Pakatan talks roundly criticises police, IGP

Derma darah, dapat Sijil Simpanan Premium BSN

GEORGE TOWN – Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Pulau Pinang yang menganjurkan mini karnival BSN sejak 20 Julai lalu menawarkan hadiah Sijil Simpanan Premium (SSP) sebanyak RM10 setiap seorang kepada pengunjung karnival tersebut yang menderma darah.

Aktiviti kempen derma darah itu merupakan antara pelbagai program yang diadakan sempena mini karnival yang akan berakhir pada Jumaat ini di cawangan utama BSN di Jalan Macalister di sini.

Pengurus Negeri BSN Pulau Pinang, Noor Azmi Ibrahim berkata, pihaknya menyasarkan seramai 500 penderma menyertai kempen derma darah itu.

“Ia adalah salah satu tarikan baru bagi orang ramai untuk mengunjungi karnival tersebut yang turut diisi dengan program lain seperti ceramah motivasi dan ceramah agama sempena Kempen Bulan Perbankan Islam serta menyediakan perkhidmatan kaunter perbankan dalam talian kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui pada karnival BSN di sini semalam.

Selain di Jalan Macalister, karnival itu turut diadakan di Giant Bayan Baru dan Tesco Extra Seberang Jaya.

CUEPACS mohon bonus kakitangan

JOHOR BAHRU – Mohon pertimbang beri bonus kepada kakitangan kerajaan.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membuat permohonan kepada kerajaan supaya mempertimbangkan pemberian bonus pada pembentangan bajet Oktober depan.

Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya tidak menetapkan jumlah pemberian bonus berkenaan kerana ia bergantung kepada kemampuan kerajaan.

“Kita memahami keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu turut menjejaskan prestasi kewangan kerajaan. Sebab itu kita tidak tetapkan jumlahnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Penguasa Tempatan (Anulae) Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini semalam.

Mesyuarat tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil.

PILIHANRAYA NEGERI DI PERAK DAN TERENGGANU?

 

2 Negeri mesti mengadakan Pilihanraya Negeri dalam masa terdekat jika ingin kemelut politiknya berakhir. Jika tidak kemelut ini akan berterusan dan menganggu pentadbiran kerajaan negeri.
 
Kedua-dua negeri ini ialah Terengganu dan Perak (yang kerajaannya adalah HARAM hingga ke hari ini.)
 
Di Terengganu kemelut pertembungan Mad Said dan Derih Jusoh bagaikan tiada penghujung. Masing-masing tamakkan projek dan kekayaan dunia. Derih menteri Besar pencen yang kini masih bermimpi menjadi Menteri Besar tetap tidak mengiktiraf Mad Said sebagai Menteri Besar.
 
Manakala di Perak, Menteri Besar Kudeta, Zambry Abdul Kadir masih tidak senang duduk kerana bila-bila masa kerusi empuknya boleh digantikan oleh YAB Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.
 
Oleh kerana itu saya ulangi gesaan saya untuk kesekian kalinya supaya MB HARAM Perak dan MB Terengganu menasihatkan Ke Bawah Duli Tuanku supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing bagi memberikan peluang rakyat memilih kerajaan baru yang lebih kuat, telus dan amanah.

 

Posted by SOFI WAHAB at 16:25 5 comments   

 

 

 

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur mungkin dipecat dari jawatannya sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL) jika desakan Pemuda Pakatan Rakyat diikuti oleh kerajaan negeri.
Sudah beberapa kali pemuda PR menggesa Rosmah dipecat namun beliau masih tidak dipecat atau meletakkan jawatan secara terhormat.
 
 
Pemuda PR yang terdiri dari Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Hasbulah Ridhwan, Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah) dan Ketua DAPSY Selangor Lau Weng San, hari ini sekali lagi menggesa Rosmah diberhentikan dari jawatan Canselor tersebut.
 
 
Bagi saya jika Rosmah seorang yang berjiwa besar, menjunjung demokrasi dan seorang yang professional beliau tidak perlu menunggu masa untuk meletakkan jawatan. Ini kerana beliau sepatutnya sedar kontroversi yang menimpanya menyebabkan beliau tidak layak dan tidak sesuai untuk menjawat jawatan di institusi pendidikan seperti UNISEL.

 

Posted by SOFI WAHAB at 15:57 2 comments   

 

 

 

Umno bagaikan duda yang teringin sangat hendak rujuk dengan isterinya diceraikan dengan talak tiga.
 
PAS diibaratkan sebagai isteri yang diceraikan Umno dengan talak tiga pada tahun 1977 dahulu iaitu ketika Umno menendang PAS dari Barisan Nasional ketika Umno sedang gagah masa itu.
 
Malangnya Umno tidak boleh ‘berkahwin’ semula dengan PAS sebab telah ditalak tiga. Maka oleh kerana gila talak, maka pemimpin-pemimpin Umno hari ini memukul canang ke sana ke mari menyatakan pemimpin PAS beriya-iya benar dan bersedia untuk ‘berkahwin’ semula dengan Umno. Sedangkan hakikatnya Umno lah yang tergila-gila hendak kahwin semula dengan PAS kerana Umno sedang nazak sekarang.
 
Ibarat duda yang sedang sakit tiada orang yang menjaga makan minum makan pakai maka melarat dan menderitalah si duda. Inilah keadaan Umno sekarang yang nazak dan tinggal nyawa-nyawa ikan. Maka mereka berusaha untuk berpaut kepada sesiapa sahaja.
 
Walaupun PAS sudah menjelaskan bahawa tidak sudi untuk rujuk semula kerana tahu perangai buruk Umno yang jijik, jelik, jahat dan sebagainya.
 
Umno kena cari cina buta untuk rujuk semula dengan PAS. Siapa Cina buta tersebut? Adakah PAS ingin ‘berkahwin’ dengan Cina buta bercerai dan kahwin semula dengan Umno. ? Jawapannya pasti PAS tidak akan mahu bersama Umno semula. Saya boleh katakan bahawa Umno sudah ‘Mati Pucuk’ mana boleh berkahwin HARAM hukumnya.

 

Posted by SOFI WAHAB at 10:05 11 comments   

 

 

 

Najib jual temberang lagi semalam. Sempena 100 hari pemerintahannya beberapa minggu lalu beliau menjual temberang dengan mengumumkan beberapa ‘hadiah’ kepada rakyat.

Antaranya diskaun tol dan lain-lain. Namun sedarkah kita bahawa rakyat ditipu oleh Najib atas darat. Tol ini hanya melibatkan pengguna lebuh raya yang ada ‘touch n go’. Orang Kuala Tembeling, Kuala Sungai Baru, Ramuan Cina ada pakai kad ‘Touch N Go’ ke.? Kena tipu lagi….

 
Semalam Najib umumkan pula 6 teras utama kepada KPI iaitu :-
 
1) Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan
2) Mengurangkan kadar jenayah
3) Memerangi rasuah,
4) Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
5) Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
6) Menambah baik pengangkutan awam
 
Tetapi sedarkan tuan-tuan dan puan-puan bahawa keenam-enam teras itu adalh cerita lama yang sebenarnya gagal ditangani oleh kerajaan BN dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Mengapa ia diungkit kembali …tidak lain tidak bukan kerana kerajaan BN gagal mengatasinya.
 
Lebih malang lagi kerajaan Najib menggunkan slogan, istilah dan term baru ini untuk mengabui mata rakyat yang sesetengahnya ‘tidak nampak’ akan mainan dan tipu helah kerajaan BN ini.

 

Posted by SOFI WAHAB at 09:40 4 comments   

 

 

 

Mungkin saya terlepas pandang dan ketinggalan berita-berita terkini sehingga kita tahu siapa yang menganggotai Suruhanjaya Siasatan kes kematian Teoh Beng Hock.
 
Namun seingat saya ianya belum diumumkan. Kalau sudah umumkan apakah agaknya penerimaan rakyat terhadap integriti anggotanya.
 
Atau kalau belum diumumkan mengapa lama benar Kerajaan BN ambil masa untuk umumkannya. Ada apa-apa ke?
 
Saya berharap anggota jawatankuasa itu nanti terdiri dari mereka yang benar-benar professional, telus dan berintegriti, jika tidak ianya menghabiskan ‘bogheh’ yo.

 

Posted by SOFI WAHAB at 09:19 0 comments   

 

 

 

Sehari dua ini lilin jadi bahan polemik. Apa salah lilin saya pun tidak tahu. Sedangkan lilin memang banyak manfaatnya terutama ketika ‘blackout’. Namun sesekali lilin juga menjadi musuh terutama ianya kerap kali menjadi penyebab kebakaran.

 

 
Lilin juga menjadi sasaran apabila Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, DS Nizar Jamaludin memegang lilin dalam satu majlis anjuran DAP di Ipoh minggu lalu. Majlis itu bukannya upacara agama atau menghormati jenazah seperti yang difitnah oleh media.
Riuh rendah satu Malaya, Mufti, Ustaz-ustaz pegampu Umno dan pemimpin Umno mencerca dan menfitnah Nizar.
Tetapi malangnya mereka ini senyap sepi bagaikan ulama bisu dalam hal-hal berkaitan tafakur di Tugu Negara yang telah diamalkan oleh pemimpin BN/Umno sejak dahulu kini dan mungkin selamanya. Mengapa mereka senyap? Tau sama tau aje le ……..

 

Selain itu mengapa mereka juga berdiam seribu bahasa bagaikan orang bisu mengenai hukum menjunjung ISA, pengamalan sistem riba, maksiat, judi, arak dan sebagainya.

 

 

 

Posted by SOFI WAHAB at 08:58 5 comments   

 

 

 

Semalam Perdana Menteri, Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
 
6 teras tersebut ialah :-
 
1) Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan
2) Mengurangkan kadar jenayah
3) Memerangi rasuah,
4) Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
5) Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
6) Menambah baik pengangkutan awam
 
Kerajaan BN terbukti gagal melihat kepentingan isu-isu lain yang lebih mendesak dan kronik. Keenam-enam teras yang diumumkan oleh Najib hanya menjurukan kepada hal-hal materialistik dengan meminggirkan unsur-unsur Islam, pembangunan manusia, hak asasi manusia, pemerkasaan demokrasi, meningkat professionalisme Polis dan ATM dan lain-lain.
 
Islam sebagai agama dan sistem kehidupan sepatutnya diperkasa dalam sistem pentadbiran dan juga dalam kehidupan rakyat. Sudah sampai masanya Islam diamalkan sebagai undang-undang bagi menyelamatkan manusia dari kehancuran dengan kadar jenayah, maksiat dan keruntuhan akhlaq yang kronik dan membarah.
 
Manusia mesti dibangunkan kerana sehebat manapun kekuatan ekonomi dan intelektual mereka, andaikata jiwa tidak dibangunkan maka tunggu saat kehancurannya kerana manusia hanya berfikir mengikut hawa nafsu tanpa dikawal oleh iman dan keikhlasan.
 
Kerajaan BN terbukti tidak belajar dari kesilapan dan kesalahan mereka pada masa lalu. Rekod dan imej buruk Malaysia di mata dunia dengan ISA, kelemahan SUHAKAM, kematian tahanan Polis dan terbaru kematian Teoh Beng Hock nampaknya tidak dihiraukan oleh kerajaan. Sepatutnya pemerkasaan Hak Asasi Manusia menjadi teras utama dalam agenda KRA kerajaan ini.
 
Kedegilan dan kebongkakan kerajaan BN yang tidak mahu menjelmakan sistem demokrasi yang benar-benar telus dan professional semakin terserlah apabila Najib meminggirkan pemerkasaan Sistem Demokrasi dari senarai KPI yang menjadi agenda kerajaannya. Terbukti kerajaaan Najib begitu selesa dengan sistem yang ada kerana mereka tahu bahawa dengan sistem inilah sahaja BN akan terus berkuasa dan bermaharajalela di Malaysia.
 
Selain itu kerajaan Najib juga tidak memandang akan kepentingan meningkatkan professionalisme Polis dan ATM yang seringkali dilihat berkhidmat untuk mengekalkan pemerintahan kerajaan BN terutama semasa kempen pilihanraya dan situasi lain seperti layanan terhadap Pakatan Rakyat dan sebagainya.
 
Selagi kerajaan BN tidak melihat kepentingan menangani perkara-perkara yang saya sebutkan tadi maka sudah pasti negara kita akan berada di takuk lama dan hasrat kerajaan BN untuk membawa ke Malaysia ke tahap negara maju dari semua segi akan menjadi retorik dan ianya hanyalah mimpi di siang hari.
 
 

 

Posted by SOFI WAHAB

Sekat peguam wakili syarikat

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my

 


KERAJAAN percaya hak individu akan lebih terbela jika syarikat tidak dibenarkan melantik peguam dalam perbicaraan TTPM – Gambar hiasan.


 

PUTRAJAYA – Kerajaan bercadang meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan tujuan tidak membenarkan syarikat selaku penentang diwakili peguam bagi kes yang dibicarakan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Rasional pindaan itu dibuat bagi memastikan kedua-dua pihak iaitu penuntut dan penentang dapat memperjuangkan kes masing-masing dengan adil.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, apabila syarikat menggunakan peguam, ramai individu selaku penuntut yang membawa kes di TTPM merungut kerana mereka tidak berkemampuan melantik peguam handal.

“Kadang kala pengguna mempersoalkan jumlah tuntutan mereka hanyalah RM200 tetapi penentang menggunakan peguam.

“Kita mahu beri keadilan kepada kedua-dua pihak,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 kepada 233 kakitangan di sini semalam.


Kondominium mewah pusat edar dadah


MUHAMMAD SABTU (kanan) menunjukkan rampasan dadah dari sebuah kondominium pada sidang akhbar di pejabatnya di Kuala Lumpur semalam.


 

KUALA LUMPUR – Kegiatan licik empat lelaki termasuk seorang warga Thailand mengedar syabu dan eramin 5 dengan berselindung di sebalik kereta dan kondominium mewah terbongkar apabila mereka ditahan di Jalan Kuchai Lama di sini Jumaat lalu.

Difahamkan, tangkapan pukul 4 petang itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah cawangan curi kenderaan (D4B) selepas mendapat maklumat mengatakan suspek menggunakan kenderaan curi.

Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dilakukan, mereka menemui dadah jenis syabu dan eramin 5 pada suspek sebelum memaklumkan kepada bahagian narkotik.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 27 dan 44 tahun itu ditahan di kawasan tempat letak kereta kondominium tersebut.

“Hasil pemeriksaan ke atas ketiga-tiga suspek menemui 13 paket syabu seberat 162 gram dan 10 biji pil eramin 5.

Rakyat AS dituduh berjihad


 


 

SEORANG penyiasat memasuki rumah Boyd di selatan Raleigh kelmarin.RALEIGH – Seorang bapa bersama dua anak lelakinya dan empat yang lain dari negeri North Carolina dituduh mengadakan latihan ala tentera di rumah serta merancang perang jihad di luar negara, kata pihak berkuasa persekutuan Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Beberapa pegawai berkata, kumpulan itu diketuai oleh seorang lelaki yang berumur 39 tahun dan sudah berkahwin iaitu Daniel Patrick Boyd (gambar kecil), 39.

Lelaki itu tinggal di sebuah rumah di tepi sebuah tasik di kawasan luar bandar di selatan Raleigh.

Dia dan keluarganya kerap berjalan bersama anjing di kawasan perumahan mereka.

Lelaki itu mengendalikan perniagaan hiasan dalaman rumah.

Namun dua dekad lalu, Boyd yang merupakan rakyat AS pernah berlatih di kem pengganas di Pakistan dan Afghanistan.

Dia pernah berjuang menentang askar-askar Kesatuan Soviet selama tiga tahun sebelum kembali ke AS.

Satu pendakwaan yang disiarkan kelmarin tidak menyatakan rancangan pengganas atau sasaran mereka.

Dua daripada suspek ialah anak Boyd iaitu Zakariya, 20, dan Dylan, 22.

Tertuduh yang lain ialah Anes Subasic, 33, Mohammad Omar Aly Hassan, 22, dan Ziyad Yaghi, 21.

Ketujuh-tujuh lelaki itu muncul di sebuah mahkamah kelmarin dengan tuduhan memberikan bantuan material kepada pengganas.

Jika disabitkan kesalahan mereka akan dihukum penjara seumur hidup. – AP

PR NAK JUMPA PM!!!!

Parti Pembangkang Mahu Jumpa PM Bincang Perkara Mendesak

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Pimpinan parti pembangkang mahu mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan beberapa perkara mendesak termasuk peranan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang itu mahu skop suruhanjaya berkenaan diperluaskan dan tidak dihadkan kepada proses siasatan sahaja.

“Kita mahu suruhanjaya turut menyiasat punca kematian Teoh,” kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Parlimen di sini Selasa.

Anwar berkata pertemuan itu juga adalah untuk mendapatkan pandangan Najib agar beliau bersetuju untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

BERNAMA

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali…
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE…SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Oleh: Biaqpila >>>Pada hari Selasa, Julai 28, 2009 0 komen (Sila komen sikit..)  
Reaksi 

 

BERSEDIA… Petugas memasang peralatan sistem bunyi di Mahkamah Majistret 5, Shah Alam sebagai persediaan inkues kematian Setiausaha Politik, Teoh Beng Hock yang akan bermula esok.

KUALA LUMPUR: Prosiding inkues Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan Selangor, akan bermula esok di Mahkamah Shah Alam bagi mengetahui punca kematiannya.

Teoh, 30, ditemui mati terjatuh dari bangunan yang menempatkan pejabat Surhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor di Shah Alam, selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan dakwaan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor. Peguam Gobind Singh Deo, bagi pihak keluarga Teoh, ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan beberapa dokumen termasuk laporan bedah siasat sebelum prosiding inkues bermula.

Keterangan dari 77 saksi yang dipanggil akan menjadi tumpuan. Koroner Azmil Muntapha Abas dijangka mendengar kes itu selama 15 hari.Antara yang dijangka dipanggil ialah 28 pegawai SPRM, ahli kimia dan patologi serta beberapa teman rapat Teoh.

Teoh, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Pada 22 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan bagi menentukan punca kematian Teoh.

Seksyen 337 Kanun Acara Jenayah memperuntukkan kuasa kepada koroner untuk menyiasat bila, di mana dan bagaimana seseorang itu mati, dan sama ada mana-mana orang terlibat secara jenayah yang menyebabkan kematian itu.

Selain Gobind, keluarga Teoh turut diwakili peguam Karpal Singh, manakala peguam Malik Imtiaz Sarwar akan bertindak sebagai peguam pemerhati bagi kerajaan negeri Selangor.

Pejabat Peguam Negara masih merahsiakan siapa yang akan mengendalikan kes itu tetapi dipercayai ia dibarisi beberapa Timbalan Pendakwa Raya berpengalaman.

Tinjauan Bernama di Mahkamah Majistret 5 Shah Alam hari ini mendapati beberapa petugas sedang sibuk membuat persiapan memasang tiga skrin untuk memaparkan segala keterangan yang direkod sepanjang prosiding inkues itu nanti. Para petugas media dijangka berada di mahkamah seawal 6 pagi esok bagi mendapat tempat duduk di galeri awam memandangkan ruang mahkamah itu hanya mampu menampung sekitar 60 orang.

Di SHAH ALAM, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata walaupun inkues itu bermula esok, polis masih mengalualukan maklumat tambahan yang boleh membantu siasatan kes itu.

Buat masa ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tetapi ia boleh dipinda jika ada penemuan baru, katanya kepada pemberita. BERNAMA

mstar

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali…
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE…SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,altantuya,manek urai,teoh beng hock

Oleh: Biaqpila >>>Pada hari Selasa, Julai 28, 2009 0 komen (Sila komen sikit..)  
Reaksi 

 

Jimadie Shah Othman

Siasatan terhadap tujuh ADUN Selangor – yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock -didakwa sebahagian konspirasi BN bagi merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat seperti di Perak.

Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Ng Suee Lin mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan sentiasa berusaha merampas kerajaan negeri itu seperti pernah diusahakannya sejak tahun lepas.

“Ini perancangan yang kita dengar sekarang. Di kedai kopi pun kita dengar, (bahawa) Najib sebagai pengerusi perhubungan Umno Selangor, akan cuba dengan apa cara sekalipun untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat supaya kembali ke pangkuan mereka.

“Dulu di Perak, pada mulanya, kita dengar khabar angin sahaja, kemungkinannya berlaku rampasan kuasa,” katanya.

Kemudian, dakwa Ng lagi, selepas campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua exco di Perak didakwa atas tuduhan rasuah, maka khabar angin itu menjadi kenyataan.

Dalam sidang akhbar bersama lebih 10 ADUN DAP, PAS dan PKR petang ini, Ng mendakwa, konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.

Isu lembu korban

Tangkapan ADUN Kinrara dan ahli parlimen Seputeh itu didakwa berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi kegunaan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong.

Manakala episod kedua pula, menurut Ng, membabitkan kes exco Selangor, Ronnie Liu yang didakwa menghalang tugas anggota penguatkuasa di sebuah hotel di Puchong.

Ronnie, juga ADUN Pandamaran, dihadapkan ke mahkamah pada 17 November tahun lalu atas tuduhan bersubahat menghalang tugas penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel pada 2007.

Episod ketiga pula, kata Ng lagi, apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa menyelenggara kereta sendiri dengan peruntukan negeri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak, awal tahun ini.

Ng, yang juga ADUN Sekincan, terus mendakwa bahawa episod seterusnya ialah perbuatan menyebarkan gambar bogel exco negeri, Elizabeth Wong pada Februari lalu.

Ng juga berkata, episod konspirasi tersebut sebahagian projek mempengaruhi masyarakat yang digerakkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditimbulkan oleh ADUN Pakatan di persidangan DUN Selangor, Mac lalu.

Dalam sidang itu, dewan membahaskan usul tergempar oleh ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San bagi membincangkan pelaksanaan projek “people-centric” oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor di bawah JPM.

‘Guna jentera kerajaan’

Program itu didakwa oleh wakil rakyat itu, yangjuga setiausaha DAP Selangor, cuba menjatuhkan kerajaan negeri dengan menggunakan pelbagai jentera dan agensi kerajaan persekutuan.

Sementara itu, timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Abd Rani Osman mempertahankan wakil rakyat Pakatan yang kini disiasat SPRM berhubung perbelanjaan peruntukan DUN masing-masing.

ADUN PAS Meru berkata, perbelanjaan ADUN tertakluk kepada budi bicara mereka, dengan syarat ia sampai kepada semua pihak, seperti dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor (Peruntukan ADUN).

“Peruntukan ini diletak bawah pejabat tanah dan daerah, bukan di bawah meja ADUN. Lagi pun ia dikeluarkan selepas acara selesai,” katanya, sambil mempertikai kewajaran ADUN Pakatan Selangor disiasat.

Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat kelab itu di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam petang ini.

Turut hadir dalam sidang media itu, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Sementara itu, membandingkan dengan ADUN Pakatan, Lau pula menyelar peruntukan kepada wakil rakyat BN – termasuk ahli parlimennya – yang didakwanya tidak jelas jumlah dan pembahagiannya.

“Sampai sekarang kami tidak tahu saiz peruntukan, kepada siapa (diberikan), di mana wang ini dibelanjakan oleh ADUN dan ahli parlimen BN, ketua bahagian (Umno), penyelaras yang dilantik BN dalam menangani peruntukan RM2 juta (di setiap parlimen).

“Saya meminta, kalaulah BN (anak) jantan, kalaulah Umno ini jantan, sekurang-kurangnya umumkanlah untuk rakyat,” katanya.

malaysiakini

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali…
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE…SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Oleh: Biaqpila >>>Pada hari Selasa, Julai 28, 2009 0 komen (Sila komen sikit..)  
Reaksi 

 

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Apabila ditanya oleh wartawan adakah beliau didesak untuk mengadakan Suruhanjaya Di Raja ( SR ) di dalam kes kematian Teoh Beng Hock , Najib menafikan hal tersebut. Beliau mengatakan bahawa sebab mengapa beliau bersetuju mengadakan SR adalah kerana ingin mencari kebenaran.

Betulkah Najib berminat ingin mencari kebenaran ? Apabila beliau dan Kabinet beliau bersetuju menubuhkan SR nampak pada zahirnya beliau seolah-oleh serius ingin mencari kebenaran. Namun apabila skop SR hanya dihadkan untuk menyiasat teknik penyiasatan yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) jelaslah Najib bukan berminat mencari kebenaran. Apa yang jelas Najib ingin mengkebumikan kebenaran !

Najib melalui Ghani Patail ( Ya, beliau adalah Peguam Negara ) terdesak mencari dalil dan alasan bagi menjustifikasikan tindakan beliau yang menghadkan terma rujukan SR hanya kepada menyiasat cara atau kaedah penyiasatan yang digunakan oleh SPRM.

Najib menyatakan bahawa beliau terikat dengan undang-undang. Beliau telah dinasihati oleh Ghani Patail bahawa sebab kematian Teoh Beng Hock perlu ditentukan oleh satu inkues di bawah seksyen 339 (1) Kanun Prosedur Jenayah ( KPJ ) . Di bawah seksyen 339 ( 1 ) KPJ , Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mengarahkan Majistret untuk mengadakan siasatan di atas kematian seseorang.

Ghani berhujah bahawa KPJ adalah undang-undang khusus yang mempunyai peruntukkan mengenai satu siasatan bagi kes-kes kematian . Oleh itu , hujah Ghani, inkues adalah mandatori bagi menentukan sebab-sebab kematian Teoh Beng Hock dan bukannya SR yang menjalankan tugas atau peranan tersebut. Ghani menambah jika SR juga menjalankan tugas menyiasat sebab kematian mendiang Teoh maka SR akan menjalankan tugas yang bertindih dengan tugas Mahkamah .

Ghani juga berhujah bahawa orang awam tidak patut keliru peranan SR yang ditubuhkan oleh Kerajaan dengan inkues yang diwujudkan di bawah KPJ . Beliau berhujah bahawa seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 ( Commissions of Enquiry Act 1950 ) secara jelas merujuk kepada penyiasatan berkenaan tindakan dan pengurusan kakitangan awam ( lihat seksyen 2 ( 1 ) ( a ) ) dan Jabatan Kerajaan ( 2 ( 1 ) ( b ) .

Oleh itu Ghani menambah peranan SR tidak boleh diluaskan bagi menyiasat kes kematian kes Teoh Beng Hock kerana siasatan oleh pihak Majistret adalah lebih betul dan disokong oleh undang-undang .

Ghani berkata adalah tepat peranan SR hanya dihadkan kepada menyiasat teknik penyiasatan yang digunapakai oleh SPRM.

Komen saya terhadap kenyataan Ghani di atas : Wahai Peguam Negara, janganlah berbohong kepada rakyat !!

Pertamanya mari kita lihat hujah beliau bahawa inkues adalah mandatori ( wajib ) bagi menyiasat kes-kes kematian seperti kes Teoh Beng Hock. Baiklah jika kita menerima hujah tersebut kita berhak bertanya mengapakah sehingga kini beliau sebagai Peguam Negara tidak melaksanakan tugas dan peranannya di bawah seksyen 339 ( 1 ) KPJ bagi mengarahkan satu inkues diadakan bagi menyiasat kes A.Kugan yang mati di dalam tahanan polis iaitu di Balai Polis Taipan, Subang Jaya pada 20 Disember 2008. Mengapakah tiada inkues dibuat di dalam kes Memali ?

Kes A.Kugan menimbulkan dua pertanyaaan yang sehingga kini masih gagal dijawab oleh Kerajaan. Pertamanya sebab –sebab kematian beliau di dalam tahanan polis. Kenapakah, mengguna pakai hujah Ghani, inkues tidak dibuat bagi menyiasat hal tersebut. Keduanya kes A.Kugan juga menimbulkan isu teknik penyiasatan pihak polis . Mengapakah Ghani sebagai Penasihat Undang-undang Kerajaan tidak menasihati ditubuhkan SR bagi menyiasat teknik penyiasatan yang digunapakai oleh pihak polis.

Ghani berhujah SR tidak boleh ditugaskan untuk menyiasat sebab-sebab kematian Teoh kerana di bawah seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 ( Commissions of Enquiry Act 1950 ) penyiasatan SR hanya dihadkan berkenaan tindakan dan pengurusan kakitangan awam dan jabatan Kerajaan sahaja

Di sini jelas Ghani berbohong dan sengaja tidak membaca seksyen 2 secara keseluruhan. Atas sebab yang hanya Ghani tahu, Ghani hanya membaca seksyen 2 ( 1 ) ( a ) dan ( b ) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dan dengan sengaja meninggalkan seksyen 2 ( 1 ) ( d ) Akta yang sama.

Seksyen 2 ( 1 ) ( a ) menyatakan bahawa Yang DiPertuan Agung boleh mengarahkan penubuhan SR bagi menyiasat tindakan pegawai-pegawai Persekutuan dan seksyen ( 2 ( 1 ) ( b ) pula bagi menyiasat tindakan dan pengurusan jabatan Kerajaan yang menjalankan tugas-tugas awam

Apakah pula yang dikatakan oleh seksyen 2 ( 1 ) ( d ) Akta tersebut ? Seksyen tersebut menyatakan bahawa Yang DiPertuan Agung boleh mengarahkan penubuhan SR bagi menyiasat perkara-perkara lain ( any other matter ) yang menurut perkiraan Yang DiPertuan Agung perkara-perkara itu untuk kemaslahatan awam ( public welfare ).

Jelas seksyen 2 ( 1 ) ( d ) memberi suatu kuasa yang amat luas kepada SR yang mana kuasa tersebut adalah merangkumi bagi tujuan kemasalatan awam menyiasat sebab-sebab kematian Teoh Beng Hock. Di negara lain seperti Australia yang mana Malaysia juga meniru Akta tersebut dari negara tersebut, adalah menjadi perkara biasa siasatan dilakukan oleh SR bagi menyiasat sebab-sebab kematian seseorang khususnya kematian misteri .

Mengenai hujah Ghani jika SR diberikan tugas menyiasat kematian Teoh akan berlaku pertindihan tugas , jawapan kita pada hujah mengarut tersebut adalah begini : Jika Ghani atau Najib tidak mahu pertindihan tugas cukuplah diberi kuasa SR untuk menyiasat kedua-dua perkara iaitu teknik siasatan SPRM dan sebab-sebab kematian Teoh. Tidak perlu inkues kerana ia akan bertindih tugas dengan SR dan membazir wang rakyat !!

Mengapa rakyat mahukan SR bagi menyiasat kematian Teoh ? Jawapannya kuasa SR adalah lebih luas dari kuasa seorang Majistret di dalam siasatan inkues. SR sebagai contoh boleh memanggil mana-mana orang dan juga boleh menerima apa-apa keterangan termasuk keterangan yang sekiranya dikemukakan di Mahkamah akan ditolak ( lihat seksyen 8 ( f ) Akta tersebut ).

SR yang ditubuhkan sekadar menyiasat teknik penyiasatan SPRM adalah SR yang ditubuhkan untuk tujuan hiburan semata-mata . Adakah Najib inginkan Suruhanjaya DiRaja atau Sarkas DiRaja ?

Misi Tangkap PELESIT pulakkk…!!

Oleh : albanjari

Sejak wak siarkan kisah ‘toyol’ 2 minggu lalu, respon khalayak sangat bagus. Kisah 1 dan 2 di sini, dan siri akhir di sini. Kalau nanti ada anak2 cucu wak tanya tentang ‘toyol’, tak ler wak gagap nak bercerita. Habis cerita toyol, cerita lain pulak yg timbul.

Apa tak nyer, wak ke pasar, ada orang tanya bab toyol, wak minum kat warung, ada org yg kenal wak, terus nak interview wak pasal toyol, tak cukup dgn tu, yg calling2 wak pun ada. Adeh..wak ni bukan broker tangkap ‘hantu’ beb !! Tapi yg sedey, ada pulak yg nak wak jadi ‘consultant’ utk tangkap hantu. Hoi..kalau nak belagak jadi ‘konsultan’ tangkap hantu, baik tak payah..bukan buleh nak kaya..!! Silap2 kena sampuk, naik hantu dibuatnya..kecoh 1 kampung..pakat bersawang la blog.

Kalau nak tolong tu boleh la runding-runding. Minggu lepas, lepas pekena ‘cendol’ pulut, ada sahabat ber’hajat’. Cukup ler wak namakan sahabat tu dengan pak aji cendoi. Katanya dia ada masalah, dah lama dah..sejak dia balik ke kampung isterinya di KK., dan duduk dirumah pusaka arwah mertua dia. Apa yang jadi..kalau hang nak tau, ni nak bagi tau..kut2 boleh bantu. Dah tak tahan..! ‘benda’ tu hanya mai, bila bini dia tak dak kat rumah, arakian bila bini pi ziarah ke rumah anak2 dia kat KL atau kat mana2 lah..dia.., ‘standard’ laa..mana nak buleh ikut, dia kan meniaga..nanti lari kustomer, sapa nak bagi soru ! Meniaga cendoi bukan macam meniaga ‘streamyx’.

Seminggu bini dia tak dak, pakat seminggu la dia tidoq dalam kereta depan rumah..nak masuk rumah takut ! macam2 dia dok tengok..macam2 dia dok rasa, bulu roma asyik tegak memanjang, pasai apa ? dia pun rasa ‘pasai’ ada ‘benda’ laa..tapi tak tau nak buat macamana ! Wak pendekkan kisah ni, ini semua pasal ‘saka’. Tau kaa..’saka’ tu apa ? bukan sakai noo..! Wak nak bagi tahu, ‘saka’ tu,

” saka tu asalnya dari jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama ehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Dan ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak, kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendakinya, pendek kata..ikut suka jin tu la dia nak dok dengan sapa..!! Selalunya ‘saka’ ini jadi masalah apabila nenek moyang pembawa saka itu telah meninggal dunia…ini kerana ketika mereka hidup, toknek hangpa(mereka) bukan toknek wak..hahaha.. telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya itu adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan…”

Panjang jugak wak bagi definasi tentang saka ni, kalau tak faham jugak..memang sah, yg dok baca otak cap sakai !! Dari apa yang wak rasa, sahabat yg nak dibantu ini, sebenarnya mempunyai masalah dengan ‘saka’ iaitu jenis jin dari kategori ‘palesit’. Tau ka pelesit tu apa pulak ? Adeh..nak kena bukak wikipedia la jawabnya..takpa..wak tulis kat bawah ni,

[..] Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.

Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka. Hantu Pelesit dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Hantu pelesit akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

Hantu pelesit biasanya dikatakan disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang..[ wikipedia ]

Oleh kerana sahabat ini begitu berhajat, maka wak dan tok aji beserta Bang Li akan cuba dengan segala ilmu dan kederat yg ada, memusnahkan ‘saka’ yg menjelma sebagai hantu ‘pelesit’ tu pulak. Maka misi ‘tangkap’ hantu dah masuk ke siri ke-2 pulak, yang lebih mendebarkan. Wak rasa pun dah berdebar, tu belum betui2 lagi.

Maka..InsyaAllah, misi menangkap hantu ‘pelesit’ ini akan dilaksanakan pada bulan Ogos nanti, lepas kita demo kat KL menentang I.S.A tu lah..! Misi ini lebih bahaya dari misi tangkap ‘toyol’. Wak namakan misi ni ‘misi pelesit’. INGAT !! Pelesit ini adalah jenis jin yang mudah merasuk dan menyerap ke tubuh manusia…kepada yg lemah semangat, pi tidoq dgn bini lagi baguih…!!

Juga, wak tawarkan kepada sesiapa yg mahukan pengalaman ‘ngeri’ berhadapan dengan puaka dari jin dan syaitan ini, untuk bersama-sama menganggotai ‘MISI PELESIT’ ini, ANDA dipelawa dengan tangan terbuka. Risiko tanggung sendiri. So..kepada yang berani tu, sila tawarkan diri dan hantarkan pengenalan diri anda ke email wak, albanjari_online@yahoo.com, tuliskan butir2 lengkap seperti NAMA, NOMBOR TELEFON RUMAH, TELEFON BIMBIT, WARIS TERDEKAT UNTUK DIHUBUNGI (penting ni..mana tau kot kena sampuk dek pelesit kaa..senang nak call waris..untuk dapatkan hujung jari bagi di cucuk agar darah yang keluaq, buleh kami titik kat mulut laki hangpa..! ) dan LELAKI sahaja. Perempuan tak diterima untuk join team ini. Wak hanya terhadkan kepada 3 orang sahaja.

Cepat hubungi wak melalui email, siapa cepat dia dapat join !! Jangan malu..bila lagi nak jumpa ‘pelesit’, kena pulak jenis pelesit muka macam Maya Karin..sapa nak jawab..mantappp !!!

(*) Bulan Ogos, selain dari MISI PELESIT, ada lagi misi tangkap HANTU RAYA di Simpang Lima, Parit Buntar, wak akan perincikan misi tersebut dalam entri yg akan datang !!

Posted by ALBANJARI at 9:12 PM 1 comments Links to this post
Oleh : radenjowo

Biasala .. ketika melakukan urusan pertanian, soal modal menjadi masalah. Maklumlah petani Melayu. Melihatkan jumlah tumbuhan yang beratur panjang, kekadang rasa nak menangis. Hidupnya subur, tapi baja dan bekalan perlu di beli. Cari cari duit plak .. susah sangat la nak dapat. Yang berhutang berkata, “belum ada lagi” … dan punca wang yang lain pun nampak macam kabur rasanya.

Lalu kawan seorang yang datang melihat lihat kesuburan tanaman mula berkata, “Wak .. aku minta bantuan Abang aku.”

“Siapa dia?”, tanya aku.
“Alah .. si xxxxx, dia ketua Bahagian xxxxx”, jawabnya.
“Tolong macam mana … ?”, aku bertanya lagi.
“Cam ni la wak .. kita kena sokong UMNO, parti orang Melayu. Kalau tidak, mana parti lagi yang mahu perjuangkan bangsa Melayu.”, jelasnya.
“Ohh … jadi?”, aku sambung.
“Dia boleh buat surat sokongan … Kalau nak buat pinjaman nanti, mudah”, katanya lagi.
“Kalau gitu tak payah la … Kalau kau nak aku sokong UMNO .. tak payah”, aku jawab.
“Nko ni susah la wak … apesal lak?” dia bertanya lagi.
“Kalau nak bantu, tak payah main politik bang. Kalau nak main politik, tak payah bertani. Kalau nak bantu tak perlu syarat.”, aku jawab.
“Kenapa nko marah sangat dengan UMNO?”, tanya dia.

“Aku marah bukan pada UMNO saje .. aku marah dengan orang politik semuanya. Kalau nak bantu, kena masuk politik, sikit sikit politik .. sikit sikit politik. Kalau tak der politik, tak boleh tolong ke?”, aku naikkan suara.
“Apa masalah dengan UMNO?”, tanyanya lagi.
“Kalau bukan kerana pemimpin UMNO yang bodoh dan gila kuasa .. kita tak jadi cam ni. Dah 50 tahun kesempatan di beri, tapi Melayu masih cam ni. Sekarang nko cerita UMNO perjuangkan Melayu .. Weyyyy ! Tolong la .. Kalau nak tolong, buat cara nak tolong. Kalau tak tolong, biar aku selesaikan masalah aku sendiri. Jangan paksa paksa aku untuk berpolitik .. Kalau nko ajak, aku tolak .. kalau orang PR datang dengan syarat pun akan aku tolak … !”, aku jawab dan terus berlalu.

Ni macam pun ada … Semua nak politik .. Kalau pertanian, perniagaan, pendidikan, perubatan semua nak kena ada politik .. aku tak tau apa akan jadi pada Malaysia, pada masa akan datang.

Posted by ALBANJARI

Nik Aziz dianggap bukan tuan guru tulen ?????

Nik Aziz dianggap bukan tuan guru tulen


KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin Umno amat kesal dengan kenyataan “pergi jahanamlah Umno” oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana ia datang daripada seorang pemimpin politik bertaraf ulama dan seorang tuan guru.

Yang lebih mereka kesalkan dan sedih ialah penolakan bulat-bulat Nik Abdul Aziz kepada usaha untuk berbaik-baik dengan Umno yang bagi mereka menunjukkan kesombongan dan sifat keterlaluan Menteri Besar Kelantan itu.

Oleh itu, mereka mahu Umno agar tidak beria-ia untuk bekerjasama dengan Pas kerana beranggapan bahawa semua ucapan Nik Abdul Aziz berhubung soal hendak berbaik-baik dengan kerajaan pusat hanyalah satu lakonan semata-mata.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan “Pergi Jahanamlah Umno” kerana beliau merupakan seorang yang dianggap bertaraf ulama.

“Saya sebagai orang biasapun tidak sanggup mengeluarkan kata-kata itu, apatah lagi beliau seorang pemimpin tinggi parti politik yang disebut-sebut sebagai ulama,” katanya kepada pemberita di Kota Baharu hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata walaupun dikeji, bagi pihak Umno, beliau sedia untuk berbaik-baik dengan Pas.

“Bagi pihak parti, kita (Umno) dari awal hingga akhir sentiasa bersedia kalau nak berbaik-baik, nak berbincang. Tapi kalau sebelah sana bukan saja tak bersedia, bukan saja mempermain dan mempersendakan kita, sekali boleh, sekali tak boleh…payahlah kita (hendak beri kerjasama).

“Kita orang Melayu dan beragama Islam, bermaruah, berbudaya, perlu membuat contoh yang elok,” kata Awang Adek.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee pula mengingatkan parti itu agar jangan beria-ia dengan cadangan mengenai kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan.

“Kita sambut baik cadangan itu jika atas nama persaudaraan Islam, tetapi lakonan politik Nik Abdul Aziz sebelum ini menyebabkan kita perlu berhati-hati. Kita perlu berwaspada dengan kenyataan Nik Abdul Aziz kerana beliau merupakan pemain politik yang licik,” katanya.

Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Hasan Hamzah, berkata sebagai seorang yang dihormati dan diberi kepercayaan oleh masyarakat Melayu, Nik Abdul Aziz sepatutnya tidak boleh mengucapkan perkataan yang bersifat keterlaluan.

“Nik Abdul Aziz bukan tuan guru yang tulen. Kalau beliau boleh keluarkan perkataan ‘Pergi Jahanamlah Umno’, kita juga boleh kata ‘Pergi Jahanamlah Pas’,” katanya.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berharap Umno tidak terlalu teruja dengan bentuk kerjasama yang dikemukakan oleh pemimpin Pas malah mereka perlu berhati-hati kerana Pas mempunyai agenda yang tersembunyi. – BERNAMA

* Tuan guru tulen itu adalah apabila pemerintah buat zalim dia hanya mendiamkan diri sahaja. (Dalam Umno ada ‘tuan guru’?)

0 Comments

 

Inkues kematian Teoh bermula esok


KUALA LUMPUR: Prosiding inkues Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan Selangor, akan bermula esok di Mahkamah Shah Alam bagi mengetahui punca kematiannya.

Teoh, 30, ditemui mati terjatuh dari bangunan yang menempatkan pejabat Surhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor di Shah Alam, selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan dakwaan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor. Peguam Gobind Singh Deo, bagi pihak keluarga Teoh, ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan beberapa dokumen termasuk laporan bedah siasat sebelum prosiding inkues bermula.

Keterangan dari 77 saksi yang dipanggil akan menjadi tumpuan. Koroner Azmil Muntapha Abas dijangka mendengar kes itu selama 15 hari.Antara yang dijangka dipanggil ialah 28 pegawai SPRM, ahli kimia dan patologi serta beberapa teman rapat Teoh.

Teoh, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Pada 22 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan bagi menentukan punca kematian Teoh.

Seksyen 337 Kanun Acara Jenayah memperuntukkan kuasa kepada koroner untuk menyiasat bila, di mana dan bagaimana seseorang itu mati, dan sama ada mana-mana orang terlibat secara jenayah yang menyebabkan kematian itu.

Selain Gobind, keluarga Teoh turut diwakili peguam Karpal Singh, manakala peguam Malik Imtiaz Sarwar akan bertindak sebagai peguam pemerhati bagi kerajaan negeri Selangor.

Pejabat Peguam Negara masih merahsiakan siapa yang akan mengendalikan kes itu tetapi dipercayai ia dibarisi beberapa Timbalan Pendakwa Raya berpengalaman.

Tinjauan Bernama di Mahkamah Majistret 5 Shah Alam hari ini mendapati beberapa petugas sedang sibuk membuat persiapan memasang tiga skrin untuk memaparkan segala keterangan yang direkod sepanjang prosiding inkues itu nanti. Para petugas media dijangka berada di mahkamah seawal 6 pagi esok bagi mendapat tempat duduk di galeri awam memandangkan ruang mahkamah itu hanya mampu menampung sekitar 60 orang.

Di SHAH ALAM, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata walaupun inkues itu bermula esok, polis masih mengalualukan maklumat tambahan yang boleh membantu siasatan kes itu.

Buat masa ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tetapi ia boleh dipinda jika ada penemuan baru, katanya kepada pemberita. – BERNAMA

0 Comments

 

Inkues Teoh mungkin ditangguh

Inkues kematian Teoh Beng Hock mungkin ditangguhkan kerana peguam yang mewakili keluarganya mahu membuat permohonan supaya dokumen-dokumen berhubung siasatan kes tersebut, turut diserahkan kepada mereka.

Inkues tersebut dijadual bermula di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok sehingga 12 Ogos depan. Ia akan didengar oleh Timbalan Pendaftar, Azmil Muntapha Abas, yang dilantik sebagai koroner.

Selain permohonan tersebut, peguam keluarga Teoh – Gobind Singh Deo – yang menulis dalam blognya – juga meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya menangguhkan inkues tersebut sehingga siasatan polis terhadap kematian Teoh selesai sepenuhnya.

Katanya, menurut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bahawa siasatan polis terhadap kes tersebut lebih kurang sudah siap.

Gobinda berkata, beberapa laporan seperti laporan pakar pathologi juga belum diterima oleh pihak polis.

Di samping itu, katanya, pihak polis juga telah menghubungi beberapa saksi untuk memberi keterangan dalam inkues tersebut dan akan menyediakan contoh DNA.

Katanya, semua itu akan memberi kesan besar terhadap kes tersebut.

Oleh itu, tegas Gobind, sehingga elemen-elemen penting telah disiapkan, maka peguam negara tidak seharusnya menekankan supaya inkues itu diadakan. – Malaysiakini

0 Comments

 

PM temui keluarga Teoh Beng Hock

PUTRAJAYA 28 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menemui anggota keluarga mendiang Teoh Beng Hock di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pada pertemuan itu, atas undangan Perdana Menteri, Najib sekali lagi menyampaikan takziah kepada bapa Beng Hock, Teoh Leong Hwee; emaknya, Teng Shuw Hor; abangnya, Beng Kee; adik perempuannya, Lee Lan dan juga tunangnya, Soh Cher Wei.

Najib memberitahu keluarga Beng Hock bahawa beliau dan semua anggota Kabinet memandang berat kejadian yang menimpanya.

“Apa saja yang perlu akan dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian, dan jika ada sebarang salah laku, tindakan pasti akan diambil,” kata Perdana Menteri kepada keluarga Teoh pada pertemuan selama 30 minit itu yang bermula sekitar 7.30 malam. – Bernama

* Bagus…

0 Comments

 

Pakatan Rakyat guna strategi psikologi bertentangan

MUNYONYO (Uganda) 28 Julai – Pakatan Rakyat cuba melakukan strategi psikologi bertentangan apabila pemimpinnya mengatakan bahawa pakatan itu tidak akan berpecah walaupun ada tekanan daripada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Mereka cuba menutup dengan mengatakan bahawa tidak ada masalah tetapi anda boleh lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Dialog Perkongsian Pintar Global ke-19 di sini Selasa.

Menurut beliau, ada perbezaan serius antara mereka dalam aspek ideologi dan peraturan kerja berkaitan banyak isu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Singapura bahawa pakatan itu tidak akan berpecah sungguhpun semakin tertekan yang kini menjadi tumpuan. – Bernama

* Perbezaan ada, persamaan adalah UmnoBN perlu ditumbangkan dalam pilihanraya ke-13 nanti.

0 Comments

 

Tindakan tegas jika ahli keluar kenyataan berbau fitnah

KUALA LUMPUR 28 Julai – Ahli MCA yang membuat kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti atau mengriktik kepimpinannya dalam ucapan, blog atau menerusi akhbar akan dikenakan tindakan disiplin.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng berkata, langkah itu diputuskan pada mesyuarat majlis presiden di sini hari ini.

Katanya, beliau telah diberi mandat untuk memantau sebarang kenyataan berbau fitnah yang dibuat oleh ahli menerusi pelbagai saluran media dan mereka yang melanggar peraturan itu akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin. – Bernama

* Ahli dah kurang banyak ni macamana…

0 Comments

 

6:21 PM, Tuesday, July 28, 2009

ADUN BN buat laporan polis terhadap Sivakumar


IPOH 28 Julai – Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Speaker yang juga ADUN Tronoh, V. Sivakumar kerana menggunakan kepala surat rasmi Yang Dipertua Dewan Negeri Perak.

Pengerusi Kelab Penyokong BN, Datuk Nadzri Ismail berkata, tindakan Sivakumar melakukan perbuatan itu adalah kesalahan yang serius dan berunsur jenayah.

“Kami menggesa pihak berkuasa menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan segera bagi membendung salah laku seperti ini… seperti biasa Sivakumar dan gerombolan daripada pakatan pembangkang bertindak mengikut ’undang-undang rimba’.

“Mereka telah mengenepikan proses bertamadun dan tindakannya itu adalah satu tindakan ’penyamaran’ yang merupakan perlakuan jenayah,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Nadzri yang juga ADUN Manjoi berkata, Sivakumar tidak mempunyai sebarang hak untuk memanggil mana-mana individu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana beliau bukan lagi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan bukan juga pengerusi jawatankuasa berkenaan. – BERNAMA

* ‘Pergi jahanamlah UMNO’ – Nik Aziz

0 Comments

 

Hayat UMNO Semakin Lama Semakin Pendek


KEMAMAN – UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus menggunakan kuasa kerajaan dan polis untuk menghalang rakyat menegakkan kebenaran.

Tindakan terbaru UMNO/BN negeri Perak menghalang Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang masih sah, V. Sivakumar menjalankan hak dan tanggungjawab menjadikan hayat UMNO/BN semakin lama semakin pendek.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim berkata tindakan yang tidak mengikut lunas demokrasi itu menyebabkan seluruh rakyat menjadi semakin gelisah.

Katanya, malang sekali lagi kepada seluruh rakyat Perak kerana para ADUN dihalang untuk masuk ke dalam bangunan pentadbiran negeri Perak.

”Di(negeri) Perak hari ini, sekali lagi malang berlaku keatas rakyat Perak (kerana) ADUN-ADUN dihalang untuk masuk (dan) menjalankan mesyuarat di dalam bangunan

”(Bangunan SUK) bukan hak milik UMNO, ia adalah hak rakyat,”katanya ketika berucap dalam majlis penerangan anjuran MTD Chukai, di Taman Islam, disini semalam.

Menurutnya, semalam (27 Julai) V.Sivakumar sebagai Speaker telah memanggil satu mesyuarat Jawatankuasa Hak dan kebebasan Dewan.

Katanya, tujuan mesyuarat tersebut adalah memanggil Ganesan, speaker haram yang dilantik UMNO/BN Perak bagi memberikan alasan mengapakah beliau hadir dalam Sidang DUN yang telah mencetuskan kekecohan pada 7 Mei lalu.

“Dengan Speaker yang masih sah, buat keputusan memanggil Ganesan Speaker Haram, untuk hadir dihadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk memberikan alasan,

”apa alasan Ganesan yang boleh diterima beliau sebagai speaker yang sah, apakah sebab Ganesan masuk kedalam DUN Perak sedangkan beliau orang awam,

”apakah alasan Ganesan yang boleh dterima, yang melayakkan Ganesan menggunakan segala kemudahan Speaker DUN Perak dan menikmati gaji sebagai speaker,”tegas Khalil yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Katanya, tindakan tidak membenarkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan menjalankan mesyuarat menggambar UMNO dan BN dalam keadaan nazak dan berada di penghujung hayatnya.

”Inilah langkah-langkah yang menyebabkan hayat UMNO semakin lama semakin pendek, akhir sekali (apabila) UMNO mati kita (akan) kuburkan sebagai satu sejarah,

”langkah mereka buat kerja tak betul menyebabkan seluruh rakyat susah hati dan semakin benci,”katanya.

Turut hadir dan berucap dalam majlis penerangan diatas adalah Ketua Dewan Pemuda Terengganu Ustaz Mohd Noor Hamzah dan Penolong Setiusaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly – Buletinonline

* Kerana terdesak, UmnoBN sanggup lakukan apa sahaja…

0 Comments

 

Polis beri amaran batalkan perhimpunan ISA

Polis memberi amaran tegas terhadap pihak pro dan anti-ISA supaya membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini.

Ketika memberi amaran tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, , Datuk Muhammad Sabtu Osman (kiri) berkata, perhimpunan itu dikhuatiri menimbulkan ketegangan dan mengancam keselamatan awam.

Menurutnya, polis telah memanggil Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) semalam untuk memaklumkan mengenai arahan tersebut kepada mereka.

Manakala polis juga, katanya, akan bertemu dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) petang esok untuk memaklumkan perkara yang sama.

Polis juga, katanya, akan mengadakan sekatan jalanraya dua hari lebih awal dan akan menahan bas-bas disyaki membawa pesertai ke perhimpunan itu.

Sebelum ini, Pewaris dan sepuluh lagi NGO Melayu yang pro-ISA, merancang berdemonstrasi Sabtu ini di ibu negara, serentak dengan perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat polis kontinjen Kuala Lumpur petang ini, Datuk Muhammad Sabtu berkata polis mengkelaskannya sebagai satu perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.

Polis juga, tegasnya, akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan atau undang-undang lain sekiranya ada pihak yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Menurutnya, pihak polis telah bersedia dengan kekuatannya untuk memfokuskan kepada perhimpunan itu jika diadakan juga.

“Polis akan mengambil tindakan berhemah, kecuali tidak ada cara lain. Polis tidak ingin melihat berlakunya kecederaan, luka atau dalam keadaan yang terdesak,” tegas Datuk Muhammad Sabtu.

Ditanya sama ada polis akan membuat tangkapan awal bagi mengelak perhimpunan tersebut, beliau berkata:

“Sebagai langkah pencegahan, polis boleh mangambil tindakan awal mengikut Seksyen 105, Kanun Acara Jenayah, jika nampak niat, pergerakan walaupun sehari sebelumnya,” katanya. – Malaysiakini

* Kuda tunggangan yang baik…

0 Comments

 

Korban ketiga H1N1

Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 42 tahun mati akibat Influenza A (H1N1) petang semalam, menjadikannya mangsa ketiga yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lelaki itu disahkan menghidap Influenza A (H1N1) Khamis lalu.

“Kes itu yang mengalami pelbagai komplikasi telah meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang disebabkan pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, lelaki itu dilapor tidak sihat sejak 6 Julai lalu dan telah mendapatkan rawatan pesakit luar di beberapa klinik dan hospital swasta.

Lelaki itu dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 18 Julai kerana keadaan yang semakin teruk dan didiagnosis sebagai pneumonia.

Semasa di wad, beliau dikesan menghidap Diabetes Mellitus manakala x-ray dada pula menunjukkan beliau mengalami pneumonia.

“Pada 19 Julai kes dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan (ventilator). Memandangkan keadaan kes yang semakin teruk, ujian sampel tekak diambil pada 22 Julai dan disahkan positif Influenza A (H1N1) pada 23 Julai,” katanya.

Liow yang kecewa dengan perkembangan itu berkata, semua klinik dan hospital di negara ini seharusnya mengambil langkah segera dalam mengesan pesakit yang dijangkiti Influenza A (H1N1) bagi membolehkan rawatan segera diberikan.

“Daripada kes ini, kita boleh lihat pesakit ini telah pergi ke beberapa klinik sejak dia tidak sihat dari 6 Julai hingga 18 Julai apabila keadaannya semakin teruk, tetapi pihak klinik masih tidak mengambil sebarang ujian H1N1.

“Jadi saya ingin menggesa semua klinik dan hospital untuk sentiasa berwaspada, lebih efektif dan mengambil tindakan serta langkah segera dalam mana-mana kes yang disyaki influenza. Ada banyak kes yang datang dengan simptom pneumonia tetapi mereka perlu menjalani ujian sama ada ia H1N1 atau tidak. Mereka perlu mengambil langkah segera itu,” katanya.

Mengenai situasi semasa Liow berkata terdapat 95 kes baru Influenza A (H1N1) dikesan, semuanya adalah kes tempatan di kalangan warganegara Malaysia, iaitu 68 daripadanya merupakan kejadian dari 19 kluster baru, 22 kes dari 11 kluster sedia ada manakala lima kes lagi adalah kes-kes sporadik atau terpencil. – Malaysiakini

0 Comments

 

ISA: Mengapa Majlis Fatwa tidak berani?

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) – Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berani mengeluarkan fatwa isu-isu berkaitan kezaliman yang sah bercanggah dengan nas al-Quran dan hadis seperti mana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Majlis Fatwa harus ada keberanian mengeluarkan fatwa dalam isu yang berkaitan kezaliman disamping memastikan fatwa itu dipatuhi.

Kata beliau, mereka sepatutnya memberi panduan kepada rakyat dalam urusan-urusan yang melibatkan hukum.

Malangnya, kata beliau banyak fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa tidak ada tindakan yang diambil.

“Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa tidak ada kekuatan sebagai contoh fatwa melarang memberi penghormatan di Tugu Negara, kalau pemimpin buat pun tidak ada tindakan apa-apa,” katanya semasa dihubungi.

Tegasnya, Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya sudah ke hadapan dalam memberi panduan kepada pemimpin tetapi yang lebih penting daripada itu ialah pemimpin mesti ikut mereka supaya integriti Majlis Fatwa itu dapat dipelihara.

Tambahnya, kaedah Islam telah menentukan bahawa seseorang itu tidak dianggap bersalah perlu diberi peluang untuk membela diri dan didakwa di mahkamah.

“Jadi dalam sejarah ISA sudah beribu umat Islam ditahan tanpa bicara, rakyat yang diseksa, ini dikatakan zalim.

“Saya rasa rakyat bukan suka sangat hendak berhimpun dan turun demonstrasi di jalanan tetapi bila hampir tidak ada jalan lain, apa yang kita tidak buat? Kita sudah hantar memorandum, ambil tandatangan orang ramai, kita adakan seminar dan bantahan jadi kemuncak kepada kemarahan kita akan menyerahkan memorandum melalui himpunan aman,”jelasnya.

Sehubungan itu, beliau yakin apa yang rakyat akan buat pada 1 Ogos nanti bukan satu suasana untuk mewujudkan kekecohan tetapi sekadar luahan rakyat yang berbilang agama dan kaum dalam isu-isu yang berlaku iaitu kezaliman ISA.

– Harakahdaily

* Kalau difatwakan halal?

0 Comments

 

Kru filem dibelasah geng penyamun lagak polis

KUALA LUMPUR: Bukan saja menyamar sebagai pegawai polis, sekumpulan dua lelaki dan dua wanita turut membelasah seorang kru filem dengan besi pembuka tayar hingga mengakibatkan kecederaan di kepala dan beberapa bahagian lain tubuhnya selain dipijak.

Malah, mangsa yang berseorangan ketika kejadian menjerit meminta tolong berikutan kawasan didiaminya itu mempunyai kawalan keselamatan 24 jam namun laungannya tidak didengari.

Sumber polis berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi di Flora Damansara di sini kelmarin, mangsa yang berusia 23 tahun dalam perjalanan ke keretanya sebelum didatangi sekumpulan penjenayah terbabit yang menaiki kereta Proton Persona.

“Pada awalnya, seorang daripada suspek bertanyakan jalan keluar dari kawasan kediaman berkenaan sebelum tiba-tiba seorang dari mereka yang memakai topi berlogo polis meluru ke arahnya sambil mendakwa mangsa terbabit dalam satu kejadian rogol,” katanya.

Mangsa yang tidak mengenali suspek kemudian menafikan dakwaan itu sebelum kumpulan terbabit terus bertindak ganas dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta mereka kononnya untuk dibawa ke Balai Polis Mutiara Damansara bagi tujuan pengecaman.

Berang dengan tindakan mangsa yang cuba melawan, kumpulan penjenayah terbabit turut mengikat kaki dan tangan mangsa menggunakan pita pelekat selain menutup wajah mangsa dengan bantal.

Ketika dalam kenderaan itu, suspek turut merampas barangan berharga milik mangsa selain menghubungi bapa mangsa agar membayar tebusan RM5,000.

Mangsa ditinggalkan seorang diri dalam keadaan cedera parah di satu kawasan pembinaan.

“Sebaik ditinggalkan, mangsa menyedari dirinya berada di kawasan perumahan masih dalam pembinaan,” katanya.

“Mangsa kemudian dibantu dua orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu dan sebaik menerangkan dirinya baru saja disamun dan dibelasah, mangsa dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong sebelum mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan Hospital Serdang,” katanya.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara berhubung insiden berkenaan. – Mymetro

* Sebelum ini ditempat yang sama : Rumah pengantin baru kena pecah

0 Comments

 

Ragut guna alat renjatan elektrik


BUKIT MERTAJAM – Guna alat kejutan elektrik untuk ‘melumpuhkan’ mangsa sebelum ragut barangan berharga.

Alat bersaiz kecil menyerupai telefon bimbit itu mengalirkan renjatan elektrik rendah bagi membuatkan mangsa separuh lumpuh.

Bagaimana pun, taktik terbaru satu geng ragut yang beroperasi sejak tiga bulan lalu tumpas apabila polis menahan empat lelaki berusia di antara 19 hingga 23 tahun sejak 14 Julai lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Mohamad Shah Hussin Shah, tangkapan pertama berlaku pada pukul 5.30 petang di Bukit Minyak di sini.

“Ketika itu, dua daripada suspek cuba melakukan jenayah terhadap dua mangsa iaitu seorang lelaki dan wanita dengan mengacukan alat kejutan elektrik tetapi orang awam yang melihat kejadian itu berjaya menangkap suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam 15 kes ragut, samun serta pecah dan curi dalam kenderaan.

– Kosmo

%d bloggers like this: