kawasan perkuburan syuhada yang menempatkan mangsa kekejaman Israel di Beirut,

 

Oleh : HELMI MOHD. FOAD

kawasan perkuburan syuhada yang menempatkan mangsa kekejaman Israel di Beirut, Lebanon.

ABU HASSAN Musulmani dan isterinya, Ummu Hassan Musulmani sayu menatap foto dua anak lelaki mereka – Hassan, 24, dan adiknya Ali, 22. Kedua-dua anak kesayangan mereka ini tiada lagi di sisi kerana terkorban di perbatasan selatan Lebanon ketika menentang tentera rejim Israel pada perang yang meletus pada Julai 2006.

Namun di sebalik garis wajah kesayuan itu, kedua-duanya tidak menyesal dengan pemergian Hassan dan Ali buat selama-lamanya itu. Malah pemergian kedua-dua anak lelaki yang menjadi harapan dan tunggak keluarga, menjadi kebanggaan keluarga syuhada itu yang mendiami sebuah pangsapuri sederhana di pinggir Beirut.

Kunjungan penulis ke rumah keluarga syuhada itu, Februari lalu terasa masih segar apatah lagi bulan ini (Julai) genaplah tiga tahun serangan dahsyat rejim Israel itu ke atas Lebanon.

Ternyata emosi pasangan suami isteri itu amat kuat, apabila tiada setitis air mata pun yang membasahi pipi ketika mengimbau kisah dan detik-detik kematian kedua-dua anak mereka itu.

Abu Hassan yang sudah menjangkau usia 50-an sebaliknya dengan bersemangat memberitahu: “Kalau Israel menyerang lagi, saya bersama tiga lagi anak, semua akan turun sekali lagi untuk melawan rejim itu. Menang atau kalah bukan soalnya lagi”.

Kata-kata semangat yang sama turut dilafazkan isterinya, yang sama sekali tidak gentar untuk menyertai peperangan pada masa depan sekali pun menghadapi risiko kehilangan anak-anaknya buat kali kedua atau dirinya sendiri.

Seluruh keluarga tersebut merupakan ‘anggota-anggota tentera’ yang berperang dalam Perang Tammuz termasuk Ummu Hassan bertugas sebagai tukang masak kepada para pejuang Hizbullah.

Ketika ribuan warga Lebanon termasuk mereka yang sudah mendapat kewarganegaraan asing menyelamatkan diri keluar dari negara itu, Abu Hassan sekeluarga pulang ke kampung halaman mereka di Selatan Lebanon bagi mempertahankan negara daripada serangan Israel.

“Kami bertiga berada di barisan hadapan bersama-sama para pejuang Hizbullah yang lain, bertempur berdekatan sempadan wilayah Palestin yang dijajah (Israel), selama 30 hari.

“Sepanjang tempoh itu, pertempuran begitu sengit sehinggakan kami terkepung tanpa bekalan makanan dan air bersih,” kata Abu Hassan dengan penuh emosi.

Dalam pertempuran itulah, Abu Hassan bertukar nada perlahan memberitahu, anaknya Hassan mengalami cedera parah.

“Saya begitu pilu melihatkan keadaan Hassan namun sempat memberikannya minum sedikit air. Namun anak saya itu meminta saya segera pergi menyelamatkan diri kerana merasakan dia akan menemui syahid.

“Walaupun sedih dengan permintaannya itu namun saya terpaksa ‘keraskan hati’ meninggalkan Hassan yang sempat berpesan agar saya meneruskan perjuangan dan itulah kata-kata akhirnya yang sehingga kini masih segar dalam ingatan.

“Jenazah anak saya itu terpaksa dibiarkan di medan perang sehinggalah perang tamat. Selepas tamat, barulah kami bawa jenazah Hassan ke Beirut untuk dikebumikan, ” ujarnya dalam nada berbaur pilu.

Menurut bapa yang tabah ini, setelah gencatan senjata, ramai jiran dan saudara mara menangisi kesyahidan kedua-dua anak lelakinya yang gagah berani itu.

“Tetapi mujurlah Allah anugerahkan saya ketabahan hati sehinggakan saya pula yang berusaha menceriakan tetamu yang menziarahi rumah saya itu.

“Kami mencintai syahid kerana ia adalah garisan perjuangan ahlul bait (ahli syurga), pengalaman kesyahidan sebagaimana yang dilalui oleh Imam Hussein,” katanya sambil jari jemarinya perlahan-lahan mengusap foto kedua-dua anak kesayangannya itu.

Kisah Abu Hassan dan keluarganya melambangkan ketabahan rakyat Lebanon ketika menghadapi kekejaman Israel yang hingga kini terus menjadi ancaman kepada keamanan negara-negara Asia Barat itu.

Ternyata pengorbanan mereka tidak sia-sia apabila Israel malu besar setelah gagal mencapai matlamat perang pada 2006 itu.

Rejim itu tidak dapat menguasai hatta seinci pun tanah Lebanon. Meskipun mereka sempat sampai di sekitar Sungai Litani dan jauh sekali berjaya melumpuhkan sistem pertahanan Hizbullah.

Sebaliknya hanya menyaksikan tentera Israel meraung-raung bagaikan bayi yang kelaparan di Bint Jbeil, iaitu salah satu medan pertempuran paling sengit dalam perang itu.

Hizbullah berjaya memusnahkan 38 Merkava dan merosakkan 82 kereta kebal yang menjadi kebanggaan Israel selain menghancurkan kapal perang rejim itu di perairan laut Lebanon.

Sedangkan Israel dengan segala kekuatan yang ada sanggup membunuh lebih 1,000 rakyat Lebanon yang tidak berdosa. Ia melalui serangan udara semata-mata untuk mendapatkan semula dua tentera Israel yang ditawan Hizbullah dalam operasi dinamakan ‘Janji yang Benar’ di selatan Lebanon.

Janji yang benar itulah yang sering dilaung-laungkan berulang kali oleh Setiausaha Agung Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah.

Beliau dijadual menyampaikan pidatonya secara langsung hari ini (Jumaat) bagi meraikan ulang tahun ketiga perang itu dalam apa yang disifatkan sebagai kejayaan Operasi ‘Haji Redwan’.

Ini kerana hasil perang Julai 2006 itu, Hizbullah berjaya melunaskan janjinya kepada rakyat negara itu untuk membebaskan para pejuang termasuk Shamir Kuntar yang telah merengkok kira-kira 30 tahun dalam penjara Israel.

Seperti biasa, Sayyed Hassan tidak muncul di khalayak, sebaliknya akan berucap dari lokasi yang dirahsiakan

Pidato beliau yang pastinya lantang berapi-api itu, dipancarkan melalui skrin-skrin besar dan disiarkan secara langsung oleh Stesen Televisyen al-Manar.

Sebelum ini, Stesen TV al-Manar pernah menjadi sasaran Israel malah turut mengadakan sekatan dan menghalang liputan media asing ke atas kekejaman rejim itu dalam perang di Genting Gaza, Disember lalu.

Pengurus Besar Stesen TV Al-Manar, Abdullah Qasir berkata, sekatan ke atas media itu ternyata gagal kerana beberapa unit stesen televisyen termasuk al-Manar telah lama beroperasi dari dalam wilayah Gaza yang dikuasai pergerakan Hamas.

“Sekatan itu tidak berjaya bahkan terdapat stesen televisyen yang lain seperti al-Aqsa dan al-Jazeera, ia ternyata memberikan sumbangan dalam mendedahkan keburukan dan wajah sebenar Israel.

“Ia juga telah mengubah pandangan dunia tentang konflik di Palestin,” katanya.

Beliau yang juga bekas ahli Parlimen Lebanon berkata, al-Manar menjadi sasaran Israel sehingga ibu pejabatnya ranap dibom dalam serangan udara pada 2006 berikutan berita-berita yang disiarkan tidak menyenangkan rejim tersebut.

“Kami jadi sasaran kerana menyiarkan laporan tentang para syuhada yang terkorban, kapal terbang dan kereta kebal Israel yang berjaya dimusnahkan, itu semua tidak menyenangkan Israel,” katanya sambil menambah siaran al-Manar turut ditonton di wilayah haram Israel.

Di sebalik cabaran berkenaan, Abdullah menegaskan, al-Manar akan terus berusaha meneruskan siarannya mengenai laporan berkaitan penentangan terhadap kekejaman Israel selain rancangan agama, keluarga dan remaja serta berita semasa.

“Sekiranya Hizbullah mengambil inspirasi perjuangan cucu Rasulullah SAW, Saidina Hussein maka kami berperanan sebagainya adiknya, Sayyidah Zainab yang bertanggungjawab memberikan penerangan bagi mencetuskan kebangkitan.

“Meskipun ada cabaran dan halangan, kami akan terus membuat liputan,” tegasnya.

Justeru ucapan Sayyed Hassan yang disiarkan oleh al-Manar hari ini amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Lebonan malah seluruh dunia termasuk musuh tradisinya, Israel.

Yang pasti, terdapat mesej penting untuk disampaikan. Ini mengingatkan penulis ketika Sayyed Hassan ‘muncul’ di Bandar Dauhiah, Selatan Beirut, berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Rafiq Hariri pada 16 Februari lalu.

Sebahagian besar penduduk Dauhiah – bandar yang dibangunkan oleh pelbagai organisasi Hizbullah, terpaku di depan kaca televisyen mendengar ucapan Sayyed Hassan pada satu majlis di Kompleks Syuhada.

Penulis ketika itu memilih untuk menonton sahaja melalui saluran al-Manar semasa singgah di sebuah kedai roti setelah dimaklumkan jalan ke pusat perhimpunan itu sudah penuh sesak.

Di hadapan puluhan ribu rakyat Lebanon , Sayyed Hassan ternyata mengambil kesempatan majlis tahunan 16 Februari setiap tahun iaitu hari memperingati para syuhada untuk menyampai mesej-mesej penting.

Mesej oleh Sayyed Hassan itu lebih menarik perhatian apabila Hizbullah kian mendapat tempat dari segi pengaruhnya dalam kerajaan dan sokongan politik serta moral daripada dunia Arab dan Islam.

Sebelum ini, di bawah pimpinan Sayyed Hassan, penentangan Hizbullah memaksa Israel mengundurkan tenteranya dari Selatan Lebanon pada tahun 2000.

Sayyed Hassan menganggap, kejayaan Hizbullah dalam tempoh lebih 20 tahun setelah penubuhannya pada 1982 adalah hasil sumbangan para syuhada mereka yang perlu diingati.

Tiga tokoh syuhada yang cukup dikenang antaranya ialah Sheikh Ragheb Harb yang terkorban pada 16 Februari 1984.

Lapan tahun kemudian Setiausaha Agung Hizbullah, Sayyed Abbas Musawi terkorban dalam serangan Israel dan yang terbaru, pembunuhan komander tertinggi tentera Hizbullah, Imad Mughniyah di Damsyik, Syria pada 12 Februari 2008 yang dipercayai dilakukan oleh agen Israel.

Kata Sayyed Hassan, pengorbanan para syuhada itu telah memulangkan semula tanah dan rumah para penduduk Marjayoun, Hasbaya, Shebaa dan Bint Jbeil.

Paling memberi kesan adalah pembunuhan Imad atau ‘Haji Redwan’ yang disifatkan Hizbullah sebagai memberi kesan yang menakutkan bagi Israel.

Ini kerana Imad ialah tokoh yang diibaratkan sebagai ‘tangan kanan’ Sayyed Hassan. Imad dipercayai bertanggungjawab merancang strategi pertahanan Hizbullah sebelum tercetus perang 2006.

Selepas perang itu, Imad dikatakan meminta kebenaran Syed Hassan untuk turun padang membuat persiapan menghadapi serangan Israel akan datang dalam tempoh setahun.

Dalam tempoh itu, Imad dipercayai berjaya melengkapkan segala persiapan termasuk perancangan membabitkan Palestin dan kerjasama dengan Syria.

Meskipun Hizbullah dilihat tidak membantu pejuang Hamas dalam serangan ganas Israel selama 22 hari ke atas Genting Gaza, Palestin pada Disember 2008, namun dipercayai kemampuan Hamas mempertahankan kedudukannya mempunyai kaitan dengan perancangan oleh Imad.

Justeru, kematian Imad begitu digeruni Israel kerana ia boleh membuatkan Hizbullah meningkatkan penentangannya ke atas rejim itu.

Ini dapat dilihat apabila Sayyed Hassan secara terbuka menyatakan Hizbullah tidak lagi gentar dengan serangan-serangan udara Israel.

Bagi memastikan wujud keseimbangan dalam konflik akan datang, Hizbullah mempertahankan haknya mendapatkan senjata bagi mempertahankan diri termasuk sistem anti pesawat sebagai pelengkap pertahanan darat dan lautnya.

Pada saat ini, Hizbullah sedang bertungkus lumus membina semula rumah-rumah rakyat Lebanon yang musnah dan rosak teruk angkara bom tentera Israel pada perang 2006 itu
 
Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:02 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

 

Oleh : Zailina Mahmud



 

Tak nampak perbezaannya, rite.. Memang sukar utk mencari perbezaannya. These ppl are very good at their job copying the original site.

The only difference is to refer to the address bar. The web address should refer to the bank’s address dan juga sila pastikan tanda icon kunci(mangga) ada pada site itu coz itu confirm that it is a secured site and not a fake site.

Sila berjaga jaga ya coz once they have ur id and password, penat-penat duit dan simpanan yg diusaha boleh hilang sekelip mata.
 
Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:42 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

 

Oleh : mohd naim mohd zain

MEGA: Saban tahun kita menyambut Israk Mikraj. Namun tidak banyak realiti yang dapat kita realisasikan. Mengapa ini berlaku?

DZULKARNAIN: Sebab utama pelbagai realiti dalam peristiwa Israk Mikraj itu tidak dapat direalisasikan oleh umat Islam berkait dengan iman.

Hanya orang beriman sahaja yang dapat membuat kerja-kerja dakwah. Malah peristiwa yang dilalui oleh Baginda SAW itu juga adalah satu daripada proses saringan yang dilakukan oleh Allah kepada umat Islam ketika itu.

Sebabnya, berapa ramai yang tidak percaya apabila Nabi SAW menceritakan pengalamannya kepada penduduk Mekah ketika itu. Ini termasuklah bapa saudara nabi, iaitu Abu Jahal.

Namun, kalau kita melihat kepada aspek yang lain, kita dapati bagaimana keimanan Abu Bakar yang apabila ditanya oleh Abu Jahal, “adakah kamu percaya bahawa Muhammad dibawa ke langit dan menemui Allah dalam tempoh sehari semalam”, maka dengan tegas Abu Bakar menjawab, “jika benar demikian itu kata-kata Muhammad, lebih daripada itu aku percaya”.

Inilah yang membawa kepada gelaran al-Siddiq (yang membenarkan) yang diberi oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abu Bakar.

Peristiwa ini juga menunjukkan kekuasaan Allah dan kepentingan kita beriman kepada perkara yang ghaib. Hal ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib. (al-Baqarah: 3)

Perkara ghaib adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera yang biasa. Namun ia diakui dan diyakini berdasarkan dalil-dalil yang boleh diterima oleh akal yang sempurna.

Sememangnya Israk dan Mikraj itu juga adalah merentas alam masa depan dan juga masa lampau apabila Rasulullah dipertemukan dengan Nabi Musa dan mengimamkan solat dengan para nabi yang lain.

Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatlah tatkala Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia dengan ilmunya dan kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada malam Mikraj yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia. (al-Israk: 60)

Nikmat syurga dan azab neraka diakui benar. Tetapi mengapa kita masih alpa dan lalai dalam melakukan ibadat?

DZULKARNAIN: Semasa Israk dan Mikraj, Nabi bertemu dengan seorang wanita cantik yang memperagakan perhiasan dirinya. Alhamdulillah Baginda tidak terpedaya dan berhenti di situ.

Lalu Jibril memberitahu Nabi bahawa wanita itu adalah kiasan kepada umat Baginda yang kasihkan dunia atau hubbud dunya.

Sehinggakan ada di kalangan kita yang tidak fikir soal halal-haram yang pentingnya, apa yang dihajati tercapai.

Saya melihat terlalu banyak hiburan dalam kehidupan masa kini. Lihat sahaja program-program yang ada dalam televisyen hari ini. Banyaknya lebih kepada yang lagha (melalaikan) walaupun tidak dinafikan ada rancangan agama.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Sebab itu, kita lihat anak-anak atau remaja zaman sekarang nakalnya lain macam. Kalau dulu-dulu, nakal mereka setakat mandi sungai saja tetapi sekarang sampai boleh bergaduh dalam surau!

Salah satu peristiwa penting dalam Israk Mikraj adalah kefarduan solat lima waktu.. Dan Nabi telah ditunjukkan betapa azabnya orang yang meninggalkan solat. Mereka ini menghantuk kepala di batu sehingga pecah dan kemudian dengan kuasa Allah kepala itu bercantum semula. Selepas itu dihantuk lagi.

Sayangnya, ada di kalangan umat Islam yang tidak merealisasikan ibadat solat ini. Apabila diadakan ceramah tentang Israk Mikraj atau pun bila tiba bulan Rejab, barulah barangkali mereka teringat tentang amaran Allah tentang golongan yang lalai dan lupa mengerjakan solat.

Malah bukan lagi rahsia, ada di kalangan umat Islam yang hanya solat apabila tiba Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha. Ini yang disebut sebagai ‘hati mati’.

Keadaan beginilah yang paling kita bimbang. Ia telah dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah meterikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (al-Baqarah: 7)

Peristiwa ini berlaku selepas tahun dukacita di mana Nabi diuji dengan kematian isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib yang banyak membantu dalam kerja dakwah.. Apakah falsafah di sebalik peristiwa ini?

DZULKARNAIN: Ini menunjukkan kepada kita bahawa kerja dakwah bukan mudah. Kita akan sentiasa berhadapan dengan cabaran dan ujian. Buktinya, Nabi SAW sebagai kekasih Allah pun diuji dengan pelbagai keadaan dan tekanan. Inikan pula kita sebagai manusia biasa.

Begitu juga Nabi Musa yang dihalau keluar oleh kaumnya dari negerinya Mesir.

Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua-dua insan yang disayangi baginda semakin bertambah di mana jika kita perkirakan dari segi logik akal, maka Islam pasti akan terkubur.

Namun kuasa Allah SWT melebihi segala-galanya di mana selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, Nabi telah ‘dihiburkan’ dengan Israk dan Mikraj. Seterusnya diizinkan berhijrah ke Madinah sehingga membina daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah.

Dalam peristiwa di Taif di mana penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam, malah telah melontar batu ke arah Nabi sehingga berlumuran darah.

Kita dapat melihat nabi diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit di bawah jagaannya sebagai emas tetapi ditolak oleh Nabi sebagaimana baginda menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan meruntuhkan bukit ke atas penduduk Taif.

Bagaimana untuk mengelak daripada ‘hati mati’?

DZULKARNAIN: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Orang yang hatinya mati tidak dapat membezakan antara kebaikan dengan keburukan. Mereka tidak dapat merasai kemanisan apabila melakukan perkara yang baik.

Ingatlah amaran Allah kepada golongan begini menerusi firman-Nya yang bermaksud: Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata. (al-Zumar: 22)

Rasulullah SAW bersabda tentang cara bagaimana memastikan hati kita tidak mati. Sabda baginda yang antara lain bermaksud ada lima perkara bagi mengelak hati mati.

Pertama, jangan tinggal majlis-majlis ilmu; jangan tinggal zikir pada Allah. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Ketahuilah! Dengan mengingati Allah (zikir) itu tenang tenteramlah hati manusia. (al-Ra’d: 28)

Ketiga, jangan lupa membaca al-Quran, jangan tinggal bangun malam untuk qiamullail dan jaga pemakanan daripada yang syubhat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati.
 
Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:37 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

 

Oleh : mohd naim mohd zain

UMMU Sinan al-Aslamiyah adalah wanita daripada keturunan Aslam yang rela meninggalkan desa kelahirannya menuju ke Kota Madinah.

Ummu Sinan mengikut rombongan keturunan Aslam bagi memeluk agama Islam di hadapan Nabi Muhammad. Rombongan itu melafazkan janji setia kepada Nabi Muhammad.

“Kami beriman kepada Allah dan rasulnya. Kami akan mengikut segala perintahnya. Maka jadikanlah kami di sisi kamu kedudukan yang mana dengan kedudukan itu, bangsa Arab sedar akan keutamaan kami. Kami akan setia dan menolong kamu dalam waktu kesusahan mahu pun kesenangan,” kata wakil rombongan Aslam kepada nabi.

“Aslam, Allah menyampaikan salam dan Ghifar, Allah mengampuninya. “ sabda nabi.

Ummu Sinan mempunyai pengaruh dalam jihad dan perang menentang pihak musuh Islam. Dia mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai peranan wanita dalam barisan perang.

Di samping itu, dia juga mahir merawat anggota tentera Islam yang cedera dan sakit. Ummu Sinan juga mempunyai pengalaman dalam menyertai beberapa peperangan dan menunggang kuda.

Ummu Sinan berjumpa dengan Nabi Muhammad ketika beliau mahu berangkat ke Khaibar untuk menentang orang Yahudi Khaibar. Dia mahu bertanya sesuatu kepada nabi yang berkaitan dengan dirinya yang ingin menyertai ekspedisi ke Khaibar.

“Ya Rasulullah! bolehkah saya ikut bersama kamu dalam perang kali ini. Saya ingin menjaga anggota tentera yang sakit dan mengubatnya. Ini termasuk merawat mereka yang cedera dan luka.” pohon Ummu Sinan dengan satu harapan jauh di sudut hatinya.

“Ikutlah pasukan tentera Islam dengan berkat Allah. Sesungguhnya kamu mempunyai rakan-rakan dari keturunan kamu dan keturunan lain yang telah berbincang dengan saya tentang perkara ini. Saya mengizinkan mereka pergi bersama. Jika kamu mahu, ikutlah keturunan kamu dan boleh juga, mengikut kami,” nabi memberi kebenaran kepada Ummu Sinan

“Ya Rasulullah, saya memilih untuk mengikut kamu,” jawab Ummu Sinan.

“Kalau begitu, ikut bersama Ummu Salamah isteri saya.”

Ummu Sinan sangat gembira dapat mengikut ekspedisi ke Khaibar. Dia melihat pertempuran yang hebat antara pasukan tentera Islam dengan pasukan Yahudi Khaibar.

Ramai tentera Islam yang cedera dalam pertempuran tersebut akibat asakan bertubi-tubi dari pihak tentera Yahudi Khaibar yang bersembunyi dalam kubu-kubu yang telah dibina oleh mereka untuk menangkis serangan tentera Islam. Hujanan anak panah yang tak henti dari kubu tentera Yahudi menyebabkan ramai tentera Islam mengalami kecederaan di tubuh mereka.

“Saya harus mengubat luka tentera Islam yang kena anak panah ini agar mereka tidak jatuh sakit. Saya tahu petua keturunan Aslam yang boleh mengubat luka yang terkena anak panah, pedang dan tombak.

“Mana dia bahan-bahan yang perlu saya campurkan untuk mengubat luka mereka ini” Ummu Sinan tidak menang tahan mengubat anggota tentera Islam yang mendapat kecederaan akibat pertempuran dengan pihak musuh.

Ummu Sinan bersama-sama Ummu Salamah, Safiyah binti Abdul Mutalib, Ummu Aiman, Nasibah Kaab, Ummu Mani, Ummu Sulaim, Kaibah binti Aslamiyah, Ummu Mutha, Ummu Adh-Dhahhah, Hindun binti Amr, Ummul Ala, Ummu Amir, Ummu Athiyah, Ummu Sulaith Umaimah telah bersatu untuk merawat dan mengubat anggota-anggota tentera yang cedera.

Ummu Sinan memainkan peranan penting dalam pernikahan antara Safiyah binti Huyai dengan nabi dalam Perang Khaibar. Dia telah menyikat dan meminyaki rambut Safiyah sebelum majlis pernikahan berlangsung.

Safiyah sangat gembira dapat bernikah dengan Nabi Muhammad yang telah menukar hidupnya menjadi Ummul Mukminin.

Pasukan tentera Islam yang mencapai kemenangan gemilang di Khaibar pulang semula ke Madinah membawa harta rampasan perang yang banyak. Ummu Sinan yang menaiki salah satu ekor unta milik nabi berada di belakang Ummu Salamah ketika rombongan itu memasuki Madinah.

“Rasulullah memberikan unta tunggangannya kepada kamu,” kata Ummu Salamah kepada Ummu Sinan.

“Syukur Alhamdulillah, ” Ummu Sinan menadah tangan kesyukuran.

Unta itu dibawa oleh Ummu Sinan ke pasar lalu dijual dengan harga beberapa dinar. Dia berasa gembira mendapat banyak keberkatan kerana menyertai ekspedisi peperangan menentang orang Yahudi Khaibar. Dia berazam lagi untuk menyertai peperangan lain untuk menentang pihak musuh Islam.

Perang Tabuk berlaku pada tahun 9 Hijrah antara pasukan tentera Islam dengan pasukan gabungan tentera Rom, keturunan Lakham, Judam, Amilah dan Ghassan.

Nabi Muhammad mengajak semua umat Islam di Madinah untuk bersedekah untuk membantu pasukan tentera Islam membuat persiapan rapi untuk menghadapi Perang Tabuk.

Nabi tidak membenarkan kaum wanita untuk menyertai peperangan ini dengan mengatakan Perang Tabuk berlaku pada musim kemarau dan cuaca yang sangat panas.

Kaum wanita Islam boleh berjihad dengan mendermakan harta mereka untuk membantu kelengkapan dan bekal para pejuang tentera Islam.

Mereka datang membawa apa sahaja yang mereka miliki. Mereka melemparkan sehelai kain di hadapan nabi yang penuh dengan pelbagai perhiasan seperti gelang, anting-anting, cincin dan barang perhiasan lain.

Walaupun tak bergabung dengan pasukan tentera Islam ke Tabuk, namun mereka berharap mendapat seperti apa yang dikatakan oleh nabi, ” Siapa yang memperlengkapkan orang yang berperang di jalan Allah, bererti dia telah berperang.”

Ummu Sinan turut menghulurkan apa sahaja yang dimilikinya untuk mendapat pahala dan ganjaran seperti yang dikatakan oleh Nabi Muhammad.

Walaupun hatinya sedih tidak dapat mengikut ekspedisi ketenteraan ke Tabuk namun kata-kata nabi telah mengubat kesedihannya itu. Begitulah semangat dan keberanian yang ditunjukkan oleh Ummu Sinan yang sentiasa mencari keredaan Allah dalam memerangi musuh Islam.

Nabi juga memberi arahan kepada kaum wanita dan membimbing mereka dalam bidang pendidikan supaya berakhlak mulia dan menjauhkan daripada penampilan diri yang kurang baik.

Beliau pernah menegur Ummu Sinan yang mewarnakan tangannya lalu berkata, “Tidak sepatutnya seseorang daripada kamu, para wanita mengganti kuku-kukunya dan mewarnai tangannya. Ummu Sinan patuh pada teguran nabi yang lembut itu untuk mencari keredaan Allah dan rasulnya.
 
Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:30 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

 

Oleh : Zailina Mahmud

Untuk renungan bersama ……

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. “Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

“Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia kehospital,” kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata
doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, “Kenapa kakak menangis?” “Mazlan… kakak taubat dah
Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”

“Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, “Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.

“Habis yang kakak pergi haji ini?”

“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”

“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?” tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, “Mazlan…Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.

“Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.”

“Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini… putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik.” tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wa nita itu meneruskan ceritanya, “Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan. “sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. “Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. “Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi…kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui…azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.”

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. “Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. ”

Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

“Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat… kakak taubat nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

“Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya.

“Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.” menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

“Tak boleh Mazlan.. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.
Kakak betul- betul bertaubat.”

Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wa nita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wa nita Islam yangsengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.”

“Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…”

“Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah
bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…. .. ” itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
 
Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:07 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

 

Oleh : mohd naim mohd zain

Kelahiran dan kebangkitan para sahabat Rasulullah SAW merupakan satu kurniaan luar biasa daripada Allah SWT. Sumbangan tidak ternilai mereka berupa penjelasan-penjelas an terhadap kebanyakan peristiwa yang dialami bersama baginda serta ijtihad yang mereka lakukan, terutama setelah kewafatan Nabi dalam mengisi tata ruang kehidupan, menjadi sebuah model ikutan yang terus memberi inspirasi kepada seluruh umat Islam.

Masih terlalu banyak sirah para sahabat Nabi SAW yang belum dijejaki dan masih banyak hikmah yang masih belum diketahui.

Sekiranya ia ditemui, pastinya rasa kecintaan umat kepada baginda SAW akan lebih mendalam dan amat berguna sebagai penunjuk umat manusia meniti kehidupan seterusnya mengembalikan kegemilangan Islam seperti yang pernah direntasi oleh Rasulullah dan para sahabat r.a.

Kelahiran mereka merupakan bukti kejayaan penerapan nilai-nilai wahyu dalam kehidupan duniawi.

Kedudukan para sahabat sangat istimewa dan kehidupan mereka diredai olah Allah SWT dan rasul-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (al-Taubah: 100)

Firman Allah SWT yang bermaksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang sepatutnya), tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka. Tetapi di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (ali-‘Imran: 110)

Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik kurun adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Ibn Umar r.a. mengatakan, “Sesiapa yang mencari teladan, hendaklah meneladani generasi yang terdahulu, iaitu para sahabat Rasulullah SAW. Merekalah generasi terbaik umat ini, hati mereka lebih bersih, ilmu mereka lebih dalam, dan mereka sangat jauh dari sikap berlebihan.

“Merekalah generasi yang dipilih Allah untuk menyertai Rasulullah SAW dan menyampaikan agama-Nya. Maka teladanilah akhlak dan jejak hidup mereka, kerana mereka adalah para sahabat Rasulullah SAW.. dan telah mendapat petunjuk yang lurus.” (Hilyat al-Auliya’ 1: 305)

Berdasarkan huraian di atas, para sahabat r.a tidak hanya memiliki ciri-ciri bertakwa dan menjaga maruah. Malah memiliki sifat atau jati diri yang murni iaitu menjaga serta menyampaikan agama secara benar kepada generasi sesudah mereka dan tidak menyembunyikan apa jua kebenaran serta tidak mendustakan baginda SAW.

Para sahabat turut mencapai tingkat kesolehan dan kualiti amal yang paling tinggi berbanding umat manusia yang lain.

Rasulullah SAW dalam menegaskan sanjungan dan pujian Allah SWT ke atas para sahabat r.a mengecam keras sesiapa yang mengkritik kredibiliti dan sifat adil para sahabat r.a.

Sabda nabi SAW yang bermaksud, Jangan kalian mencaci sahabat-sahabatku kerana seandainya salah seorang di kalangan kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud, hal sedemikian masih belum menyamai satu cupak mereka atau sebahagian daripadanya. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Ibn Kathir dalam menegaskan sabda Baginda SAW mengatakan, “Para sahabat adalah ‘adl menurut Ahl al-Sunnah wal-Jamaah kerana Allah memuji perilaku dan akhlak mereka seperti mana yang tercatat dalam al-Quran dan Hadis. Mereka telah mengorbankan jiwa raga dan harta mereka, di hadapan Rasulullah SAW, di jagat raya demi mengharap ganjaran yang baik.

Nur al-Din pula mengatakan, “Mereka (para sahabat) adalah ‘adl. Sifat ‘adl mereka telah ditetapkan dan ia lebih kuat berbanding penetapan ‘adl sesiapapun kerana penetapan ini menurut nas al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan logik akal.

Dalam menterjemahkan kecintaan mereka kepada Rasulullah, para sahabat r.a berusaha mempelajari segala pergerakan baginda semata-mata untuk dijadikan contoh teladan dalam rutin kehidupan seharian.. Mereka bertekad dan berusaha jiwa dan raga untuk mencontohi baginda bukan sahaja dalam tatacara beribadat solat, puasa, dan corak kehidupan zahir melalui etika berpakaian.

Malah, mereka turut mencontohi Rasulullah SAW dalam berkomunikasi, bertindakbalas, berfikir, berdiplomasi dan berdakwah menyebarkan risalah Islam.

Kehidupan para sahabat penuh dengan kebahagiaan dan kesyukuran, kerana mereka sempat menghabiskan sisa usia menjalani kehidupan di dunia bersama Rasulullah SAW mereka. Kehidupan mereka jauh dari permusuhan di antara satu sama lain.

Setiap individu mengasihi saudara muslimnya dan membantu meningkatkan diri dan keimanan masing-masing. Meskipun pun berbeza keturunan atau warna kulit, mereka tetap mengutamakan persaudaraan Islam.

Setiap tetangga saling mengasihi tetangganya yang lain, tidak pernah mementingkan diri sendiri seiring mematuhi setiap tunjuk ajar baginda SAW. Begitulah kecintaan sahabat kepada Rasulullah SAW, yang mencerminkan kekukuhan iman dalam sanubari mereka.

Abu Bakar al-Siddiq (Khalifah Islam yang pertama) membuktikan rasa cintanya dengan menemani Rasulullah berhijrah ke Yatrib atau Madinah di saat getir baginda menghadapi masa-masa sulit kerana para pemuka Quraisy yang hendak membunuh baginda meskipun ada ketika Abu Bakar r.a berada dalam keadaan ketakutan.

Melihat situasi yang berlaku baginda menenangkannya. Peristiwa ini dirakamkan oleh al-Quran melalui firman Allah SWT yang bermaksud: Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. (al-Taubah: 40).

Umm al-Mukminin Khadijah binti Khuwailid r.a, srikandi Islam terulung yang sangat mencintai Rasulullah SAW. Beliaulah insan yang selalu membantu Rasulullah SAW, sentiasa memacu semangat baginda untuk tetap meneruskan gerak kerja dakwah. Menyelimuti, mengasihi dan mendukungnya, dek dorongan cinta yang mendalam kepada insan yang paling jujur dan dikasihi Allah SWT.

Ikrimah ibn Abu Jahl r.a, yang selalu setuju dengan Rasulullah SAW dan sentiasa teguh hatinya. Beliau gugur pada Perang Yarmuk.

Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, ia meletakkan kepalanya di atas paha Khalid bin Al-Walid, seraya berkata dengan air mata yang mengalir dari kedua matanya: “Wahai paman, apakah kematian ini membuat Rasulullah reda kepadaku?” Pada saat kritikal seperti itu pun dia teringat Rasulullah SAW, dan keinginannya hanyalah agar Rasulullah SAW reda kepadanya.

Ali ibn Abi Talib pula pernah ditanya bagaimanakah kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW. Beliau berkata: “Demi Allah, Kami mencintai Rasulullah SAW lebih daripada harta kami, anak-anak kami ayah-ayah kami dan ibu-ibu kami”..

Demikian rasa taat setia dan kasih sayang para sahabat kepada baginda SAW. Apa jua situasi dan keadaan yang menimpa mereka, termasuk perselisihan yang mengakibatkan peperangan, dan sebagainya, ia sama sekali tidak mengeluarkan para sahabat dari landasan keredaan Allah SWT.

Mereka tetap mendapat keredaan Allah dan ganjaran nikmat syurga-Nya di akhirat kelak. Firman Allah yang bermaksud: Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (al-Hujurat: 9)

Sehubungan itu, sebagai umat Islam yang mengecapi nikmat hidayah, kefahaman dan kenikmatan Islam melalui kalam Allah, untaian sabda baginda dan pelestarian sunnah melalui pengorbanan dan jasa para sahabat r.a.

Sewajarnya kita perlu membuka kembali lembaran sejarah dan mengambil 1,001 rahsia dan hikmah tersembunyi berkenaan sikap para sahabat sebagai tindakbalas kepada peristiwa yang berlaku bukan sahaja dalam menyelesaikan permasalahan semasa, tetapi terus menerus menjadi panduan berguna bagi umat Islam setiap masa dan ketika.

Tindakbalas seumpama ini barangkali semakin pudar atau hilang dalam diri setiap muslim masa kini, sehingga menghilangkan kehebatan jati diri muslim sejati.

Melalui pengetahuan yang diperolehi dari usaha menjejaki sirah para sahabat r.a mampu mengembalikan kesedaran umat Islam dalam memahami tuntutan agama, seperti mana kefahaman dan kesefahaman tinggi para sahabat terhadap agama Islam. Wallahu a’lam.
 
Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:59 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

 

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

GAMBARAN fizikal mengenai Malaikat Jibrail? Dikatakan malaikat itu mempunyai enam ratus sayap, yang luas dan lebar sayapnya itu mampu menjangkau dari kedudukan masyrik sehingga ke maghrib (Barat ke Timur) dan mengenakan busana kebesaran rona putih laksana mutiara yang dilarutkan dengan rupa yang elok dan menawan. Apabila bercakap mengenai kekuatan, Malaikat Jibrail mempunyai kekuatan yang sangat luar biasa dahsyat dan penuh mukjizat!

Maklumat gambaran itu diambil dari laman Wikipedia sebagai cuba memenuhi permintaan pembaca ruangan ini yang mahukan Malaikat Jibrail, yang tugasnya menyampaikan wahyu kepada nabi-nabi, dapat diberi gambaran dengan lebih jelas.

Namun begitu tanpa ada dukungan daripada mana-mana nas atau dalil, gambaran seperti yang diceritakan itu tentunya jauh daripada kesahihan.

Begitupun dalam sebuah hadis ada disebutkan sedikit mengenai gambaran fizikal malaikat itu, iaitu malaikat Jibrail. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Aku pernah berpeluang bertemu dengan salah seorang malaikat yang membawakan risalah wahyu untukku. Dan aku dapati jarak antara cuping telinga dan bahunya sahaja adalah bersamaan dengan jarak perjalanan yang sejauh 700 tahun lamanya”. (riwayat Abu Daud)

Maka, terpulang bagaimana kesemua gambaran fizikal ini dapat kita terima. Apa yang pasti malaikat berbeza ciptaannya dan ciptaannya pasti penuh dengan kehebatan yang sukar digambarkan oleh kata-kata mahupun lakaran lukisan.

Bagi sesetengah kita, gambaran fizikal mengenai malaikat ini penting untuk dikaji dan diketahui. Ini apabila tiada ilmu mengenai itu, maka kita terutama di kalangan anak-anak mungkin mudah terpengaruh dengan pelbagai gambaran mengenai rupa bentuk malaikat, mengikut sesetengah pandangan, walaupun kita tahu semua itu adalah tidak benar.

Ini termasuk yang terpengaruh akibat membaca kisah-kisah penglipurlara misalnya, malaikat digambarkan sebagai kuasa baik (kerana adanya kuasa-kuasa jahat), mempunyai imej seperti hologram dan pelbagai gambaran ilusi yang lain. Malah ada yang dapat ‘menerima’ apabila malaikat digambarkan sebagai bayi yang comel, gebu dan sihat serta bersayap dan juga lelaki atau perempuan muda berjubah putih dan terdapat lingkaran putih (Halo) di atas kepala dan juga bersayap di belakang mereka.

Namun sebagai umat Islam mempercayai mengenai kewujudan para malaikat adalah menjadi satu kemestian. Ini sebagaimana yang terkandung dalam Rukun Iman yang lima walaupun kita tidak dapat melihatnya.

Namun kita tahu malaikat itu wujud sebagaimana ada tugas-tugas mereka menanti masa dan waktu sahaja untuk dilaksanakan hatta sehingga pada Hari Kiamat sekalipun.

Begitupun mempercayai secara kosong sahaja mampu menjejaskan keimanan seseorang itu kelak. Ini kerana dipercayai kepercayaan yang ada, tidak lebih hanya di peringkat asas sahaja iaitu sebagaimana yang diajar semasa kecil atau pendidikan di peringkat rendah dalam ruang lingkup yang sempit atau tidak meluas.

Oleh itu, kepercayaan berlandaskan ilmu atau daripada ilmu yang sentiasa digali pasti dapat meningkatkan lagi makam keimanan setiap individu Muslim itu.

Persoalan tentang malaikat

Ini kerana yang penting, kita mampu menjawab pelbagai persoalan mengenai malaikat. Ini termasuklah apabila dalam agama-agama lain, penganutnya juga percaya agama mereka turut dikuatkan dengan unsur malaikat.

Jadi bagaimana anda dapat menjawab persoalan mengenai malaikat dari perbezaan sudut agama yang berbeza dan seterusnya mengangkat kedudukan malaikat dalam Islam itu melebihi daripada segala-gala kepercayaan kepada unsur yang sama ini.

Perkataan Malaikat merupakan perkataan Arab (yang dibaca: malaa-ikah) iaitu jamak daripada perkataan asalnya iaitu Malak bererti kekuatan.

Maka dari aspek lughah itu dapatlah kita kaitkan bahawa barisan para malaikat merupakan kekuatan-kekuatan yang sangat patuh kepada perintah dan suruhan Allah.

Adakah kekuatan itu berpunca daripada unsur penciptaan malaikat itu sendiri? Wallahu ‘alam, Allah jua lebih tahu termasuk jumlah sebenar malaikat yang dikatakan beratus ribu bilangannya diciptakan oleh Allah.

Namun, yang jelas kesemua barisan malaikat ini diciptakan oleh Allah dari cahaya (nur). Ini sebagaimana hadis Rasulullah yang menyebut; Malaikat telah diciptakan daripada cahaya. (riwayat Muslim).

Begitupun, jangan sama sekali kita mengambil kesimpulan bahawa malaikat itu adalah sejenis makhluk halus pula. Iaitu sebaris dengan makhluk-makhluk halus ciptaan Allah yang lain termasuk syaitan, jin dan sebagainya.

Malaikat bukan sejenis makhluk halus kerana tidak sahaja kerana kemuliaan kejadiannya tetapi yang penting malaikat merupakan satu-satunya makhluk yang tugasnya hanya menyembah Allah, taat kepada segala tugas dan perintah-Nya dan mereka tidak pernah berdosa (tidak ada malaikat baik atau malaikat yang jahat – yang sering kali dikatakan malaikat jahat itu adalah iblis). Lalu bandingkan mereka dengan makhluk halus yang lain, adakah wajar bagi malaikat mempunyai kedudukan yang sama seperti syaitan, jin, hantu dan sebagainya itu?

“Ingatlah segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua. Malaikat-malaikat yang ada di sisi-Nya tidak membesarkan diri untuk beribadat kepada Allah dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Mereka selalu bertasbih siang dan malam dengan tidak berhenti-henti. ” (al-Anbiya’: 19-20)

Tetapi bolehkah kita katakan malaikat itu sebagai makhluk ghaib? Hanya, jika kita maksudkan malaikat itu ghaib kerana kita tidak dapat melihat, mendengar, meraba dan menciumnya (bau) dengan lain perkataan, kita tidak dapat menghampiri malaikat itu melalui pancaindera yang lima.

Ciptaan Allah

Tetapi apabila memahami bahawa malaikat itu ciptaan Allah yang begitu hebat, dalam jumlah yang tidak diketahui itu, dengan pelbagai tugas dan keupayaan mereka yang tersendiri tidak bermakna ada kelemahan di sisi tuhan sehingga menyebabkan adanya pembantu seperti yang dilakukan oleh para malaikat.

Allah sebenarnya tidak perlukan apa pun ciptaan termasuk malaikat ini tetapi dengan mempunyai pengetahuan dan kepercayaan terhadap apa juga yang menjadi ciptaan tuhan tidakkah itu semua bagi menggambarkan kekuasaan Dia Yang Maha Agung? Untuk menciptakan apa sahaja yang disukaiNya. Malah dengan kehebatan ciptaan-ciptaannya itu adalah menjadi satu bukti yang jelas kepada kebesaran dan keagungan Maha Kuasa itu.

Walaupun disebutkan manusia tidak dapat melihat malaikat namun ada hakikat yang jelas yang kita tidak mampu untuk menafikannya, malaikat pernah ditemui oleh para nabi.

Ini termasuk Nabi Muhammad iaitu dalam bentuk manusia lelaki walaupun kita tahu bahawa malaikat itu tidak mempunyai jantina tertentu sama ada lelaki atau perempuan.

Namun jangan lupa juga malaikat boleh menjelmakan dirinya di hadapan manusia itu sendiri. Ini sebagaimana yang dialami oleh ibu Nabi Isa a.s, Siti Maryam bagi memberitahu bahawa beliau bakal mengandung atau hamil seorang anak lelaki suci (bakal menjadi nabi).

“Maka dia (Siti Maryam) membuat tabir untuk melindungi dirinya daripada mereka. Lalu Kami menghantarkan kepadanya roh Kami (Malaikat Jibrail) yang dijelmakan sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya. (Maryam: 17).

Malaikat yang dimaksudkan menerusi ayat itu merupakan malaikat Jibrail itu sendiri, iaitu antara 10 malaikat yang wajib diketahui dan dipercayai oleh umat Islam.

Bercerita lanjut mengenai malaikat Jibrail ini, malaikat ini ada disebut sebanyak dua kali dalam al-Quran, iaitu dalam surah al-Baqarah (ayat 97-98) dan surah at-Tahrim (ayat 4).

Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintah-Nya) malaikat-malaikat- Nya dan rasul-rasul- Nya khususnya malaikat Jibrail dan Mikail maka sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang yang kafir. (al-Baqarah: 98)

Sebagaimana yang dikisahkan sebelum ini pertemuan Nabi Muhammad dengan malaikat itu di Gua Hira’ bagi bermulanya lembaran baru untuk baginda memulakan penyebaran dan dakwah Islamiah kepada penduduk Arab yang telah sekian lama tersesat dan perlu dikembalikan ke pangkal jalan.

Namun bagi Nabi Muhammad dan isterinya, Siti Khadijah masih dalam keraguan benarkah yang ‘menyapa’ baginda di Gua Hira itu benar-benar malaikat Jibrail? Benarkah melalui Jibrail itu ada perintah yang mesti diterima oleh baginda?

“Demi Maha Kudus Dia, Demi Maha Kudus Dia. Itulah Namus Besar yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa. Alangkah baiknya kalau aku masih muda, alangkah baiknya jika aku masih hidup ketika kaummu mengusirmu.

“Kalaulah aku masih ada hari engkau mengalaminya, pasti akanku tolong engkau dengan bersungguh-sungguh, ”

Kata-kata itu adalah dari bapa saudara Siti Khadijah, Warakah bin Naufal sebagai seorang penganut agama Nasrani yang sangat mengetahui mengenai isi kandungan Kitab Injil.

Kata-katanya itu sebagai mengesahkan mengenai kehadiran malaikat Jibrail dan kebenaran ‘berita’ yang dibawa oleh Namus itu.

Namus Besar (an-Namus’l- akbar) itu tidak diberikan pengertian tertentu oleh Haekal. Namun beliau menyebut mengikut Orientalis, Montgomery Watt, Namus diambil dari perkataan Yunani, iaitu “Nomos” bererti undang-undang atau kitab Suci yang diwahyukan. Namun bukan dimaksudkan sebagai al-Quran.
 
Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:53 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

 

Email Oleh : Topeng Perak® Unmasked
by pemudawilayah

Tindakan Pertubuhan Pewaris untuk berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini bagi menyatakan sokongan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA suatu tindakan yang pelik. Ini kerana kebiasaannya, pihak yang menghantar memorundum ini merupakan kumpulan yang membantah. Manakala kumpulan yang menyokong sesebuah undang-undang tersebut tidak perlu berarak, kerana undang-undang ISA tersebut telah pun berjalan dan sedang dilaksanakan.

Keduanya, tindakan Pewaris untuk berarak di jalan raya bagi menyatakan sokongan kepada ISA dilihat ramai pihak seolah-olah sudah menjadi kegemaran mereka berdemonstrasi. Hal ini berlaku kerana apabila diminta untuk berdebat secara terbuka dengan wakil Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) beberapa bulan yang lalu, mereka tidak hadir dengan pelbagai alasan. Sepatutnya Pewaris bersedia untuk berhujah secara ilmiah dan fakta bagi mempertahankan ISA.

Namun setakat yang berlaku, ramai pihak melihat Pewaris lebih kepada mengambil tindakan ‘tidak matang’ menggertak, memberi amaran dan berdemonstrasi dalam menghadapi sesuatu isu. Budaya ini jauh tersasar daripada kesopanan rakyat Malaysia dan ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini. Walaupun seseorang itu penyokong kerajaan, namun dizaman serba canggih dan peredaran maklumat begitu cepat ini, masyarakat mahukan justifikasi yang sarat dengan fakta dan hujah-hujah yang benar untuk menyokong atau membangkang sesuatu.

Oleh itu mana-mana pihak yang mengambil tindakan di luar batas-batas keilmuan dan fakta, malah gagal menghadirkan diri di pentas debat terbuka dilihat sebagai golongan ketinggalan zaman dan takut berhadapan dengan realiti. Hal ini berbeza dengan Gerakan Mansuhkan ISA yang tidak meletakkan demonstrasi sebagai satu-satunya jalan menyatakan penentangan. Sudah berbelas tahun penentangan terhadap ISA ini dibuat dengan rundingan, mahkamah, memorundum, dialog dengan Perdana Menteri, penulisan, kempen tanda tangan, wacana ilmiah, debat (walaupun sebelah pihak) namun ianya tidak berhasil. Maka berdemonstrasi sebagai pilihan terakhir.

Ketiganya Pewaris mewar-warkan tema mempertahankan hak istimewa orang Melayu pada perhimpunan ini juga mendatangkan tanda tanya. Sejak bila pula ISA ini dikira sebagai hak istimewa orang Melayu. Apakah istimewanya orang Melayu dengan adanya ISA. Walhal majoriti yang ditahan ISA sejak zaman berzaman itu adalah orang-orang Melayu. Ulama-ulama Melayu seperti Tuan Guru Haji Daud Meranti, Tuan Guru Pak Nik Lah Arshad itu juga pernah ditahan ISA. Adakah dengan menahan orang tanpa dibicarakan ini sebagai hak istimewa orang Melayu.

Adakah memenjarakan orang tanpa diberikan hak membela diri di mahkamah, dipisahkan secara paksa dengan anak isteri, disiksa di dalam tahanan ini dikira hak istimewa orang Melayu. Sedangkan hal yang berlaku ini jelas bertentangan dengan agama Islam itu sendiri. Tidak malukah kita dihadapan Allah Taala esok apabila di dunia mempertahankan undang-undang yang bercanggah dengan Syariat Allah swt? Inikah hak istimewa kita? Melawan syariat Allah!
 
Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Shahidan Mula Tunjuk Taring!!!!

Semalam Adun Sanglang memuji Menteri Besar Perlis dan menyatakan boleh bekerjasama di bawah pentadbirannya.

Hari ini mantan Menteri Besar mengkritik hari ini secara terbuka kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu yang didakwa dibayangi pihak tertentu dalam mentadbir kerajaan negeri.

Beliau tidak menamakan sesiapa tetapi dipercayai ia ditujukan kepada Penasihat Menteri Besar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kangar. [ Sumber.]

Biasalah tu. Apabila kuasa tiada di tangan kita, apabila segala ‘keseronokkan’ berkuasa tiada ditangan kita, apabila semua keseronokkan hilang di tangan kita maka kita mulalah mencari kelemahan ‘rakan’ malah yang sekapal dengan kita.

Inilah yang dikatakan mencari publisiti murahan agar pimpinan tertinggi akan mendengar kita, agar rakyat mendengar kita.

Inilah perangai orang UMNO. Che Det pun samalah perangainya. Dulu mengkritik Pak Lah, sekarang giliran Najib pula.

Selanjutnya Sila Klik!(Read More)

Posted by al-brangi Labels: at 12:01 PM
0 comments

Timbalan Presiden UMNO mahu masyarakat Malaysia membuang sindrom kelesuan, kemalasan dan kelemahan berfikir dengan memperluaskan penghayatan budaya berfikir. Tambahnya, sekiranya rakyat lesu daya fikir dan lemah kekuatan minda serta terus khayal dengan aktiviti-aktiviti yang melekakan, akhirnya masyarakat akan ketandusan jiwa. Beliau mahu masyarakat dijana supaya berbudaya fikir tinggi dengan kecenderungan untuk membuat kajian, melakukan penganalisaan, menerbitkan karya ilmiah berkualiti, menggemari wacana ilmiah dan menghargai golongan ilmuwan. [ Sumber.]

al-brangi : Masalahnya minda masyarakat telah di bekukan oleh UMNO/BN sendiri. UMNO membudayakan budaya ugut, samseng, kongkongan ISA, kronisme, nepotisme sehingga masyarakat menjadi bisu, rakyat menjadi layu, rakyat menjadi burung nuri yang menerima segala apa yang disogok oleh media perdana serta apa yang dihamburkan oleh UMNO.

Sebahagian penjawat awam yang memegang kedudukan tertinggi dalam beberapa sektor perkhidmatan menjadi pak turut, menghadam apa saja yang disogokkan oleh UMNO/BN. Mereka telah membakul-sampahkan ketinggian keintelektualannya, mereka telah melacurkan maruahnya semata-mata ingin mengekalkan kerusi empuknya kerana enggan mengambil risiko setelah berada di zon yang selesa.

Para mahasiswa menjadi lesu, akibat dikekang dengan AUKU. Fikiran menjadi lemah, ketajaman mencerna sesuatu isu menjadi tumpul kerana mereka tidak dapat membebaskan diri daripada cenkaman AUKU.

Orang awam menjadi cemas dengan ugutan tidak menberi bantuan. Program pembangunan dilaksanakan secara ‘double-standard’ yang penuh syarat-syaratnya.

Selagi rakyat Malaysia tidak ingin membebaskan diri mereka daripada belenggu, cengkaman serta ugutan UMNO/BN, selagi itulah UMNO akan dapat meneruskan kerja-kerja ‘nakal’nya melacurkan segala ketajaman minda, keintelektualan dan maruah para akademik, penjawat awam, mahasiswa, instrumen Kerajaan serta rakyat jelata.

Selanjutnya Sila Klik!(Read More)

Posted by al-brangi

Hairan siasatan hampir selesai tiada satu pun di reman ????

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu siasatan polis berhubung kes kematian mengejut setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock kini tinggal 10 atau 15 peratus untuk dibereskan, dan ia dijangka siap sepenuhnya sebelum inkues bermula minggu depan.Namun begitu apa yang pelik sehingga kini tidak ada seorang pun di reman atau mereka disyaki ditahan dalam kes kematian mengejut tersebut.

Apakah polis sudah mempunyai rumusan yang diatur cukup hebat sehingga dapat meyakinkan rakyat bahawa Teoh membunuh diri?

Apakah terdapat perancangan bersama pihak polis dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup kes sebenar kematian yang sebelum ini diklaskan sebagai mengejut?

Ini kerana terdapat dakwaan peguam keluarga Teoh, Lim Lip Heng sebagaimana dilaporkan media maya menyifatkan pihak polis mahu “melepaskan para pegawai SPRM dari sebarang beban” ekoran kejadian kematian mengejut Teoh itu.

Ahli Parlimen Segambut itu juga berkata, dalam siasatan ke atas tunang dan ahli keluarga Teoh, pihak polis ingin tahu apakah mendiang berada dalam keadaan tertekan, melakukan tindakan yang boleh membunuh dirinya atau menghadapi masalah kewangan.

“Tetapi keluarga (Teoh) menafikan semua itu. Teoh ceria dan tidak ada masalah di tempat kerja. Teoh tidak ada masalah kewangan, bergaul dengan baik dengan setiap orang dan dalam persiapan untuk perkahwinannya,” kata beliau.

Lim juga memberitahu, pihak polis juga mengemukakan “soalan yang menarik” kepada tunang Teoh, Soh Sher Wei iaitu sama ada Teoh menukar kasutnya setiap hari.

Ia berkaitan dengan pendedahan pegawai penyiasat bahawa kasut Teoh kelihatan terkoyak ketika mayatnya ditemui.

“Mereka bertanya apakah Teoh mempunyai banyak pasang kasut dan kasut saiz apa yang dipakainya… tunang Teoh memberitahu bahawa Teoh mempunyai beberapa pasang kasut dan beliau jarang menukar kasutnya melainkan rosak tetapi pada hari yang malang itu beliau memakai kasut baru,” kata Lim.

Seorang lagi peguam, Eric Tan Pok Shyong mendakwa, kebanyakan soalan polis difokuskan kepada kemungkinan Teoh tidak terbunuh akibat tindakan pegawai SPRM.

“Contohnya, mereka bertanya tentang karakter Teoh, pernahkah beliau merungut tentang kerjanya sebelum mati, dan cuba mengaitkan dengan kerjanya dan kemungkinan beliau membunuh diri akibat tekanan tersebut,” kata beliau.

“Mereka juga bertanya adakah Teoh menghisap rokok. Saya meneka satu-satunya sebab mereka bertanya soalan tersebut adalah untuk cuba menyimpulkan bahawa beliau mungkin terjatuh dari tingkap ketika menghisap rokok di situ,” katanya.

Bagaimanapun, keluarga Teoh menolak kemungkinan beliau membunuh diri dan memberitahu bahawa Teoh juga bukan seorang perokok.

JIka dakwaan seumpama ini mahu diwujudkan oleh pihak yang melakukan siasatan terhadap kes tersebut, nescaya kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertambah bermasalah selepas keperibadian beliau sendiri banyak menimbulkan tanda tanya.

Najib perlu memastikan pegawai beliau bekerja bagi memastikan kejayaan satu Malaysia untuk memulihkan sokongan kaum Cina dan India kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ini bermakna Najib tidak boleh berkompromi dengan pihak pegawai beliau sendiri yang tidak menguntungkan kerajaan dan slogan serta dasar membawa perubahan yang secara tidak langsung menarik kembali sokongan rakyat kepada BN.

Sementara keluarga dan kawan Teoh menyifatkan Teoh bukan seorang mudah tertekan dengan kerja dan tugas yang dibebankan keatas beliau.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa ketika ditemui di Kajang, memberitahu beliau mengenali Teoh tiga tahun dahulu dan menyifatkan Teoh sebagai orang yang baik dan muah diajak berunding.

Tambah beliau dengan sifat dan tingkah laku Teoh yang beliau kenali maka amat tidak munsabah untuk mengklasifikasikan Teoh seorang yang mudah tertekan dan mengambil jalan singkat dalam mengakhiri kehidupan beliau. _

berita sensasi dunia terkini 24.09.2009

Suruhanjaya Bakal Di Tubuhkan Tak Ada GiGi!!!

Suruhanjaya Bakal Di Tubuhkan Tak Ada GiGi

 

Keluarga Teoh tuntut suruhanjaya siasat punca kematian
Abdul Aziz Mustafa
Fri | Jul 24, 09 | 4:27:29 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) – Keluarga Teoh Beng Hock menuntut suruhanjaya di raja yang ditubuhkan berikutan kes kematian beliau juga menyiasat punca kematiannya.

Adik perempuan Teoh, Lee Lian, 29, selaku jurucakap keluarga itu berkata mereka mahu bertemu dengan Perdana Menteri bagi memaklumkan secara peribadi permintaan mereka supaya siasatan menyeluruh dijalankan terhadap kes kematian abangnya itu.

“Setelah diteliti, suruhanjaya dengan terma-terma khusus itu hanya berkaitan untuk meneliti dan mengkaji soal siasat yang digunakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Suruhanjaya itu tidak merangkumi siasatan untuk punca kematian dan pihak yang bertangungjawab,” Bernama memetik beliau berkata.

Kenyataan keluarga Teoh itu membayangkan rasa tidak puas hati dengan keputusan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menetapkan hanya satu inkues sahaja yang menyiasat punca terbunuhnya Teoh.

Teoh terbunuh ketika masih dalam siasatan SPRM yang berusaha mencari bukti-bukti penyalahgunaan wang dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Isnin lalu, ketika menjawab soalan tentang kemungkinan Teoh jatuh dari Tingkat 14, yang menempatkan pejabat SPRM itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata: “Kemungkinan besar.”

Teoh adalah setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan penubuhan inkues untuk menentukan punca sebenar kematian Teoh akan menambahkan lagi keraguan rakyat terhadap kes tersebut.

“Rakyat menuntut suruhanjaya di raja yang menyiasat punca sebenar kematian Teoh dan bukan setakat menyiasat cara siasatan yang digunapakai oleh SPRM semasa melakukan soal siasat terhadap beliau,” tegas beliau.

Menurut Mahfuz, suruhanjaya di raja menyiasat punca sebenar kematian Teoh mempunyai bidang kuasa yang lebih luas berbanding inkues yang hanya diketuai oleh seorang majistret.

“Suruhanja di raja bertangungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja manakala majistret pula tertakluk kepada arahan ketuanya dan ketuanya pula tertakluk kepada arahan lebih banyak lagi ketua,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga menggesa rakyat supaya menuntut sidang Parlimen khas diadakan bagi menentukan keanggotaan, bidangkuasa dan prosedur suruhanjaya di raja bagi menyiasat punca sebenar kematian Teoh.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 11:50 AM 0 Komen Anda

Rakyat Bukan Bodoh : Apasal Suruhanjaya Di Raja Tak ada Kuasa Penuh

 

Kematian Teo: Kerajaan negeri kesal keputusan kabinet
Muhammad Arif Ismail
Thu | Jul 23, 09 | 9:03:37 am MYT

SHAH ALAM, 23 Julai (Hrkh) – Kerajaan negeri Selangor kesal dengan keputusan yang diumumkan oleh kabinet yang memutuskan satu Suruhanjaya ditubuhkan dengan terma-terma khusus dalam siasatan kematian pembantu exco, Teo Beng Hock.

Terma-terma tersebut ialah meneliti dan mengkaji peraturan yang berkaitan dengan soal siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Serta menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi manusia semasa proses soal siasat terhadap Teoh untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang kembali.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan kekesalan dengan keputusan itu percaya Suruhanjaya ini perlu dipertaggungjawab untuk menyiasat kematian Teoh dan bukannya inkues seperti yang diputuskan oleh kerajaan persekutuan semalam.

Beliau juga mempersoalkan keperluan untuk menggunakan dua prosiding yang berlainan untuk menyiasat perkara yang berkait rapat dan melibatkan saksi-saksi yang sama.

“Kita telah meminta satu Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian mendiang dan juga kredibiliti SPRM.

“Kita merasakan Suruhanjaya adalah prosiding yang terbaik bagi memastikan keadilan untuk mendiang dan keluarganya,” katanya.

Walaubagaimanapun, katanya, kerajaan negeri akan tetap akan melantik peguam untuk mewakili pihak pegawai kerajaan negeri dalam prosiding Suruhanjaya Diraja dan inkues.

“Langkah ini adalah perlu memandangkan mendiang Teoh adalah pegawai kerajaan negeri dan juga untuk memastikan hak-hak mendiang dan keluarga terbela,” jelasnya.

Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor telah mengumumkan bahawa siasatan SPRM ke atas pegawai daan wakil rakyat Pakatan hanya boleh dilakukan di pejabat dimana mereka bertugas.

Menurut beliau, keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri petang tadi adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan pegawai di samping memberi kerjasama kepada pihak SPRM sehingga siasatan ke atas tragedi ini selesai.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri turut mengarahkan semua pegawai perlu memaklumkan kepada penasihat Undang-undang kerajaan negeri jika mereka dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan.

“Kerajaan negeri juga akan melantik satu panel peguam untuk membantu mana-mana pegawai yang disoal siasat,” katanya dalam satu kenyataan. – azm/mks.

 



:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 10:52 AM 0 Komen Anda

BN kerja keras tawan Kedah

 

KULIM – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mendakwa tidak ada sebarang pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang peralihan kuasa sejak 8 Mac tahun lepas. Menurutnya, sehingga hari ini PR Kedah terbelenggu dengan pelbagai masalah politik dalaman sehingga melupakan agenda rakyat sepertimana yang dilaungkan ketika berkempen.

Shafie menegaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kerajaan Kedah menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional.

Ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, beliau menegaskan UMNO akan bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan Kerajaan Kedah menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional.

“Ini merupakan janji yang dibuat kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bahawa kami akan memastikan Kerajaan Kedah akan ditawan semula oleh UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“UMNO banyak menabur jasa yang tidak ternilai kepada orang Melayu dan tanpa UMNO, negara tidak mampu membangun dengan pesat sepertimana dikecap hari ini. Apa yang kerajaan Kedah berikan kepada rakyat? Tidak ada pembangunan dilaksanakan. Pasaraya Tesco di Sungai Petani, itu bukan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Kedah. Saya yang meluluskan dan memanggil vendor Melayu, Cina dan India untuk berniaga di sana. Kerajaan PR di Kedah tidak lakukan apa-apa untuk pembangunan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu.

Shafie tidak menafikan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU 12 disebabkan sikap perjuangan segelintir pemimpin yang terpesong dari landasan sebenar. Namun atas kesedaran itu, UMNO kembali memperjuangkan rakyat sekali gus memartabatkan bangsa Melayu.

Mengulas masalah dihadapi Pakatan Rakyat (PR), beliau berkata, Pas sendiri berpecah kepada dua. Ada di antara penyokong dan pemimpin Pas yang merestui perjuangan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ada di antara mereka yang menyokong Datuk Seri Hadi Awang.

Beliau menyifatkan PR mementingkan diri dan semakin retak dan hanya mengejar pangkat dan jawatan di dalam parti.

“UMNO dan BN memerintah selama 50 tahun dan terbukti keberanian mereka dalam menangani pelbagai masalah dalam dan luar negara tidak seperti kerajaan PR di Kedah yang hanya mementingkan pangkat dan jawatan semata-mata.

“Sebagai contoh, lebih 17 tahun Manek Urai di bawah pemerintahan Pas, di mana kemajuan?, katanya.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 10:05 AM 0 Komen Anda
Labels: , ,

Betulkan Kepala Mentari Dalam Bab Federalisme

oleh M.Sanusi M. Nor

Payah nak beri tanggapan yang baik kepada ahli politik yang dilantik jadi menteri, kemudian membuat keputusan yang pelik-pelik menyalahi hukum hakam politik. Memang Keputusan Eksekutif Menteri dalam bidang kuasanya tidak boleh dicabar di Mahkamah, tetapi rakyat boleh menghakiminya dengan kuasa undi.

Zahid Hamidi pernah membuat arahan ini, kini ditiru pula oleh Noh Omar. Pegawai Kerajaan Pusat tidak boleh hadir dalam mesyuarat dan kursus yang dianjur oleh Kerajaan Negeri yang diperintah oleh PR. Alasannya kerana negeri-negeri tidak memberi dana untuk melaksanakan apa-apa projek pertanian. Bunyi arahan inipun pelik, apatah lagi bila dilaksanakan. Aduh! Terasa bodoh mengulas isu Noh Omar ini!

Dalam konsep federalime yang dipersetujui dalam penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (kemudiannya Malaysia) telah disenaraikan bidangkuasa dan tanggungjawab Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Dalam penubuhan agensi-agensi kerajaan, ada senarai kerajaan pusat, senarai kerajaan negeri dan senarai bersama. Polis, SPRM, tentera, Bomba, LHDN, dll antara yang termasuk dalam senarai kerajaan pusat. Jabatan seperti JKR, JKM, Jab Pertanian, adalah senarai bersama. Pejabat tanah, Pejabat Daerah, jabatan bekalan air, jabatan agama adalah senarai negeri. Ini saja jabatan dan agensi dibawah kuasa dan menjadi sumber hasil yang boleh dibelanjakan terus oleh negeri. Dalam senarai bersama, jika pegawai itu daripada pusat, gajinya dibayar dari kewangan negeri di mana dia bertugas. Tugasnya ialah membangunkan negeri tempat dia berkhidmat dalam ruang lingkup tanggungjawab jabatannya.

Semua kutipan cukai dan lain-lain bayaran seperti denda, saman, sewa, dll melalui agensi-agensi kerajaan pusat ini wajib dikembalikan kepada rakyat melalui geran wajib tahunan, peruntukan kementerian kepada jabatan dan projek-projek pembangunan. Pusat tiada hak menyimpannya sebagai umpan pilihanraya.

Yang dibuat oleh Noh Omar ni umpama Kedah melarang kutipan cukai LHDN negeri Kedah menghantar kutipannya kepada kementerian kewangan. Simpan saja di Kedah, bagi kepada pegawai Kewangan Negeri. Ataupun semua kutipan di kaunter JPJ dan Polis Kedah hendaklah diberikan kepada kerajaan negeri Kedah.

Jika begitu, Kerajaan Pusat hanya boleh mengambil cukai dari rakyat yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja. Bagi perlis yang kurang kutipannya kerana rakyat tidak ramai dan negerinya yang sempit, bolehlah mengistiharkan diri sebagai Wilayah Persekutuan Perlis.

Oleh kerana negeri-negeri yang diperintah oleh BN adalah sama parti dengan kerajaan pusat, maka agihkan kutipan dari wilayah persekutuan itu ke negeri-negeri Pahang, Terengganu, Perak, Johor, Neg 9, Melaka, Sabah dan Sarawak. Maka, bolehlah kerajaan pusat mendabik dada mengatakan kami bermurah hati menyalurkan peruntukan pembangunan kepada rakyat negeri-negeri yang memilih BN. Kerajaan PR hanya tahu bercakap tetapi tidak ada wang untuk melaksanakan pembangunan!

Itu kita tak jumlahkan lagi cukai langsung dan tidak langsung yang dikenakan dalam barangan dan perkhimatan pengguna yang dibayar oleh rakyat di negeri PR.
Noh kena ingat, semua aktiviti sektor pertanian berlaku di negeri2, tak ada pokok pisang sebatang pun di Wilayah Persekutuan Putrajaya, apatah lagi padi dan ternakan lembu kerbau. Semua ni ada di negeri2. Rakyat malaysia kebanyakkannya ada di negeri2, bukan di wilayah persekutuan.
.
Macam mana kebodohan menteri macam ini boleh diterima sebagai Dasar Kerajaan Pusat? Memang kebodohan ini tak perlu ke mahkamah kalaupun ia boleh dilakukan, cukup saja orang utara menjueh bibir dan menyebut BODO NOH!!!

Bayangkan saja pada 16 September 2009, semua negeri PR mengistharkan diri keluar dari Malaysia dan menjadi wilayah autonomi atau negara berasingan. Saya yakin semua pejabat kerajaan negeri akan dikepung, pemimpin-pemimpin negeri ditangkap dan di ISA kan. Darurat akan diistiharkan dan semua sektor akan lumpuh. Saya mencadangkan Noh dan Zahid ditangkap juga kerana telah membuat arahan mengistiharkan kerajaan Pusat memisahkan dari negeri-negeri yang diperintah oleh PR!

Mantra (Magic Word); Ilmu Tradisi Suku Banjar

Suku Banjar mengenal sastra lisan dalam bentuk mantra (magic word) yang dimaksudkan untuk memperoleh suatu kekuatan yang dapat menguntungkan bagi orang yang membacanya. Dalam agama manusia cenderung menyerahkan dirinya kepada Tuhan, sedangkan kepercayaan pada ilmu gaib manusia cenderung berusaha menguasai kekuatan-kekuatan yang melebihi kekuatannya sebagai sarana pencapaian maksud hidupnya. Mantra dalam budaya Banjar tidak semata-mata dipergunakan untuk kepentingan pengucapnya, karena sering terdapat mantra yang mengandung nilai positif dan efek penyembuhan.

Sastra lisan berupa mantra-mantra ampuh supaya setiap pekerjaan mendapatkan hasil yang cukup dan memuaskan berhubungan dengan kerja yang akan dihadapi. Misalnya munculnya mantra menyadap nira, mantra menangkap buaya, mantra mengambil madu, mantra menjinakkan ular, mantra bisik semar, mantra untuk mempercantik wanita, mantra pembungkam, dan mantra yang cukup menakutkan namanya yaitu mantra kata mayat.

Mantra biasanya diwariskan secara turun temurun atau diberikan kepada orang yang berguru dari pemilik mantra. Pada umumnya mantra memaparkan tentang adat istiadat, kepercayaan, tradisi masa lampau, mata pencaharian, dan segala aspek kehidupan.

Pada mulanya mantra timbul dari imajinasi dalam alam kepercayaan animisme yang yakin adanya hantu dan benda-benda keramat. Mungkin karena suku Banjar dulunya pernah menganut agama Kaharingan yang mengakui adanya dua kekuatan, kekuatan alam atas dan kekuatan alam bawah.

Mantra yang diucapkan bisa mengandung ilmu hitam dan ilmu putih. Para pemilik mantra ilmu putih biasanya para ulama, tuan guru, tatabiban (balai pengobatan tradisional) atau para dukun untuk mengobati penyakit yang datang menyerang. Sedangkan ilmu hitam seperti parang maya, balah saribu, gantung sarindit dan tundik, pemiliknya tidak begitu diketahui masyarakat luas. Orang yang terkena mantra hitam ini akan sering sakit-sakitan, tidak sadar, gila, dan berbagai penyakit menakutkan tidak wajar lainnya.

Untuk suku Banjar yang menganut agama Islam penggunaan mantra selalu didahului ucapan Bismillah dan diakhiri la ilaha ilalah muhammad rasulullah. Berikut contoh mantra bagi calon ibu yang susah melahirkan, mantra ini bernama mantra peluncur melahirkan:
“Bismillahirrahmanir rahim/Nun kalamun walayar turun/Insya Allah inya ilang aritan/Inya turun/brakat La Ilaha Ilallah Muhammadurrasululla h “
Mantra peluncur melahirkan ini biasanya dimiliki oleh para bidan kampung dan selalu dibaca saat membantu persalinan. Menjelang kelahiran, bidan akan terus menerus membaca mantra tersebut. Mantra minimal dibaca 3 kali secara berulang-ulang ditiupkan ke dalam air putih dalam botol atau gelas. Air yang sudah diberi mantra tadi akan diusapkan ke perut wanita yang akan melahirkan. Sedangkan mantra untuk membantu persalinan bayi sungsang sebagai berikut :
” Bismillahirrahmanir rahim/Bungkalang -bungkaling/ Tampurung bulu-bulu/Takalang- tapaling/ Kaluar tadahulu/Barakat La Ilaha Ilalallah Muhammadarrasululla h “

Mantra untuk menjaga anak kecil dari gangguan roh jahat atau apabila diyakini sakitnya seorang anak akibat gangguan roh jahat, sebagai berikut :
” Bismillahirrahmanir rahim/Wahai parang, bilamana terjadi sesuatu nang kejahatan/Manggangg u kanak-kanak guring maka minta tulung pada para supaya parang manimpasakan kajahatannya/ Barakat La Ilaha Ilallah Muhammadurrasululla h“
Dalam pelaksanaan mantra ini disiapkan sebuah parang (mandau) dibuat tanda silang dengan kapur sirih (cacak burung). Parang tersebut diletakkan di bawah ayunan anak yang sedang tidur. Mantra dibaca sebanyak 3 kali dan ditiupkan pada pada parang tersebut sebanyak 3 kali pula.

Demikian sekilas mengenai tradisi membaca mantra dalam budaya Banjar.

Gadis Ajaib Dengan Kemampuan Melihat Tembus Pandang !

Wah Hebat, ada anak gadis di Rusia memiliki kemampuan mata Sinar X (X-Ray). Natasha Demkina, menyatakan bahwa dirinya mempunyai kemampuan luar biasa yaitu dapat melihat tembus pandang tubuh manusia. Dia bahkan bisa mendeteksi penyakit yang diderita oleh seorang pasien tanpa menggunakan alat bantu Ultrasound atau Sinar X.

Tatyana Vladimovna, ibu dari Natasha, berkata bahwa anaknya tumbuh seperti anak yang lainnya bahkan terlihat dewasa diusianya. Tapi dia mampu mengerjakan sesuatu yang lebih cepat dari anak lainnya. Pada usia 6 Bulan dia sudah bisa berbicara dan pada usia 3 tahun sudah menguasai huruf alfabet serta mampu mengendarai kendaraan salju.

Lalu kapan Natasha memiliki kemampuan untuk melihat kedalam tubuh seseorang dengan tembus pandang ? Natasha memperoleh kemampuan itu pada usia 10 tahun. Ketika itu dia masuk rumah sakit untuk operasi usus buntu. Setelah operasi usus buntu, terjadi sedikit komplikasi, dokter mengatakan bahwa ada kapas yang tertinggal di daerah sekitar perut Natasha. Kemudian Natasha masuk lagi keruang operasi untuk pengangkatan kapas tersebut. Setelah operasi keduanya sekitar satu bulan dia meninggalkan rumah sakit, Natasha berkata pada ibunya bahwa dia bisa melihat usus, ginjal dan hati di dalam perut sang ibu.

Lalu Natasha di bawa ke rumah sakit Anak di kota Saransk, dimana ada seorang dokter yang akan menguji apakah Natasha memiliki kemampuan mata Sinar X. Lalu Natasha menggambarkan isi perut sang dokter yang terdapat semacam bisul. Dia juga sempat membantah bahwa seorang pasien memiliki kanker, dia berkata bahwa pasien tersebut hanya menderita kista. Setelah diadakan tes lebih lanjut ternyata memang benar bahwa pasien tersebut hanya mederita kista.

Luar biasa, Natasha Demkina memiliki mata yang hebat. Kemampuan matanya ini seperti jagoan yang ada didalam komik superhero. Matanya seperti Kemampuan mata Superman yang dapat melihat tembus pandang.

English :

Awesome..!!! There is a girl in Russia who has X-Ray Eyes ability. Natasha Demkina claims she has an extraordinary gift that means she can quite literally see right through people. Natasha is able to look into people’s bodies and correctly diagnose their medical problems, without any help from ultrasound or x-ray equipment.

Natasha’s mother, Tatyana Vladimovna, says that her daughter appeared to be like any other child as she grew up, although she was mature for her age. Natasha learned to do things more quickly than other children; she was able to talk at just six months and At three she had learned the alphabet and mastered how to operate a snow mobile.

When she was 10, Natasha went into hospital to have her appendix removed. There were complications and it was discovered that cotton swabs had been left in her abdomen. Natasha had a second operation to remove the swabs and one month later she began to remark on the fact she could see inside people. She told her mother she saw what looked like a vacuum cleaner hose, two beans and a tomato inside her. Tatyana believed that, although Natasha didn’t know the correct words, her daughter was describing her intestines, kidneys and heart.

At the children’s hospital in her hometown of Saransk, Western Russia, doctors ran a battery of tests to find out if the little girl really did have x-ray vision. In one case Natasha drew a picture of what she saw inside a doctor’s stomach, apparently marking a dark spot exactly where he had an ulcer. She also disagreed with the diagnosis of a cancer patient, saying all she could see was a small cyst. Further tests on the woman seemed to prove Natasha was correct.

Amazing, Natasha Demkina has great eyes ability. This eyes ability like what superhero has in the Comic Book. Just like the eyes of Superman who can see through people body.

How Dayak can benefit from Corporate Governance

How Dayak can benefit from Corporate Governance

Posted by: Seliong Ak Wau

Background
Before the mid 90’s the word “corporate governance” was non-existence. Malaysia has adequate laws with numerous supervisory bodies and enforcements. But the aftermath of 1997 Asian Financial Crisis saw the emergence of new set of public accountability in the corporate world.

As a trading nation, Malaysia saw the significance of corporate accountability and thus towards the end of the 90’s era, “corporate governance” was emphasise as much as it was expected. Read more

<!– –>

July 23, 2009 · Filed Under General

LCDA is not a responsible enough organization

Posted by: Empelesik Sungai

My comment:

Without going into the details, there is one plantation near my village that have been operating for 12 years. So far there have not been any dividends paid. The last was just 2 years ago, and that was “advance against dividend.” The reason was that the JV did not make money.

That “advance” was paid as the result of the locals blocking the access road to the plantation and then made a police report. Read more

<!– –>

July 23, 2009 · Filed Under General

Dayak should forge new thinking

Posted by Meramat Tajak

The tragic-comic of Dayak politic is way too much to resist : lets form a new political party of scorpions, snakes and frogs then, shall we ?

Meaningless to apportion blame

Seriously, Jetty is travelling a well worn paths. To me, its also meaningless to apportion blame.

As a political outsider, I’m more interested in ideas and smarter move to unite the Dayaks for a collective purpose.

Dayak Signature Weakness

That there has been not much new thinking on how to forge new unity, is our Dayak signature weakness.

Compare to other community: Indians, Malays, Chinese-Dayaks appear so pathetically incapable of acting collectively for any sustained purpose except within the confines of a longhouse, and for short term objective. Read more

<!– –>

July 23, 2009 · Filed Under General

Political Scorpion?

Written by : Jetty (The Broken Shield)

The other point that I did not include in my Malaysiakini story (see my story below this article) on the SPDP press conference on 18 July was that Mawan was blaming the Dayaks for the disunity that we are in today, starting from the split in SNAP in 1980 during which PBDS was formed, and in the 2002 SNAP crisis during which SPDP was formed; again in 2004 PBDS crisis after which PRS was formed and lastly in the PRS crisis (2006-2008) which almost led to its demise.
Read more

<!– –>

July 23, 2009 · Filed Under General

Dayak and the Importance of Education

Posted by: KunchitMunchit

Dayak are responsible for their own education

It hurts me for having to blame my own people for anything under the sun. But it is a sad fact that the Ibans, especially the older folks in the interior,themselves are partly responsible for the Ibans lagging behind other Dayaks in education,by ratio.

The Importance of Education

For a start,there are some who fail to see the importance of education as a vital component in any race or society that desires progress and modernization and to be competitive with other races.Thus they tend to be “lukewarm” on the call to enroll their children to school, or on the advice that they and their children take education seriously. Read more

<!– –>

July 23, 2009 · Filed Under General

Developing NCR Land – private approach

Dear Dr. John Brian Anthony,

We are a plantation company based in Peninsular Malaysia, and are interested to expand into Sarawk NCR lands. We have the intention of being responsible developers (fair to the native land owners, implement good quality operations in terms of environmental standards, high productivity etc) and would appreciate if you can spare some time to enlighten me on the major issues/difficulties in getting NCR land developed into oil palm plantations. Read more

<!– –>

July 23, 2009 · Filed Under General

INFO : Riwayat Isra’iliyat

Salam alaik,

Ada lagi sumber tulisan agama untuk Yahudi dan Nasrani. Bukan sekadar Taurat dan Injil sahaja.

Untuk Yahudi, mereka mempunyai Kitab-kitab Talmud, iaitu penulisan pendita Yahudi. Perkembangan penulisan Talmud ini masih berterusan sehingga sekarang. Kandungannya adalah kisah-kisah Nabi dan kisah-kisah raja masa lampau. Kitab-kitab inilah penyebab utama kesesatan, bid’ah, kekeliruan dan kesalahan masa kejadian.

Dan bagi Kristian pula, mereka mempunyai Kitab bernama Pentateuch. Iaitu kadangkala dinamakan Old Testament, iaitu 5 buah kitab yang ditulis dan dinukil dari Kitab Talmud Yahudi. Hanya Ahli Agama Nasrani sahaja yang mengetahui hal ini. Cerita didalamnya banyak tidak disiarkan dalam gereja kerana terlalu celaru dan sangat menghina Nabi Musa, Nabi Yaakob, Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan banyak lagi Nabi-nabi Bani Israel. Belum ada Paderi yang berani berkhutbah menggunakan Pentateuch. Mereka berani guna Gospel sahaja supaya penganut tidak lari.

Kebanyakan Paderi dan penyelidik Nasrani yang masuk Islam adalah berpunca dari ketidak-puasan hati terhadap carca-marba yang terdapat di dalam Pentateuch.

Hidayah di tangan Allah.

———— ——— ——— ——— ——— ——
–{ Free Local & International News }–
…….. www.MalaysiaKu. com ………

——–{ Free Arabia Reference }——–
……..www.KenaliArabia. com

——–{ Free Islamic Reference }——–
……….. www.Nurislam. com ……….. …….
———— ——— ——— ——— ——— ——

Kenapa Mati Hari Jumaat?


Ini kisahnya;

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.

Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal pada setiap pagi hari Jumaat tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.

Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut. Kemungkinan besar makhluk halus ada mendiami tempat tersebut.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya beberapa orang doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika itu seorang pesakit lelaki muda sedang tidur.

Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.

Masa berputar… pukul 8:00am.. 8:30am sehingga jam 9.00 am…

Tiba-tiba…

Pintu bilik ICU itu terbuka. Kemudian masuklah Makcik Timah, seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.

Makcik Timah masuk… mendekati katil keramat tersebut…dan terus mencabut….

soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan VACUUM CLEANER nya!!!

%d bloggers like this: