Kemenangan manek urai adalah pertolongan dari allah (bacalah dan hayatilah kebenaran melalui artikel terkini)

Manek Urai: Kemenangan PAS Sudah Pasti Akan Dipersendakan Oleh Puak-Puak UMNO Dan BN Di Muka Hadapan Media Arus Perdana Mereka Esok

Bagai sudah dijangka akhirnya PAS menang jua, biarpun menerima tentangan yang amat dasyat daripada puak-puak UMNO BN dan kerajaan Malaysia sendiri. Bayangkan, dalam sejarah negara, peratusan keluar mengundi di DUN Manek Urai adalah yang terbesar setakat ini. Kemenangan yang disulami dengan berbagai insiden yang tidak diingini itu terbukti menggambarkan, biar apapun “kerja jahat puak-puak munafik” ini untuk merampas kuasa di Manek Urai namun akhirnya dikalahkan juga dengan kuasa Allah. Kini rakyat Manek Urai dan Kelantan bersyukur atas kemenangan itu. Mereka semua tahu apa yang terjadi sebenarnya. Biarpun begitu, PDO amat hairan dan terkejut dengan kenyataan puak-puak UMNO yang tidak boleh menerima kekalahan itu. Berbagai alasan yang diberikan untuk menunjukkan bahawa mereka di pihak yang benar. Walhal seluruh rakyat Malaysia tahu apakah strategi yang digunakan oleh puak-puak UMNO dan BN ini sebenarnya. Mereka mendapat undi yang agak besar kerana usaha merasuah, sogokan, ugutan, janji manis pembangunan dan berbagai lagi tindakan yang jelas bercanggah dengan amalan pilihanraya dalam sebuah negara demokrasi itu sendiri. Namun, dek kerana mereka UMNO dan BN, segalanya boleh direstui oleh badan yang mengendalikan pilihanraya iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya.
[Apa yang pasti, sudah tentu media arus perdana yang akan berada di pasaran esok bakal menyiarkan berita PAS ditolak rakyat Manek Urai dan BN kembali diterima rakyat. Amat melucukan bila puak-puak UMNO BN ini “syok sendiri” seperti itu. Mereka berkempen dengan segala bala tentera dan kewangan yang berjuta-juta, namun akhirnya tertewas dek suara rakyat. Memang inilah akibatnya bila kesombongan bermaharajalela di hati mereka. Mujurlah kemenangan tercipta buat PAS, jika tidak sudah pasti puak-puak UMNO BN akan “berkokok siang dan malam” mencanangkan seantero dunia bahawa BN kembali bertahta di hati rakyat. Walhal mereka memperolehi undi secara jahat dan zalim. Tindakan yang tidak berperikemanusiaan yang diluar batasan serta norma-norma kehidupan manusia terus disajikan oleh mereka. Demi kuasa mereka sanggup lakukan apa saja. Inilah kerja UMNO BN sejak sekian lama]

Manek Urai: Biarpun Terpaksa Berhadapan Tipu Daya Serta Penyelewengan Pilihanraya, Ternyata Kemenangan Buat Rakyat Tercipta Jua Akhirnya

KUALA KRAI [8.39 pm] – Terbukti, Akhirnya keputusan rasmi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai mengesahkan calon PAS telah menang dengan majoriti tipis 65 undi . PAS mendapat 5,348 undi, manakala BN pula mendapat 5,283 undi. Sementara itu undi rosak pula sebanyak 92. Jumlah keluar mengundi keseluruhannya ialah 10,722 iaitu 87.22% daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar. PAS telah menang di 14 buah saluran daripada 27 saluran keseluruhannya.Manakala jumlah UPU yang menang pula ialah 4 daripada 9 UPU. Dengan keputusan ini bermakna calon PAS iaitu Mohd Fauzi Abdullah terpilih secara rasmi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manek Urai yang baru. Biarpun jumlah undi majoriti adalah kecil, namun satu pujian harus diberikan kepada Pakatan Rakyat kerana telah berjaya mematikan “keegoan” puak-puak UMNO dan Barisan Nasional. Kemenangan yang terpaksa disulami dengan berbagai unsur rasuah serta penyelewengan jelas sekali menggambarkan bahawa rakyat tetap mahukan perubahan biarpun ia dinafikan. Segala janji manis yang dihulurkan oleh pemimpin UMNO BN telah ditolak oleh majoriti rakyat. Kemenangan tetap kemenangan biarpun hanya satu undi. Maka itu usahlah kita gusar dengan omongan mereka yang mengatakan sokongan terhadap PAS sudah menurun. Rakyat perlu tahu, sebab apa ia menurun? Kerana tipu daya dan helah yang jelas melampau yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Malah segala rasuah yang diberikan kepada rakyat termasuk dalam bentuk kewangan jelas sekali telah menyebabkan mereka terpedaya sebenarnya. Namun, inilah takdir yang menjadi penentu segalanya. PAS tetap menang biar apa pun strategi jahat yang dilakukan oleh puak-puak UMNO dan BN ini. Semoga semua ini akan menjadi pengajaran yang berguna, agar mereka lebih berhemah dalam berhadapan dengan suara rakyat dalam setiap pilihanraya yang bakal diadakan pada masa yang akan datang.
 
[Kami di Pahang Daily Online, mengucapkan syabas dan tahniah buat semua petugas dan pejuang Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus memastikan kemenangan berharga ini. Semoga ia membuka mata seluas-luasnya kepada puak-puak karat itu agar lebih berhati-hati dalam membuat segala janji manis. Segala bukti penyelewengan itu sudah terdedah dan diketahui oleh sebahagian besar rakyat sebenarnya. Malah, gelombang kemenangan ini bakal menjadi petanda kehancuran parti karat UMNO dan BN dalam sejarah Malaysia menjelangnya pilihanraya umum ke-13 akan datang. Takziah juga buat Pengarah Pilihanraya BN di Manek Urai iaitu Muhyiddin Yassin, kerana telah gagal membawa balik piala kemenangan yang amat diidam-idamkan itu. Akhirnya beliau dibenamkan oleh jambatan ciptaannya yang dijanjikan buat rakyat jika BN menang !!]

Gempar: Kontroversi Kes Liwat, Tiga Doktor Pakar Sahkan Saiful Tidak Di Liwat Serta Terdapat Bukti Wujud Dua Sampel DNA Lain Dalam Tubuh Beliau

Laporan pemeriksaan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa beliau diliwat merangkumi bukti DNA yang mencurigakan di samping mengesahkan secara rasmi bahawa tidak ada bukti klinikal menunjukkan bekas pembantu Anwar Ibrahim itu diliwat. Pemeriksaan mendapati wujudnya dua sampel DNA lelaki berlainan pada tubuh Saiful, namun pemeriksaan klinikal tidak menyokong dakwaan Saiful bahawa beliau diliwat. Laporan forensik klinikal itu yang disahkan oleh tiga pakar HKL daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Perubatan Forensik membuat kesimpulan bahawa tidak ada bukti konklusif menunjukkan tusukan atau kesan luka pada dubur Saiful. Ketiga-tiga doktor pakar berkenaan mengesahkan dalam laporan mereka bahawa pesakit yang diperiksa adalah Mohd Saiful berdasarkan nama, nombor kad pengenalan, umur dan bangsa beliau serta nama pegawai polis yang menyiasat kes iaitu DSP Judy Blacious a/l A.F. Pereira. Laporan HKL itu menimbulkan kecurigaan terhadap bukti DNA yang dibawa oleh pendakwa dan menguatkan lagi tanggapan bahawa Anwar sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik. Perbicaraan Anwar bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rabu ini. Menurut seorang pakar perubatan hospital swasta yang tidak mahu dikenali laporan tersebut jelas menunjukkan Mohd Saiful tidak diliwat sebagaimana yang didakwa beliau. Ini berdasarkan kepada pemeriksaan fizikal pada bahagian-bahagian sulit beliau yang tidak mempunyai petanda atau kesan beliau diliwat.

[Kenyataan yang dibuat bahawa terdapat bukti sampel DNA baru dalam tubuh Saiful bakal mengemparkan lagi episod ini. Ternyata kini, Saiful bakal mendapat malu yang lebih besar jika perkara ini didedahkan dengan meluas selepas ini. Apakah Saiful masih mahu mengaku yang dirinya diliwat selepas terdapatnya laporan klinikal oleh doktor pakar yang mengesahkan ianya tidak terjadi. Ternyata beliau akan mendapat malu yang lebih besar jika kes ini diteruskan. Apa pun kami akan berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok untuk memantau sendiri senario yang akan berlaku. Apakah Saiful akan hadir ke mahkamah atau hanya berdegar-degar berbicara dalam laman blognya sahaja].

 

Informasi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai

Peratusan Rakyat Keluar Mengundi Meningkat

KUALA KRAI [6.00 pm] – Proses pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai berakhir pada jam 5 petang tadi apabila semua 9 pusat mengundi ditutup. Seramai 10,736 atau 87.33 peratus daripada 12,293 pemilih berdaftar keluar mengundi di 27 saluran mengundi sejak jam 8 pagi tadi. Bilangan keluar mengundi itu adalah lebih tinggi berbanding 10,140 atau 84.2 peratus pada pilihan raya umum ke-12 lalu. Peti undi pertama, iaitu dari pusat mengundi Manek Urai Baru tiba di pusat penjumlahan rasmi undi pada jam 6.54 petang.


Terkini 5.00 Petang, 87.33% Keluar Mengundi

KUALA KRAI [5.45 pm] – Kira-kira 87.33 peratus atau 10,736 pengundi daripada 12,293 pemilih berdaftar sudah menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sehingga tempoh pengundian ditutup pukul 5 petang ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata peratusan itu melepasi sasaran SPR iaitu 85 peratus keluar mengundi. “Kita gembira kerana jumlah yang keluar mengundi amat baik dan melepasi jumlah yang disasarkan. “Peratusan ini adalah antara yang tertinggi dalam pilihan raya kecil di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Penjumlahan undi akan dibuat di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, dekat sini dan keputusannya dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini. Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Ismail Yaacob, daripada PAS yang meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat serangan jantung. Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39 dan Mohd Fauzi Abdullah, 50 yang mewakili PAS.

Terkini 4.00 Petang, 86.44% Keluar Mengundi

KUALA KRAI [4.37 pm] – Kira-kira 86.44 peratus atau 10,626 pengundi daripada 12,293 pemilih keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sehingga jam 4 petang ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tinggal sejam lagi sebelum tempoh mengundi ditutup pada jam 5 petang ini. Beliau menjangka peratusan keluar mengundi pada hari ini mungkin mencapai 88 hingga 90 peratus.

Isu Liwat: Peguam Anwar Sankara Nair Tegaskan Perbicaraan Tidak Wajar Di Jalankan Jika Hanya Berlandaskan Kepada Bukti DNA Semata-Mata !!

Nampak, kontroversi kes perbicaraan liwat yang melibatkan Saiful Bukhari Azlan dan “mangsa” Datuk Seri Anwar Ibrahim bertambah panas sekarang. Ia berikuatan pendedahan terbaru yang dibuat oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mengesahkan memang tiada bukti yang beliau telah diliwat. Malah laporan pemeriksaan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa beliau diliwat merangkumi bukti DNA yang mencurigakan di samping mengesahkan secara rasmi bahawa tidak ada bukti klinikal menunjukkan bekas pembantu Anwar Ibrahim itu diliwat. Pemeriksaan mendapati wujudnya dua sampel DNA lelaki berlainan pada tubuh Saiful, namun pemeriksaan klinikal tidak menyokong dakwaan Saiful bahawa beliau diliwat. Laporan forensik klinikal itu yang disahkan oleh tiga pakar HKL daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Perubatan Forensik membuat kesimpulan bahawa tidak ada bukti konklusif menunjukkan tusukan atau kesan luka pada dubur Saiful. Malah hari ini juga peguam Anwar, Sankara Nair (foto), sekali lagi menjelaskan bahawa perbicaraan tidak boleh dijalankan sekadar dengan bukti DNA semata-mata. Peguam Sankara berkata, DNA hanya perlu dikemukan untuk menguatkan kes sebaliknya bukan sebagai bukti muktamad mendakwa seseorang. Katanya, mengikut protokol negara-negara Komanwel, pihak pendakwa perlu mempunyai 90 peratus bukti yang cukup sebelum mendakwa sesorang. ”Betul, atas DNA semata-mata bukan jadi bukti muktamad, Itu memang benar. ”Sistem di Malaysia sama seperti di United Kingdom. Protokol untuk menjalankan pendakwaan di negara-negara Komanwel adalah pihak pendakwa mesti mempunyai 90% bukti yang mencukupi sebelum membuat keputusan untuk menjalankan pendakwaan. “DNA hanya untuk menguatkan kes sahaja bukanya bukti muktamad dalam mana-mana kes berkenaan dengan perkosaan, sodomi dan sebagainya,” katanya.

[Apa yang pasti, biar apa jua alasan dan undang-undang yang mahu digunakan sekali pun maka sudah pasti ia sekadar “anjing menyalak bukit” serta tidak memberi kesan apa-apa kepada mereka yang merencanakan semua ini. Perbicaraan kes liwat yang bakal didengar semula esok, sudah pasti akan menimbulkan lebih banyak persoalan yang bakal membuatkan lebih banyak kemuskilan timbul di hati rakyat. Mereka boleh melakukan apa jua cara kerana kuasa ada ditangan mereka. Namun, mereka harus ingat bahawa doa orang-orang yang dizalimi adalah antara doa mustajab yang akan ditunaikan oleh Allah SWT. Mereka harus ingat, apakah yang berlaku kepada Dr.Ristina, Mokhtar Abdullah serta ramai lagi individu yang telah menerima kesannya di dunia lagi].

Informasi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai

Terkini 3 .00 Petang, 83.8% Keluar Mengundi

KUALA KRAI [4.15 pm] – Sehingga jam 3 petang, kira-kira 83.8 peratus atau 10,100 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini. Proses pengundian di sembilan pusat mengundi yang bermula pada jam 8 pagi berjalan lancar. Penjumlahan undi akan dibuat di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, dan keputusan dijangka diumumkan seawal jam 8 malam.

Edisi Pahang: Kerana Nama Bekas Isteri, Tuanku Sultan Ahmad Shah Sebak Ketika Bertitah Semasa Merasmikan Sambutan Jubli Perak SMKA TAHAP

JERANTUT [2.30 pm] – Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah (foto), tidak dapat menahan kesedihan baginda ketika bertitah merasmikan sambutan Jubli Perak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (SMKA TAHAP) di sini, hari ini. Baginda mula kelihatan sebak sebaik saja bertitah mengenai nama sekolah berkenaan yang diambil sempena nama Allahyarhamah isteri baginda, Tengku Afzan Tengku Panglima Perang Muhammad. “Seribu makna buat saya sebab sekolah ini mengambil nama sempena nama Tengku Ampuan Afzan, isteri saya yang dikasihi,” titah baginda. Sebaik saja menitahkan ayat tersebut, Sultan Ahmad Shah, berhenti seketika dan mendiamkan diri sambil menundukkan kepalanya sebelum kedengaran esakan kecil disusuli dengan genangan air mata di tubir mata baginda. Keadaan itu berlarutan lebih kurang seminit, menyebabkan hadirin dalam dewan sekolah turut hiba seolah-olah memahami kerinduan baginda kepada Allahyarhamah isterinya, yang mangkat pada tahun 1988 itu. Sebaik saja perasaannya dapat dikawal, baginda bertitah bahawa baginda pernah datang ke sekolah itu beberapa tahun lalu dan kenangan lawatan itu masih tersimpan kukuh dalam memori baginda. Baginda sekali lagi sebak dan menitiskan air mata ketika bercerita mengenai pencapaian sekolah itu dalam tempoh 25 tahun penubuhannya. “Dalam 25 tahun penubuhan sekolah ini, banyak perubahan yang berlaku di mana warga sekolah menikmati pelbagai kemudahan prasarana untuk kemajuan pendidikan dan penambahbaikan bangunan sekolah untuk keselesaan dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar,” titah baginda sambil mengeluarkan sapu tangan dan mengesat air mata yang menitis. Sultan Ahmad Shah turut melahirkan rasa bangga baginda terhadap pencapaian sekolah itu dalam bidang akademik dan ko-kurikulum yang dianggap setanding dengan sekolah-sekolah lain di negara ini. Sehubungan itu, baginda berharap semua warga sekolah itu dapat memanfaatkan segala kemudahan pendidikan yang disediakan dengan sebaiknya untuk meneruskan kecemerlangan warga pendidik dan juga pelajar. Pada majlis itu juga, baginda Sultan Pahang turut bermurah hati untuk mendermakan wang sebanyak RM50,000 bagi mengisi tabung sekolah terbabit.

[Daulat Tuanku, semoga dipanjangkan umur dan dapat memerintah negeri Pahang dengan aman dan makmur hendaknya. Sultan Pahang adalah antara salah seorang raja yang cukup berjiwa rakyat dan senantiasa sanggup turun ke padang walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Malah, kelibatnya yang sering berada bersama rakyat ketika dalam situasi susah dan senang menyebabkan baginda amat disayangi oleh rakyat jelata negeri ini. Justeru itu, PDO tidak hairan yang Tuanku Sultan juga berjiwa sensitif dan boleh sebak ketika nama bekas isterinya itu disebut dan dijadikan nama sekolah terbabit. Semoga Tuanku akan menjadi payung buat seluruh rakyat Pahang dan tidak terpengaruh dengan mana-mana parti politik bagi memberi keadilan kepada seluruh rakyat di negeri ini hendaknya].

Informasi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai

Terkini 1.00 Petang, 76.4% Keluar Mengundi

KUALA KRAI
[1.58 pm] – Sehingga jam 1 petang tadi, kira-kira 76.4 peratus membabitkan 9,359 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini. Mengikut keadaan akan melebihi 90 peratus pengundi berbanding sasaran iaitu hanya 85 peratus.

Terkini 12.00 Tengahari, 68.4% Keluar Mengundi

KUALA KRAI [1.13 pm] – Sehingga jam 12 tengahari tadi, kira-kira 68.4 peratus atau 8,475 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini.

Cyberita: Anak Lelaki Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Persekutuan Polis Bukit Aman Komisioner Koh Hong Sun Ditemui Mati Terbakar

KUALA LUMPUR [12.54 pm] Anak lelaki Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Persekutuan Polis Diraja Malaysia, Komisioner Koh Hong Sun, terbunuh dalam kebakaran di apartmennya di Mont Kiara Bayu di sini pagi tadi. Mangsa berusia 22 tahun maut dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa ditemui di ruang balkoni apartmen 32 tingkat itu. Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menyiasat punca kejadian.

[Warga kerja dan krew-krew Pahang Daily Online mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang atas kecelakaan yang berlaku ini. Semoga Komisioner Koh Hong Sun dapat menerima segalanya dengan sabar dan tetap tabah meneruskan tugasan beliau selepas ini].

 

Berita Terkini Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai

Ramai Pengundi Muda Di Perantauan Pulang


KUALA KRAI [12.20 pm] Fenomena awal sudah memperlihatkan semangat penyokong PAS dan Pakatan Rakyat jauh mengatasi UMNO ketika parti pemerintah itu di pusat itu terkial-kial menarik simpati rakyat di saat-saat akhir. Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Manek Urai pagi tadi ditemui banyak kenderaan yang mengibarkan bendera bulan purnama. Sebaliknya hanya sebuah dua kereta sahaja yang ditemui sanggup memasang bendera dacing. Banyak kenderaan dilihat dipandu golongan muda, kemungkinan anak perantau Manek Urai yang pulang mengundi. Kesesakan lalu lintas ketara sekali di kawasan berhampiran tempat pengundi. Kenderaan terpaksa berbaris panjang bermula di Bukit Ah Kim menghalang ke Sekolah Kebangsaan Sungai Peria. Ketegangan berlaku di hadapan sekolah berkenaan apabila perayu undi berbaris di tepi jalan. Biar pun dikawal ketat anggota polis mereka tetap tidak berganjak.

Setakat Jam 11, 57.6% Sudah Keluar Mengundi


KUALA KRAI
[11.30 am] – Sehingga jam 11 pagi ini, seramai 7,085 pengundi atau 57.6 peratus daripada 12,293 pemilih berdaftar sudah menunaikan tanggungjawab mereka keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini. Proses pengundian di sembilan pusat mengundi yang bermula pada jam 8 pagi berjalan lancar. Penjumlahan undi akan dibuat di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, dekat sini, dan keputusan dijangka diumumkan seawal jam 8 malam ini.

Peluang Bagi PAS Menang Kini Semakin Cerah

KUALA KRAI [10.25 am] – Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah berkata peluang beliau untuk menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai adalah cerah. Beliau berkata, setakat ini, perkhidmatan pengangkutan yang disediakan petugas parti mendapat sambutan ramai pengundi. “Peluang menang cerah bagai bulan purnama,” katanya ketika ditemui wartawan di Sekolah Kebangsaan Peria 2 tadi.

Panas, Penyokong BN Dan PAS Bertikam Lidah

KUALA KRAI [9.45 am] – Proses mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tercemar sedikit apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong PAS dan Barisan Nasional (BN) di perkarangan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Peria berhubung kedudukan mereka. Penyokong PAS yang menguasai kaki lima di seberang jalan menghadap pintu utama dan di sisi pusat mengundi tidak berpuas hati dengan kedudukan penyokong BN yang dikatakan terlalu hampir. Pegawai polis terpaksa mengarahkan seorang penyokong PAS yang datang memarahi penyokong BN.

15.7% Pengundi Sudah Tunaikan Tanggungjawab
KUALA KRAI [9.15 am] – Proses mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai berjalan lancar dengan 1,932 pengundi atau 15.7 peratus daripada 12,293 pemilih berdaftar sudah keluar mengundi sehingga jam 9 pagi tadi.

Proses Undi Pilihanraya Manek Urai Bermula

KUALA KRAI [8.32 am] – Proses mengundi bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai bermula tepat jam 8 pagi tadi di sembilan pusat mengundi. Seramai 12,268 pemilih berdaftar berpeluang untuk memilih wakil rakyat baru mereka. Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, ditentang calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50.


Warga Manek Urai ke pusat pengundian untuk tunaikan tanggungjawab

Kesesakan teruk berlaku di sepanjang jalan masuk ke pusat pengundian


Calon PAS Mohd Fauzi dan Isteri bermesra dengan pengundi Manek Urai

Makin Panas, penyokong PAS dan BN bertikam lidah antara satu sama lain

Edisi Pahang: Rakyat Kecewa Susulan Tindakan Majlis Perbandaran Kuantan Meluluskan Permit Taman Hiburan Funfair Di Kawasan Larangan !!

KUANTAN [7.04 am] – Orang ramai yang melalui jalan Tanah Putih dari arah Gambang ke Kuantan, berhampiran Pasaraya Besar Giant dekat sini pasti akan terkejut dengan tindakan pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang meluluskan permit hiburan “funfair” di kawasan itu. Malah, ada yang amat kecewa dan gusar dengan tindakan tersebut yang bakal mengheret golongan muda ke kancah maksiat yang berleluasa terutamanya yang berunsurkan perjudian. Tinjauan kami ke lokasi terbabit mendapati kerja-kerja persiapan tempat sedang dilaksanakan. Terdapat beberapa buah lori treler yang membawa peralatan “funfair” itu sudah pun tiba di situ. Dilihat kepada keadaan yang berlaku, ternyata “funfair” yang bakal didirikan itu adalah bersaiz besar dan menempatkan berbagai jenis permanian hiburan. Ini amatlah mengelirukan pihak-pihak yang berkenaan sebenarnya. Tambahan pula difahamkan pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) disyaki telah menyeleweng dalam hal kelulusan permit hiburan terbabit. Pihak kami telah mendapatkan maklumat daripada beberapa orang dalam MPK sendiri bagi mendapatkan kepastian perkara ini. Ternyata jawapan yang diberikan amatlah memeranjatkan dan tidak sewajarnya berlaku. Terdapat beberapa perkara dan penyelewengan telah berlaku dalam hal kelulusan projek ini. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sepatutnya pihak terbabit lebih prihatin dalam melaksanakan peraturan yang telah mereka tetapkan sendiri. Malah, tindakan membenarkan “funfair” dibina di kawasan terbabit sebenarnya bakal menerima bantahan daripada sebahagian besar penduduk setempat. Malahan, sebelum ini memang sudah terdapat kemalangan maut dijalan utama terbabit akibat taman hiburan “funfair” yang didirakn di situ. Kami juga agak hairan kenapa kelulusan permit ini diberikan, sedangkan lokasi itu adalah merupakan pintu masuk utama ke pusat bandar Kuantan.

Melanggar Peraturan Yang Ditetapkan Sendiri

Kebenaran dan kelulusan membina sebuah taman hiburan “funfair” dalam kawasan jarak dibawah 10 km dari pusat bandar Kuantan adalah diharamkan sama sekali. Malahan perkara ini telah diputuskan oleh jabatan terbabit sejak beberapa tahun yang lalu. Biarpun masih ada kelulusan yang diberikan, namun ianya adalah bersyarat dan mestilah berjauhan dengan kawasan tumpuan penduduk. Namun begitu, kelulusan permit “funfair” di kawasan lapang Tanah Putih bersebelahan dengan Pasaraya Giant ini amatlah mengelirukan. Tambahan pula jaraknya tidak sampai pun 2 km dari ibu pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri. Soalnya kenapa mereka memandang sebelah mata sahaja perkara ini. Bukankah ia akan mendapat protes yang besar dari kalangan rakyat jika isu ini dipolitikkan. Difahamkan juga, kelulusan telah disokong oleh Yang Di Pertua Majlis itu sendiri iaitu Dato’ Azizan Ahmad (foto). Tindakan beliau yang dipercayai tidak menghalang projek itu dilaksanakan bakal mengundang kemarahan rakyat Kuantan sebenarnya. Tambahan pula projek itu dilaksanakan sebulan menjelang bulan Ramadhan bagi umat Islam. Bukankah ini bakal mengundang berbagai aktiviti yang tidak bermoral dikalangan para remaja dan generasi muda sebenarnya.

Luluskan Dua Permit Funfair Dalam Satu Masa

Satu kemusykilan yang berlaku pula ialah tindakan pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang telah meluluskan dua permit hiburan “funfair” berkenaan dalam satu masa amatlah dicurigai. Kami difahamkan bahawa terdapat sebuah lagi projek berkenaan yang telah diluluskan dengan syarat dan tempoh yang sama oleh MPK. Malah kebenaran yang diberikan juga menimbulkan syak wasangka. Ini kerana tidak mungkin dua pesta hiburan seperti itu diluluskan dalam masa yang sama. Malah ia juga terletak dalam kawasan majlis tempatan yang sama. Mujurlah satu lagi projek berkenaan terletak lebih 10 km dari pusat bandar Kuantan. Masalahnya ialah, bagaimana kelulusan permit berkenaan dibuat dalam masa yang sama?. Bagaimana pula boleh berlaku pertindihan kelulusan seperti ini?. Kami juga difahamkan, operasi perniagaan “funfair” berkenaan juga akan bermula pada tarikh yang sama iaitu 16 Julai 2009 ini. Ini bermakna, telah berlaku satu penyelewengan dalam kelulusan projek berkenaan di kawasan tanah lapang berhampiran Pasaraya Giant Kuantan (foto) itu. Apakah ini tidak disedari oleh pihak berkenaan? Atau mungkin juga ada pihak yang telah menerima “habuan lumayan”, lantaran itu menggunakan kuasa yang ada untuk membenarkan ia dijalankan dengan sewenang-wenangnya?. Semua ini bakal mengundang seribu persoalan sebenarnya. Siapakah yang harus dipersalahkan? Ahli Majlis, Pengarah atau Yang Dipertua MPK sendiri?.

Kerajaan Negeri Digesa Campur Tangan Isu Ini

Susulan daripada itu, adalah diharapkan supaya Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato’ Seri Adnan Yaakob (foto), dapat campurtangan dalam hal ini. Semoga MB Pahang itu dapat melakukan sesuatu dan bukan sekadar melihat sahaja keadaan ini tanpa dapat berbuat apa-apa. Tindakan segera untuk mengarahkan Majlis Perbandaran Kuantan membatalkan permit tersebut adalah amat perlu pada masa ini. Memandangkan segala persiapan untuk pembinaan taman hiburan itu sedang giat dijalankan, maka langkah segera adalah perlu. Ini ditambah lagi dengan faktor semasa yang tidak mewajarkan pembinaan projek terbabit kerana:-

  1. Terletak di jalan utama pintu masuk ke bandar Kuantan
  2. Memberi gambaran Kuantan adalah pusat hiburan utama
  3. Laluan adalah sibuk dan pernah berlaku kemalangan maut
  4. Bersebelahan dengan sebuah Tokong Cina sedia ada
  5. Berdekatan sebuah buah sekolah menengah dan rendah
  6. Menganggu laluan masuk ke kawasan letak kereta Giant
  7. Mencemarkan kesucian bulan Ramadhan yang akan tiba
  8. Menjatuhkan imej, maruah serta mencemarkan negeri Pahang
  9. Memberi gambaran negatif kepada umat Islam yang ke sini

Hentikan Segera Jika Tidak Mahu Ia Dipolitikkan

Dalam keadaan ibu negeri Pahang iaitu Kuantan yang pernah digelar “Hattyai Pantai Timur” suatu ketika dulu. Maka adalah wajar projek funfair di kawasan terbabit dihentikan segera. Tambahan pula, pihak MPK sendiri telah meluluskan satu lagi projek berkenaan yang terletak diluar pusat bandar Kuantan (Simpang Gambang-UMP) sebelum ini. Maka, adalah wajar lokasi bersebelahan Pasaraya Giant itu tidak sewajarnya diluluskan untuk tujuan tersebut. Perkara ini harus ditangani segera jika tidak mahu ia dipolitikan oleh pihak berkenaan. Maka itu, adalah diseru kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang untuk tidak berdiam diri melihat perkara ini. Jika tidak, sudah pasti satu protes yang lebih besar akan berlaku dalam masa terdekat ini. Apakah mereka rela untuk berhadapan dengan suara rakyat dalam keadaan rakyat kini sudah mula “jelek dan muak” dengan pemerintahan UMNO Pahang yang kononnya berlandaskan konsep Islam Hadhari itu sendiri.

[Apakah dengan membenarkan projek-projek seperti ini , ia bakal membawa kebaikan buat rakyat?. Tidak cukupkan dengan satu kelulusan sahaja diberikan? Bukankah itu sudah memadai jika ia bermatlamatkan hiburan santai buat rakyat terutamannya golongan muda. Selesaikan isu rakyat, jika tidak mahu mereka memberontak dan menolak kerajaan yang sengaja cuba untuk menguji tahap kesabaran mereka?. Ingatlah “suara rakyat suara keramat” . Laporan bergambar akan menyusul selepas ini sebagai bukti dan bukan fitnah semata-mata !!. dengan apa yang berlaku ini, maka ternyatalah sekarang bagaimanakah sikap sebenar pemimpin UMNO dan BN dalam menangani kes-kes seperti ini nanti].

Eksklusif: Manek Urai, Kerakusan Puak UMNO BN Menabur Berbagai Janji Manis Buat Rakyat Bakal Mempercepatkan Lagi Kemenangan PAS Hari Ini !

Maka hari ini, tamatlah sudah penat lelah kedua-dua pihak mengadakan kempen dan merayu undi masing-masing. Manek Urai bakal menjadi tumpuan hari ini kerana pertembungan sebenar antara BN dan Pakatan Rakyat bermula. Calon PAS, Fauzi Abdullah bakal ditentang oleh calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat. Jika dilihat kepada keputusan pilihanraya umum lalu, ternyata Pakatan Rakyat berada pada kedudukan yang agak selesa. Namun, jika dikaji pula dari sudut yang lainnya maka sudah pastilah BN juga berpeluang menang jika mereka berjaya menggunakan segala “tipu muslihat” mereka kali ini. Apapun, yang amat kita harapkan ialah para pengundi di Manek Urai dapat bertindak dengan bijak. Mengundi dengan menggunakan akal dan fikiran waras yang dikurniakan oleh Allah SWT. Bukannya hanya mengundi bersandarkan kepada “nafsu” semata-mata. Puak-puak UMNO BN sebenarnya memang semakin kemaruk untuk “menang”. Malu besar akan menimpa mereka jika BN terus kalah pada kali ini. Justeru itu, segala strategi “jahat” pasti dirancang bagi mempengaruhi rakyat agar memilih BN. Malah, kedengaran juga ada usaha-usaha “jijik” mereka yang menghulurkan wang ringgit sebagai habuan agar para pengundi tidak menunaikan tanggungjawa mereka. Semua ini adalah rentetan daripada hasrat untuk menang, biarpun dengan satu undi sekali pun. Malah, Pengarah Pilihanraya BN di Manek Urai iaitu Muhyiddin Yassin juga dilihat sudah tidak takut lagi dengan “dosa”, lantaran secara terang-terangan melakukan amalan rasuah pilihanraya tanpa rasa bersalah. Selain menawarkan jambatan baru buat penduduk Manek Urai, beliau juga telah menghadiahkan berbagai barangan dan kewangan kepada penduduk dengan harapan mereka akan bersimpati serta mengundi BN hari ini.


Bangangnya puak UMNO, lori sampah pun dijadikan bahan kempen
kononnya ia adalah sumbangan kerajaan pusat dan bukan PAS

[Anehnya, segala amalan keji pemimpin UMNO BN di Manek Urai ini seolah-olah “direstui” oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hatta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali pun. Inilah yang amat menggusarkan kita sebenarnya. Jika amalan itu dilakukan oleh kerajaan, mereka tidak berani melakukan apa-apa. Tetapi sebaliknya jika ia melibatkan pemimpin pembangkang, maka sudah pastilah tindakan tegas akan diambil oleh mereka dengan pantas. Inilah keadilan yang diperjuangkan oleh puak-puak UMNO karat ini sejak dulu, kini dan selamanya. Justeru itu, rakyat terutamanya pengundi berdaftar Manek Urai diseru melihat segala penipuan dan penyelewengan ini dengan hati terbuka. Pastikan PAS menang besar dan Islam didaulatkan hendaknya].

Kemalangan Di Jalan Bangsar

6 parah, 22 cedera ringan nahas bas

KUALA LUMPUR: Sebuah bas RapidKL yang membawa 28 penumpang dari Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di susur keluar Jalan Pantai Baru dekat Lebuhraya Persekutuan di sini hari ini menyebabkan enam penumpang cedera parah.

Kejadian pada 1.30 tengah hari itu mengakibatkan dua penumpang lelaki dan empat penumpang wanita cedera parah, manakala 22 penumpang yang lain bersama pemandu bas itu mengalami kecederaan ringan.

Kejadian berlaku apabila bas itu dikatakan hilang kawalan selepas sebuah kereta tiba-tiba memotong ke kiri laluannya menyebabkan bas itu melanggar pembahagi jalan sebelum jatuh ke laluan motosikal pada ketinggian lima meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Norizan Abu Bakar berkata semua penumpang dan juga pemandu bas itu yang terdiri daripada 16 lelaki dan 12 wanita, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini untuk rawatan.

isu sebenarnya kenapa bn meningkat jumlah mengundi di manek urai(kita bongkarkan rahsianya)

 

Rasuah dan Sogokan Punca Undi BN Meningkat.




http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/HariMengundiManekUraiPagi%20031.jpgKUALA TERENGGANU – PAS dengan tegas menyatakan, kehilangan undi sebanyak 1,287 berbanding yang diperolehi Pak Su Wei pada Mac tahun lalu, adalah disebabkan oleh rasuah dan sogokan wang serta janji-janji pembangunan Barisan Nasional (BN).

Ahli Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa berkata demikian dalam sidang media sejurus pengumuman kemenangan PAS di buat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Walaupun menang dengan majoriti tipis 65 undi, beliau tetap berbangga dengan keteguhan pendirian dan keberanian warga Manek Urai menolak tawaran ‘anak emas kerajaan persekutuan’.

“Saya bangga dengan pengundi Manek Urai yang telah menunjukkan kekuatan menolak tawaran-tawaran (yang dijanjikan) BN,”katanya di pusat Penjumlahan Undi Sekolah Menengah Kebangsaan Yahya Petra , Kuala Krai.(Gambar – Abe Uji melawat pusat mengundi)

Katanya, jentera BN telah mengagih-agihkan wang rasuah untuk membeli undi pada malam sebelum hari mengundi.

Dalam perkembangan berkaitan, kelmarin, Husam telah menggesa Timbalan Perdana Menteri menjelaskan apakah kandungan beg-beg yang dibawa oleh beliau dengan helikopter pada pagi itu dan juga hari penamaan calon 6 Julai lalu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/manekmenang.jpgSewaktu sidang media di Markaz Induk,  beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mendedahkan pihaknya ada menerima laporan tentang ada operasi berjalan ditengah malam dari rumah ke rumah.

Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof berkata tidak perlu pengiraan semula dilakukan walaupun majority yang diperolehi PAS adalah kecil.

Katanya pengiraan semula hanya boleh dilakukakan sekiranya perbezaan undi kurang empat peratus dari jumlah keluar mengundi, bukannya dari jumlah keseluruhan pengundi.

Namun beliau berkata BN boleh mencabar keputusan itu dimahkamah sekiranya mahu berbuat demikian.(Gambar – Abe Uji di julang setelah diisytiharkan sebagai pemenang)

PRK manek Urai diadakan kerana penyandangnya Haji Ismail Yaacob (Pak Su Wei) meninggal dunia kerana sakit pada 22 Mei lalu.

Pada pilihanraya umum ke 12, Mac 2008, PAS yang di wakili Pak Su We mendapat 5,746 undi menewaskan calon BN yang mendapat 4,394 undi.

Jul
14

BN Kena bina jambatan kerana mereka menang di peti undi MU – Husam


Penyokong PAS di luar pusat pengiraan undi ketika sedang menanti berita gembira.

Husam: PAS hampir tewas kerana politik wang

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa, kemenangan tipis calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai adalah berpunca daripada politik wang.

Katanya, PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung perkara tersebut dan berharap tindakan selanjut diambil.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, menang dengan majoriti tipis 65 undi.

Beliau mendapat 5,348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Menurut Husam lagi, PAS juga kalah di pusat pengundian Manek Urai.

Oleh itu, katanya, BN harus membina jambatan baru yang dijanjikannya kerana ia menang di situ.

Husam juga menafikan kemenangan tipis PAS itu mencerminkan pengaruh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin merosot.

Sebaliknya, kata beliau, pengaruh menteri besar Kelantan itu semakin meningkat

“Kita kalah kerana politik wang,” katanya.

Manakala Mohd Fauzi yang lebih dikenali sebagai Abe Uji berkata, beliau menghormati keputusan pilihanraya kecil hari ini.

Beliau berharap dapat berkhidmat kepada para pengundi sebaik mungkin walaupun menang tipis.

Seorang bekas pemimpin Umno Kuala Krai mendakwa sehingga tengah malam tadi masalah pembahagian duit kepada pengundi Umno di DUN Manek Urai belum selesai.

“Masih ada lagi yang mendakwa belum menerima duit yang dijanjikan. Saya difahamkan mereka akan mendapat RM300 seorang.

“Saya difahamkan duit tidak cukup, terpaksa menunggu duit baru,” katanya, yang enggan namanya disiarkan, kepada Malaysiakini.

Di sebabkan RM19,500 hinggit…. umno KALAH… ha..ha…ha…. 65 orang/undi jer… bawak beg besar-besar belaka…., itulah kenapa tak belajar kira-kira dengan Khir Toyo… tengok… akibat tak cukup duit, 65 orang sudah lari…..

Wang… besar…wang… besar…. cakap juta-juta (jambatan je… 7 juta) RM19,500 pun tak dapat di adakan… piiirahhhhh mabukkkk. Memang patut pun kalah… kalau menang sekalipun Jambatan 7 juta pun entah kemana gamaknya…

Isa: Kencing berterabur…. lepas ni nak kencing kat mana pulak yeaaaa… nak tanya Najib atau Muhyiddin? soalan cepumas ni…

Berita Yang Media UMNgOk Sembunyikan …



Sungai Peria – 2 ekor Puteri UMNgOk cedera parah setelah terkena balingan objek merbahaya (botol mineral) sehingga menyebabkan kaki mereka hampir kudung.

Tu cerita yang dok kecoh dalam media perdana TV3suku, Astro Awani, RTM1, RTM2 dan lain-lain media sayap kanan UMNgOk.

Kena botol mineral kecoh mengalahkan kena langgar lori taik..!

Khak Ptuih..!

Penyokong Pakatan Rakyat yang kena baling dengan batu sampai pecah kepala langsung tak heboh… Babi punya Baki UMNgOk..!

Komen…!!!


MANEK URAI ‘UNIVERSITI POLITIK’ PAKATAN RAKYAT


Kejayaan Pas mengekalkan Dun Manek Urai harus diraikan dengan penuh rasa kesyukuran walaupun kali ini Pas menang dengan majorti yang tipis. Pilihanraya kecil dan pilihanraya umum sesuatu yang berbeza. Aliran corak pemikiran pengundi boleh berubah dengan tiba-tiba terutama kepada penduduk atau pengundi di Kelantan. Cara dan corak pemikiran politik mereka berbeza berbanding dengan penduduk lain di negara ini.

Mungkin kali ini dalam pilihanraya kecil Manek Urai mereka sebelum ini terutama golongan atas pagar atau pengundi luar merasa ‘tak apa’ kalau pangkah Umno@BN kerana undi tersebut tidak akan menjejaskan kerajaan Pas di bawah pimpinan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.Andaian mereka,kerajaan Tok Guru masih utuh dan stabil jika satu kerusi terlepas kepada umno@BN. Mungkin juga ada benarnya, aliran pengundi kali ini ingin menyampaikan sesuatu mesej yang saya rasa tidak sukar untuk difahami khususnya oleh pimpinan Pas khasnya dan pimpinan Pakatan Rakyat amnya.

Berbeza dalam Pilihanraya Umum yang lalu, golongan muda khususnya yang menetap di luar Kelantan balik umpama pesta untuk mempertahankan kerajaan Pas pimpinan Tok Guru dari dirampas oleh Umno@BN. Mereka berpusu-pusu dan berbondong-bondong dengan kesesakan yang luar biasa sepanjang perjalanan serta ada yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menyelamatkan kerajaan Pas di Kelantan.

Kepada pimpinan Pas dan Pakatan Rakyat di semua peringkat saya berharap agar tidak menunding jari kepada Umno@BN yang menipu, membeli undi, politik ugut dan sebagainya. Ini kerana itu sudah memang cara dan gaya Umno@BN berpolitik. Apa yang penting semua pihak dalam Pas dan Pakatan Rakyat perlu membuat post mortem terperinci berhubung dengan kemenangan tipis ini. Saya tidak melihat isu ‘perselisihan’ yang sengaja direka oleh pihak Umno@BN di antara Tuan Guru dan Ustaz Nasharudin menjadi faktor utama kemenangan tipis ini. Tetapi saya melihat pengundi Melayu di Manek Urai kurang senang dengan gelagat rakan Pas dalam pakatan khususnya DAP seperti yang berlaku di Kedah.

Pengundi Melayu terutama golongan atas pagar atau tidak berparti yang sebelumnya menyokong Pas dalam pilihanraya umum lalu mengalami konflik dan dilemma apabila isu yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

Ini merupakan pengajaran yang sangat penting kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat agar sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan dan pendapat khususnya hal yang sensitif. Mereka perlu mengeratkan muafakat dan kerjasama untuk memastikan matlamat menumbangkan kerajaan Umno@BN dalam pilihanraya umum akan datang benar-benar menjadi kenyataan. Hentikan segala polemik dan perdebatan secara terbuka sebaliknya setiap isu yang wujud perlu ditangani melalui rundingan dan semangat setiakawan.

Apa yang lebih penting segala ilmu dan pengalaman sepanjang pilihanraya kecil Manek Urai perlu dijadikan muhasabah dan renungan dengan menjadikan ia sebagai ‘universiti politik’ untuk rujukan pada masa akan datang.

Posted by angkasanuri

Pasangan bunuh pelajar KUIAM digantung

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

 


Noralina dan Khairul Anuar ditempatkan di Penjara Kajang sementara menunggu hukuman gantung dilaksanakan terhadap mereka.


 

Noralina


 

KUALA LUMPUR – ” Mama, Ina tak bunuh, Ina tak salah!”
Begitulah raungan sayu seorang gadis berbaju kurung dari kandang tertuduh yang menyentap perasaan galeri awam Mahkamah Tinggi di sini semalam sejurus dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIAM), Juliana Md. Fuzi dua tahun lalu.

Noralina Ahmad Dasuki, 22, yang bertubuh gempal dan berkulit sawo matang tidak mampu mengawal emosi dan hanya mampu menangis selepas Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah membacakan keputusan.

Ibunya cuba menenangkan Noralina yang kelihatan lesu dan tidak keruan sambil menasihatkan supaya dia menerimanya sebagai takdir serta berulang kali menyatakan sayang kepada Noralina.


Inilah Apartmen Sunrise, Wisma Indah di Jalan Tun Razak tempat Juliana dibunuh dua tahun lalu.


 

Walaupun cuba dibawa keluar oleh polis mahkamah, bekas pelajar kolej itu enggan berganjak dari kandang tertuduh dan merayu kepada ibunya supaya menolong membebaskannya.

Noralina juga enggan menerima bekalan makanan yang dibawa keluarganya.

Turut menerima nasib serupa ialah teman lelakinya, Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 27, jurujual di sebuah stesen televisyen satelit berbayar.

Suasana pilu berterusan apabila Khairul Anuar yang memakai baju penjara warna hijau menangis teresak-esak sambil mendekati isteri dan sempat memeluk anak lelaki mereka berusia tiga tahun.

Hakim Mohamad Zabidin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan kekasih itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes prima facie.

Rowe ‘jual anak’ kepada ibu Jacko


GAMBAR menunjukkan Rowe keluar dari sebuah restoran di Lancaster, California pada 5 Julai lalu.


 

LOS ANGELES – Debbie Rowe iaitu bekas isteri Raja Pop Micheal Jackson, didakwa ‘menjual dua anaknya’

kepada ibu penyanyi itu bagi mendapatkan wang sebanyak AS$4 juta (RM14.34 juta),

lapor sebuah akhbar semalam.

Rowe mendapat wang itu kerana dia memberikan hak menjaga dua anaknya iaitu Prince Michael I yang berumur 12 tahun dan Paris berusia 11 tahun.

Menurut sumber, keluarga penyanyi itu tidak gembira dengan jumlah bayaran tersebut.

“Mereka (keluarga Michael) menganggap tuntutan Rowe itu sebagai satu bentuk bayaran wang tebusan.

“Dia menuntut hak itu kerana dia mahukan wang,” kata satu sumber.

Rowe pernah bertugas

sebagai pembantu doktor

gigi Micheal. Dia pernah membenarkan Michael yang mesra dengan panggilan Jacko membesarkan dua anaknya.

Bekas isteri Jacko itu tidak menghadiri majlis penghormatan terakhir jenazah Jacko yang diadakan di Pusat Staples, Los Angeles pada 7 Julai lalu. – Agensi

Penangan Anugerah Planet Muzik – Aznil terpalit rasa tercabar

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
suzana.rajahamat@kosmo.com.my

 


 

DIA pengacara hebat, ternama, disegani ramai bahkan hasil kreativitinya menerusi program Macam-Macam Aznil sendiri pernah meraih gelaran sebagai Program Bual Bicara Terbaik dalam majlis anugerah Asian Television Award pada tahun 2005.

Di persada seni tanah air, sudah kerap kali nama Aznil Nawawi dilaungkan sebagai penerima gelaran Pengacara Lelaki Paling Popular bahkan kemampuan sebagai pengacara tersohor juga terbukti apabila diiktiraf sebagai Pengacara Lelaki Terbaik dalam Anugerah Sri Angkasa 2005.

Melihat kepada segala pencapaian dalam dan luar negara yang diraih, sudah tentu ‘kerja bercakap’ atas pentas sudah semudah menyebut ‘A, B, C’ kepadanya.

Berilah apa sahaja tawaran, berilah apa sahaja situasi dan berilah apa sahaja majlis, pasti hasilnya tidak mengecewakan. Tidak percaya, tanyakan kepada budak kecil walaupun berusia lima tahun, pasti nama Aznil laju disebut jika bercakap tentang artis pujaan mereka.

Namun, lain benar penerimaan Aznil lantaran penangan tawaran yang satu itu. Tawaran menjadi hos acara malam Anugerah Industri Muzik di Jakarta, Indonesia, 18 Julai nanti mendatangkan satu perasaan yang jarang hadir ke fikiran Aznil selama ini.

Itu juga bukan tawaran pertama mengendalikan Anugerah Planet Muzik bahkan Aznil sendiri antara pengacara tetap acara berkenaan lima tahun berturut-turut bermula 2003.

Tahun lepas, Aznil tidak berpeluang memijak kaki ke APM yang berlangsung di Kuala Lumpur kerana sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.

“Tidak seperti di Singapura dan Malaysia, di Indonesia nanti khalayak saya berbeza, di sana orang tidak begitu mengenali saya. Saya tidak hairan kalau orang Indonesia tidak kenal saya kerana saya akan lebih hairan kalau mereka kenal saya.

“Apa yang menyukarkan saya sekarang, saya masih tidak dimaklumkan tentang siapa regu yang akan digandingkan dengan saya pada malam 18 Julai nanti.

“Dengan kadar penonton dan pentas yang berbeza, saya sedikit gementar tapi tidaklah sampai rasa macam ‘rusa masuk kampung’, saya tahu bidang saya cuma tidak kenal gelanggang di sana. Saya takut lawak jenaka bagi saya bukan lawak bagi penonton di sana,” jelas Aznil merungkai debaran.

DISAYANGI, dihormati dan disanjungi kawan dan lawan, Aznil tidak pernah bongkak dengan kejayaan yang menjadi miliknya hari ini.


 

Tambahan pula, akui kepada bapa dua cahaya mata itu, sudah agak lama dia tidak terlibat mengacarakan mana-mana majlis anugerah yang disiarkan secara langsung.

Program Akademi Fantasia yang cukup sinonim dengan nama Aznil sendiri sudah dua musim diserahkan kepada AC Mizal. Kerja Aznil pula tertumpu kepada beberapa program kendaliannya, Macam-Macam Aznil, Jangan Lupa Lirik dan Tom Tom Bak. Di Malaysia, pentas terakhir yang menyaksikan kemunculan Aznil sebagai pengacara adalah Anugerah Era pada 2006.


PENGALAMAN luas mengendalikan rancangan secara langsung bukan tiket untuk Aznil merasa selesa setiap kali diberi tugasan baru.


 

Tidak tahu persediaan bagaimana yang harus dibekalkan untuk untuk beraksi di depan jutaan penonton di Indonesia, pengacara nombor satu Malaysia itu berharap dapat melunaskan amanah yang dipikul sebaik mungkin.

Pengalaman mengendalikan APM yang lepas-lepas boleh menjadi panduan tapi tidak akan membantu secara keseluruhan. Jika hendak dibuat perbandingan, pentas di Singapura dan Jakarta sebenarnya jauh berbeza walaupun kedua-duanya digelar serumpun.

“Budaya orang Melayu di Singapura hampir sama dengan budaya Melayu di Malaysia, begitu juga dengan bahasa. Di Indonesia, khalayaknya tidak begitu memahami bahasa Melayu Malaysia, takkan saya harus ‘indonesiakan’ diri saya di sana?

“Saya tetap akan kekalkan identiti saya, tengoklah macam mana nanti. Saya akan cakap bahasa Melayu dan mereka kena faham seperti mana kita faham bahasa mereka.

“Saya akan tiba di Jakarta pada 16 Julai. Di sana nanti barulah akan diberikan skrip dan akan mulakan latihan pada 17 Julai,” katanya yang membawa misi besar ke Jakarta nanti.


 

Biarpun misinya bukan untuk menggondol trofi anugerah yang dipertandingkan, kemasukan artis Malaysia ke Indonesia kali ini dilihat akan memberikan impak besar buat industri muzik tempatan.

Masuk ke Jakarta nanti, jangan sekadar masuk dengan sebelah kaki sebaliknya masuklah dengan sepenuh jiwa raga kerana itu satu-satu peluang untuk Malaysia membuka mata Indonesia yang selama ini memendam skeptikal terhadap perkembangan industri muzik di Malaysia.

“Ruang dan peluang untuk membuat persembahan di acara hebat di Jakarta seperti APM nanti tidak datang secara dua kali. Jadi, artis Malaysia harus guna peluang yang mungkin sekali seumur hidup itu untuk tunjuk kehebatan kita kepada khalayak di sana.

“Biar mereka terpaku dan impaknya, mungkin artis kita akan dipanggil semula ke sana. Ini peluang besar dan sungguh baik,” beritahu Aznil kental semangat nasionalisme.

AZNIL semakin kukuh menebar pengaruh ke negara jiran.


 

Menyentuh perkembangan terbarunya, selain Jangan Lupa Lirik yang masih menemui penonton di saluran Astro Ria dan Tom Tom Bak (Ceria), Aznil juga bakal muncul dengan musim terbaru program Macam-Macam Aznil yang bakal masuk musim kelima pada 16 Ogos nanti.

Beralih siaran dari Astro Prima, Macam-Macam Aznil 5 akan bertukar ke Astro Ria. Sesuai dengan pertukaran saluran itu juga, Macam-Macam Aznil 5 tampil dengan wajah serba baru, lebih energetik, lebih warna dan matang dari segi kandungan bahan siaran.

“Ketika di Astro Prima, target penonton saya adalah mak cik-mak cik, sebab itulah ada segmen joget lambak, tapi bila masuk semula ke Ria, format akan sedikit bertukar, lebih remaja, lebih ceria ada keletah anak-anak kecil belajar simpulan bahasa.

“Dalam bergembira, saya juga cuba mengajak golongan remaja untuk kenal jalan hidup menerusi segmen Tangkap Leleh,” jelas Aznil yang baru habis melakukan rakaman Macam-Macam Aznil 5 bermula 28 Jun hingga 11 Julai 2009 lalu.

Selain Tangkap Leleh yang akan menampilkan seorang pelakon pada setiap episod berkongsi rahsia untuk menjiwai watak, Macam-Macam Aznil 5 turut diisi dengan segmen Pakaian Beragam, Debat, Satu Malaysia dan Ribut Taufan.

Macam-Macam Aznil 5 akan disiarkan setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria bermula 16 Ogos 2009.

ucapan pemimpin pas di manek urai selepas kemenangan

Jentera serangan masih tumpul

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
wanfakhrul@kosmo.com.my

 


 

JENTERA serangan skuad kebangsaan nampak masih tumpul.
Peluang menjaringkan gol banyak dilepaskan.
Itu kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan dua perlawanan persahabatan yang dilalui skuad kebangsaan bertemu Zimbabwe atau lebih tepat menentang barisan pemain kelab Liga Perdana Zimbabwe, Monomotapa United.

Jika pada Ahad lalu di Stadium KLFA, Cheras skuad kebangsaan begitu garang mencatat kemenangan 4-0, petang semalam di Stadium Shah Alam mereka hanya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan yang sama.

Gol tunggal itu diperoleh menerusi gerakan solo pemain pertahanan kanan, V. Thirumurugan pada minit ke-38 yang disudahkannya menerusi sepakan leret dari dalam kotak penalti.

Selebihnya, tiada langsung percubaan bahaya dilakukan sehinggalah pada minit ke-90 apabila rembatan kencang Stanley Bernard Samuel ditepis penjaga gol Zimbabwe dan Ahmad Shakir Md. Ali yang menyambar bola tersebut gagal menyempurnakannya dengan baik.

Kelemahan di barisan serangan diakui jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal yang menganggap barisan penyerang muda negara memerlukan masa untuk memantapkan sentuhan penyudah mereka.

“Memang pada perlawanan pertama kita berjaya menjaringkan empat gol tetapi hari ini (semalam) hanya satu gol berjaya dihasilkan. Kita mencipta banyak peluang tetapi tidak cukup agresif dalam melakukan sentuhan penyudah.

“Saya kena terima hakikat mereka ini penyerang-penyerang muda dan banyak lagi yang perlu diperbaiki,” katanya pada sidang media selepas perlawanan petang semalam.


PENYERANG kebangsaan, Norshahrul Idlan (kiri) diasak oleh pertahanan Zimbabwe pada aksi di Shah Alam semalam.


 

Pada perlawanan tersebut, Rajagobal meletakkan Norshahrul Idlan Talaha sebagai penggempur utama sambil dibantu Amri Yahyah sebelum beliau memasukkan Stanley, Farderin Kadir dan Ahmad Shakir pada babak kedua.

Penyerang utama, Zaquan Adha Radzak tidak disenaraikan selepas dia mengalami kecederaan pada penghujung separuh masa pertama pada perlawanan pertama Ahad lalu.

Menjelang pertemuan dengan Manchester United petang Sabtu ini, Rajago- bal berkata, beliau sudah mempunyai ke- sebelasan utama yang bakal diturunkan kelak.

“Kita ada tiga hari lagi untuk berlatih dan saya mahu lihat sikap pemain agar terus bersemangat merebut tempat.

“Kita optimis untuk berhadapan United. Kami akan cuba memberikan yang terbaik dan termampu di hadapan penon- ton sendiri nanti,” jelasnya.

Sementara itu, penolong jurulatih Zimbabwe, Taurayi Mangwiro berkata, persembahan pasukannya sedikit meningkat berbanding aksi pertama Ahad lalu.

“Kita telah mengubah sedikit taktik dan kami berjaya mengelak dibolosi banyak gol seperti pada Ahad lalu. Saya lihat Malaysia sebuah pasukan yang bagus,” kata Mangwiro.

%d bloggers like this: