isu terkini kematian su exco selangor must see!!

Suruhanjaya Pelindung Rasuah Negara!!!

Era Najib Altantuya : SPRM – Suruhanjaya Pelindung Rasuah Negara?

 

Talam dua muka, pilih bulu, hipokrit – itulah antara ungkapan yang disasarkan kepada polis dan SPRM oleh rakyat, pembangkang dan pemerhati politik. Terbaru: SPRM digelar Suruhanjaya Pelindung Rasuah Malaysia. Tuduhan terhadap SPRM bukan dibuat secara melulu.

Hakikatnya ialah Teoh mati kerana siasatan RM2,400 membabitkan EXCO Pakatan Rakyat Selangor. Malah ada bukti, saksi lain didera, dicaci dan diugut SPRM. Pada masa sama, SPRM membisu dan tutup mata terhadap kes penyelewengan oleh pemimpin BN.

Antara kes di Selangor ialah:
1. Skandal PKFZ yang menelan dana awam sehingga RM12.5 bilion
2. Hasil siasatan SELCAT, sebuah cabang Dewan Undangan Selangor yang mendedahkan Khir Toyo dan isterinya menyalahgunakan dana awam jutaan ringgit untuk, antara lain, melancong ke Disneyland di Amerika syarikat dan Paris serta Australia di samping menyalahguna dana Balkis.
3. Kerajaan Selangor mendedahkan Mantan MB Selangor itu membeli tujuh apartment mewah di Arab Saudi menggunakan dana kerajaan negeri secara mencurigakan
4. Pembinaan istana Khir Toyo yang dianggarkan RM23 juta ringgit di Seksyen 7 Shah Alam
5. Wakil BN bergegas menghabiskan peruntukan RM27 juta dalam tempoh dua bulan sebelum pilihanraya umum Mac 2008.

Ini hanya segelintir kes/aduan yang dilaporkan kepada BPR/SPRM di Selangor. Di peringkat nasional pelbagai aduan dibuat bersabit gejala rasuah dalam pembelian kapal selam dan peralatan lain semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan.Namun SPRM dan polis diam seribu bahasa.

Puluhan lagi laporan mengenai penyelewengan kuasa dan rasuah politik membabitkan wakil BN dibuat di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan negeri lain, namun jawapan SPRM “masih dalam siasatan” atau “kes dibuang, tak ada bukti.”

 

 

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

 

Nuffnang Ads

Era najib Altantuya : Utusan dan BH cuba jadikan Beng Huat sebagai isu pekauman

 

Orang ramai membakar naskah Utusan Mingguan dan Berita Harian kerana cubaan dua akhbar kawalan UMNO itu menjadikan kematian Beng Huat sebagai isu perkauman Cina-Melayu.

Mereka meluahkan rasa marah dan jijik mereka pada perhimpunan untuk menunjukkan sokongan kepada keluarga Beng Huat dan bagi menuntut penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat kematian itu dan penyelewengan kuasa SPRM di bawah telunjuk Umno-BN.

Ketua Pengarang Kumpulan NST, Zainul Arifin menulis dalam BH Ahad lalu bahawa ada cubaan untuk menyalahkan institusi yang dipimpin oleh kaum Melayu bersabit kematian Beng Huat.

Beliau menyifatkan tindakan mempertikaikan kewibawawaan SPRM bersabit kematian Beng Hock sebagai “mempersoalkan kebolehan orang Melayu.”

Dalam rencananya, Zainul menyifatkan Beng Hock sebagai “mangsa kemalangan” dan mempersoalkan kenapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, seorang Melayu, mahu membawa pakar bedah siasat swasta untuk menjalankan pemeriksaan berkecuali ke atas Beng Huat.

“Kenapa Menteri Besar Selangor, seorang Melayu, meragui kebolehan orang sebangsanya,” tanya Zainul yang dilantik ke jawatan itu oleh Perdana Menteri Najib Razak awal bulan ini.

“Apabila mangsa kemalangan bukan orang Cina dan penyokong, yang sebelumnya disiasat orang Melayu, bertambah hebatlah spekulasinya,” tambah Zainul.

Awang Selamat dalam akhbar Mingguan Malaysia pula mendesak SPRM terus menyiasat wakil rakyat Pakatan dan berkata misteri kematian Beng Huat tidak boleh diselesaikan dengan tunjuk perasaan dan tuduhan liar.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali kesal dengan cubaan dua akhbar itu cuba menjadikan kematian Beng Hock sebagai modal untuk membakar sentimen orang Melayu.
Dua akhbar itu juga diperalatkan untuk menutup angkara Umno menggunakan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

“Jadi tujuan akhbar menyatakan ini isu perkauman ini ialah supaya Umno mengelak tanggungjawab dalam hal ini kerana mereka tahu mereka telah menggunakan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor. Ini bukan isu perkauman. Ini isu kezaliman ke atas seorang yang mati semasa disiasat di bangunan SPRM. Isu ini sengaja dipolitikkan sebagai isu perkauman oleh Umno. Yang jelas kemarahan terhadap kematian ini bukan datang dari orang Cina sahaja bahkan orang Melayu dan India juga marah,” kata Syed Hussin.

Pemimpin PAS Husam Musa berkata konsep Islam amat mudah. “Membunuh satu nyawa sama seperti membunuh semua manusia, tidak kira mereka bangsa Melayu, Cina atau India. Beng Hock adalah adik kita, saudara kita dan menjadi tanggungjawab kita untuk menuntut pembelaan,” tegas beliau. -TVA

 

 

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

 

Era Najib Altantuya : SUHAKAM Mahu Siasat Kes kematian Teoh

 
Bernama melaporkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menyiasat dengan terperinci kematian setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock Khamis lepas, kata Pesuruhjayanya Datuk N. Siva Subramaniam.

Beliau berkata, siasatan itu meliputi dakwaan beberapa individu yang mereka dicederakan anggota polis ketika berdemonstrasi Jumaat lepas di hadapan Plaza Masalam di mana Teoh dijumpai mati tertiarap.

“Suhakam akan menjalankan siasatan bebas terhadap keduadua kejadian ini dan segala keputusan sama ada inkuiri awam dibuat akan diketahui selepas mesyuarat kami diadakan bulan hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum bantahan daripada beberapa individu yang mendakwa dicederakan polis semasa demonstrasi berkenaan di pejabat suruhanjaya itu di sini hari ini.

Siva berkata, hak asasi orang awam perlu dikekalkan dan dipatuhi ketika penyiasatan dilakukan mana-mana badan atau pihak berkuasa dan agensi berkaitan.

Menurut Konvensyen Terhadap Penderaan dan Kekejaman Lain, Tidak Berperikemanusiaan atau Layanan Buruk atau Hukuman, penderaan membabitkan apaapa tindakan dikenakan terhadap seseorang bagi mendapatkan daripadanya atau orang ketiga maklumat atau keterangan dengan izin atau persetujuan daripada seorang pegawai awam atau individu lain yang bertindak dalam kapasiti rasminya.

Teoh, 30, ditemui mati pada pukul 1.30 tengah hari Khamis lepas di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14.

Teoh, yang merupakan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.

Ulasan GB

Pernahkah kerajaan UMNO BN menghormati dan menerima pakai setiap hasil siasatan SUHAKAM? Yang nyata selepas berlaku sesuatu siasatan oleh SUHAKAM, hasil siasatan mereka akan dijadikan bahan lawak oleh menteri-menteri kerajaan BN malah jika ianya berkaitan dengan polis, maka polis juga akan turut serta di dalam korus untuk menghentam mereka semula.

 

 

Artikel Penuh


0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

Anda mungkin juga meminati:
Tekanan Polis Ke Atas Rakyat Percepatkan Kejatuhan UMNO BN

Era Najib Altantuya : Zaid Ajak Ku Li Sertai PKR

 

DDatuk Zaid Ibrahim yang baru sahaja masuk PKR, hari ini melalui blog posting yang bertajuk, “PM mesti berani melawan rasisme” mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) untuk turut sama bersamanya sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tulisnya, ” […] Tengku Razaleigh masih menaruh harapan yang dia mampu menyelamatkan UMNO. Bagi saya, UMNO hari ini bukan lagi UMNO yang diperjuangkan oleh Ku Li dahulu. Mungkin lebih baik rasanya kalau Ku Li pertimbangkan untuk sertai Parti Keadilan Rakyat.”

Beliau mempelawa Ku Li kerana baginya Ku Li merupakan satu-satunya pemimpin di dalam UMNO yang tidak rasis. “Tengku Razaleigh memang kuat nasionalismenya; memang pejuang Melayu yang tulen tetapi tidak terdengar ucapan dibuat olehnya yang membenci dan menghina kaum lain dalam apa-apa isu. Dia boleh mengatasi isu rumit tanpa mengapi-apikan rasa perkauman atau menggunakan kekerasan. Dia tidak akan menggunakan polis dan SPRM untuk menjatuhkan musuh politiknya. Dia tidak akan melantik orang yang rasis untuk menjadi pengarang akhbar. Isterinya pula tidak akan rasa tersinggung kalau gambarnya tak keluar dalam akhbar.”

Terdahulu beliau juga ada menyatakan, bahawa tiada pemimpin yang layak untuk menjadi Perdana Menteri (PM) melainkan Ku Li.

“Saya sedar UMNO parti terbesar dalam Parlimen, maka Perdana Menteri mestilah datangnya dari UMNO. Tapi ia tidak semestinya Najib. Saya berpendapat Tengku Razaleigh Hamzah, Yang Berhormat dari Gua Musang, lebih sesuai menjadi Perdana Menteri. Buat masa ini, dia sahajalah Ahli Parlimen UMNO yang paling kanan yang tidak perkauman atau tidak rasis (racist). Hanya Perdana Menteri Melayu yang tidak rasis sahaja boleh menyelamatkan negara ini.”

Di dalam postingnya itu, beliau ada mengatakan, bahawa banyak pimpinan yang ad sekarang tidak mampu membezakan, antara tanggung jawab nasionalisme dan pemikiran rasis.

Beliau menambah, oleh kerana itu tulisan-tulisan di dalam akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia sering mencerminkan pemikiran jahat yang membenci kaum dan agama lain. Mereka cuma tahu mengapi-apikan perasaan perkauman. -perakexpress

 

 

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

 

Era Najib Altantuya : Pemuda PR Desak Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Kematian Teoh

 
Pemuda Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan memorandum meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock.

Memorandum itu diserahkan oleh wakil Pakatan Rakyat yang juga Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook diiringi dengan 20 orang pemuda dari DAP, PKR dan PAS.

Beliau berkata penubuhan suruhanjaya diraja itu perlu berikutan kematian Teoh banyak menimbulkan keraguan di kalangan rakyat.

“Dalam memorandum tersebut kita telah menyeru kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja ini kerana kegagalan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja ini hanya akan menimbulkan lebih banyak persepsi yang negatif, persoalan dan tandatanya kepada apa yang sebenarnya berlaku,” ujar Loke.

Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Pegawai Khas kepada Datuk Seri Najib.



 


0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

Era najib Altantuya : Beginilah UMNO Dulu Kini Dan Selamanya

 

Setiap kenyataan dari pemimpin2 UMNO hanya meletakkan UMNO sebagai ‘benteng SPRM’. Mereka di lihat tidak bersama-sama rakyat untuk bersimpati dan mahu mencari kebenaran atas apa yang telah berlaku ke atas Teoh.

Muhyiddin mengatakan kematian Teoh telah dipolitikkan oleh PR untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan SPRM ke atas wakil rakyat mereka.

Khir Toyo mengatakan adalah tidak adil bagi DAP dan PKR membuat pelbagai kenyataan bagi menimbulkan keraguan dan kebencian umum kepada SPRM berhubung kematian Teoh.

Nazri Aziz pula kata, jangan tuduh2. Kalau tuduh, kenyataan mereka keluar nanti dekat laporan akhbar, menyebabkan masyarakat buat pandangan sendiri sebelum penyiasatan dibuat. Jadi, dia (Teoh) patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu. Saya nak bagi ingatan sedikit kepada Lim Kit Siang, biarlah polis jalankan penyiasatan. Siapa beliau, bukan ketua pembangkang pun. Saya menteri yang bertanggungjawab bagi undang2, saya tahu apa yang saya katakan dan jangan cuba mengajar saya.

Ketua Penerangan Umno Selangor membidas tindakan kerajaan negeri mengadakan perhimpunan bagi menuntut keadilan berhubung kematian Teoh. Abdul Shukur Idrus berkata pihaknya juga sangat kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang mempertikai dan menghina SPRM dalam isu terbabit.

Dari kenyataan2 mereka ini, menunjukkan mereka telah mengunakan langkah ‘politik tempang’. Jadi, jangan salahkan PR dan Rakyat sekiranya mereka menjadikan UMNO sebagai sasaran ‘serangan’.

Bila parti komponen BN, Gerakan dan MCA di lihat telah ‘sealiran’ bagi mereka dengan pendirian pemimpin PR, barulah ada antara mereka (pemimpin UMNO)yang mengatakan Suruhanjaya Siasatan Di Raja perlu di tubuhkan segera. Jadi, langkah yang telah di ambil oleh Chua Jui Meng keluar daripada MCA dan menyertai PKR adalah satu tindakan ‘bijak’ demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia….. -yeols

 

 

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

 

Era Najib Altantuya – Lagi Desakan Tubuh Suruhanjaya Bebas Siasatan Kematian Teoh

 
Satu suruhanjaya khas wajar diwujudkan bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teo Beng Hock.

Pengerusi MCA Terengganu, Toh Chin Yaw berkata, langkah itu penting kerana rakyat mahu mengetahui punca sebenar kematian pemuda yang menjadi saksi siasatan dakwaan penyalahgunaan peruntukan Kerajaan Negeri membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri dan Exco Selangor.

Menurutnya, selain menjelaskan punca kematian, siasatan melalui penubuhan suruhanjaya itu juga mampu membantu membersihkan nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes itu supaya tidak dipandang serong.

“Oleh itu, saya rasa memang wajar diwujudkan suruhanjaya khas ini kerana pelbagai andaian dan spekulasi timbul sejak berita kematian Beng Hock tersebar, selain boleh membersihkan nama baik SPRM.

“Orang ramai boleh membuat andaian tersendiri, saya juga boleh melakukannya, justeru, bagi memuaskan hati semua pihak elok suruhanjaya khas ini yang membuat siasatan kes berkenaan,” katanya semalam. -SH


 

Artikel Penuh


0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

Anda mungkin juga meminati:
Era Najib Altantuya : Tubuh Suruhanjaya Bebas, Rakyat Tidak …

Era Najib Altantuya : Ahli Majlis Kajang Beri Keterangan Pada Polis

 

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa hadir di Ibu Pejabat Polis Shah Alam untuk memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat terhadap soalsiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jumaat lalu.

Tan yang ditemani peguamnya, Ivan Hock dan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San tiba di Ibu Pejabat Polis Shah Alam kira-kira jam 8.50 malam, selepas beliau diarahkan untuk tampil membuat percakapan berhubung aduannya.

Tan adalah antara tiga lagi yang diminta memberi keterangan berhubung kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang ditemui di tingkat lima, dipercayai jatuh dari pejabat SPRM di tingkat 14, bangunan Plaza Masalam, Jumaat lalu.

Dua lagi yang diminta hadir memberi keterangan di ibu pejabat polis ialah Exco Pengurusan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota Alam Shah, M Manoharan.

Kedua-dua mereka didapati menghubungi Teoh sebelum bekas wartawan Sin Chiew Daily itu pergi ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan pada hari Khamis, kira-kira jam 5.15 petang.

Polis menemui telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai SPRM Selangor, minggu lalu.

Sehingga ini, polis telah mengambil keterangan daripada 33 saksi, termasuk 8 pegawai dan kakitangan SPRM, yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan Pakatan Rakyat Selangor cuba bermain wayang berhubung insiden yang menimpa Teoh.

“Orang mati kita tak main wayang, ini soal kematian seorang pemuda yang disoal siasat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan ia adalah di bawah jagaan pencegah rasuah,” katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian kepada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam di Dewan Jubli Perak, Shah Alam, pagi tadi.

 

 

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

 

Pasca Manek Urai : UMNO Tidak Pernah Jujur Walaupun PAS Ikhlas

 
Biar apa pun idea “bernas” bersangkutan Kerajaan Perpaduan yang didokong oleh pimpinan tertinggi PAS dan biar apa pun justifikasi yang diberikan bagi menyokong gagasan berkenaan nampaknya, ia telah menjadi satu senjata yang kini digunakan oleh UMNO untuk memerangkap Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang.

Laporan terkini SINAR HARIAN menyatakan UMNO BN kini begitu yakin untuk menawan kerusi Parlimen Marang dan dewan undangan negeri Rhu rendang di dalam pilihanraya akan datang.

Ia menjelaskan bahawa UMNO BN tidak pernah ikhlas di dalam menerima sebarang pelawaan bagi membincangkan hal kerajaan perpaduan bersama PAS, sedangkan PAS telah terlebih awal menerima bahana dari gagasan ini apabila telah berlaku perpecahan yang begitu hebat pasca muktamar kali ke 55 yang lalu.

Belum lagi gagasan itu dimaterialisasikan samada dalam bentuk wacana dan seumpamanya, UMNO telah “memasang” terlebih awal perangkapnya untuk merampas kerusi-kerusi yang dimiliki oleh PAS di Terengganu, sesuatu peringatan yang telah diberikan terlebih awal oleh Mursyidul Am PAS mengenai merbahayanya “berkawan” bersama UMNO BN.

Masyarakat UMNO BN Marang dilaporkan menjadikan isu jarangnya kehadiran Hj.Hadi di sessi parlimen sebagai modal untuk menyerang Presiden PAS tersebut.

Malah sebelum ini Kelab GB pernah mendedahkan Kementerian Pertahanan telah merancang untuk membina Kem Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Terengganu, antara kompleks termoden dan termaju untuk pasukan berkenaan yang kini giat dibina di Wakaf Tapai, Marang dijangka siap sepenuhnya penghujung 2010.

Pegawai Pemerintah Unit 6, FRU Terengganu, Superintendan Din Ahmad berkata, sehingga kini pembinaan kem berkenaan berjalan lancar sejak ia dimulakan pada 2006.

Banyak pihak melihat pembinaan kem Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sebagai satu siri usaha pihak kerajaan UMNO BN untuk menggerakkan unit tentera FRU di negeri tersebut bagi mempastikan Terengganu akan terus kekal di bawah pemerintahan UMNO BN.

Dengan siapnya kompleks termoden berkenaan yang mampu menempatkan bilangan anggota yang begitu ramai, ia juga adalah di dalam usaha untuk menambahkan bilangan pengundi di kawasan parlimen berkenaan.

Hubaya-hubaya!

Tambahan.

Pengerusi Lembaga Disiplin yang juga Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man (yang juga pernah menulis memberikan justifikasi terhadap idea Kerajaan Perpaduan) telah mengeluarkan arahan ahli-ahli tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Kerajaan Perpaduan atau tindakan akan diambil. Arahan dikeluarkan selepas YB Dzulkefli Ahmad menulis mengenai hujjah-hujjah penolakan Kerajaan Perpaduan dari sudut syari’e yang pada awalnya tersiar di dalam Harakah tetapi kemudian ditarik semula di atas arahan pihak pimpinan yang menyebabkan puluh ribu Harakah terpaksa dicetak semua tanpa memperdulikan kerugian yang ditanggung lantarannya.

GB dengan ini meminta Tuan Ibrahim mengambil tindakan yang sama keatas mereka yang telah mengeluarkan kenyataan yang pro-Kerajaan Perpaduan selepas arahan tersebut dikeluarkan sepertimana kenyataan Nik Mohd Abduh yang lebih jelek yang tersiar di sebuah akhbar media arus perdana sehari sebelum plihanraya Manek Urai.

GB ingin bertanya apakah arahan itu hanya ditujukan kepada penentang kerajaan perpaduan dan bukan untuk para pendokong dan penyokongnya?

Berikut disiarkan rencana berkenaan.

Berita Harian, 12 julai 2009

Jika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tegas dan lantang menolak kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno, anaknya, Nik Mohamad Abduh sebaliknya mempunyai pendapat berbeza apabila yakin kedua-dua parti itu boleh bersatu.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat berkata, walaupun mungkin sukar untuk melaksanakannya, beliau yakin matlamat untuk menyatukan Pas dan Umno boleh dicapai.

“Pas dan Umno boleh bersatu tetapi kesukarannya tidak mungkin semudah ajakan (Mufti Perak) Tan Sri Harussani (Zakaria). Kita perlu mendasari punca pertentangan dan mengubatinya, bukan sekadar atas desakan untuk menyelamatkan status quo politik Melayu tertentu,” katanya yang dipetik daripada blognya.

Penentangan terhadap idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyaksikan krisis hubungan antara Nik Abdul Aziz dan orang nombor dua parti, Nasharuddin Mat Isa.

Menteri Besar Kelantan itu yang menentang sekeras-kerasnya cadangan kerajaan perpaduan membidas Nasharuddin dan menganggap tindakan Timbalan Presiden Pas itu menyokong cadangan berkenaan sebagai sampah.

Malah beberapa penganalisis politik menyifatkan tindakan Pas Kelantan yang menghalang Nasharuddin daripada turut berkempen pada pilihan raya kecil Manek Urai, Kuala Krai, sebagai dendam golongan Erdogan kepada Ahli Parlimen Bachok itu.

Nik Mohamad Abduh berkata, walaupun isu perpaduan Islam sering dibincangkan akhir-akhir ini, Pas dan Umno tetap sebagai parti kawan dan lawan.

Katanya, kedua-dua parti itu adalah manifestasi kepada jalin hubung umat Melayu dengan Islam sejak negara mencapai kemerdekaan daripada penjajahan barat.

“Pertentangan ini hanya akan berakhir apabila kedua-duanya bersatu dalam Islam atau keluar daripadanya. Jika bersatu dalam Islam, Allah akan mempertemukan mereka dengan musuh baru yang menentang Islam,” katanya.

 

 

Artikel Penuh


0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

Era Najib Altantuya : PAS Alu-alukan Jui Meng Sertai PKR

 

Tindakan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan bahtera Barisan Nasional (BN) sudah bocor dan tindakannya itu adalah untuk menyelamatkan diri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penyertaan Jui Meng amat dialu-alukan dan beliau berharap lebih ramai lagi pemimpin dari parti pembangkang akan mengikut jejaknya.

“Harap lebih ramai pemimpin parti lawan dapat menyertai Pakatan Rakyat pada masa akan datang,” katanya.

Ditanya sama ada penyertaan Jui Meng antara strategi Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan pengundi Cina, Abdul Hadi berkata, itu bukan sebabnya sebaliknya tindakan itu adalah pilihan Jui Meng sendiri.

“Bukan taktik untuk meraih sokongan orang Cina, sebab kita pun dapat sokongan kaum lain, termasuk India,” katanya.

Sabtu lalu, Jui Meng mengumumkan keluar daripada parti MCA dan menyertai PKR tanpa sebarang syarat, kerana tidak lagi sehaluan dengan agenda perjuangan MCA.

news manek urai terkini must see!!!

Pasca Manek Urai : Kumpulan Pro UG Dalam PAS Berdansa Kerana Menang Tipis

 

Open your eyes before you open your mouth…. 

Itulah kalimah paling sesuai buat rakan media, segelintir rakan blogger dan ahli-ahli PAS yang pro Kerajaan Perpaduan yang begitu berdansa dalam kemabukan dengan keputusan pilihanraya umum Manek Urai pada 14hb Julai yang baru lepas.

Pagi semalam saya menerima panggilan telefon dari seorang diplomat dari kedutaan asing, meminta pengamatan saya terhadap apa yang telah berlaku di Manek Urai.

Sebagaimana kepada rakan diplomat, saya juga mengajak kita bermula dengan analisa keputusan pilihanraya Manek Urai dengan melihat fakta sejarah Pilihanraya Kecil di Kelantan bermula dari tahun 1987 seperti yang boleh diperolehi dari laman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.
Fakta Sejarah

Mana-mana Pilihanraya Kecil sememangnya sengit apalagi di Negeri Serendah Sekebun Bunga yang penduduknya sering dijenamakan sebagai berani membuat keputusan politik yang berlainan dengan penduduk dari negeri lain di Malaysia.

1987

19941997-2199720062009

Bermula daripada tahun 1987, terdapat 6 pertembungan diantara PAS dengan UMNO Barisan Nasional di dalam pilihanraya kecil di Kelantan iaitu,

  • 1987 – PRK N14 Bukit Tunku.
  • 1994 – PRK N9 Lundang.
  • 1997 – PRK N32 Pulai Chondong.
  • 1997 – PRK N30 Semerak.
  • 2006 – PRK N12 Pengkalan Pasir.
  • 2009 – PRK N41 Manek Urai.

Melainkan pada Pilihanraya Kecil N9 pada 29hb March 1994, dimana calon PAS Ustaz Mohd Daud Iraqi menang dengan majoriti 4,246 undi atau 30%, selebihnya menyaksikan pertarungan sengit dengan kemenangan atau ketewasan yang tipis seperti data di bawah,

  • 28/6/1987 PRK N41 Bukit Tuku BN menang dengan majoriti 118 undi atau 1.4%.
  • 29/3/1994 PRK N9 Lundang PAS menang dengan majoriti 4,246 undi atau 30%.
  • 6/1/1997 PRK N32 Pulai Chondong PAS menang dengan majoriti 118 undi atau 1.3%.
  • 11/8/1997 PRK N30 Semerak BN menang dengan majoriti 778 undi atau 7.79%.
  • 6/12/2006 PRK N12 Pengkalan Pasir BN menang dengan majoriti 134 undi atau 0.9%.
  • 14/7/2009 PRK N41 Manek Urai PAS menang dengan majoriti 65 undi atau 0.6%.

Kemenangan besar PAS dalam PRK N9 Lundang pada tahun 1994 adalah pada ketika kemuncak penentangan dan kebencian rakyat Kelantan terhadap UMNO. Pada ketika itu PAS bersama Semangat 46 menerusi Angkatan Perpaduan Ummah menyapu bersih kerusi DUN di Kelantan dalam Pilihanraya Umum 1990. Faktor simpati rakyat Kelantan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah dan kasih sayang mereka terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang baru 4 tahun mentadbir Kelantan adalah antara pemangkin kemenangan besar tersebut.

Dua pilihanraya kecil pada tahun 1991 yang melihat pertembungan Semangat 46 dengan Umno BN juga menyaksikan Semangat 46 mengalahkan BN dengan peratusan majoriti lebih 15%.

1991-11991-21995

Manek Urai: PAS Menang Setelah 12 Tahun

Begitulah sepatutnya yang dibaca oleh pengalisa politik. Sudah 12 tahun PAS tidak pernah menang dalam Pilihanraya Kecil di Kelantan. Blogger Penarik Beca adalah antara yang pertama mengetengahkan fakta ini.

Setelah kemenangan YB Zulkifli Mamat di Pulai Chondong pada 1997, PAS telah tewas di dua PRK berturut-turut. Manek Urai merupakan sejarah setelah sedekad tanpa kemenangan di dalam PRK.

UMNO BN Wajib Menang di Manek Urai

Manek Urai adalah diantara kubu-kubu jentera UMNO BN. Ia terletak dibawah Zon Kelantan Selatan yang dikawal oleh KESEDAR sebuah agensi pembangunan tanah Kerajaan Persekutuan yang dibekalkan dengan beratus juta ringgit bagi membangunkan kawasan Kelantan Selatan dan memperkukuhkan kedudukan politik UMNO.

Sama seperti KADA sebuah lagi agensi persekutuan, KESEDAR menjalankan pelbagai aktiviti bertujuan mendapatkan political mileage bagi UMNO. Menerusi KESEDAR juga pelbagai jawatan lantikan politik dibuat termasuklah penceramah politik.

Manek urai berada di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang mempunyai 4 DUN. Berikut analisa ringkas keputusan PRU12 pada DUN-DUN berkenaan,

  • N39 Mengkebang – PAS tewaskan BN dengan majoriti 1,903 undi atau 16%.
  • N40 Guchil – PKR menang tewas BN dengan majoriti 1000 undi atau 8%.
  • N41 Manek Urai – PAS tewaskan BN dengan majoriti 1352 undi atau 13%.
  • N42 Dabong – PAS menang dengan menewaskan BN dengan majoriti 552 undi atau 8%.

12-Meng

12 - Guc12- MU12-dab

Walaupun Pakatan Rakyat telah menyapu bersih kesemua 4 kerusi DUN, apa yang jelas ialah melainkan di Mengkebang, 3 lagi DUN berada di dalam kawasan kemenangan kurang daripada 13% undi majoriti. Ini bermakna jika hanya 7% pengundi bertukar arah, Pakatan Rakyat akan tumbang.

Berbekalkan jentera Kerajaan Persekutuan dan Jentera Negeri-Negeri di bawah BN, UMNO sepatutnya telah berjaya menumpaskan PAS di Manek Urai.

Oleh yang demikian, analisa yang tidak bias dan dibuat oleh mereka yang benar-benar matang dalam politik Malaysia amnya dan politik Kelantan khasnya akan mempertikaikan bagaimana BN boleh tewas dan mengapa PAS hanya menang dengan 65 undi.

Mengapa BN Tewas di Manek Urai

Manek Urai Atmosphere_0045

Anggaran Jambatan dua lorong penghubung diantara Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama ialah RM20 juta mengikut Jabatan Kerja Raya. Bagaimanapun Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa Kerajaan Persekutuan akan membina Jambatan bernilai RM7 juta pada 15hb Julai 2009 jika BN menang di Manek Urai.

Penduduk Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama memberi majoriti undi mereka kepada BN dengan harapan sebuah jambatan dapat terbina pada keesokan harinya tanpa mereka sedari, Muhyiddin sendiri tidak berniat dengan apa yang dikatakannya itu.

Muhyiddin beranggapan adalah mustahil untuk BN menang di Manek Urai.

Muhyiddin mempunyai jentera kempen sehebat-hebatnya tetapi jentera kempen BN tidak memiliki ‘passion’ seperti jentera kempen serba daif dan miskin Pakatan Rakyat.

Nomination Day (Eddy)_0021Passion begini sudah lama berkubur dalam UMNO. Dahulu UMNO adalah satu perjuangan kini bagi ahli UMNO, adalah zaman menikmati hasil perjuangan datuk dan nenek mereka.

Pada hari penamaan calon, UMNO hanya mampu menggembeling 2,000 untuk berarak bersama mereka ke pusat penamaan calon walaupun SPR membenarkan mereka membawa 5,000 orang. Pakatan Rakyat pula membawa 5,000 orang berarak dengan mereka dan pada penghujung proses penamaan calon, jumlah penyokong mereka sudah jauh melebih 20,000 dan ia melimpah hingga ke simpang jalan Kuala Krai – Gua Musang iaitu lebih 3.4 km dari pusat penamaan calon.

Pada hari pengiraan undi, jumlah penyokong PAS yang berkumpul di pusat penjumlahan undi lebih dari 3,000 orang tetapi di sebelah BN, tiada seorangpun penyokong atau pimpinan UMNO yang hadir walaupun keputusan hampir bila-bila masa menyebelahi mereka.

Result_0011Suasana gerai begini yang dibuka seawal 4.30 petang di luar pusat penjumlahan undi tidak dapat dilihat disebelah penyokong BN kerana kebanyakkan penyokong BN hadir kerana mereka dibeli, Penyokong PAS hadir kerana bagi mereka ia sebahagian dari ibadah dan perjuangan menentang kemungkaran.

UMNO Tewas Kerana Tiada Kepercayaan Diri

Campaign Trail Night_0048

YB Dato’ Wan Abdul Rahim a.k.a Chegu Rahim bersama YB Lim Kit Siang Di Sungai Peria, Manek Urai

PAS di sebalik segala retorik dan perang saraf sedar bahawa mereka akan tewas di Manek Urai. Apa yang mampu mereka lakukan ialah mengurangkan kadar kemerosotan undi supaya disaat-saat akhir mereka boleh mengharapkan kepada keajaiban berlaku.

Semenangnya itulah yang dilakukan hasil dari kebijaksanaan YB. Dato’ Wan Abdul Rahim, Penasihat Strategi dan YB. Abdul Fatah Harun, Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri.

Sebelum hari mengundi, jentera PAS berpendapat, jika jumlah keluar mengundi kurang daripada 77%, maka PAS akan menang di Manek Urai. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan dalam taklimat Jentera Kempen BN pada hari terakhir pula mendedahkan, BN memerlukan sekurang-kurangnya 82% pengundi keluar mengundi untuk menang di Manek Urai.

Pada Jam 2 petang 14hb Julai 2009, angka rasmi keluar mengundi sudah melebihi 82%. Jentera PAS sudah kini yakin mimpi ngeri mereka telah menjadi nyata. Dalam usaha mendapatkan keajaiban yang mereka perlukan, YB Fatah Harun setelah berunding dengan jawatankuasanya dengan gembira memanggil satu sidang media di Markas Induk jentera Pilihanraya PAS.

Lancar Jentera PRK_0218YB Fatah Harun a.k.a Abe Tah (Kanan) Bersama Dato’ Takiyuddin Hassan di sidang media Perlancaran Jentera Kempen PAS di Manek Urai Baru

Di dalam sidang media jam 2.30 petang tersebut, YB. Fatah telah mengumumkan berdasarkan senarai yang keluar mengundi, PAS kini mendahului BN dengan 2,000 undi dan mengumumkan kemenangan PAS didalam PRK Manek Urai.

Terkejut dengan pengumuman itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan meninggalkan Manek Urai jam 3.30 petang dan sejurus dengan itu, jentera BN yang sebelum ini sibuk masuk ke segenap pelusuk kampung telah memberhentikan operasinya. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain turut meninggalkan Manek Urai dengan kawalan polis pengiring. Pondok-pondok BN kesemuanya dikosongkan satu jam sebelum tamat proses pengundian.

Kesempatan ini diambil oleh jentera PAS menyemak senarai pengundi yang belum membuang undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat PAS bersama jentera mereka menunggang motorsikal masuk ke segenap ceruk mencari mereka yang belum keluar mengundi dan merayu supaya mereka keluar mengundi dan memangkah bulan.

Akhirnya, keajaiban telah berlaku. PAS menang dengan 65 undi.

Kemenangan Termanis

Akhirnya, jam 9 malam, PAS telah meraikan kemenangan dengan penuh rasa bersyukur. Ini adalah kemenangan termanis dalam pengalaman mereka berhadapan dengan jentera gergasi BN di dalam Pilihanraya Kecil dimana sudah 12 tahun kemenangan menjadi milik UMNO.

Lancar Jentera PRK_0019Kelompok terpenting di dalam Badan Perhubungan PAS Kelantan, terus menikmati kesederhanaan yang berjaya membatasi rasa bongkak dalam diri mereka.

Kemana Hilang Undi PAS Dalam PRU 12

Di dalam PRU 12, PAS menang dengan majoriti 1,352 undi. Kini majoriti itu tinggal hanya 65 undi. Apakah yang menyebabkan ini berlaku? Rumusannya adalah seperti berikut,

  • Di dalam PRU 12, sentimen pengundi terutamanya pengundi di perantauan dan pengundi-pengundi muda ialah untuk mempertahankan Negeri Kelantan daripada ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.
  • Mereka tidak mahu Negeri Kelantan turut menjadi Negeri yang bergelumang dengan rasuah, maksiat dan kemungkaran seperti negeri-negeri lain yang ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.
  • Satu cara untuk menyekat UMNO BN ialah dengan secara beramai-ramai mengundi PAS.
  • Majoriti mereka ini bukanlah ahli mana-mana parti politik.
  • Ahli-ahli UMNO dan pimpinan UMNO Kelantan sendiri sebenarnya lebih suka UMNO terus gagal merampas Kelantan kerana dengan cara demikian, wang pembangunan untuk rakyat Kelantan terus menerus akan disalur menerusi Parti dan Agensi-Agensi seperti KADA, KESEDAR, Majlis Tindakan Pelancongan dsbnya yang mana ahli-ahli politik UMNO adalah pengerusinya.
  • Dengan UMNO terus kecundang, mereka akan terus menjadi orang-orang penting dengan peruntukan yang berpuluh-puluh juta ringgit.

Namun di dalam berhadapan dengan Pilihanraya Kecil, sentimennya adalah berbeza,

  • Pengundi senyap tahu bahawa undi mereka tidak akan memberi Negeri Kelantan kepada UMNO.
  • Ini kerana PAS sebagai kerajaan mempunyai majoriti besar di Dewan Undangan Negeri.
  • Oleh yang demikian mereka mengundi BN dengan harapan Kerajaan PAS akan lebih sensitif terhadap kehendak penduduk tempatan.
  • Mereka juga mengundi BN sebagai protes kepada ketidakpuasan hati mereka, jika ada terhadap pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz.

Lancar Jentera PRK_0032Semangat gotong royong terus menjadi keutamaan dikalangan penyokong PAS tanpa mengharap pulangan wang ringgit.

Benarkah Pengundi Melayu Kembali Kepada UMNO

Di dalam PRK Bukit Gantang, UMNO mendakwa pengundi-pengundi Melayu telah kebanyakannya pulang kepada UMNO. Data UMNO menjelaskan seperti berikut,

  • Di dalam PRK Bukit Gantang UMNO mendapat 65% undi Melayu.
  • PAS dapat 35% undi Melayu.

Jika benar 65% pengundi Melayu sudah kembali setia kepada UMNO maka keputusan di Manek Urai pada 14hb Julai 2009 ialah UMNO mendapat 6,841 undi dan menang dengan majoriti 3,157 undi.

Ini adalah berdasarkan fakta berikut,

  • Jumlah pengundi berdaftar di Manek Urai 12,293 orang.
  • Jumlah membuang undi 10,631 pengundi.
  • Pengundi Melayu 99.9%.

Sebaliknya, PRK Manek Urai membuktikan bahawa UMNO BN hanya memperolehi hanya sejumlah 50% undi dari pengundi Melayu.

Manek Urai dan Masa Depan PAS

Berdasarkan prestasi di Manek Urai, jelas bahawa PAS telah mengambil langkah yang betul dengan,

  • Terus bersama Pakatan Rakyat.
  • Menolak politik perkauman.
  • Menolak Kerajaan Perpaduan dan Kerjasama dengan UMNO.
  • Mengurangkan kehadiran tokoh-tokoh PAS yang pro UMNO dan Kerajaan Perpaduan secara langsung mengurangkan kerosakan yang akan dilakukan oleh mereka di Manek Urai.

 

Dengan berlandaskan 50% sokongan daripada pengundi Melayu di kawasan majoriti Melayu dan berlandaskan 35% sokongan pengundi Melayu dikawasan campuran serta 84% sokongan pengundi bukan Melayu, PAS seharusnya bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan PRU 13 lebih awal dari tempoh matang dengan semangat untuk bersama Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia.

Apa yang perlu dan penting sekarang, ialah untuk PAS memastikan kemusnahan yang bakal di bawa oleh pimpinan PAS pro UMNO dan Kerajaan Perpaduan dibendung dengan berkesan supaya PAS tidak tertembak kaki sendiri disaat-saat ia memerlukan kedua-dua kakinya untuk memecut ke garisan penamat.- kickdefella

 

Artikel Penuh

 

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

BERGUNAKAH: 

 

Posted by greenboc 0 comments

Era Najib Altantuya : Sengketa PR Bukan Taktik Politik – Hadi

 

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim kononnya sengketa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu perselisihan faham dan perpecahan dalam gabungan tiga parti itu sebagai mainan politik untuk menarik perhatian rakyat.

Menurutnya, apa yang berlaku bukanlah strategi atau taktik politik parti itu, tetapi sekadar bersikap terbuka dan telus dalam menangani isu-isu terkini.

Antara isu terkini yang dapat menyatukan ahli-ahli dalam Pakatan Rakyat ialah kematian Setiausaha Politik, Teoh Beng Hock. Biarpun beliau bukan beragama Islam tetapi isu ini melibatkan kezaliman, dan kami sepakat mencadangkan supaya satu jawatankuasa bebas diwujudkan untuk menyiasat kematian itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan Pas Pusat, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim kelmarin yang mendakwa perselisihan faham dan perpecahan dalam gabungan tiga parti itu sedangkan ia hanya taktik raih perhatian rakyat.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Pesuruhjaya Pas Kedah merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.:

Abdul Hadi berkata, isu berkenaan tidak dipolitikkan seperti yang didakwa, tetapi pihaknya mahu menegakkan keadilan.

“Kes tersebut menunjukkan adanya kelemahan dalam jentera pentadbiran dan perlu disiasat dengan adil dan telus,” katanya.

Abdul Hadi berkata, perjumpaan dua hari itu antara lain membincangkan mengenai ucapan dasar yang diluluskan dalam Muktamar lalu dan lawatan kerja ke Kedah untuk melihat pembangunan di negeri itu.

“Apa yang diluluskan pada muktamar lalu telah dibangkitkan untuk mengukuhkan jentera parti termasuk persiapan awal berdepan dengan pilihan raya umum akan datang,” katanya:.

Mesyuarat turut bersetuju menubuhkan jawatankuasa penilaian untuk membuat analisis mengenai keputusan pilihan raya kecil di Manek Urai 14 Julai lalu.

“Menteri Besar turut memberi taklimat mengenai pembangunan yang telah dicapai termasuk kejayaan Pakatan Rakyat Kedah di sini, antaranya projek penapisan minyak Hub Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH), pelaburan, dasar tender terbuka, termasuk masalah dalaman Pakatan Rakyat Kedah yang berjaya diselesaikan,” katanya.

 


Artikel Penuh

 

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

BERGUNAKAH: 

 

Posted by greenboc 0 comments

Era Najib Altantuya : Pemimpin PR Selar Media UMNO Tiup Api Perkauman

 

PAS memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin Umno agar tidak ‘Melayu’kan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub menegaskan, pemimpin Umno sepatutnya menjaga imej dan integriti SPRM dan polis bukannya menjadikan kedua-dua institusi tersebut kuda tunggangan mereka.

Beliau juga menegaskan, pemimpin Umno sepatutnya tidak menjadikan kematian misteri Teoh Beng Hock di pejabat SPRM Selangor sebagai isu perkauman kerana tidak kira Melayu, Cina atau India jika berlaku kematian ia melibatkan kehilangan nyawa rakyat Malaysia.

“Kita (PAS) beri amaran kepada pihak-pihak tertentu agar tidak ‘Melayu’kan SPRM dan Polis dan jangan jadikan kematian Teoh sebagai isu perkauman.

“Pemimpin Umno dan BN sepatutnya menjaga imej dan integriti SPRM dan polis dan tidak menjadikan kedua institusi ini kuda tunggangan mereka,” tegas Salahuddin.

Beliau seterusnya menegaskan, usaha beberapa pihak yang cuba menyalahkan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai melemahkan orang Melayu bila menuntut keadilan di atas kematian Teoh, sebenarnya telah menjatuhkan maruah orang Melayu.

Lebih buruk lagi, tegas Salahuddin bila ada pihak yang cuba menjadikan isu ini sebagai isu perkauman.

Beliau menyifatkan usaha menjadikan kematian Teoh sebagai isu perkauman dengan tujuan membangkitkan kemarahan kaum Cina terhadap orang Melayu sebagai satu tindakan terdesak BN yang semakin hilang sokongan.

Umno-BN, tegas beliau masih lagi leka dengan budaya politik perkauman yang lapuk sedangkan rakyat sudah pun beralih ke politik baru yang tidak membezakan mana-mana kaum sebaliknya lebh mementingkan kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Sementara itu,Timbalan Presidan PKR, Syed Husin Ali telah melahirkan rasa terkejut dengan laporan akhbar arus perdana yang sengaja menukar isu kezaliman kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor kepada isu perkauman.

Apa yang ditulis di dalam akhbar arus perdana tersebut nyata bersalahan dengan etika kewartawanan yang dengan sengaja menimbulkan sentimen yang berunsur hasutan dengan mempertikaikan kesedihan rakyat akan kematian Teoh Beng Hock yang berada di bawah pengawasan SPRM.

Pada 19 Julai lalu, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Zainul Ariffin Mohammed Isa telah menulis kesimpulan bahawa seolah-olah Pakatan Rakyat telah menjadikan kesedihan kematian Teoh sebagai modal politik dan serangan orangramai adalah kemarahan orang bukan-Melayu terhadap institusi Melayu.

Dr Syed Husin menganggap ia sebagai satu tulisan yang tidak bertanggungjawab yang bertujuan meniup api perkauman, dalam usaha mereka untuk menutup isu kezaliman

ceramah perdana terkini jom pegi tengok

Yahoo! lancar laman web baru

NEW YORK: Firma Internet terkemuka, Yahoo! dijangka menampilkan reka bentuk baru laman web enjin cariannya hari ini dengan ciri capaian dalam laman ke aplikasi web seperti Twitter dan Facebook.

Laporan online Wall Street Journal, berkata pelancaran itu adalah usaha penjenamaan semula yang dilakukan lebih awal daripada jadual sebenar iaitu akhir September atau Oktober. – AFP

Monahara Sedia hadapi saman RM105j

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

 

 

KUALA LUMPUR: “Kami sekeluarga tidak takut disaman berapa banyak pun. Tuhan memihak pada yang benar dan harap berbalik rezeki (menang dalam saman itu) kepada kami,” kata Daisy Fajarina, 44, ibu mentua Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.

Daisy dihubungi di Indonesia bagi mengulas tindakan saman fitnah berjumlah RM105 juta dikemukakan Tengku Muhammad Fakhry terhadapnya semalam dan anak kedua Daisy, Manohara Odelia Pinot, 17, yang juga isteri Tengku Temenggong Kelantan.

Saman berkenaan difailkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini, semalam melalui peguam, Mohd Haaziq Pillay.

Tengku Muhammad Fakhry, 31, sebagai plaintif, menamakan ibu mentuanya, Daisy Fajarina sebagai defendan pertama dan isterinya, Manohara Odelia Pinot defendan kedua.Sebelum ini, pada 5 Julai lalu, putera ketiga Sultan Kelantan itu memfailkan dua saman di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan, bagi menuntut Manohara kembali taat kepadanya dan mengembalikan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM972,750.
Mengenai kemelut kekeluargaan yang terjadi itu, Daisy berkata, naluri ibu dimilikinya tidak berapa tepat apabila menganggap Tengku Muhammad Fakhry boleh menjaga Manohara dengan baik.

“Saya amat percaya kepadanya (Tengku Muhammad Fakhry) ketika kali pertama bertemu dalam satu majlis makan malam pada 2006 yang turut dihadiri Manohara.

“Beliau datang kepada saya dan dengan sopan meminta kebenaran: ‘Boleh tidak saya berkenalan dengan puteri ibu (Manohara)’. Saya membenarkan kerana I really trust him so much (saya sangat percayakannya)…,” katanya.

Selain Manohara, dia memiliki seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu Dewi, 20.

Wartawan cuba mendapatkan ulasan Manohara, tetapi Daisy memberitahu anaknya tiada di rumah kerana berada di lokasi penggambaran filem bertajuk ‘Manohara’.

Menurutnya, Manohara juga sibuk menyiapkan biografi mengenai kisah kehidupan dirinya dan dalam proses mencari penerbit. Manohara bercadang melancarkan buku berkenaan di Amerika Syarikat.

Ditanya persediaannya untuk menghadapi tuntutan saman itu, Daisy memberitahu dia dan anaknya mempunyai peguam bagi menangkis dakwaan Tengku Muhammad Fakhry bahawa dia melakukan fitnah.

“Saya dan anak sudah bersedia ke sana (Malaysia) pada bila-bila masa diperlukan. Dia (Tengku Muhammad Fakhry) harus menanggung segala perbuatan terhadap Manohara.

“Manohara juga sedang dalam perancangan untuk bercerai. Dia tidak akan kembali kepada Tengku Muhammad Fakhry,” katanya.

Tengku Muhammad Fakhry dan Manohara yang memegang gelaran Cik Puan Temenggong Kelantan berkahwin pada 26 Ogos tahun lalu dan menetap di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Selepas sembilan bulan berkahwin, Manohara pulang ke Indonesia dan enggan kembali.

Kisah bekas model itu mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik Indonesia sehingga mengundang pelbagai persepsi negatif.

Berita mengenai Manohara yang melarikan diri daripada suaminya ketika di Singapura, baru-baru ini, mendapat liputan meluas akhbar di Indonesia.

Manohara yang mendakwa didera secara fizikal dan seksual oleh suaminya turut menjadi bahan berita utama 10 stesen televisyen swasta Indonesia yang menyiarkan sidang media dan wawancara dengannya sekembali ke Jakarta.

>Tengku Muhammad Fakhry fail saman RM105j

KUALA LUMPUR: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, semalam memfailkan saman RM105 juta terhadap isterinya yang juga model warga Indonesia, Manohara Odelia Pinot serta ibu mentua, Daisy Fajarina kerana menyebarkan fitnah menerusi sidang akhbar, sejak beberapa bulan lalu.

Saman berkenaan difailkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui peguamnya, Mohd Haaziq Pillay.

Menerusi saman itu, Tengku Muhammad Fakhry, 31, selaku plaintif menamakan Daisy sebagai defendan pertama manakala Manohara, 17, sebagai defendan kedua.

Berdasarkan penyata tuntutan, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa antara April hingga Jun lalu, Daisy secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan perkataan berbaur fitnah yang disiarkan media di dalam dan luar negara.

Manohara pula didakwa secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan perkataan berbaur fitnah mengenai penderaan seks terhadapnya disiarkan dalam media dalam dan luar negara melalui sidang akhbar antara 1 Jun dan 12 Jun lalu.

Semua perkataan fitnah itu antara lain disiarkan dalam The Jakarta Globe, Banjarmasin Post, Detiknews, Kompas.com, Global TV dan beberapa akhbar tempatan.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa semua kata-kata yang dikeluarkan kedua-dua defendan dibuat untuk mengaibkan dirinya di kalangan kerabat diraja Kelantan, kerajaan Malaysia dan rakyat.

Beliau menegaskan, semua tuduhan itu tidak benar, tidak berasas dan berniat jahat sehingga menyebabkan dirinya mengalami kerosakan serius serta mencemarkan reputasi.

Putera ketiga Sultan Kelantan itu mendakwa kedua-dua defendan mengeluarkan semua fitnah dengan niat jahat serta bermotifkan mahu mendapatkan wang.

Plaintif menuntut ganti rugi teruk, teladan dan pampasan RM105 juta termasuk faedah dan kos.

Tengku Muhammad Fakhry juga memohon perintah injuksi menghalang kedua-dua defendan daripada terus mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya.

Pada 5 Julai lalu, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan, bagi menuntut Manohara menjelaskan hutangnya hampir RM1 juta.

Plaintif juga memfailkan saman kedua yang meminta Manohara kembali taat kepadanya selepas tempoh diberikan sebelum ini iaitu sehingga 2 Julai lalu tamat, tetapi defendan masih enggan kembali kepadanya.

Berdasarkan pernyataan tuntutan saman di Mahkamah Syariah, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa beliau bernikah dengan defendan pada 2 Ogos 2008 di Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan, dengan berwali hakim.

Plaintif mendakwa sebelum perkahwinan itu, defendan ada meminjam sejumlah wang daripadanya untuk kegunaan peribadi dan ibunya yang berjumlah RM338,500.

Jumlah itu termasuk pembelian jam tangan berjenama bernilai RM174,000 pada 25 Oktober 2005 dan pengiriman wang melalui sebuah bank membabitkan transaksi bernilai RM164,500 pada 17 Jun tahun lalu.

Sepanjang tempoh perkahwinan itu, plaintif juga memberikan defendan pinjaman wang untuk kegunaan peribadi berjumlah RM634,250 termasuk kiriman wang sebanyak empat kali bermula pada 4 September 2008 dan terakhir pada 22 Januari 2009.

40 orang awam akan dipanggil bantu siasatan kematian Teoh

PETALING JAYA: Seramai 40 orang awam lagi akan dipanggil untuk diambil keterangan berhubung kematian setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock dalam masa terdekat ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sehingga semalam polis telah mengambil keterangan daripada 33 individu termasuk 25 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Buat masa ini seramai 33 orang telah kita ambil keterangan dan kini ada 40 orang lagi yang sudah dikenalpasti untuk diambil keterangan.

“Kita mahu soalan-soalan yang ditanya dan dipersoalkan oleh orang awam terjawab.

“Sebelum ini siasatan kita menjurus kepada bangunan, bilik siasatan dan lokasi mayat mendiang ditemui dan kali ini kita akan menambah siasatan daripada keterangan mereka bersama dua lagi Anggota Dewan Undangan Negeri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Balai Polis Ara Damansara di sini hari ini.

Hishammuddin turut memberi jaminan bahawa kes tersebut akan disiasat secara telus dan profesional hingga ke lubang cacing dan mengingatkan kepada manamana pihak agar tidak mencetuskan ketegangan dengan memutar belitkan fakta kes kematiannya.

Hishammuddin berkata beliau akan melaporkan perkembangan siasatan kes tersebut kepada mesyuarat jemaah menteri esok.

“Kita tengok nanti apa kata jemaah menteri. Namun saya secara peribadi melihat apa yang dilakukan pihak polis amat cukup teliti dan saya beri keyakinan dan jaminan siasatan yang dilakukan telus dan profesional. Saya sendiri mahu kes tersebut dapat disesaikan dengan segera, rapi dan teliti.

“Saya juga sedih tetapi biarkan pihak berkenaan jalankan tugas tanpa ada rasa syak wasangka atau diputarbelitkan fakta oleh pihak tidak bertanggungjawab.. kadang-kadang perkara negatif yang digembar-gemburkan tidak berasas,” katanya.

Beliau berkata jika selepas siasatan kes itu selesai namun masih wujud ‘soalan-soalan yang perlu dijawab’ maka saluran alternatif lain akan digunakan bagi meyakinkan masyarakat dalam menegakkan keadilan dan kebenaran.

“Saya sendiri memantau siasatan polis terhadap kes ini, saya tidak mahu ada perkara yang masih menjadi tanda tanya, kita hanya mahu kebenaran dan keadilan untuk mendiang dan keluarganya justeru kita harap masyarakat boleh tunggu hingga siasatan selesai,” katanya.

Teoh, 30, ditemui mati pada pukul 1.30 tengah hari Khamis lepas di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14.

Teoh, yang merupakan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri barubaru ini. BERNAMA

inilah kenyataan tpm yang cuba melagakan kedua pemimipin yang nak ikhlas dalam perjuangan utk rakyat

Zaid rendahkan kewibawaan Tengku Razaleigh – Muhyiddin

SEREMBAN: Tindakan bekas Menteri Undang-undang yang kini anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zaid Ibrahim mengajak Tengku Razaleigh Hamzah menyertai pembangkang sebenarnya cuba merendah-rendahkan kewibawaan veteran Umno itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno itu berkata ini kerana Tengku Razaleigh bukan sembarang orang sebaliknya merupakan seorang pejuang parti Umno.

“Beliau menjadi pengasas parti sejak dari dulu lagi, ini macam Zaid merendah-rendahkan kewibawaan politik Tengku Razaleigh, walaupun beliau tidak berjawatan tetapi beliau masih aktif dan cergas (dalam Umno),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan dan Mesyuarat Agung Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia hari ini.

Beliau menegaskan Tengku Razaleigh merupakan satu daripada sebab Umno mendapat kemenangan moral pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai di Kelantan pada 14 Julai lepas apabila calon Barisan Nasional (BN) kalah tipis dengan majoriti 65 undi kepada PAS.

“Jadi saya fikir, Zaid kena hormatlah, dia sudah masuk PKR tidak mengapa,” katanya mengulas pelawaan Zaid supaya tokoh politik tersohor Umno itu yang juga anggota Parlimen Gua Musang menyertai parti pembangkang yang dibuat melalui blognya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri turut ditanya sama ada kakitangan kerajaan sudah hilang integriti apabila terlibat dalam kegiatan jenayah seperti kes tangkapan sembilan kakitangan Jabatan Imigresen di Johor semalam atas dakwaan terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia.

Muhyiddin berkata kes itu tidak sepatutnya dijadikan kayu pengukur kepada prestasi kakitangan kerajaan yang lain, malahan penilaian prestasi serta kepercayaan orang ramai terhadap kepada mereka harus dibuat secara berterusan.

Katanya negara sudahpun mempunyai Institut Integriti Nasional yang memandu kakitangan kerajaan meningkatkan kecekapan serta tanggungjawab mereka. BERNAMA

Kematian Teoh: Polis beri PM taklimat 30 minit

Oleh G. MANIMARAN

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebentar tadi diberi taklimat berhubung kes kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock di sini.

Taklimat diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kita beri taklimat tentang kes ini dari semua aspek,” kata beliau kepada media.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan reaksi Najib yang juga Menteri Kewangan berhubung taklimat itu.

“Itu (reaksi) kena tanya beliau,” katanya.

Taklimat berlangsung kira-kira setengah jam. Najib tiba di KLIA kira-kira pukul 11.15 pagi.

Turut hadir pada sesi taklimat ialah Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga hadir sama.

Najib tiba di KLIA selepas mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi dan menghadiri sidang Pergerakan Negara-negara Berkecuali di Mesir.

Sehingga semalam pelbagai reaksi diterima dari beberapa pihak meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja Siasatan bagi meneliti punca kematian Teoh.

Sabtu lalu, Muhyiddin berkata, saranan itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok.

Teoh ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam Khamis lalu selepas menghadiri siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor.

Terdahulu, Musa ketika ditemui media berkata, pihaknya yakin siasatan kematian Teoh boleh diselesaikan dalam beberapa hari lagi.

“… akan selesai dalam waktu terdekat,” katanya.

Setakat ini 33 saksi telah membantu siasatan manakala siasatan sudah selesai 60 peratus.

Sehubungan itu, beliau meminta tiada pihak yang menimbulkan ketegangan atau memutarbelitkan fakta berhubung insiden tersebut.

“Kita sedang jalankan siasatan. Kalau nak tuduh tanpa berdasarkan siasatan, saya rasa itu tidak betul,” kata beliau.

Musa berkata, jika ada pihak yang menimbulkan ketegangan, polis akan menggunakan peruntukan undang-undang yang sewajarnya untuk bertindak.

ISA ‘penyelamat’ pemimpin pemerintah, bukan keselamatan negara – Presiden PAS

ALOR SETAR, 21 Julai (Hrkh) -Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah.Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini berhubung akta ‘tanpa bicara’ yang telah mendapat bantahan seluruh masyarakat sekaligus menggesa kerajaan memanmsuhkannya serta-merta.

Katanya, ISA adalah undang-undang zaman penjajah sedangkan negara ini memerlukan satu undang-undang yang merdeka tanpa mengongkong rakyat sebaliknya bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan.

“Bukan kita tidak boleh bertindak untuk selamatkan negara. Tetapi undang-undang itu sudah lapuk, undang-undang yang diamalkan oleh penjajah. Kita sudah merdeka, mesti undang-undang yang tidak mengongkong rakyat, yang menjaga keamanan, keselamatan.

“Apa yang berlaku hari ini undang-undang keselamatan negara menjadi undang-undang keselamatan pemimpin-pemimpin parti yang memerintah, keselamatan tokoh-tokoh yang memerintah, ini bukan undang-undang keselamatan negara!” tegasnya pada sidang media di Hotel Holiday Villa, di sini semalam

Ditanya wartawan mengenai kedapatan pihak dalam Umno yang mulai mempertikaikan ISA, Ustaz Hadi menyifatkan perkara itu sebagai kejayaan dari teguran dan kritik dibuat selama ini.

“Menunjukkan bahawa mereka (Umno) sudah tidak bersetuju dengan konsep ISA itu dan dasarnya yang perlu dikaji semula, perlu dinilai semula. Apatah lagi akta ini akta dari zaman penjajahan, negara kita telah mencapai kemerdekaan, sepatutnya dilakukan pembaharuan termasuklah pembaharuan undang-undang; memerdekakan undang-undang negara, undang-undang negara mesti dibebaskan dari belengu-belengu kezaliman yang mengongkong rakyat.

“Umno juga ada yang setuju mansuh, ada yang setuju pinda, (maknanya) dalam Umno sudah ada perbahasan di dalam mereka,” ujarnya pada sidang media selepas selesai Retreat PAS Pusat yang berlangsung selama tiga hari itu.

Turut serta pada sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato’ Mahfuz Omar; Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Setiausaha Agung, Dato’ Mustafa Ali; Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. – azm _

%d bloggers like this: