulisan Tun Seri Lanang, laksamana masyhur Melaka ini dianggap sekadar watak ciptaan. Ceritanya juga dianggap sebagai modal penglipur lara untuk menghiburkan waktu senggang rakyat sejak dahulukala.

Antara hujah yang masih didebatkan adalah mengenai Sejarah Melayu itu yang ditulis kira-kira sekurun selepas kejatuhan empayar Melaka ke tangan Portugis. Tun Seri Lanang sendiri pun menulis berdasarkan cerita yang disampaikan leluhur dan kelompok masyarakat sebelumnya.

Segolongan ahli sejarah dan cendekiawan hari ini berpendapat bahawa naskhah yang menyentuh tentang Hang Tuah itu bukanlah histografi yang tepat. Lantaran digarap dalam pelbagai versi, menjadi sukar untuk para pengkaji menemui kata setuju terhadap pembuktian kewujudannya.

Jejak hingga ke kubur

Tidak pula bagi Timbalan Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (Iksep) Melaka, Datuk Dr. Mohd Jamil Mukmin. Beliau yang dihubungi Jurnal memberitahu, apa yang terkandung dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah bukan berpaksikan khayalan semata-mata.


KERIS Pandai Saras yang dikatakan kepunyaan asal Hang Tuah sebelum memiliki keris Taming Sari ini dipamerkan di Pameran Keris Tradisi dan Kesaktian di Muzium Negara, April lalu.


 

Menurutnya, watak-watak yang disebutkan di dalamnya adalah catatan dan ingatan terhadap peristiwa yang berlaku pada zaman dan persekitaran zaman itu. Selanjutnya, ia terkesan dalam masyarakat sehingga akhirnya ia direkod secara bertulis oleh penulis hikayat.

“Selain daripada dua kitab itu, di Melaka, makam Hang Tuah juga sudah ditemui dan dibuka untuk kunjungan awam di Tanjung Kling. Begitu juga dengan penemuan sebuah perigi di Duyong.

“Mengapa masih ada yang tidak percaya mengenai jejak Hang Tuah?,” soal Mohd. Jamil yang melahirkan rasa kurang senangnya terhadap golongan yang mahu menafikan kebenaran Hang Tuah.

Apatah lagi dokumentasi hidup Laksamana Hang Tuah dalam hikayatnya bukan sahaja tersimpan baik di dalam negara, malah salinannya mendapat tempat di perpustakaan terkemuka di London dan Belanda sebagai naskhah rujukan dunia Melayu.

“Bukankah setiap catatan yang bertunjangkan kisah ketuanan Melayu dan Islam sering menjadi sasaran perubahan yang dirancang?

“Laksamana Hang Tuah bukan sahaja pahlawan dunia Melayu negara ini, malah seorang tokoh yang diagungkan di seluruh gugusan Melayu Nusantara ketika abad ke-15,” rumus Mohd. Jamil.

Walau bagaimanapun, kisah Hang Tuah seakan hilang jejak selepas Sultan Mahmud Shah dari Melaka berundur ke Johor.

“Sejak itu, nama Hang Tuah tidak dikaitkan dengan sebarang sejarah pembentukan dan perkembangan negeri ini,” kata Timbalan Pengarah Yayasan Warisan Johor, Mohd. Ismail Jamjam.


PERIGI Hang Tuah di Duyong, Melaka ini telah dibuka untuk dikunjungi orang ramai.


 


 

MOHD. ISMAIL


 

Menurut pemilik nama pena Zam Ismail itu, walaupun negeri Johor tidak memiliki apa-apa sokongan atau bukti sejarah mengenai kewujudan Hang Tuah, kewujudan pahlawan terbilang itu suatu masa dahulu tetap diyakininya.

“Keraguan tentang benar atau tidak Hang Tuah wujud berpunca kerana kita tidak memahami secara mendalam tentang pensejarahan Melayu.

“Memanglah ada antaranya yang dicedok daripada cerita-cerita lisan namun tidak bermakna kandungannya langsung tidak boleh diberi peluang untuk dinilai semula,” katanya.

Ismail berpendapat, ketika Tun Sri Lanang menulis Sejarah Melayu, tiada orang Melayu lain yang lebih arif untuk merekod apa yang berlaku pada zaman tersebut. Maka, itu adalah sumber paling hampir.

Wira Melayu diperlekeh

Ismail walau bagaimanapun tidak menafikan tentang perubahan jalan cerita, versi penceritaan dan kecenderungan untuk menokok-tambah dalam pengkisahan cerita lama.

Memandangkan dokumentasi antara penulis hikayat sedunia dahulu kala saling berkait akibat kerancakan aktiviti perdagangan laut, maka pertindihan fakta tidak dapat dielakkan hingga boleh mengelirukan.

Jalan keluarnya adalah dengan menjalankan kajian yang terperinci supaya kedudukan Hang Tuah lebih kukuh dalam pemikiran dan penilaian generasi semasa dan akan datang.

“Panglima Awang yang dianggap dongeng oleh masyarakat kita misalnya, diangkat sebagai figura penting dunia Melayu oleh penulis Barat. Mereka mencatatkan bahawa dia seorang yang berketurunan Orang Laut,” katanya memberi contoh.

“Sebarang usaha memutarbelit cerita tentang laksamana itu sebenarnya didorong oleh keinginan untuk merendahkan ketuanan Melayu di negara ini hingga membuatkan masyarakat Melayu berasa lemah.

“Tindakan memperlekeh ini tidak boleh berterusan,” tegas Ismail yang juga tidak dapat menerima idea yang mengatakan Hang Tuah itu berketurunan Cina.

Hairan ikan tilapia mati di Empangan Mengkuang

Oleh RIZAM ZAKARIYA
mohdrizam@kosmo.com.my

 


SEORANG pekerja mengumpul bangkai ikan tilapia yang ditemui mati di Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam semalam.


 

BUKIT MERTAJAM – Beratus-ratus bangkai ikan jenis tilapia yang ditemui mati di Empangan Mengkuang di sini menimbulkan tanda tanya pihak berkuasa Perkhidmatan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Ini kerana, kejadian yang dikatakan berlaku sejak 10 hari lalu itu hanya melibatkan ikan jenis itu sedangkan spesies lain seperti toman dan keli tidak mati.

Pengurus Perkhidmatan Korporat PBAPP, K. Jeyabalan berkata, lebih menghairankan apabila anak ikan yang bersifat lebih sensitif jika berlaku perubahan terhadap air, masih hidup.

“Sejak 10 hari lalu, pekerja kami menemui di antara 20 hingga 40 ekor ikan tilapia dewasa mati setiap hari di sekitar empangan.

“Kami hairan kerana jika air di empangan ini tercemar atau diracun, mengapa ikan jenis tilapia sahaja yang mati,” katanya kepada pemberita di empangan itu semalam.

%d bloggers like this: