The lives and times of two ustaz

SEPT 23 — These are men and women whom you will never read or hear about. They may be well known to their community, but their “fame” stays there, in that circle.

You are probably familiar with the sight of them, on their kapchais or small, beat-up cars, wearing a kopiah or tudung as they go about their days. They are greeted with delight when they visit their young students’ homes to teach them tajweed and Fardhu Ain, but they will never be revered as the ulamas who rule this country.

They are your neighbourhood ustaz and ustazah, who teach your children and perhaps adults how to read the Holy Quran. They guide their students on how to pray; the meaning of fasting, and it is they the community turns to during times of need. They visit and act as the imams of a family jemaah during a kenduri. Blink and you might miss them.

Ustaz Z is one of these. In his mid-30s, Ustaz does not look like the regular neighbourhood preacher. His countenance is calm and he vibrates a youthful energy. Z was educated locally and in South Africa, and is currently finishing his master’s in Islamic studies.

He enjoys being an ustaz, because he gets to educate and empower a community, and his pet cause is Muamalat Islam — Muslim economy, an aspect of Islam which needs more encouragement.

After all, Prophet Muhammad (Peace Be Upon Him) was a businessman too. Islamic economy needs a revival and Muslims ought to push this agenda. So far so good, he has met with success when he preaches at the mosque on the wonders and benefits of an Islamic economy which marries social justice and economics.

“The thing with the Malays is that, we think Islam is all about Fardhu Ain, when Islam covers everything, including business and wealth. Imam Malik and Imam Abu Khalifah were not only leaders of their communities, they were also rich in their own right,” Z says.

However, the public perception of how an ustaz should behave continues to frustrate him. Men and women “of the cloth” should stay “poor”, and not conduct businesses. They cannot be more than a person of religion; they cannot aspire to greater heights.

“Where does it say in the Quran and Hadith that we cannot improve just because we’re ustaz?”

His days are taken up by his business which is selling cars, and at night he gives talks at the mosques in Cheras. During weekends he is based in the mosque near Taman Desa where he meets and counsels members of his congregation who are in need of a listening ear. When night arrives, he reads books. He reads fiction and non-fiction, anything which piques his interest.

When asked why a big portion of the Malays get involved in all sorts of social “ills”, Ustaz Z shakes his head. The Chinese don’t do (incest), he said softly. He thinks it’s a punishment from Allah that has befallen the Malays. “Because we’re more Malay than Muslim. And our focus is not on doing good things. That’s why we are problematic.” He gets up, and asks for leave, he has to go to work.

In contrast, Ustaz N is your typical neighbourhood “priest” whom you grew up with. A permanent resident of Malaysia, his life has been full of challenges. He started out working for Kuala Lumpur City Hall before he turned to his original path — teaching young children tajweed and Fardhu Ain.

In between the teaching, he takes on odd jobs, as long as the work is halal. From helping his more wealthy students’ families move house, to buying satay for another family, Ustaz N can be considered a jack of all trades.

Unlike Ustaz Z who is tri-lingual, Ustaz N speaks Indonesian and Arabic. He does not have a degree in Islamic studies. He hopes to gain a diploma in it though.

Sometimes he does not turn up. It is not because of laziness; he probably accepted an odd job — helping roof a house in Segambut — because it would help pay for his children’s school fees and supplies. When he comes back to teach, he is overly apologetic. But this is the life of a poor pious man.

The pride and joy of his life are his sons. They are first-generation Malaysians, and two have been accepted into UiTM. They were going to pursue what had been denied to him all this while: a university degree. Never mind that to the educated, “exposed” Malaysian, local universities are decried as bastions of incompetence, and perhaps fascism; for Ustaz N, UiTM is his family’s future.

Still, being “poor” in Malaysia is better than being “poor” in Indonesia. Here, they eat. They have been lucky: their furniture was donated by the parents of students. His neighbours tease him, “You have the most ‘well-dressed’ house in the kampung!” Somehow, somewhere, though little, there is money. Allah provides.

“Ustaz. Ustaz kan tahu, ‘ngajar anak murid Ustaz doa-doa dan zikir-zikir untuk mencari rezeki. Kenapa Ustaz tak buat sendiri?” his students ask.

He smiles. This is his fate, he says. Men of the cloth stay poor.

The one common denominator the two men share would be that they are the ones who their communities turn to in times of need. Help heal us of this illness. Help us counsel our errant children. Please help us become rich.

These are men of the cloth you will never read or hear about. They are not the Abdullah Yasins or Ismail Kamus of the present and future. These are ordinary men, who just want to spread the word of God, and lead lives that many other Malaysians do.

Dekati rakyat bukan pada majlis rumah terbuka sahaja — Dr Sapora Sipon

SEPT 23 — Malaysia sebagai sebuah negara berpenduduk majmuk memerlukan usaha yang berterusan dan komited untuk memastikan rakyatnya dapat menjalin perpaduan lebih erat.

Elemen asas yang perlu diwujudkan dalam mencapai perpaduan yang jitu ialah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.

Negara memerlukan kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan di kalangan rakyatnya dalam membina Negara bangsa.

Rumah terbuka pemimpin adalah antara wadah di mana elemen-elemen di atas boleh diwujudkan.

Kehadiran rakyat sama ada daripada pelbagai kaum menunjukkan perpaduan memang sedia terjalin. Cuma kini, langkah lebih proaktif diperlukan untuk memperkukuhkannya.

Konsep 1 Malaysia adalah langkah bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Pemimpin yang diterima rakyat ialah pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi serta dapat mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti slogan “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

Rumah terbuka pemimpin mendekatkan pemimpin kepada rakyat. Rakyat menginginkan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara.

Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Bagaimanapun, pemimpin perlu mesra setiap masa, bukan sahaja pada hari perayaan.

Walaupun majlis rumah terbuka adalah platform paling sesuai untuk mendekati rakyat, para pempin seharusnya mengadakan lebih banyak perjumpaan untuk membolehkan rakyat mendekati mereka tanpa ada batas protokol.

Ini akan membolehkan mereka meluahkan masalah terutama yang berkaitan dengan kawasan masing-masing.

Kemajuan pembangunan sama ada dari segi fizikal dan kerohanian memerlukan kepimpinan yang jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan juga bersifat amanah.

Ciri-ciri ini amat penting untuk pemimpin bagi melaksanakan tanggungjawab mereka kepada negara. Setiap pemimpin yang telah diberi amanah oleh rakyat seperti mana yang tercatat dalam konsep 1 Malaysia perlu bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi.

Tanpa mengira parti politik yang disertai, pemimpin perlu cemerlang dan komited serta memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam member perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Tanggungjawab menjayakan 1 Malaysia bukan sahaja terletak kepada pemimpin. Ia tanggungjawab semua. Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warga memainkan peranan masing.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami, menghayati dan mengamalkan lapan nilai dalam konsep 1 Malaysia. Lapan teras tersebut perlu menjadi budaya kita iaitu kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. — Utusan Malaysia

Polis siasat isu penyebaran Kertas Kabinet PKFZ


KERATAN Kosmo! 5 September 2009.


 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di sebuah laman web baru-baru ini akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa atau berapa ramai yang akan disoal siasat untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab mendedahkan dokumen sulit itu yang membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Polis akan memanggil sesiapa saja yang dipercayai terlibat tanpa mengira kedudukan mereka,” katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini semalam.

Dadah ATS punca pemandu bas mamai

 

Oleh ZAINI SAMSU HADI dan SAIFUL AFFENDY SAPRAN
berita@kosmo.com.my

 


ADA pemandu mengambil dadah jenis ATS untuk mengelak rasa mengantuk ketika memandu dalam tempoh yang panjang.
– Gambar hiasan


 

KUALA LUMPUR – Penggunaan dadah ketika memandu menyebabkan seseorang itu lambat bertindak balas terutama dalam situasi kecemasan dan ia didakwa antara punca kemalangan jalan raya.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Prof. Dr. Mahmood Nazar Mohamed berkata, seseorang penagih itu lambat bertindak kerana sistem derianya diganggu pengaruh dadah.

“Contoh mudah apabila kenderaan di hadapan berhenti secara mengejut, pemandu di bawah pengaruh dadah lambat bertindak untuk membrek,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas penahanan 21 pemandu bas ekspres yang didapati positif menggunakan dadah oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti yang disahkan Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan kelmarin.

‘Dia bukan mangsa trauma’

 

Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRAN
saiful.sapran@kosmo.com.my

 

MOHD. ADROS


 

KUALA LUMPUR – Kisah bekas peniaga gerai, Mohd. Adros Ma’areh, 58, yang hanya boleh makan nasi, empat jenis sayur serta minum air osmosis songsang (RO) menjadi lebih aneh apabila diet ganjil itu didakwa bukan akibat trauma penyakit diabetes kronik yang menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong.

Malah lama selepas Mohd. Adros disahkan menghidap diabetes dan kakinya dipotong kira-kira 20 tahun lalu, dia masih berselera makan seperti manusia normal.

Isterinya, Laila Mamat, 53, berkata, sebelum ini suaminya tiada pantang dan menggemari durian, lauk ayam dan daging.

Namun, semuanya berubah secara mendadak pada Ogos tahun lalu apabila Mohd. Adros terus sakit kepala jika makan makanan selain daripada nasi, sayur kobis panjang, kobis bulat, sawi dan bendi.

“Suami saya bukan trauma sebab dia sudah lama menghidap diabetes sedangkan baru tahun lepas selera makannya berubah,” kata Laila ketika dihubungi di rumahnya di Taman Bukit Cheng, Melaka semalam.

Bawah 20 ke Pra Sukan SEA

 

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
wanfakhrul@kosmo.com.my

 


SKUAD Harimau Muda gigih berlatih bagi menghadapi kejohanan Pra Sukan SEA di Vientiane, Laos dari 2 hingga 6 Oktober depan.


 

MALAYSIA hanya akan menghantar skuad bawah 20 tahun (B-20) negara, Harimau Muda untuk beraksi pada Kejohanan Bola Sepak Jemputan Pra Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos dari 2 hingga 6 Oktober depan.

Ini kerana, semua pemain skuad B-23 negara kendalian K. Rajagobal akan beraksi pada siangan Piala Malaysia bermula Sabtu ini kecuali enam pemain Harimau Muda iaitu Ahmad Shakir Md. Ali, K. Gurusamy, Fandi Othman, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Faizal Muhamad.

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, seramai 29 pemainnya termasuk enam pemain tersebut mula turun menjalani latihan petang semalam sebagai persiapan menghadapi Pra Sukan SEA itu.

“Sebenarnya skuad Harimau Muda bakal menghadapi dua kejohanan. Selepas Pra Sukan SEA di Laos ini, kami akan terus ke Vietnam untuk Kejohanan Jemputan B-21 Piala Newspaper 2009 bermula 9 Oktober depan.

“Daripada 29 pelatih yang ada ini, kita akan berlepas ke Laos Rabu depan dengan hanya membawa 20 pemain terbaik gabungan separuh pemain B-18 dan separuh pemain B-20,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Menurut Kim Swee, bagi Pra Sukan SEA, Malaysia akan membuka tirai saingan bertemu Thailand pada 2 Oktober diikuti perlawanan menentang Vietnam pada 4 Oktober dan Laos pada 6 Oktober.

“Kejohanan berlangsung secara liga satu pusingan. Hanya Laos turunkan skuad B-23 manakala Thailand dan Vietnam akan hantar pasukan B-19 yang pernah kita bertemu pada Kejohanan B-19 ASEAN (AFF) di Vietnam Ogos lalu.

“Kejohanan ini satu pengalaman baik buat pemain muda kita terutama enam pemain kita yang akan bersama skuad B-23 ke Sukan SEA Disember depan. Mereka dapat mengambil kesempatan merasai suasana dan keadaan padang di Laos,” jelasnya.

Bagi saingan Piala Newspaper 2009 pula, Kim Swee berkata, Malaysia akan bertemu Iran B-21 pada 9 Oktober dan China B-21 pada 11 Oktober bagi saingan Kumpulan B manakala Kumpulan A pula membariskan tuan rumah, Vietnam, Thailand dan Singapura.

“Kita diundi dalam kumpulan sukar tetapi kita harus cuba beri saingan untuk mara ke separuh akhir. Dua kejohanan ini cukup penting sebagai persiapan kita ke pusingan kelayakan Kejohanan B-19 Asia (AFC) 2010 di China, November depan,” ujarnya.

Langit Sydney bertukar jadi oren


 

SYDNEY – Jika Malaysia dilanda jerebu akibat pembakaran hutan, satu ribut debu yang berasal dari kawasan pedalaman menyelubungi timur Australia menyebabkan langit di bandar raya Sydney bertukar menjadi warna oren semalam.

Ribut debu itu menyebabkan pengangkutan awam terjejas manakala pihak berkuasa kesihatan memberi amaran berhubung penyakit berkaitan pernafasan dengan meminta orang ramai tinggal di dalam rumah.

Pesawat-pesawat penerbangan antarabangsa dialihkan dari Sydney, perkhidmatan pengangkutan feri ditangguhkan manakala pengguna kenderaan diminta memasang lampu kerana kadar jarak penglihatan terbatas.

Bagaimanapun, suasana itu tidak menyebabkan semua aktiviti terhenti.

Pantai Bondi di Sydney masih dikunjungi oleh peluncur ombak dan kanak-kanak bermain di taman permainan walaupun ruang udara diseliputi dengan warna oren.

Ribut debu itu yang pada mulanya menyelubungi bandar perlombongan Broken Hill kelmarin sebelum bergerak ke timur berpunca daripada debu yang terbang dari kawasan dilanda kemarau.

Pihak berkuasa mendesak orang ramai yang mempunyai penyakit asma atau kesukaran bernafas supaya tinggal dalam rumah atau bangunan.

“Orang ramai yang berdepan dengan risiko ialah kanak-kanak, orang tua, wanita hamil, mereka yang menghidap penyakit jantung dan paru-paru.

“Partikel debu itu akan meningkatkan risiko orang yang menghidap penyakit tersebut menjadi tidak sihat,” kata seorang pegawai Jabatan Kesihatan Negeri New South Wales, Wayne Smith.

“Ia seperti hari pertarungan antara golongan baik dengan jahat kerana apabila saya berada di dapur melihat ke arah langit, ia menjadi oren,” kata seorang penduduk memberitahu radio Stesen Penyiaran Australia.

Ribut itu dianggap yang terburuk dalam tempoh 70 tahun tetapi tidak ada seorang pun dilaporkan meninggal dunia.

Bagaimanapun, perkhidmatan ambulans melaporkan menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang mengalami masalah pernafasan.

Menjelang tengah hari, ribut itu berakhir.

Ribut itu yang membawa 5 juta tan debu itu kemudian bergerak ke negeri Queensland, selatan Australia.

Biro Meteorologi Australia menyatakan ribut petir dan angin kencang yang menerbangkan debu dari kawasan pedalaman dan menyebarkannya ke kawasan penduduk paling padat di Australia.

Angin selaju lebih 100 kilometer sejam turut menyebabkan kebakaran di negeri itu.

“Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku. Kami melihat bumi, angin dan api berlaku secara serentak,” kata seorang pakar meteorologi, Dick Whitaker. – Agensi

Ayam raya kurang laku


 

KUALA LUMPUR – Penjual ayam, Mohd. Efan Tamin, 29, masih ingat betapa sibuknya dia menguruskan gerai ayamnya sehingga tidak menang tangan di Pasar Chow Kit di sini pada musim perayaan tahun lalu.

Pada waktu itu, letak sahaja berapa harga, pelanggan merungut tetapi akhirnya masih ramai yang membeli.

Keadaan itu bagaimanapun sudah berubah tahun ini apabila dia sendiri berasa jemu menunggu pelanggan.

“Sewaktu raya tahun lepas saya jual sampai 500 ekor ayam sehari tapi kali ini 100 ekor pun tak boleh,” katanya ketika ditemui di Pasar Chow Kit semalam.

Pengalaman pahit Mohd. Efan itu turut dialami ramai penjual ayam lain di pasar-pasar basah yang terletak di bandar-bandar besar di seluruh negara.

Ramai telah memesan stok yang banyak dengan harapan membuat keuntungan besar apabila menjual ayam pada harga RM6.50 hingga RM6.80 sekilogram berbanding harga siling RM6.90.

PAS Berpeluang Menang DI Sarawak

PAS Sarawak akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan akan berusaha keras untuk memenangi pilihan raya umum ke 13 nanti.

Pesuruhjayanya, Ustaz Othman Musthapa berkata, dalam memburu kemenangan tersebut beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dikenal pasti untuk PAS bertanding dalam pilihan raya negeri yang dijangka pada 2010 ini.

“Insya-Allah Pas akan berusaha meletakkan seberapa ramai calon daripada yang sudah-sudah dan kemungkinan besar kita akan letakkan lebih daripada sepuluh calon untuk pilihan raya negeri akan datang,” katanya

Lagi pun katanya, PAS mewarwarkan untuk meletakkan lebih sepuluh kerusi Dun daripada pilihan raya yang lepas.

Beliau berkata, bagi merealisasikan kejayaan tersebut PAS negeri banyak cawangan ditubuhkan di samping menggerakkan jentera pilihan raya di kawasan-kawasan yang dijangka akan menang.
“Antara yang kita target PAS boleh menang seperti Batang Sadung dan Batang Lupar.

“Tambahan pula melihat kepada sokongan, tsunami politik sekarang ini beralih kepada Pakatan Rakyat,” ujarnya mengulas persiapan PAS Sarawak untuk hadapi pilihan raya negeri yang dijangka tahun depan.

Tambahan pula katanya, mereka juga berjaya menambahkan bilangan ahli setiap hari.

Apa yang menggembirakan katanya PAS Sarawak berjaya kelab penyokong penyokong PAS daripada orang Iban dan Bidayuh.

Kelab tersebut katanya, ditubuh di Batag Lupar dan setakat ini bilangan ahlinya seramai 170 orang.

“Yang lain itu Insya-Allah kita akan gerakkan lagi dan kita akan meminta Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Dalam pada itu katanya, bagi merampas kerusi BN di Sarawak mereka tidak keseorangan sebaliknya turut dibantu pimpinan PAS Pusat.

“Setakat ini Alhamdullilah pimpinan PAS pusat tidak membiarkan kami berseorangan.

“Mereka sama-sama turun ke Sarawak dan banyak program untuk persediaan menghadapi pilihan raya dan sebagainya dilaksanakan.

“Contohnya kita membuat program khusus pilihan raya dan seminar pilihan raya.

“Antaranya kita menjemput PAS pusat untuk hadir bersama-sama untuk bagi mendapat input dalam pilihan raya dan kursus-kursus yang diadakan,” katanya.

Menurutnya, antara yang turun ke negerinya ialah Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Abu Bakar Chik, Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Wahid Endut.

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=3928

Posted by Blogging untuk PR

Waktu tahajjud dan qiamullail

 

http://akhisalman.blogspot.com

MUKADDIMAH

Banyak kali persoalan berkenaan dengan perbezaan tahajjud dan qiamullail diajukan kepada saya. Begitu juga dengan waktu permulaan bagi keduanya. Terbaru adalah soalan yang diajukan di dalam shoutbox. Oleh itu saya akan jawab dengan mengemukakan dalil dan pandangan ulama.

PERBEZAAN QIAMULLAIL DAN TAHAJJUD

Qiamullail: Setiap solat sunat yang dilakukan pada waktu malam.

Tahajjud: Setiap solat sunat yang dilakukan selepas tidur pada waktu malam.

Oleh itu setiap solat tahajjud adalah qiamullail dan tidak semestinya solat qiamullail itu solat tahajjud.

Dalilnya adalah hadis yang diucapkan oleh seorang sahabat Nabi saw , iaitu Hajjaj bin Amru ra beliau berkata:

بحسب أحدكم إذا قام من الليل يصلي حتى يصبح : أنه قد تهجد؟ إنما التهجد المرء يصلي الصلاة بعد رقدة ثم الصلاة بعد رسول الله وتلك كانت تلك صلاة رسول الله

” Adakah sesorang menyangka apabila dia menghidupkan malam dengan solat sehingga subuh itu sudah dikira tahajjud? Sesungguhnya tahajjud hanyalah solat malam selepas tidur. Kemudian solat selepas tidur. Itulah cara solat Rasulullah saw.” (Hr Thabrani )

Daripada Hajjaj bin Amru ra beliau berkata:

كان رسول الله يتهجد بعد نومه

“Rasulullah saw solat tahajjud selepas tidur.” (Hr Ibnu Abi Khaisamah – hasan)

Ulama Syafie dan Maliki memberi definasi solat tahajjud:

“Solat sunat pd waktu malam selepas tidur.”

PERMULAAN WAKTU SOLAT QIAMULLAIL

Rasulullah saw bersabda:

لا بد من صلاة بليل ولو حلب شاة وما كان بعد صلاة العشاء الآخرة فهو من الليل

“Solat malam adalah satu kemestian sekalipun sekadar perahan susu kambing biri-biri. Solat yang dilakukan selepas solat fardu isya adalah dikira solat malam.” (Hr Thabrani – daif)

Ulama telah berselisih pendapat pada masalah ini kepada dua pendapat:-

Pendapat pertama:

Solat qiamullail adalah solat sunat yang dilakukan selepas solat isya.
Ini adalah pendapat mazhab Hanafi dan sebahgian ulama syafie.

Pendapat kedua:

Tidak disyaratkan solat qiamullail itu dilakukan selepas isya’. Waktu solat qiamullail bermula apabila masuk waktu magrib.

Imam Bahuti berkata:

“Disunatkan Qiamullail. Waktunya bermula dari waktu magrib sehingga waktu subuh.”

PERMULAAN WAKTU TAHAJJUD

Ada dua pendapat mengenai perkara ini seperti berikut:

Pertama: Mazhab Syafie

Imam Syarwani berkata: Tahajud menurut istilah ulama syafie adalah sembahyang sunat yang dilakukan selepas solat isya sekalipun sebelum masuk waktu isya bagi yang melakukan jamak takdim dan hendaklah dilakukan selepas tidur. Tidak kira apa jua jenis solat sunat samada solat sunat rawatib atau solat-solat sunat yang lain.

Kedua: Mazhab hanafi.

MAzhab hanafi mensyaratkan untuk dikira solat tahajjud hendaklah dilakukan selepas masuknya waktu isya dan dilakukan selepas tidur.

WAKTU QIAM DAN TAHAJJUD RASULULLAH SAW

Aisyah ra telah menjawab soalan tentang solat malam Rasulullah saw:

كان ينام أوله ويقوم آخره فيصلي ثم يرجع إلى فراشه فإذا أذن المؤذن وثب فإن كان به حاجة اغتسل وإلا توضأ

“Nabi saw tidur pada awal malam kemudian bangun diakhir malam dan melakukan solat malam. Kemudian baginda akan berjimak dengan isterinya jika baginda berkeinginan sebelum baginda tidur semula. Bila azan berkemandang, baginda akan bangun dan mandi junub jika telah berjimak dan hanya berwuduk jika tidak berjimak.” (Hr bukhari dan Muslim)

WAKTU HABIS QIAMULLAIL

Kebanyakan ulama yang terdiri dari mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hambali mengatakan habisnya masa qiamulail dan tahajjud adalah bila masuk waktu subuh.

Aisyah ra telah berkata:

كان رسول الله صلى الله يصلي من الليل حتى يكون آخر صلاته الوتر

” Rasulullah saw solat pada waktu malam yang diakhiri dengan solat witir.” (Hr Muslim – sahih)

Ini menunjukkan solat Rasulullah saw berakhir sebelum masuk waktu subuh.

Pesanan Penting:

Hendaklan setiap muslim yang telah qiamullail dan tahajjud pada bulan ramadan meneruskan amalan mereka selepas ramadan. Janganlah kita merobohkan binaan amalan yang telah dibina di bulan Ramadan. Nabi saw bersabda:

يا عبد الله لا تكن مثل فلان كان يقوم الليل ثر ترك قيام الليل

“Wahai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si fulan, dahulu dia melakukan qiamullail. Kemudian dia meninggalkannya.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan amalan2 yang lain kita perlu teruskan dengan ikhlas.

Rujukan: Mawaqit Ibadah Zamaniah wal Makaniah oleh Dr Nizar Mahmud dan Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Asqalani.

Posted by akhisalman

 
Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 6:14 AM 1 ulasan Pautan pada catatan ini

 

By: agussyafii

Disaat gema takbir berkumandang. Saya bersama istri dan hana kaki melangkah menuju masjid melaksanakan sholat Ied. Di masjid Fatahillah kami sekeluarga melaksanakan sholat Ied. Gema takbir itu terasa menggetarkan kalbu. Mengagungkan AsmaNya membuat diri kita seolah kecil dihadapannya. Berbagai persoalan kehidupan berpacu dengan cepatnya. Terasa baru kemaren bulan ramadhan tetapi kini sudah Hari Raya idul Fitri. Entah kenapa setiap kali mendengar gema takbir selalu saja membuat air mata tak terasa mengalir. Teringat pada setiap jejak langkah dalam perjalanan hidup saya lalui.

Alloh SWT memang tidak pernah menjanjikan hamparan kebun mawar kehidupan kita tetapi Alloh SWT selalu hadir ditengah ketika kita dalam kesulitan dan penderitaan sehingga kita dapat bertahan dan melewatinya. Seperti halnya musim hujan akan berhenti berganti musim yang cerah dihiasi dengan pelangi. Begitulah hidup kita. Ada saatnya perlu perjuangan, ada saat menikmati keindahannya.

Penderitaan, kesulitan dan perjuangan hidup hanyalah satu bagian dalam perjalanan hidup kita. Tidak selamanya hidup selalu dihadapi dengan perjuangan. Adakalanya hidup ini mudah dan penuh kebahagiaan. Seninya adalah bagaimana kita bisa mensyukuri, menikmati dan mencintai dalam setiap episode kehidupan, baik dalam masa-masa sulit dan penderitaan maupun dalam masa mudah dan bahagia.

Setelah selesai sholat ied kami ke rumah orang tua dengan penuh sukacita. Kebahagiaan terpancar dari setiap wajah orang yang saya temui. Setiap wajah tidak bisa menjadi sebuah kesimpulan tentang hidup yang kita jalani namun mensyukurinya. Hidup manusia bagaikan roda yang selalu berputar. Kadang kita di atas, kadang juga kita dibawah. Siapa diantara kita yang bisa merubah masa lalu? atau menetapkan apa yang akan terjadi dihari esok? Semua datang dan pergi dalam kehidupan kita begitu saja. Kebahagiaan atau penderitaan, sehat atau sakit, kaya atau miskin, Alloh SWT menginginkan agar hidup kita bermakna, baik dalam perjuangan maupun dalam kebahagiaan disetiap jejak-jejak kehidupan kita.

Wassalam,
agussyafii

 
Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 6:06 AM 1 ulasan Pautan pada catatan ini

Ummu Waheedah
http://assakynah.blogspot.com

Jumaat 18 September 2009 bersamaan 28 Ramadhan 1430h adalah tarikh malang bagi keluarga kami kerana pada hari itulah kami kehilangan dua orang tersayang dalam satu tragedi kemalangan yang begitu ngeri.Mereka tidak dilahirkan serentak tetapi takdir menentukan mereka kembali ke rahmatNya serentak.

Panggilan talipon pada kira2 jam 2.10 ptg Jumaat itu sangat memeranjatkan. Bingung seketika. Antara percaya dengan tidak. Kakak ipar saya ‘meraung’ memberitahu dia sudah kehilangan 2 anak. Ya Allah, ya Allah, Ya Allah…. itulah jawapan saya kerana hampir tak percaya. Saya bertanya anak yg mana, masih kebingungan kerana mereka ada 4anak. Katanya CT dan Z , aduh benarkah berita ini atau mimpi di siang hari? Saya masih menunggu jawapan SMS yg saya hantar kepada CT pada jam 8.59 pg itu. Petang semalam saya berbual lama dengannya kerana saya memang berhajat nak jumpa dia sebentar di Putrajaya. Sudah dua temu janji tak berhasil. Bulan Ogos tak jadi jumpa kerana ibu saya jatuh tangga. Kali ini tak jumpa juga kerana dia menukar perancangan. Katanya nak balik Sri Manjung malam itu juga (malam jumaat).

Saya cadang nak jumpa dan ajak dia berbuka di Masjid Putrajaya dan saya akan hantar dia pulang di rumah sewa atau ke rumah kawannya.Katanya adiknya Z nak balik malam itu juga sebab selesa memandu malam. Saya pesan supaya dia tidak memaksa adiknya untuk balik malam atau pagi, biar Z pilih kerana dia yang akan memandu. Biar dia selesa walaupun saya memang tahu Z cekap memandu waktu malam dan tidak mengantuk.

Dia pernah memandu kereta saya dari Kuantan ke KL waktu malam dan saya yakin dia bukan pemandu yang cuai.Selepas berbual di talipon petang itu, saya tidak menghubunginya lagi, hanya pada pagi Jumaat itulah saya menghantar SMS bertanyakan perancangan akhirnya, dan mengatakan perancangan saya yg berubah sedikit. Ini kerana dia mahu membuat kenduri doa selamat di Manjung, jadi saya syor dibuat pada hari raya ke-2 atau ke-3 kerana saya ada perancangan lain pada hari raya pertama.

SMS yg saya tunggu jawapannya, rupanya berita malang itu yang menjawapnya. Sejurus menerima berita dan mententeramkan diri, saya dan adik beradik berpakat apa yg patut dibuat. Saya juga berusaha menalipon Jabatan Peguam Negara untuk memaklumkan hal ini. Agak sukar mendapat jawapan kerana kebanyakkan pegawai sudah bercuti, akhirnya saya tinggalkan pesanan kepada yg menyambut talipon. Minta hal kematian CT dimaklumkan kepada yang berkaitan.

Jalan dari Kapar ke Sabak Bernam sesak juga kerana hujan lebat dan kesibukan musim perayaan.Akhirnya hampir jam 5 ptg barulah kami sampai.Kakak ipar dan abang sudah menunggu di luar bilik mayat.Saya minta untuk melihat mayat. Nak pastikan benarkan anak2 saudara saya yang terlibat. Hati ini masih mahu menafikan. Ya, tak syak lagi.Pasti.Merekala h yg terkujur kaku itu. Innalillahi wa inna ilaihirojiuun. .akhirnya dibilik mayat kita bertemu.

Saya turut membantu memandikan mayat anak saudara saya CT Zubaidah, upacara mandi yg ringkas ,cara mandi dharurat. Alhamdulillah mudah membalik2kan badannya.Saya pesan kepada petugas yg lain supaya mayat dibungkus terus dan jangan dibuka2 lagi.Bimbang menimbulkan fitnah dan kengerian.Sesungguh nya kematian itu pasti dan ianya adalah satu pengajaran.Inilah kali pertama saya memandikan mayat, seorang insan yang dikatakan mirip wajah dan fizikalnya macam saya .Allhummaghfirlaha war hamha,itulah yg saya ucap sepanjang memandikan beliau.

Mayat selesai dikafankan sejurus selepas azan maghrib, dan terpaksa menunggu pemandu van mayat swasta yg sedang berbuka. Saya sendiri berbuka sekadarnya, makan nasi goreng dalam kereta sahaja. Tiba di masjid Kg raja Uda ,Port Kelang mayat sudah disolatkan.Ramai yg hadir termasuk TS Ghani Patail.Jasad mereka dimasukkan ke liang lahad dan ditimbus dengan tanah sebelum 12 malam. Mudah2an roh mereka mendapat keberkatan Ramadhan dan hari Jumaat dan tergolong diantara hambaNya yg syahid dunia. Amin.Al-fatihah.

 
Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM