reality sebenar manek urai (umno)

UMNO BERI SAINGAN SENGIT TAPI KALAH

MANEK URAI:  Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah memenangi kerusi N41 Manek Urai pada PRK hari ini dengan majoriti tipis 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi yang diperolehi Abe Weil pada PRU 12 lepas.

Keputusan itu diumumkan di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai. Ini bererti Umno/BN hanya memerlukan 33 undi sahaja lagi untuk menumpaskan PAS.

Abe Uji memperoleh 5,347 undi, manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat sebanyak 5,283 undi. Bagaimanapun kemenangan tipis itu sangat menghairankan jika diambil kira daripada keadaan di bilik-bilik gerakan Umno/BN yang pada kebanyakan waktunya kelihatan sepi.

Jelaslah, meskipun PAS dapat mempertahankan kerusi N41 itu, Umno/BN telah memberikan saingan sengit sehingga merosot sekali majoriti PAS berbanding PRU 12. Bagaimanapun PAS bukan sekadar menentang UMNO/BN pada PRK N41 ini tetapi berhadapan dengan kerajaan Malaysia.

Satu jumlah majoriti yang merosot sekali. Namun jangkaan kegusaran memang jelas terbayang apabila catatan peratusan keluar mengundi begitu tinggi, iaitu 85 peratus. Bagaimanapun jika diteliti keputusan PRU 2004, sewaktu UMNO memenangi kerusi itu, majoritinya sekitar 53 orang sahaja. Pada hari ini jumlah hampir sama, maka ini membawa erti pengundi atas pagar banyak memainkan peranan.

Tentunya kalau diambil kira daripada jumlah undi yang tidak sampai 1.2 peratus majoriti sahaja membezakan antara BN dan PAS itu, ia satu petanda besar sama ada bahawa pengundi yang mempercayai PAS pada PRU lepas telah berpindah kembali kepada Umno/BN.

bm version kerusi dun manek urai 220509 Namun yang penting bukan jumlah majoriti diambil kira tetapi siapa yang menang lebih diutamakan.

Pengurangan majoriti ini mungkin dipengaruhi sentimen calon BN Tuan Aziz Tuan Mat yang juga berperwatakan seperti Abe Uji. Beliau juga disenangi penduduk Manek Urai.

Aziz selaku pegawai Kesedar, tentunya rapat atau mengenali juga penduduk Manek Urai kerana kawasan berkenaan adalah di bawah pembangunan dan pengawasan Kesedar. Faktor ini memberi kesan pada majoriti PAS.
 
Pengempuran dan janji pucuk pimpinan termasuk TPM TS Muhyidin Yassin yang mahu membina jambatan menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama dan masjid juga memberi impak pada pengaruh pengundian.

Faktor ketidaksepakatan antara PKR, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat yang bercelaru sejak kebelakangan ini juga mempengaruhi undi pada kali ini. Ia menjejaskan sokongan pengundi atas pagar kepada PAS.

Posted by perakite

Ulasan 1: Pilihan Raya Manik Urai(mesti baca)

Kemenangan Tipis ‘Pengajaran’ Kepada Pas

SEPERTI mana diduga awal-awal (tetapi dugaan ini sangat tidak disukai oleh sesetengah orang Pas), keputusan pilihan raya kecil Manik Urai hari ini tepat. Bahawa Pas bukan saja kalah dengan majoriti (dijangkakan) 500 undi, tetapi jauh merudum dari itu. Pas hanya menang tipis dengan mendapat 65 undi sahaja.

Dengan majoriti sebanyak ini, bermakna UBN hanya perlu merampas 33 undi saja lagi untuk memenangi kerusi Manik Urai.

Apakah undi sebanyak 65 itu disumbangkan oleh Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang dihalang turun oleh Pas Kelantan tetapi turun juga disaat-saat akhir demi penghormatannya kepada pilihan raya berkenaan?

Keputusan sekejap tadi sudah pasti menggembirakan UBN. UBN boleh berbanga kerana kejayaan mereka mengurangkan majoriti diraih Pas menerusi Pak Su Weil dalam pilihan raya umum lalu dari 1,352 undi kepada 65 undi sahaja, iaitu penurunan sebanyak 1,267 undi.

Kejayaan ini memberi kebanggan berganda kepada UBN kerana dalam lima pilihan raya kecil lain sebelum ini mereka kalah. Setengahnya dengan majoriti bertambah kepada pembangkang tetapi berlainan di Kelantan. Undi UBN bukan merosot tetapi bertambah berpuluh kali ganda.

Apa lagi dalam keadaan Pas dikatakan begitu kukuh dan kerajaannya (kerajaan Kelantan) menjadi kebanggaan seluruh orang Pas, tiba-tiba ia berjaya dikejutkan UBN begitu rupa sekali? Di lihat dari sudut mana sekalipun Pas Kelantan harus merasa malu dan perlu mahasabah diri dengan apa yang berlaku hari ini.

Keputusan ini sudah pasti akan dijadikan kayu pengukur dek UBN untuk membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya di masa akan datang termasuk pilihan umum. Mustapa Mohamed yang diberi tanggungjawab semula selaku Pengerusi Umno Kelantan sewajarnya boleh tersenyum dengan keputusan itu.

Mustapa boleh mendakwa bahawa beliau lebih diterima dari sesetengah pemimpin Pas di Kelantan yang mendabik dada dan cuba menunjuk hebat dan kononnya digilai rakyat Kelantan pada masa ini.

Baiklah… melihat kepada nasib yang dialami Pas ini, apakah ianya boleh dibiarkan begitu saja dan dianggap sebagai satu takdir Allah? Ataupun orang Pas Kelantan masih boleh terus ‘manggak’ dengan beranggapan bahawa mereka masih menang dan masih berkuasa dan masih kuat? Begitukah? Anggapan demikian pada saya tak ubahlah si buta yang jatuh ke dalam telaga tetapi berhelah untuk menutup malu dengan mengatakan dia sengaja turun kerana ingin minum air di bawah.

Bagi pemerhati politik mereka tetap akan membuat analisa mengenai keputusan hari ini. Mereka yang rasional dan faham politik tidak boleh menerima kemenangan Pas yang tipis ini sebagai takdir atau kehendak Allah begitu saja. Sebab dan musabab kekalahan itu perlulah diselidiki untuk menjustifikasikan keputusan hari ini bagi dijadikan iktibar di masa depan.

Analisa ini perlu telus dan saksama untuk memberi ingatan kepada Pas agar tidak merana dilain kali. dan ahli Pas termasuk yang taksub juga hendaklah terima dengan terbuka dan rela.

Selama lapan hari berkempen tidak ada kejadian yang buruk berlaku. Tidak kedengaran UBN bertindak secara agresif ataupun berlaku jahat dan bermain kotor seperti mana dakwaan-dakwaan dilakukan UBN sebelum ini. Keseluruhan pilihan raya itu berjalan dalam suasan baik dan bersih.

Jadi kakalahan ini Pas tidak boleh menunding kepada Umno…seperti mana selalunya. Seperti kerana ada pengundi hantu, ugutan dan sebagainya. Dalam hal ini kekalahan tipis itu Pas hendaklah meletakkan petaka dan celakanya ke atas batang tubuhnya sendiri. Pas jangan mencari kambing ‘jamnapari’ hitam untuk dipersalahkan!

Apa yang sempat dihimpunkan di sini dalam melihat kemenangan tipis Pas ini ialah disebabkan beberapa faktor berikut;

  • Pas telah silap dalam meletakkan tema pilihan raya berkenaan dengan cuba melokalitikan pilihan raya berkenaan dan tidak mahu ianya dilihat sebagai pilihan raya nasional. Ini bertentangan dengan perjuangan Pas itu sendiri yang bersifat nasional yang memakai slogan Pas for All.

 

  • Pas terlalu mempecayai kepada kredibiliti dan personaliti Tok Guru Nik Aziz sebagai modal dan aset, sehingga Pas merasakan tokoh-tokoh lain tidak memberi sumbangan kepada Pas dan mereka tidak penting malah dianggap sebagai libaliti.

 

  • Pas bersikap cuba menghadapi pilihan raya itu dengan anak beranaknya sendiri tanpa mahu melibatkan orang luar. Pas cuba menunjukkan keheroaan ataupun cuba menampilkan hero mereka dalam berpilihan raya dengan harapan akan menjadi hero di peringkat nasional. Justeru kerana itu ada petugas tidak rasmi Pas dari Kelantan yang menghalau petugas negeri lain agar tidak datang bergelewat di Manik Urai.

 

  • Begitu juga, mereka merekakan cukup kekuatan tenaga dan kewangan kerana mereka memegang kerajaan selama 18 tahun maka mereka merasakan tidak lagi memerlukan sumbangan dari ahli luar. Sikap ini menyebabkan komitmen ahli luar dalam pilihan raya Manik Urai tidak sekuat komitmen mereka pada pilihan raya kecil sebelum ini.

Rumusan daripada itu semua menjelaskan Pas menghadapi pilihan raya itu tanpa sokongan menyeluruh ahli Pas dari negeri-negeri lain. Begitu juga tanpa sokongan rakan dalam pakatan terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kelantan. Ini terbukti bilamana tokoh-tokoh Pas dari negeri lain tidak disenaraikan ataupun ada yang sama sekali dilarang agar menghadiri diri di Manik Urai manakala tenaga dan sumbangan PKR dipandangan lekeh.

Tindakan-tindakan itu menjelaskan Pas menghadapi pilihan raya Manik Urai dalam keadaan bermasalah dan tempang. Paling parah lagi ketempangan itu bukan saja Pas melarang penceramah dari luar tetapi tokoh-tokoh Pas dari Kelantan juga diketepikan ataupun tidak diberikan peranan sewajarnya. Tindakan ini ialah kerana ada golongan yang ingin menonjolkan ‘tanah rancanganya’ saja dan dalam masa sama mahu menenggelamkan ‘tanah rancangan’ orang lain.

Perkara lain yang nyata dalam pilihan raya ini ialah kelemahan pada jentera pilihan raya bermula dari peringkat pengarah dan pegawai. Ternyata pengarah pilihan raya kecil Manik Urai termasuk juga penasihatnya operasinya sudah usang dan ketinggalan zaman.

Arahan-arahan atau keputusan yang dibuat oleh JPN ini tidak profesional dan berbau ‘perkauman’ sesama sendiri dan sikap ini dapat dirasai oleh kebanyakan ahli Pas. Sepatutnya sikap jahiliah ini tidak ada kepada JPN dan menerima semua orang sebagai satu saf dalam perjuangan tanpa diasingkan dengan motif politik peribadi yang merugikan parti.
Mungkin sikap ini berlaku kerana over confident? Sebab itulah awal-awal lagi JPN telah meletakkan sasaran Pas boleh menang sehingga 2,000 undi dan enggan mahu menerima pemimpin di luar Kelantan daripada ikut berkempen di Manik Urai? Perang saraf dengan angka ini agak melampau dan ego.

Dengan keputusan hari ini adalah elok kalau Tok Guru Nik Aziz melipat ganda sembahyang tahjut atau hajat bagi mencari di mana silap dan salahnya serta memperbetulkan semula keadaan menyebabkan Pas menang tipis. Sekiranya beliau merasakan badan perhubungan Pas disusun semula maka beliau tidak perlu bertanya kepada para penasihat yang sifatkan menyesatkan itu untuk mendapat pertunjuk dan formulanya. Adalah lebih baik kalau kali ini beliau cuba untuk tidak akur kepada penasihat yang sebegitu dan cubalah melihat kepada arah mana bayang mentari jatuh.

Kemenangan tipis siang tadi menjelaskan bahawa para general yang dipercayai Tok Guru kini ditolak oleh rakyat menerusi peti undi di Manik Urai itu. Kalaulah pengundi Manik Urai yang dianggap sebagai pengundi pedalaman dan buta IT boleh melihat kemudaratan itu apa lagi dengan pengundi yang celik IT dan bijak menikah politiking pemimpin, tidak hairanlah kalau mereka akan lebih menolak Pas! [wm.kl. 10:30 pm 14/07/09]

Posted by mso.im

PAS Menang Tipis Di Manek Urai(dalam cerita ni masih jugak umno cakap sombong)

MANEK URAI : Abe Je Tetap Hero Setelah Kalahkan BN

 
Pemenang Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai Mohd Fauzi Abdullah mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada rakyat kerana tidak termakan sogokan dan omong politik Umno-BN.

Beliau berkata kepercayaan yang diberikan pengundi kepada Pas akan dipikulnya dengan rasa amanah dan tanggungjawab.

“Saya bersyukur dengan kemenangan ini. Saya berterima kasih kepada semua, khususnya kepada petugas-petugas yang bertungkus-lumus disebalik persaingan Umno yang sengit.

Kita dapat kekalkan kerusi N41 Manek Urai diatas kepercayaan rakyat dan sokongan dari Pas dan Pakatan Rakyat kita dapat kejayaan hari ini” kata Fauzi.

Tepat jam 9.01 malam, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkan kerusi N41 Manek Urai dimenangi calon Pas-Pakatan Rakyat Mohd Fauzi Abdullah.

PRK Manek Urai menyaksikan pertarungan sengit, dimana Pas meraih 5,348 undi manakala BN meraih 5,283 undi. Pas mendahului BN dengan 65 majoriti.

Fauzi menujukkan kemenangan ini kepada kepimpinan dan akar umbi Pas yang telah memberi kepercayaan kepada beliau.

“Memang sengit pilihanraya ini, walaupun kecil, tetapi semua menteri turun ke Dun Manek Urai ini,” katanya.

“Saya ucap terima kasih kepada rakyat yang tidak termakan dengan sogokan dan janji-janji yang dibuat, yang saya fikir kerana ketahanan diri mereka yang kuat.

Faktor kemenangan ini juga kerana hubungan rakyat dengan akar umbi kerana kalau kita tidak hampir kepada rakyat, kita tidak mungkin dapat mempertahan Dun Manek Urai,” tambah Fauzi.

Sementara itu, Exco Kelantan Husam Musa berkata Pas mampu meraih sokongan lebih besar sekiranya politik wang Umno-BN dibendung SPR.

“Kemenangan ini sesuatu yang berharga pada kami, kerana politik wang amat berleluasa, tetapi rakyat mampu bertahan dan Pakatan Rakyat mencapai kemenangan pusingan ke enam. Kalau kena tiga lagi pusingan, dengan izin Allah, Umno tumbang,” tegas Husam.

“Secara teori, Umno percaya menjadi alat untuk memenangkan kawasan luar bandar, tetapi kerana kekuatan iman dan kefahaman politik para pengundi, rakyat dapat bertahan disebalik serangan wang yang begitu dahsyat sekali,” katanya.

“Saya ingat BN tentu amat kecewa sekali. Dengan pelaburan sebesar itu mereka masih gagal. Ini satu pukulan hebat kerana walaupun dengan 11 tawaran Perdana Menteri, masih mereka belum menang disini,” kata Husam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar yang mengikuti perkembangan Manek Urai dari Nottingham, United Kingdom menyaggah dakwaan media perdana bahawa sokongan terhadap Pas semakin terhakis.

“Tidak sekali-kali berkurangan. Di kawasan Manek Urai, dengan rakyat yang banyak bergantung kepada kerajaan dari segi bantuan, namun mereka masih memilih calon Pakatan Rakyat – walaupun dengan majoriti yang kecil – tetapi ini adalah petanda positif rakyat Kelantan masih bersama-sama Pas dalam apa keadaan sekalipun,” tegas beliau.

“Kita bersyukur rakyat telah cuba dirasuahkan tetapi rakyat masih lagi berpegang kepada perjuangan bersama Pas, disebalik ugutan dan rasuah dari pihak Umno-Barisan Nasional,” tambahnya.

catatan terperinci upu manek urai untuk kita ketahui mana tempat kita kalah dan menang(must see)

KEPUTUSAN SETIAP UPU

N41: MANIK URAI (12,293)

KEPUTUSAN

1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)…….. 5,348

2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN)………. 5,283

Jumlah mengundi………………. 10,631

Peratus………………………… 87%

Undi rosak…………………….. 117

Majoriti……………………….. 65

Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66 undi
6. Undi pos – 35 undi

Peti Undi PAS menang dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi

 
Read more…

Posted by pemudabesut

DSAI Akan Ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta Esok

Tahniah kepada PAS diatas kejayaan Manek UraiBy Anwar Ibrahim

Saya mengucapkan syabas kepada seluruh pengundi Manek Urai kerana memastikan kemenangan manis buat Pas dan Pakatan Rakyat. Tidak disangkal lagi, sungguhpun dihambur dengan segala macam ugutan oleh pimpinan tertinggi negara dan tidak kurang yang menabur janji pembangunan, rakyat tetap menolak kepimpinan Dato’ Sri Najib. Manek Urai yang majoriti pengundinya terdiri dari orang Melayu menjadi saksi penolakan umno yang sering mendabik dada sebagai pelindung umat Melayu.

Rakyat disogok dalam masa beberapa ketika ini oleh media umno-bn akan kejayaan kepimpinan baru. Masih terikat dengan gelagat lama, digembar gemburkan, kononnya kejayaan kepada seluruh pelusuk demi menarik hati rakyat. Umno-bn masih tidak sedar bahawa usaha memperbodohkan rakyat tidak akan berhasil. Rakyat sedar bahawa pilihan mereka penting buat menentukan hala tuju negara dan oleh itu hari ini mereka memilih untuk bersama dengan Pakatan Rakyat demi melaksanakan Perubahan.

Saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah kepada YB Fauzi, seluruh jentera pilihanraya dan kepimpinan Kelantan, terutamanya YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

ANWAR IBRAHIM

14
Jul

DSAI Akan Ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta EsokBy Anwar Ibrahim

Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan akan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Beliau akan berdepan dengan tuduhan fitnah yang direka khusus demi merencatkan perjuangan rakyat dan agenda Perubahan. Berikut merupakan butiran program tersebut:

Tarikh: Hari Rabu 15hb Julai 2009
Tempat: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Masa: 8.00pagi

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Nor Radhiah rai kejayaan tanpa Aziz M. Osman


 

KUALA TERENGGANU – Duka Nor Radhiah Ramli, 23, bekas isteri pengarah dan pelakon, Aziz M. Osman selepas perceraiannya sedikit terubat apabila penantiannya selama dua tahun untuk menggenggam sekeping diploma, akhirnya tercapai semalam.

Dia berjaya mendapat Diploma Pengajian Islam dengan Teknologi Maklumat pada majlis Konvokesyen Pertama Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), di sini selepas menamatkan pengajiannya pada 2007.

Biarpun hasrat Nor Radhiah ingin meraikan hari bersejarah dengan bekas suaminya itu tidak tercapai, dia tetap gembira kerana hari yang ditunggu-tunggu selama ini sudah menjelma.

“Seolah-olah macam mimpi dan saya rasa sangat teruja datang ke majlis ini tapi agak sedih juga sebab ramai kawan-kawan lain tak dapat datang. Masa dengan Abang Aziz dulu kami ada berbincang untuk hadir bersama-sama ke konvokesyen tetapi nampaknya niat tu tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

‘Patung’ curi jam, duit pasar raya

Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN
dan MANIRAH OTHMAN
berita@kosmo.com.my

 


Inilah pasar raya di Jalan Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu yang kerugian RM37,000 selepas duit dan jam dicuri ‘patung misteri, Ahad lalu.


 

Pencuri pasar raya dipercayai menjadi ‘patung’ seperti gambar atas sebelum mencuri jam dan duit.


 

KUALA TERENGGANU – Seorang pencuri dipercayai sanggup menjadi patung tiga jam bagi mengelak dikesan oleh pengawal keselamatan sebuah pasar raya di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini.

Taktik tersebut berhasil apabila kehadirannya di bahagian pakaian lelaki di tingkat dua tidak disedari sehinggalah pasar raya itu ditutup pada pukul 11 malam Ahad lalu.

Suspek kemudian dikatakan ‘bermaharajalela’ dalam pasar raya itu sebelum mencuri wang dan jam tangan yang kesemua bernilai RM37,000 dari sebuah kedai di situ.

Pencuri itu dipercayai berada di dalam premis sepanjang malam dan hanya keluar dengan selamba apabila pintu pasar raya dibuka keesokan harinya.

Seorang pembantu jualan pasar raya yang mahu dikenali sebagai Aida, 25, berkata, dia menyedari ada satu ‘patung’ pelik yang kelihatan seperti manusia pada pukul 9.30 malam hari kejadian.

“Ketika itu saya dan seorang lagi pembantu jualan merasa was-was sama ada itu benar-benar patung atau manusia.

“Kami kemudian menghampiri dan memerhatikan patung yang bertubuh kurus itu beberapa minit tapi ia tak bergerak-gerak,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Manek Urai: Akibat RM19,500 – Umno Kalah 65 Undi.

  

Seorang bekas pemimpin Umno Kuala Krai mendakwa sehingga tengah malam tadi masalah pembahagian duit kepada pengundi Umno di DUN Manek Urai belum selesai.

“Masih ada lagi yang mendakwa belum menerima duit yang dijanjikan. Saya difahamkan mereka akan mendapat RM300 seorang.

“Saya difahamkan duit tidak cukup, terpaksa menunggu duit baru,” katanya, yang enggan namanya disiarkan, kepada Malaysiakini.

Di sebabkan RM19,500 hinggit…. umno KALAH… ha..ha…ha…. 65 orang/undi jer… bawak beg besar-besar belaka…., itulah kenapa tak belajar kira-kira dengan Khir Toyo… tengok… akibat tak cukup duit, 65 orang sudah lari…..

Wang… besar…wang… besar…. cakap juta-juta (jambatan je… 7 juta) RM19,500 pun tak dapat di adakan… piiirahhhhh mabukkkk. Memang patut pun kalah… kalau menang sekalipun Jambatan 7 juta pun entah kemana gamaknya…

Isa: Kencing berterabur…. lepas ni nak kencing kat mana pulak yeaaaa… nak tanya Najib atau Muhyiddin? soalan cepumas ni…

 
 

2 comments Posted by Isa 9:38:00 PM

 

Sebagai pembuka bicara kali ini, Ucapan sekalung TAHNIAH kepada calon dan parti PAS yang menang dalam PRK Manek Urai, seperti yang umno selalu katakan walaupun menang 1 undi sekalipun, ianya tetap menang.

Dan sekalung TAHNIAH juga kepada Barisan Nasional dan umno khususnya kerana berjaya mengekalkan rekod kekalahan buat kali ke 6 berturut-turut. Cuba lagi nanti… dan jangan mudah putus asa… aku sentiasa mendoakan supaya ada lagi PRK dalam masa terdekat ini. Kali ini biarlah dari kerusi UBN pula… yang padammmmm.

Sekarang ini aku nak tanya Muhyiddin Yasin yang memberi kenyataan ankhbar seperti di laporkan oleh Bernama, petikan beliau;

Beliau mengulas kelemahan kawalan SPR di kawasan mengundi di Sekolah Kebangsaan Peria tengah hari ini sehingga mencetuskan sedikit pertelingkahan antara penyokong PAS dan BN, yang akhirnya menyebabkan dua anggota Puteri Umno cedera dibaling batu oleh penyokong PAS.

“Yang jadi masalah bila orang luar datang tidak tahu budaya tempatan malahan amat memalukan apabila mengatakan mereka dari parti yang memperjuang Islam tetapi perbuatan tidak Islamik dan mencemarkan agama Islam. Dalam berselawat, mereka mencerca, mencaci serta mengata,” katanya.

Beliau berkata penyokong BN tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian.

Sehubungan itu, katanya, pemimpin PAS perlu bertanggungjawab untuk menasihati penyokong mereka kerana perbuatan yang dilakukan bukan sahaja bertentangan dengan adat dan budaya tetapi juga syariat Islam.

Jika benar adanya Puteri umno yang cedera parah dan menerima beberapa jahitan seperti yang di laporkan, sila kemukakan bukti. Dan kepada Muhyiddin Yasin aku nak tanyakan juga, apa maknanya gambar di bawah ini, (gambar dari TPU)

Kenapa Media Balaci Umno tak siarkan berita ini… kenapa.. kenapa dan kenapa..? Dan di laporkan juga 2 orang muslimah PAS juga dilaporkan cedera akibat di baling batu oleh penyokong umno.

Di mana adanya umno… di situlah keganasan dan kekecohan akan berlaku. Kenapa di PRK Penanti tiada kekecohan dan keganasan, dan Anggota Polis boleh tidur baring lagi. Sebabnya puak-puak jakun dari umno dan barisan nasional tak ada… sebab itulah aman dan damai.

Isa: Muhyiddin tau apa… awal-awal lagi dah naik helikopter cabut ke Kota Bahru…

 

 
 

0 comments Posted by Isa 12:24:00 PM

 

Salah satu usaha terdesak puak umno dengan memburukkan peribadi Tuan Guru Nik Aziz.

Korang bacalah kat sini, Ba…Alif…Gang… bunyinya apa? murid-murid…?

BANGGANG!!!

Isa: Kayanya Pemimpin PAS dengan Pemimpin Umno banyak bezanya… kenapa gang umno ni tak repot pada SPRM untuk siasatan. Khir Toyo apa khabar… dah ada pembeli ke?

 
 

1 comments Posted by Isa 11:24:00 AM

 

Seorang wanita dipercayai penyokong Umno “naik angin” kerana tidak tahan mendengar bacaan salawat dan takbir yang kuat dan tidak henti-henti oleh penyokong PAS.

Insiden dekat SK Manek Urai Baru bermula lebih kurang 9.10 pagi, tidak lama selepas MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kawasan tersebut.

Laungan takbir yang diselang-seli dengan selawat kira-kira 150 penyokong PAS, kebanyakan lelaki yang berada di sebelah sekumpulan 50 penyokong BN, rata-ratanya wanita, menimbulkan rasa gelisah wanita terbabit.

Beliau kelihatan berbincang dengan beberapa petugas PAS dan dengan muka berangnya bersuara dengan nada sedikit tinggi. Bagaimanapun suaranya ditenggelami laungan penyokong PAS.

Beberapa anggota polis kemudian kelihatan cuba memisahkan kumpulan parti politik yang bertanding. Kira-kira 30 anggota polis ditempatkan di situ.

Isa: Alahai… macam-macam hal… dan ragam.

Analisa prk Manek Urai

 

Banyak faktor yang mempengaruhi keputusan prk Manek Urai. Kemenangan tipis PAS juga harus dipandang serius. Undi rosak 117 melebihi majoriti 65 juga wajib dipandang serius.

 

 

Ada 2 elemen penting yang perlu dihalusi. Unsur luaran dan dalaman PAS merupakan faktor yang penting mempengaruhi pengundi Manek Urai. Faktor calon juga adalah amat penting mempengaruhi keputusan Manek Urai. Faktor luaran faktor Najib PM baru juga mempengaruhi. 100 hari najib umum 11 hadiah buat rakyat juga mempengaruhi. Jentera UMNO di Manek Urai lebih tersusun berbanding di Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan taktik yang mereka gunakan juga berbeza.
 
Berbagai isu politik yang berlaku dalam Pakatan Rakyat seperti di Kedah, P.Pinang dan Selangor juga mempengaruhi. Di Kedah isu babi hingga DAP keluar Pakatan kemudian masuk balik, di P.Pinang dengan isu Kg Buah Pala, di Selangor dengan isu Menteri Besar dan Azmin Ali. Di Perak 3 Adun PR lompat bebas. Ini semuanya adalah faktor luaran yang sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi di Manek Urai.

 

 
Faktor dalaman pula adalah isu Kerajaan Perpaduan yang amat serius hingga Tuan Guru Nik Aziz menyuruh Ustaz Nasarudin letak jawatan. Ini perpecahan yang amat serius yang berlaku dalam PAS selepas muktamar. Hingga tidak benarkan Ustaz Nasarudin berkempen di Manek Urai walaupun selepas itu isu ini dianggap selesai tetapi hakikatnya tidak. Jentera PAS paling lemah adalah di Manek Urai. Ini adalah disebabkan perpecahan yang berlaku dalam PAS. Kita boleh nafikan di media tetapi inilah hakikat yang sebenar. Dari segi jentera kita terpaksa akui bahawa jentera UMNO di Manek Urai pada kali ini jauh lebih baik dan tersusun dari jentera PAS. Ingatlah pesan Saidina Ali ” Kebatilan yang disusun dengan rapi dan terancang akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak disusun dengan rapi dan teratur..” Kita harus berlapang dada menerima teguran jika kita mahu terus mencapai kemenangan. Kita wajib bermuhasabah.
 
Manek Urai bukanlah kubu kuat PAS mahupun B-End. Maknanya mahu tidak mahu mulai hari ini kita tidak boleh langsung abaikan rakyat. Rakyat semakin cerdik untuk menilai. Jangan ada lagi sikap pembangkang dalam Pakatan Rakyat setelah membentuk kerajaan. Jangan lagi bila sudah memerintah asyik mahu salahkan kerajaan B-End. Kita wajib tangani dan selesaikan semua masalah yang ada. Barulah rakyat akan melihat Pakatan Rakyat sebuah kerajaan yang cukup berwibawa.
 
Akhir sekali saya amat berharap, kepada pimpinan Pakatan Rakyat , kukuhkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Semua pihak harus bermuhasabah dan berlapang dada menerima teguran. Kalau pemimpin sudah tidak boleh lagi ditegur, ingatlah KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT.

 

 

 

Kalau Takut Dipukul Badai…
Usah Berumah Di Tepi Pantai…

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com

%d bloggers like this: