Datuk didakwa songlap RM55j

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

 


PEJABAT koperasi yang diuruskan oleh seorang Datuk yang beroperasi tanpa papan tanda di Sentul Raya, Kuala Lumpur semalam.


 

KUALA LUMPUR – Suasana aman di Balai Polis Gombak di sini bertukar kecoh apabila 20 pelabur sebuah koperasi bertindak menahan kereta yang dinaiki seorang bergelar Datuk yang hendak pulang selepas memberi keterangan di balai itu selama dua jam.

Mereka yang mewakili 4,000 pelabur lain mendakwa menjadi mangsa penipuan Datuk berusia dalam lingkungan 40-an itu. Mereka bertindak demikian untuk mendesak lelaki berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif itu mengembalikan semula wang yang telah dilaburkan.


SEKUMPULAN ahli koperasi datang ke Balai Polis Gombak untuk bertemu dengan Datuk yang menguruskan sebuah koperasi semalam.


 

Mereka mendakwa sebanyak RM55 juta yang berjaya dikumpul daripada para pelabur dipercayai telah dilarikan daripada akaun koperasi berkenaan oleh Datuk tersebut sejak Mei tahun lalu.

Koperasi yang berpejabat di Sentul di sini menjalankan perniagaan serbuk pencuci, minuman kordial dan beberapa barangan keperluan harian.

Wakil pelabur, Zabidi Nasan, 37, memberitahu, mereka menyedari mengenai kegiatan gelap Datuk terbabit apabila tidak lagi menerima ganjaran pelaburan setiap bulan seperti yang dijanjikan.

“Jumlah minimum yang diperlukan untuk menjadi ahli dan membuat pelaburan ialah RM5,000 dan pelabur akan diberi pulangan sebanyak RM400 sebulan atau lapan peratus daripada jumlah modal.

Korban kedua H1N1 – Tiga Kem PLKN ditutup, alat cegah selesema babi diedar ke sekolah


PETUGAS Unit Kesihatan UniMAP memberi penerangan tentang H1N1 kepada pelajar kolej kediaman universiti itu di Kuala Perlis semalam.


 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Malaysia berumur 46 tahun yang bekerja di Belgium mati akibat selesema babi (H1N1) tengah hari kelmarin menjadikannya mangsa kedua yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohd. Ismail Merican, lelaki itu telah berada di Malaysia pada 4 Julai lalu dan pada mulanya sihat sehingga beliau bercuti bersama keluarganya di Langkawi pada 13 Julai lalu.

“Sekembali dari Langkawi, beliau telah mendapat rawatan di hospital swasta di Petaling Jaya pada 16 Julai 2009. Pemeriksaan x-ray dada telah menunjukkan beliau mengalami pneumonia.

“Lelaki tersebut yang telah mengalami pelbagai komplikasi meninggal dunia pada 26 Julai 2009 pukul 12.35 tengah hari dan penyebab kematian dicatatkan sebagai pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, seorang pelajar lelaki tahun pertama warga Indonesia berusia 30 tahun yang dijangkiti H1N1 meninggal dunia pada 21 Julai lalu.

Radhi OAG nafi lafaz talak, Shazlin disahkan masih isteri

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

 


RADHI bertengkar dengan Shazlin selepas mahkamah mengesahkan mereka masih pasangan suami isteri di pekarangan Mahkamah Syariah Petaling Jaya semalam.


 


 

PETALING JAYA – Perang mulut tercetus antara vokalis kumpulan OAG, Mohd. Radhi Razali (Radhi OAG) dan isterinya, Shazlin Shariff selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam mengesahkan mereka masih pasangan suami isteri yang sah.

Kejadian berlaku di luar pekarangan mahkamah apabila Radhi, 32, menyerbu ke arah Shazlin, 31, sambil menyindir isterinya itu sebagai ‘pelakon wanita terbaik’.

Radhi juga menuduh Shazlin mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sebagai alasan untuk bercerai dan meminta Shazlin membuat pengakuan di hadapan wartawan serta menyuruhnya menelefon lelaki berkenaan yang juga bekas suami seorang pelakon.

Shazlin yang pada mulanya tenang akhirnya hilang sabar dengan gelagat Radhi sehingga tercetus perang mulut sesama mereka.

Dia juga beberapa kali mencabar Radhi supaya menceraikannya tetapi tidak dipedulikan.

Selepas adegan panas itu berterusan selama 15 minit, Shazlin berjalan memasuki kereta Proton Waja miliknya untuk beredar tetapi ditahan oleh Radhi.

Program Himpun 2009, Kubang Pasu??

Golongan Muda Diseru Hadir Ke Program Himpun 2009, Kubang Pasu

 

[KEDAHLANIEOK+copy.jpg]

Jitra – Dewan Pemuda serta Lajnah Kebudayan dan Perpaduan Islam, Pas Kubang Pasu akan menganjurkan program Himpun 2009 dan BBQ Perdana yang julung kali didakan dalam daerah Kubang Pasu pada 31 Julai depan, bertempat di Dataran Darulaman, Bandar Darulaman.

Kaman Jaapar, Naib Ketua Pemuda Pas Kubang Pasu berkata, program Himpun 2009 dan BBQ Perdana merupakan aktiviti terbesar Dewan Pemuda pada tahun ini untuk menghimpunkan para pemuda yang berumur antara 18 hingga 40 tahun dalam daerah Kubang Pasu.

Katanya “ Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan di antara Dewan Pemuda dengan golongan muda dalam daerah ini khususnya. Ini kerana pemuda adalah aset kepada agama, bangsa dan negara, di samping adalah penyambung kepada perjuangan Islam yang di bawa oleh Pas di masa kini dan akan datang”.

“Bagi memastikan program yang diadakan mencapai objektif ia dijalankan berkonsepkan terbuka dan mesra, katanya.

Katanya, “ Dewan Pemuda juga berpendapat, menjadi tanggungjawab kepadanya untuk memastikan generasi muda dalam daerah ini untuk memberi perhatian dan bimbingan menjurus kepada prinsip-prinsip Islam”.

Himpun 2009 dan BBQ Perdana adalah inisiatif Dewan Pemuda serta Lajnah Kebudayaan dan Perpaduan Islam Pas Kubang Pasu untuk menghimpun seberapa ramai golongan muda dalam daerah ini. Ia diadakan selepas solat Jumaat hingga lewat malam dengan pelbagai aturcara menarik seperti majlis keraian bersama kempimpinan Pemuda Pas di era 60an hingga 2000, aktiviti survival pemuda, kenduri rakyat, persembahan nasyid dan motivasi pemuda, di samping ucapan yang akan disampaikan oleh beberapa tokoh Pas.

Antara yang dijangka hadir ialah Ketua Penerangan Pas Pusat, Adun Kubang Rotan dan Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Kedah.

Kaman berkata, Dewan Pemuda mensasarkan sekurang-kurang seramai 1000 orang golongan pemuda menyertai program yang diadakan, di samping pelajar-pelajar PASTI seluruh Kubang Pasu”.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru kepada seluruh golongan muda khususnya yang tinggal di dalam daerah Kubang Pasu dapat hadir ke program yang diadakan tersebut.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 11:04 PM 0 Komen Anda

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN RAJA ULAR NO1


Dari Kacamata Halik Zaman:

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Raja Ular No.1. Dia sanggup merendahkan
martabatnya sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia demi
sebuah impian untuk memperkudakan PAS dalam Kerajaan Perpaduan. Lain
yang Tok Guru Dato’ Nik Aziz cadangkan lain pula putar-belit Muhyiddin
kearah Kerajaan Perpaduan pula diasaknya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutar-belitkan kenyataan Datuk Nik
Aziz Nik Mat berhubung kesediaan menteri besar itu melupakan sengketa
dengan kerajaan pusat.

Nik Aziz menyatakan beliau sedia berbaik-baik dan melupakan sengketa
politik kerajaan PAS Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha
menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Tok Guru Nik Aziz juga dilaporkan berharap perselisihan pendapat yang
timbul – terutama sewaktu kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14
Julai lalu – dilupakan dan kedua-dua pihak kembali kepada semangat
persaudaraan Islam.

Kata Tan Sri Muhyiddin, ” UMNO mengalu alukan kesadaran Tok Guru Nik
Aziz memahami betapa pentingnya Kerajaan Perpaduan diwujudkan antara
UMNO/PAS, beliau akan membawa perkara ini ke Mesyuarat Majlis
Tertinggi UMNO untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri Dato Seri
Mohd. Najib Tun Razak.”

Lihat dan bacalah betapa melesetnya tanggapan Muhyiddin atas saranan
Tok Guru Nik Aziz yang ingin berbaik baik dan melupakan sengketa
politik UMNO/PAS ketika PRK di Manik Urai baru baru ini mereka saling
bertelagah pendapat dalam kempen. Begitu jauh terpesong diertikan oleh
Muhyiddin kearah Kerajaan Perpaduan pula jadinya.

Rakyat Malaysia, sedar atau tidak bahawa UMNO lah yang benar benar
nampak sangat berharap PAS sebagai penyambung hayat UMNO bila PRU13.
Tanpa sokongan PAS UMNO pasti akan jadi pembangkang diparlimen dalam
pembentukan Kerajaan Pusat nanti. Tan Sri Muhyiddin dan para pemimpin
UMNO hari ini semacam dah “gila talaq” yang sanggup bercina buta
asalkan bersama PAS.

Semua parti politik mesti mahu buang keegoan seperti UMNO/BN, PKR, DAP
dan SAPPP, jangan pandang sebelah mata dengan wibawa PAS. Mesti respect
dengan PAS. Senario politik hari ini terang terang menunjukan bahawa PAS sebenarnya menjadi “balancing of political power” di Malaysia. Pakatan Rakyat
mengharapkan PAS dan UMNO/BN juga tersangat sangat mengharapkan PAS
dalam PRU13 nanti. Kerana PAS sudah pernah ditalaq 3 oleh UMNO satu
masa dulu, Kalau nak rujuk dengan PAS terpaksa lah UMNO bercina buta
dulu.Ahaks.

HZ

 



:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 10:16 PM 0 Komen Anda

Penjelasan Oleh Pihak Koperasi Pekan Rabu Berkaitan Artikal di UTUSAN Hari Ini.

 

Assalamu Alaikom,

Berkaitan berita yang telah disiarkan dalam Kedah Lanie.

Pemberita Utusan Sdra Zainal Azhar telah memanipulasi berita Bazar Ramadan Pekan Rabu Alor Setar tahun ini yang dijangka akan diadakan mulai 1 Ramadan 30 Ramadan di Che Det Mall dan Che Det Walk. Jumlah tapak yang di sediakan berjumlah 115 tapak sahaja.

Sewa satu tapak tahun lalu sebanyak RM450.00 satu tapak, tahun ini RM800.00 jumlah yang terpaksa dikenakan pada penyewa disebabkan pihak MBAS telah mengenakan bayaran mendirikan khemah sebanyak RM50.00/khemah(30)/(30)hari berjumlah RM45,000.00. Jumlah ini kalau dibahagikan dengan 115 tapak bersamaan lebih kurang RM400.00 bagi satu tapak.

Itu tidak termasuk bayaran permit jualan sementara, sewa khemah, kutipan sampah dan lain-lain belanja pengurusan. Sepatutnya sdra kita dari Utusan Melayu ini mendapatkan maklumat dari pihak Koperasi sebelum menyiarkan berita seperti ini, Pengerusi Koperasi sentiasa berada di Pekan Rabu kerana beliau juga peniaga disini.

Sekiranya caj tambahan tidak dikenakan kepada penyewa tapak Bazar Ramadan tahun ini, ia mungkin tidak patut diadakan bagi mengelakkan Koperasi Pekan Rabu kerugian. Kalau nak diadakan juga siapakah yang mahu menanggung rugi tersebut ?

Bagaimanapun pihak Pengurusan Pekan Rabu akan memutuskan semua perkara berkaitan Bazar Ramadan tahun ini setelah semua borang permohonan tapak dikembalikan pada 30 Julai ini.

Sekian, terima kasih.

Ahmad Zubir bin Mansor
Setiausaha
Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad.

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME

Dari peluru ke kertas undi !

Oleh : Amin Iskandar [ Malaysian Insider ]

(*) Wak mengenali anak muda yg bernama Amin ini sewaktu PRK Bukit Gantang yg lalu. Dari makan-makan, sampai lah borak berborak. Wak senang sekali dgn imej ‘reformis’ saudara Amin ini. Yang tak boleh wak lupa, bila amin bilang sama wak, ‘Wak nak makan apa..wak ? Cakap ajer..aku belanja, betul wak..nanti kalau kau kat ‘dalam’, makan ‘sedap’ kau, itu laa..ikan kembung pecah ‘mulut’, perut terburai.., hahaha..dia gelakkan wak, adeh..! Ada catatan dari Kabul dari Amin, jom layan…

Hampir dua minggu berada di Kabul, Afghanistan. Sudah dua kali berpindah hotel. Akhirnya dapat juga hotel yang sesuai. Hotel yang pertama ASSA II, bekalan elektriknya tidak stabil. Sekejap-sekejap terputus. Terpaksalah berpindah. Tak tahan juga panas tak berkipas apabila bekalan elektrik terpadam. Terpaksalah berpindah ke Hotel Capital Inn.

Disini, bekalan elektriknya stabil. Internetnya laju. Pekerja-pekerjanya peramah. Oleh kerana penulis adalah satu-satunya yang tinggal di hotel yang baru beroperasi itu, layanan seperti raja diberikan.

Masalah di hotel ini, bekalan airnya perlahan. Bayangkanlah, untuk membasahkan seluruh badan, anda memerlukan 30 minit! Itu belum ditambah dengan keseluruhan proses mandi, satu jam paling awal.

Akhirnya dipindahkan ke Golden Star Hotel. Kali ini tak ada apa nak “komplen” kerana diberi “suite”!

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kabul memakan masa yang panjang. Dari KLIA mengambil masa hampir tujuh jam ke Dubai untuk transit sebelum naik pesawat ke Kabul.

Dari Dubai ke Kabul pula, penerbangan memakan masa tiga jam. Dicampur dengan waktu transit, anda memerlukan lima belas jam untuk sampai ke negara ini. Dahulu sekitar tahun 2004 dan 2005 masih belum ada banyak pesawat komersil yang terbang ke Kabul.

Kalau ada pun hanyalah Ariana Airlines dan Pakistan Airlines yang hanya terbang ke Kabul dua tiga hari sekali.

Bagi yang terlibat dengan kerja-kerja kemanusiaan dan kerja-kerja “demokrasi” seperti pemantauan pilihanraya, diberikan kemudahan menggunakan pesawat United Nations Humanitarian Air Service (UNHAS) yang terbang masuk ke Kabul dua tiga kali sehari.

Jika bernasib baik, dapatlah menggunakan pesawat UNHAS yang bersaiz “Boeing” kerana lebih stabil dan terbang dengan jarak biasa pesawat.

Jika menggunakan pesawat yang bersaiz kecil, ianya terbang lebih rendah. Setiap kali merentasi kawasan bukit-bukit yang luas, terbayang imej-imej pejuang Taliban menembak mangsa mereka dengan menggunakan “bazooka” atau “rocket launcher” yang sering dilihat dari CNN atau BBC.

Pesawat UNHAS yang bersaiz kecil ini juga apabila ditiup angin akan bergegar ibarat “nyamuk”. Apabila angin bertiup kearah kiri ia akan bergerak ke kiri, bila angin tiup kearah kanan ia akan turut bergeral kearah kanan.

Setelah empat tahun, Afghanistan telah menjadi lebih maju. Setiap hari terdapat pesawat komersil yang terbang masuk ke Kabul seperti Kam Air, Ariana Airlines dan Safi Air.

Keadaan keselamatan di Afghanistan kini jauh lebih teruk berbanding pada tahun 2004 dan 2005. Regim Taliban yang dijatuhkan apabila Amerika Syarikat dan Tentera Bersekutu mula menceroboh Afghanistan selepas Tragedi 11 September 2001, kini telah menjadi lebih tersusun dan mempunyai “sel” diseluruh negara.

Pilihanraya Presiden yang bakal berlangsung pada 20 Ogos 2009 mempunyai pelbagai cabaran dan rintangan. Menurut seorang aktivis media, Aimal Khan, jika peratusan keluar mengundi rendah, serendah 30 peratus, Taliban dianggap menang kerana berjaya “mensabotaj” pilihanraya presiden tersebut.

Dan jika ini berlaku, keadaan keselamatan akan menjadi lebih parah daripada apa yang berlaku pada hari ini. Yang akan menjadi mangsa jika keadaan sebegini berlaku tidak lain tidak bukan ialah rakyat biasa.

Kota Kabul kini sesak. “Kereta” sudah menjadi lebih banyak daripada jalanraya. Toyota yang paling banyak membuat duit kerana kenderaaan berjenama tersebut kelihatan dimana-mana dan boleh dikatakan 90 peratus daripada kenderaan yang dilihat disini.

Beberapa hari lalu penulis sempat ke sebuah pusat membeli-belah yang dinamakan Roshan. Kelihatan ramai pemuda dan pemudi lalu lalang. Akan tetapi lelaki hanya bersama lelaki begitulah juga bagi anak-anak gadis.

Di Afghanistan, “berdating” diantara pasangan yang berlainan jantina merupakan satu pantang larang besar. Menurut Masoud yang merupakan penterjemah kepada penulis, jika terdapat pasangan lelaki dan perempuan berdua dikedai kopi atau ditaman, dalam beberapa minit sahaja pasti pasangan ini akan didatangi oleh “orang-orang tua”.

“Orang-orang tua” ini akan memarahi pasangan tersebut dan mereka akan dipisahkan dan disuruh pulang kerumah. Kalau tak bernasib baik, yang lelaki akan dibelasah dan perempuan akan ditampar.

Dalam keadaan yang sebegini, lebih selamat bagi pasangan-pasangan sejenis untuk “berdating”.

Kebanyakkan barang-barang yang dijual di Roshan ini datangnya dari China dan Turkey. Jenama-jenama seperti Giorgio Armani, Lacoste, Ralph Lauren dan banyak lagi semuanya ada. Akan tetapi produk-produk ini datang dari China atau Turkey.

Bagi yang gilakan barangan antik, bolehlah ke Chicken Street. Chicken Street menjadi tumpuan utama masyarakat antarabangsa yang tinggal di Afghanistan. Sebutlah apa sahaja yang anda mahu, semuanya ada disini. Cuma “chicken” sahaja yang tidak dijual disini.

Kempen pilihanraya telah pun bermula. Di televisyen sudah boleh dilihat debat dianjurkan bagi calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya presiden yang bakal berlansung tidak lama lagi.

Apabila melihat debat diantara calon presiden dianjurkan dan disiarkan secara “live” didalam televisyen, penulis merasa cemburu.

Jika Afghanistan sebuah negara yang baru sahaja berjinak-jinak dengan pilihanraya boleh menganjurkan debat diantara calon yang bertanding dalam pilihanraya, mengapa tidak Malaysia yang jauh lebih aman dan maju?

Perdebatan yang sihat akan memberikan pengundi peluang untuk melihat sejauh manakah calon-calon yang bertanding dapat mengartikulasikan idea-idea mereka. Selain daripada itu, rakyat juga diberikan peluang untuk bertanyakan sendiri soalan kepada calon-calon yang bertanding.

Ini adalah kerana, setiap rakyat berhak untuk mendapatkan informasi-informasi yang mencukupi sebelum mengundi dalam pilihanraya. Inilah piawaian antarabangsa dalam pilihanraya.

Cuaca disini nyaman tetapi kering. Jika tidak ada losyen badan atau tangan, kulit akan kelihatan seperti “reput”. Rata-rata masyarakat Afghan adalah peramah. Mereka suka kamera dan diambil gambar. Tapi yang paling bagus bertanyalah dahulu sebelum mengambil gambar. Takut-takut ada yang marah pula nanti.

Dalam kehangatan bahang kempen pilihanraya presiden ini, situasi keselamatan semakin tidak menentu. Setiap hari ada sahaja kedengaran berita-berita yang berkaitan dengan pembunuhan, penculikkan dan keganasan.

Posted by ALBANJARI at 8:40 PM 0 comments Links to this post
Oleh : Azamin Amin

 1998
 Sekeping duit RM1 saya gengam kemas di telapak tangan. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang. “Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini…?” kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan lapar dan sengsara.

Maha Suci Allah

 Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata. Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif. “Jika ada duit, adik nak makan apa?” tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.Remove Formatting from selection

 

Roti canai...” jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula. Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.

Tidur untuk menahan lapar

Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi. Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.

“Nah..ambik ni, kami teringat kat Azamin tadi, saja beli nasi goreng nii..lebih,” kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu…hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.

Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah. Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.

Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti ‘Ah Long’, menjadi pengawal keselamatan dan ‘house-keeping’ di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera. Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan ‘kerja’, namun saya tolak kerana menjadi ‘pusher’ dan jual paket-paket ganja, jadi ‘bouncer’ di kelab malam dan upah ‘menarik’ kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita. Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

‘Tak boleh sembahyang Jumaat ?’

Saya bekerja di bahagian ’script processing’ dan ‘data entry’. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari. Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.

“Kenapa baru balik? Pergi mana?” jerkahnya.

“Sembahyang. Hari inikan Jumaat,” saya jelaskan dengan santun.

“Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!”katanya tidak puas hati. Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan ’solat’ di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim ‘bersidai’.

“Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!” kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang. Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya.

Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang “Remiser” mengambil saya berkerja sebagai “Asistant” di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza – bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.

Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.

Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.

“Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat,” ingat mereka kepada saya. Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya…

“Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka.”

Ya, begitulah juga dengan saya…hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.

Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka…Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.

Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia…itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya. Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: “Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu.” 

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena !!

 

2002
Sekitar tahun tersebut, Allah juga pernah ‘menyelamatkan’ saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang. Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan. Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.

 

Dengan hati yang luluh dan pilu, lantas saya mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya. Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya…Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.

Saya bersabar menunggu detik itu…Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :

” Mmm…sedap..!! ”

Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk ‘mencarik-carikkan’ nurani saya. Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena. Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.

Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama ‘universiti terbaik’ hidup kita selama ini. Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.

Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya. Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya (Al-Baqarah: 286)

Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.

Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.

Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara. Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga ‘frust’ dan tewas. Kecewa umpama ‘mati’ sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.

Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, ‘menghidupkan’ saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.

Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.

Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya. Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba. Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang…

Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali). (Al-Baqarah: 155-156).  

Posted by ALBANJARI at 4:15 PM 5 comments Links to this post

Oleh : amdang81

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt…

Mengikut Malaysiakini , GMI akan menugaskan 1000 anggota Unit Amal untuk bertugas ketika himpunan MANSUH ISA. Pada masa yang sama PEKIDA yang merupakan ‘budak suruhan UMNO’ sudah mendapat sokongan Perkasa dan Persatuan Silat Lincah. Perkembangan ini dipercayai akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai pertempuran ISA!.

Hebatnya perhimpunan itu nanti apabila laluan dan tempat berhimpun keduanya adalah berdekatan. Apa yang tidak hebatnya adalah masa perhimpunan terbabit tidak sama. Jika tidak, tentu hebat dan lagi menarik himpunan itu!.

Apa yang menarik perhatian, adalah berapa ramai puak-puak pencacai UMNO dari PEKIDA yang akan datang untuk menyokong ISA yang jelas tidak mengikut syarak. Himpunan-himpunan UMNO biasanya tidak akan sampai 1000 orang jika tidak dikerah dengan T-Shirt percuma, topi percuma, air kotak percuma, nasi bungkus percuma, wang saku beberapa ringgit dan juga beberapa janji-janji lain.

Ini jauh berlainan dengan hasrat dan kesungguhan penentang akta zalim ISA tersebut yang memang sudah maklum tiada apa yang percuma kecuali air dan gas pemedih mata. Jika bernasib lebih baik, dapat pukulan dan sepakan percuma. Itu belum dikira yang dapat makan percuma dalam lokap.

Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan ini yang semakin menarik. Menarik kerana ini himpunan raksasa pertama selepas Najib jadi PM. Himpunan pertama selepas Hishamudin jadi Menteri Dalam Negeri yang sebelum ini ditentang Himpunan Mansuh PPSMI ketika Hisham menjadi Menteri Pendidikan. Ini lebih menarik! Sudah tentu Hishamudin tidak mahu dia sentiasa tidak glamour dengan dibantah dengan himpunan demi himpunan!!

Aku sudah tidak sabar untuk turun ke KL! KL menjeritlahhhh. Mansuhkanlah ISAA!!!

Posted by ALBANJARI at 3:40 PM 1 comments Links to this post
Sms katak (changkat jering) kata,

” dalam keadaan sekarang kami tersepit(waktu itu), jika kami tidak jadi Bebas, PKR dah antor surat perletakkan jawatan sebagai ADUN, maka apa pilihan kami waktu itu. Saya tidak sangka kawan-kawan dalam PKR sanggup buat saya macam ni,pada hal tiada niat pun untuk jadi Bebas menyokong UMNO.Walaupun YB Nizar call saya berkali-kali saya tidak jawab,tidak bermakna saya akan bersama UMNO waktu itu….” dan sepanjang kehilangan kami, kami ada maklumkan pergerakkan kami waktu itu setiap jam pada “orang itu”, dan mengapa “orang itu” tidak jelaskan kepada pimpinan PKR apa tujuan kami..mengapa mengarahkan seseorang untuk mencari surat perletakkan jawatan yang kami tandatangani sewaktu tubuhnya Kerajaan PR. ” saya tidak salahkan” orang itu” dan sayalah yang bersalah kerana amat mempercayai “orang itu”..

 (*) sumber dipetik dari blog perak-kome

Babak akhir sang katak, masuk Umno jugak. Itu di Changkat Jering. Di Behrang pulak, tunggu sikit hari dan masa lagi, ada majlis ‘grand’ isytihar masuk UMNO dan majlis itu akan diadakan di Tg Malim. Jika itu yang diperolehi, rakyat Perak kena banyak sabar untuk mengajar katak2 dan Umno pada PRU13, tak lama dah..!
Posted by ALBANJARI at 3:23 PM 3 comments Links to this post
Oleh albanjari
Beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan disamping para wartawan dan Blogger serta pemimpn masyarakat setempat akan di bawa ke Pelantar minyak dan gas yang dikatakan berada di perairan Kelantan pada 4 Ogos ini. Turut dipelawa menyertai rombongan tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Rombongan yang turut disertai Ahli Parlimen Pembangkang ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Exconya, Dato’ Husam Musa.

Dato’ Husam ketika dihubungi Siasah berkata, tujuan lawatan ini adalah untuk membuktikan bahawa ada pengeluaran minyak dan gas di kawasan pertindihan antara Kelantan dan Thailand.

“Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri apa yang didakwa sebelum ini bahawa Petronas mengeluarkan minyak dan gas dari perairan Kelantan,’ katanya.

Mereka dijangka akan berlepas dari Jeti Pengkalan Kubor dengan Kapal Laut Dalam yang akan mengambil masa hampir 12 jam meredah Laut China Selatan sebelum sampai ke Pelantar minyak tersebut.

Ahli Parlimen Pembangkang yang telah mengesahkan untuk hadir akan diketuai Dato’ Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena), Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian), Khalid Samad (PAS Shah Alam), Dr Mujahid Yusof (PAS Parit Buntar), Saifuddin Nasution (PKR Machang), Abd Aziz Kadir (PKR Ketereh) dan lain-lain akan dimaklumkan kemudian.

Sebelum ini Kerajaan Kelantan telah menghantar surat kepada Petronas dan Kerajaan Pusat menuntut royalti RM1 bilion yang menjadi hak kepada rakyat Negeri Kelantan. Sebagaimana Terengganu dan Sabah, Kerajaan Kelantan juga berhak mendapatkan royalti sebanyak lima peratus dari Petronas.

timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan dalam kenyataannya meminta Petronas menjawab isu ini dalam masa 48 jam namun sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan dari Petronas mengenainya.

Posted by ALBANJARI at 1:30 PM 1 comments Links to this post

Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda.

vilus pada usus kecil
telur/ovum dengan sel korona
sperma di atas telur/ovum
sel kanser paru-paru
sel darah merah
neuron purkinje (lapisan pada otak)
hujung rambut yang pecah
embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)

Sumber diambil dari sini [ link ] – koleksi artikel hangat

Posted by ALBANJARI at 8:40 AM 3 comments Links to this post
Oleh Mamamat

Ada kengkawan tanya teman, wajarkah DUN Perak dibubarkan pada waktu ini? Ini jawapan tulus ikhlas daripada teman. Demi rakyat dan ketuanan rakyat, elokler dibubarkan. Jangan biarkan rakyat menambah dan membuang masa dengan isu-isu parti politik yang langsung tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Rakyat akan akur dan menerima hakikat akan parti mana yang akan mentadbir Perak, UMNO atau PR. Walaupun kemenangan itu mungkin dapat dibuktikan akan tipu helahnya, parti itu tetap diterima rakyat sebagai pemerintah.

Itu jawapan teman sebagai rakyat marhaen. Sebagai petugas kecil PR dalam pilihanraya pula, teman tidak mahu DUN Perak dibubarkan. Teman tidak yakin PR Perak akan menang dalam PRU Perak. Teman yakin PR PAS dan PR PKR akan kehilangan kerusi yang sedia ada. Lubuk Merbau, Alor Pongsu, Changkat Jong dan Kuala Kurau akan kembali kepada UMNO. Usahlah dimimpi untuk merampas mana-mana satu kerusi DUN milik UMNO.

Setiap malam ada sahaja ceramah PR yang bertemakan Mohon Bubarkan DUN Perak. Tetapi yang hadir adalah muka yang sama. Yang hadir sememangnya penyokong tegar PR. Penyokong UMNO masih duduk di rumah bersila simpuh sambil menghirup kopi panas menonton Buletin TV3. Penyokong PR pula berembun berhujan bernyamuk dan berisiko terkena selsema babi di tapak ceramah. Yang untung ialah peniaga. Penceramah hanya berperanan sebagai penghibur untuk satu konsert atas nama parti politik. Penonton gelak ketawa pandang memandang sesama sendiri.

Ternyata PR Perak lesu semenjak rampasan kuasa oleh UMNO. UMNO yang diberitakan masih bermasalah di Perak mungkin kerana pemerintahannya tidak diberkati Allah terus bernasib baik kerana PR Perak telah hilang rentak. PAS, PKR dan DAP tidak senada dan tidak sekata menyusun strategi untuk membuktikan bahawa PR masih relevan di Perak. Jikalau ditanya pimpinan PR, mereka akan kata yang mereka sentiasa sepakat merancang, menyusun dan melaksanakan setiap strategi parti. Tetapi rakyat marhaen terus keliru dan tidak terasa akan kesepakatan ini.

Pimpinan PR di peringkat parlimen atau DUN masih teraba-raba mencari ramuan mujarab mendekati hati pengundi. Mereka sekadar melahirkan keyakinan akan menang ketika bersantai minum teh tarik di kedai kopi. PR hanya bergantung kepada isu-isu nasional sahaja. Lebih menarik apabila isu-isu yang cuba dikupas gagal disempurnakan.

Perbezaan pemeriksaan secara klinikal dan DNA dalam isu liwat DSAI gagal difahami secara mudah. Akhirnya pencerita dan pendengar tidak yakin untuk mengulas isu tersebut kepada isteri dan jiran UMNO. Isu ini cukup besar impaknya, tetapi PR gagal menerangkannya kepada pengundi Melayu. Pengundi UMNOpun sebenarnya bukan paham dengan isu ini, tetapi mereka mempunyai kata keramat untuk mematikan isu ini daripada diperbualkan secara terbuka. Jangan labun mende tu, tak baik …

Dua bulan lepas, teman dihubungi oleh UMNO Kuala Kangsar. UMNO KK mengucapkan selamat hari jadi. Terkedu teman. Tersentuh juga hati kecil teman. Jikalau teman yang menyokong dan mengundi PR pun boleh tersentuh hati, apatah lagi mereka yang baru hendak berjinak dengan PR. Memang nampak akan kesungguhan UMNO KK mengumpulkan maklumat pengundi di Parlimen KK. Mungkin UMNO KK sentiasa mengemaskini datanya. Tetapi PR KK lesu. Tidak pernah PR KK menghubungi teman. Agaknya PR KK terlepas pandang. PR KK membiarkan sahaja pengundinya didampingi oleh UMNO. Maklumlah PR telah cukup kuat di Perak.

Bubar atau tidak, PR Perak sebenarnya masih lemah. PR Perak sebenarnya belum bersedia utk PRU Perak walaupun di mulut penceramah beria-ia mahukan DUN Perak dibubarkan.

Posted by ALBANJARI

Kisah Majnun Yang Tergilakan Laila??

Era Najib Altantuya : Kisah Majnun Yang Tergilakan Laila

 

Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Inilah perasaan yang menimpa pemimpin Umno sekarang apabila sedaya upaya berusaha menjalinkan hubungan dengan PAS.

Sedangkan ia tidak lebih seperti bertepuk sebelah tangan.

“Saya pun tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, macam cerita Majnun pula apabila seorang pengembala kambing berhajat untuk mengahwini anak raja.

“Macam-macam kerenah yang dibuat oleh Majnun sehingga pada suatu hari dia duduk seorang diri di bawah pokok sementara menunggu kambing sedang makan rumput, Majnun bercakap seorang diri.

“Apabila kawan dia tanya kamu bercakap dengan siapa, lalu Majnun menjawab, saya sedang bercakap Laila, seorang anak raja.

“Macamana seorang pengembala kambing mahu mengahwini anak raja. Mahu tidak mahu dia menulis nama Laila atas pasir. Dia tulis nama Laila lalu dia baca sendiri berulang kali.

“Kawan dia bertanya lagi, kamu bercakap dengan siapa, lalu dia jawab lagi dengan Laila. Mana Laila, kawan dia tanya, ini Majnun menunjukkan nama Laila yang dia tulis di atas pasir,” katanya Menteri Besar Kelantan ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Sebelum ini pemimpin Umno beriya-iya benar mahu mengadakan kerjasama dengan PAS kononnya untuk perpaduan orang Melayu.

Impian itu dicetus semula pemimpin Umno ekoran kenyataan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta kerajaan pusat memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri dan melupakan sengketa politik.

Ekoran itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Umno akan membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini.

Sebelum ini Umno amat mengharapkan perpaduan Umno dan PAS dijalin semula selepas idea kerajaan perpaduan yang dicetus ditarik balik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, apa yang berlaku terhadap Umno sekarang hampir serupa kisah dengan Majnun yang tetap berkeras mahu berkahwin dengan anak raja.

“Walaupun dia tak dapat kahwin dengan anak raja, tetapi sekurang-kurangnya dia boleh menulis nama Laila dan bercakap dengan Laila seorang diri,” katanya.

Beliau juga mempertikaikan laporan akhbar mengenai isu tersebut kerana apa yang disentuhnya sebelum ini hanya berkaitan hubungan kerajaan negeri dan pusat, bukan berkaitan parti.

Katanya akhbar menyebut mengenai perkara itu, namun beliau tidak tahu menahu pun tentang perkara tersebut.

“Sepatutnya perkara yang melibatkan saya kena tanya saya dulu. Orang lain tidak ada hak untuk menjadi jurubahasa kepada saya.

“Saya tidak pernah sebut lupakan perkataan sengketa lama. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu sebagaimana yang disiarkan sebuah akhbar harian baru-baru ini.

“Tuan-tuan boleh check balik semula record pertemuan antara saya dengan Dato’ Mustapa Mohamed di Kuala Lumpur sempena Fiesta Kelantan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat baru-baru ini,” ujarnya. -harakahdaily

 

Artikel Penuh

 

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

BERGUNAKAH: 

 

Posted by greenboc 0 comments

Nuffnang Ads
27,Jul
Era Najib Altantuya : UMNO Nak Tawan Kelantan Hanya Omong Kosong

 

Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas Negeri, Abdul Fatah Harun menyifatkan impian UMNO untuk menawan semula Ke-lantan sebagai satu omongan kosong.

Sebaliknya Abdul Fatah berkata, sebelum berhasrat untuk menawan semula negeri ini daripada Pas, parti itu terlebih dahulu perlu memulihkan imejnya.

“Saya akui kemenangan Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai baru-baru ini adalah disebabkan kelemahan UMNO selain kekuatan yang ada pada Pas sendiri.

“Bagaimana pun, Pas tidak berbangga kemenangan dalam satu-satu pilihan raya kerana kelemahan parti lawan. Tetapi kita lebih berbangga kerana kekuatan kita sendiri,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Abdul Fatah yang juga Ahli Dewan Undangan Ne-geri Bukit Tuku berkata, dasar Pas tidak akan mengambil kesempatan di sebalik kelemahan parti lain untuk menang dalam satu-satu pilihan raya.

“Sebab itu Pas sentiasa membaiki kelemahan dan memantapkan jentera parti untuk mengukuhkan sokongan rakyat terhadap perjuangan parti dalam membuat ‘postmortem’ selepas pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed bahawa parti itu yakin dapat mengambil alih Kelantan daripada Pas pada pilihan raya akan datang.

Mustapa dilaporkan berkata, UMNO Kelantan akan mengatur dua strategi dalam usaha menawan dan ‘menembusi’ Kelantan dari kekangan Pas yang memerintah hampir 15 tahun.

Menurut Mustapa, strategi itu membabitkan usaha untuk meningkatkan semangat ahli-ahli UMNO selain memperkemaskan pengurusan parti.

“Kelantan boleh ditembusi sekiranya semangat dan daya juang ahli-ahli UMNO ditingkatkan semaksimum mungkin. Pejuang parti tulen mempunyai semangat berbeza dengan orang Pas dan saya menunggu saat itu.

“Jentera-jentera parti perlu memulakan gerak kerja mulai sekarang dan Manek Urai adalah contoh untuk kita semua,” katanya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, usaha untuk mencapai kemenangan itu juga memerlukan pengurusan yang cekap dan semangat serta daya juang ahli-ahli UMNO perlu ditingkatkan semaksimum mungkin.

“Ini termasuk mendisiplinkan diri, menepati masa, melakukan sesuatu perkara dengan teliti dan teratur serta melaksanakan tugas tanpa menunggu arahan,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai bedah siasat untuk mengkaji kemenangan tipis Pas pada pilihan raya kecil Manik Urai 14 Julai lepas, Abdul Fatah berkata, ketika ini Badan Perhubungan Pas Negeri sedang membentuk Jawatankuasa Khas Bedah Siasat yang akan dipengerusikan oleh bukan anggota jentera parti yang terlibat dalam pilihan raya.

“Ini perlu kerana kita hanya akan dapat menilai diri oleh mereka yang berada di luar jentera parti dan biasanya kita sebagai jentera tidak akan nampak kelemahan diri sendiri kecuali orang luar,” katanya.

Menurutnya, setiap kelemahan yang dikenal pasti nanti akan diperbaiki bagi memastikan Pas terus kuat dan mendapat kepercayaan rakyat di Kelantan.

“Kita akan baiki kelemahan yang ada agar Pas benar-benar menjadi sebuah parti yang kuat dan dapat membela rakyat,” katanya. -SH

 


Artikel Penuh

 

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

BERGUNAKAH: 

 

Posted by greenboc 0 comments

Era Najib Altantuya : Rakyat Kelantan Perlu Demo Tuntut Royalti

 

Rakyat Kelantan perlu bersedia untuk berarak dan mengadakan demonstrasi secara aman bagi menyuarakan tidak kepuasan hati sehingga kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) membayar royaltyi minyak kepada negeri berkenaan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, perkara ini perlu dilaksanakan kerana kerajaan BN perlu dihukum kerana berdiam diri dan segaja tidak mahu rakyat Kelantan mendapat hak mereka iaitu RM1 bilion bagi royalty minyak.

“Rakyat Kelantan mesti bersuara dalam hal berkenaan. Tidak memadai hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa yang bersuara.

“Kita sepatutnya mendesak bayaran wang tertunggak itu dibuat dalam masa terdekat. Ia membolehkan Kerajaan Kelantan meneruskan pembangunan membasmi kemiskinan di negeri ini. Ketua UMNO Kelantan, Datuk Mustapha Mohammad sepatutnya menyokong pembayaran wang tunai ini, dan lebih mementingkan soal kebajikan negeri berbanding politik,”katanya.

Zaid berkata, dari segi undang-undang hak Kelantan jelas dalam perjanjian yang ditandatangani oleh wakil Petronas Tengku Razaleigh dan Menteri Besar Kelantan, Mohd Nasir pada 1975.

Tengku Razaleigh sendiri telah menyatakan perkara ini jelas dan Kelantan sepatutnya dibayar wang dari hasil minyak berkenaan.

“Hanya BN dan penasihat mereka yang tidak bermaruah yang masih mahu menidakkan perkara yang benar.

“Agaknya BN sanggup berbuat demikian kerana mereka tahu memadailah jambatan RM 7 juta dijanjikan atau RM1 ribu diberi kepada pengundi-pengundi terpilih,”katanya.

 

Artikel Penuh

 

1 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

BERGUNAKAH: 

 

Posted by greenboc 1 comments

Era Najib Altantuya – UMNO Oh UMNO, Mungkin Mati Itu Lebih Baik Bagimu Dari Hidup

 

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam kenyataannya pagi ini dengan tegas menafikan bahawa beliau menyebut soal perpaduan antara Umno dan PAS.

Tok Guru mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS.

“Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun, kejadian ini menunjukkan sikap ‘desperado’ Umno yang gilakan PAS.

“Saya bercakap pasal kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri seperti semangat Federalisme bukan pasal antara parti,” kata Tok Guru di pejabatnya, Kota Darulnaim.

Katanya lagi, yang duduk cakap pasal parti ialah Mustapha Mohamed (Dato’) sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah Hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Sehubungan itu Tok Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media massa beberapa hari lalu dan menganggapnya sebagai satu lagi “Projek Barisan Nasional”.

Sekarang Umno terdesak gagal membezakan antara kerjasama kerajaan dan parti
Sementara di Padang Majlis Daerah Kuala Krai, di Laloh, Anggota parlimen Machang, Saufuddin Nasution Ismail berkata, pemimpin Umno sekarang sudah benar-benar terdesak apabila gagal membezakan kerjasama di antara kerajaan dan parti.

“Apabila sahaja disebut perkataan kerjasama cepat-cepat mereka melihat dalam konteks parti di antara Umno dan PAS.

“Sedangkan apa yang disebut Menteri Besar sebelum ini kerjasama di antara kerajaan negeri dan pusat selepas banyak hak-hak negeri cuba dinafikan kerajaan persekutuan,” katanya pada ceramah sempena kesyukuran kemenangan PAS di Laloh, malam semalam.

Program tersebut diadakan selepas PAS berjaya mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil yang diadakan 14 Julai lalu.

Hadir sama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah.

 


Artikel Penuh

 

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

BERGUNAKAH: 

 

Posted by greenboc 0 comments

Era Najib Altantuya : Melepaskan Ibrahim Ali Tersepit

 

Ibarat membebaskan Ibrahim Ali tersepit”. Itulah peribahasa baharu yang diperkenalkan untuk anggota Parlimen Pasir Mas itu.

Ia adalah kemuncak kepada kemarahan para penyokong Pakatan Rakyat kepada beliau ekoran kenyataan dan tindakan beliau sejak akhir-akhir ini.

Yang terbaru ugutan beliau terhadap para penyokong perhimpunan besar-besaran mansuhkan ISA Ogos 1 ini. Ibrahim memberi amaran, “batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa.”

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengumumkan perancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi Mansuhkan ISA pada Ogos 1, 2009 nanti di ibu kota Kuala Lumpur.

Demonstrasi ini antara lain bertujuan untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agung bagi memohon campurtangan dalam usaha memansuhkan akta tersebut.

Setakat ini GMI telah mendapat sokongan dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti politik, kesemuanya parti politik pembangkang, kecuali kesediaan mengejutkan yang disuarakan oleh Pemuda Gerakan, salah sebuah komponen parti pemerintah BN.

Presiden Pertubuhan Perkasa Pribumi Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, yang juga bekas tahanan ISA telah keluar dengan kenyataan kata duanya kepada GMI, batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa.

Mengulas isu ini, Rizan Haji Ali, Setiausaha PKR Bera, menyifatkan tindak-tanduk Ibrahim Ali ini tidak lebih sekadar melontar idea songsang dalam usaha mencari populariti untuk dirinya sendiri.

Kebelakangan inipun, tambah Rizan, Ibrahim Ali cuba kembali mewarnai persada politik negara dengan seringkali “secara gedebenya” mengeluarkan kenyataan-kenyataan keras, yang secara jelas kuat berbau perkauman, dengan niat yang sama, mencari populariti.

Maka, menurut Rizan, tidaklah menghairankan bila kebelakangan ini juga Ibrahim Ali kerap diberi ruang oleh akhbar Utusan Malaysia, akhbar yang diketahui umum mempunyai kepentingan Umno.

Bagi Rizan betullah peribahasa baharu yang selama ini didengarnya, “ibarat melepaskan Ibrahim Ali tersepit.” Beliau ternyata dalam keadaan tersepit sekarang kerana sudah lelah menjadi Ahli Parlimen Bebas, terus memasuki Umno bermakna beliau akan disahkan sebagai “katak” tersohor, sementara kalau berpaling kepada Pakatan Rakyat, seperti menjilat dan menelan kembali kahaknya.

Tindakan dan suara-suara dari Ibrahim Ali kebelakangan ini termasuklah tentangannya terhadap rancangan demonstrasi oleh GMI, ulas Rizan lagi, dilihat seumpama langgam “ayat mengorat” Ibrahim Ali supaya beliau sekali lagi dilepaskan Umno dari kedudukan tersepitnya kini. Soalnya apakah Umno akan tergoda kali kedua?

Rizan bersyukur kerana selepas menang sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya umum yang lepas, Ibrahim Ali tidak mengambil keputusan menyertai PAS atau PKR, kerana dengan latar belakang terkenal Ibrahim Ali dari hal lompat-melompat parti memungkinkan untuk beliau menjaja jawatan Ahli Parlimen Pakatan Rakyatnya dalam “political barter trade.”

Jika ini berlaku, jelas Rizan ia sudah tentu memalukan Pakatan Rakyat, kerana Pakatan Rakyat akan dilihat sebagai tidak belajar dari sejarah dan lupa peribahasa “melepaskan Ibrahim Ali tersepit.” -Zukri Aksah

 

Artikel Penuh

 

2 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

BERGUNAKAH: 

 

Posted by greenboc 2 comments

Era Najib Altantuya : UMNO Terpaksa Mainkan Semula Isu Kerajaan Perpaduan

 

Di dalam keadaan yang amat terdesak UMNO kini terpaksa memainkan isu kerajaan perpaduan yang telah dikuburkan.

Pertemuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Hj Nik Aziz Nik Mat bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed pada majlis prapelancaran program Kelantan Fiesta 2009 telah dijadikan titik tolak untuk UMNO mengambil kesempatan sekalipun yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz amat jauh berbeza dengan apa yang cuba disorak-soraikan oleh pemimpin UMNO.

Menurut TG Nik Aziz, PAS sedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Tiada sama sekali di dalam ucapan itu untuk mewujudkan persefahaman dengan parti UMNO kerana menurut TG Nik Aziz program berkenaan sepatutnya menjadi titik tolak untuk kedua-dua parti berkongsi anugerah Allah yang selama ini dibloloti oleh Kerajaan Pusat dengan mengkesampingkan kerajaan negeri.

“Bagaimanapun, ini adalah satu titik tolak bagi kedua-dua pihak (PAS dan Umno) dalam berkongsi anugerah Allah,” katanya.

Nik Abdul Aziz juga berkata:”Saya dari gerakan Islam, tak musuh dengan individu, tak musuh dengan orang tertentu. Kita bermusuh dari segi ideologi, fahaman dan akidah sahaja.”

Tiba-tiba Timbalan Presiden UMNO melompat keriangan dan Bernama melaporkan langkah awal yang akan diambil untuk mengadakan pertemuan serius dengan pemimpin PAS ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat ini.

Pemerhati politik melihat kenyataan Muhyiddin tersebut sebagai satu taktik manipulasi Muhyiddin terhadap sikap dan kenyataan TG Nik Aziz dan juga merupakan langkah UMNO BN yang kini telah terpukul dengan isu kemasukan bekas-bekas pemimpin mereka ke dalam Pakatan Rakyat.

Minggu lalu, bekas pemimpin MCA, DAtuk Dr Chua Jui Meng dan bekas pemimpin MIC, Datuk SS Subramaniam telah menyertai PKR.

Hal tersebut telah menyebabkan UMNO dan BN berada di dalam keadaan yang terlalu terdesak untuk memainkan apa saja isu bagi memulihkan nafasnya yang kian sesak.

 


Artikel Penuh

 

2 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

BERGUNAKAH: 

 

Posted by greenboc 2 comments

Era Najib Altantuya : MCA Hadapi Kemelut, BN Bakal Berkecai

 

Setelah menghadapi kekalahan teruk di dalam PRU 12 yang lalu, Barisan Nasional kini sedang di dalam keadaan yang tidak tentu hala dengan parti-parti komponennya mehadapi kemelut yang tidak berkesudahan.

Salah seorang bekas pemimpin kanan MCA telah bertindak meninggalkan parti iaitu Datuk Rd Chua Jui Meng yang telah menyeberang ke PKR minggu lalu.

Kini Datuk Dr Chua Soi Lek yang pernah mengugut MCA untuk menyertai DAP telah meminta kepada presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat supaya memberi peluang kepadanya untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai timbalan presiden parti itu.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata rakyat sebenarnya sudah bosan dengan perpecahan yang berlaku dalam parti itu dan pemimpin parti perlu bekerjasama antara satu sama lain bagi memperkukuhkan parti, lapor Bernama.

“Saya rayu supaya diberi peluang,” kata Dr Chua, yang juga Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN), pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dengan BN Bukit Gelugor di sini, Ahad.

Selain itu, beliau juga meminta Ong agar tidak berterusan menimbullkan suasana tegang dalam parti dengan mendakwa ada pihak cuba menjatuhkannya.

Dr Chua berkata Menteri Pengangkutan itu sepatutnya memfokuskan kepada usaha mengukuhkan parti dan tanggungjawabnya sebagai menteri.

“Tetapi sampai sekarang beliau asyik bercakap yang ada orang cuba menjatuhkannya dan ini membuatkan keadaan dalam parti tegang,” katanya.

Katanya Ong juga mendakwa ada kumpulan tertentu dalam MCA yang menentangnya dan sanggup menggunakan wang untuk mengulingkan beliau.

“Sehingga kini saya tidak dapat kesan kumpulan tersebut (anti Ong) dan sebenarnya dalam parti juga ada kumpulan menentang saya kerana saya dikatakan ahli politik ‘kitar semula'” katanya yang berharap dapat berbincang dengan Ong bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

Sementara itu, Dr Chua berkata Ong sepatutnya membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau diugut bunuh oleh kumpulan tertentu ekoran isu mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

“Kalau betul apa yang diperkatakannya itu, beliau harus membuat laporan polis atau memaklumkan kepada Kabinet dan saya pasti beliau akan dibantu,” katanya.

 

Artikel Penuh

 

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Sivanesan Akan Mendakwa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak

YB Sivanesan (ADUN Sungkai) akan menfailkan kes di mahkamah kerana beberapa orang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak telah dipecat. Kes akan difaikan pada 28 Julai 2009, jam 10.00 pagi di Mahkamah Tinggi Ipoh. Sidang media akan diadakan selepas itu di bangunan mahkamah.
Posted by speakforperak at 00:57 0 comments

Ceramah Politik anjuran PAS di Teluk Intan
Tarikh : 30 Julai 2009 (Khamis)
Masa : 9 pm
Tempat : Markas PAS Cawangan Kampung Bahagia, Teluk Intan
Penceramah :
 
Ustaz Abu Bakar Husain
YB Taib Azamudden
YB Chang Li Kang
YB V.Sivakumar
Posted by speakforperak at 00:28 0 comments

Isnin, 2009 Julai 27

Setinggan Ara Payung, Batu Gajah wujud lebih daripada 40 tahun. Banyak janji-janji kosong telah ditaburkan kepada penduduk Ara Payung setiap kali hampirnya pilihanraya umum. Tetapi, masalah ini tidak dapat diselesaikan lagi. Selepas pilihanraya umum yang lepas pada 8 Mac 2008. Penduduk-penduduk Ara Payung telah menghubungi YB V.Sivakumar untuk membantu menyelesaikan masalah setinggan ini. YB V.Sivakumar telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan Jawatankuasa Penduduk Ara Payung dan pegawai-pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Kinta berhubung dengan perkara ini. Pada 23 Julai 2009, Pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah dan Daerah Kinta telah mengadakan mesyuarat dengan penduduk-penduduk setinggan Ara Payung dan menyemak senarai nama penghuni-penghuni setinggan yang terlibat. Hampir semua kerja-kerja awal telah dilaksanakan. Boleh dikatakan 90% kerja telah selesai termasuk melukis plan lokasi dan susun atur. Pejabat Tanah dan Daerah hanya perlu mengeluarkan geran kepada 38 keluarga yang terlibat. Turut hadir pada mesyuarat itu ialah YB V.Sivakumar dan YB Chang Li Kang (ADUN Teja)
Posted by speakforperak

YB Zailah dan Wacana Dunia Tanpa Suami.

Sebak, sedih dan pilu , itulah tiga patah perkataan yang amat sesuai digunakan untuk menerangkan betapa beratnya perasaan ini untuk berkongsi kisah peribadi sebagai mangsa ISA.Setiap mangsa mempunyai kisah peribadi yang tersendiri . Jika nak dibandingkan dengan mangsa ISA yang lain, kisahku tidaklah sedih sangat kerana aku hanya membesarkan seorang anak lelaki dan secara kebetulan mempunyai kerjaya sendiri. Tapi bagaimana ceritanya dengan mangsa ISA yang mempunyai anak ramai melebihi 5 orang, kerjaya utama hanya sebagai surirumah sepenuh masa. Bayangkan, betapa sakitnya kepala memikirkan perbelanjaan harian untuk anak-anak yang sedang membesar…..

Kini, tahun 2009, 90 peratus tahanan ISA telah dibebaskan dan kembali kepangkuan keluarga masing-masing . Hanya tinggal aku dan 4 keluarga lain yang masih terpaksa berulang alik ke Kem Kamunting…..Dan kini…tinggal aku seorang saja yang masih setia bercerita kisah zalim akta tahan tanpa bicara ini….

Walaupun telah berpuluh , mungkin beratus kali bercerita kisah yang sama, namun setiap kali berkongsi, aku tetap merasa sebak dan hampir-hampir menitiskan airmata. Sebaik saja meninggalkan pembesar suara, ku perhatikan ramai Muslimat yang menyapu air jernih yang mengalir dari lubuk mata masing-masing….. (YB Zailah , Puan Aliza dan Merahhitam)

Dihari yang sama , sebelah petangnya, aku dijemput menjadi salah seorang panelis wacana Dunia Tanpa Suami (DTS) yang diadakan di UIA, Gombak.Para peserta wacana terdiri dari ibu tunggal dan wanita yang belum berumah tangga.

Hajjah Roslia dari Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia(JIM) menjadi moderator wacana DTS. Saya mewakili GMI, saudari Salina Ibrahim dari Karang Kraf dan Puan Nursafina mewakili persatuan ibu tunggal.

(Salina , Merahhitam dan Roha , Penerbit program wacana DTS)

Aku bersyukur dan amat gembira sekali kerana diberi peluang untuk muncul dalam wacana yang berbentuk “talk Show” bersama wanita tanpa suami ini. Aku sering merasa rendah diri dengan gelaran “isteri tahanan ISA” kerana di Malaysia ini, tidak ramai yang dijadikan mangsanya.Namun, ku lawan jua perasaan itu dari terus membunuh keyakinan dalam diri ini dan aku berpegang pada falsafah bahawa Abah Suhaib tidak bersalah kerana idak pernah dibuktikan di Mahkamah dan aku akan membantu beliau membersihkan namanya yang sedang dicalarkan oleh penguasa ISA.

Cantek, manis, muda dan bergaya….. itu yang dapat ku simpulkan ketika bertemu wanita-wanita tersebut yang telah ditakdirkan bercerai denan suami masing-masing.Dimanakah silapnya hingga mereka itu ditinggalkan atau terpaksa meninggalkan pasangan masing-masing?
Itulah satu soalan yang kupendam sendiri dan masih belum bertemu jawapannya hingga sekarang….
Samalah dengan mereka. Masing-masing bertanya, kenapa Abah Suhaib@suamiku masih terus menerus ditahan dibawah ISA sedangkan tahanan lain telah lama dipulangkan kepangkuankeluarga masing-masing……Aku juga tidak dapat menjawab soalan tersebut…..
Dicatat oleh Merah Hitam di 09:34 0 ulasan  

Ahad, 2009 Julai 26

Mengikut fakta mengenai ISA, tahanan biasanya akan diseksa dan didera dengan teruk dari hari pertama penahanan hingga hari ke 60 dalam seksyen 73 dimana ketika ini, polis berpakaian biasa@ pegawai penyiasat diberi kuasa penuh untuk melakukan apa saja kepada mangsa demi “mendapatkan maklumat”.

Selepas 60 hari, tahanan biasanya dihantar ke Kem Kamunting untuk ditahan selama dua tahun .Ketika ini, tahanan biasanya tidak didera secara fizikal tetapi didera secara spiritual kerana dipisahkan dalam jangkamasa yang lama dari isteri, anak-anak dan kaum keluarga.

Isterilah yang paling terdera kerana mereka terpaksa mencari rezki untuk membesarkan anak-anak dan dimasa yang sama terpaksa berulang-alik ke Kem Kamunting untuk melawat suami.Isteri juga tidak lepas dari pemantauan polis cawangan khas@SB. Majoriti tahanan ISA yang waras, tidak akan tergamak mengatakan”ISA itu baik ” untuk dirinya mahupun untuk sesiapa saja. Sebab itu saya pelik, bagaimana Ibrahim Ali boleh mengataka ISA itu baik dan wajib dipertahankan?Lupakah beliau pada kesusahan isteri dan anak-anak ketika beliau ditahan dibawah ISA dulu? Manusia jenis apakah Ibrahim ini????

Saya bersama teman-teman GMI bertemu wakil PEWARIS pada awal tahun ini kerana ingin mempelawa mereka berdebat tentang tajuk “ISA HALAL atau HARAM”. Pertemuan selama 30 minit itu membuatkan kami rasa ingin menamatkan perbualan dengan segera kerana ternyata mereka tidak punya maklumat yang benar mengenai ISA samada dari sudut konvensional , mahupun dari sudut Islam.
Mereka memang jelas dipergunakan oleh UMNO. Akhirnya saya menghadiahkan buku “20 dalil ISA HARAM DARI PANDANGAN ISLAM” tulisan YB Saari Sungib kepada salah seorang dari mereka.
Himpunan Aman MANSUH 1 Ogos telah dirancang sejak akhir tahun 2008.Mobilsasi telah dibuat dua bulan lebih awal. Tiba-tiba, kurang dua minggu dari tarikh yang sama, PEWARIS dan beberapa NGO lain juga sibuk nak mengadakan himpunan yang sama tetapi menggunakan slogan “YES to ISA”. GMI ajak debat, mereka tdak beranai bersemuka tetapi kenapa bila GMI buat himpunan MANSUH, mereka sibuk pula buat himpunan untuk menyelamatkan ISA????
Siapa sebenarnya mereka ini????
Dicatat oleh Merah Hitam di 08:47 11 ulasan  
“ISA telah menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira batas kaum dan agama.Namun, orang Melayu masih ramai yang bersikap menyokong ISA kerana kononnya akta itu membela orang Melayu dan umat Islam. Orang Melayu telah diberi gambaran dan maklumat yang salah mengenai akta yang telah digunakan untuk menahan tanpa bicara lebih 17 ribu rakyat Malaysia.Inilah masanya rakyat menunjukkan sikap bahawa mereka semua bencikan akta yang digunakanuntuk menjaga survival pemimpin parti berkuasa ketika ini” kata Hj Mat Sabu.

“Saya telah dilantik sebagai Komandan Himpunan Aman MANSUH pada 1 Ogos di K.L nanti.Semua peserta mesti datang berpakaian warna Merah dan Hitam. Kita menjemput semua rakyat Malaysia untuk menghadiri perhimpuan membantah ISA itu tak kira mereka ahli UMNO, MCA atau MIC.” demikian ditegaskan oleh YB Salahudin Ayubi dalam satu ceramah umum di Markaz Tarbiyah Taman Melewar malam tadi.
Dicatat oleh Merah Hitam di 08:06 1 ulasan  

Jumaat, 2009 Julai 24

Isu tahanan 8 Tahun-ISA disebut di laporan Hak Asasi SUARAM 2008. Sekali lagi, profail Abah Suhaib telah di pilih untuk dijadikan tontonan umum bahawa ada tahanan yang telah di kurung lebih 7 tahun tanpa sebarang perbicaraan.

Aku dan Puan Tamil Selwee telah di pilih untuk berkongsi testimoni sebagai mangsa terhadap pencabulan hak asasi yang serious di Malaysia. Aku mewakili Abah Suhaib yang telah dikurung tanpa bicara di Kem Kamunting manakala Puan Selwee bercakap mewakili anaknya, Ulaganatahan ,yan meninggal dunia 6 tahun lalu ketika dalam siasatan polis. Dari kiri, Puan Tamil Selwee, anak beliau meninggal dunia dalam tahanan Polis, Merahhitam, Khai Loon (Pengerusi majlis) A.Arumugam dan John Liu dari SUARAM.

Hampirseratus orang tetamu yang hadir.

Inilah buku SUARAM Human Rights Report 2008 yang baru dilancarkan.
Dicatat oleh Merah Hitam di 11:32 0 ulasan  

Khamis, 2009 Julai 23

Walaupun cuma dua hari aku berada di Pahang untuk menghabiskan siri roadshow MANSUH, rasanya macam dah dua minggu aku meninggalkan Tuait, anak bujang yang sorang itu. Walaupun berjauhan, kami tetap dapat bersms dan sekali dua bercakap di telefon. Sekadar bertanya, dia sudah makan atau belum dan memastikan beliau tidak bangun lambat keesokan harinya. Baru dua hari berjauhan dari Suhaib , aku terasa “miss’ dengannya, bagaimana pula perasaan Abah Suhaib yang bertahun-tahun terpisah dari anak tunggalnya…Bagaimana Abah mengubat kerinduannya terhadap satu-satunya zuriat yang beliau ada ya?…. Oh Tuhan…. tak sanggup aku meletakkan diriku ditempat Abah Suhaib…..

Sekembalinya aku dari Geneva, semangat untuk berkongsi pengalaman sebagai mangsa ISA amat membara dan Alhamdulillah, Ust Suhaimi, Ketua Pemuda PAS Pahang telah berusaha mencipta ruang dan peluang untukku merialisasikan impian itu.

Kuantan dan Jengka adalah destinasi terakhir ceramah di luar kota yang aku hadiri untuk memberitahu rakyat tentang akta tahan tanpa bicara ISA. Dari pengamatanku, jika program anti-ISA ini dijadikan ukuran untuk melihat kekuatan pembangkang di Pahang, tidak mustahil di PRU 13 nanti, PR akan dapat merampas Pahang dari BN…. InsyaAllah.

Semua aktivis Pahang, kita jumpa di K.L 1 ogos nanti ya.

Anak-anak Ust Suhaimi iaitu Aiman, Adeeb, Arif dan Amirah.
Aku bersama Pemuda PAS Balok, Kuantan Pahang.

Aktivis PAS Jengka bergaya dengan headband MANSUH ISA!!!

Muslimat Jengka menitiskan airmata ketika melihat persembahan slide “Dunia Tanpa Suami 2.

Hujan lebat tidak melemahkan semangat penduduk Jengka untuk melihat persembahan powerpoint anti-ISA dan ceramah tentang akta zalim itu.
Dicatat oleh Merah Hitam

Cerita pasal Nordin Md Top “tukang bom”

Nordin Md Top rakyat Malaysia yang disyakki stratejis pengeboman Jemaah Islamiah (JI) dan dituduh bertanggungjawab dalam pengeboman dua hotel mewah di Jakarta pada 17 Julai 2009, JW Marriot dan Ritz-Carlton kini terpampang poster-poster gambarnya diseluruh Indonesia.

Selama beberapa tahun dulu seorang lagi rakyat Malaysia bernama Azahari dituduh sebagai tukang bom JI hinggalah Azahari ditembak mati pada tahun lepas.

Sebanyak 302 insiden pengeboman besar dan kecil diseluruh Indonesia dikaitkan dengan Allahyarham Azahari. Kini dah tak boleh tuduh Allahyarham Azahari dituduh pula seorang lagi rakyat Malaysia, Nordin Md Top. Bermacam cerita-cerita yang aneh yang disebarkan pihak berkuasa Indonesia tentang Allahyarham Azahari dan Nordin Md Top.

Kedua-duanya adalah dari kalangan orang-orang terpelajar. Allahyarham Azahari bekas pensyarah universiti sementara Nordin Md Top yang sedang diburu sekarang ini adalah seorang akauntan.

Maka kawan saya di Jakarta berbual-bual dengan orang-orang Indonesia di Jakarta. Dikemukakan soalan kenapa dulu polis Indonesia ambil begitu lama untuk mengesan dan membunuh Allahyarham Azahari. Adakah kerana menuduh rakyat Malaysia itu sesuatu yang “convenient” sebab mudah diterima oleh rakyat Indonesia yang rata-rata minda mereka telah diracuni secara berterusan dengan propaganda anti Malaysia.

Sekarang ini pula pihak polis Indonesia telah umumkan mereka sebenarnya tahu di mana Nordin Md Top berada. Menurut polis Indonesia mereka tahu Nordin Md Top tinggal di kawasan bernama Cilacap di Jakarta. Nordin dipercayai antara beberapa rakyat Malaysia yang memimpin Jemaah Islamiah dan merupakan golongan yang mengatur dan merancang kegiatan pengeboman JI. 

Kalau ada beberapa orang rakyat Malaysia yang memimpin unit pengeboman di JI, bermaknanya bila Nordin Md Top berjaya ditangkap atau dibunuh, akan ada lagi rakyat Malaysia yang boleh dituduh melakukan keganasan di Indonesia. Kalau kata pihak berkuasa Indonesia pandai dan cerdik secara jahat – marah pulak.

Selama beberapa tahun pihak berkuasa Indonesia telah mengumumkan mereka tahu di mana Allahyarham Azahari berada, dan setelah hampir 300 peristiwa pengeboman kecilan dan besaran dikaitkan dengan Allahyarham Azahari barulah Allahyarham Azahari ditembak mati. Sekarang nampaknya senario yang sama akan diapplikasikan untuk Nordin Md Top. Yang penting adalah memberi gambaran memang Indonesia punyai “Islamic terrorists” pemimpin-pemimpin terrorists di Indonesia adalah rakyat Malaysia. Bijak. Tapi bijak secara jahat pihak berkuasa Indonesia ni.

Maka kalau polis Indonesia dah tahu jejak dan gerak geri Nordin Md Top kenapa tidak ditangkap, bertanya kawan saya. Setiap kali berlaku pengeboman di Indonesia termasuk pengeboman di Bali akan cepat dituduh Jemaah Islamiah (JI) yang bertanggungjawab, dan hampir kesemuanya dikaitkan dengan rakyat Malaysia sebagai mastermindnya. Mungkinkah motif pihak berkuasa Indonesia adalah untuk sentiasa menuding jari ke arah Malaysia dengan niat memburukkan imej Malaysia setiap kali peristiwa pengeboman berlaku.

Jawab reporter dengan salah sebuah setesyen TV di Jakarta, pihak berkuasa Indonesia tidak punyai motif sedmikian, hanya punyai sangkaan baik terhadap Malaysia.

Soalannya kalau dah tahu Nordin Md Top tinggal di Cilacap kenapa tidak ditangkap? Bertanya kawan saya lagi.

Jawab reporter  yang bekerja dengan sebuah setesyen TV Jakarta itu, strateji pihak berkuasa Indonesia adalah menangkap dulu pengikut-pengikut JI yang menjalankan pengeboman itu. Bila kuncu-kuncu dah hampir kesemuanya ditangkap, barulah diburu dan dibunuh bossnya yang datang dari Malaysia.  Oh I see, sahut kawan saya dengan ketawa. Kalau betul, memanglah pelik dan bodoh serta banggang strateji yang digunakan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Sementara itu pihak polis dan pihak berkuasa Indonesia yang lain telah menyebarkan cerita-cerita karut berbau syirik tentang Nordin Md Top. Kononnya amat susah dulunya hendak menangkap Allahyarham Azahari dan sekarang ini untuk menangkap Nordin Md Top kerana menurut pihak berkuasa Indonesia kedua-duanya rakyat Malaysia ini pakai bermacam ilmu dan tangkal. Kononnya mereka ada ilmu untuk ubah rupa wajah dan menghilangkan diri dengan sekelip mata.

Betulke pihak berkuasa Indonesia menyebar cerita yang karut-marut ini? Ditegaskan memang benar cerita karut tersebut telah disebarkan oleh pihak berkuasa Indonesia. Kalau benar begitu nampaknya polis Indonesia mencari helah untuk menutup ketidak upayaannya untuk menagkap Nordin dengan cepat. Iye tak ye jugak, bila nak tangkap berubah rupa. Baru nak acu senapang atau pistol dah hilang pulak si Nordin. Ha ha ha.

Berita-cerita kesaktian yang syirik semacam ini memang mudah diterima oleh rakyat Indonesia termasuk golongan cerdik pandai. Ilmu hitam atau yang disebut “ilmu guna-guna” di Indonesia merupakan sub-culture ramai orang Indonesia yang masih kuat berpegang dengan kepercayaan karut marut agama asal mereka iaitu agama Hindu. Umpamanya patung-patung bertaburan diseluruh Indonesia. 

Memang adanya para ulamak dan orang-orang alim yang hebat-hebat di Indonesia dan rakyat Indonesia yang kuat pegangan terhadap ajaran agama Islam memang melebihi jumlah rakyat Malaysia. Tetapi di negara yang mempunyai 240 juta rakyat, yang lebihkurang 30 juta yang dikatakan amat taat kepada Islam tenggelam dalam lebihkurang 180 juta yang peganggan Islam mereka semacam orang UMNO di Malaysia..lebih kepada Islam yang liberal atau “Islam lebihkurang” .

Nampaknya pihak polis Indonesia yang tidak berupaya membuat apa-apa berselindung disebalik tuduhan terhadap rakyat Malaysia dan cerita-cerita kesaktian rakyat Malaysia tersebut untuk menutup impotensi pihak polis. Menuding jari ke arah Malaysia mudah dipercayai oleh rakyat Indonesia yang minda mereka diracuni secara berterusan untuk membenci Malaysia.

Suku Indian Cherokee Dahulu Adalah Muslim?

https://i2.wp.com/www.theage.com.au/ffximage/2002/09/10/20608,0.jpg

https://i2.wp.com/daphne.palomar.edu/ais100/cherokee_indian_dance.jpg
Benarkah?
Ya benar sekali, dalam sejarah yang tidak terungkap dan tidak pernah terungkap dan hanya diungkap di kalangan akedemisi yang berhubungan dengan sejarah, tercatat bahwa suku indian Cherokee mayoritas beragama muslim. Sebagai bukti bahwa hal itu memang benar, kalau ada rejeki dan kesempatan bisa berkunjung ke perpustakaan kongres amerika (Library of Congress) silahkan minta untuk ditunjukkan arsip perjanjian antara pemerintah AS dan orang-orang indian suku Cherokee pada tahun 1787.

Disana akan terlihat tanda tangan kepala suku Cherokee saat itu dengan nama Abdel-Khak and Muhammad Ibn Abdullah

Subhanalloh….

Kok bisa?

Sejarahnya panjang, Semangat orang-orang Islam dan Cina saat itu untuk mengenal lebih jauh planet (tentunya saat itu nama planet belum terdengar) tempat tinggalnya selain untuk melebarkan pengaruh, mencari jalur perdagangan baru dan tentu saja memperluas dakwah Islam mendorong beberapa pemberani di antara mereka untuk melintasi area yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka saat itu.

Beberapa nama tetap begitu kesohor sampai saat ini bahkan hampir semua orang pernah mendengarnya sebut saja Tjeng Ho dan Ibnu Batutta, namun beberapa lagi hampir-hampir tidak terdengar dan hanya tercatat pada buku-buku akademis.

Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatat perjalanan ke benua Amerika itu adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 – 1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).

Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi muslim Al Masudi (871 – 957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad seorang navigator muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masehi. Dalam bukunya, ‘Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar’ (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahwa semasa pemerintahan Khalifah Spanyol Abdullah Ibn Muhammad (888 – 912), Khashkhash Ibn

Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik, hingga mencapai wilayah yang belum dikenal yang disebutnya Ard Majhoola, dan kemudian kembali dengan membawa berbagai harta yang menakjubkan.

Sesudah itu banyak pelayaran yang dilakukan mengunjungi daratan di seberang Lautan Atlantik, yang gelap dan berkabut itu. Al Masudi juga menulis buku ‘Akhbar Az Zaman’ yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.

Dr. Youssef Mroueh juga menulis bahwa selama pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar juga dari pelabuhan Delba (Palos) di Spanyol ke barat menuju ke lautan lepas yang gelap dan berkabut, Lautan Atlantik. Mereka berhasil kembali dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang asing.

Beliau juga menuliskan menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahwa pada masa pemerintahan Khalifah Spanyol, Hisham II (976-1009) seorang navigator dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary).

Ibn Farrukh berkunjung kepada Raja Guanariga dan kemudian melanjutkan ke barat hingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Spanyol pada bulan Mei 999.

Perlayaran melintasi Lautan Atlantik dari Maroko dicatat juga oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya berlepas dari Tarfay di Maroko pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286 – 1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Karibia pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan referensi oleh ilmuwan Islam.

Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu, ternyata juga melakukan perjalanan sendiri hingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 – 1384) memerinci eksplorasi geografi ini dengan seksama. Timbuktu yang kini dilupakan orang, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan orang menuju Timbuktu atau berawal dari Timbuktu.

Sultan yang tercatat melanglang buana hingga ke benua baru saat itu adalah Sultan Abu Bakari I (1285 – 1312), saudara dari Sultan Mansa Kankan Musa (1312 – 1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintas Lautan Atlantik hingga ke Amerika dan bahkan menyusuri sungai Mississippi.

Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi antara tahun 1309-1312. Para eksplorer ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika diabadikan dalam peta berwarna Piri Re’isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517. Peta ini menunjukkan belahan bumi bagian barat, Amerika selatan dan bahkan benua Antartika, dengan penggambaran pesisiran Brasil secara cukup akurat.

Bicara tentang Cherokee tentu saja tidak bisa lepas dari Sequoyah (portait kiri atas). Seorang asli suku Cherokee yang menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah semacam aksara barangkali, bila kita mengenalnya dengan abjad A sampai Z maka suku Cherokee memiliki cara sendiri untuk aksara-nya. Yang membuatnya sangat luar biasa adalah ternyata aksara yang ditemukan kembali oleh Sequoyah mirip sekali dengan aksara Arab (lihat gambar kanan). Beberapa tulisan cherokee abad ke-7 yang ditemukan terpahat pada bebatuan di Nevada bahkan sangat mirip dengan tulisan “Muhammad” dalam bahasa Arab.

Bukti lainnya adalah, Columbus sendiri mengetahui bahwa orang-orang Carib (Karibia) adalah pengikut Nabi Muhammad. Dia faham bahwa orang-orang Islam telah berada di sana terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Karibia, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperbudak rakyat Amerika. Orang-Orang Islam datang untuk berdagang dan bahkan beberapa menikahi orang-orang pribumi.

Lebih lanjut Columbus mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Kuba melihat sebuah masjid (berdiri di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sampai saat ini sisa-sisa reruntuhan masjid telah ditemukan di Kuba, Mexico, Texas dan Nevada.

Dan tahukah anda? 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim yaitu dua bersaudara Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon yang masih keluarga dari Sultan Maroko Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER,JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]

Dan mengapa hanya Columbus saja yang sampai saat ini dikenal sebagai penemu benua amerika? Karena saat terjadi pengusiran kaum yahudi dari spanyol sebanyak 300.000 orang yahudi oleh raja Ferdinand yang Kristen, kemudian orang-orang yahudi menggalang dana untuk pelayaran Columbus dan berita ‘penemuan benua Amerika’ dikirim pertama kali oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya orang Yahudi di Spanyol. Pelayaran Columbus ini nampaknya haus publikasi dan diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan ‘pesan sponsor’ Yahudi sang penyandang dana. Kisah selanjutnya kita tahu bahwa media massa dan publikasi dikuasai oleh orang-orang Yahudi yang bahkan dibenci oleh orang-orang seperti Henry Ford si raja mobil Amerika itu. Maka tampak ada ketidak-jujuran dalam menuliskan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang Eropa menjejakkan kaki ke benua Amerika.

Dan tahukah anda? sebenarnya laksam ana Zheng He atau yang di Indonesia lebih dikenal dengan nama laksamana Cheng Ho adalah penemu benua amerika pertama, sekitar 70 tahun sebelum Columbus.

Sekitar 70 tahun sebelum Columbus menancapkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He sudah lebih dulu datang ke sana. Para peserta seminar yang diselenggarakan oleh Royal Geographical Society di London beberapa waktu lalu dibuat terperangah. Adalah seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies dengan paparannya dan lantas mendapat perhatian besar.

Tampil penuh percaya diri, Menzies menjelaskan teorinya tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur asal Cina, Laksamana Zheng He (kita mengenalnya dengan Ceng Ho-red). Bersama bukti-bukti yang ditemukan dari catatan sejarah, dia lantas berkesimpulan bahwa pelaut serta navigator ulung dari masa dinasti Ming itu adalah penemu awal benua Amerika, dan bukannya Columbus.

Bahkan menurutnya, Zheng He ‘mengalahkan’ Columbus dengan rentang waktu sekitar 70 tahun. Apa yang dikemukakan Menzies tentu membuat kehebohan lantaran masyarakat dunia selama ini mengetahui bahwa Columbus-lah si penemu benua Amerika pada sekitar abad ke-15. Pernyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah. Adalah sebuah peta buatan masa sebelum Columbus memulai ekspedisinya lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He yang dosodorkannya sebagai barang bukti itu. Menzies menjadi sangat yakin setelah meneliti akurasi benda-benda bersejarah itu.

”Laksana inilah yang semestinya dianugerahi gelar sebagai penemu pertama benua Amerika,” ujarnya. Menzies melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk penelitian peta-peta kuno, bukti artefak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi modern seperti melalui program software Starry Night.

Dari bukti-bukti kunci yang bisa mengubah alur sejarah ini, Menzies mengatakan bahwa sebagian besar peta maupun tulisan navigasi Cina kuno bersumber pada masa pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya hingga mencapai benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelumnya armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melewati Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.

Uraian astronomi pelayaran Zheng He kira-kira menyebut, pada larut malam saat terlihat bintang selatan sekitar tanggal 18 Maret 1421, lokasi berada di ujung selatan Amerika Selatan. Hal tersebut kemudian direkonstruksi ulang menggunakan software Starry Night dengan membandingkan peta pelayaran Zheng He.

“Saya memprogram Starry Night hingga masa di tahun 1421 serta bagian dunia yang diperkirakan pernah dilayari ekspedisi tersebut,” ungkap Menzies yang juga ahli navigasi dan mantan komandan kapal selam angkatan laut Inggris ini. Dari sini, dia akhirnya menemukan dua lokasi berbeda dari pelayaran ini berkat catatan astronomi (bintang) ekspedisi Zheng He.

Lantas terjadi pergerakan pada bintang-bintang ini, sesuai perputaran serta orientasi bumi di angkasa. Akibat perputaran bumi yang kurang sempurna membuat sumbu bumi seolah mengukir lingkaran di angkasa setiap 26 ribu tahun. Fenomena ini, yang disebut presisi, berarti tiap titik kutub membidik bintang berbeda selama waktu berjalan. Menzies menggunakan software untuk merekonstruksi posisi bintang-bintang seperti pada masa tahun 1421.

“Kita sudah memiliki peta bintang Cina kuno namun masih membutuhkan penanggalan petanya,” kata Menzies. Saat sedang bingung memikirkan masalah ini, tiba-tiba ditemukanlah pemecahannya. “Dengan kemujuran luar biasa, salah satu dari tujuan yang mereka lalui, yakni antara Sumatra dan Dondra Head, Srilanka, mengarah ke barat.”

Bagian dari pelayaran tersebut rupanya sangat dekat dengan garis katulistiwa di Samudera Hindia. Adapun Polaris, sang bintang utara, dan bintang selatan Canopus, yang dekat dengan lintang kutub selatan, tercantum dalam peta. “Dari situ, kita berhasil menentukan arah dan letak Polaris. Sehingga selanjutnya kita bisa memastikan masa dari peta itu yakni tahun 1421, plus dan minus 30 tahun.”

Atas temuan tersebut, Phillip Sadler, pakar navigasi dari Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics, mengatakan perkiraan dengan menggunakan peta kuno berdasarkan posisi bintang amatlah dimungkinkan. Dia juga sepakat bahwa estimasi waktu 30 tahun, seperti dalam pandangan Menzies, juga masuk akal.

Selama ini, masyarakat dunia mengetahui kiprah Zheng He sebagai penjelajah ulung. Dia terlahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya Propinsi Yunan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah bagian dari warga minoritas Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam. Ayah dan kakek Zheng He diketahui pernah mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Sementara Zheng He sendiri tumbuh besar dengan banyak mengadakan perjalanan ke sejumlah wilayah. Ia adalah Muslim yang taat.

Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah ada jauh sebelum masa dinasti Ming. Pada saat pasukan Ming menguasai Yunan tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun. Zheng He pun dijadikan sebagai pelayan putra mahkota yang nantinya menjadi kaisar bernama Yong Le. Nah kaisar inilah yang memberi nama Zheng He hingga akhirnya dia menjadi salah satu panglima laut paling termashyur di dunia.(Early Tokyo/sbl)

%d bloggers like this: