lebih jelas lagi kalau tengok penjelasan yang benar tindakan sprm jahat!!

Selangor tumbang sebelum 2 September

 

Apa yang berlaku kepada Teoh merupakan salah satu tindakan SPRM yang tersilap langkah. SPRM begitu terdesak untuk melakukan kerja-kerja menumbangkan Selangor dibawah arahan Najib..yang mahu memastikan bahawa Selangor akan tumbang sebelum 2 September 2009.

 

 

Dulu semalam, serbuan ke pejabat exco kerajaan Selangor dilakukan oleh SPRM. Beberapa exco telah disoalsiasat, konon disyakki salahguna peruntukan.Semalam, setiausaha politik seorang exco telah mati secara misteri yang disahkan sebagai mati mengejut.

 

 

 

Malam tadi, beberapa tangkapan ke atas penyimpati mendiang dilakukan.Semua ADUN PR, termasuk MB Selangor, akan disiasat dalam masa terdekat. Tiga minggu lepas, empat ADUN PR, khabarnya dipujuk supaya menyertai BN.Ini adalah babak-babak permulaan Konspirasi Tertangguh untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor. Kita tunggu dan lihat babak-babak seterusnya.
Kalau Takut Dipukul Badai…
Usah Berumah Di Tepi Pantai…

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com

Dua minggu sebelum demonstrasi besar dirancang bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mantan perdana menteri berkata kerajaan wajar “berani memansuhkannya.”

Dua minggu sebelum demonstrasi besar dirancang bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mantan perdana menteri berkata kerajaan wajar “berani memansuhkannya.”

Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan, lapor Bernama.

“Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

“Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan
kerajaan mengambil tindakan pencegahan,” beliau dipetik berkata.

Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Dicemari stigma negatif

Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk
melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya “kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA” sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

“Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

“Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik,” katanya seperti dilaporkan.

Pemuda Gerakan berdemo

Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini.

Parti itu juga mengarahkan semua ketua penerangan negeri dan peringkat kawasan menganjurkan ceramah dan mengedar risalah menggalakkan orang ramai menyertai Himpunan MANSUH.

Pada 13 Julai, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap – dan turut serta dalam – demonstrasi itu yang dianjurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang disertai pembangkang dan NGO hak asasi.

Pada 22 Jun lalu, GMI secara rasmi mengumumkan perhimpunan itu dengan mensasarkan jumlah “sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)”, dua tahun lalu.

Pada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.

Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.

ikuti berita gempar di indonesia.

Hotel di Indonesia di bom lagi

JAKARTA: Menteri Penyelaras Keselamatan Indonesia, Widodo AS berkata, sebanyak sembilan orang mati dalam kejadian letupan di Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz Carlton yang terletak bersebelahan kawasan Mega Kuningan di sini pagi ini.

Katanya, kejadian berlaku akibat letupan bom yang kuat yang berlaku sebanyak dua kali, berselang dua minit antara satu sama lain pada 7.45 pagi dan 7.47 pagi waktu Indonesia Barat.

“Ini jenis mempunyai ledakan tinggi,” katanya kepada pemberita di depan Hotel JW Marriott tersebut, yang turut diiringi Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri, Ketua Badan Inteligen Nasional, Syamsir Siregar dan Gabenor Fauzi Bowo.

Police officers inspect the damage at J.W. Marriott hotel after a bomb went off in Jakarta, Indonesia, Friday, July 17, 2009. Bombs exploded at the Ritz-Carlton and Marriott hotels in the Indonesian capital on Friday, ripping the facade off the Ritz, police said.

Police officers stand guard near debris outside J.W. Marriott hotel after an explosion went off in Jakarta, Indonesia, Friday, July 17, 2009. Bombs exploded at the Ritz-Carlton and Marriott hotels in the Indonesian capital on Friday, ripping the facade off the Ritz, police said.

Security guards stand outside the Ritz-Carlton hotel after an explosion went off in Jakarta, Indonesia, Friday, July 17, 2009. Bombs exploded at the Ritz-Carlton and Marriott hotels in the Indonesian capital on Friday, ripping the facade off the Ritz, police said.

Indonesian counter-terrorist police commandos secure the damaged Ritz-Carlton hotel in Jakarta on July 17, 2009 after an explosion hit the Ritz-Carlton and nearby JW Marriot hotel killing at least seven people, including several foreigners and seriously wounding 48, officials said.

An injured hotel employee receives medical treatment outside the Ritz-Carlton hotel after an explosion went off there in Jakarta, Indonesia, Friday, July 17, 2009. Bombs exploded at the Ritz-Carlton and Marriott hotels in the Indonesian capital on Friday, ripping the facade off the Ritz, police said.

Hotel employees gather outside the Ritz-Carlton hotel after an explosion went off there in Jakarta, Indonesia, Friday, July 17, 2009. Bombs exploded at the Ritz-Carlton and Marriott hotels in the Indonesian capital on Friday, ripping the facade off the Ritz, police said.

Guests leave the Ritz-Carlton hotel after an explosion went off there in Jakarta, Indonesia, Friday, July 17, 2009. Bombs exploded at the Ritz-Carlton and Marriott hotels in the Indonesian capital on Friday, ripping the facade off the Ritz, police said.

Police officers escort hotel guests as they leave the Ritz-Carlton hotel after an explosion went off in Jakarta, Indonesia, Friday, July 17, 2009. Bombs exploded at the Ritz-Carlton and Marriott hotels in the Indonesian capital on Friday, ripping the facade off the Ritz, police said.

In this photo released by Indonesian State Secretariat, police forensic officers inspect the damage inside the Ritz-Carlton hotel after an explosion in Jakarta, Indonesia, Friday, July 17, 2009. Bombs minutes apart ripped through the J.W. Marriott and Ritz-Carlton hotels, located side-by-side in an upscale business district in the capital Friday, ending a four-year lull in terror attacks in the world's most populous Muslim nation.

In this photo released by Indonesian State Secretariat, a member of police forensic inspects the damage inside the Ritz-Carlton hotel after an explosion in Jakarta, Indonesia, Friday, July 17, 2009. Bombs minutes apart ripped through the J.W. Marriott and Ritz-Carlton hotels, located side-by-side in an upscale business district in the capital Friday, ending a four-year lull in terror attacks in the world's most populous Muslim nation.

In this image taken from a footage shot by ANTV and distributed via APTN,  an injured man on a stretcher is attended outside a hotel following a bomb blast in Jakarta, Indonesia, Friday, July 17, 2009. Bombs have exploded at the Ritz-Carlton and Marriott hotels in the Indonesian capital on Friday, ripping the facade off the Ritz.

In this image taken from a footage shot by ANTV and distributed via APTN,  an injured man sits in a stretcher outside a hotel following a bomb blast in Jakarta, Indonesia, Friday, July 17, 2009. Bombs have exploded at the Ritz-Carlton and Marriott hotels in the Indonesian capital on Friday, ripping the facade off the Ritz.
Read more…

Posted by pemudabesut

12 rakyat Malaysia di hotel JW Marriot selamat

JAKARTA: 12 rakyat Malaysia yang menginap di Hotel JW Marriot, satu daripada dua buah hotel yang menjadi sasaran letupan bom pagi ini, disahkan selamat dan sudah keluar dari hotel terkemuka itu yang terletak di kawasan Mega Kuningan, Jakarta Selatan.

Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Zainal Abidin Mohamed Zain berkata lima orang daripada mereka telah melaporkan diri ke kedutaan yang terletak tidak jauh dari hotel itu.

“Mereka yang merupakan ahli perniagaan sudah melaporkan diri dan meminta bantuan kedutaan untuk mendapatkan semula pasport serta barangan mereka yang ditinggalkan di JW Marriot,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Empat lagi ialah keluarga Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE ke Indonesia yang baru, Yusram Yusup iaitu isteri, dua orang anak dan pembantu mereka yang baru tiba pada 15 Julai dan menginap sementara di JW Marriot, bersebelahan pejabat MATRADE di Plaza Mutiara.Zainal Abidin bagaimanapun berkata ketika kejadian Yusram sedang menjalankan tugas di Surabaya. – Bernama

Kes Teoh: 7 termasuk pemimpin Pakatan ditangkap

Gan mengadu dipukul polis

SHAH ALAM, 17 Julai: Adun Rawang, Gan Pei Nei yang menjadi salah seorang mangsa pukulan pihak polis pagi tadi di Bangunan Masalam berkata, keputusan untuk tindakan seterusnya akan diambil selepas perbincangan dengan pihak peguam di Bangunan SUK, petang ini.

Beliau yang bercakap dengan Siasah berkata, beliau dan rakan-rakan yang lain baharu sahaja pulang dari hospital di Kelang untuk menjalani pemeriksaan ekoran pukulan terbabit menyebabkan benjolan di kepalanya.
Untuk pengetahuan, Gan merupakan wakil rakyat wanita yang sepatutnya menerima wartawan Siasah dalam satu tembubicara berbentuk focus untuk bulan Ogos namun terpaksa membatalkannya ekoran kejadian berkenaan.
“Kami pun hairan kenapa pula kami yang dipukul polis sedangkan kita hanya berkumpul secara aman di Bangunan Masalam dan hanya cakap-cakap sedikit sahaja,” terangnya kepada Siasah baru sebentar sebelum ini.
Menurutnya, antara yang turut menjadi mangsa adalah Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan ramai lagi ditangkap termasuk Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam.
Mereka berkumpul di hadapan Bangunan Masalam dekat sini bagi menyatakan sokongan dan simpati serta memohon satu siasatan terperinci dilakukan oleh pihak polis terhadap bagaimana bentuk penyiasatan pihak SPRM sehingga berakhir dengan kematian mangsa.
Gan berkata, keadaan di Masalam kini aman dan orang ramai kelihatan berhimpun di hadapan Balai Polis Shah Alam bagi menyuarakan sokongan kepada rakan-rakan mereka yang masih belum dibebaskan ketika berita ini ditulis.
Pada jam 1.30 petang semalam, pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock, 30, ditemui meninggal selepas dikatakan jatuh di Bangunan Masalam selepas selesai siasatan oleh SPRM pada jam 3.45 pagi sebelum itu.
Ekoran itu, Kerajaan Selangor menyifatkan kematian Teoh sebagai satu tragedi yang amat menyedihkan dan Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Teoh ekoran kehilangan orang yang tersayang yang sepatutnya mendapatkan perkahwinannya pada hari ini.
Pakatan Rakyat menggesa pihak kerajaan mewujudkan satu Jawatankuasa Diraja untuk menyiasat secara khas dan terperinci bagaimana kejadian itu berlaku dan boleh berakhir dengan satu kematian yang amat menyedihkan.
Posted by Siasah at 1:29 AM 42 comments  
SHAH ALAM, 17 Julai: Para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor tidak mahu membuat sebarang penjelasan mengenai kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock atas arahan pihak atasan.


Usaha para pimpinan Pakatan Rakyat bertemu dengan mereka di Tingkat 14, Plaza Masalam tidak mendatangkan sebarang hasil kerana mereka diarahkan tutup mulut.
Demikian beritahu Dr Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Lim Kit Siang ke pejabat SPRM Selangor pagi tadi.
Mereka berempat telah dibenarkan oleh polis dan SPRM untuk naik ke pejabat SPRM di tingkat 14 dan mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan SPRM namun tidak mendapat sebarang hasil kerana mereka tidak boleh membuat sebarang kenyataan.
Para pemimpin PAS, DAP dan PKR memenuhi perkarangan Plaza Masalam sejak semalam sebaik sahaja tersebarnya berita kematian Teoh.
Posted by Siasah

ISU SPRM : Pengakuan Org terakhir Jumpa Teo

 

Orang terakhir jumpa Teo: Saya didera SPRM…

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

 

 

Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock – setiausaha politik exco kerajaan Selangor – yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang semalam.

Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik ‘polis baik dan polis jahat’ – pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: “Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!”.

 

 

Sewaktu disoal siasat, katanya, pegawai yang lain masuk ke bilik untuk mempersendakan kelemahannya bercakap dalam bahasa Malaysia dan memanggilnya dengan istilah yang kesat – Cina bodoh – dan bertanya sama ada dia rakyat China.

Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu ‘penderaan mental’.

“Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah,” kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 6:40 PM 0 Komen Anda

Tahniah, rakyat didahulukan.Hadiah ke 12.

 

oleh Dr M. Hayati

Hadiah kedua belas ( 12) sempena 105 hari jadi Perana Menteri.

Sebelum pilihanraya kecil Manek Urai, Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan berbagai hadiah buat rakyat. Dikira oleh pelajar yang belajar math dalam bahasa Inggeris eleven kesemuanya. Namun, selepas BN tewas di sana kini, rakyat juga menerima “hadiah istimewa” kedua belas (twelveth) daripada Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Kadar tambang baru bas sekolah di Semenanjung (kadar bulanan) bagi sektor bandar dibenar dinaikkan 6.33 sen, iaitu RM21.10 sekilometer pertama sekarang kepada RM27.43 sekilometer pertama. Manakala itu tambang bas ekspres dibenarkan naik lagi 2 sen dari 6.5 sen sekilometer kepada 8.5 sen sekilometer mulai 1 Ogos ini.

Kerajaan juga membenarkan tambang bas henti-henti di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dinaikkan antara 25 sen hingga 70 sen menjadikan tambang baru antara RM1 hingga RM3.10 sen. Dalam pada itu bagi tambang bas mini dan bas pengantara pula akan dinaikkan sebanyak 20 sen. Lebih mendukacitakan ialah kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus bermula 1 Ogos. Kenyataan perihal kenaikan ini telah dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, hari ini.
Sementara itu, beliau juga mengumumkan bahawa tambang baru teksi turut akan dinaikkan daripada RM2 sek m kepada RM3 sekm mulai 1 Ogos ini. Dengan kenaikan ini, jelas sekali membuktikan bahawa memang apa yang diwar-warkan oleh DS Najib Razak bahawa “rakyat didahulukan” kini terbukti benar dan tepat. Tahniah diucapkan kepada semua yang terus membenarkan Pekember/ BN berkuasa.

Mungkin mereka tidak merasa impaknya, kerana semuanya ada kenderaan sendiri, boleh lalu tol banyak-banyak sehingga dapat diskaun 20 % setiap bulan. Ya lah semua mereka guna smarttag dan touch and go.

Atau apakah kenaikan ini adalah hukuman kepada pengundi yang memenangkan YB Hj Fauzi Abdullah di Manik Urai 14 julai lalu.

Sekali lagi tahniah kepada Pekember /BN yang mendahulukan rakyat dengan segala kenaikan ini dan juga tahniah kerana dapat mengekalkan pretasi tanpa menang anda dalam kesemua 6 PRK di Semenanjong Malaysia ini. Insyaallah buatlah lagi PRK, rakyat akan menambahkan lagi koleksi rekod tanpa menang ini sekiranya hadiah demi hadiah yang diberikan oleh PM kepada rakyat berterusan begini. Panggillah editor Malaysia book of record untuk memasukkan ccatatan ini buat kenangan anak cucu kita dimasa akan datang.

Masa nak naikkan harga minyak dulu, dikatakan 4 billion dapat dikumpul untuk meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam seluruh negara, tetapi yang rakyat dapat bukan perkhidmatan yang lebih baik, hadiah tambang yang akan mencanak naik.

Mulanya surcaj dikenakan dalam kenaikan tambang hanya beberapa bulan, tetapi lepas tukar PM baru, katakan pula surcaj tu bukan pasal kenaikan harga minyak, tetapi kos lain termasuk overhead dan spare part dan survice yang naik.

kalau cakap dan janji tak kelentong, bukan nama BN , kata seorang kawan.

 



:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 5:34 PM 0 Komen Anda

Cadangan pindah pusat sembelih babi perlu telus

 

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
ctfa@bharian.com.my

Jawatankuasa teknikal mesti dedah laporan kepada penduduk

ALOR SETAR: Cadangan kerajaan negeri untuk memindahkan rumah sembelih babi ke Kampung Sungai Toh Pawang dekat Sungai Petani perlu dibuat secara telus dengan mendedahkan kepada umum keputusan laporan Jawatankuasa Teknikal jika projek itu mendapat kelulusan.

Penolong Setiausaha Kehormat Sahabat Alam Malaysia (Sahabat Alam), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata laporan Jawatankuasa Teknikal oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu didedahkan bagi meyakinkan penduduk dengan membuktikan cadangan itu tidak mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar dan masyarakat setempat.

Beliau berkata, perkara itu penting kerana sisa kumbahan daripada pusat sembelih dan penternakan babi boleh mendatangkan impak besar terhadap alam sekitar dan masyarakat jika ia tidak diselenggara dengan sempurna.

“Kebiasaannya projek rumah sembelih babi hanya mengikut prosedur yang ditetapkan ketika mula beroperasi tetapi selepas dua atau tiga tahun, mereka mula mengabaikan aspek piawaian yang digariskan Jawatankuasa Teknikal terbabit.

“Justeru, jika benar premis sembelih baru ini mempraktikkan amalan bebas kumbahan bermakna ia perlu bebas kumbahan selama-lamanya dan bukan hanya dipraktikkan ketika mula beroperasi.

“Rumah sembelih baru ini juga perlu kerap dipantau oleh Jawatankuasa Teknikal bagi memastikan pengusaha tidak melanggar undang-undang ditetapkan kerana kita tidak mahu lokasi baru ini menimbulkan kontroversi khususnya membabitkan kepentingan alam sekitar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan kerajaan negeri untuk memindahkan rumah sembelih babi ke Kampung Sungai Toh Pawang berikutan premis lama di Kampung Berjaya di sini dirobohkan, baru-baru ini.

Sabtu lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengesahkan Kampung Sungai Toh Pawang adalah lokasi baru yang dicadangkan Persatuan Peniaga dan Penyembelih Babi Kedah.

Azizan berkata, bagaimanapun pemindahan lokasi penyembelihan baru itu perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Teknikal termasuk JAS, JPV dan PBT terlebih dulu.

Difahamkan lokasi baru yang dicadangkan itu jauh daripada penempatan awam, selain tanah berkenaan milik individu dan wujud pusat ternakan babi secara kecil-kecilan di kawasan terbabit.

Azizan juga memberi jaminan jika rumah sembelih baru dibina di kawasan itu ia tidak menjejaskan kualiti air Sungai Toh, seperti yang didakwa penduduk kerana ia mengamalkan sistem bebas kumbahan.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 4:34 PM 2 Komen Anda

Kedah’s new oil refinery

 

By Elizabeth Looi, Malaysia Correspondent

KUALA LUMPUR – MALAYSIA is building the country’s largest oil refinery in northern Kedah, giving a boost to the state’s economy that currently relies heavily on agriculture.

The US$10 billion (S$14.5 billion) Merapoh refinery project in the Yan district will be able to produce 350,000 barrels a day, nearly twice the capacity of the second-largest refinery in Malacca.

The project will be developed by Merapoh Resources and should be completed by 2013 or 2014. It is expected to contribute RM200 million (S$81.6 million) to the state’s annual income.

Much of the output is destined for China, as China National Petroleum Corp has agreed to take up 200,000 barrels per day for 20 years.

‘We have appointed South Korea’s SK Group, which owns one of the world’s largest oil refineries and is the third-largest industrial group in South Korea, to do the engineering and construction of the project and the maintenance of the refinery,’ said Merapoh executive chairman Nazri Ramli.

‘Under the project, Merapoh will import crude oil from the Middle East, most probably from Saudi Arabia, process the crude into refined products and export them to China and other Asian nations.’

The signing of agreements between the Kedah state government, Merapoh and the investors was held here on Wednesday.

Hong Kong Beijing Star and Winston Investment will each invest US$5 billion, and together will hold an 80 per cent stake in the project. Merapoh will own the remaining 20 per cent as the licence holder for the project.

The two investors will find buyers for the remaining 150,000 barrels a day. Crude oil imported from the Middle East will be refined into liquefied petroleum gas, naptha, petrol, kerosene, jet fuel and diesel.

Mr Nazri explained that the refined oil would be transported to China and other countries via vessels, as there are no pipeline projects coming up soon. The Merapoh refinery project is set to employ 500 engineers and professionals as well as 1,000 other workers.

p>Read the full story in Friday’s edition of The Straits Times.

elizlooi@sph.com.sg

 



:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 3:55 PM 0 Komen Anda

HADIAH Najib 100 : Pengguna Tidak Setuju

 

Pengguna tidak setuju

KUALA LUMPUR 16 Julai – Pengumuman kerajaan untuk menaikkan kadar tambang bagi pengangkutan awam bermula 1 Ogos ini menimbulkan keresahan di kalangan orang ramai.

Pelayan restoran, Mohd. Hadi Mohd. Surajin, 18, berkata, kenaikan tambang pengangkutan awam terutama bas dan teksi itu adalah tidak wajar.

‘‘Tindakan tersebut tidak patut dilakukan kerana akan menyusahkan orang awam seperti saya yang kekurangan daripada segi kewangan,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang dikenali sebagai Rajakobal, 19, pengumuman tersebut bukan berita yang gembira dan mahu didengar oleh rakyat.

‘‘Kenaikan tambang pengangkutan awam akan menyebabkan masyarakat berasa susah dan sedikit tertekan.

‘‘Kadar sedia ada sudah baik dan tidak perlu dinaikkan lagi,’’ katanya.

Rakannya, Suresh Jeeva, 19, juga bersetuju dengan pendapat tersebut.

‘‘Jika tambang naik susah bagi kami untuk pergi ke tempat pengajian kerana kami bergantung pada pengangkutan awam sepenuhnya,’’ katanya.

Seorang lagi pelajar IPT, Juliana Ibrahimi Husaimi, 19, berkata, dia tidak setuju dengan kenaikan tersebut kerana menyukarkan kehidupannya sebagai seorang pelajar.

‘‘Sebagai pelajar, saya perlukan wang untuk membeli buku-buku rujukan dan kenaikan tambang ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi wang pengajian saya,’’ katanya.

Dalam pada itu, seorang jurujual, Ivan Pius, 25, berkata, tindakan tersebut keterlaluan kerana kos hidupnya bakal meningkat kerana kenaikan tambang tersebut.

‘‘Kalau harga minyak naik 10 sen pun orang ramai sudah bising. Inikan pula tambang bas dan teksi yang naik, mesti orang lagi tidak setuju,’’ katanya.

Bagaimanapun menurut seorang Pereka grafik, Farid Hashim, 28, tindakan kerajaan menaikkan tambang pengangkutan awam itu wajar dilakukan.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 3:13 PM 0 Komen Anda

Banyak perubahan di Kolej Sultan Abdul Hamid

 

OLEH : NIK NURUL NADZIRAH NIK MD ZABARI

ALOR SETAR – Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) sudah banyak berubah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga komponen-komponen yang ada di dalamnya. Perubahan-perubahan yang berlaku ini adalah satu keperluan bagi membolehkan kolej ini sentiasa bergerak maju ke hadapan dan mempu bersaing dengan sekolah-sekolah lain yang terkemuka di negara ini.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah bertitah, sumbangan KSAH cukup besar terhadap pembangunan negara dan khususnya Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Sumbangan ini merangkumi dalam pelbagai bidang kerana kualiti pelajar yang dihasilkan secara umumnya menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan bersesuian dengan moto “Scholar, Sportman dan Gentleman” yang dipegang oleh warga kolej ini.

Selain itu, tradisi mendidik melaui pendekatan yang memberi pemberatan kepada aktiviti bilik darjah dan luar bilik darjah, merupakan satu ‘trade mark’ di kolej ini, pendekatan ini telah diamalkan sejak dahulu dan menjadi tradisi di KSAH.

Kaedah ini amat bersesuian dan telah terbukti berjaya bagi membina modal insan yang seimbang, berketrampilan dan serba boleh, malah pendekatan ini yang sama telah digunakan di sekolah-sekolah premier lain di seluruh Negara yang memungkinkan lahirnya ramai negarawan dan tokoh-tokoh yang terhasil dari pendekatan tersebut.

KSAH masih mengekalkan tradisi dan pendekatan tersebut sehingga kini, walaupun tuntutan terhadap pencapaian akademik begitu tinggi.

“Sebagai sebuah sekolah, KSAH hendaklah benar-benar menjadi sebuah institusi pembelajaran yang berintegriti memberi fokus yang seimbang kepada program-program akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.

“Cara ini membentuk pelajar-pelajar terpelajar dan terdidik yang akan menjadi pewaris bangsa dan negara.

“Tahniah kepada pelajar yang cemerlang, ibu bapa dan waris yang telah Berjaya mendidik anak-anak hingga berjaya dengan cemerlang, dan berharap KSAH akan terus unggul dan tetap berpegang teguh kepada slogan “ Menjunjung Warisan Dan Wawasan”,” titah baginda.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Yb Dato’ Haji Mohamed Taulan Mat Rasul, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar, Encik Shahidan Haji Ibrahim dan tetamu kehormat yang lain.

 



:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 2:52 PM 0 Komen Anda

MAMPUKAH MCA MENANG PADA “PILIHAN RAYA” HARI INI..!??

 

MAMPUKAH MCA MENANG PADA “PILIHAN RAYA” DEWAN CINA KELANTAN HARI INI ?

oleh Fauzi Irwan Shah
bypass308.blogspot.com

 
salam, selamat sejahtera.
jam tujuh tadi saya dapat satu emel rakan media di Kuala Terenggganu, satu emel yang mengingatkan saya tentang “Pilihan Raya-Dewan Cina Kelantan” yang berlangsung hari ini, katanya peroses undi bermula jam 10 pagi dan keputusan siapa bakal bergelar Taiko Cina Kelantan dijangka diketahui sekitar jam 1 pm.

terima kasih, sahabat setia, saya hampir lupa pilihan raya menarik ini. Yang asalnya membariskan team calon berlatar belakangkan “Pakatan Rakyat” lawan team “MCA”. Minggu lalu berlaku sedikit perubahan di mana calon Pengerusi Gabungan Pertubuhan Cina Kelantan, Tan Ah Chow meletakkan jawatan politiknya iaitu Pengerusi Penaja DAP Kota Bharu, selain Timbalan Pengerusi Pusat Khidmat DUN Kota Lama (yang berkhidmat untuk YB Datuk Anuar Tan).

Dengan kedudukan tanpa elemen politik, Tan Ah Chow dijangka memberi saingan lebih sengit kepada pencabarnya, Tan Ken Ten iaitu Pengerusi MCA Kota Bharu yang juga bekas calon BN menentang Anuar Tan pada pilihan raya umum 2008.

Menurut sahaja media di Terengganu itu, pertandingan ini menjadi perhatian seluruh kaum Cina Kelantan, malah Malaysia kerana keputusannya akan menggambarkan sesuatu yang unik berhubung pendirian kaum Cina negeri itu.

Kalaulah Tan Ken Ten menang bermakna, badan pertubuhan tertinggi Cina Kelantan itu masih terus “dikawal” oleh orang politik dari MCA. Pengerusi sebelum ini, Mr Yap yang memegang jawatan selama 12 tahun juga merupakan Pengerusi MCA Tanah Merah.

Jika kemenangan berpihak kepada Tan Ah Chow yang tidak mempunyai sebarang jawatan politik, maka pengaruh MCA di negeri itu benar-benar terhakis dan menggambar parti itu ditolak kaum Cina.

Gabungan Pertubuhan Cina Kelantan (dulu dikenali sebagai Dewan Perhimpunan Cina Kelantan) merupakan satu badan tertinggi mewakili sebahagian besar persatuan-persatuan Cina di Kelantan. Ia merupakan badan BUKAN POLITIK yang berkhidmat untuk kepentingan kaum Cina.
 
Oleh kerana kami tidak mempunyai contact di Kelantan, kami harap jika entri ini dibaca mereka yang tahu mengenai perkembangan lanjut hari ini, sila salurkan ke emel kami untuk kami up date segera. kami juga berharap sesiapa di Kelantan (terutamanya rakan media)yang ada photo Tan Ah Chow, Tan Ken Ten atau lain-lain calon, harap hantar kepada kami untuk siaran. terima kasih.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME

PM Najib Ucapkan Takziah Kepada Keluarga Teoh

PM Najib Ucapkan Takziah Kepada Keluarga Teoh


KUALA LUMPUR [7.30 pm] – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Teoh Beng Hock dan bakal isterinya, Sue Sue Quay, di atas kematian mendiang Teoh semalam. “Saya rasa amat sedih dan simpati kepada keluarga Teoh dan bakal isterinya apabila dimaklumkan mengenai kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi di Madinah. Beliau berkata, polis akan menyiasat kematian tersebut dengan menyeluruh dan profesional supaya semua pihak dapat kepastian apa yang berlaku sebenarnya.


Musa, Jangan Cuba Politikkan Kes Kematian Teoh


KUALA LUMPUR
[1.45 pm] – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, hari ini memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak mempolitikkan kes kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock dan mencetuskan keadaan tidak tenteram

Koh Tsu Koon, Tubuh Suruhanjaya Bebas Siasat

KUALA LUMPUR [1.40 pm] – Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (foto), mahu satu badan bebas ditubuhkan bagi membantu siasatan kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, semalam. Koh, yang terkejut dan terganggu dengan kejadian itu, berkata satu siasatan terperinci perlu dilakukan kerana kejadian berlaku berhampiran bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). “Adalah baik jika satu badan atau individu bebas dijemput untuk meneliti penyiasatan kes itu bagi mengelakkan imej negatif kepada SPRM,” katanya hari ini.

Pakatan Rakyat Desak Tubuh Suruhanjaya DiRaja

SHAH ALAM [12.33 pm] Pemimpin Pakatan Rakyat mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock yang dijumpai mati tengah hari semalam.

Ismail, Jangan Buat Spekulasi Isu Kematian Teoh

KUALA LUMPUR [11.34 am] – Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (foto), meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung kematian Teoh Beng Hock yang dipercayai terjatuh dari bangunan menempatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam semalam. Katanya, semua pihak sepatutnya menunggu hasil siasatan polis berhubung kematian Teoh yang juga setiausaha politik seorang ahli Exco Selangor. Mayat Teoh ditemui di koridor tingkat 5 Plaza Masalam selepas kira-kira lapan jam memberi keterangan sebagai saksi kepada SPRM berhubung siasatan salah guna peruntukan wang kerajaan negeri.

Protes Kes Kematian Teoh, Tujuh Ditahan Polis

SHAH ALAM [11.32 am] – Tujuh individu termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, ditahan polis selepas kekecohan di depan bangunan Plaza Masalam di sini, pagi tadi. Mereka adalah antara kira-kira 150 orang yang berdemonstrasi di luar bangunan di mana setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, mati semalam.

Raja Petra Dipercayai Masih Berada Di Malaysia

PETALING JAYA [11.20 am] – Mahkamah Sesyen, hari ini diberitahu Raja Petra Kamarudin (foto), masih berada di dalam negara dan bukannya di Australia seperti dilaporkan media. Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, berkata melalui risikan pihak berkuasa, Raja Petra tidak pernah meninggalkan negara ini.

Forum “Kebenaran Di Sebalik Skandal: Perak, PKFZ & Konspirasi BN”

By Anwar Ibrahim 12 Comments Categories: Agenda Baru, Aktiviti, Anwar, Demokrasi, Hebahan, Isu Semasa, Malaysia and Pakatan Rakyat

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menganjurkan satu Forum Umum bertajuk “The Truth Behind the Scandals: Perak, PKFZ and the BN Conspiracy”.

KeADILan berpendirian bahawa rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran mengenai isu-isu yang mempunyai kesan yang besar terhadap negara.

Forum ini akan mengupas fakta-fakta yang diselindungi oleh kerajaan UMNO-Barisan Nasional, dan tidak dibenarkan penyiarannya dalam media arus perdana.

Bekas Naib Presiden MCA, Dato’ Dr. Chua Jui Meng juga dijadualkan akan membuat satu pengumuman khas pada hari tersebut.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 18 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 2:30 hingga 5:00 petang
Tempat : Lagoon 2 Ballroom, Sunway Resort Hotel & Spa

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

%d bloggers like this: