Operasi Mengjar Rempit Terengganu

Advertisements

MERDEKA MEMBEBAS DIRI

SANG SAKA BERKIBAR

Perutusan Kemerdekaan: Semangat Kemerdekaan Menyanggah Perhambaan dan Membina Keyakinan Baru

Apabila mendekati tarikh 31hb Ogos, ingatan kita akan mengimbas kembali rentetan peristiwa dan perjuangan rakyat yang berkemuncak dengan Kemerdekaan. Tarikh tersebut terungkap sebagai tarikh keramat ,menjanjikan kebebasan daripada cengkaman penjajah dan menyelamatkan martabat hidup rakyat.

Persoalan yang menerjah kita semua ialah; bagaimana kita menghayati makna tarikh tersebut hari ini. Pergulatan ini menjadi penentu kepada persoalan makna diri kita sebagai rakyat Malaysia.Tekad baru untuk memahami makna diri Malaysia sebagai bangsa merdeka juga menuntut kita untuk memahami bagaimana kita menjadi tidak merdeka; bagaimana kita hilang kemerdekaan sebelum kita memperolehinya kembali.

Lebih dua ribu tahun yang lalu, Brutus bertanya warga Kota Rom “siapakah yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba ?” Ceasar mahu memiliki kuasa yang tidak terbatas. Nafsunya sebegitu besar dan mahu memastikan Rom dalam genggamannya.

Pertentangan antara Brutus dengan Ceaser adalah pertentangan antara kebebasan menentang nafsu kekuasan tidak terbatas. Sejak negara kita merdeka kita masih bergelut dengan pertentangan ini. Kebebasan – kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan institusi kehakiman sentiasa mahu disekat oleh penguasa. Oleh itu kita menginsafi hanya bangsa yang pernah melalui gelita penjajahan akan mengerti makna cahaya kemerdekaan. Bagitu juga, hanya diri yang pernah kebebasannya diragut akan menghargai nilai kebebasan.

Syarahan Perdana Professor Dr. Syed Muhammad Naguib al-Attas yang berjudul Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu juga menghuraikan dengan panjang lebar peranan paksi tauhid sebagai aqidah menambat keyakinan baru yang menolak faham tahyul dan perhambaan, seterusnya menjadi pelantar kepada pemikiran yang berakar dengan tradisi aqliyah dan mencernakan budaya segar dengan bahasa Melayu sebagai pertuturan kepustakaan(lingua franca) rantau ini. Ratusan tahun berlalu yang sewajarnya tambah memperkukuh dan memantapkan semangat dan keyakinan baru tersebut.

Cantik sungguh puteri Palembang,
Sayang bersunting bunga pudak;
Betapa keras dilambung gelombang,
Kucacak tiang, kulayar jua.

Manakala melangkaui separuh abad kemerdekaan, kita rakyat Malaysia sewajarnya mempunyai kesedaran betapa Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pasar, bahasa komunikasi basahan untuk berjual beli. Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa tamadun dan bahasa untuk mengungkapkan pengalaman kemanusian yang paling mendalam dan luhur. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa intelektual dan kerohanian untuk umat Islam, makanya Bahasa Melayu juga seharusnya menjadi bahasa intelektual dan kerohanian umat Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain keyakinan.

Bahasa Melayu yang saya sebutkan di sini bukanlah bahasa milik orang Melayu semata-mata. Bahasa Melayu adalah milik rakyat dan bangsa Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain-lain. Bahasa Melayu adalah milik semua rakyat Malaysia.

Kemerdekaan mestilah tidak terperangkap dengan bahana dari politik sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran. Sejarah ternyata mengajar kita bahawa Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menerbitkan kesatuan semangat untuk menentang penjajah dan imperialisme Barat ketika itu.

Generasi terdahulu yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan, dan mereka yang menempuh zaman mudanya di masa awal kemerdekaan menjadi saksi kepada kepelbagaian aliran dan wadah perjuangan rakyat. Tetapi penulisan sejarah kemerdekaan yang disampaikan kepada generasi hari ini masih belum berlaku adil kerana fakta yang bercampur propaganda. Ini merupakan beban dan tanggungjawab kepada ahli-ahli sejarah kerana tanpa pensejarahan yang adil, kita tidak akan dapat melihat dan menemui makna dan rupa diri bangsa kita yang sebenarnya. Nama pejuang kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, Mat Salleh, Panglima Rentap dan Rosli Dhobi tidak sewajarnya digelapkan dari sejarah menuntut kemerdekaan.

Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkokohkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme, sudah pasti kita menjadi bangsa yang terpinggir. Bangsa Malaysia tidak miskin dengan sumber daya manusianya. Dengan paras pembangunan yang telah dicapai dan kekayaan yang kita miliki Malaysia boleh menjadi negara yang besar. Dan kita perlu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi bangsa yang besar. Tetapi kita tidak boleh menjadi bangsa yang besar sekiranya rakyatnya tidak bebas dan merdeka.

ANWAR IBRAHIM

Dicatat oleh Tukar Tiub pada 5:11:00 AM 0 ulasan

TERIMA LAH HADIAH INI

HADIAH HARI MERDEKA – HARGA MINYAK NAIK LAGI – harakah daily

Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

“Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita,” kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. GEROMBOLAN SUDAH BIJAK…. kah kah kah…

kah kah kah….. NAIK KAN HARGA MINYAK WAKTU BULAN PUASA…kah kah kah..

kah kah kah….. JAMIN TAK ADA DEMO…. kah kah kah….

kah kah kah……LEPAS PUASA ADA RAYA SAKAN…. TENTU ORANG RAMAI LUPA….kah kah kah…

kah kah kah…. INI LAH CONTOH TERBAIK CARA NAK MENIPU OARNG RAMAI… kah kah kah..

Dicatat oleh Tukar Tiub pada 2:53:00 AM 3 ulasan

MASIH NAK KELENTONG



TIADA PERUBAHAN HARGA PETROL UTAMA NEGARA: ISMAIL SABRI
– bernama

KUALA LUMPUR 31 Ogos — Tiada perubahan dalam harga petrol utama negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau hari ini melancarkan petrol RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama yang akan dijual mulai esok di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.80 seliter iaitu sama dengan harga RON97 sebelum ini.

RON97 pula dinaiktaraf sebagai minyak premium dengan harga RM2.05 seliter, manakala RON92 dihentikan pengeluarannya, kata Ismail Sabri.

“Petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan penggunaannya adalah begitu kecil iaitu sekitar lima peratus daripada jumlah keseluruhan penjualan petrol di negara ini.

“Sehubungan itu, kerajaan telah mengambil langkah memperkenalkan RON95 bagi memastikan pengguna mendapat faedah langsung daripada produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga yang disubsidi,” katanya semasa berucap melancarkan RON95 di seluruh negara di sini hari ini.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… INI SATU CARA LAGI NAK MENIPU… kah kah kah…

kah kah kah… BUBUH NAMA MINYAK NI PELIK PELIK… kah kah kah..

kah kah kah… ADA MINYAK RON98.. ADA RON 78… ADA RON8XY… kah kah kah…

kah kah kah…BAGI PEMBELI KELIRU… kah kah kah…

kah kah kah… BAGI PEMBELI PITAM… kah kah kah…

kah kah kah…. BILA PITAM KELIRU….. SENANG KENA TIPU…. kah kah kah…

Dicatat oleh Tukar Tiub pada 2:49:00 AM 1 ulasan

WASPADA AMIL PALSU – berita hairan

JASIN: Kerajaan negeri meminta masyarakat Islam di negeri ini berhati-hati dengan kegiatan amil palsu yang cuba mengutip zakat fitrah di sekitar kampung atau taman perumahan dengan mendakwa atau berlagak sebagai amil bertauliah.

Walaupun belum menerima aduan seumpama itu setakat ini, Majlis Agama Islam Melaka (Maim) menerusi Pusat Zakat Melaka (PZM) bimbang kemungkinan kegiatan terbabit akan dilakukan mereka yang mahu mengaut keuntungan segera.


SURAT MELAUI E-MAIL

Assalamualaykum Wa rahmatullahi Wabarakatuh!

Dear brother

All Praise be to God alone, the Lord of all the worlds, the All-Merciful, the Ever Mercy-giving, the Master of the Day of Judgement. You alone we worship, and you alone we ask for help. Guide us on the Straight Path, the Path of whom you have blessed, not of those who incur you anger, nor of those who go astray. (al-Fatihah 1:1-7).

It is with heart full of love and compassion that I write you this letter and I hope you will take your time to read this carefully and get back to me without any delay in acceptance and endeavor to help me fulfill my noble aim in pursuit ibadah.
First and foremost, let me start by introducing myself to you.

My name is Dr. Ahmed Mohamed and I am originally from Saudi Arabia and live here in England. I am a 60 years old man and have 3 children who are grown up and live with their own families.

My wife is late and at the moment I am battling with lung cancer which gives me no hope of survival following the recent medical reports. I also suffer from atherosclerosis (a disease in which plaque builds up on the inside of the arteries) and I need a plastic surgery for that.

I have also lost my hearing which makes it hard to talk on the phone. I was a real estate developer and Alhamdulillah, a successful one.

Regardless of all the wickedness, crimes and atrocities people are committing in the world today, I am trusting you believing you will carry out my wish with fear of Allah, sincerity and all humility.

My children are not aware of what I am about to do, and if they get knowledge of it, they will go against it but I am doing this because Allah has placed it upon my heart to do it for the benefit of mankind and promotion of the good work of Islam.

I was just making some searches on the internet, came across your contact and decided to write my true heart intentions to you.

If you will not be able to carry out my wish, I shall search for another person, but if you give consent to this and assurance that my wish will be carried out by you, I will proceed with you.

I have been touched by the war crimes caused against my fellow Muslims in Palestine by the Israelis, and I want to make a sincere donation for the people of Palestine.

I was awarded contract in uk two years ago and after the completion of the contract the Ministry of Works and Housing withheld part of my payment which was approved recently.

I want this money to be paid to you and you will either go to Palestine and donate it to them or you look for any Muslim Organisation in your Country where you may donate the money for the Palestine cause. You shall be paid for the time and assistance you put into this.. Whish I suggest 30% of the total sum.

Palestine has Embassy here in England but I don’t trust most of the people working there and as such would not want to make the donation to them through here.

If you can do this for me, I will make arrangement immediately and send my Chauffeur (Lawyer) to arrange with the Ministry for the payment.

The people of Palestine need urgent help and for this I would not want to delay with this donation.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar!

Wassalam
Dr. Ahmed Mohd

Nota:

satu berita dalam negara ini. satu email dari entah mana.
dua dua menjual agama. dua dua mengunakan bulan ramadan.
ini yang kita tahu. entah berapa banyak lagi yang kita tidak tahu.

yang datang dari meja ke meja mengutip derma hendak buat masjid.
yang datang dari meja ke meja mengutip derma untuk anak yatim.

bulan ini berselirat dalam kota kuala lumpur ini. sampai tak selesa makan
kecuali makan dalam resturan mewah atau hotel – macam nyamuk
diwaktu senja lepas saekor saekor datang – tak putus putus.

semua ini adalah manifesati sistem ekonomi kapitalis.
dimana apa boleh dijual akan dijual.
dimana kebajikan yang cacat – yang kurang upaya – yang tidak melihat
tidak terjamin.

bukan malaysia tidak kaya.
kalau tak beli kapal selam sepuluh ribu rumah anak yatim boleh didirikan.
kalau tak beli kereta kebal dari poland semua kampong ada alat dialysis.
kalau bank negara tak hilang 10 bilion ringgit – semua oku – dapat bayaran bulanan
kalau 5 bilion ringgit tak hilang – projek kapal di lumut – semua universiti percuma
kalau 12 bilion pelabuhan klang tak kelentong – semua projek perumahan terbengkalai
selesai
kalau pemimpin kita tak rasuah – semua yang nak belajar boleh ke sekolah

Dicatat oleh Tukar Tiub

Nizar: Betulkah Berita Ini…??? PKR & PAS!!!

Selasa, September 01, 2009 2 comments Posted by Isa 3:49:00 AM

 

Malam semalam hampir setengah jam aku berbual (telefon) dengan kawan yang boleh di katakan berjawatan juga dari komponen PR di sebelah utara tanahair. Maklumat yang di perolehi agak mengejutkan juga.

Lantas aku sms pertanyaan untuk kepastian kepada beberapa blogger senior yang ada “connection” dengan kepimpinan tertinggi, ada yang mengatakan, “masukkan dalam blog dan tunggu responnya”. Mungkin ada yang akan menghuraikan kepastian maklumat tersebut.

Seorang lagi blogger tersohor yang ada ilmu makrifat pula mengatakan “tak masuk akal”, aku hormati jawapannya, kerana aku sependapat dengan beliau pada mulanya, memang tak masuk akal pun.

Merujuk pembacaan aku di sini, diantara bait tulisannya, klik – “Kepala hotak ahli politik full-time ni kadang-kadang luar-biasa atau luar-dugaan”. Terfikir juga akan kebenarannya, kerana apabila sudah mencapai suatu tahap membosankan, seseorang itu akan mengambil keputusan yang menggemparkan untuk kebaikkan semua dan menyelamatkan keadaan (Win..Win…Situation).

Jangan anggap perkara ini remeh, hanya pemimpin atasan sahaja yang tahu betapa pening dan siksanya mereka terpaksa menyembunyikan tekanan yang dihadapi dari Kerajaan dan parti pemerintahannya si UmnGok yang bermaharajalela memberi tekanan politik dari masa ke semasa.

Banyak juga alasan dan sebab musababnya yang positif dan logik jika direnungkan sedalam-dalamnya, dan aku pun bersetuju juga dengan semua alasan yang dikemukakan, kita simpan (KIV) dulu siapakah beberapa individu tersebut, tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya.

Isa: Apa pun “Dalam politik semuanya Berkemungkinan”.

Kereta anda sesuai ke dengan RON95?, sila pastikan

Lis kereta dan kesesuaian:
Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob said the RON95 petrol to be introduced on Sept 1 is good for all vehicles.”Motorists are urged to switch to RON95 as it is good for any type of vehicle, from cheap cars to luxury ones. You don’t need to use RON97,” he told reporters at his office here today. Ismail Sabri however said it was up to motorists if they wanted to use RON97 petrol.
(Honda menumumkan semua kereta buatan Honda boleh menggunakan RON 95 kecuali Honda Type R)
Posted by pasbangi at 05:07 0 comments
Tindakan sekumpulan kecil (lebih kurang 50 orang) mengarak kepala lembu di Shah Alam di bidas oleh semua rakyat dan pemimpin yang bencikan perkauman. Samada dari Pakatan Rakyat atau BN mereka senada mengutuk tindakan perkauman dan menghiris kepercayaan agama orang lain. bebrapa hari lalu Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz dengan jelas menyatakan kekesalan beliau dengan tindakan sekumpulan penunjuk perasaan yang menggunakan kepala lembu sebagai membantah cadangan penempatan semula kuil Hindu di Seksyen 21 Shah Alam. Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata tindakan keterlaluan yang telah menimbulkan rasa kurang senang kaum dan agama yang lain tidak seharusnya timbul, kerana setiap masalah yang wujud boleh diselesaikan melalui rundingan. Mengulas lanjut tindakan kumpulan 50 yang meletakkan kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah pemindahan kuil, Mukhriz berharap mereka lebih rasional dan memikirkan akibat perbuatan tersebut terhadap kaum lain sebelum melakukan sesuatu tindakan.
Harakahdaily juga melaporkan kebanyakan penduduk Seksyen 23 menyifatkan demontrasi kepala lembu berdarah dan menconteng dinding dengan kata-kata kesat sebagai sesuatu yang ekstrem, keterlaluan serta tidak menghormati kepelbagaian penganut agama penduduk tempatan. Dakwaan mereka, insiden terbabit sebenarnya bukan mewakili suara penduduk tempatan yang rata-ratanya berpendidikan tinggi dan berpegangan moral, sebaliknya ia adalah usaha pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik mereka sendiri.
Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS negeri Kelantan Ustaz Muhammad Mustafa berkata, selain menyinggung perasaan penganut agama hindu, tindakan di luar ajaran Islam itu juga mampu mencetuskan ketegangan kaum.”Apakah dengan membuat demonstrasi membawa kepala lembu tersebut satu cara penyelesaian? Ini akan menyinggung perasaan penganut agama Hindu yang mereka menganggapkan lembu sebagai seekor binatang suci. Islam tidak menyuruh kita menyinggung perasaan penganut agama lain,” ujar Adun Demit tersebut.Image
Posted by pasbangi at 04:43 0 comments
Tujuh penumpang cedera apabila enam daripada sembilan gerabak Ekspres Sinaran Pagi dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura, tergelincir berhampiran Stesen Kereta Api Batu Anam, Segamat dekat sini, semalam. Menurut Pengurus Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wilayah Selatan, Tariq Omar, tujuh penumpang itu mengalami kecederaan ringan dan kini menerima rawatan di Hospital Daerah Segamat. Ketika kejadian pada 11.50 pagi itu, keretapi tersebut membawa lebih daripada 250 penumpang. Kesemua penumpang kereta api itu telah dihantar ke destinasi masing-masing dengan bas yang disewa khas
Posted by pasbangi at 04:37 0 comments
Mulai hari ini 1 September 2009, petrol baru RON 95 yang diperkenalkan bagi menggantikan petrol RON92 akan dijual pada harga RM1.80 seliter manakala petrol RON97 pula pada RM2.05 seliter. Perkara ini diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media semalam. Inilah hadiah hari kebangsaan ke 52 untuk rakyat Malaysia. Harga barang bertambah naik itu rakyat tanggunglah. Sendiri pilih kerajaan sendiri rasalah penangan dari pilihan sendiri. Untuk menurunkan semula tak ada cara lain lantik kerajaan baru. bila?, kena tunggulah dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Jangan tersilap pilih lagi. Tak guna cakap, tak guna laungkan hari-hari, merata-rata rakyat didahulukan, sedangkan realitinya rakyat makin derita. harga barang dewasa ini makin mencekik rakyat, bukan sahaja pembeli malah penjual. Bila kos modal meningkat penjual mahu tidak mahu terpaksa menaikkan harga barang. Kalau tidak ada untung tak guna berniaga. Jadi selagi kos utama peniaga meningkat terutama petrol dan disel, maka peniaga terpaksa naikkan harga barang bagi mengelakkan perniagaan gulung tikar. mangsa seterusnya,…pengguna. Siapa pengguna?, rakyat terbanyak
Posted by pasbangi

Umno P.P bergolak: Pemuda UMNO Bagan Datoh bidas Ketua UMNO Bahagian Paya Besar

BAGAN DATOH – Tindakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman menggesa Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil di Permatang Pasir adalah tidak wajar dan keterlaluan.

Naib Pemuda UMNO Simpang 4, Mohd Najib Mohd Mokhtar berkata, tidak adil meletakan punca kekalahan kepada Zahid sepenuhnya.

Menurutnya, telah banyak pilihan raya kecil diadakan dan setakat ini BN hanya mampu menang di Batang Air, Sabah tetapi mengapa Pengerusi Perhubungan UMNO di kawasan lain tidak dipersalahkan.

“Bagi saya bukan faktor calon dan indeks petunjuk prestasi (KPI) yang menjadi punca kekalahan tetapi keyakinan rakyat kepada BN dan UMNO masih belum ketentuan.

“Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya keluar dari mulut Datuk Ahmad Tajuddin dan sepatutnya ahli-ahli tertinggi UMNO terus berjuang dan terus menutup segala lubang-lubang yang ada agar keyakinan rakyat kembali pada UMNO dan BN,” katanya dalam satu kenyataan medianya kepada Sinar Harian.

Mohd Najib berkata, bukan masanya pihak-pihak dalam parti menuding jari menyalahkan ahli-ahli UMNO sendiri.

Menurutnya, dalam keadaan UMNO sedang diuji sikap sedemikian perlu diubah termasuk memberi isyarat kepada rakyat bahawa apa yang diperjuangkan oleh UMNO dan BN selama ini perlu diubah.

“Perdana menteri telah memperkenalkan serta mewujudkan satu tonik yang dinamakan 1Malaysia dan apakah tonik ini mujarab untuk memperbaiki luka-luka yang ada pada UMNO dan barisan nasional?

“Jawapannya ada pada ahli-ahli UMNO dan BN sendiri. Jika ahli-ahli parti masih terus bertelagah maka Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang pasti kita menghadapi masalah,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada ahli-ahli UMNO agar terus bersatu dan bekerja keras agar bagi mencapai amanat rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

sumber, Sinar Harian Online
baca lagi [click here]…

Buah Pala folks turn to court again, to buy time

 kgpala-stevens-aug31Joseph Stephen (seated) with other villagers, they are keeping their hopes with their lawyers tomorrow at the high court. – Picture by Jack Ooi

By Neville Spykerman

GELUGOR, Aug 31 — Residents of Kampung Buah Pala are again turning  to the courts to prevent the impending demolition of their homes.

Residents Association secretary Joseph Steven Draviam said lawyers representing them will file an injunction at the Penang High Court tomorrow.

“We are all hoping the court will grant us an urgent order on the basis of human rights.”

Joseph said the residents have nowhere to go if their homes are demolished.

 

 kgpala-signboard-aug31The signboard for the village. – Picture by Jack Ooi

The residents have been locked in a battle with the developer and owners of the land and have already lost all previous attempts to get the courts to prevent the demolition of their homes.

 

The villagers have turned to Umno and the prime minister to intervene in their plight and are hoping the injunction will buy time for a solution to be found.

Developer Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd has had to abort two previous attempts to demolish the homes due to strong resistance by villagers.

In their last attempted on Aug 13, the developer moved in to demolished the homes after most of the residents rejected the offer of a double-storey house as compensation.

After a tense standoff, a new dateline was set and the homes are scheduled to be demolished tomorrow.

 

 kgpala-livestock-aug31Where will the livestock go? – Picture by Jack Ooi

Meanwhile Joseph, who is among three villagers who were arrested and released by police on Sunday, told the press  he has also lodged a police report for what he claims were unlawful detentions.

 

He said they were arrested for threatening a Bangladeshi worker hired by the developer to demolish their homes on August 4.

However he denies the allegations.

“The state government had intervened on August 4 before the workers could move in to demolish our homes, so there was no reason for us to threaten anyone.”

He added villager M.Sugumaran who was arrested with him, was not even in Penang at the time of the incident but in Kuala Lumpur.

Joseph also questioned the timing of their arrests, pointing out the incident allegedly took place weeks ago.

“We were told to go to the police station to have our statements recorded and then the police decided to arrest us”.

Other residents who heard about the arrest rushed to the Jelutong police station in Georgetown and stopped a police van from taking the trio to city police headquarters in Jalan Patani.

The men were taken back into the police station before being released on police bail two hours later.

Anak Muda Terengganu Hilang Arah, Konon Menyambut Merdeka 52 Thn

%d bloggers like this: