UMNO dah Habis Modai Nak Lawan PAS?????

UMNO dah Habis Modai Nak Lawan PAS.. Sampai Ke LILIN di riuhnya.. Isu Besaq Lain Buat Tak Nampak jaa..

 

Antara LILIN dan NAWAITU, Mana yang Benar..???



Isu Dato Seri Nizar dan beberapa Pemimpin PR yang Bergama Islam memegang lilin selepas sidang Media di banggunan DAP Ipoh sehari selepas Kematian Mendiang Teoh terus dipolitikan oleh sesetengah dari Rakyat dan beberapa Pemimpin yang dalam PR sendiri.Mungkin kerana ia dilakukan oleh Pemimpin PR lalu ia diperbesarkan dan dicanang sehari-hari sehingga keluar la satu lagi FATWA SEGERA dari yang HARUS dan HARAM..!!

Berkatalah semua bahawa memegang lilin itu HARAM disisi AGAMA..bukan aku mahu mempersoalkan isu tersebut bagi aku ada ramai yang lebih MAKLUM dan ARIF mengenai isu ini dan biarlah mereka yang mengulasnya dari pandangan ISLAM.

Kalau Ia bercanggah dari sudut ISLAM bagaimana pula dengan tindakan PAKLAH dahulu yang sujud bertafakur di TUGU NEGARA walaupun telah ada sebelum itu satu FAKTA yang dikeluarkan oleh Para Ulamak yang mengatakan perbuatan itu HARAM namun ia tetap diadakan .Tiada pula suara-suara sumbang baik ulamak PAS atau Umno yang mahu memperbesarkan isu tersebut..!!!Semua pakat senyap macam TIKUS,sebab apa sebab itu Kerja Kerajaan yang buat cakap lebih nanti poket Kosong…!!!

Bab adat orang melayu yang sambut Hari Lahir dengan Kek dan LILIN apa macam pulak..??Terang-terang ajaran atau cara itu sebenarnya perbuatan orang kafir so sampai sekarang ia masih jadi ikutan kita jugak..!!Tiada pulak ULAMAK yang berani tegur bab ni..semua MENIKUSKAN DIRI…

Lepas ni aku syorkan pulak kalau kata rumah korang TAKDE API jangan pasang atau sentuhpun LILIN tu pasal nanti kalau ada terniat lain susah pulak…yelah sebab LILIN ni untuk acara Keugamaan jer…!!

Bukak la MINDA korang tu ALLAH SWT memandang kepada NIAT manusia tu…

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 8:01 AM 0 Komen Anda
Labels:

Festival Kedah Sejahtera 2009 – platform kerajaan jelas kekeliruan

Festival platform kerajaan jelas kekeliruan


SUNGAI PETANI – Festival Kedah Sejahtera 2009 yang menggabungkan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dengan lain-lain acara rasmi di bawah setiap portfolio Exco Kerajaan Negeri Kedah berkesan untuk memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan pelaksanaan pentadbiran yang dijalankan Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, menerusi usaha penggabungan, selain memberi faedah kepada rakyat, program ini diharap dapat menjadi lebih tersusun, meriah dan memberikan impak yang lebih besar.

Menurutnya, Festival Kedah Sejahtera 2009 ini juga akan dijadikan platform kepada masyarakat dan rakyat negeri ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai hal berkaitan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dengan secara lebih dekat.

“Tambahan pula apabila beberapa program disatukan, Kerajaan Negeri dapat menjimatkan kos dan masa yang membabitkan penglibatan kakitangan kerajaan dalam usaha untuk menjayakan festival ini.

“Sejak memasuki tahun kedua pentadbiran, kerajaan berazam untuk meningkatkan lagi tahap kesejahteraan hidup rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Namun apabila timbulnya sesuatu perkara dan isu, Kerajaan Negeri mendapati ada rakyat yang keliru.

“Oleh itu, kerajaan cuba mengatasi masalah ini dengan memberikan penjelasan kepada rakyat melalui saluran komunikasi sedia ada serta mewujudkan platform khas seperti festival ini untuk member penjelasan secara langsung kepada rakyat,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Festival Kedah Sejahtera 2009 di Laguna Merbok yang bermula semalam dan akan berakhir pada 28 Julai ini.

Azizan berkata, penganjuran festival yang julung kali diadakan ini juga diharap dapat memberikan peluang kepada rakyat untuk menjana pendapatan dalam menjalankan aktiviti masing-masing di festival ini.

Menurutnya, kerajaan sedaya upaya mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan rakyat tetapi bukan bermakna dengan pemberian subsidi atau bantuan kewangan namun lebih menjurus kepada penghasilan lebih banyak peluang kepada rakyat untuk menjalankan aktiviti masing-masing dalam usaha menjana ekonomi seperti penganjuran festival ini.

 



:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 7:40 AM 0 Komen Anda
Labels:

Kata Depa : H1N1 terkawal.. Tapi dah Ada Yang Mati dah nie…

 

Pelajar korban pertama

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar tahun pertama Pusat Pendidikan Antarabangsa Kewangan Islam  dekat sini menjadi korban pertama penyakit berkaitan selesema babi (H1N1) di negara ini.

Hasil ujian virologi dan bakteriologi terhadap rakyat Indonesia yang berumur 30 tahun itu mendapati spesimen daripada tisu paru-paru dan salurannya adalah positif virus H1N1. Dia meninggal dunia kelmarin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tidak mahu orang ramai panik dengan perkembangan itu berkata, keputusan bedah siasat belum diketahui untuk pengesahan punca kematian.

“Mangsa mempunyai badan yang gemuk serta terdapat tanda-tanda pneumonia pada paru-paru dan kelainan pada tisu jantung serta cairan seperti nanah.

“Siasatan masih dijalankan dan keputusan rasmi akan diumumkan Sabtu ini,” katanya di sini semalam.

Tiong Lai memberitahu, mangsa telah bercuti ke Indonesia dan kembali ke negara ini pada 5 Julai lalu sebelum mengalami demam dan batuk-batuk.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 6:54 AM 0 Komen Anda

Siapa Lagi Keji : Noh Sekat Bantuan negeri PR @ Penternak Ayam lepas 4000 ekoq ayam

 

Perangai keji penternak ayam

PUTRAJAYA – Tindakan 100 penternak ayam daging di Johor yang melepaskan 4,000 ekor anak ayam di hadapan pejabat Jabatan Veterinar negeri merupakan perbuatan yang kejam dan tidak bertanggungjawab, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.

Beliau yang kesal dengan tindakan penternak berkenaan berkata, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan mengkaji semula kaedah pengagihan subsidi dan insentif kepada penternak, petani dan nelayan bagi memastikan pengagihan lebih adil.

Katanya, perkara itu akan dibawa ke peringkat Kabinet untuk dibincangkan.

“Langkah itu telah dimaklumkan kepada persatuan tetapi mereka telah mengambil tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Jika syarikat yang besar pun nak dapat insentif, bagaimana kita nak membela penternak kecil-kecilan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Cabaran Perdana Kepimpinan Dalam Ekonomi Inovasi di sini semalam.

 



:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME

Mansuh-mansuh isa………!!!!

2 tukul tersekat dalam dubur???

ORLEA – Seorang lelaki iaitu Viorel Firoiu yang mengalami masalah sakit perut bertindak memasukkan dua kepala tukul ke dalam duburnya bagi mengelak dia berulang alik ke tandas, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki yang berusia 48 tahun itu kemudian bergegas ke sebuah hospital dan mengadu mengalami masalah sembelit namun doktor-doktor yang merawatnya terkejut apabila mendapati dua kepala tukul berada dalam duburnya.

Jurucakap hospital itu, Dr. Cristina Bontescu berkata: “Lelaki itu yang berada dalam keadaan mabuk menjelaskan bahawa dia makan buah ceri menyebabkan dia menghidap sakit perut.

“Dia meminum minuman keras untuk mengurangkan kesakitan. Dia kemudian mendapat idea meletakkan kepala tukul di dalam dubur dengan harapan dapat menyelesaikan masalah itu.

“Namun, kepala tukul itu tersekat menyebabkan dia mendapat idea untuk memasukkan kepala tukul yang kedua bagi menarik keluar tukul pertama tetapi kedua-duanya tersekat di dalam duburnya.”

Satu pembedahan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan kedua-dua tukul itu. – Agensi

Klinik doktor Jacko diserbu polis

BEBERAPA anggota polis dan ejen penguat kuasa dadah berbincang di luar klinik Dr. Murray, Houston kelmarin.


 

LOS ANGELES – Pasukan penyiasat kes kematian penyanyi Michael Jackson merampas fail dan 21 dokumen dari klinik doktor peribadi Michael, Dr. Conrad Murray (gambar kecil) di Houston, Texas kelmarin untuk dianalisis.

Hampir sebulan selepas ketiadaan Raja Pop, beberapa ejen persekutuan dan tempatan menggeledah klinik Dr. Murray.

Dr. Murray diupah pada Mei lepas bagi memantau kesihatan Michael ketika dia melakukan persediaan untuk membuat persembahan di stadium Arena O2, London.

Peguam doktor berkenaan, Edward Chernoff berkata, polis percaya semua bahan yang dirampas itu akan menunjukkan bukti yang menjurus ke arah kesalahan membunuh.

Setakat ini, polis masih menyiasat beberapa doktor yang dikaitkan dengan Michael untuk memastikan sama ada mereka pernah membekal ubat berlebihan kepada penyanyi itu.

Penyanyi yang mesra dengan panggilan Jacko itu meninggal dunia selepas degupan jantungnya tiba-tiba terhenti ketika dia berada di sebuah rumah yang disewanya dekat sini pada 25 Jun lepas. – AP

kenyataan berkaitan memasang lilin ditujukan kepada sesuatu peristiwa khusus atau kepada seseorang(must read!!)

Anak Osama maut

ISLAMABAD – Seorang anak lelaki ketua pergerakan Al-Qaeda, Osama bin Laden dipercayai terbunuh dalam satu serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) di Pakistan awal tahun ini.

Radio Awam Kebangsaan AS yang memetik sumber perisikan melaporkan, Sa’ad dipercayai berada di Pakistan selepas menjalani perintah tahanan rumah di Iran.

Beberapa agensi perisikan AS yakin sehingga 85 peratus bahawa Sa’ad terkena peluru berpandu.

Para pegawai menyatakan, Sa’ad aktif dalam pergerakan Al-Qaeda tetapi dia tidak memegang sebarang jawatan utama.

Menurut beberapa agensi perisikan AS, dia bukannya sasaran utama tetapi berada di tempat peluru berpandu itu meletup. – Reuters

Anak didik Noordin ditangkap???

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia menahan suspek yang dipercayai direkrut perancang utama skuad pengebom berani mati Jemaah Islamiah (JI) yang mempunyai kaitan dengan militan dari Malaysia, Noordin Mohammad Top, lapor agensi berita Antara.

Ketua Polis Jakarta Tengah, Alex Bambang Riatmodjo berkata, lelaki berkenaan mendakwa dia dilatih sebagai calon pengebom berani mati oleh Noordin.

“Berdasarkan penjelasan yang kami terima, suspek mengaku bahawa dia direkrut oleh Noordin untuk melakukan serangan bom.

“Kami tidak boleh mengumumkan lokasi yang menjadi sasaran lelaki itu. Apa yang jelas, dia sudah mengaku semua tuduhan terhadapnya,” kata Alex.

Suspek itu kemudian dibawa ke ibu pejabat polis di sini untuk soal siasat.

Laman berita Internet Detikcom pula melaporkan, lelaki yang ditahan di daerah Cilacap di wilayah Jakarta Tengah itu dipercayai dilatih menjadi pengebom sejak 2001 serta menjadi calon utama Noordin untuk melakukan serangan yang akan datang.

Noordin menjadi fokus utama polis Indonesia dalam siasatan terhadap kejadian letupan bom di Hotel J.W Marriott dan Ritz-Carlton pada 17 Julai lalu di sini.

Pergerakan JI juga dipercayai mendalangi serangan bom pada 2002 di Bali dan 2005 di Jakarta. – AFP

Juruteknik ceroboh komputer pelanggan


SEBUAH kamera tersembunyi merakamkan imej seorang juruteknik cuba mendapatkan maklumat akaun bank yang menjadi pemilik komputer yang dihantar untuk dibaiki di sebuah kedai komputer di London.


 

LONDON – Pekerja-pekerja syarikat membaiki komputer didapati membuka sejumlah fail peribadi malah ada yang cuba menggodam akaun bank pelanggan, lapor sebuah akhbar

Dalam satu siasatan, wartawan televisyen Sky News menghantar sebuah komputer riba ke enam buah syarikat bagi membaiki komputer di sekitar London,

Komputer riba itu turut dipasang perisian yang mampu merekodkan aktiviti juruteknik yang membaikinya selain dilengkapi kamera tersembunyi.

Kejadian paling serius melibatkan syarikat Laptop Revival di Hammersmith.

Jurutera di syarikat tersebut, mendakwa komputer riba itu memerlukan papan induk yang berharga £130 (RM758).

Beberapa juruteknik lain cuba memasuki akaun bank Internet milik pelanggan dan mencuri sejumlah kata laluan.

Seorang lagi juruteknik cuba membuka fail dalam cakera keras termasuk gambar-gambar peribadi sebelum menyimpan satu salinan dalam cakera mudah alih.

Seorang juruteknik PC World di Brentford pula memberitahu wartawan penyiasat bahawa komputer itu memerlukan papan induk baru yang berharga £230 (RM1,340).

Namun apabila ia diambil, hanya cip memori yang tidak rosak telah diganti.

terdapat sebuah kedai yang benar-benar jujur iaitu syarikat Pix 4 di Shepherd’s Bush.

Syarikat itu memasukkan cip yang longgar dan ia dilakukan dengan percuma.

“Ini isu besar mengenai kepercayaan. Jika anda mahir dalam komputer maka anda tidak akan menyerahkannya untuk dibaiki. Mereka tahu semua itu,” kata jurucakap Institut Piawaian Perdagangan, Richard Webb. – Agensi

Latihan meriam


KEBAKARAN hutan menyebabkan lebih 300 orang dipindahkan di Marseille, selatan Perancis semalam.


 

MARSEILLE – Tentera Perancis dilabel ‘dungu’ selepas satu latihan bedilan meriam mencetuskan kebakaran yang memusnahkan puluhan buah rumah dan menyebabkan beratus-ratus orang hilang tempat tinggal, lapor sebuah akhbar semalam.

Lebih 300 orang dipindahkan dari kediaman masing-masing dekat sini, selatan Perancis apabila bedilan artileri itu tersasar dan menyebabkan lebih 400 hektar hutan sekitarnya terbakar.

Lebih 170 anggota bomba yang dibantu beberapa helikopter dan pesawat pemadam api dikerah bagi memadamkan kebakaran.

Susulan insiden tersebut, beberapa komander tentera membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kesilapan yang tidak disengajakan itu.

“Kebakaran tercetus akibat kesilapan kami dan kami memohon maaf kerana ramai orang terpaksa dipindahkan dari rumah mereka,” kata seorang jurucakap tentera.

Bagaimanapun, seorang pemimpin tempatan yang berang dengan kejadian itu, Michel Sappin melabel pasukan tentera Perancis sebagai dungu dan mahu pegawai-pegawai tentera yang mengarahkan latihan artileri tersebut dibicarakan.

“Keluarga saya kini tinggal di sebuah gimnasium gara-gara kesilapan bodoh tentera.

“Mereka seperti tikus membaiki labu,” kata seorang penduduk tempatan, Jean Martinez, 48. – Agensi

Manohara gembira dengar akan dicerai

JAKARTA – Manohara Odelia Pinot (gambar) gembira apabila mendengar berita bahawa suaminya iaitu Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry mahu menceraikannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita yang berumur 17 tahun itu mengaku dia mengharapkan akan dicerai oleh suaminya.

“Saya berasa gembira dengan ugutan cerai itu. Itulah yang saya mahukan sejak dari awal pernikahan saya,” katanya yang ditemui di Studio Persari, Ciganjur, Jakarta Selatan malam kelmarin.

Menurut akhbar itu, Manohara bersedia untuk datang ke Malaysia jika diberi jaminan keselamatan.

Manohara yang merupakan seorang model terkenal membuat kenyataan itu selepas terdapat desas-desus bahawa Tengku Muhammad Fakhry mahu menceraikannya.

Pihak media memberikan liputan meluas terhadap kes Manohara selepas dia mendakwa didera oleh suaminya.

Manohara berkahwin dengan Tengku Muhammad Fakhry pada Ogos 2008.

Pada Mei lalu, Manohara melarikan diri ke Indonesia dari Singapura dengan bantuan polis republik itu. – Agensi

%d bloggers like this: