Memorandum kepada SPRM P.Pinang

 

Bantahan dan Penyerahan Memorandum kepada SPRM P.Pinang :-

Tarikh : 20 Julai 2009
Hari : Isnin
Masa : 10:30 pagi
Tempat : Pejabat SPRM P.Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah (sebelah CITI bank)
Pakaian : HITAM

 
Sila hadir beramai-ramai tanda sokongan dan sebarkan maklumat ini.

Kalau Takut Dipukul Badai…
Usah Berumah Di Tepi Pantai…

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com

 

SPRM Anak Toyol 0 ulasan

 

zwani.com myspace graphic comments

Penduduk Selangor dalam keresahan kerana anak toyol akan berkeliaran jelajah satu Selangor.

Ini adalah kerana beliau marah akibat diusir keluar dan digantong setahun tanpa tali. Beliau juga amat marah kerana asal usulnya telah disiasat. Baca di sini. dan di sini
 
Sudah terang lagi bersuluh. Bangkai gajah sukar ditutup. Mengapa SPRM tidak serius menjalankan siasatan terhadap kes rasuah dan salahguna kuasa yang melibatkan pimpinan UMNO dan B-End. Mengapa sampai sekarang tiada tindakan dan tiada keputusan di ambil oleh SPRM.
 
Tahun lalu jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah dilaporkan sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM 26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2008.
Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.
Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.
Menurut YB Haniza Talha, salah seorang Exco kerajaan Selangor, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac tahun 2008.


Mengapa SPRM begitu rakus untuk menyiasat dakwaan terhadap Pakatan Rakyat hingga menyebabkan kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock. Ada juga kata beliau membunuh diri.

Takkanlah beliau nak bunuh diri sedangkan beliau hanyalah sebagai saksi dalam kes pembelian bendera RM2,400 sahaja dan beliau juga akan berkahwin keesokkan harinya. Kes anak toyol RM26.6 juta. Kenapa SPRM tak bersunggoh nak siasat. ‘Double Standard’ SPRM amat nyata.

Sementara itu Pakatan Rakyat pula akan jelajah satu Malaysia untuk memberi penerangan dan membela kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock di Pejabat SPRM.

Rakyat juga tidak pernah lupa skandal PKFZ bernilai RM4 .6 bilion, skandal Port Klang Free Zone ini menaikkan nama pelbagai tokoh dari UMNO, MCA malah SUPP di Sarawak!

Jadi kepada suara-suara UMNO yang terpekik terlolong nak menghunus keris kepada sesiapa yang mencabar DEB, apa kata tumpu perhatian kes ini dan lihat siapa yang mendapat manfaat kerugian RM4.6 bilion ini. Nelayan Melayu? Petani Melayu? Pekerja Melayu? Atau mereka dan keluarga mereka?

Untuk makluman semua, RM4.6 bilion cukup untuk:

Membina 100,000 unit rumah untuk penduduk setinggan, rakyat termiskin dan kakitangan kerajaan
Membina 50 hospital baru dan meningkatkan kelengkapan dan kemudahan di semua hospital dan klinik kerajaan
Meningkatkan pemberian biasiswa persekutuan dari 1.5 juta murid kepada 7.5 juta murid
Membina 200 sekolah yang baru
Menjalankan latihan kemahiran untuk 315 ribu orang, meningkat dari 12 ribu sekarang
Meningkatkan pembiayaan pembangunan untuk keselamatan dalam negeri sebanyak 75% dari 2006-2010

 
 
 
 

Mana Pejuang Pemuda UMNO?

Kalau Takut Dipukul Badai…
Usah Berumah Di Tepi Pantai…

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

UMNO Keluar Duit Juta juta, Bank Kuala Krai Tutup

Anwar Ibrahim: Bandar Sunway

Tiada syarat untuk Chua Jui Ming sertai Pakatan Rakyat – Anwar

BANDAR SUNWAY, 19 Julai (Hrkh) – Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) yang juga merupakan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada syarat yang ditawarkan untuk Dr Chua Jui Ming menyertai Pakatan Rakyat dan KeADILan.”Perkara ini sangat penting untuk disahkan bahawa tiada tawaran yang dibuat kepada beliau untuk menyertai parti Pakatan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengumumkan kemasukan bekas naib Presiden MCA dalam satu forum yang diadakan di Hotel Sunway Resort dekat sini semalam.

Forum yang bertajuk ‘Truth Behind Scandals’ telah dianjurkan oleh parti KeADILan telah dihadiri oleh semua pemimpin tertinggi KeADILan.

Katanya “kita lihat beberapa kenyataan beliau, saya ucapkan terima ksih kerana menerima Pakatan Rakyat walaupun tanpa sebarang syarat ditawarkan”.

“Oleh itu, tidak berbangkit soal Dr Chua akan diberikan kerusi tertentu sebagai satu syarat untuk beliau menyertai Pakatan Rakyat,” jelas beliau.

Dalam sidang media yang sama, beliau ditanya adakah parti itu akan tawarkan satu jawatan dalam KeADILan kepada bekas menteri kesihatan itu.

katanya, ia akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik dan majlis tertinggi parti sebelum mendapat kata putus dari Presiden KeADILan, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail. – mns_

Manek Urai hidupkan kembali roh Umno

Mohd Zuharman
Sun | Jul 19, 09 | 12:14:27 pm MYT
Sama ada benar atau palsu janji dilafazkan dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai, namun hakikatnya dari sudut fizikal Umno-Barisan Nasional (BN) telah berjaya mempengaruhi hampir 95 peratus pencapaian majoriti PAS pada pilihan raya umum (PRU) 2008.

Secara tidak langsung percaturan politik Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Timbalan Presiden Umno, seolah-olah hampir memberi pukulan maut tidak mampu disangkal oleh PAS.

Sebagaimana dilaporkan, BN mendominasikan seluruh jentera kerajaan sebagai senjata kempennya. Tetapi umpan dilihat paling berkesan ialah janji projek jambatan baru, kota agropolitan dan anak emas.

Selain itu taktik paling buruk dan kotor seperti mana didakwa pihak lawannya ialah sogokan rasuah bernilai tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.

Sejauh manakah kebenaran itu, tuhan saja yang maha tahu. Yang pasti kemenangan tipis PAS menggambarkan keupayaan Umno mengubah senario politik semasa di Manek Urai. Secara tidak langsung Umno boleh berbangga walaupun tewas di pertarungan kali ini.

Tinjauan The Malaysian Insider sepanjang tempoh berlangsungnya kempen pilihan raya ternyata PAS lebih terkehadapan menguasai keadaan berbanding Umno.

Hampir setiap tempat, bermula dari Sungai Sok hingga ke Laloh program PAS sentiasa sesak, laungan takbir tanda sokongan padu kepada parti itu tidak pernah menyepikan kesunyian malam.

Apatah lagi kalau melihat tiga malam terakhir, mengikut adat Umno sudah boleh gulung tikar dan angkat bendera putih. Kehadiran Anwar Ibrahim di kampung Peria disambut 5,000 penyokong. Tetapi program Umno yang diadakan bersebelahan cuma dihadiri penonton seramai paling tinggipun 50 orang. Betapa nazak sambutan diberi kepada BN.

Benar kata orang, di dalam politik serba kemungkinan. Sebab itu banyak telahan dan spekulasi jarang menepati sasaran hatta dari penganalisis politik hebat sekalipun.

Kehadiran ribuan audien tidak boleh dijadikan referendum kekuatan sesebuah parti kerana mungkin ia terdiri daripada penyokong-penyokong luar kawasan. Jadi, tidak wajar persoalan ke mana pergi ribuan penyokong yang pernah membanjiri ceramah PAS sebelum ini dikaitkan dengan kemenangan tipis dialaminya.

Sebaliknya PAS akan diihat lebih rasional sekiranya cuba beralternatif mencari di mana pengundi luar seramai lebih 1,000 orang dikatakan penyokong tegar PAS dilaporkan pulang dan memberi jaminan mengundi bulan?

Mengambil sikap berterusan menyelar parti lawan menggunakan rasuah selepas keputusan sudahpun muktamad bukan jalan penyelesaian sesuatu masalah. Jika benar dakwaan itu serahkan saja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya. Mengadakan ‘domestic inquiry’ parti barangkali lebih utama.

Walau apapun, perspektif politik pasca PRK Dun Manek Urai 14 Julai menjadi momentum baru kepada kedua-dua parti menghadapi PRU akan datang.

Justeru PAS tidak wajar berbangga dengan bayang-bayang sendiri menjulang kemenangan tipisnya itu. Sebaliknya PAS mesti sedar bahawa roh Umno telah kembali pulih di Manek Urai bagi mengisi methodologi baru menjejaki rentak lawan. – mns_

Pelajar UTM maut jatuh bangunan : Harapan ibu tidak kesampaian

KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak menduga kejadian ini akan berlaku kerana ketika berbual dengannya, arwah bersikap ceria seperti biasa. Dia mungkin menghubungi saya kerana rindu walaupun pada minggu lalu kami baru berjumpa ketika saya pergi ke Kuala Lumpur.

“Arwah sepatutnya menamatkan pengajian selama tiga tahun pada 2012, bagaimanapun semuanya tak kesampaian,” kata ibu kepada Mohd Khalis Zulikifli, 18, penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang maut terjatuh dari tingkat empat bangunan asramanya, di sini, semalam.Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika penuntut jurusan Elektrik Kuasa, UTM, Kampus Kuala Lumpur, itu dikatakan cuba memasuki biliknya di asrama Siswa Jaya, di Taman Seri Rampai, di sini, dengan memanjat melalui tingkap bilik rakannya selepas terkunci dari luar berikutan kehilangan kunci bilik.

Bagaimanapun, tanpa diduga mangsa yang baru dua minggu bergelar mahasiswa tiba-tiba tergelincir dan terjatuh dari tingkat terbabit dan terhempas ke atas gelanggang badminton sebelum disahkan meninggal dunia sejurus kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di kepala.

Tikam suami

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

 

AMPANG: Padah tidak menepati janji, seorang lelaki ditikam isterinya sendiri yang berang selepas suaminya itu lewat pulang ke rumah mereka di Kondominium Pandan Height di sini, semalam.

Suami malang terbabit pada mulanya berjanji dengan isterinya untuk pulang selepas menonton perlawanan bola sepak persahabatan antara Manchester United (MU) menentang Malaysia di Stadium Bukit Jalil di sini, pada sebelah petang, tetapi memungkiri janji apabila hanya pulang ke rumah kira-kira jam 2 pagi.

Sejurus tiba di rumah, pasangan terbabit yang berusia 20-an bertengkar dan isterinya mempersoalkan janji dibuat suaminya yang mengatakan akan pulang sejurus perlawanan tamat kira-kira jam 7.30 malam.

Difahamkan, pertengkaran itu bertukar menjadi tragedi apabila si isteri tidak dapat menahan kemarahan lalu menikam suaminya di dada menggunakan pisau pemotong sayur.Wanita itu yang panik selepas melihat badan suaminya dipenuhi darah kemudian menghantarnya ke hospital untuk rawatan.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata doktor yang merawat mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Menurutnya, ketika dihantar ke hospital, mangsa yang bekerja sendiri dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Siasatan awal mendapati ada kesan tikaman di badan mangsa yang berusia 26 tahun itu. Mangsa juga dikelar berikutan ada kesan kelar di belakang badannya.

“Sehubungan itu, polis menahan isteri mangsa yang juga seorang jurujual berusia 20-an di rumahnya dan turut merampas senjata yang digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati isteri mangsa naik berang selepas mangsa berjanji akan pulang ke rumah sejurus perlawanan bola sepak antara pasukan negara menentang MU selesai.

“Bagaimanapun, selepas hampir enam jam menanti, isteri mangsa hilang sabar sebelum berlaku pertengkaran antara mereka sebaik si suami tiba di rumah.

“Namun, polis masih menyiasat lebih lanjut dan setakat ini, isteri mangsa mendakwa punca kejadian terbabit disebabkan suaminya pulang lewat,” katanya.

Menurut Abd Jalil, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

terkini isu kematian su exco selangor

Kelab Gay Di Jalan Yap Kwan Seng

Lambang keunggulan PCMC

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

 

Memegang status sebagai hospital mewah, kewujudan PCMC sememangnya mencatat satu penanda aras baru dalam industri perubatan di negara ini.


 

TATKALA usia kandungannya berusia tujuh minggu, pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan sepanjang tempoh kehamilan dan bersalin di Pusat Perubatan Prince Court (PCMC).

Keputusan itu dibuat berikutan cadangan rakan artisnya, Nadia Mustapha. Nadia yang juga merupakan seorang pelakon mengenali beberapa doktor yang bertugas di sana.


KEMUDAHAN bilik yang disediakan untuk pesakit membuatkan mereka tidak terasa seperti berada di hospital.


 

Memilih Datuk Dr. Abdul Aziz Yahya sebagai doktor yang merawatnya, 8 Julai lalu, Rita selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.91 kilogram secara normal kira-kira pukul 1.20 pagi.

Bayi yang diberi nama Airit Rayyan Rizqin itu sememangnya satu anugerah yang tidak ternilai bagi Rita dan Aidil. Mereka bernikah pada 25 Februari tahun lalu.

“Keputusan memilih untuk dirawat di PCMC memang tepat. Apatah lagi, kali pertama saya pergi, sudah timbul rasa seronok melihat keramahan setiap kakitangan di sana. Daripada doktor dan jururawat hinggalah petugas klinik, nursery dan farmasi, semuanya memberikan khidmat yang terbaik.


RUANG santai di lobi PCMC berkonsepkan moden kontemporari dan disertai dengan kafe.


 


 

“Sebagai contoh, jika mahu memanggil jururawat bertugas, tidak sampai 10 saat selepas loceng ditekan, mereka sudah sampai ke bilik kita. Di samping itu, penghantaran makanan juga sentiasa tepat pada masanya dan tidak pernah terlewat walau seminit.

“Apa yang pasti, dengan kemudahan dan khidmat kelas pertama seperti ini, setiap pesakit tidak merasakan mereka berada di hospital. Sebaliknya, seperti berada bersama keluarga sendiri,” jelas Rita mengenai pengalamannya di PCMC.

Baru menyambut ulang tahun pertamanya pada 10 Julai lalu, PCMC kini semakin mendapat perhatian daripada masyarakat.

Pada usia setahun jagung, PCMC bukan semata-mata menjadi pusat kesihatan pilihan ramai, bahkan turut mendapat pengiktirafan daripada pihak berkuasa dalam penjagaan kesihatan antarabangsa terkemuka, Joint Commission International (JCI) menerusi anugerah akreditasi perubatannya.

Dimiliki sepenuhnya oleh syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Berhad (Petronas), PCMC dibantu oleh pasukan pengurusan antarabangsa dan kepakaran perubatan dari pakar klinikal senior.

Ia dilakukan melalui pengurusan konsortium yang terdiri daripada Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan VAMED dan Medical University of Vienna (MUV).

Sebagai sebuah pusat perubatan moden, kewujudan PCMC sememangnya mencatat penanda aras baru dalam industri perubatan di negara ini, apabila menyediakan fasiliti bertaraf dunia untuk kemudahan semua.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PCMC, Stuart D. Rowley, perkhidmatan penjagaan diasaskan daripada lima pusat kecemerlangan yang ditubuhkan untuk memberi rawatan khusus dalam bidang-bidang tertentu. Menerusi lima pusat ini juga, maka terhasil pula perkhidmatan rawatan dan perubatan lain yang menjadi pelengkap dalam proses pemulihan seseorang pesakit.

“Lima pusat tersebut ialah Onkologi iaitu kajian atau rawatan dalam merawat tumor; Jantung & Paru-Paru (khas untuk rawatan terhadap organ tersebut); Wanita & Kanak-Kanak (terbahagi kepada tiga komponen iaitu Obstetrik, Ginekologi & Pediatrik); Pembedahan Plastik, Kosmetologi, Dermatologi & Kecederaan Kebakaran serta Pusat Urologi, Nefrologi & Kesihatan Lelaki.

“Setiap pusat kecemerlangan ini menyediakan rawatan terperinci dengan menggunakan alatan dan mesin berteknologi tinggi. Contohnya, Sistem Pembedahan Robotik 4 Tangan da-Vinci, Sistem LASIK (Femtosecond Visumax & MEL 80 Excimer) iaitu pembedahan mata tanpa pisau; Sistem Kamera Berkembar Head Gamma & PET-CT dan sebagainya.

“Menerusi teknologi serba canggih ini, pesakit pasti akan dirawat sebaik mungkin dengan bantuan daripada doktor-doktor pakar bertauliah dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing,” jelas Rowley kepada Kosmo! dalam satu temu bual di PCMC baru-baru ini.

Rawatan eksklusif

Rawatan eksklusif lain yang ditawarkan termasuklah prostatektomi robotik iaitu pembedahan menggunakan robot untuk membuang kelenjar-kelenjar prostat. Pembedahan paling minimum untuk membuang sel kanser payu dara atau menutup lubang kecil di jantung dengan penggunaan kamera kecil berteknologi tinggi turut disediakan.


KAKITANGAN di bahagian Klinik Pakar Perunding Wanita dan Kanak-Kanak sentiasa bersedia memberi khidmat terbaik kepada pelanggan.


 

Semua kemudahan canggih yang ada itu membuktikan keunggulan PCMC yang mempunyai visi untuk menjadi pendahulu dalam menyediakan penjagaan kesihatan terbaik di seluruh Malaysia dan rantau Asia.

Dengan jumlah kakitangan seramai 800 orang, Rowley sentiasa optimis tentang masa depan PCMC dalam mencapai visi tersebut.

Lebih menarik, pengurusan PCMC sentiasa mengutamakan persekitaran kerja yang baik dalam suasana harmoni. Sebab itulah, setiap kakitangan dianggap sebagai satu keluarga yang besar.

Aspek ini menjadi nilai tambah kepada PCMC dalam menggamit kehadiran lebih ramai pelanggan yang memilih untuk menerima rawatan di sana.

Resipi kejayaan

Salah seorang kakitangan yang bertugas di bahagian pembantu perkhidmatan pelanggan, Yuvavani Subramanium, 32, mengakui dia bertuah kerana bekerja di PCMC yang sentiasa mementingkan kerjasama dan hubungan erat antara pekerja.


SETIAP pesakit diberi perhatian sewajarnya bagi membolehkan proses pemulihan berjalan lancar.


 

“Sepanjang bekerja di sini, saya tidak pernah rasa diketepikan. Malah, setiap pekerja bertanggungjawab dalam memastikan imej PCMC dijaga.

“Saya memang seronok dan sentiasa bersemangat untuk menjalankan tugas dan memberi khidmat terbaik kepada pelanggan,” ujar Yuvavani. Dia bersama enam orang lagi kakitangan telah dipilih sebagai Pekerja Terbaik sempena meraikan ulang tahun pertama PCMC baru-baru ini.


HIASAN yang diterapkan memberi ketenangan kepada pengunjung yang datang ke sini.


 

Bagi Jururawat Klinikal di Wad Pembedahan, Rosezalina Mohd. Razali, 40, PCMC sudah dianggap sebagai rumah keduanya yang begitu istimewa.

“Tidak dapat dinafikan bahawa persekitaran kerja yang positif di PCMC menjadi faktor setiap pekerja sentiasa komited menjalankan tugas mereka. Di sini, kami tidak pernah membezakan pangkat seseorang. Sebaliknya, sentiasa mesra antara satu sama lain.

“Mungkin itulah resipi kejayaan hospital ini dari kaca mata pesakit dan keluarga mereka yang berkunjung ke mari,” kata Rosezalina yang merupakan antara jururawat terawal bertugas di PCMC bermula tahun 2007, sebelum dibuka secara rasmi pada 2008.

%d bloggers like this: