Artis kena suntik sebelum APM di Jakarta


GELAGAT Ayu menahan sakit ketika diberi suntikan pelalian selesema di Kuala Lumpur semalam.


 

KUALA LUMPUR – Sebagai langkah berjaga-jaga terhadap wabak selesema babi, artis-artis Malaysia yang bakal beraksi pada majlis Anugerah Planet Muzik 2009 (APM) di Jakarta pada Sabtu ini juga terpaksa mengambil suntikan demam selesema semalam.

Walaupun ia sekadar suntikan mencegah selesema biasa dan tidak dapat melindungi individu daripada ancaman selesema babi atau H1N1, beberapa orang artis seperti Aizat, Ayu, Stacy, Nubhan dan pengurus mereka tetap hadir untuk menerima suntikan di sebuah klinik di sini.

“Ia langkah berjaga-jaga. Sekurang-kurangnya saya sedap hati sebab dilindungi,” kata Aizat yang bertanding dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki), Artis Lelaki Terbaik, Album Terbaik dan Artis Malaysia Paling Popular.

Wang kertas baru RM50 untuk cegah pemalsuan


 

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mulai semalam mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan.

BNM dalam kenyataannya semalam menjelaskan, ia akan menggantikan wang kertas RM50 sedia ada secara berperingkat-peringkat.

BNM setakat ini belum menetapkan tempoh wang kertas RM50 sedia ada dihentikan pengeluarannya, namun ia tetap sah diperlakukan bersama-sama dengan wang kertas baru ini.

Menurutnya, wang kertas baru RM50 itu sebelum ini dikeluarkan pada Disember 2007 bersempena dengan Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia.

Namun siri baru ini tidak lagi mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara.

Air tasik kering kontang


AIR tasik kering akibat cuaca panas di Hotel Lake Palace di Udaipur, India pada tahun ini.



GAMBAR menunjukkan air di sekeliling Hotel Lake Palace di Udaipur, India pada 2007.


 

UDAIPUR – Tasik yang terdapat di sekeliling Hotel Lake Palace di Udaipur, India kering berikutan cuaca panas, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, hotel mewah dengan kapasiti 83 bilik itu terkenal sebagai destinasi santai selebriti seperti Madonna dan bekas suaminya Guy Richie, aktres Nicole Kidman serta Mick Jagger.

Namun, musim kemarau yang melanda India menyebabkan hotel ternama di negeri Rajasthan itu terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk membawa penginap.

“Kami tidak lagi menggunakan bot seperti dahulu,” kata pemilik hotel berkenaan, Lakshyaraj Singh Mewar.

“Tasik Pichola tempat hotel ini dibina kering berikutan hujan sedikit pada tahun lalu dan pengambilan air tasik untuk bekalan air minuman,” tambahnya.

Turut terjejas adalah bandar Udaipur yang digelar Venice Timur di mana 2.5 juta penduduknya bergantung sepenuhnya kepada sektor pelancongan untuk menyara hidup mereka.

Hotel Lake Palace menjadi terkenal setelah ia disiarkan dalam filem James Bond, Octopussy pada 1983. – Agensi

Konsert Jiwa M.Nasir

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

 

“Tipulah kalau saya kata saya langsung tidak tertekan tetapi saya cuba untuk tidak fikirkan sangat perkara itu supaya saya boleh fokus pada persembahan” – M. NASIR


 

Catatan kembara perjuangannya dalam bidang seni cukup panjang, dia bukan sahaja seorang pelakon dan komposer tetapi juga seorang penyanyi yang disegani sehingga diberi gelaran sebagai sifu yang bermaksud ‘guru’. Itulah M.Nasir, seorang seniman yang cukup besar namanya dalam bidang seni tanah air.

Kejayaan yang dikecapinya sepanjang 30 tahun perjuangan bukan sedikit sementelah pelbagai anugerah pernah digenggam, tetapi itu bukan satu petanda untuk dia berhenti mengundur diri. Sebaliknya, penyanyi yang telah singgah separuh abad usianya terus mara.

Buktinya pada 25 Julai depan, M.Nasir bakal menggegarkan Stadium Negara dengan Konsert 1Wajah M.Nasir yang dikhabarkan cukup gah sekali.

Siapa kata orang Melayu seusianya tidak boleh bikin konsert, sememangnya dia telah mempunyai rambut putih tetapi jiwanya terhadap seni sentiasa muda dan tidak pernah mati.

Kata M.Nasir ketika ditemui baru-baru ini, jangan dibandingkan usia seseorang dengan persembahan yang bakal diberi. Tampil dengan gaya di usia emas, pada M. Nasir lagi berbaloi kerana ketika itu sudah banyak pengalaman yang diraih.

“Jika di luar sana, orang tua pun boleh berjoget-joget atas pentas dan masih diterima, inikan saya. Saya belum tua dan mampu lagi menari dan berjalan,” ujarnya berseloroh.


DALAM seni, dirinya sentiasa muda.


 

M.Nasir yang akan menyanyikan 30 buah lagu tanpa henti pada konsertnya itu, turut memberitahu meskipun telah melalui beberapa zaman sejak muncul bersama kumpulan Kembara, kekuatan dan jiwanya tatkala mengadakan konsert tetap sama seperti usia mudanya.

“Semuanya masih sama. Jiwa yang sama, penghayatan sama yang mungkin berubah hanya angka usia dan koleksi lagu juga semakin bertambah,” ujarnya.

Jelasnya, sebagai seorang penghibur yang hidup mati bersama seni, nyanyian merupakan kehendak jiwanya. Kehendak yang tidak tahu bila akan berhenti.

“Hiburan adalah satu terapi jiwa buat semua orang, sama juga dengan saya. Nyanyian salah satu daripada jiwa saya sendiri. Oleh itu, setiap kali mengadakan konsert solo saya menyerahkan jiwa raga kepada penonton agar mereka terhibur.

“Mungkin orang kata sudah tua pun nak bikin konsert, tetapi orang tidak tahu

persembahan pentas yang biasa dengan konsert sangat berbeza kepuasannya. Konsert orang yang datang mereka bayar kerana minat dan tertarik.

“Saya pula yang berdiri di atas pentas menghiburkan ribuan orang yang terdiri daripada peminat juga mempunyai perasaan dan kepuasan yang sangat berbeza. Mungkin sudah rezaki untuk buat konsert dan rasanya ini masa yang tepat,” katanya lagi.


MENGAKUI setiap kali mahu tampil dalam konsert ada kerisauan yang bersarang di jiwa.


 

Mungkin ramai yang beranggapan seorang penyanyi dan penghibur seperti M.Nasir tiada apa yang perlu dibimbangkan dan ditakutkan tetapi sangkaan itu meleset kerana M.Nasir juga seperti manusia biasa yang turut bimbang akan risiko besar yang menantinya.

Dia bimbang akan reaksi dan penerimaan penonton, dia juga bimbang akan prestasi dirinya di pentas dan dia juga bimbang akan sudut teknikal yang kadangkala berjalan tidak seperti yang dirancang.

“Itu antara ketakutan yang saya alami setiap kali sebelum konsert. Saya menyanyi dan menghiburkan orang, jadi saya bimbang jika persembahan saya itu tidak ‘sampai’ kepada penonton. Jika itu terjadi ia umpama percintaan yang tidak sampai. Itu yang saya rasakan.

“Mereka bayar tiket dan mereka boleh tahu sama ada persembahan itu sampai atau tidak. Itu beri tekanan. Tipulah kalau saya kata saya langsung tidak tertekan, tetapi saya cuba untuk tidak fikirkan sangat perkara itu supaya saya boleh fokus pada persembahan,” katanya.

Selain itu, dia juga memberitahu selalunya penonton yang hadir ke konsert membawa sekali harapan yang tinggi melangit bahawa konsert yang ditonton pasti sempurna dan menghiburkan tetapi lain pula yang berada di kotak fikiran M.Nasir.


 

Katanya, orang yang datang mana-mana konsert sudah pasti tahu tahap dan corak persembahan seseorang penyanyi, tetapi penyanyi itu sendiri pada hakikatnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan seorang diri di atas pentas yang besar.

“Perkara yang sama berlaku pada saya. Orang ingat saya tahu apa yang harus saya lakukan dan apa yang akan dikatakan apabila berdiri di atas pentas. Tetapi kadang-kadang ada ketikanya saya terfikir apa yang saya harus lakukan lagi? Apa yang nak diucapkan kepada penonton dan bermacam-macam lagi berlegar-legar di kepala.

“Bagi saya orang datang ke konsert bukan sahaja nak lihat penyanyi menyanyi kerana itu memang kerja saya sebagai penyanyi. Orang selalunya nak lihat sisi lain diri saya daripada dekat dan juga perlakukan spontan yang bakal terjadi kerana spontan itu yang mahal. Ia tidak boleh dilihat di mana-mana selain konsert,” ungkapnya lagi.

Buat peminat setia M.Nasir, jangan lupa dapatkan tiket kerana masih ada ruang kosong yang perlu diisi dalam perut Stadium Negara itu. Mereka boleh membeli tiket konsert berharga RM383, RM253, RM153, RM83 dan RM53 daripada tiket Hotline di http://www.tickethotline. com.my atau hubungi talian 03-77251177/1166 dan 03-80769872/73.

Potongan sebanyak 10 peratus akan diberikan kepada pelajar.

Mana hak kami?

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

 


KAWASAN belukar di Taman Greenlast Makmur ini dipercayai lot tanah banglo yang diberikan kepada bekas pemain Pahang.


 

MUBIN


 

KHAIRUL AZMAN


 

KHAIRUL AZMAN MOHAMED dan Mubin Mokhtar merupakan watak utama yang menjulang nama skuad Pahang ketika mereka muncul juara tiga piala iaitu Piala Sumbangsih, Liga Perdana dan Piala Malaysia pada tahun 1992.

Namun kedua-dua mereka seakan-akan dinafikan hak untuk menerima ganjaran atas titik peluh usaha mereka itu daripada Kerajaan Negeri Pahang apabila hanya nama mereka berdua tercicir daripada senarai penerima geran lot tanah banglo yang diluluskan tahun lalu.

Selebihnya, 10 pemain utama skuad Pahang tahun 1992 iaitu Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Ahmad Yusof, Zulhamizan Zakaria, Mudzar Mohammad, Azaruddin Aziz, Azhar Kamaluddin, Tahir Mat Amin, Osaimi Jalil dan Aziz Hamid Kupai menerima lot tanah tersebut.

Kosmo! difahamkan lot tanah banglo itu adalah seluas 7,000 kaki persegi atau 650 meter persegi yang terletak di Taman Greenlast Makmur, Kuantan.

Sumber Kosmo! memberitahu, Khairul dan Mubin tidak mendapat tanah tersebut kerana ketika borang permohonan diberikan kepada pemain pada tahun 1995, mereka berdua sudah berhijrah ke pasukan lain.

Khairul yang menggalas tugas sebagai penjaga gol berhijrah ke Sabah manakala Mubin yang merupakan perancang tengah berhijrah ke Selangor pada musim 2005.

Namun bagi Khairul, 41, dia sendiri tertanya-tanya mengapa namanya dan juga Mubin tidak tersenarai sedangkan ganjaran tanah itu diberikan atas persembahan cemerlang Pahang pada musim 1992 itu.

“Nak kata sebab saya lari ke pasukan lain, Dollah dan Zainal pun ada berbuat demikian. Bukan mahu mengungkit, tapi saya juga berasakan saya berhak mendapat ganjaran ini.

“Saya cuma nak bertanya apakah alasan kerajaan negeri tidak memasukkan nama saya dan Mubin dalam senarai penerima tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kota Kinabalu semalam.

Mubin yang dihubungi juga memberitahu namanya turut tidak tersenarai dan tidak mengetahui mengapa perkara sedemikian boleh berlaku.

“Saya dan Khairul merupakan pemain utama pada musim 1992 itu. Pada final Piala Malaysia menewaskan Kedah 1-0 pun kami berdua beraksi ketika itu.

“Tapi daripada senarai 10 penerima ini, kenapa nama kami tercicir? Nak kata sebab saya berasal dari Terengganu, kenapa Khairul sebagai anak jati Pahang pun tak menerimanya?,” jelas Mubin.

Situasi seperti ini sepatutnya tidak berlaku memandangkan Khairul telah berhempas pulas menjaga gawang Pahang dengan cemerlang manakala Mubin pula begitu digeruni dengan rembatan deras kaki kiri dari luar kotak penalti yang sering menghasilkan gol.

berita panas dari pahang mesti baca

Suara Rakyat: Isu “Funfair Hadhari”, YDP Majlis Perbandaran Guna Kuasa Veto Teruskan Projek, Maka MB Diseru Gunakan Kuasanya Sekarang !!

KUANTAN – Susulan pendedahan eksklusif kami tentang isu kelulusan permit hiburan “Funfair Hadhari” yang didapati menyeleweng dan berlandaskan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), maka kami difahamkan satu “mesyuarat tergempar” telah diadakan berkenaan isu kontroversi ini semalam. Menurut sumber dalaman Majlis Perbandaran terbabit, mesyuarat itu diadakan bagi tujuan untuk menerangkan senario sebenarnya yang berlaku. Satu keputusan telah dicapai oleh kebanyakan ahli mesyuarat, namun ia telah ditentang oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran terbabit selaku Pengerusi Mesyuarat. Difahamkan YDP berkenaan iaitu Dato’ Azizan Ahmad  tetap mahukan ia diadakan dan “persetankan” segala cemuhan serta komen yang dilemparkan oleh rakyat termasuk pendedahan oleh Pahang Daily Online ini. Beliau dengan egonya tidak mahu permit kelulusan tersebut dibatalkan kerana penganjur “Funfair Hadhari” berkenaan telah mula tiba dengan beberapa buat traler yang membawa muatan peralatan terbabit. Ini akan menimbulkan kemarahan kepada pihak penganjur atas alasan mereka sudah mengeluarkan modal yang besar untuk tujuan itu. Satu persoalan yang timbul sekarang, kenapakah Yang Dipertua Majlis Perbandaran itu begitu mempertahankan penganjuran “Funfair Hadhari” tersebut. Sedangkan, kami telah menghuraikan dua kesalahan besar yang telah berlaku iaitu jaraknya yang dibawah 10 km dari pusat bandar dan kelulusan dua permit serentak dalam satu masa. Nampaknya, Yang Dipertua MPK terbabit seolah-olah telah “dibeli” oleh pihak penganjur untuk tujuan tersebut.

Dato’ Nan Diseru Gunakan Kuasa Batalkan Projek

Maka itu, adalah diharapkan pihak Kerajaan Negeri Pahang melalui Exco Agamanya iaitu YAB Menteri Besar Pahang sendiri, Dato’ Seri Adnan Yaakob dapat mengambil keputusan yang tegas untuk menghalang aktiviti ini diadakan di tapak berkenaan. Jika pemimpin yang berkuasa seperti Menteri Besar pun tidak dapat berbuat apa-apa dalam hal ini. Maka apalah gunanya melaung-laungkan kerajaan UMNO dan BN mengamalkan pendekatan “Islam Hadhari” dalam mendidik umat Islam ke arah kebaikan?.Tinjauan krew kami ke lokasi terbabit iaitu di kawasan lapang Tanah Putih bersebelahan Pasaraya Besar Giant, kini sedang sibuk dijalankan kerja-kerja pemasangan. Kelihatan beberapan buah traler yang membawa peralatan permain “Funfair Hadhari” itu sedang bersiap sedia untuk tugasan masing-masing. Suara rakyat supaya projek ini dibatalkan nampaknya sengaja tidak mahu diendahkan oleh Yang Dipertua Majlis berkenaan. Sedangkan kami difahamkan bahawa semua ahli mesyuarat dan Ahli Majlis Perbandaran terbabit sendiri menolak projek itu diadakan di lokasi berkenaan. Namun, anehnya seorang Yang Dipertua Majlis Perbandaran yang beragama Islam itu sanggup menggunakan “kuasa veto” untuk terus membenarkan ia dilaksanakan.

Gagal Bertindak, YDP MPK Wajar Letak Jawatan

Kami juga difahamkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Kuantan Dato’ Azizan Ahmad (foto) juga terlalu lemah dalam membuat keputusan. Malah beliau dilihat tidak layak lagi untuk menjadi ketua sebuah agensi kerajaan seperti Majlis Perbandaran Kuantan. Banyak isu-isu rakyat nampaknya gagal diselesaikan dan pihak terbabit lebih banyak mendera rakyat dengan berbagai tindakan yang bertujuan untuk mengisi kantung mereka semata-mata. Misalnya masalah saman “letak kereta” yang kini bagaikan pesta dan menjadi-jadi sejak sistem parkir perkomputer dilaksanakan beberapa tahun kebelakangan ini. Malah pihak terbabit dipercayai mengaut untung yang berlipar ganda dengan sistem berkenaan. Kantung Majlis Perbandaran Kuantan semakin terisi dan penuh hasil duit saman dan kompaun parking yang dikenakan kepada rakyat. Semua ini amat ketara sejak beliau mengambil alih tampuk pentadbiran MPK. Soalnya sekarang, apakah MPK sudah ketandusan wang lantaran beliau membenarkan “Funfair Hadhari” itu dilaksanakan juga, walhal sudah terang lagi bersuluh ia jelas melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak mereka sendiri. Justeru itu juga, kami menyeru supaya Yang Dipertua MPK terbabit meletakkan jawatan jika beliau gagal menangani isu ini dengan sebaik mungkin, untuk kepentingan rakyat secara keseluruhannya. Jika kontroversi ini gagal ditangani segera maka dikhuatiri ianya bakal memberi impak yang besar kepada politik UMNO dan BN Pahang sendiri dalam pilihanraya umum yang akan datang !!

[Justeru itu, kuasa Menteri Besar Pahang amatlah diperlukan dalam menangani hal ini. Jika tidak, sudah pasti ramai rakyat yang akan terus memberontak dan campurtangan politik akan berlaku. Sepatutnya dalam penerapan konsep Islam Hadhari, unsur hiburan seperti ini dapat dihapuskan. Ia langsung tidak membentuk manusia menjadi insan bertaqwa dan berakhlak mulia. Malah penganjuran aktiviti seperti itu bakal menggalakkan lagi aktiviti maksiat dan kemungkaran. Ia ditambah lagi dengan bulan keberkatan menjelangnya sambutan Ramadhan pada tahun ini. Jangan sampai rakyat mengadakan demontrasi jika projek ini diteruskan !!. Satu laporan polis dan SPRM juga akan dibuat terhadap YDP Majlis Perbandaran Kuantan bagi menyiasat sama ada terdapatnya unsur rasuah dalam kes ini lantaran beliau beriya-iya benar mahukan projek ini diteruskan biarpun mendapat bantahan dari kalangan rakyat !!].

Diadun dengan bahan penyedap makanan, garam

Oleh AZELI ALI
mohdazeli.ali@kosmo.com.my

 


HATTA (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada heroin yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas semalam.


 

BALIK PULAU – Siapa sangka serbuk perisa yang biasanya diguna sebagai bahan penyedap masakan digunakan ketika memproses dadah jenis heroin bersama garam?

Ramuan siap dipeket itu ditemui sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas pukul 10 pagi kelmarin.

Rampasan itu adalah yang terbesar dilakukan oleh IPD Barat Daya tahun ini dengan harga pasaran heroin yang dirampas dianggarkan berjumlah kira-kira RM3.5 juta.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Mohd. Zin, bahan-bahan itu dipercayai dicampurkan sebagai ramuan untuk memproses heroin.

Malang Nasib Khir Tolol! Kena Panggil Oleh PAC!

Bekas Menteri Besar Selangor mungkin dipanggil untuk memberi keterangan terhadap projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pengerusi Pemeriksaa Kira-kira Wang Negara (PAC), DatukAzmi Khalid berkata, ini kerana tanah projek tersebut adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kita akan panggil nama-nama mereka yang terlibat, senarainya panjang lagi tetapi sudah ada dalam senarai.

“Bekas-bekas menteri, ketua setiausaha kementerian penerangan dan bekas timbalan ketua setiausaha kementerian membuat keputusan dalam projek terssebut.

“Bekas pengerusi lembaga pelabuhan Kelang (LPK) akan dipanggil untuk memberi penerangan,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Hari ini, bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik memberi penerangan kepada PAC selama dua jam mulai pukul 11.30 pagi tadi.

Azmi berkata, bekas presiden MCA itu cuba menjawab semua soalan, tetapi ada juga yang beliau kurang ingat kerana ia berlaku 10 tahun lalu.

Beri kerjasama

“Beliau memberi kerjasama yang sangat baik, tidak mungkin PAC memanggilnya lagi kecuali jika ada soalan-soalan khusus untuk beliau.

“Kita juga tanya kepada Ling mengenai beberapa keputusannya tetapi dia kata ada keputusan yang dia kurang ingat dan untuk kehendak tertentu,” katanya.

Azmi berkata, Ling memberitahu PAC surat pertama ialah untuk menyokong PKFZ bukan jaminan kerajaan dan implikasi kewangan kerajaan.

“Menurut Ling,surat tersebut dibuat adalah cadangan yang dibuat oleh ketua setiausaha kementerian pengangkutan dan nasihat penasihat undang-undang kementerian,” katanya lagi.
Azmi berkata, seorang lagi bekas menteri pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy akan dipanggil memberi penerangan minggu depan.

Manakala, menteri pengangkutan sekarang, Datuk Seri Ong Tee Keat akan dipanggil memberikan penerangan jam 2 petang esok.

“Kita akan mendapatkan semua penerangan ini sebelum bermula sidang Parlimen, Oktober depan,” katanya.

Azmi berkata, antara isu-isu yang dibangkitkan oleh PAC ialah mengenai pengambilan tanah dan bon tidak dikeluarkan oleh jaminan kerajaan.

Katanya, PAC juga ingin tahu siapa yang membuat keputusan projek dibangunkan secara sekaligus, kerana sepatutnya secara berperingkat mengikut fasa demi fasa.

“PKFZ cuma siap 14 peratus yang mana ia boleh disewakan tetapi yang lain tidak.

“Terlalu banyak pembangunan yang dibuat tetapi hasilnya kurang dan ia menjejaskan kredibiliti projek,” katanya.
Sumber:Malaysiakini

[TERUSKAN MEMBACA ->>]

Posted by i at 7/15/2009 11:44:00 PM , Links to this post , 0 comments

KOTA BHARU, Julai 15 — Parti-parti Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS, PKR dan DAP terus menguasai pilihanraya kecil (PRK) pasca pilihan raya umum Mac 2008 lalu.

Secara agregat Pakatan menang 6-1 sekaligus menafikan kekuatan Umno-Barisan Nasional (BN) yang hanya menang di Batang Ai dan mengambil keputusan tidak bertanding di Penanti.

Terbaru, semalam Pakatan terus menjulang kemenangannya melalui parti PAS di PRK Dun Manek Urai. Walaupun tipis, namun Pakatan tetap menganggap kemenangan itu sangat besar baginya.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika mengulas kemenangan tersebut menganggap ia adalah tanda kejituan solidariti rakyat terhadap kerajaan Pakatan.

“Malah itulah tanda kerajaan di bawah pimpinan Umno-BN ditolak rakyat. Lantaran itu mereka harus menyedari kekuatannya semakin meruncing dan rakyat telah hilang kepercayaan meskipun banyak umpan serta janji ditabur setiap kali musim pilihan raya.

“Kecil atau besar majoriti diperolehi itu tidak jadi masalah. Walau apapun hakikatnya samaada majoriti kecilpun namanya menang, besarpun namanya menang juga,” katanya semasa diminta mengulas kemenangan parti tersebut dalam PRK Dun Manek Urai.

Pada PRK tersebut calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, menewaskan calan BN, Tuan Aziz Tuan Mat, dengan majoriti tipis 65 undi. Fauzi mendapat 5,348 undi dan Aziz mendapat 5,283 undi. Peratus keluar mengundi ialah 87 peratus.

Nik Aziz tidak menafikan PAS mendapat tentangan sengit dari parti lawan (Umno-BN) apabila hampir seluruh jentera kerajaan digunakan sepanjang tempoh proses PRK di Manek Urai.

Beliau menyifatkan PRK tersebut seolah-olah menyaksikan PAS bukan sahaja berdepan dengan BN sebaliknya terpaksa menghadapi tentangan kerajaan Persekutuan.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa kemenangan tipis calon PAS adalah berpunca daripada politik wang.

Sehubungan itu, menurut Husam, PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung perkara tersebut dan berharap tindakan selanjutnya diambil secepat mungkin.

Husam ketika menjawab soalan pemberita menafikan bahawa kemenangan tipis PAS mencerminkan pengaruh Mursyidul Amnya (Nik Aziz) semakin merosot sebaliknya berkata bahkan pengaruh Menteri Besar itu semakin meningkat.

Mengulas kemenangan total BN di pusat pengundian Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama, beliau berkata BN harus tunaikan janjinya kepada rakyat untuk membina jambatan baru bernilai RM7 hingga RM10 juta di sini.

“Mereka menang di situ. Jadi tidak ada sebab untuk BN memungkiri janjinya kerana itulah Manek Urai,” jelasnya.

Manakala Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, berkata janji menyediakan jambatan baru dan sogokan wang adalah antara faktor utama mempengaruhi pengundi menyebabkan kemenangan tipis PAS.

Bagaimanapun, menurut beliau PAS akan melakukan post mortem dalam masa terdekat berkenaan kemerosotan undi yang dilihat amat ketara.

PRK Dun Manek Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakub, melalui pilihanraya umum Mac 2008 menewaskan calon BN, Zulkifli Omar, dengan majoriti 1,352 undi.

[TERUSKAN MEMBACA ->>]

Posted by i at 7/15/2009 11:30:00 PM , Links to this post , 0 comments

Ada ahli Umno ‘cah keting’ di Manek Urai
Oleh Samsuri Roslan

KUALA LUMPUR, Julai 15 — Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mustapha Muhamad dikatakan `kecewa’ dan ‘kurang senang’ dengan sikap sesetengah ahli Umno tempatan yang dikatakan tidak langsung membantu jentera BN dalam pilihan raya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai lalu.

Difahamkan beberapa individu telah dikenalpasti tidak memberi kerjasama atau membantu sepenuhnya dalam pilihan raya kecil ini sehingga calon BN tewas dengan majoriti kecil 65 undi.

Seorang pemimpin Umno bahagian yang enggan namanya disebut memberitahu, unsur ‘chah keting’ masih berlaku dalam pilihan raya kecil ini sehingga calon BN tewas. (Cah keting adalah tindakan menyepak kaki rakan sendiri dari belakang.)

“Tidak mustahil Mustapha akan menyerahkan nama kepada kepimpinan Umno Pusat untuk memecat individu ini jika ada bukti kukuh mereka melakukan sabotaj,” katanya.

Dia memberitahu lagi, keadaan ini turut berlaku dalam Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau.

“Ada sesetengah individu yang tidak menjadi calon akan melakukan sabotaj sesama sendiri agar calon BN ini kalah. Inilah budaya yang masih berterusan di kalangan kepemimpinan Umno,” katanya.

Menurut beliau, keadaan menjadi lebih parah apabila individu terbabit berkelaluan seperti musang berbulu ayam dengan memberi sokongan secara tidak langsung kepada calon dari parti lawan.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar kepemimpinan tertinggi Umno mengadakan pelbagai program dalaman bagi mengukuhkan lagi jati diri dari kalangan ahli-ahli Umno terutamanya di peringkat kepemimpinan bahagian.

Sementara itu dalam kenyataannya kepada media, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pengundi kerana memberi sokongan bukan sahaja dari segi moral tetapi perlaksanaan jentera yang kukuh dan padu.

“Biarpun BN tewas dengan majoriti yang amat tipis namun semangat dan perjuangan yang ditunjukkan oleh para penyokong parti akan tetap diteruskan agar kesinambungan dapat diterus bagi kejayaan lain kali,” katanya.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula menyifatkan keputusan pilihan kecil Dun Manik Urai jadi petanda BN memenangi hati rakyat.

Katanya, walaupun tewas BN tetap meneruskan perjuangan dengan hati yang ikhlas.

[TERUSKAN MEMBACA ->>]

Posted by i at 7/15/2009 11:22:00 PM , Links to this post , 0 comments

KUALA LUMPUR, Julai 15 — Jentera Umno yang ditugaskan dalam pilihan raya kecil DUN Manik Urai terkejut apabila PAS menang dengan majoriti 65 undi dalam persaingan satu lawan satu dalam pilihan raya kecil tersebut.

Petugas dari Umno Wilayah Persekutuan, Abdul Hamid Mayuni yang ditugaskan berkempen sepanjang pilihan raya kecil ini berlangsung memberitahu jangkaan majoriti kemenangan PAS adalah sekitar 500-1000.

Sambil mengakui ia bukan membuktikan kelemahan jentera BN mahpun jentera PAS namun keputusan majoriti 65 undi adalah di luar jangkaan beliau.

“Memang kami akui jentera Umno/ BN menghadapi kesukaran untuk bergerak pada peringkat awal bagaimanapun beberapa hari sebelum menjelang hari pengundian sambutan dari pengundi begitu menggalakkan,” katanya yang juga Ahli Jawatan Kuasa Umno Bahagian Setiawangsa.

Dalam pilihan raya kecil ini, calon PAS, Mohamad Fauzi Abdullah memperoleh 5,348 undi sementara calon BN, Tuan Aziz Tuan Man mendapat 5,283 undi. Bilangan yang keluar mengundi adalah 10,736 undi atau 87 peratus daripada jumlah keseluruhan 12,293 undi. Majoriti undi adalah 65.

Keputusan pilihan raya kecil ini juga menyaksikan undi PAS merosot 398 undi sementara undi BN pula meningkat 919 undi jika di bandingkan dengan keputusan undi dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Menurut Abdul Hamid, dalam analisis yang dilakukan oleh bilik gerakan BN menunjukkan peningkatan sokongan undi terhadap calon mereka tetapi tidak sampai ke tahap selesa dan menang.

“Walaupun ada beberapa ramalan yang mengaitkan calon BN menang daripada beberapa peti undi tetapi secara keseluruhan masih disifatkan sedikit kabur terutamanya kepada pengundi luar,” katanya.

Bagaimanapun dia akui sambutan pengundi yang berbeza parti begitu harmoni dan menggalakkan ketika berkempen. “Pengundi sentiasa bersikap terbuka ketika dikunjungi oleh jentera BN mahupun PAS.”

Selain itu, Abdul Hamid juga mengakui ada sedikit unsur provokasi antara jentera yang berkempen tetapi ia tidak menjejaskan keseluruhan pilihan raya kecil ini.

“Malahan kami menerima beberapa pimpinan PAS kampung yang bersedia untuk membantu dan bekerjasama semasa berkempen,” katanya lagi.

Sehubungan itu, dia akui keputusan pilihan raya kecil ini juga sedikit sebanyak menjejaskan wibawa Datuk Nik Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai kebal sehingga tidak boleh disentuh sebarang isu.

“Maklumat balas yang kami terima, pengundi veteran dan lama masih teguh kepada Nik Aziz sementara sudah ada perubahan kepada pengundi muda,” katanya lagi.

[TERUSKAN MEMBACA ->>]

Posted by i at 7/15/2009 11:20:00 PM , Links to this post , 0 comments

Berbagai andaian diutarakan oleh orang ramai tentang kemenangan tipis Pas di MU..Namun hakikatnya ialah Pas menang dan dapat mempertahankan kerusinya.Walaupun berbagai rasuah wang dan kebendaan yang ditaburkan oleh BN dan dibantu oleh agensi kerajaan yang digunakan seperti ” harta bapak mereka ” tidak sedikitpun melunturkan semangat pengundi-pengundi yang menyokong Pas,Tahniah dan terimakasih untuk kalian.

Namun sebagai sebuah Parti Islam kita perlulah yakin dengan ketentuan Allah,dan sebaik-baiknya setiap ahli dan pimpinan Bermuhasabah diri dan mencari sudut kekurangan agar dapat dibaiki.Menurut seorang sahabat gua,PAS Kelantan turut menyumbang kepada penurunan mendadak undi di MU.

Kalau PAS Kelantan selesa bergerak sendiri semasa kempen PRU MU tanpa memerlukan sokongan dan bantuan PAS luar mahupun parti2 lain di dalam PR ( Ini sombong namanya ),sedangkan Umno mendatangkan petugas dari Perak untuk menceritakan kekalutan dan kelemahan MB Pas di Perak semasa pemerintahan PR yang menjadi kuda tunggangan DAP. maka ini adalah satu kesilapan besar Pas Kelantan.

Kenyataan Fatah Harun yang Pas sudah menang dengan majoriti 2000 undi seolah-olah Pas Kelantan yang menentukan kemenangan di MU ini menjadikan pengundi terkilan dengan sikap sombong ini,sedangkan masa itu pengundian masih lagi berjalan. Ulasan penganalisis di Astro Awani 501 semalam merumuskan jentera PAS di PRK MU inilah yang paling lemah sepanjang 5 edisi PRK selepas PRU ke 12.

Hal ini pernah mendapat teguran Datuk Dr Hassan Ali, Naib Presiden PAS sewaktu itu bila mengulas kekalahan PAS di PRK Pengkalan Pasir pada 2005. Jentera PAS pada masa itu tidak bersedia dan tidak buat ‘homework’. Kekalahan calon PAS, Haniffa Ahmad kepada calon BN, Hanafi Mamat menyebabkan PAS ‘nyawa-nyawa ikan’, hanya memerintah kerajaan kerajaan dengan kelebihan 1 kerusi. Salah satu kerusi yang PAS menangi di PRU 11 iaitu Kemuning hanya PAS menangi dengan 2 undi sahaja.

Calon…ini juga sebagai faktor yang dianggap besar oleh sesetengah pengundi yang menyebabkan pengundi muda beralih kepada BN,orang muda mahukan seorang calon yang mempunyai kredibeliti dan asas pendidikan yang tinggi,yang diharapkandapat melontarkan idea dan wawasan untuk memajukan pembangunan di MU.

Najib…. yang baru melepasi 100 hari mentadbir kerajaan Malaysia menjadi salah satu penyebab kebangkitan BN di PRK MU,yang mengharapkan sesuatu dari segi pembangunan dari kerajaan Najib C4 ini.. Nampaknya PAS Kelantan kenalah bermuhasabah diri dan tidak mempersalahankan pihak lain,demi untuk memperkukuhkan jentera dan menampal segala kebocoran dan kekoyakan kain sendiri untuk menghadapi pilihanraya ke-13 nanti.

sendiri mau ingat

[TERUSKAN MEMBACA ->>]

Posted by i at 7/15/2009 11:15:00 PM

Bekas Pemimpin Kanan MCA akan menyeberang ke PR

Bekas Pemimpin Kanan MCA akan menyeberang ke PR

Satu lagi perkembangan politik negara dalam suasana 1Malaysia, apabila ada sekumpulan bekas pemimpin kanan parti kaum Cina MCA akan menyeberang ke Pakatan Rakyat melalui PKR tidak berapa lagi.

Menurut satu sumber yang dipercayai, ia bermula dengan bekan calon presiden MCA iaitu Dato Chua Jui Meng, Bekas Senator David Yeo dan beberapa yang lain lagi.

Adalah dipercayai mereka akan mengumumkan perkara ini di Pejabat PKR dalam satu majlis pada hari Sabtu 18 Jul ini.

Moga-moga dengan perkembagan ini akan memberi satu harapan kepada politik sihat di Malaysia dalam situasi untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.

– Manjung Mari

0 Comments

 

Kerajaan perlu RM7j untuk vaksin H1N1

PUTRAJAYA 15 Julai — Kerajaan dianggarkan akan membelanjakan RM7 juta bagi mendapatkan vaksin Influenza A (H1N1) yang dijangka berada di pasaran hujung tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata harga sebenar vaksin itu bagaimanapun belum diketahui setakat ini.

“Kementerian telahpun membuat permohonan bagi mendapatkan bekalan vaksin ini untuk digunakan oleh 200,000 petugas barisan hadapan bagi memastikan perkhidmatan perubatan dan perkhidmatan asas terjaga dan berterusan semasa krisis berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata syarikat swasta terutama yang menyediakan perkhidmatan penting seperti bank dan stesen petrol dinasihat menyediakan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) bagi mengelakkan syarikat mereka terjejas akibat penularan virus H1N1.

Beliau berkata penyediaan pelan tersebut adalah sebagai garis panduan dalam mencegah dan mengawal penularan penyakit tersebut di premis perniagaan masing-masing, selain memastikan perkhidmatan asas yang mereka sediakan berterusan dan tidak menyulitkan pelanggan.

“Kalau mereka ada BCP mereka akan ambil langkah-langkah pencegahan dan langkah-langkah kawalan secepat mungkin, (contohnya) kalau seorang pekerja sakit suruh balik rumah. Kalau tak buat macam tu, ia akan menular dalam pejabat itu, semua sakit dan satu pejabat akan tutup, dan kalau ia melibatkan syarikat yang mengedar makanan, air dan sebagainya, seluruh negara akan terjejas,” katanya.

Dr Mohd Ismail berkata rangka penyediaan pelan tersebut boleh didapati di laman web kementerian iaitu http://www.moh.gov.my dan sehingga kini hanya lima atau enam buah syarikat yang dikenal pasti mempunyai pelan itu walaupun mereka telah diminta berbuat demikian sejak dua tahun lepas.

Mengenai situasi semasa H1N1 di dalam negara, beliau berkata sejumlah 21 kes baru dilaporkan, yang terdiri daripada tujuh kes import dan 14 kes jangkitan tempatan, namun hanya satu kes dirawat di hospital kerana komplikasi dehidrasi manakala baki 20 lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Katanya jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 825 kes, 562 daripadanya merupakan kes import dan 263 lagi kes jangkitan tempatan, dengan 703 atau 85.2 peratus daripadanya telah sembuh, 97 atau 11.8 peratus menerima rawatan sebagai pesakit luar dan baki 25 orang atau 3 peratus sedang dirawat di hospital. Tiada kematian dilaporkan.

Tiada kejadian wabak H1N1 terbaru dalam komuniti dilaporkan, manakala Sekolah Rendah Sulaiman 1, Kuala Terengganu dan tiga buah kelas di tiga buah sekolah berbeza iaitu Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Kebangsaan Intan Baiduri, Gombak, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, Dr Mohd Ismail meminta pihak hospital, pusat kesihatan, lain-lain agensi dan orang ramai meneliti garis panduan yang dikeluarkan kementerian berhubung pelaksanaan pencegahan dan mitigasi dalam pandemik H1N1 di negara ini, supaya pelaksanaan aktiviti mitigasi berjalan dengan cekap dan berkesan.

Beliau berkata terdapat 22 langkah pencegahan dan kawalan yang perlu dilaksanakan serta-merta, dan garis panduan tersebut telah diedarkan dan dimuatnaik ke laman web kementerian.

Dr Mohd Ismail berkata, mereka yang mengalami sakit-sakit ringan seperti demam biasa dan sakit tekak tidak semestinya perlu mendapatkan rawatan di hospital, sebaliknya boleh mendapatkan ubat di farmasi dan berehat di rumah.

Beliau berkata pesakit yang perlu mendapatkan rawatan di hospital adalah mereka yang mempunyai gejala seperti sesak nafas, sakit dada, sawan dan berkelakuan pelik, atau mereka yang sememangnya menghidapi penyakit kronik seperti sakit paru-paru, sakit jantung dan sakit buah pinggang, atau mereka yang mempunyai ketahanan badan yang kurang atau mereka yang berisiko tinggi seperti obesiti dan wanita yang hamil.

Jika terdapat sebarang keraguan mereka boleh mendapatkan nasihat daripada kementerian dengan menghubungi talian 03-8881 0200, 03-8881 0300, 03-8883 4414 dan 03-88834415, dan mereka yang hendak ke hospital pula dinasihat agar memakai topeng muka supaya penyakit itu tidak tersebar kepada orang lain termasuk doktor dan pegawai yang bertugas, katanya.

— BERNAMA

* Yang selama ini, kamu semua suntik…?

0 Comments

 

Mahkamah diberitahu Anwar tiada di tempat kejadian liwat

KUALA LUMPUR 15 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di tempat kejadian jenayah sepertimana didakwa dalam pertuduhan liwat terhadapnya, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Peguam Edmund Bon berhujah, perkara itu terkandung dalam notis alibi yang diserahkan oleh Anwar kepada pihak pendakwaan bulan lepas.

Dalam alibi itu, dinyatakan bahawa tiada keterangan kukuh mengenai kemasukan zakar dan ini disahkan oleh empat doktor, katanya.

“Sebab itu kami perlukan semua dokumen berkaitan dengan kes ini untuk menyediakan pembelaan terbaik,” kata Bon pada pendengaran permohonan Anwar kepada Mahkamah Tinggi untuk memerintahkan pihak pendakwaan memberikan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya itu secepat mungkin sebelum perbicaraan kes liwat itu bermula.

– Bernama

0 Comments

 

Ke Mana Perginya Laporan Pusrawi?

Pendakwaraya berkata pihaknya tidak mempunyai laporan perubatan Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Kuala Lumpur keatas penuduh, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut laporan itu, Saiful mengadu mengalami tenesmus iaitu kesukaran dan kesakitan ketika membuang air besar. Setelah diperiksa Dr Mohamed Osman, di dapati dubur Saiful “tidak mengalami pendarahan aktif”, “tiada kesan ulser atau nanah” dan “tiada kesan koyak atau calar”.

Dr Mohamed Osman memeriksa penuduh beberapa jam sebelum membuat Saiful laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun tahun lalu. Saiful mendakwa dia telah dirogol, sebelum pendakwaraya menukar tuduhan kepada sukarela.

Pendakwaraya juga berkata pihaknya telah menyerahkan laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur kepada pasukan pembelaan.

Mahkamah bersambung esok jam 9 pagi. – TVA

* Konspirasi jahat yang nyata

1 Comments

 

SPRM serbu pejabat dua tokoh DAP

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat dua pemimpin DAP, termasuk seorang exco kerajaan Selangor, bagi siasatan berhubung salah guna wang peruntukan DUN.

Lima pegawai SPRM berada di bilik Ean Yong Hian Wah, exco pembangunan kampung baru dan kilang haram, selama 15 minit di bangunan sekretariat kerajaan Selangor dalam serbuan jam 3.30 petang ini.

Sebelumnya sepasukan tiga pegawai SPRM menyerbu bilik gerakannya di Seri Kembangan mulai jam 12.30 tengah hari tadi.

Seorang lagi ADUN parti itu Lau Weng Sang turut menjadi sasaran serbuan SPRM.

– Malaysiakini

* Yang jelas rasuah dia diam

Lawan Sampai Akhir – Anwar

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berikrar untuk melawan apa sahaja cubaan kerajaan pusat menghancurkan Pakatan Rakyat.

“Kita akan menjadikan ia sukar untuk mereka, kita akan lawan mereka di setiap peringkat,” kata Anwar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Mantan Timbalan Perdana Menter itu melahirkan rasa marah beliau kepada usaha Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk mengertak pihak pembangkang.

Beliau berkata demikian selepas mahkamah menolak permohonan pasukan pembelaan untuk mencari ketua pembelaan baru, selepas peguam veteran Sulaiman Abdullah dimasukkan ke hospital semalam.

“Sistem ini masih mendokong kezaliman. Kita perlu ubah sistem ini,” tegas Anwar.

Beliau berkata pentadbiran Najib mencabul institusi awam seperti badan kehakiman dan suruhanjaya pencegahan rasuah untuk kepentingan politik, mengancam pemimpin-pemimpin pembangkang atas tuduhan yang tidak berasas.

“Adalah hak kamu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil, hak kamu untuk dilindungi dari samseng dan ah long, tetapi bagaimana pula dengan PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang)? Kemana siasatannya?” kata Anwar kepada Umno-BN dan Najib.

“Kamu ingat kamu boleh bisukan pembangkang dengan menakut-nakutkan saya? Kamu ingat dengan mengasari Anwar seperti ini, Anwar akan berdiam diri? Kamu sudah salah, kita akan terus laksana hak kami bersuara untuk rakyat,” sumpah Anwar.

%d bloggers like this: