Himpunan MANSUH??

” Did you go to Beng Hock’s funeral today?”tanyaku pada Dennis, seorang pemuda berbangsa Cina yang baru ku temui dalam satu mesyuarat di KLSCAH petang tadi. Dia hanya mengelengkan kepala.
“I feel pity to Beng Hock’s fiancee…she’s pregnant and has to take care of the baby alone..” tambah ku lagi. Dennis hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.
” I lagi kesihan pada you… Kak Laila.You’ve been surviving alone for seven years….” aku terperanjat dengan jawapan beliau.Dennis memandang kearahku penuh rasa simpati.
“Kalau kesihan pada kami ISA victims, lets mobilise more people to join 1st August anti-ISA rally” dan Dennis memberi isyarat “ok”…..
Bukan Dennis seorang saja yang akan mobilise ahli persatuan mereka. Semua yang hadir petang tadi telah berjanji memberi komitmen masing-masing untuk himpunan MANSUH 1 Ogos. Sekretariat MANSUH iaitu Syed Ibrahim, Kamarudzaman dan saya, bertemu persatuan pemuda Cina di KLSCAH petang tadi.

“Kenapa muncung tajam sangat ni?” tanya ku pada Suhaib sebaik saja aku pulang dari KLSCAH. Ketika tiba dirumah, Suhaib belum tidur lagi. Aku segera mengemas beberapa helai pakaian dan segera dimasukkan ke dalam beg besar beroda berwarna hitam. Suhaib hanya menjeling tajam….
Esok , aku akan ke pantai timur selama dua hari. Ini bemakna, Suhaib akan ditinggal sendirian lagi…
“Sayang….. kalau tak bagi Umi pegi, I can just cancel it. No problem at all…..” kataku lembut ditelinganya. Ku keluarkan semula pakaian dari beg tersebut.
“Tak pe…. Umi pergilah….Tuait ok je…” katanya lagi.
“Thanks, sayang. I promise, this is going to be the last one, ok?” kataku sambil mencubit pipinya yang dipenuhi jambang itu.
Tiga hari lepas, aku baru pulang dari Kedah kerana mengajak orang sana yang tak dapat berita dari blog atau HARAKAH supaya datang ke K.L sempena himpunan 1 Ogos. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa ramai orang di Malaysia ni, tak suka pada ISA, akta tahan tanpa bicaa itu.
Esok adalah program terakhir yang diatur untukku diluar Kuala Lumpur.Selepas itu jadual harianku tetap padat namun semua program tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur saja…..
Semua itu hanyalah untuk memberitahu dan mengajak orang ramai supaya hadir ke himpunan aman MANSUH 1 Ogos di K.L…
Anda bagaimana?
Dicatat oleh Merah Hitam di 11:50 0 ulasan  

Ahad, 2009 Julai 19

Walaupun berada di Padang Terap Kedah, satu kawasan yang boleh dikatakan sudah agak hampir ke sempadan Thailand, dimana liputan internet “broadband’ dan talipon bimbit amat rendah sekali, namun suratkhabar berbahasa China telah menyiarkan berita itu secara meluas dan akhbar itu boleh di perolehi dengan mudah oleh penduduk di kawasan ini. Saya tidak dapat membaca akhbar tersebut, sekadar melihat gambar Teoh yang begitu besar di dalamnya, namun Dr Joyce Lee, Exco Wanita PKR telah secara sukarela membacakan semua berita mengenai tragedi yang menimpa mendiang Teoh. Sepertimana rakan-rakan yang lain, kami dapat merasakan kehilangan yang begitu cepat dan tentunya sukar bagi keluarganya untuk menerima hakikat kematian ini dalam masa terdekat.

Sebelum ditemui mati di tingkat 5 Plaza Masalam,mendiang Teoh telah disoalsiasat oleh pegawai SPRM, tanpa kehadiran peguam selama lebih 8 jam!!!!Dalam hati tertanya-tanya, kebelakangan ini, penggunaan ISA agak terhad, namun tindakan soal-siasat yang dijalankan oleh pegawai SPRM keatas orang awam nampaknya sama sepertimana kelakuan pegawai penyiasat (IO) keatas tahanan 60 hari seksyen 73 ISA!!!!Adakah ini bermakna, prosedur dalam ISA telah diambil oleh pasukan SPRM dan digunakan secara berleluasa keatas ahli politik Pakatan Rakyat???Adakah ini bermakna ISA ada peluang untuk dikajisemula tetapi isikandungannya telah diambil dan di berikan pada SPRM yang berselindung atas nama “mencegah rasuah”? Walaupun turut diselubungi rasa tidak puas hati diatas kematian yang amat trajis ini, program Pentas Wanita di Padang terap,tetap diteruskan. Program ini diadakan disebuah kawasan lapang di tepi jalanraya dan dikelilingi rimbunan pokok getah. Tiada kelihatan perumahan manusia disekitar tempat tersebut yang juga merupakan pejabat Keadilan Padang Terap, namun bila tiba masanya, dua buah khemah saiz 20ka x 20ka kelihatan penuh dengan manusia.

Program Pentas Wanita dimana semua penceramahnya terdiri dari kaum wanita, adalah program seumpamanya yang julung kali diadakan di Negeri Kedah.Walaupun namanya adalah “Pentas Wanita” namun, dari kehadiran penonton yang datang pada malam itu, memberi satu isyarat bahawa penduduk kampung kini sudah berfikiran terbuka dan sedia menerima sesiapa saja yang datang kedaerah mereka untuk berkongsi kisah benar mengenai isu politik semasa, yang sukar mereka perolehi melalui akhbar terbitan kerajaan.

Saya bersyukur kerana turut diberi peluang untuk berkongsi pengalaman sebagai mangsa ISA yng paling lama di abad ke 21 ini disamping mempromosikan Himpunan MANSUH yang bakal menjelang 1 ogos kelak.

Saya bersama Puan Norsham Timbalan KW PKR Malaysia dan YB Zuraidah, Ketua Wanita PKR Pusat. Inilah kali pertama kami berpeluang berkongsi pentas untuk bercerita mengenai pelbagai kezaliman yang sedang dilakukan oleh kerajaan BN keatas rakyat Malaysia.
Kedua-dua mereka, YB Zuraidah dan Pn Norsham menyatakan persetujuan untuk hadir di perhimpunan aman MANSUH 1 ogos kelak.Tahniah pada Pn Salma KW PKR Kedah dan Timbalannya, Puan Nurin yang telah menjadikan program ini satu kenyataan.
Dicatat oleh Merah Hitam di 16:11 0 ulasan  

Sabtu, 2009 Julai 18

“Ketika berlaku peristiwa berarah di Memali, saya masih terlalu muda dan tidak memahami keadaan sebenar ketika itu.Tambahan pula, tiada media alternatif sepertimana sekarang, dimana kita boleh mendapatkan berita dari kedua belah pihak, dari pihak kerajaan dan pihak mangsa….” kataku kepada Cikgu Non, salah seorang bekas tahanan ISA yang tinggal di kawasan itu. Berjenis-jenis lauk pauk enak dan buah-buahan tempatan menyambut ketibaan kami bertiga iaitu saya, Puan Salma Ketua Wanita PKR Kedah dan timbalannya Puan Nurin .”Owhhhh!!! Ada kerabu, ulam petai dan sambal belacan….Ini dah masuk kali ketiga saya makan nasi untuk hari ni, selepas sarapan nasi lemak di rumah Pn Salma, kemudian sekali lagi makan nasi lemak bersama Wanita JIM Kedah di Sg Petani…” ujarku kepada Kak S, isteri Cikgu Non.Walaupun perut masih agak penuh, namun aku tak daya nak menolak lauk-pauk segar yang baunya begitu kuat menggamit selera kami.

(Merahhitam ditengah diapit oleh Pn Rokiah balu syuhada Memali(bertudung putih) dan KW PKR Kedah, Pn Salma yang mendukung Iffah)
Selesai menjamu selera, kami bergerak kerumah Mak Lang (panggian mesra penduduk setempat) merangkap Ketua Muslimat Cawangan Memali, salah seorang balu syuhada Memali yang masih aktif bergerak dalam pergerakan Muslimat PAS. Rumah Mak Lang terletak tidak jauh dari rumah Ustaz Ibrahim Libya yang menjadi tajuk perbincangan utama dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai polis Kerajaan UMNO/BN di Memali yang terjadi pada bulan November tahun 1985.
Ketika menjejakkan kaki di kawasan surau dan asrama tempat As Syahid Ustaz Ibrahim Libya mengajar, aku masih dapat merasakan betapa eratnya pertautan persaudaraan antara Ustaz Ibrahim dan para pengikutnya yang terdiri dari golongan anak-anak muda penduduk kampung itu. Walaupun peristiwa itu telah lebih dua puluh tahun berlalu dan pembangunan telah banyak menubah struktur dan kedudukan bangunan, namun, aura peristiwa itu tetap dapat dirasakan……

(Merahhitam , KW PKR dan timbalannya bersama tiga orang isteri syuhada Memali iaitu Mak Lang, Mak Pah dan Kak Kiah sert jiran-jiran mereka )

Ust Ibrahim Libya adalah seorang guru ugama yang amat dikasihi oleh penduduk setempat disebabkan kebijaksanaan beliau dalam menyampaikan pengajian Islam kepada penduduk Memali.Beliau yang ketika itu adalah salah seorang pegawai kanan bahagian ugama salah sebuah pejabat kerajaan amat dihormati oleh penduduk Baling,kerana kesugguhan dan kejujuran beliau menyampaikan kebenaran Islam kepada mereka. Namun ,tiada siapa menyangka, segala kejujuran dan kbenaran yang disampaikan itu rupanya mengundang rasa tidak senang di hati pemimpin kerajaan yang berkuasa ketika itu hingga mencetuskan peristiwa yang meragut nyawa 14 orang penduduk Memali yang tidak berdosa….

Bayangkanlah, pada tahun 1985, dimana ketika itu tiada akhbar alternatif, tiada kemudaan internet, tiada blog, tiada sms yang boleh menceritakan segala kebenaran, rakyat hanya dan terpaksa menerima berita dari sebelah pihak saja, iaitu pihak kerajaan yang berkuasa ketika itu. Mangsa pembunuhan Memali terpaksa menanggung fitnah berpuluh tahun lamanya . PAS yang menjadi pembangkang ketika itu ada membantu mengeluarkan fatwa diatas kematian 14 orang tersebut, namun segala usaha itu tetap ditutup oleh media arus perdana….

Dan kini, ditahun 2009, PAS menjadi kerajaan di Kedah , walaupun nasib mereka belum terbela, namun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan tentunya berhak untuk diberi gambaran sebenar, apakah yang berlaku dua pulub empat tahun yan glalu dan apakah kesudahannya kisah mereka…..

Sila ikuti kisah selanjutnya dikeluaran HARAKAH akan datang….. semua paparan yang bakal keluar ini hanyalah untuk mendidik rakyat tentang hak mereka sebagai rakyat yang merdeka dan seterusya seterusnya turun ke himpunan Aman MANSUH di Kuala Lumpur 1 Og0s 2009!!!!

Dicatat oleh Merah Hitam di 20:45 0 ulasan  
Jam 4 pagi, aku tiba di Tol Sg Petani Selatan, bersebelahan dengan Taman Sejati , di Sungai Petani, salah satu daerah di Negeri Kedah Darul Aman. Sebaik saja keluar dari bas Transnasional, aku terus menghubungi Pn Salma, KW PKR Negeri Kedah.

“Akak dah tiba ke… saya terjaga teringat kat akak…” ketika sms dari Nurin, Timbalan KW PKR Kedah itu tertera di skrin telefon bimbit , aku sudah berada dalam kereta Pn Salma menuju kerumah beliau yang jaraknya cuma 10 minit dari tepi lebuhraya.Jam tangnku menunjukkan jam 4.30 pagi…. “Sekejap lagi , kita akan ada program bersama Wanita JIM Kedah….” kata Pn Salma ketika kami bersarapan . Pagi-pagi lagi terhidang nasi lemak yang begitu wangi baunya….Dalam hati tak dapat hendak menggambarkan, gembiranya kerana akan bertemu aktivis wanita JIM Kedah yang dan buat pertama kalinya, aku akan bercakap dengan mereka mengenai ISA!!!!!

Puan Asma, seorang aktivis JIM , menjadi moderator untuk program perkongsian yang bertajuk “Memahami kezaliman ISA”.Beliau yang sempat membacakan sebuah sajak dari buku “Dairi Perjuangan” karya Aliza Jaafar, membuktikan pengalamannya menyantuni mangsa ISA yang terdahulu dariku. Seperti biasa, aku berkongsi mengenai kehidupan harianku sebagai mangsa ISA, berulang alik dari K.L ke Kem Kamunting bersama Suhaib , perjuangan mendapatkan hak kemanusiaan Abah Suhaib hinggalah perjalanan ke Geneva.Dan akhir sekali, aku sempat mempromosi buku DuniaTanpa Suami Jilid 2 dan mengajak mereka datang ke Himpunan MANSUH di .KL pada 1 ogos.
Aku sudah lali dengan pengalaman harianku hidup tanpa suami walaupun beliau masih hidup dan kami tidak pernah bercerai….. namun bila diceritakan semula, tak sangka, ramai yang menitiskan airmata kerana terlalu menghayati kisah perjalanan hidupku sebagai keluarga tahanan ISA yang masuk 8 tahun dikurung di Kem Kamunting…..
“Sokongan yang berupa doa dan pemahaman tentang ISA serta mengsanya memberi kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan ini dan berjuang mendapatkan hak asasi serta kehidupan normal kami yang telah dicuri sekian lama….” tegasku kepada mereka….dan bertambah lebat airmata turun dari wajah bersih tetamu yang hadir pada hari itu.
Terimakasih pada Pn Asma diatas kesudian beliau menghidupkan majlis itu dan ingatan sayang dariku untuk Salma Yahya, seorang teman lama ,teman rapat sewaktu kami sama-sama bujang dulu yang kini menetap di Kedah…. Doakanlah yang terbaik untukku….
P/S:WJIM Kedah janji nak datang ke MANSUH 1 Ogos dengan sebuah bas!!!
Dicatat oleh Merah Hitam di 09:21 0 ulasan  

Rabu, 2009 Julai 15

“Manja!!!” desisku dalam hati ketika Suhaib menggelongsor dan merebahka kepalanya di ribaku.Ketika itu ,aku baru saja selesai menunaikan solat Maghrib.
“Umi….picitkan sikit kepala Tuait(panggilan manja untuk Suhaib)… ” katanya batuk-batuk kecil sambil tisu ditangan mengelap hidungnya.Sudah tiga hari Suhaib diserang demam dan selsema.
Memahami perasaan orang yang kurang sihat, aku turuti saja permintaan anak bujang yang sorang ni. Suhaib demam sejak hari Ahad lepas, ketika itu aku berada di Johor Bharu menyertai roadshow MANSUH bersama Pemuda PAS. Sebaik saja tiba dari JB, aku bergegas membawanya ke klinik
Idzham dan Dr Safrul yang biasa merawat Suhaib mengatakan dia cuma mengalami demam biasa saja.

Hari ini masuk hari keempat Suhaib demam. Pagi tadi, ketika mengejutkan beliau sahur untuk puasa sunat, ku sentuh dahinya dan masih terasa panas. Namun, batuk dan selsemanya telah berkurangan . Malam ini, sepatutnya aku akan ke Utara kerana menghadiri program anti-ISA disana tetapi rasa serba salah pula….
“Petang ni kita pergi klinik lagi, kalau perlu buat blood test ya…” kataku tanpa memandang kearahnya kerana memberi sepenuh tumpuan pada pemanduanku.
“Kalau masih tak ok, Umi batalkan je lah out-station ke Utara tu…” kataku lagi.
“Tak pe lah… Umi teruskan je.Suhaib duduk dengan Bibik ” kata Suhaib dengan segera.
Setakat ini, setiapkali aku keluar daerah, adikku yang di panggil Suhaib “bibik” akan datang kerumah untuk menemaninya….
Aku segera terfikir untuk memasakkan sup ketam dan buatkan jus orange untuk beliau berbuka puasa petang ini. Itu sekadar tindakan awal….dikhuatiri ada virus yang tidak digemari singgah dalam tubuh Suhaib…
“Kalau you sendiri perlukan perhatian, dia tentunya lebih-lebih perlukan kasih sayang dan belaian dari orang-orang yang rapat dengan dia,terutama maknya….” kata Azlina yang sering bertanyakan tentang Suhaib dalam setiap sms beliau. Baru-baru ini, ketika pulang bercuti ke Malaysia, kami sempat bertemu dan banyak juga tips-tips menarik yang beliau kongsikan dengan saya, terutamanya yangberkaitan dengan remaja yang membesar tanpa bapa seperti Suhaib.
Ok lah Lin, terimakasih dengan segala tips tersebut dan aku akan cuba lakukan yang terbaik untuk anak teruna yang sedang membesar ni….
p/s: Sesiapa yang membaca entry ini, doakanlah supaya Suhaib segera sembuh dan saya sendiri selamat pergi dan kembali dari permusafiran tersebut….
Dicatat oleh Merah Hitam di 22:07 5 ulasan  

Selasa, 2009 Julai 14

Sebaik saja program roadshow tamat, aku dibawa oleh Cik Ani dan Izah ke sebuah restoran tidak jauh dari Taman Air Biru.Jam menunjukkan dah pukul 12.45 pagi, kulit mata pun dah hampir tertutup tetapi … bukan mudah bagiku untuk dapat peluang sepert ini,maka ku turutkan saja mereka berdua.. Seronok juga berbual di kawasan “open-air” , dengan teh “o” panas kegemaranku dan kue-tiow kungfu JB yang agak lain sedikit rasanya dari restoran di Keramat….

Kali terakhir kami berbual bertiga seperti ini adalah pada tahun 2004 di Restoran Selera Malam, ketika itu hari raya kedua, kami sama-sama bermalam di Hotel Lagenda, hotel yang paling murah di pekan Taiping. Bezanya di pertemuan ini, suami Cik Ani dan Izah telah dua tahun dibebaskan, manakala aku…. masih lagi berstatus “keluarga tahanan ISA….”…

Aku berkenalan dengan Cik Ani dan Izah ketika sama-sama menunggu giliran untuk bertemu suami di Kem Kamunting pada akhir tahun 2002. Ketika itu, kedua-dua mereka hanyalah suri rumah biasa yang sibuk dengan anak-anak yang masih kecil. Cik Ani mendukung bayi berusia tiga bulan manakala Izah pula sibuk melayan anak kecil berusia setahun…. Suami mereka berdua dibebaskan dari Kem Kamunting pada tahun 2006 tetapi dihantar pulang ke Singapura kerana keduanya adalah penduduk tetap negara itu.

Kini, kedua-dua wanita ini sedang membena kerjaya masing-masing dalam perniagaan yang mereka ceburi empat tahun lalu.Cik Ani mengusahakan taska dan Izah menjalankan perniagaan yang ditinggalkan oleh suaminya.Sayang gambar kedua-dua mereka tidak dapat dikongsikan disini kerana kedua-duanya masih diekori oleh SB walaupun suami mereka telah dibebaskan dan kini berada di Singapura!!!
Pimpinan Muslimat JB bersama MerahHitam (bertudung hijau)
Kedatanganku ke Johor Bharu tidak akan lengkap jika tidak singgah dirumah Kak Z, seorng isteri tahanan ISA yang paling lama ditahan di Kem Kamunting.Suami beliau telah ditahan sejak Disember 2001 tanpa pernah dibicarakan.Ketika suaminya ditahan pada 2001 dulu, Kak Z hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa.Dari tahun itu hinggna kini, beliau terpaksa membesarkan anak-anak seramai sepuluh orang!!! Kini, empat dari anak-anaknya sedang menuntut di universiti tempatan dan lima orang lagi masih belajar di sekolah rendah dan menengah….

Pagi itu ketika aku dan tiga orang pimpinan Muslimat JB melangkah kerumah beliau, Kak Z kelihatan kurang bermaya. Dengan bulatan hitam disekeliling mata, beliau juga kelihatan batuk berpanjangan sambil mengurut-ngurut dada….

Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana amat memahami situasi beliau. Aku cuba membayangkan diriku di tempat beliau… aku tidak tahu, adakah aku mampu untuk membesarkan 9 orang anak-anak yang semua sedang membesar dan bersekolah, pendapatan utama sebagai baby sitter tiga orang anak jiran, terpaksa membuat kueh mueh dan mengambil tempahan makanan demi memastikan keperluan anak-anak dapat dipenuhi. Aku mencongak sendirian …membandingkan pendapatan suaminya yang mempunyai ijazah PH.D sebagai seorang pensyarah institusi pengajian tinggi, dengan apa yang beliau lakukan sekarang, pastinya pendapatan beliau jauh dari mencukupi untuk menampung keperluan hidup mereka sekeluarga….

Itu keperluan harian untuk menyambung hidup… bagaimana pula dengan perhatian dan kasih sayang yang sepatutnya diperolehi oleh beliau dan anak-anak dari suami tercinta?Bagaimana denganperasaan anak-anak yang membesar tanpa kasih sayang seorang bapa? Bagaimana- dan bagaimana…. Terlalu banyak persoalan yang mengganggu mindaku…


MerahHitam , Muslimat JB dan Kak Z.
“Kak Z jauh lebih kuat dari saya” kataku pada beliau. Hampir semua orang berpendapat, Abah Suhaib ditahan lebih lama di Kem kerana kerja-kerja anti-ISA yang ku lakukan dan penguasa ISA “mendenda” kami sekeuarga kerana “dosa’ yang kulakukan iaitu mendedahkankejahatan dan kezaliman ISA. Tetapi…. apa pula “dosa” Kak Z? Beliau setiap hari sibuk membuat kueh untuk dijual demi memastikan kelangsungan hidup mereka sekeluarga, beliau tidak pernah ditemui wartawan, jauh sekali membuat sebarang kenyataan yang memburukkan ISA, namun…. kenapa suaminya masih belum dibebaskan????

Aku sendiri tidak mampu untuk membantu memenuhi keperluan harian Kak Z, yang terdaya dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah semoga ada insan lain yang diberi Allah kekayaan wang ringgit yang perihatin dan sudi untuk mengurangkan sedikit kesusahan dan kesukaran hidup beliau yang bergelar isteri tahanan 8 Tahun ISA.

p/s:Sesiapa ang ingin memberi sumbangan pada Kak Z, sila hubungi MerahHitam di emel laila6306@yahoo.com.

Dicatat oleh Merah Hitam

Gerhana pukau penduduk Asia


URUTAN gambar yang menunjukkan gerhana matahari di Baihata yang terletak 30 kilometer dari ibu negeri Assam, Guwahati, India semalam.


 

VARANASI, India – Gerhana matahari paling panjang dalam abad ke-21 menyebabkan puluhan juta penduduk benua Asia terpaksa bergelap seketika semalam.

Gerhana matahari penuh lazimnya berlaku seketika setiap kitaran 18 bulan tetapi fenomena kelmarin disifatkan luar biasa kerana tempohnya yang panjang iaitu selama enam minit 39 saat matahari terlindung sepenuhnya di sebalik bulan.


SEORANG guru Sains, Bibi Nasratjahan Gulab Khan (tengah) bersama pelajarnya menggunakan bekas berisi air untuk melihat gerhana matahari di Kuala Lumpur semalam.


 

Lebih istimewa, gerhana semalam dipercayai mencatat paling ramai penonton berikutan laluannya di benua Asia yang memiliki penduduk paling ramai di dunia.

Gerhana matahari penuh semalam dapat disaksikan dengan jelas di beberapa buah negara iaitu India, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.

Kali kedua gerhana matahari seperti itu diramal berlaku ialah pada tahun 2132.

Rumah dengan arca pelik disangka markas Ayah Pin

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
berita@kosmo.com.my

 


SEORANG pengunjung merakamkan gambar arca-arca pelik di hadapan
sebuah rumah di Cherating, Kuantan semalam.


 

KUANTAN – Halaman sebuah rumah yang kelihatan pelik dengan pelbagai arca haiwan dan koleksi seni kreatif menyebabkan ramai penduduk Kampung Cherating Baru di sini menyangka ia markas ajaran Ayah Pin.

Tinjauan Kosmo! di situ semalam mendapati di halaman rumah itu terbina sebuah galeri tertutup yang dinamakan gua thur, paparan ayat al-Quran, batu nisan purba, tulisan ‘Allah’ yang digantung pada sebatang pokok dan kayu besar disusun menyerupai sebuah kapal selain arca gajah, ayam jantan serta singa.

Pemandangan itu dilihat menyerupai arca payung dan teko besar yang dibina di halaman rumah Ayah Pin di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu sebelum ia dirobohkan oleh Jabatan Agama Islam Terengganu beberapa tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cherating Baru, Wan Mohamad Wan Yusof berkata, semua itu sebenarnya hanya koleksi pemiliknya yang dikenali sebagai Pak Majid yang mempunyai minat mendalam terhadap seni kreatif.

NUJ ugut berarak ke pejabat PM?

SPRM : INI kes kecik ja mana ada minat

NUJ ugut berarak ke pejabat PM

Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu mengancam berarak ke pejabat perdana menteri jika pengerusinya Amran Ahmad dipecat selepas mengadukan dua kes perbelanjaan syarikat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli majlis eksekutif NUJ itu Wan Syamsul Amly Wan Seadey berkata, mereka “tidak teragak-agak untuk bertindak lebih jauh” jika organisasi media itu terus-menerus “cuba menindas suara pekerja”.

“Mula-mula syarikat keluarkan surat tunjuk sebab. Lepas ini mereka akan pecat Amran dan mana-mana ahli yang bersuara lantang membela hak pekerja-pekerja di Utusan Melayu.

“Jika ini berlaku, kami semua membantah sekeras-kerasnya dan mungkin membawa perkara ini ke perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang merupakan presiden Umno,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 17 Julai lalu, Amran dikenakan tindakan disiplin tersebut atas dakwaan “menfitnah” kumpulan media berpengaruh itu susulan tindakannya membuat dua aduan kepada SPRM seperti dilaporkan di Malaysiakini dan Harakahdaily.

Difahamkan, beliau diminta membuat penjelasan bertulis kepada pengurusan Utusan Melayu (M) Berhad selewat-lewatnya Selasa lalu – kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan yang lebih serius diambil terhadapnya.

Bagaimanapun masih belum jelas bentuk-bentuk tindakan tersebut.

Pada 25 Jun lalu, ketua kesatuan wartawan akhbar Umno itu melaporkan perbelanjaan ubahsuaian satu pejabat biro RM46,000 kepada suruhanjaya tersebut.

Sementara dua bulan sebelumnya, NUJ Utusan mengadu kos membeli dua set tiang gol dan jaring penghadang di sebuah kilangnya di Perai, Pulau Pinang yang didakwa “terlalu mahal” RM160,000.

Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Kesatuan sekerja itu masih lagi bergelut untuk memeterai perjanjian bersama (CA) penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelarasan gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu.

Bagaimanapun perjuangan mereka untuk mendapatkan tuntutan CA itu masih gagal walaupun perjanjian lama yang telah tamat pada 31 Julai tahun lepas.

Malaysiakini difahamkan, dalam jawapannya terhadap surat 14 Julai lalu, Amran antaranya:

 

 

Mempertikaikan nama jawatannya “wartawan Gred 4” seperti dalam surat, sedangkan aduannya kepada SPRM didakwa atas kapasiti sebagai pengerusi NUJ cawangan itu.
 

 

Memaklumkan tindakannya bukanlah peribadi, sebaliknya tindakan selepas diputuskan dalam mesyuarat exco NUJ Utusan.
 

 

Menyanggah kewajaran tindakan disiplin itu kerana menurut Seksyen 21 dan Seksyen 22, Akta Kesatuan Sekerja 1959, pegawai-pegawai kesatuan sekerja diberikan kekebalan daripada sebarang tindakan, sekiranya ia berkaitan dengan urusan kesatuan.
 

 

Menjelaskan bahawa Amran tidak pernah menfitnah syarikat, sebaliknya hanya meminta SPRM menyiasat perbelanjaan Utusan yang didakwa melibatkan kos yang tinggi.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME

Nah, Kena Hang Sebiji Zambry Dengan TG Nik Aziz!!!

 

Saya nak tergelak membaca kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai cabaran Menteri Besar Kudeta Perak, Dr Zambry yang mahukan ulama PAS memberikan pandangan agama terhadap tindakan Nizar yang menyalakan lilin untuk memperingati kematian Teoh.

Seperti dilaporkan BERNAMA, ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak. Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi.

“Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasipun dia (Zambry) tak pakai….Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu”, katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim.

Nah, padan muka hang Zambry, kena sebiji dengan Tok Guru!!

http://www.pendikargunung.blogspot.com

Mansuh ISA, terkini.

GMI menjemput wakil SUHAKAM turun memantau himpunan

Di poskan oleh MUSLIMEEN pada 7/22/2009 07:51:00 PM

 

  Kira-kira 60 penyokong Umno dan parti komponen BN menyertai demonstrasi di hadapan pusat membeli-belah Ampang Point untuk menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk meneruskan siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock dan tidak mahu ia dipolitikkan oleh parti pembangkang.

Perhimpunan selama kira-kira 15 minit diketuai oleh ketua Umno bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Ia disertai ahli Umno bahagian-bahagian Ampang, Gombak dan Pandan. Manakala ahli-ahli MCA, MIC, PPP dan Gerakan pula semuanya dari Ampang.

 

 Dalam perhimpunan ringkas itu, mereka membawa kain rentang yang bertulis ‘Umno bahagian Ampang yakin kredibiliti SPRM dan polis untuk teruskan siasatan’ dan ‘Umno bahagian Ampang menyokong tindakan SPRM dan polis”.

Mereka juga membawa poster yang antaranya bertulis ‘Jangan ganggu tugas SPRM dan polis, teruskan siasatan’ dan ‘Pembangkang jangan alihkan isu!!!’.

Mereka turut melaungkan ‘Hidup Umno’ dan ‘Hidup BN’.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ismail menegaskan sokongan kepada SPRM yang menurutnya mempunyai kekebalan sewajarnya dalam menjalankan siasatan.

Katanya, mereka juga memberi sokongan dan kepercayaan penuh kepada polis dalam menjalankan siasatan secara adil dan profesional.

Polis arah bersurai

Ismail berkata, mereka percaya amanah yang diberikan kepada SPRM dan polis akan dilaksanakan menurut budi bicara dan undang-undang negara sebagai badan bebas yang berkanun.

Beliau juga memberi amaran tegas kepada pihak-pihak yang menurutnya tidak bertanggungjawab supaya jangan menimbulkan isu perkauman daripada kes kematian Teoh tersebut.

Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas itu, Ismail menyampaikan simpati mereka kepada keluarga Teoh.

Sambil menggesa supaya isu itu tidak dipolitikkan, beliau sebaliknya berkata, isu sebenarnya ialah rasuah dalam kepimpinan negeri Selangor.

“Kalau isu cuba dieksploitasi (oleh pembangkang), kita beri kata dua, kenyataan yang boleh membuatkan negara huru-hara, kita ‘membujur lalu, melintang patah’. Oleh itu, SPRM dan polis, teruskanlah jalankan siasatan,” kata Ismail, sambil disambut sorakan peserta demonstrasi itu.

Oleh itu, Ismail meminta rakyat supaya jangan terkeliru dengan isu tersebut dan tidak terpengaruh dengan dakyah dan kenyataan berat sebelah parti pembangkang, sehinggalah selesai siasatan polis.

Ketika sidang akhbar selepas perhimpunan itu, pegawai polis menemui Ismail dan meminta beliau mengarahkan perhimpunan itu bersurai.

Berikutan itu Ismail, dengan menggunakan pembesar suara, meminta mereka bersurai.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hasan memberitahu pemberita bahawa perhimpunan itu diadakan tanpa permit polis.

Oleh itu, katanya, polis akan memanggil pihak penganjur untuk memberi keterangan.

Katanya, pihak polis mengarahkan mereka bersurai kerana perhimpunan itu mengganggu lalulintas di Jalan Ampang.

Di poskan oleh MUSLIMEEN pada 7/22/2009 07:47:00 PM

Mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini tunduk kepada desakan popular pelbagai pihak, termasuk pemimpin BN, agar ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Keputusan rasmi kabinet itu akan diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya jam 4 petang ini.

Susulan kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor, banyak pihak menggesa penubuhan suruhanjaya tersebut.

Teoh merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Di poskan oleh MUSLIMEEN pada 7/22/2009 04:38:00 PM

 

Dalam tempoh beberapa hari lalu, perkembangan berikut berlaku di stesen-stesen televisyen milik Media Prima dan akhbar-akhbar utama:

TV3, NTV7 dan 8TV diarah untuk tidak melaporkan sebarang komen/pandangan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai kematian Teoh Beng Hock dan SPRM. Hanya komen BN dan pihak rasmi dibenar untuk disiarkan.

– Penerbit Berita Inggeris NTV7 diarah untuk memalsukan hasil tinjauan orang ramai ketika siaran berita stesen itu pada 21 Julai. Soalan berbunyi “Adakah Pakatan Rakyat telah mengeksploitasi isu Beng Huat. 88 peratus responden menjawab TIDAK. Hanya 12 peratus yang menjawab YA.

Namun arahan “atas” memaksa penerbit untuk mengumumkan bahawa 56 peratus daripada responden kononnya menjawab YA.

– Penerbit berita Saluran 8 atau 8TV dibidas oleh pihak “atasan” kerana menyiarkan visual polis menggunakan kekerasan ke atas orang ramai yang berkumpul sebagai tanda simpati terhadap Beng Hock depan pejabat SPRM Selangor Jumaat lalu.

Selain itu RTM, TV3, NTV7, 8TV, RTM diarah untuk tidak menyiarkan sebarang berita mengenai istana Khir Toyo atau mengaitkan isu itu kepada pemborosan Barisan Nasional, mahupun keengganan SPRM menyiasat mantan Menteri Besar Selangor itu.

– Semua suratkhabar diarah untuk tidak membesar-besarkan persoalan mengenai peranan SPRM dalam kematian Beng Hock.

– Akhbar Cina khususnya diberi arahan untuk tidak “lebih-lebih’ dalam menyiarkan laporan mengenai kematian Beng Hock dan taktik-taktik yang digunakan SPRM. Akibatnya Akhbar Sin Chew terpaksa menarik balik berita pada saat terakhir yang mengupas cubaan Berita Harian untuk menjadikan kontrovesi kematian Beng Hock sebagai isu perkauman.

Minggu lalu, seorang penolong pengarang NTV7 Florence Looi diturunkan pangkat setelah beliau meminta seorang tamu di rancangan yang dikendalikannya untuk menilai prestasi Najib selepas 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri. Tamu berkenaan memberikan markah C atau D kepada Najib, yang jelas tidak menggembirakan pejabat Perdana Menteri.

Semua perkembangan ini adalah lanjutan daripada arahan yang diterima oleh pengarang-pengarang media sebelum ini, sejurus selepas Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara dan berjanji untuk mendokong kebebasan media.

Arahan itu termasuk memastikan semua media memberi keutamaan untuk membuat liputan majlis-majlis Rosmah Mansor, isteri Najib. Arahan istimewa diberi kepada TV3, iaitu berita Rosmah harus disiarkan sebagai antara berita utama dan terawal dalam Buletin Utama 8 malam. “Must cover, Must use,(Mesti diberi liputan, mesti disiarkan)” itulah arahan yang diterima oleh Meja Berita TV3 bersabit majlis-majlis Rosmah.

Jelas, manipulasi berita malah fitnah yang mewarnai media arus perdana sekian lama berterusan, malah bertambah serius di bawah Najib. Beliau memberi kuasa kepada Datuk Ahmad Talib untuk menguruskan semua kandungan berita di stesen-stesen televisyen TV3, NTV7, TV8 dan akhbar NST dan Berita Harian.

Pelantikan itu disusuli dengan rombakan besar-besaran yang menyaksikan pengarang-pengarang kanan seperti Datuk Kamarulzaman Zainal diberhentikan. Begitu juga dengan Pengarang NTV7, Mohsin Abdullah. Pengarah Berita TV3, Wee Your Lee pula dipindahkan ke jabatan lain.

Ahmad Talib membawa masuk konco-konconya seperti Asraf Abdullah, Manja Ismail dan Ahiruddin Atan untuk memastikan berita yang disajikan kepada rakyat setiap malam di televisyen dan menerusi akhbar, adalah mengikut rentak pentadbiran Najib.

Semuanya tentu dibuat atas nama “kebebasan media” yang dicanang oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib. – TVA

Di poskan oleh MUSLIMEEN pada 7/22/2009 04:37:00 PM
ALOR SETAR -Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini berhubung akta ‘tanpa bicara’ yang telah mendapat bantahan seluruh masyarakat sekaligus menggesa kerajaan memanmsuhkannya serta-merta.
Katanya, ISA adalah undang-undang zaman penjajah sedangkan negara ini memerlukan satu undang-undang yang merdeka tanpa mengongkong rakyat sebaliknya bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan.
“Bukan kita tidak boleh bertindak untuk selamatkan negara. Tetapi undang-undang itu sudah lapuk, undang-undang yang diamalkan oleh penjajah. Kita sudah merdeka, mesti undang-undang yang tidak mengongkong rakyat, yang menjaga keamanan, keselamatan.
“Apa yang berlaku hari ini undang-undang keselamatan negara menjadi undang-undang keselamatan pemimpin-pemimpin parti yang memerintah, keselamatan tokoh-tokoh yang memerintah, ini bukan undang-undang keselamatan negara!” tegasnya pada sidang media di Hotel Holiday Villa, di sini semalam.
Ditanya wartawan mengenai kedapatan pihak dalam Umno yang mulai mempertikaikan ISA, Ustaz Hadi menyifatkan perkara itu sebagai kejayaan dari teguran dan kritik dibuat selama ini.
“Menunjukkan bahawa mereka (Umno) sudah tidak bersetuju dengan konsep ISA itu dan dasarnya yang perlu dikaji semula, perlu dinilai semula. Apatah lagi akta ini akta dari zaman penjajahan, negara kita telah mencapai kemerdekaan, sepatutnya dilakukan pembaharuan termasuklah pembaharuan undang-undang; memerdekakan undang-undang negara, undang-undang negara mesti dibebaskan dari belengu-belengu kezaliman yang mengongkong rakyat.
“Umno juga ada yang setuju mansuh, ada yang setuju pinda, (maknanya) dalam Umno sudah ada perbahasan di dalam mereka,” ujarnya pada sidang media selepas selesai Retreat PAS Pusat yang berlangsung selama tiga hari itu.
Turut serta pada sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato’ Mahfuz Omar; Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Setiausaha Agung, Dato’ Mustafa Ali; Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.(harakahdaily)

 

Di poskan oleh MUSLIMEEN

15,000 cuti seminggu – Dua lagi kampus UiTM ditutup kerana wabak selesema babi


PELAJAR UiTM Permatang Pauh terpaksa pulang ke kampung halaman masing-masing semalam selepas kampus mereka ditutup seminggu ekoran wabak selesema babi.


 

KUALA LUMPUR – Dua kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) masing-masing di Permatang Pauh, Pulau Pinang dan Seri Iskandar, Perak diarah tutup seminggu berikutan penularan wabak selesema babi (H1N1).

Kampus UiTM Permatang Pauh yang mempunyai 5,000 pelajar ditutup mulai semalam ekoran 10 kes H1N1 membabitkan kumpulan pelajar yang telah dikuarantin sejak lima hari lalu.

Bagi kampus Seri Manjung, sebahagian besar daripada 10,000 pelajarnya mula balik ke kampung masing-masing semalam selepas Jabatan Kesihatan negeri mengarahkan ia dikosongkan selama seminggu mulai hari ini.

Sebelum ini kampus UiTM Lendu, Melaka diarah tutup selama sembilan hari mulai 8 Julai lalu selepas 13 pelajarnya dijangkiti H1N1.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, kesemua 10 mangsa H1N1 dari kampus UiTM Permatang Pauh kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Beliau berkata, mereka telah dikuarantin bersama 300 pelajar lain yang mengadu demam, selesema dan batuk sebelum diambil sampel darah masing-masing untuk diuji.

“Buat masa ini seramai 280 lagi pelajar diarah menjalani kuarantin di asrama atau rumah,” kata Boon Koh pada sidang akhbar di sini semalam.

Di Seri Iskandar pula, Exco Kesihatan Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, tindakan menutup kampus UiTM itu diambil selepas 280 pelajar disahkan menghidap penyakit seperti influenza (ILI).

“Kita sudah menghantar sampel darah masing-masing dan keputusan sama ada mereka dijangkiti H1N1 atau tidak akan diketahui dalam tempoh 24 jam,” jelasnya.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, sebanyak 44 kes baru H1N1 dikesan semalam dengan tiga kes import dari Brunei manakala 41 kes jangkitan tempatan.

Menurutnya, ia menjadikan keseluruhan 921 kes wabak itu di Malaysia dengan 572 (62 peratus) adalah kes import manakala 349 (38 peratus) kes jangkitan tempatan.

“Seorang mangsa masih dirawat di ICU (Unit Rawatan Rapi) Hospital Sungai Buloh dengan keadaannya beransur pulih,” ujarnya.

Wabak H1N1 di peringkat global sudah menjangkiti 143,726 mangsa di 153 negara dengan 812 kematian.

kita cuba tengok siapa pengebom di indonesia(terkini)

Manohara Dapat Gelar Bangsawan

TG Nik Aziz dan padi organik

TG Nik Aziz dan padi organik

Pelancaran PROJEK PERCUBAAN PADI SRI ORGANIK DUN SALOR telah diadakan pada 22 Julai 2009 bersamaan 29 Rejab 1430. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan sekaligus melancarkan produk baru keluaran Sunnah Tani yang menjadi urusetia serta penyelaras projek percubaan padi SRI organik ini iaitu ragi baja organik yang dinamakan sebagai SALOR MOL. Projek Padi SRI Organik ini adalah yang pertama di Malaysia.

SALOR MOL ini digunakan bagi melihatkan hasil yang baik dan segar di tapak projek percubaan tersebut. Harga Promosi iaitu RM10 sahaja untuk satu liter. SALOR MOL dihasilkan secara terperinci dan berhati-hati oleh tenaga yang pakar daripada Indonesia, iaitu PAK AEP.

Pelancaran yang diadakan jam 3 petang itu turut dihadiri oleh YB Dato Hj Husam Musa yang merupakan pemula kepada inisiatif projek ini, YB Che Abdullah Hj Mat Nawi , Pengerusi JK Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Kerajaan Negeri Kelantan serta ketua-ketua jabatan dan ahli-ahli exco dan wakil rakyat di negeri Kelantan. Rakyat negeri Kelantan juga turut hadir bersama-sama mendengar taklimat ringkas padi SRI Organik dan menyaksikan pelancaran tersebut. Promosi ragi baja organik tersebut dijual pada harga promosi hanya pada hari pelancaran sahaja.

Satu lagi kelebihan yang ada pada SALOR MOL ini ialah ia dapat menghilangkan bau busuk sampah yang ada sekeliling rumah dan juga tempat pembuangan sampah dengan semburan cairan mol tersebut selain digunakan untuk penyuburan tanah , tumbuhan dan menambahkan kebernasan isi buah.

Lokasi pelancaran ini adalah di tapak projek , tunjung. untuk mengetahui lebih lanjut sila hubungi ; 019 9427519

*Untuk melihat lebih banyak gambar pelancaran SRI Organic Paddy Field, sila klik here. Untuk membaca maklumat mengenai SRI Organic, sila klik here. Untuk melihat gambar-gambar sawah padi, sila klik here.
Posted by Azizul Nizam
%d bloggers like this: