Bantah sewa pasar Ramadan

Bantah sewa pasar Ramadan

 

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 26 Julai – Seramai 20 peniaga pasar Ramadan di Che Det Walk, Pekan Rabu di sini kesal dengan tindakan pihak pengurusan tapak itu, Koperasi Pekan Rabu menaikkan kadar sewa pada tahun ini.

Menurut mereka, pihak berkenaan telah menaikkan sewa daripada RM400 untuk tapak seluas 4×8 kaki persegi sebelum ini kepada RM800 tahun ini.

Seorang peniaga kuih kering, Noor Mohamad Lawamiah, 52, memberitahu, tindakan itu membebankan peniaga yang kebiasaannya menyewa empat tapak supaya dapat dipasang khemah dengan kos RM3,200 sebulan.

“Kuih yang kami jual hanya berharga RM5 bagi satu bekas.

“Kami telah berniaga di sini sejak 30 tahun lepas. Kami kecewa dengan keputusan koperasi yang tidak mahu berbincang tentang perkara ini sedangkan kami adalah ahli koperasi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain itu katanya, pada tahun ini Koperasi Pekan Rabu memberi kebenaran untuk semua jenis perniagaan berbanding mengehadkannya kepada penjualan kuih sejak 30 tahun lalu.

Difahamkan, pada tahun lalu sebanyak 120 tapak telah disewakan kepada peniaga juadah berbuka puasa serta kuih kering, namun pada tahun ini hampir 200 tapak dijangka disediakan kepada peniaga dan ia terbuka untuk pelbagai jenis perniagaan.

Seorang lagi peniaga, Khairuddin Mohd. Akhir, 50, berkata, kenaikkan sewa tersebut menunjukkan sifat tamak koperasi berkenaan kerana tidak mengambil kira keadaan ekonomi ketika ini yang jelas memberi tekanan kepada peniaga.

Menurutnya, pihak atasan koperasi ketika ditemui peniaga pada Khamis lalu memberikan alasan kenaikan sewa itu diputuskan kerana tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menaikkan sewa tapak kepada koperasi berkenaan.

“Kami tidak marah kalau sewa dinaikkan seperti sebelum ini tetapi kaji dulu keadaan ekonomi dan jenis jualan serta peratus kenaikannya,” tambahnya.

Rosadah Kasim, 39 pula memberitahu, dia menjalankan perniagaan kuih kering di situ sejak berusia 16 tahun dan tidak bersetuju dengan peraturan serta kadar sewa yang dikenakan kepada peniaga.

“Bukan setakat saya, malah peniaga lain yang telah berniaga lebih 30 tahun di sini juga bertegas akan membantah kenaikan sewa dan akan meminta Koperasi Pekan Rabu menurunkannya seperti sebelum ini.

“Kami akan terus membantah dan jika ia tidak berkesan kami akan bertindak dengan cara lain mengikut saluran yang betul bagi memperjuangkan hak kami,” tegasnya.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 7:20 AM 0 Komen Anda

26 July 2009

TEOH : Skrip Dari Blog Merapu pon SPRM buat bukti…

SKRIP MAFIA TERSINGKAP HELAIAN DEMI HELAIAN

Assalamualaikum,

Mafia yang cuba menggunakan instrumen negara untuk menjatuhkan mereka yang constitutionally elected sedang menyingkap skrip mereka helaian demi helaian.

Blog hitam yang dibuat untuk Teoh Beng Hock adalah untuk menunjukkan bahawa kononnya TBH mempunyai rahsia tertentu. Itulah skrip ciptaan mafia ini.

Sekarang lidah berbelit mereka sedang meracun pemikiran rakyat supaya mempercayai skrip ini.

Posted by Hamirdin b Ithnin

rujukan sebelum ini..:
Puak Nie nak menipu Tapi Bangang..!!

 



:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 11:06 PM 0 Komen Anda
Labels:

Puak Nie Nak MENIPU tetapi bangang…!!!

 

Pakatan Rakyat Dah Perintah Selangor Sebelum PRU-12 (8 Mac 2008)?

Heboh diperkatakan orang mengenai kewujudan blog membela Teo Beng Hock. Tapi apa yang sebenarnya hanya nak menyiarkan beberapa catatan atau rekod perbelanjaan bagi DUN Sungai Pelek. Sesuai dengan namanya, beberapa fakta memang pelek. Apakah YB Ronnie Liu pernah menjadi ADUN Sungai Pelek sebelum Pilhan Raya Umum Ke-12? Semak baik-baik salinan penyata yang dimuatkan di blog berkenaan. Lihat dan semak tarikh-tarikh berkaitan. Pelek, memang pelek tapi mungkin tak pelek bagi SPRM.. Blog separuh masak?


Hanya nombor 89 – 172 sahaja yang bertarikh selepas PRU Ke-12 (yg telah diadakan pada 8 Mac 2008). Mengapa tak disiarkan bermula dari Nombor 89 hingg 172 sahaja? Tak perlulah kita membuang masa menyiarkan kesemua salinan BUKTI yang terdapat di blog berkenaan. Merugikan bandwidth sahaja. Mengapa tak tolong SPRM siasat Mahligai si Khir Toyo? Bentangkan angka-angka yg berganda-ganda lebih besar drp seribu dua ni…….

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 10:14 PM 0 Komen Anda
Labels:

Alhamdulillah..Satu Lagi Projek NIK AZIZ depa nak tiru…

 

Masjid Cina dipertimbang
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Kerajaan menimbang cadangan pembinaan masjid berasaskan budaya dan landskap masyarakat Cina yang boleh dijadikan pangkalan golongan itu yang beragama Islam, melakukan dakwah serta menggerakkan aktiviti mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata sama seperti Masjid Keling, Pulau Pinang, ia mengumpul penganut Islam berketurunan Cina dan badan bukan kerajaan untuk memantau serta membantu saudara baru.

“Islam adalah nikmat yang diturunkan untuk seluruh umat manusia, bukan untuk satu kelompok. Ia diwahyukan untuk semua golongan tanpa mengira latar belakang, keturunan atau budaya. Kita mungkin berbeza warna kulit, keturunan dan budaya tetapi disatukan dalam satu akidah.

“Justeru, konvensyen ini memperkasakan hala tuju kita semua tanpa mengira seorang Islam yang mewarisi hidayah ini atau yang baru semalam memeluk agama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Saudara Muslim peringkat kebangsaan 2009 di sini, semalam. Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz.

Jamil Khir turut menyampaikan Anugerah Khas Saudara Muslim Cemerlang 2009 kepada isteri bekas Perdana Menteri, Tun Jeanne Abdullah dan Anugerah Saudara Muslim Cemerlang kepada Timbalan Presiden Persatuan Cina Islam Malaysia, Dr Muhammad Fuad Yeoh Abdullah dan pendakwah bebas, Kamarudin Abdullah, bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan mereka kepada masyarakat.

 



:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 6:47 PM 0 Komen Anda

Khairy Takut termakan sumpah ‘BEROK-BEROK’

 

ISA: Pemuda jangan sertai demonstrasi

ALOR SETAR 25 Julai – Ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO diminta tidak menyertai demonstrasi bagi membantah atau menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya mengambil pendirian berkecuali kerana Kementerian Dalam Negeri sedang dalam proses untuk meminda akta berkenaan.

Menurutnya, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak mendahului proses kajian semula tersebut sebagaimana diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini.

“Jadi, tidak payah kita hendak mengadakan demonstrasi pro-ISA atau anti-ISA. Buat apa kita hendak berdemonstrasi sebab proses kajian semula itu sedang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang membantah ISA dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang mempertahankan akta itu untuk berdemonstrasi dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum masing-masing.

Menurut Khairy, beliau turut menerima jemputan untuk menghadiri kedua-dua demonstrasi itu, namun menolak untuk menyertainya kerana tegas dalam pendirian berkecuali dalam perkara berkenaan.

Kata beliau, jika ada ahli pergerakan itu masih menghadiri demonstrasi tersebut, kehadiran mereka bukan atas kapasiti Pergerakan Pemuda UMNO.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 5:43 PM 2 Komen Anda

Angota Parlimen Buat Lawatan ke tengah laut

 

Buktikan gas dalam Kelantan: Anggota Parlimen lawat pelantar

KOTA BHARU, 23 Julai: 30 orang yang terdiri dari anggota Parlimen dan Adun di samping para wartawan dan pemimpin masyarakat akan dibawa melawat pelantar minyak dan gas yang dikatakan berada di perairan Kelantan 4 Ogos ini.

Turut dipelawa menyertai rombongan itu adalah Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar.
Menurut maklumat Siasah, rombongan itu dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan melalui exconya, Datuk Husam Musa.


Husam ketika dihubungi Siasah berkata, tujuan lawatan ini adalah untuk membuktikan bahawa ada pengeluaran gas dan minyak berlaku di kawasan pertindahan antara Kelantan dengan Thailand.

Mereka dijangka akan menaiki sebuah kapal nelayan laut dalam dan bakal mengharungi laut China Selatan selama 12 jam sebelum sampai ke pelantar minyak itu.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri apa yang didakwa oleh Husam sebelum ini bahawa Petronas mengeluarkan minyak dari perairan Kelantan.
Oleh itu, sebagaimana Terengganu dan Sabah, kerajaan negeri Kelantan juga berhak mendapatkan royalti sebanyak lima peratus dari Petronas.
Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan telah menghantar surat kepada Petronas dan kerajaan Pusat menuntut royalti RM1 bilion yang menjadi hak rakyat negeri itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin dalam kenyataannya meminta Petronas menjawab isu ini dalam masa 48 jam namun sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan dari Petronas mengenainya.

 



:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 4:38 PM 2 Komen Anda
Labels: ,

Al Fatihah…Mengapa Manusia Masih Lalai Di Jalan Raya

 

Empat beranak maut – Treler rempuh kereta ketika lampu isyarat merah

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE

BEGINILAH keadaan kereta Proton Wira Aeroback yang dirempuh treler sehingga
mengorbankan lima nyawa di Kilometer 42, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam dekat Kulaijaya semalam.


ZAKARIA


HAWA


KULAIJAYA – Lima orang termasuk empat beranak terkorban selepas kereta Proton Wira Aeroback yang mereka naiki dirempuh sebuah treler di Kilometer 42, Jalan Johor Bahru-Air Hitam ketika kereta itu berhenti menunggu lampu isyarat pukul 2 petang semalam.

Mangsa yang terbunuh ialah Zakaria Marjone, 40, isterinya, Hawa Kassim, 40, dua anak pasangan itu, Nor Fatin Nadia, 13, dan Mohd. Amirul Fahmi, 10, serta anak jiran mereka, Awaludin, yang berusia setahun.

Dua lagi anak pasangan malang berkenaan, Mohd. Aidil Hakim, 16, dan Mohd. Faris, 8, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superitendan Zulkefly Yahya berkata, kereta yang dipandu Zakaria bersama enam lagi penumpang dikatakan dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Batu Pahat.

Menurut beliau, kenderaan yang dinaiki mangsa dikatakan berhenti di persimpangan lampu isyarat dekat pekan Kelapa Sawit sebelum dirempuh sebuah treler dari arah belakang. Treler itu dipercayai hilang kawalan kerana dipandu laju.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME

RM30j tapis e-Book, pantau kelas


AHMAD RAZIF melihat pelajar menggunakan e-Book semasa melawat Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu semalam.


 

KERATAN Kosmo! kelmarin.


 

KUALA TERENGGANU – Murid Tahun Lima di Terengganu tidak lama lagi akan mendapati mereka bukan sahaja disekat daripada memuat turun bahan-bahan dari Internet khususnya gambar lucah tetapi juga semua perilaku mereka dalam kelas dipantau menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Siri tindakan baru itu diambil beberapa hari selepas Kosmo! mendedahkan e-Book 12 murid di sebuah sekolah di Gong Badak, Kuala Terengganu menyimpan bahan seperti video dan gambar lucah.

Kos melaksanakan projek memasang perisian khusus pada 25,000 buah e-Book dijangka dilakukan oleh pengeluar mikrocip terkemuka dunia, Intel Corporation (Intel) dengan kos RM30 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Intel bagi menentukan masa yang sesuai untuk memasang perisian berkenaan.

“Perisian itu juga akan memudahkan guru-guru mengesan aktiviti pelajar yang menyimpan dan menonton bahan-bahan dilarang,” katanya semasa membuat lawatan mengejut ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak di sini pagi semalam.

Nyawa lima sekeluarga melayang – Perodua Kenari hancur dilanggar lori kontena

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

 


ORANG ramai melihat kereta Kenari yang hancur dilanggar lori kontena di Jalan Kuantan-Maran, Maran semalam.



ATAS DARI KIRI: NASARUDIN, SEPIAH, FATMAWATI.
BAWAH: SYAKIRIN dan NADZIF


 

MARAN – Lima sekeluarga termasuk seorang ibu mengandung dan bayi lelakinya berusia 10 bulan terbunuh selepas kereta Perodua Kenari yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kontena bermuatan tong gas di Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kompleks Rakan Muda di sini semalam.

Empat ahli keluarga berkenaan termasuk bayi tersebut dipercayai tercampak keluar dari kenderaan manakala seorang lagi mangsa tersepit di tempat duduk. Kesemua mereka maut di tempat kejadian.

Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta, Nasarudin Abdul Aziz, 32, pembantu rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Purun, isterinya, Fatmawati Harun, 30, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Purun yang mengandung tiga bulan dan anak sulung mereka, Mohd. Nadzif Iman Nasarudin, 10 bulan. Mereka tinggal di Felda Purun, Triang dekat Bera.

Turut maut ialah ibu Fatmawati, Sepiah Mohamad, 60, dan anak bongsunya yang kurang upaya, Mohd. Syakirin, 23. Kedua-duanya tinggal di Felda Jengka 5.

Pemandu lori kontena berusia 39 tahun hanya mengalami cedera ringan di kaki dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan manakala kelindannya yang berusia 17 tahun tidak cedera.

Kawasan ais hilang di laut Chukchi


GAMBAR ini menunjukkan sejumlah ais berada (berwarna putih) di Laut Chukchi dekat Pelabuhan Barrow, Alaska (kiri) pada Julai 2006 tetapi situasi berubah pada Julai 2007 (kanan) apabila ais itu cair dan hilang.


 

WASHINGTON – Gambar yang baru ditarik balik daripada kategori rahsia menunjukkan kesan teruk akibat pemanasan cuaca global di Alaska, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Imej satelit itu yang disiarkan pada minggu lalu oleh tentera AS menunjukkan sejumlah kawasan ais hilang di Laut Chukchi.

Gambar itu sebelum ini disimpan dan tidak didedahkan kepada orang ramai ketika AS ditadbir oleh Presiden George W. Bush.

Bagaimanapun, gambar itu dikategorikan tidak lagi menjadi rahsia beberapa bulan selepas Barack Obama menggantikan Bush.

Gambar itu merupakan amaran keras bahawa pemanasan global berjaya mengubah rupa bentuk di kawasan Artik.

Lebih satu juta kilometer ais cair pada musim panas 2007.

Gambar yang dirakamkan pada Julai 2006 menunjukkan sebuah kawasan ais yang besar dekat Pelabuhan Barrow di Alaska.

Bagaimanapun, setahun kemudian, kawasan yang diliputi ais itu hilang kerana cair disebabkan cuaca panas.

“Ia merupakan gambar yang jelas menunjukkan situasi musim panas di Artik,” kata seorang pegawai di Pusat Angkasa Lepas Goddard, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Thorsten Markus.

“Situasi itu menjadi punca kenapa kami berasa amat bimbang,” jelasnya.

Menurut beberapa saintis, kecairan ais itu mengundang bahaya.

Sejumlah besar haiwan bergantung pada ais itu seperti beruang kutub dan singa laut untuk hidup.

Obama kini mendesak Kongres AS supaya mengambil tindakan bagi menangani isu pemanasan global.

Ais itu menjadi penting kerana tanpanya, kawasan laut di Artik akan menjadi panas.

Isu pemanasan global menjadi perhatian utama pertubuhan bukan kerajaan yang prihatin terhadap alam sekitar di Barat. – Agensi

%d bloggers like this: