Kasih anak berpisah nyawa

Oleh Hadzlan Hassan
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Seorang ibu yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-40 hari ini, menerima ‘hadiah’ paling menyedihkan dan tidak mungkin dilupakan sepanjang hayat apabila kehilangan seorang daripada enam anaknya yang ditemui lemas di Sungai Jeram, Manir, dekat sini, semalam.

Lebih menyedihkan Noraini Nasir, 40, anak kelimanya, Muhammad Uzeir Norman, 11, bersungguh-sungguh mengingatkan kakaknya, Nor Ain, 17, yang meminta supaya bapa saudaranya membelikan kek hari jadi untuk ibu mereka.

Noraini yang bersedih dengan kejadian itu berkata, dia menerima pemergian anak paling rajin dalam keluarganya itu dengan reda dan menganggapnya sebagai takdir.

Mangsa, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong juga anak saudara Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said yang dikhuatiri lemas selepas tenggelam ketika mandi bersama dua abang dan seorang lagi rakan.Selain keluarga mangsa, Abdul Rahin yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Teluk Pasu turut berada di tempat kejadian dengan sesekali mengesat air mata kerana tidak dapat menahan kesedihan.Nor Ain ketika ditemui pula berkata, arwah adiknya tidak menunjukkan sebarang tanda pelik kecuali mengambil tuala bapa mereka untuk dijadikan selimut ketika tidur di pondok depan rumah mereka semalam dan tidak menegur ibunya seperti kebiasaan.

“Namun, sebelum turun ke sungai, arwah sempat menjerit kepada bapa saudara supaya tidak lupa membelikan kek untuk ibu kerana esok (hari ini) hari jadi ibu kami,” katanya.

Difahamkan, mangsa mandi bersama dua abangnya, Ahmad Tajuddin, 14, dan Ahmad Nazim, 12, serta dua rakan, Mohd Hasbullah Othman, 14, dan Mohd Faizal Seman, 14, selepas menunggang kuda berhampiran rumahnya di Kampung Jeram, Manir kira-kira jam 12 tengah hari.

Mangsa berpaut pada leher Mohd Hasbullah sebelum rakannya itu tenggelam dan mangsa tergelincir sebelum dihanyutkan arus menyebabkan mereka meminta bantuan beberapa individu yang berada di tempat kejadian.

Ahmad Tajuddin berkata, arwah adiknya sebelum ini tidak suka mandi sungai kerana tidak pandai berenang, tetapi menyertainya bermain di sungai kira-kira 200 meter dari rumah mereka.

“Pada mulanya, saya cuba menyelamatkan arwah, tetapi gagal kerana arus deras berikutan hujan lebat malam tadi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Faudzi Muhammad yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat, berkata mayat mangsa ditemui tersangkut di bawah timbunan kayu kira-kira tiga meter dari tempat kejadian.

Mayat mangsa ditemui penyelam Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Elias Mamat, yang dikerahkan menyertai pasukan mencari dan menyelamat, kira-kira jam 2.30 petang.

Katanya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk pengebumian.

Cadangan Ekonomi Untuk Pakatan Rakyat

1. Setiap negeri PR mempunyai unit atau agensi menarik pelburan masing2 ke setiap negeri..contohnya Penang dgn Invest Penang, Kedah dgn Kedah Invest dan Selangor dgn Selangor Investment Center. Kenapa tidak digabungkan agensi2 ini ataupun diwujudkan agensi pusat seperti mana konsep MIDA di bawah pengawasan dan kawal selia PR Pusat..dengan cara ini aktiviti menarik pelaburan boleh diselaraskan dan difokuskan.
2.PR Pusat patut berbincang bagaimana utk meningkat pendapatan negeri2 PR..apakah cara utk menganti cukai yg sepatutnya dipulangkan kepada kerajaan negeri tetapi 100% pendapatan dikutip oleh Pusat..umpamanya cadanagn TSKI utk mengutip zakat dari kaum bukan bumpitera adalah salah satu idea yg baik..adakah mustahil utk dipraktikan sama di negeri PR yg lain?
3.Satu agensi mirip Khazanah Nasional patut ditubuhkan dibawah kawal selia PR Pusat utk menyediakan modal2 pelaburan kepada negri PR..negeri PR yg lebih kaya cthnya Selangor dan Penang boleh menyumbang kepada agensi ini utk membantu negeri PR yg lebih miskin cthnya Kelantan dan Kedah..umpamanya jika Kerajaan Negeri Kelantan memerlukan sedikit dana utk membina jambatan Raja Petra di KB..mereka boleh dapatkan dari agensi ini..dana2 bagi agensi ini boleh juga disumbangkan oleh pelabur2 asing seperti dari Timur Tengah ataupun China melalui perundingan bersma oleh DSAI dan AJK Majlis Ekonomi Pusat PR..
Di sini saya cadangkan DSAI boleh mengajak Ku Li utk membantu..tidak mengapa jika Ku Li tidak menyertai PKR..asalkan jika niat beliau iklas utk membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat2 negeri PR..jika khidmat dan idea beliau tidak diperlukan oleh Najib,,kenapa PR tidak mengambil inisiatif ini..gabungan DSAI dan Ku Li dalam Majlis Ekonomi Pusat PR mungkin boleh menghasilkan sesuatu yg amat baik bagi ekonomi negeri2 PR..
3.Kerajaan negeri2 PR patut memikirkan bagaimana utk melibatkan rakyatnya secara langsung atau tidak langsung dalam ekonomi negeri..sbg cth..adakah mustahil utk mewujudkan satu tabungan dimana rakyat boleh menyumbangkan dana..dan apabila mendapat untung..rakyat akan dibayar dividen atau bonus..
4.Dengan kata lain..apabila PR memerintah..rakyat akan merasa kelainan yg amat ketara jika dibandingkan dengan BN dimana kekayaan dan pendapatan negeri dikongi bersama rakyat..
idea DAP utk membayar setiap rakyat sebanyak RM6ribu setiap tahun mungkin boleh diolah di negeri2 PR..
5.Dengan kata lain PR Pusat sepatutnya bertindak dan bersikap seperti Kerajaan Pusat bagi negeri2 PR dgn DSAI dilantik sebagai PM dgn persetujuan kompenan parti PR..ini juga sebagai latihan bagi PR jika berhajat mengambil alih kerajaan Pusat pada PRU13 nati..
Usahlah kita menunggu peruntukan dari kerajaan UMNO-BN yg tidak akan datang itu..dan tidak berusaha berfikir out of box!!saya percaya ramai rakyat Malaysia di luar sana yg ingin membantu PR tanpa mengharapkan sebarang pulangan wang dalam hal2 sebegini samaada di dalam negara atau luar Malaysia!!
Harap PR Pusat lebih agresif, proaktif dan inovatif berkaitan dgn pengurusan ekonomi negeri2 PR!!
Terima Kasih

Ahli PKR Cabang Nibong Tebal
aka ZIK

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai…
Usah Berumah Di Tepi Pantai…

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Selepas Raya 2 Pilihanraya? 0 ulasan

25 Julai 2009 -Petang kelmarin Chegu Bard telefon ajak saya ke Sg Petani, ada ceramah katanya. Cikgu Azman Ketua AMK Sg Petani tunggu di tol Sg Petani.

Kami pergi berlima, Azizi, Komeng, Rizal turut ikut. Kami dibawa ke Kg Teluk Wang, ceramah anjuran PAS. YB Dato’ Johari Abdul memulakan ceramah. Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Sg Petani menyentuh tentang isu semasa. Beliau banyak mengulas tentang isu di Perak di mana 2 katak PKR lompat jadi wakil rakyat Bebas.

Tetapi yang peliknya saudara sejak akhir-akhir ini heboh mengatakan mereka berdua ini gagal dihubungi oleh mana-mana pihak. kenapa mereka tidak terus masuk UMNO juga jadi persoalan.

Chegu Bard dijemput sebagai penceramah kedua. Chegu Bard pula menyentuh tentang slogan Perdana Menteri Malaysia. Kalau dulu Dr Mahathir dengan Wawasan 2020. Lepas itu Pak Lah dengan Islam Hadhari. Kemudian sekarang Najib dengan 1 Malaysia.

Zaman Dr Mahathir orang Melayu banyak tertipu dengan khayalan dan ilusi kononnya negara kita akan maju zaman 2020 hingga banyak tanah yang tergadai atas nama kemajuan. Kerpan sebagai contoh di Kedah.

Bila kes Anwar dipecat tercetus tahun 1998, kebangkitan gelombang reformasi sukar dibendungg. B-End hampir tewas pada PRU 1999. Jika kaum Cina dan India ketika itu berani berubah seperti sekarang sudah tentu B-End sudah lama terkubur. Dr Mahathir terpaksa melepaskan jawatan.

Datangnya Pak Lah slogan Islam Hadhari pula. Semuanya ini untuk mengembalikan sokongan orang Melayu yang marah pada Dr Mahathir. Maka dikerahnya ustaz-ustaz kangkong untuk menerangkan Islam Hadhari maka tenggelamlah wawasan 2020 Dr Mahathir. Gambar Pak Lah jadi Imam diperbesarkan kerana umno terkejut berok sebelum ini tak pernah tengok PM jadi Imam. Berjuta wang rakyat dihabiskan untuk mempromosi Islam Hadhari kononnya Islam Moden, Islam Kontemporari.

Pak Lah akhirnya terpaksa juga melepaskan jawatan setelah kekalahan yang paling buruk B-End pada PRU 2008 walaupun sebelum ini Pak Lah berjaya cipta rekod terbaik B-End pada PRU 2004.

Najib terpaksa pula muncul dengan slogan 1 malaysia kerana B-End tahu sokongan Cina dan India menyebelahi Pakatan Rakyat. Semua media arus perdana mencanangkan 1 Malaysia. Maka tenggelamlah Islam Hadhari Pak Lah.

Kalau Pak Lah dulu selepas menang datang bala Tsunami yang tidak pernah berlaku, Najib pula diserang dengan selsema babi (H1 N1) eloklah tu Hishamudin 1 Najib 1. Kedua-duanya anak bekas Perdana Menteri Malaysia.

Chegu Bard juga menyentuh tentang isu Memali bagaimana kejamnya UMNO ketika itu mengarahkan pencacai umno membunuh Ustaz Ibrahim Libya. Peristiwa hitam itu sukar dilupakan apatah lagi dimaafkan. Sebab itu beliau amat marah bila ada pihak yang cuba berbaik dengan umno atas nama perpaduan Melayu. Bila umno kuat isu perpaduan Melayu tidak timbul tapi bila umno nak mampus maka lagu keroncong perpaduan Melayu didendangkan.

YB Dr Mujahid Yusoff Rawa penceramah terakhir. Saya tak sempat mendengar ceramah YB Dr Mujahid kerana Chegu Bard selepas itu terpaksa bergegas ke Pinang Tunggal Kedah kerana ada satu lagi ceramah di sana.

Di sana Chegu Bard ceramah atas lori. Beliau menyentuh pula isu terkini terpanas kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock. Pembelaan bukan saja terhadap teoh malah semua tahanan polis atau Isa yang pernah mati wajib dibela.

Beliau menyeru supaya rakyat turun beramai-ramai ke jalanraya pada 1 Ogos di mana sejarah akan tercipta. Kita nak tengok juga Ibrahim Ali al-kataki and the geng yang tak sedar diuntong bila sudah menang maki pula PAS yang bagi laluan padanya pada PRU 2008.

Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Kit Siang serta ramai lagi pemimpin utama parti akan turun bersama pada 1 Ogos untuk mansuhkan ISA.

Rakyat boleh turun atas dasar semangat nak hapuskan ISA, pembelaan Teoh dan tahanan lain yang mati, Isu PPSMI, kenaikan tambang bas dan teksi dan kita nak tengok juga berapa ramai geng Ibrahim Ali al-kataki. Kita nak tengok juga FRU nak sembur dan nak tembak siapa. Rugi besar kalau tak hadir 1 Ogos 2009.

Dalam perjalanan pulang, Chegu Bard menerima panggilan telefon. Beliau dimaklumkan bahawa 2 ekor katak di Perak akan kosongkan kerusi. Bermakna akan ada 2 PRK di Perak.

Mereka berbuat demikian kerana terlalu kecewa dengan umno yang menipu mereka. Mereka ditawarkan 20 juta seorang untuk melompat tapi sampai kini 20 juta memang dapat tapi 20 juta rupiah sajalah… kah..kah..kah… padan muka.. mujur tak mati. Kalau mati… sah MATI KATAK.

Kalau mereka letak jawatan dalam masa terdekat, bulan depan sudah puasa. Tentu kekalahan pilihanraya kecil dalam bulan puasa di LUNAS masih menghantui umno dan b-end. Bermakna lepas raya baru ada dua pilihanraya serentak.

Kalaulah arwah Mat Nespu masih hidup, sudah tentu Mat Nespu akan kata pada mereka macam ni….

BN Dayak – what you are doing now is wrong???

BN Dayak – what you are doing now is wrong

Written by: Dr. John Brian Brian Anthony

I am exercising my responsibility as this weblog owner to ask you to stop what you are doing now – that is using the identity of others to present your view.

You have been using many other Dayakbaru members name to post your comment: Example Iban Abroad, Keruak Tau Tepang and many more.

I allow you to use many names – Changop 4540, Pensioner etc but you must not presented you view using the name of fellow Dayakbaru. Read more

<!– –>

July 25, 2009 · Filed Under General

Modus Operandi of Dayak Land Grab by BN Government

Posted by: Meramat Tajak

TAHABAS

Re-posting. Good to hear TAHABAS is taking some action – at least to expose to MalaysiaKini. Sad if that’s all the assistance/advocacy that the 60 longhouses will ever get.

Dayak denied Land Ownership

For, as I noted below, LCDA and Dr James office, supported by Sudarsono (Land and Survey), will continue to execute the same strategy of denying legal ownership to NCR land by withholding issuance of land title, and then to act with impunity in the way it grab timber (via proxy),and later, I won’t be surprise at all – maybe the legal land title itself(via shareholder buyout).

“Overwhelming response”?

Of course Borneo Post will aid and abetted the grab by releasing “overwhelming response” when again, the NCR land owners, never get anywhere near the legal agreement, much less signing the Memorandum of Consent. Read more

<!– –>

July 25, 2009 · Filed Under General

LCDA – Let Chase Dayak Away

Posted by: Dyak

“In my opinion as an investor, it is frightening that Malaysiakini reports that there are many disgruntled natives over the recent Sime Darby-led JVC to develop 20,000 ha in Sarikei.” – Gan Tee Jin

Frightening eh, Gan Tee Jin?? Hahaha, sorry.

Wait ’til you know the real goons behind Sarawak’s main authority on everything oil palm business: LCDA and SALCRA. So shall we?

LCDA – Let’s Chase Dayak Away
SALCRA – Such A Low, Crappy Returns Annually
Read more

<!– –>

July 25, 2009 · Filed Under General

Open Letter to Gan Tee Jin

Posted by: Meramat Tajak

Open Letter to Gan Tee Jin and any other socially responsible Oil Palm Plantation company in West Malaysia or elsewhere, seeking to develop NCR land WITH native owner.

Dear Gan Tee Jin,

Of course if the news appear in Malaysiakini, it tend to carry truths that the BN government often prefer to keep from the public.

Its commendable that on reading the news, you choose to find out more about the real situation in Sarawak. I hope you find the honest reaction from Dayakbaru readers useful for your corporate business planning. Allow me to add a few more personal insights.

Konsep Baru is Systematic land Grab

First,if you choose to establish your venture through Konsep Baru, you will be a party to the systematic land grab by the state against the interest of the poor Dayak natives. Read more

<!– –>

July 25, 2009 · Filed Under General

Dayak Disunity is caused by “divide and rule” BN approach

Posted by: CharcoalArt

Dayakbaru comment:

“So what? What must we do to create unity among Dayak?” We must get on top of the divide and rule paradox. WE must have the mental strength to solve this situation and end up being the benefactor.

“SPDP press conference on 18 July was that Mawan was blaming the Dayaks for the disunity”

According to Mawan the culprits are Dayak Scorpions. Jetty had tried to prove Mawan wrong by using Chinese denominator in all failed Dayak parties. But I think Mawan’s so called “Dayak scorpions” statement is not necessarily meant for Dayaks only and if read between the lines it should Include Laut, Melanau, Mamak, Tambi, Cina Chantung, etc.. Read more

<!– –>

July 25, 2009 · Filed Under General

Sustainable Longhouse Economy

Posted by: Seliong anak Wau

Preamble

Last month was the Gawai Dayak; festivities in any longhouse. Today, visit the same longhouse; the youths are not seen. There are either the very young, or the old. Investigate further and most parents would inform you that their sons and daughters have gone to work. The lucky ones are employed as government workers but the majority are in various peninsula states.

Parents are supported by children’s wages

That is another significant shift in our longhouse economy. Most parents are now supported by their children’s wages. Monthly remittances help to pay for their maintenances. Read more

<!– –>

July 25, 2009 · Filed Under General

Open letter to Tun Mahathir

Posted by: Bujangsinungenang

Source: http://www.malaysiakini.com/letters/109151

Dear Tun Mahathir,

I refer to Tun’s article entitled ‘Walk in the Shoes’ written on the July 20, 2009 on Tun’s website. Allow me to share my opinion with regards to what had been written by Tun.

2. I believe the questioner perceived that non-Malays are feeling very oppressed and disappointed with the “injustice” against them in Malaysia (by a government that is controlled by Malays).
The non Malays have strong reasons for feeling very oppressed and disappointed with the injustice towards them in Malaysia. In fact non-Malay bumiputera specifically the Orang Asli and Sabah and Sarawak bumiputeras also share the same feeling as they too were not given the same treatment as the Malays whereas they are the original inhabitants of this country. How many non-Malay bumiputera were accepted into the government sectors and government owned corporations like Petronas? Read more

Pemimpin PR pertahan istilah ‘cawat’ diguna Hadi ???

KUCHING: Beberapa pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat (PR) mempertahankan istilah ‘cawat’ yang digunakan oleh Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Dato Sri Hafsah Harun berkata beliau percaya Abdul Hadi bukan berniat untuk me- rendahkan martabat kaum Dayak.

Beliau berkata perkataan ‘cawat’ yang digunakan bermakna pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai masih mempunyai mentaliti orang lama apabila masih menyokong Barisan Nasional (BN).

“Kadang-kadang laporan dalam akhbar, pemberita yang membuat liputan di satu-satu majlis atau sidang media tersalah petik ucapan.

“Ada kemungkinan dalam kes ini ia membabitkan kesilapan dilakukan oleh pemberita,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut beliau mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan sokongan pembangkang di kalangan rakyat.

Beliau turut mencadang- kan agar pemimpin PAS di Sarawak menjelaskan ke- pada rakyat apa maksud se-benar Abdul Hadi apabila menggunakan perkataan ‘cawat’ agar pengundi tidak terpengaruh dengan agenda BN.

“Bagi kita di PKR, kita akan terus berjuang untuk memenangi hati rakyat meskipun ada pihak yang cuba mengalih perhatian,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Edmund Stanley Jugol berkata beliau tidak terguris perasaan apa-bila membaca laporan akhbar berkenaan kenyataan Abdul Hadi.

“Saya percaya Abdul Hadi tidak bermaksud untuk menghina. Kita juga kadang-kadang bergurau ketika duduk di kedai kopi,” katanya.

Penduduk yang kecewa dan kesal dengan kenyataan Hadi???(Dayak Lubok Antu tersinggung )

Oleh Saibi Gi dan Edwin Raoh

Penduduk yang kecewa dan kesal dengan kenyataan Hadi minta beliau memohon maaf kepada masyarakat Dayak dan penduduk Lubok Antu

LUBOK ANTU: Penduduk Dayak di sini kecewa dan sedih dengan kenyataan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seolah-olah menyifatkan kaum mereka sebagai tidak bertamadun.

Mereka yang ditemui semalam berkata kenyataan itu bukan sekadar isu politik tetapi ia dilihat sebagai isu perkauman yang dikhuatiri mendatangkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat Dayak.

Kaunselor Temeling Juna dari Rumah Jemat, Nanga 3 di sini berkata pembangkang cuba mengguris perasaan penduduk Lubok Antu.

“Mereka (pembangkang) sudah tidak ada isu lain untuk dibangkitkan dan cuba memikirkan pelbagai cara agar pengundi yang setia dengan Barisan Nasional (BN) beralih sokongan.

“Sejak pilihan raya kecil Batang Ai pada April lepas, mereka seperti tidak puas hati dengan kemenangan BN. Sebab itu mereka timbul dengan pelbagai kenyataan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Malah beliau menyifatkan kata-kata Hadi sebagai kenyataan pelik dan tidak masuk akal yang lahir daripada mulut pemimpin parti.

“Jika mereka ingin tahu bagaimana kehidupan kita, berkunjunglah ke sini (Lubok Antu) dan lihat dengan mata sendiri bahawa kita tidak memakai lagi cawat seperti yang diperkatakannya,” katanya.

Semalam Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr James Masing berang dengan kenyataan Hadi yang mengaitkan kekalahan Parti Keadilan Rakyat (PKR), rakan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), berikutan faktor penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai.

Dipetik menerusi portal berita Malaysiakini, Hadi berkata:

“Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi.”

Seorang penduduk dari Rumah Lagan Empit, Batang Ai, Zainie Aji berkata kenyataan Hadi sudah keterlaluan.

Penduduk di Batang Ai berasa malu apabila ada pihak yang sengaja merendah-rendahkan maruah kaum Iban, terutama di Lubok Antu.

“Hadi perlu minta maaf kepada penduduk Lubok Antu dan kaum Dayak kerana menyifatkan kami sebagai tidak bertamadun.

“Lain kali jangan cakap sembarangan kerana sudah pasti ada pihak yang akan terluka dengan kenyataan yang sensitif,” katanya ketika ditemui.

Dari sudut positif, Zainie melihat kenyataan itu sebagai cabaran.

“Penduduk Dayak di luar bandar khususnya perlu memajukan diri agar orang luar tahu kita tidak lagi seperti zaman dahulu, tidak mempunyai pendidikan tinggi sebaliknya maju,” katanya.

Sirai Medol dari Rumah Jubang, Sebangki Panjai, Lubok Antu pula berkata sebagai pemimpin parti politik Hadi harus tahu latar belakang kaum-kaum yang terdapat di negara ini.

Disebabkan kurang pengetahuan tentang kaum-kaum di Malaysia, Hadi katanya telah memberi gambaran yang salah terhadap kaum Iban di Lubok Antu.

“Kita minta penduduk di Lubok Antu agar menolak pembangkang dan sesiapa yang menyokong pembangkang boleh dianggap sebagai pengkhianat kerana bersekongkol dengan mereka yang merendahkan martabat Dayak,” katanya.

PRS Batang Ai Youth plans protest against Hadi with PAS flag-burning ???

By Saibi Gi and Raynore Mering

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) Batang Ai Youth is planning to torch Parti Islam SeMalaysia (PAS) flags in a show of protest in Engkilili town tomorrow.

Its deputy chief Edwin Raoh said they were very angry with the disparaging remarks made by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang about Batang Ai voters recently.

“His statement insults the dignity of the Iban people. We are very upset and we are very offended. We are planning to burn PAS flags,” he said yesterday.

He hoped that with the burning of the flags, the people of Lubok Antu and Engkilili would realise how opposition leaders really saw them.

Hadi said in a report in Malaysiakini on July 11 that the opposition lost in the Batang Ai by-election because the voters did not know how to vote and they were still wearing ‘cawat’ (loincloth).

Also reacting to the remark was PRS information chief Richard Wil Uban who wanted to know the stand of Dayak leaders in Parti Keadilan Rakyat (PKR), specifically Ngemah assemblyman Gabriel Adit Demong and former Lubok Antu MP Jawah Gerang.

He said that Hadi must surely know that Adit and Jawah are Ibans and yet he still made such derogatory comments about members of the community.

“I feel demoralised and looked down upon. We have been in Malaysia for 45 years and they are still talking about us as if we are cavemen.

“But what are Adit and Jawah going to do now that their friend in Pakatan Rakyat (Hadi) has insulted their dignity and the dignity of the Ibans as a whole? What do they have to say?” he asked.

Adit and Jawah could not be reached for comments yesterday. PAS, PKR, Sarawak Democratic Action Party (DAP) and Sarawak National Party are members of Pakatan in Sarawak.

Wil added that voters had the right to vote for whoever they chose and no one should think that those who supported the government or Barisan Nasional (BN) did so blindly.

“Voting is every eligible Malaysian’s right. I can vote for the opposition if I want to. But I vote for the government not because I am a fool.

“It is those people who vote for the opposition even when they have been receiving assistance from the government of the day who are fools,” he said.

He pointed out that he spent five days in Engkari to help campaign for the BN during the Batang Ai by-election and every longhouse along the Engkari river had tiled corridors, flush toilets and other amenities.

“Where are the people wearing ‘cawat’ there? If Hadi doesn’t believe me, ask our Deputy Prime Minister (Tan Sri Muhyiddin Yassin) who visited the place during the by-election.

“But I wish to say this to all Dayaks of Sarawak, if we are marginalised it is because of people’s ignorance of our existence,” said Wil.

PRS secretary general Datuk Wilfred Nissom, meanwhile, said as far as he could see, no one cast their votes in their loincloths during the by-election.

At the same time, he said there were not many spoilt votes so it must mean that the people there knew how to vote.

“Actually, I think that the people in Batang Ai are very smart because they know what a constituency under PAS or Pakatan is like. They have seen the level of development in Permatang Pauh, so they decided to vote for the best, and that’s BN,” said Nissom.

Blog dakwa Beng Hock mati kerana amalan rasuah

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR – Ketika misteri kematian Teoh Beng Hock belum terungkai, muncul sebuah blog baru yang membuat pelbagai dakwaan kononnya beberapa pemimpin pembangkang di Selangor terlibat dalam penyelewengan membabitkan wang peruntukan kerajaan negeri itu.

Blog yang diwujudkan pada 23 Julai dan ditulis oleh individu menamakan dirinya sebagai 4TBH mendakwa, semua penyelewengan itu dilakukan tanpa diketahui oleh wakil rakyat Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri itu.

Penulis blog itu berkata, banyak wang peruntukan yang diagihkan ke kawasan tertentu telah disapu secara sedikit demi sedikit.

Dakwa penulis itu, penyelewengan terbabit diketahui Beng Hock dan Beng Hock sebenarnya dipaksa supaya turut terlibat dalam skandal itu.

Bagi menyelamatkan diri, penulis itu memberitahu, Beng Hock telah membuat salinan semua dokumen palsu dan nama-nama syarikat yang ‘diwujudkan’ oleh wakil rakyat terbabit.

Bunuh ADUN: Sam ditahan


Inilah bangunan di Jalan Segget, Johor Bahru yang menjadi tempat Krishnasamy dibunuh tahun lalu.


S. Krishnasamy


KERATAN Kosmo! 23 Julai 2009.


JOHOR BAHRU – Rakyat Sri Lanka, Sam @ Mohammad Razue, 39, yang dicari polis bagi membantu siasatan kes bunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy pada 11 Januari tahun lalu telah ditahan polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Shariff dalam satu kenyataan berkata, lelaki itu ditahan di satu lokasi di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini pada pukul 9.50 malam Rabu lalu hasil maklumat orang ramai.

“Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan selama seminggu sehingga Rabu depan,” kata beliau.

Mendiang Krishnasamy yang merupakan bekas Timbalan Pengerusi MIC negeri Johor mati terkena tembakan bawah kening kirinya ketika menaiki lif di Ibu Pejabat MIC Negeri di Jalan Segget pada 11 Januari tahun lalu.

Bukan masa Yasmin tinggalkan kita – Muzaffar

Oleh JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my


YASMIN (kanan) bersama Yew Leong. Foto dipetik daripada laman blog yasminthefilmmaker.
blogspot.com.


KERATAN Kosmo! semalam.


MUZAFFAR


PETALING JAYA – “Malaysia akan berubah tanpa karya-karya Yasmin. Saya rasa sekarang bukan masa untuk dia meninggalkan kita.”

Demikian luahan perasaan Muzaffar Ahmad, 38, adik kepada pengarah filem Yasmin Ahmad, 51, yang masih belum sedarkan diri setelah melalui pembedahan kritikal di Hospital Pakar Damansara di sini kelmarin.

Menurut Muzaffar, sehingga petang semalam, keadaan Yasmin tidak menampakkan sebarang perubahan selepas melakukan pembedahan di kepala akibat pembuluh darah otaknya pecah.

“Dia telah menyampaikan banyak mesej kemanusiaan menerusi hasil kerja seninya,” katanya yang turut dikenali sebagai Aca.

Yasmin pengsan secara tiba-tiba semasa bermesyuarat bersama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa serta beberapa kakitangan Media Prima di Sri Pentas, TV3, sekitar pukul 3 petang Khamis lalu.

Pengarah filem Muhsin, Sepet dan Rabun itu diserang angin ahmar dan selepas dibedah beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

“Keadaannya masih sama dan dia bernasib baik kerana tidak bertambah buruk. Keadaannya kritikal tetapi stabil. Kami perlu menunggu selama 48 hingga 72 jam selepas pembedahan bagi melihat tindak balasnya.

“Jadi tempoh tiga hingga empat hari ini amat penting bagi kami sekeluarga,” kata Muzaffar yang ditemui di Hospital Pakar Damansara semalam.

Bahan lucah dalam e-Book

Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN
berita@kosmo.com.my


SEORANG guru, Azman Yahaya (tengah) memberi penerangan mengenai buku elektronik atau e-Book kepada murid-murid pada majlis penyerahan komputer itu di Kemaman bulan lalu.


AHMAD SAID melihat seorang murid menggunakan e-Book pada majlis penyerahan komputer itu di Kuala Terengganu bulan lalu.



KUALA TERENGGANU – Sekumpulan murid Tahun Lima sebuah sekolah di Terengganu membuktikan mereka telah ‘celik IT’ apabila menggunakan komputer mini atau e-Book yang diedarkan oleh kerajaan negeri untuk menyimpan dan menonton bahan lucah.

Setakat ini 12 murid dari sebuah sekolah kebangsaan di Gong Badak telah dikesan menyalahgunakan komputer tersebut yang pada asalnya bertujuan menjadi pengganti kepada buku teks sekolah.

Ada di antara murid itu cuba mengelak daripada dikenakan tindakan dengan mendakwa ia perbuatan abang mereka.

Namun, kesannya bukan sahaja komputer itu dirampas tetapi lebih teruk mereka berhadapan dengan kemungkinan dibuang sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman mengesahkan perkara itu dengan berkata, e-Book milik kesemua murid itu telah dirampas hasil pemeriksaan mengejut guru sekolah berkenaan baru-baru ini.

“Ini masalah yang serius kerana perbuatan membawa bahan lucah ke sekolah boleh mengakibatkan murid-murid itu dibuang sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

%d bloggers like this: