Resolusi Konvensyen Pakatan Rakyat Perak.

IPOH : Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang telah bersidang pada 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430 telah merumuskan resolusi berikut :-

i. Kesepakatan dan perpaduan Pakatan Rakyat perlu terus diperteguh dan diperkasakan bagi menumbangkan UMNO/BN. Segala bentuk prejudis dan prasangka buruk sesama rakan Pakatan Rakyat perlu dihindari.

ii. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.

iii. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan majlis pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.

iv. Menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.

v. Menampilkan calon berwibawa dan berintegriti sebagai asas dan fokus kemenangan calon Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen. Fokus kepada program pembangunan jatidiri seluruh ahli parti terhadap perjuangan masing-masing.

vi. Meneruskan prinsip 5K Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah.

vii. Menerus dan memperbanyakkan siri dan media penerangan keseluruh negeri agar rakyat menerima maklumat yang tepat dan pemikiran rakyat tidak dijajah oleh Umno/BN.

viii. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.

ix. Munajat yang berterusan bagi memohon pertolongan dan keredhaan Allah swt sama ada sewaktu dilanda krisis mahupun tidak.

x. Jawatankuasa resolusi mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat disegerakan pendaftaran diperingkat nasional dengan penggunaan 1 logo.

Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 6:06 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

YAB. Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat didampingi oleh Pesuruhjaya PAS Perak, YAB. Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, dan Pengerusi DAP Perak berada dipentas utama dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Perak .Tuan Guru tiba untuk memberi ucapan penutup dalam konvensyen sehari yang bersejarah itu yang dihadiri oleh lebih 600 orang peserta.

Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 5:17 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Mursyidul Am tiba untuk beri ucapan penutup Konvensyen Pakatan Rakyat Perak.

Sebentar tadi YAB Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul AM PAS, YAB. Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di tempat Konvensyen untuk memberi ucapan penutup konvensyen pada petang ini.

Ketibaan Tok Guru menyerikan lagi konvensyen Pakatan Rakyat yang julung kali diadakan di Perak dan Malaysia itu.

Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 5:05 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Gambar Sivakumar dicekik dibida dengan RM 600.

Pengarah Progran Konvensyen, Dr. Khairuddin bergambar dengan pembeli gambar lelong yang dibida juga dengan harga RM 600 oleh En. Michael Yap dari Bidor.

Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 4:24 PM 1 ulasan Pautan pada catatan ini

Lelong gambar sempena konvensyen.

Lelongan gambar sempena konvensyen Pakatan Rakyat Perak mendapat sambutan menggalakkan. Seorang peserta, Dr. Shanmugam membeli gambar ini dengan harga RM 600 untuk mengisi Tabung Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 4:10 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Pengklonan dalam benda hidup

Bismillah..

Pada kali ini, saya akan menceritakan tentang pengklonan dalam benda hidup. Sebelum itu, saya ingin mulakan bicara saya dengan sepotong ayat al-quran dalam surah an-nisa’ pada ayat yang ke-119 yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. (An-nisa’:119)

Ayat di atas mengandungi ungkapan “yubattikunna”, sila rujuk ayat ini dalam bahasa arab. Ungkapan ini berasal daripada kata kerja “battaka” yang bermaksud memutuskan, membelah atau memotong. Perkataan “yughayyirunna” dalam ayat ini berasal daripada kata kerja “ghayyara”, yang membawa maksud mengubah, mengubahsuai sesuatu yang berada dalam keadaan asal atau original. Pada akhir kedua-dua kata kerja ini mempamerkan huruf nun. Dengan ungkapan-ungkapan ini, ayat 119 dalam surah an-nisa’ ini mungkin dari segi satu aspek adalah menunjukkan kepada aktiviti saintifik tentang menyalin dan mengklon genom dalam organisma hidup. Sesungguhnya hanya Allah sahajalah yang mengetahui maksud sebenar dan kebenaran di sebalik ayat al-Quran ini.
Anggapan ini dibuat kerana eksperimen pengklonan adalah secara asasnya dijalankan dengan sel diambil daripada telinga haiwan pada peringkat awal penyelidikan sains yang berkaitan dengan tujuan pengklonan. Untuk meletakkannya dalam cara yang berbza, benda hidup yang bersifat replika dihasilkan dengan mengambil sel daripada sampel tisu seperti serpihan telinga haiwan yang dipotong seperti yang dihuraikan oleh ayat 119 dalam surah an-nisa’.

Berikut adalah laporan daripada Pusat Penyelidikan Persekutuan Jerman berkaitan dengan maklumat pengklonan:

Fasa pengumpulan tisu adalah pendek dan mudah. Apabila seekor haiwan sudah siap untuk tujuan eksperimen, sampel tisu seperti “ear clipping” dikumpulkan dalam masa beberapa saat. Tambahan pula, sel somatik boleh dikumpulkan daripada semua spesis. Prosedur yang bersifat kembar dan satu boleh digunakan dengan mengambil sampel tisu daripada telinga dengan menggunakan “notchers” yang juga digunakan untuk membuat “earmarks” bagi anak lembu, kambing, ilama dan biri-biri. Secara jelas, untuk semua spesis, limfosit boleh digunakan tetapi sel-sel somatik daripada telinga menjadi lebih mudah untuk mendapat dan oleh itu ia lebih menjadi keutamaan.

Mengubah benda hidup seperti yang dirujuk dalam Al-Quran dan ungkapan memotong telinga anak lembu adalah pada masa tidak berlakunya bidang sains seperti genetik dan embriologi telah menunjukkan bahawa Al-Quran adalah datang dari tanda-tanda kekuasaan dan keagungan Allah S.W.T. Dalam akhir ayat tersebut juga menyatakan bahawa orang-orang yang melakukan pengubahan pada ciptaan Allah akan kecewa dan rugi atas perbuatan yang mereka telah lakukan. Oleh itu, ayat ini mungkin menunjukkan bahawa pengklonan akan membawa pelbagai masalah kepada kehidupan manusia. Dan sesungguhnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya, kenyataan yang berkaitan dengan masalah-masalah daripada pengklonan telah dinyatakan oleh Pusat Pembelajaran Sains Genetik di Universiti Utah dan Projek Genom Manusia.

Berikut adalah risiko yang wujud daripada eksperimen pengklonan seperti berikut:
1)Kadar kegagalan yang tinggi.
2)Masalah pada fasa perkembangan organisma yang diklon
3)Corak pengekspresan gen yang luar biasa dan mengalami kecacatan yang besar
4)Perbezaan dalam telomere

Dalam proses pengklonan, DNA daripada sel benda hidup dirancang untuk disalin dan diletakkan di bawah mikroskop. Kemudiannya, diletakkan ke dalam sel telur daripada organisma lain dalam kumpulan spesis yang sama. Kejutan elektrik akan digunakan yang merangsang sel telur untuk memulakan pembahagian. Embrio meneruskan untuk membahagi dan diletakkan ke dalam rahim organisma bagi spesis yang sama dan kemudiannya akan mengalami fasa perkembangan dan kelahiran.

Bahan genetik yang diambil daripada sel hidup digunakan dalam eksperimen pengklonan, tetapi persenyawaan berlaku secara palsu. Mekanisma pembiakan hanyalah dicipta oleh Allah S.W.T dan oleh itu kaedah saintifik dalam pengklonan akan menemui kegagalan yang nyata.Al-Quran telah menyatakan bahawa orang-orang yang mengubah ciptaan Allah iaitu ahli saintis yang terlibat dalam bidang pengklonan akan mengalami masalah yang nyata. Sesungguhnya, benarlah ayat 119 dalam surah an-nisa’ ini.

Wallahu’alam.

http://ibnbarudin.blogspot.com/

Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 3:15 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Kenyataan Media (30 Oktober 2009)/BAJET PERAK TIDAK BERNILAI: RUJUK PERUNDANGAN SEGERA

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menjelaskan bahawa ‘Bajet’ yang dikatakan telah dibentang oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir amat jelas bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Am Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau telah digantung untuk menghadiri Dewan malah di hadapan Speaker yang tidak sah mengikut Undang-Undang.

DPPN Pk menegaskan bahawa implikasi pembentangan tersebut amat bertentangan daripada sudut kesahihan ‘Bajet’ tersebut kerana proses perundangan yang masih berjalan akan memberikan kesan buruk walaupun media arus perdana masih memainkan istilah ‘Bajet’ yang telah dibentangankan pada 28 Oktober yang lalu jelas tidak sah.

DPPN Pk mencabar Datuk Seri Dr. Zambry membuktikan bahawa ‘Bajet’ yang telah beliau bentangkan tersebut sah mengikut Peraturan Am DUN Perak. Jika beliau tidak berani bersemuka untuk membuktikan ‘Bajet’ tersebut adalah benar, rakyat harus memberikan signal yang jelas kepada beliau kerana telah berbohong kepada rakyat.

DPPN Pk melihat selagi proses berkaitan Menteri Besar, Speaker dan 3 orang ADUN Bebas tersebut masih di dalam proses perundangan, sudah pasti perkara yang telah dilakukan adalah tidak sah dan juga tergantung. DPPN Pk meminta rakyat menunggu keputusan Mahkamah daripada mempercayai ‘Bajet’ yang tidak sah tersebut.

DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 3:11 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Dana Pakatan Rakyat Perak di lancarkan.

YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng diberikan penghormatan melancarkan dana Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan didampingi oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Perak.Kepada para deramawan, anak Perak di perantauan dikalangan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat bolehlah menyumbang ke Akaun di bawah :

PAS PERAK TABUNG PAKATAN RAKYAT
BANK ISLAM NO AKAUN : 08013010073855.

Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 12:10 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Konvensyen Pakatan Rakyat Perak mendapat sambutan luarbiasa.

Perwakilan dari semua parti gabungan dalam Pakatan Rakyat Perak memenuhi dewan sebuah hotel terkenal di IPOH dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Perak kali pertama.

Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:58 AM 2 ulasan Pautan pada catatan ini

Lim : Amar ma’ruf nahyi mungkar teras pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang.

YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng sedang membentagkan kertas
kedua : Perpaduan kaum, pengalaman Pulau Pinang.

IPOH, 31 Okt :- Nasib baik UMNO tumbang di Pulau Pinang kalau tidak miskin tegar masih tidak dapat dibasmikan, dalam tempoh 18 bulan Pakatan Rakyat dapat membasmi kemiskinan di Pulau Pinang dan saya rela kerajaan Pulau pinang akan jadi bengkrap kerana bantu orang miskin. Sekarang dipastikan sekurang-kurangnya satu keluarga tidak mengira bangsa mendapat RM 500 sebulan. Demikian antara penegasan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB. Tuan Lim Guang Eng semasa membentang kertas kerjanya.

Semasa BN memmerintah Pulau Pinang penduduk Kg. Buah Pala cuma ditawarkan pampasan sebanyak RM 75,000 sahaja dan Kerajaan Pakatan Rakyat rakyat mendapat pampasan bernilai RM 600,000. Jelasnya

“BN menggunakan politik perkauman dan PR menggunakan parti politik berteraskan keadilan dan kesaksamaan” tegasnya.

Beliau juga menegaskan jika Pakatan Rakyat hendak mendapat mandat rakyat yang lebih dari rakyat kerja kebajikan untuk semua rakyat tidak mengira banga perlu dipertingkatkan. Seorang pemimpin Cina boleh jaga orang Melayu dan seorang pemimpin Melayu boleh jaga orang Cina dan pemimpin India boleh jaga semua kaum.Jelasnya.

Beliau juga tegaskan tidak timbulkan dan tidak ada isu kami mengutamakan satu kaum tapi untuk semua kaum. Kebenaran, kebajikan, kebebasan, keadilan dan ketakwaan menjadi teras kerajaan negeri dan kalau tidak mahu bangunan runtuh, kerajaan BN mesti diruntuhkan dulu., teganya sambil mendapat tepukan gemuruh oleh peserta konvensyen.

Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:30 AM 2 ulasan Pautan pada catatan ini

Sidang media.

Sidang media selepas sesi pembentang kertas kerja pertama oleh DS. Nizar.

Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:45 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Nizar : Saya tidak pernah letak jawatan.

DS. Nizar sedang membentang kerta kerja pertama,:Pengalaman, permasaalahan dan harapan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

IPOH .31 Okt. :- Demi mandat rakyat yang telah diserahkan kepada Pakatan Rakyat di Perak, saya menegaskan tidak pernah meletakkan jawatan Menteri Besar Perak. Demikian penegasan YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa membentangkan kertas kerjanya dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan disini pagi ini.

Hadir sama dalam Konvensyen itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guang Eng, YAB Menteri Besar Selangor, YAB. Tan Sri Khalid Ibrahim, semua Pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Perak, Semua Ahli Parlimen Perak , ADUN Pakatan Rakyat Perak, semua Pemimpin dan perwakilan Pakatan Rakyat dari parti PAS, PKR, dan DAP.

Dianggarkan sejumlah 600 orang perwakilan yang hadir memenuhi dewan tempat konvensyen diadakan.

Konvensyen sehariyang julung kali diadakan itu akan menyaksikan pembentang kerta kerja yang berikutnya oleh Ketua menteri Pulau Pinang dan Menteri besar Selangor.

Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:13 AM 6 ulasan Pautan pada catatan ini

Konvensyen Pakatan Rakyat Perak catat lagi satu sejarah.

Konvensyen Pakatan Rakyat Perak kali pertama dan julung-julung kali diadakan di Malaysia, mencatat satu sejarah dalam lipatan sejarah politik negeri Perak yang sedang dilanda krisis perlembagaan itu.

Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:50 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Advertisements

Era Najib Altantuya : Resolusi Konvensyen PR Perak

Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang telah bersidang pada 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430 telah merumuskan resolusi berikut :-

i. Kesepakatan dan perpaduan Pakatan Rakyat perlu terus diperteguh dan diperkasakan bagi menumbangkan UMNO/BN. Segala bentuk prejudis dan prasangka buruk sesama rakan Pakatan Rakyat perlu dihindari.

ii. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.

iii. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan majlis pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.

iv. Menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.

v. Menampilkan calon berwibawa dan berintegriti sebagai asas dan fokus kemenangan calon Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen. Fokus kepada program pembangunan jatidiri seluruh ahli parti terhadap perjuangan masing-masing.

vi. Meneruskan prinsip 5K Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah.

vii. Menerus dan memperbanyakkan siri dan media penerangan keseluruh negeri agar rakyat menerima maklumat yang tepat dan pemikiran rakyat tidak dijajah oleh Umno/BN.

viii. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.

ix. Munajat yang berterusan bagi memohon pertolongan dan keredhaan Allah swt sama ada sewaktu dilanda krisis mahupun tidak.

x. Jawatankuasa resolusi mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat disegerakan pendaftaran diperingkat nasional dengan penggunaan 1 logo. -YB Idhamlim

Artikel Penuh

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

Era Najib Altantuya: Gerakan Cadang BN Digantikan Dengan Sebuah Parti Tunggal

Pemuda Gerakan mencadangkan ditubuhkan parti tunggal yang mewakili semua kaum bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) yang kini dianggotai parti-parti komponen yang mewakili kaum tertentu.

Ketuanya Lim Si Pin (gambar) berkata penubuhan parti tunggal itu diyakini akan dapat menarik minat semua kaum untuk menyertainya dan dapat mengelakkan timbulnya sebarang masalah perkauman.

“Kalau kita (parti-parti komponen) masih menggunakan cara perkauman untuk mengatasi masalah, kita hanya akan menjadi semakin mundur dan tidak dapat menuju ke hadapan,” katanya dalam ucapan dasar pada persidangan Pemuda Gerakan di Menara PGRM di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, Lim mencadangkan satu jawatankuasa Pemuda Barisan Nasional (BN) ditubuhkan untuk mengkaji bagaimana struktur parti tunggal sedemikian dapat direalisasikan.

“Saya berharap, Pemuda BN yang kini di bawah pucuk pimpinan saudara Khairy Jamaluddin tidak mengambil ringan cadangan ini tetapi sebaliknya mengambil cadangan untuk menerokai kemungkinan diwujudkan satu parti sedemikian,” katanya.

Sementara itu, Lim berkata kesepakatan dan kerjasama perlu dicapai antara semua parti komponen BN dengan menjadikan kekalahan pada pilihan raya umum ke-12 tahun lepas sebagai iktibar dan mendapatkan semula sokongan pengundi pada pilihan raya umum dan kecil yang akan datang.

Katanya keputusan pilihan raya umum ke-12 jelas menunjukkan bahawa aspirasi dan hasrat pengundi dan rakyat jelata telah menjangkaui batasan kaum.

“Banyak kerja pemulihan perlu dilaksanakan, misalnya semua rancangan sedia ada harus dikemaskinikan dan dikaji semula untuk meningkatkan semula imej parti Barisan Nasional,” katanya.

Mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Lim berharap kerajaan dapat membuat pindaan yang menyeluruh ke atas akta itu dan bila tiba masa yang sesuai dimansuhkan dan digantikan dengan satu akta yang lebih berperikemanusiaan. -Bernama

Artikel Penuh

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

Era Najib Altantuya : Badrul Boleh Saman Jika Mahu – Khalid


 

Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan menghalang tindakan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdulllah untuk menfailkan saman malu terhap beliau.

Menurutnya jika mahu, Badrul juga boleh menfailkan saman terhadap beliau menggunakan wang Umno-Barisan Nasional.

“Dia boleh saman kalau dia nak,boleh pakai duit UMNO juga”,katanya berhubung isu ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu ini dalam satu sidang media selepas menghadiri Konvokesyen Universiti industri Selangor (Unisel) di Bestari Jaya pagi tadi.

Terdahulu, Badrul dalam kenyataannya berkata, beliau akan menfailkan saman terhadap Khalid yang kononnya menfitnahnya mengalami masalah mental.

Selepas keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN Bebas menyokong Barisan Nasional, Badrul dilihat cuba menunding jari menyalahkan kerajaan negeri dan parti di atas keputusan yang diambil.

Bagaimanapun, rakyat khususnya di Pelabuhan Klang sedia maklum dengan perilaku Adun berkenaan yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Tindakan keluar parti itu diambil selepas Khalid mengutarakan usul kepada PKR meminta Badrul meletakaan jawatan bagi membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap masyarakat Pelabuhan Klang.

Walaupun dikecam hebat penduduk Pelabuhan Klang, badrul masih enggan melepaskan jawatannya.-NADIA MOHSIN(TV SELANGOR)

Artikel Penuh

1 comments:

View Comments/Post a Comment

Era Najib Altantuya : UMNO BN Guna Taktik Kotor

Barisan Nasional (BN) didakwa menggunakan taktik kotor untuk kembali memerintah di negeri yang ditawan pembangkang pada pilihan raya umum lalu dengan ‘memancing’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR), demikian lapor Sinar Harian.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub berkata, antara strategi yang digunakan ialah menyalurkan peruntukan kepada bekas pemimpin PR yang menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong (BN).

Menurutnya, strategi itu digunakan terhadap ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytihar dirinya wakil rakyat Bebas yang menyokong BN berkuat kuasa serta merta, kelmarin.

“Itu baru strategi awal, banyak lagi strategi yang dirangka oleh BN. Dalam situasi Badrul ini, BN bermurah hati beri bantuan. Selepas itu berusaha memerangkap Badrul masuk BN. Bila terperangkap, mereka akan ambil satu demi satu kerusi PR,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar bahawa BN bersedia memberikan bantuan atas sokongan beliau (Badrul) kepada BN bagi membangunkan secara bersama-sama kawasan yang diwakili Badrul.

Menurut Mustaffa Kamil, situasi yang sama tutut berlaku terhadap tiga ADUN di Perak iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu daripada Parti Keadilan Rakyat serta ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP) yang menjadi wakil rakyat Bebas dan beri sokongan kepada BN.

Katanya, PKR akan tetap berjalan seperti biasa kerana keputusan Badrul keluar parti bukanlah perkara mengejutkan.

Sementara itu Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan berkenaan berkata, BN tidak pernah menggunakan taktik kotor sebaliknya mereka berbuat demikian kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti.

“Mereka sendiri yang menyokong, bukan paksaan atau ‘taktik kotor’ BN. Kita sentiasa mengalu-alukan sokongan mereka itu yang menyedari bahawa BN banyak berjasa dalam pelbagai bidang,” katanya.

IKRAR PESERTA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERAK KALI PERTAMA YANG BERSIDANG DI HOTEL SYUEN IPOH.

Bahawasanya kami peserta Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang bersidang hari ini 31 Oktober 2009 bersaman 12 Zulkaedah 1430 di
Hotel Syuen Ipoh dengan tema “Hidupkan Demokrasi Selamatkan Rakyat Perak”

Sesungguhnya dengan sepenuh hati dan iltizam dengan ini berikrar akan :

-Memperkukuh Pakatan Rakyat Negeri Perak,
-Meningkatkan usaha membubarkan DUN Negeri Perak,
-Memperkukuh perpaduan Parti di segenap peringkat,
-Mempertingkat usaha menentang kezaliman UMNO dan Barisan Nasional,
-Terus memperbaiki dan menyusun Jentera Pilihanraya Parti bagi memenangkan Pakatan Rakyat memerintah semula negeri Perak.

Baca seterusnya……

Posted by MisbahulMunir at 6:44 PM
Menurut Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan amanat dalam majlis pentup Konvensyen PR bahawa manusia dijadikan oleh Allah swt. tidak sama bentuk, wajah, suara dan sebagainya adalah bertujuan untuk mencari titik pertemuan. Begitu juga kewujudan pelbagai fahaman politik dan sebagainya adalah untuk mencari titik pertemuan. Pakatan Rakyat yang ditubuhkan merupakan titik pertemuan yang berjaya menyatukan pembangkang bagi menentang kezaliman UMNO BN yang mewarisi kejahatan zaman berzaman.

Ucapannya adalah singkat tetapi padat dengan amanat yang cukup berharga kepada para perwakilan. Menurut Tok Guru UMNO BN adalah kelompok yang bodoh, primitif dan jakun kerana tolak Islam. Orang yang bodoh tidak layak memimpin negara, kalau UMNO tidak bodoh, sudah tentu UMNO BN tidak rampas kuasa di Perak, ia guna akal dan kekuatan partinya untuk mengambil kuasa dengan cara demokrasi sebagaimana Pakatan Rakyat lakukan dalam pilihanraya.

Baca seterusnya……

Posted by MisbahulMunir at 6:19 PM
YB Dato’ Ngeh akui ketika YB Hj Nizar dicalonkan sebagai Menteri Besar dari PAS penyokong-penyokong DAP khususnya dari kalangan masyarakat Cina dan India menentang keras pencalonan ini. Pimpinan DAP Pusat dan Negeri mendapat tekanan dari penyokong-penyokongnya. Beliau berucap dalam sesi penggulungan Konvensyen Pakatan Rakyat petang tadi.

Menurut Ngeh, sebelum ini masyarakat Cina dan India sering diberi gambaran oleh media bahawa PAS dan pimpinannya ekstrim, pelampau agama, anti Cina dan sebagainya. Mereka mengundi PAS ketika itu, bukan bermakna mereka mahu PAS memimpin kerajaan,lebih-lebih lagi menjadi Menteri Besar.

Pimpinan DAP Perak yang telah lama berkawan dengan pimpinan PAS sejak Ust Sabran Asmawi sebagai Pesuruhjaya PAS semasa sama-sama menjadi pembangkang di DUN Perak 1999, menyakinkan penyokong-penyokongnya bahawa PAS dan pimpinannya tidak sebagaimana yang digambarkan oleh media.

Apabila Perak diterajui oleh Hj Nizar sebagai Menteri Besar, dengan sikap Hj Nizar dan seluruh adun dan pimpinan PAS Perak yang begitu toleransi terhadap kaum lain, akhirnya masyarakat Cina dan India menerima PAS sebagai rakan yang boleh dipercayai bagi menerajui negeri Perak. Mereka selesa dengan cara PAS memimpin dan mentadbir negeri Perak.
Baca seterusnya……

Posted by MisbahulMunir at 6:01 PM
Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) yang bermula pagi tadi berjaya menghimpunkan seluruh pimpinan PR di semua peringkat. Seramai 600 peserta yang masing-masing parti diwakili 200 orang peserta berhimpun di Syuen Hotel.

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan pengarah, persembahan multimedia PR, pembentangan kertas kerja 1 oleh YB. Dato’ Seri Hj Nizar Jamaluddiin yang membentangkan tajuk Pengalaman, Permasalahan dan Harapan PR Negeri Perak, diikuti dengan kerta kedua oleh YAB Lim Guan Eng dengan tajuk Perpaduan Kaum, Pengalaman Pulau Pinang.

YAB Lim Guan Eng telah menarik perhatian seluruh perwakilan apabila ia menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai contoh dalam merealisasikan kebajikan dan keadilan dalam pemerentahan PR di Pulau Pinang. Beliau turut memetik ungkapan-ungkapan menarik Khalifah Umar Abdul Aziz dalam sessi pembentangannya.

Sembilan peserta telah mengambil bahagian dalam sessi perbahasan, setiap parti diwakili tiga pembahas yang dipilih oleh parti masing-masing. Perbahasan cukup menarik, para pembahas mengupas permasalahan PR dengan telus dan berterus terang, walaupun masa untuk berbahas terlalu pendek, namun para pembahas dapat mengutarakan pandangan dengan cukup menarik.

Yang paling menarik apabila setiap pembahas memetik ungkapan-unkapan yang dulunya mungkin asing, pembahas Melayu mengungkap istilah-istilah dan ucapan dalam bahasa Cina dan India, manakala pembahas Cina dan India mengungkap istilah-istilah Bahasa Arab dengan begitu fasih. Beberapa petikan ayat Quran juga dibaca oleh YB Ming Kai dengan sebutan yang faseh dan lancar.

Baca seterusnya……

Posted by MisbahulMunir

HIMPIT 10K: ”Kita (Pemuda) berjihad menentang ‘musuh’ Allah SWT” – Ustaz Nasruddin

KEMAMAN – Pemuda PAS perlu mempersiapkan diri untuk keluar ke tengah medan meneruskan jihad menegakkan Islam di bumi Allah SWT.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi berkata persiapan jentera Pemuda memerlukan perancangan teliti dan menyusun gerak kerja ke arah lebih mantap dan berkesan.

Ini penting, katanya kerana hanya gerak kerja yang terancang dan tersusun serta semangat juang yang tinggi akan membuahkan hasil yang diidamkan, menegakkan Daulah Islamiah di Malaysia.

“Kita (Pemuda PAS) kena sedar bahawa pemuda sebagai obor perjuangan ini telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan untuk bersama di medan perjuangan Islam.

“Kita (Pemuda) berjihad menentang ‘musuh’ Allah SWT, membangun, mendidik dan membentuk ummah dan mempertahankan syakhsiah ummah,” tegasnya ketika merasmikan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2009 di Dataran Tok Guru di Kampung Geliga Besar, Chukai, Kemaman, semalam.

Katanya, ‘Himpit 10K’ yang diadakan ini menjadi medan kepada generasi muda menyahut seruan ‘Pemuda adalah obor perjuangan’.

Ustaz Nasruddin mengingatkan Pemuda PAS agar tidak lalai dan terpesona dengan kemenangan selesa pasca pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.

“Saya harap semoga Himpit 10K yang diadakan ini menjadi medan buat generasi pemuda menyahut seruan “Pemuda Adalah Obor Perjuangan” untuk memperlihatkan Islam terus berdaulat di atas muka bumi Allah SWT.

“Mudah-mudahan dalam suasana PAS berada ditahap selesa pada pasca PRU ke-12 lalu, Kita (PAS) tidak terpesona dengan kemenangan yang ada sehingga ia melalai dan melupakan kita (PAS) dari tugas dan tanggungjawab besar yang berada dihadapan kita,” ujarnya di hadapan hampir 10,000 Pemuda PAS dari seluruh negeri.

Menurutnya, cabaran lebih besar kini berada di hadapan yang bakal ditempohi oleh setiap ahli perjuangan parti.

Katanya, Pemuda PAS tidak pernah takut dan gentar dengan sebarang bentuk cabaran demi menegakkan daulah Islamiah di negara tercinta ini.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Yahya Ali dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah. BO

Read more…

Posted by pemudabesut

Krisis satu proses matangkan parti

PENDAPAT – Haris Zalkapli [HarakahDaily]

Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS malam tadi sekali lagi menegaskan usaha ke arah penubuhan kerajaan perpaduan tidak akan berbangkit lagi, selepas kebimbangan terhadap usaha itu ditimbulkan lagi oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam blognya.

Isu yang timbul tidak lama selepas pilihan raya tahun 2008 itu membawa PAS kepada satu cabaran getir yang menyaksikan debat dalam kalangan pemimpin-pemimpin PAS secara terbuka.

Hari ini, selepas lebih setahun pilihan raya yang menyaksikan kemenangan besar PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat, pengalaman demokrasi yang dilalui sepatutnya telah mematangkan setiap parti terbabit.

Debat berhubung proses politik negara kita adalah satu keperluan untuk parti-parti Pakatan Rakyat menilai dan memahami realiti dan keperluan negara ini, dengan setiap parti memahami sumbangan satu sama lain.

Dalam kes PAS, apa yang telah dilalui sejak Mac 2008 lalu sepatutnya membawa iktibar kepada parti, terutama berkaitan pentingnya parti mempunyai prinsip dan haluan yang jelas dalam meneruskan penyertaan dalam proses politik negara.

Selepas dua muktamar berlalu selepas pilihan raya 2008, PAS telah menetapkan pendirian untuk bersama pakatan politik PR dan mengukuhkan pakatan ini sebagai imbangan kepada pakatan Barisan Nasional yang secara tidak adil membolot peratus kerusi yang lebih besar.

Sebagai satu wadah politik dalam satu proses politik yang lebih besar, PR tidak terus wujud dan sempurna sebagai satu pakatan, seperti juga BN yang mengalami turun naik sebagai satu perkongsian politik yang melibatkan permainan kuasa dan tawar-menawar yang berterusan.

Dalam sejarah terkini, parti-parti pembangkang di negara kita bersatu dalam dua gabungan yang kemudiannya berpecah, sebelum wujud dalam bentuk terbaharu sebagai PR.

Secara mudahnya, PR ialah satu proses dan bukan satu matlamat. Kerana itu, debat untuk mengukuhkannya lagi hendaklah diteruskan, tanpa melihat kritikan yang adil sebagai tindakan khianat.

Matlamatnya masih jauh untuk dicapai, dan pasti tidak akan dapat dicapai dengan mudah dan tanpa usaha dan perancangan yang sepatutnya.

Atas sebab inilah PAS perlu mematangkan dirinya dengan politik semasa yang semakin kompleks dan memastikan mandat yang diamanahkan kepada PAS dapat menjadi satu bahagian penting dalam agenda PR.

Kerana inilah juga, PR perlu meletakkan kepentingan rakyat – yang digunakan pada namanya – sebagai sesuatu yang diutamakan dan bukan sekadar simbol dalam pemasaran politik.

Dalam satu aliansi politik, tidak ada ketetapan yang sedia ada melainkan semuanya dirunding berdasarkan proses biasa rundingan dan tawar-menawar politik, dengan setiap pihak tidak mendapat semua yang dikehendaki kerana perlu ada yang dikorbankan demi matlamat yang ingin dicapai melalui aliansi itu.

PAS sebagai parti yang sudah lama terlibat dalam proses politik negara ini perlu bertindak matang dan tidak membenarkan apa yang berlaku baru-baru ini membawa kepada pergeseran yang merugikan parti, ketika sejumlah besar rakyat meletakkan harapan pada parti ini.

Pertemuan yang bakal diadakan awal November nanti perlulah menjadi satu lagi proses debat dalaman yang sihat bagi PAS, yang mematangkan lagi parti ini sebagai salah satu pemain politik yang penting di negara kita.

Penggunaan pertemuan itu nanti untuk manuver politik kelompok hendaklah dielakkan. Tidak perlu lagi dakwaan dan label seperti pro-Umno dan menyokong kerajaan perpaduan – yang sering dikemukakan dengan konotasi negatif semata-mata – yang telah beberapa kali dinafikan dan tidak pernah terbukti.

PAS dan ahli-ahlinya – yang termasuk wakil-wakil yang dipilih rakyat – perlu bertanggungjawab dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat, ahli-ahli parti dan menyedari juga kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 6:55 PM 0 Komen Anda

Labels: ,

Surat Terbuka kepada KERAjaan 1Malaysia…KAMI Jugak Yang Teraniaya…


 
Surat Terbuka Dari Yang Teraniya Kepada KERAjaan 1Malaysia…

dari – http://perisik-rakyat.com

Saya dah naik muak mendengar slogan “ rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Kalau nak ikut rasa saya nak kata – “ Pi mampus le” sebab tekanan demi tekanan yang diterima kekadang menyebabkan emosi saya amat terganggu.

Agaknya kerana inilah kita dengar di luar negeri ada yang mengamuk dengan menembak membabi buta hingga membunuh kanak-kanak dan orang sekeliling yang tidak ada kena mengena dengan yang memberi tekanan. dekat Malaysia belum le lagi dengar tapi tak mustahil akan berlaku jika masalah rakyat tidak ditangani dengan sebaiknya.

Sebagai seorang yang diberhentikan kerja dengan alasan kegawatan ekonomi dunia, saya tak pun menyalahkan majikan atau KERAjaan dalam soal ini tapi bila masalah orang-orang seperti saya tidak dipedulikan atau diambil kira dalam perancangaan ekonomi Negara mahupun budget, maka rasa marah mulalah timbul.

Adakah nasib kami tak perlu dibela?

Bukannya kami mintak duit dengan KERAjaan untuk makan pakai kami. Kami Cuma mintak keprihatinan diatas masalah dan langkah-langkah proaktif diambil untuk membela nasib orang seperti kami. Jangan umpama “sudah jatuh ditimpa tangga, dihempap pulak oleh pasu bunga, pastu kena langgar pulak dengan lori traler…..”

Apa yang kami harapkan hanya pindaan kepada akta dan polisi yang mana membolehkan kami terus hidup dibumi yang dipinjamkan Allah kepada kita ini. Disini saya akan sentuh 2 pekara berikut :-

1. KWSP – sekarang ni saya ubah namanya dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kepada Kumpulkan Wang Secara Paksa – rasanya lebih tepat lagi nama tu. Nak keluar pun tak boleh dipaksa simpan juga. Simpan untuk kegunaan dan pelaburan siapa?

Apa tujuan KWSP ni..?, siapakah yang mendapat menafaatnya? Boleh tak para bijak pandai semua berikan hujah-hujahnya kerana saya berpendapat bahawa KWSP ini harus dibenarkan keluar atas pekara-pekara berikut :-

1. Untuk membeli ubat-ubatan.

Bagi pesakit seperti jantung, darah tinggi, kecing manis, buah pinggang mereka harus makan ubat seumur hidup dan kos perubatan mereka agak tinggi. Ada ubat yang menjangkau beratus ringgit untuk dos sebulan. Insuran dan majikan pun tak nak orang yang macam ini kerana mereka adalah liability.

Bila mereka ini dibuang kerja atau dipaksa berhenti kerja, macamana? Siapa nak tanggung perubatan mereka ni? Tak kan baitulmal atau pusat zakat kot?

Mereka ni ada duit dalam KWSP – biarlah mereka gunakan duit mereka tu kenapa tak bagi ? Jangan cakap akta KWSP ada peruntukan untuk ini – sila semak borang dan buat pertanyaan dikaunter KWSP terlebih dahulu.

Saya cadangkan anda bertanya kepada beberapa pejabat KWSP kerana saya pasti mesti jawapan yang anda terima berlainan. Apa kata tanya tuan pengarahnya pula?

2. Untuk Haji.

Mengapa tak dibenarkan? Tak payahlah jawap boleh menabung kat Tabung Haji. Masalahnya kalau memang dah tak de kerja dan tak de gaji nak menabung apanya? Haji adalah rukun Islam dan mereka berkemampuan kerana punya wang dalam KWSP kenapa tak dibenarkan? Kerana KERAjaan dah guna duit tu…???

Berdosalah kamu semua kerana menyusahkan orang hendak buat ibadat…!!!

3. Untuk Bayar Hutang.

Bila dah tak kerja tentulah tak de gaji dan bila tak de gaji macamanalah nak bayar hutang? Kelonggaran harus diberi kepada golongan ini kerana mereka ada wang yang mereka tak boleh keluarkan sedangkan wang mereka cukup untuk bayar hutang itu.

Kenapa nak biarkan mereka ini dimufliskan oleh bank? Sebab dah muflis pun tetap kena bayar dan bila keluarkan KWSP mereka kena bayar jugakan?

Alangkah eloknya pekara ini dipertimbangkan. Nak kayakan lawyer buat apa sebab rakyat yang sengsara sebab semua kos ditanggung oleh yang berhutang jadi kalau hutangnya hanya 20K, dengan kos jadilah 50K, tak menindas ke namanya tu?

Lagipun duit tu duit mereka sendiri – jadi apa masalahnya? Fikir-fikirkanlah. Gunakanlah kedudukan dan pangkat anda untuk memberikan sedikit harapan dan kegembiraan kepada rakyat jelata bukan hanya memenuhkan tembolok didada…!!!

2. Pelupusan Kereta berumur 15 tahun keatas.

Ini lagilah kerja giler – tak sekolah ke apa? Cubalah buat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu cadangan tu. Fikirkan pekara dibawah ini :-

1. Berapa harga kereta di Malaysia ini – kereta buruk/lama pun berharga ribu-ribu. Jadi orang yang dah ada kereta lama tu macamana?

2. Tak cukup dengan loading insuran yang tinggi dan kini ditambah dengan inspection pulak – sungguh membebankan – rakyat diutamakan…!!!

3. Memang mengutamakan rakyatlah ni – nak beli kereta baru kenalah amik bank loan – bank nak bagi ke loan kat orang yang black list, yang tua, yang tak bekerja , yang tak de statement of income?

Hallo…………..buka mata, buka minda! Gunakan akal cegah kebodohan!!

“Jika perbelanjaan pengurusan melebihi pendapatan” bererti defisit – kalau berniaga ni dalam kerugian. Kenapa belanjawan 2010 perbelanjaan pengurusan lebih tinggi dari pembangunan?”

Fikir-fikirkanlah……

Ya ampun……… “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”…??? – Pilah Mampus!!!

Rakyat 1Malaysia yang teraniaya…

:: Balik Semula ::

PAKATAN RAKYAT…….. Apa dah Jadi….???

Assalammualaikum

Minggu2 terakhir dibulan oktober ini berlaku berbagai rentetan peristiwa yang menggegarkan Malaysia yang antaranya Persidangan Dun Negeri Perak yang mencetuskan huru hara, kematian tragis 3 kanak2 sekolah akibat dari robohnya jambatan gantung di Sg Kampar Kuala Dipang, Kes kepimpinan Pas sehingga Pas Pusat terpaksa bermesyuarat sehingga lewat malam dan juga bilamana seorang lagi adun PKR keluar parti dengan mengumumkan menjadi adun bebas tetapi menyokong BN.

Ini tidak termasuk lagi kes2 kemelut yang melanda BN sendiri seperti yang berlaku pada MCA. Saya tidak mahu menghuraikan kemelut yang melanda UBN kerana biar lah mereka terjun dengan labu2nya kerana rakyat telah jelak dan meluat dengan perangai UBN itu sendiri.Walau media yang bersekongkol dengan mereka tidak menyiarkan kemelut yang melanda mereka sesama sendiri tetapi secara tidak langsung akhirnya rakyat akan tahu juga. Masakan bangkai gajah ditutup dengan daun kelapa tapi baunya akan tersebar juga.Saya cuma ingin menyatakan beberapa perkara yang terjadi dalam PR yang mana tak sepatutnya terjadi dalam keadaan rakyat yang mengharapkan PR membela nasib mereka tetapi apabila hal2 ini terjadi akan mengikiskan lagi sokongan dan pengharapan rakyat kepada PR itu sendiri. Kemelut yang melanda secara tak sengaja atau pun sengaja diadakan samada mendapat upahan atau bayaran lumayan atau pun tidak mendapat sesuatu yang diidamkan seperti jawatan EXCO atau yang tertinggi disesebuah negeri iaitu sebagai Menteri Besar. Maklumlah mereka akan merasakan mereka adalah yang terbaik dari yang ada.Jadi angkara mereka ini seperti nila setitk maka rosak susu sebelanga, seekor kerbau membawa lumpur maka habis terpalit kesemua kerbau.

Maka yang menanggungnya adalah siasah yeng tercemar samada PAS ataupun PKR. Rakyat terbanyak tidak tau bagaimana Pentadbiran kerajaan negeri PR memerintah dengan berintegriti dan telus serta sifar rasuah kerana tidak dicanangkan oleh media secara umum. Tak keluar di Utusan Melayau dan Berita Hairan mau pun di TV 3suku, disorokkan tetapi yang keluar saban hari adalah krisis yang melanda PR. Jadi rakyat Marhaen seperti saya ingin berpesan kepada pimpinan agar berhati hati lah dalam segala tingkah laku kerana apabila berita ini diulang2 takut mempengaruhi rakyat terbanyak terutamanya yang diatas pagar.

Saya tidak mahu menghuraikan kejadian dan kemelut yang melanda PAS. Cuma bilamana TGNA tiba2 menyarankan agar EGM perlu diadakan oleh PAS menyentak juga hati saya agar mengambil tahu serba sedikit apa yang sebenarnya berlaku. Walau pun hal yang berlaku secara umumnya diketahui sejak dulu lagi iaitu UG atau kerajaan Perpaduan PAS-Ameno dibuat dalam senyap tapi bau hamisnya dihidu oleh TGNA. Jadi tiada salahnya TGNA menyarankan EGM tersebut diadakan sehingga satu mesyuarat tergempar AJK PAS pusat diadakan maka telah diketahui umum EGM tidak akan diadakan tetapai diganti dengan seminar PAS. Walau dipihak ahli tidak bersetuju tetapi terpaksalah menerima apa yang diputuskan oleh Keputusan Mesyuarat PAS Pusat.

Dalam pemerhatian rakyat marhaen seperti saya merasakan perkara ini tidak akan selesai selagi barah dan nanah tidak dibuang. Hal yang sama akan diulang ulang oleh pencinta UG ini bila akan adanya PRK lagi sehinggalah PRU yang ke 13 nanti. Maka akan kalahlah satu persatu kerusi yang akan ditandingi pada PRKdan kalah secara total pada PRU akan datang.Tetapi ini terpulanglah pada Pimpinan Pas Pusat membuat keputusan setelah mengambil kira JK disiplin Parti menyiasat. Jikalau JK disiplin juga mengatakan tidak bersalah dan Puak2 ini dikekalkan juga maka tunggulah rakyat yang akan mengajar mereka setelah dikianati. Jangan salahkan lagi rakyat jiga tidak memangkah PR dimasa depan.

Hati saya cukup tersentuh semasa PRK Bagan Pinang yang lalu apabila melihat TGNA diwaktu makan malam disatu restoran di Teluk Kemang. Beliau makan seorang diri tanpa ditemani oleh walau seoarang pun Pimpinan PAS negeri atau Pusat pada 2 malam terakhir sebelum pengundian. Kalau pun tak mahu mengiktiraf beliau sebagai Menteri Besar Kelantan oleh kerana dalam PRK sekurang kurangnya menemani beliau sebagai Mursyidul Am PAS.Kenapakah beliau dibiarkan kesaorangan tatkala PAS sendiri yang bertanding. Dimanakah Tim Presiden atau PJ Pas Negeri. Kita tau PJ PAS N9 yang bertanding tetapi dimana PJ PAS begeri yang berjiran dengan N9. Sahlah mereka ini tidak turun berkempen sama. Cuma mereka ini sedang menghuru harakan keadaan ketika mau berperang. Jadi fikir2kan lah sendiri bhai…….

Mengenai PKR pula saya tersentak juga bila tiba2 tiada angin dan ribut melanda Dato’ Zaid Ibrahim mengumumkan ingin bercuti selama 6 bulan dari jawatan Kepimpinan Pusat. Cuma saya tabik spring kepada Dato’Zaid ni kerana cepat memberi alasan mau merangka strategi untuk mengukuhkan PR. Mau menumpukan kerja untuk Konvensyen PR bulan disember ini.Kemudian dikejutkan perletakan jawatan Datok Jeffry Kitingan dan Cristina Liew dalam Pimpinan PKR Pusat.Walau pun azalinya setiap perletakan jawatan oleh pimpinan tidak akan menjejaskan parti tetapi persepsi PKR dikaca mata rakyat akan tercalar juga.

Mutakhir ini 1Malaysia dikejutkan lompatan katak pepuru Port Klang yang menyatakan keluar PR dan menjadi bebas tetapi menyokong UBN. Rakyat dihidangkan dengan irama yang sama iaitu menjadi bebas dan menyokong UBN sama seperti katak2 PKR yang lain. Dah 4 katak yang diternak PKR melompat keluar kolam. Behrang, Cangkat Jering, Lunas dan terakhir Pelabuhan Klang. Mungkin makan tak cukup kot. Duduk dalam PR dok makan kang kong aje sekali sekali nak la makan dedak yang berprotin tinggi…..hampeh btoi. Sebenarnya katak pelabuhan Klang ni dah lama nak melompat keluaq. Cadangnya sebelum hari raya aidil fitri yang lalu tetapi oleh kerana tak ada habuan diperolehi dari Khir Toyo maka diposponkan sehinggalah dijanjikan oleh Ketua 1Malaysia. Adalah bodohnya beliau memberi alasan kononnya kes Liwat DSAI menyebabkan beliau kelauq. Bak kata Ezam Mat Noor dulu tunjukkan 1 orang padanya yang masuk Ameno ikhlas kalau tak dijanjikan FULUSSSS….akhirnya dengan dia2 sekali melompat masuk Ameno. Sahihlah pasal FULUS.

Cerita pasal katak2 ni tak payah lah mendesak barua2 ni meletak jawatan. Buat kering kerongkong aje.Depa akan buat selamba berok aje kerana ada tunjang kuat dibelakang mereka. Pimpinan kena terus membuat kerja tanpa menoleh kebelakang lagi. Jangan dilayan berok2 mak yeh ni. Salah sendiri juga. Rakyat marhaen dah membuat lapuran dan aduan awai2 lagi tetapi pimpinan buat dek aje. Lambat tindakannya. Sepatutnya dipecat atau diwar war awai lagi. Katak2 ni memanglah prestasi mereka menjunam bila mana diberi amanah. Juak2 dan pecacai mereka dah bergerak sejak mula.

Banyak pembongkaran dibuat tapi hampas, Juak2 broker ni tidak disingkirkan dan masih memegang jawatan terutamanya sebagai ahli2 majlis di Dun masing2. Tak ada satu tindakan yang diambil oleh Pimpinan PKR Negeri, Surat pemecatan tidak dibuat atau lambat dibuat sehingga sekarang, Puak2 ni elaun dan crown diambil selamba je. Buat muka tak malu. Secara tak lansung rakyat melihat betapa lemahnya Kerajaan PR bila memerintah. Hal dalaman sendiri pun tak boleh selesai macammna nak diharapkan untuk memerintah Negara.Lagi senang kuasa asing akan menjajah negara kata PM 1 Malaysia menaburkan propagandanya kepada Rakyat Malaysia.Lambat laun rakyat akan terpengaruh apabila rakyat ditaburkan dengan gula2 dan madu dari UBN.

La ni PM 1Malaysia bila berbicara ibarat orang tua2 kata ‘burung tengah terbang dah dipipiskan lada’. Terpengaruh sungguh rakyat terutamanya sang makcik2 dan nenek2 saluran 1 bila mendengarkannya. Menitik air liuq mereka. Mereka ini tidak tercabar lansung dengan penyelewengan PKFZ yang negara kerugian berbilian ringgir wang rakyat. Mereka tidak teruja dengan kenaikan harga minyak, Mereka buat dek dengan kematian Teoh Beng Hock. Mereka juga digelapkan dengan cerita rasuah dan salah laku pepimpin UBN. Yang depa perihatin apabila diceritakan memang DSAI meliwat si saifool tu. Hak tu depa percaya sungguh2……..

Akhir kalam rakyat marhaen seperti saya ingin menyedarkan Pimpinan PR agar jaga dari lena, bak kata pepatah Cina Tidur yang Panjang Akan memberi Mimpi yang bermacam2. Dalam waktu yang ada maka gerakkan lah semua Adun2 dan AP PR yang telah diberikan amanah oleh penyokong dan pendokong agar menjalankan amanah yang telah diberikan secara bijaksana dan sentiasa turun dilapangan berjumpa penduduk,Jangan hanya mengwaw warkan secara tulus mulus didalam blog masing2 seolah olah mereka membuat kerja dan menyelesaikan masalah rakyat pada hal mereka berada kononnya di Dubai, di Indonesia lah dan bermacam2 negara atas dan bawah angin,Akhir sekali penduduk setempat makan asap.

Pejabat khidmat Parlimen pun tak ada tapi bila rakyat bising pasai susah nak jumpa,dia p la sewa rumah kedai buat pejabat tapi semedang aje berkunci sapa pun tak ada. Last sekali pengundi terpaksa cakap dan pesan pada pintu pejabat aje la…….Tetapi kalau dah tak upaya mmemberikan perkhidmatan yang terbaik eloklah meletak kan jawatan sahaja. Tak payah ditekan dan tak payahla nak melompat parti. Letaklah jawatan secara ikhlas dan rakyat akan menyanjung tinggi jika berbuat begini. Akan dikenang sehingga akhir hayat. Tak akan terima cacian dan sumpah seranah dari pengundi, percayalah orang yang kianat akan menerima khifarah dan tulahan suatu hari nanti.Hanya masa yang akan menentukannya.Buatlah yang terbaik semasa pengharapan rakyat masih lagi memihak kepada PR.

Wallahualam………

Jin Brabus

:: Balik Semula ::

‘Mereka’ Sedang Merancang Untk Memecakbelahkan Pakatan Rakyat…


 

Rencana Jahat Memecahbelahkan Pakatan Rakyat

OLEH Hasmi bin Hashim

Memang, kalau tak kerana angin, masakan pokok bergoyang. Tatkala semua ujian menimpa Pakatan Rakyat, termasuk isu di dalam PAS, yang gagal dilihat pihak musuh ialah, ahli-ahli PAS menjadi semakin matang menilai serta mencari punca ‘penyakit’. Tak mudah nampaknya untuk diperlekeh kebijaksanaan ini seiring dengan kebijaksanaan sebahagian besar pemimpinnya.

Apakah selamanya pelbagai isu dan polimik sensasi yang cuba dibangkit di beberapa negeri, dan beberapa isu, lantas terus dijadikan dalih untuk senyap-senyap menjalin ‘rundingan peribadi’ dengan elit Umno? Apakah tomahan pemberikan “tanah kepada Cina di Perak” boleh dijadikan ukuran PAS kini mengkhianati orang Melayu?

Dalih ini, semakin tak laku, terutama kalangan ahli akar umbi dan rakyat Perak yang tahu bahawa tak ada seincipun tanah yang diberikan kepada yang bukan berhak! Pengakuan ini saya perolehi langsung daripada Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin ketika pertemuan kami dalan program di Universiti Terbuka Perak (Ureka), 17 Oktober lalu.

Kedurjanaan Umno, terhadap orang Melayu lebih bertompok dan ketara. PAS, termasuk ketika allahyarham Datuk Ustaz Fadhil Noor, menyaksikan bagaimana permainan silap mata dan kerakusan Umno menangkap aktivisnya. Bahkan membunuh!

Kes Memali, misalnya, sampai kini tak selesai. Penindasan terhadap PAS, oleh Umno, menjadikan PAS seakan-akan tidak mungkin dapat duduk kembali dengan Umno. Saya percaya, kepada yang sering bercermin kepada sejarah, tak mungkin dapat menerima apa yang dinamakan Umno sebagai rakan kongsi kuasa hanya atas dalih survival Melayu mahupun ugama.

Dan saya hendak bertanya, siapa yang memulakan label “Erdogan” yang merujuk kumpulan kononnya “pro-Anwar”, kalau bukan elit dan media Umno? Bukankah mereka jugalah yang tiba-tiba menjuarai agar golongan ulama’ dalam PAS menentang “kumpulan Erdogan” itu, sedangkan sejak bila Umno pro-ulama’?

Ternyata, kekalang-kalibut ini, dengan insaf saya mentafsirkan, sengaja direncana oleh segelintir manusia yang dahulunya pernah bersama Keadilan, dan ada hubungan dengan dua-tiga kerat sahabat dalam PAS.

Tak dapat Keadilan, PAS cuba mereka piat. Bedebah!

Usaha untuk melemahkan Pas dan Keadilan khususnya juga bukan baru. Ada nama yang dua-tiga bulan menyertai Keadilan, misalnya, kemudiannya meninggalkan parti dengan sidang media yang bukan main tampak hebat sehingga dipersoalkan kejujuran mereka menyertai Keadilan. Apakah direncana, diupah? Kemudian, lenyap.

Juga sejak beberapa tahun lalu, tak kurang pemimpin kanan Keadilan diumpan dengan itu dan ini, ada yang diugut, agar, meninggalkan parti dan perjuangan. Yang gagal bertahan, yang lemah, justeru berpaling.

Kita tahu, dalam sedar tak sedar, Keadilan, malah lebih tepat Anwar wajar dihapuskan. Kekalahan teruk Barisan Nasional, 8 Mac lalu, diakui mereka banyak disumbang dengan apa yang disebut sebagai “faktor Anwar” selain kesediaan PAS dan DAP berada dalam saf yang melangkah sederap.

pakatan-rakyatAtas kenyataan ini, rencana jahat dan fitnah baru, diatur. Apabila ada seorang anak muda yang ‘bersumpah’ dirinya diliwat, mereka kira Anwar sudah masuk perangkap. Melalui berita TV ketika menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh, ada yang dengan sinis berkata “tengoklah nanti!”

“Tengoklah nanti” itu merujuk rancangan mereka yang menggunakan kaedah seumpama cara jahat Dr Mahathir ketika memfitnah Anwar pertama kali dahulu; lebih 10 tahun dahulu. Beza golongan kecil ini, yang tentunya mendapat restu pimpinan tertinggi Umno adalah, mereka nampaknya lebih rakus berbanding Dr Mahathir sendiri…

Kemusnahan sangat mereka harapkan menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat, Disember ini. Mereka, dengan janji dan ikrar yang bermacam-macam waktu menyertai semula Umno, tentunya mahukan sokongan dana untuk menjayakan misi. Saya kira, politik Najib pula adalah politik yang tergamak menyiapkan upah, asalkan misi siap. “Misi pertama” iaitu merampas kerajaan Perak, dianggap ’sempurna’.

Kedua, iaitu yang lebih mustahak, kemaraan Pakatan Rakyat yang dipenghului oleh Anwar mesti disekat. Disekat segera!

Ahli-ahli parti-parti di dalam Pakatan Rakyat dan rakyat semakin jelas melihat isu ini. Teguh di belakang kebenaran, dan siap untuk menegur mana-mana pemimpin yang terpesung daripada “sumpah perjuangan” bukan hal yang perlu dimalukan. Yang sudah terpesung pula, hanya menanti masa, dimakan tulah.

Kesepaduan Pakatan Rakyat, saat ini menjadi mustahak sekali. Sangat mustahak kalamana kita hanya beberapa langkah sahaja lagi melewati gerbang Putrajaya. Umno belum pernah dalam sejarahnya berasa begini gementar, dan memang mungkin akan mereka gunakan apa sahaja, baik mengadu-domba dan cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat agar mereka kekal berkuasa.

Tak tergambar kita, bagaimana nantinya bila kuasa dapat kembali kepada Umno-BN andai kita termakan umpan dan cuai, betapa kuku tajam Umno-BN akan mencengkam rakyat. Mereka kini sedang menahan nafsu, kerana mereka tak sangat berupaya ketika hilang kuasa di banyak kawasan dan negeri.

Justeru itu, kepentingan Melayu, mahupun Islam adalah kepura-puraan politik, sementara Umno berada dihujung tanduk. Kita tak punya pilihan, kecuali menepis Umno-BN ke luar pagar Putrajaya. Keutuhan kita kepada bangsa dan negara jelas. Lebih jelas daripada slogan politik “1Malaysia” Perdana Menteri.

paksyeikhDan, yang paling utama daripada kekalutan hasil buah tangan elit Umno ini, adalah kembali memperkukuh idealisme, memperkasa gagasan dan memperkuat saf… terutama kalangan anak muda, yang, pada satu ketika dahulu, juga sepenuhnya mahu dilumpuhkan demi melonjakan menantu bekas PM ke-5.

Kita benteng hadapan, bukan barisan di belakang.

:: Balik Semula ::

MARA – Makan Amanah Rakyat….!!!

Apabila MARA atau Majlis Amanah Rakyat membeli komputer riba berharga RM84,000.00 bagi dua unit, maka ini merupakan satu tanggapan pertama dan senyum sinis masyarakat terhadap ketelusan kakitangan agensi ini dan ianya juga merupakan tamparan kepada kepimpinan di organisasi MARA sendiri.

Sebelum ini ramai kawan-kawan pernah membangkitkan tentang kelemahan dan masa hadapan MARA.

Terutama sekali baru-baru ini apabila agensi ini dikatakan tidak cukup wang untuk disalurkan sebagai pinjaman atau biasiswa kepada pemohon yang layak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Bukan setakat itu sahaja, MARA dikatakan mempunyai terlalu banyak unit-unit di bawah seliaannya. Ini termasuklah pusat latihan, skim keusahawanan, pembiayaan perniagaan, program teknikal, pusat industri, pusat pengajian, kolej, pengangkutan, pinjaman, unit saham dan sebagainya.

Ramai kawan-kawan yang pernah terlibat dengan pembelian unit-unit amanah di bawah MARA juga melahirkan kebimbangan.

“Dulu agensi ini boleh membayar dividen 30%-40% setahun. Sekarang tinggal 3%-6% sahaja. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kena lihat apa yang sedang dilakukan oleh pegawai-pegawai di bahagian ini” kata seorang pelabur.

“Apabila kita menelefon bertanyakan, pegawai-pegawainya tidak sensitif malah memberikan penjelasan sambil lewa” kata kawan tadi.

Jika boleh, keseluruhan MARA ini perlu dirombak. Ramai yang mengatakan kakitangan MARA menganggap agensi berkenaan sebagai milik elit. Banyak yang dirahsiakan di atas nama Bumiputera.

Sejak penubuhannya pada tahun 1966, sudah 22 Pengerusi dari kalangan ahli politik dilantik.

Jangan-jangan pengerusi dan kakitangan hidup secara elit, esok lusa MARA secara fizikalnya dimakan anai-anai.

Apa yang dikhuatirkan lagi ialah jika MARA merudum menyembah bumi. Pelanggan – pelajar, peniaga, pelabur, penyewa dan pembeli – tidak akan mendapat apa-apa faedah atau pulangan pun. [dari blog Al-Kerohi]

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 2:17 PM 0 Komen Anda

Betapa Hancurnya System Pentadbiran Kita : GURU TIADA TAPI GAJI ADA


 

LAPORAN AUDIT NEGARA – GURU TIADA GAJI ADA

  • d) Peletakan Jawatan Guru KAFA
  • Surat perjanjian guru KAFA lantikan JAIM menyatakan notis tiga bulan secara bertulis hendaklah dihantar atau membayar satu bulan gaji sebagai gantian pemberhentian tanpa notis.
  • Semakan Audit terhadap peletakan jawatan guru mendapati:
  • i) Sehingga akhir bulan Mac 2008, elaun 20 guru masih dibayar ke akaun bank walaupun telah meletakan jawatan mulai tempoh tahun 2005 hingga 2007. Mengikut perkiraan audit, elaun yang perlu dibayar balik oleh guru adalah berjumlah RM120,000 setahun dan usaha belum diambil bagi menuntut elaun yang terlebih dibayar.
  • ii) JAIM tidak dapat mengesan elaun terlebih bayar kepada seorang guru sehingga guru berkenaan membuat bayaran balik secara sukarela sejumlah RM6,932.
  • iii) JAIM tidak mengutip bayaran balik gaji sejumlah RM2,868 daripada empat guru yang memberi notis peletakan jawatan sejak bulan Julai 2008.
  • Perkara ini berlaku disebabkan tiada koordinasi antara Unit Pembangunan Kemanusiaan JAIM dan Unit Pendidikan JAIM mengenai peletakan jawatan guru.
  • Guru mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Unit Pendidikan JAIM dan salinan kepada penyelia tanpa memaklumkan kepada Unit Pembangunan Kemanusiaan JAIM yang menguruskan saraan guru KAFA.

dari blog : http://adlyzahari.blogspot.com


 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME

Ada Cadangan Harga Rokok RM30 Sekotak.. amacam..??

CAP syor rokok RM30 sekotak
Oleh Syed Ismail Syed Abu Bakar
bhnews@bharin.com.my

Persatuan Pengguna Pulau Pinang gesa kerajaan bendung tabiat merokok

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan supaya rokok berjenama di negara ini dijual pada harga RM30 sekotak yang mengandungi 20 batang.

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata ia bagi membendung tabiat merokok yang semakin serius di kalangan golongan muda terutama mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.

Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan menyekat penjualan rokok berjenama murah yang dijual pada harga antara RM2.20 hingga RM2.50 bagi 20 batang.

Antara jenama rokok murah yang mudah didapati di pasaran masa kini ialah Navy, Tex, American Legend, Bingo, Astro, Fisher, Virginia Slim, Paradox dan Lite-Up,

Beliau berkata, lambakan rokok berjenama murah di pasaran negara ini semakin membimbangkan kerana ia menjadi pilihan golongan muda.

“Harga runcit bagi 20 batang rokok berjenama di Malaysia ialah RM9.30 sekotak, jenama murah pula dijual kira-kira 73 peratus lebih murah,” katanya.

Katanya, hampir semua rokok berjenama murah tidak mempunyai amaran dan gambar oleh Kementerian Kesihatan sekali gus ia tidak menakutkan golongan muda daripada terus membeli dan menghisap rokok.

Beliau mengalu-alukan langkah Kementerian Kesihatan menetapkan harga minimum bagi rokok 20 batang pada harga RM6.20 bermula Januari tahun depan.

“Bagaimanapun, harga itu terlalu rendah dan ia dikhuatiri tidak mencapai matlamat kerana pengguna masih mampu membelinya. Justeru, harganya wajar dinaikkan sehingga RM30 bagi 20 batang,” katanya.

Harga rokok berjenama bagi kotak 20 batang di United Kingdom adalah RM36.60, Ireland (RM37.98), Singapura (RM27.80), New Zealand (RM27.20), Jepun (RM10.60) dan Sri Lanka (RM10.90).

Beliau berkata, gejala merokok di negara ini semakin membimbangkan dan lebih 50 peratus lelaki dewasa adalah perokok manakala kira-kira 50 kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dikesan merokok setiap hari.

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME

Hebatnya dia, sampaikan pengedar dadah pun terlepas…

Posted by RAKYAT MARHAEN
Misteri cuti pegawai penyiasat
SHAH ALAM – Polis Selangor terkejut dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki membebaskan tanpa melepaskan tiga orang tertuduh yang didakwa dalam kes dadah selepas dimaklumkan pegawai penyiasat kes itu tidak dapat hadir perbicaraan di sini kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, sebelum perbicaraan semua saksi di kalangan anggota polis, kecuali pegawai penyiasat Inspektor Chong Voon Loong, hadir di mahkamah menunggu giliran untuk memberi keterangan.
Malah, katanya, semua bahan bukti iaitu dadah yang dirampas telah dibawa ke mahkamah.
“Barang bukti yang gagal dibawa hanyalah sebuah beg yang digunakan ketiga-tiga suspek untuk menyimpan dadah yang dirampas.
“Beg tersebut disimpan oleh Voon Loong di dalam peti besi di pejabatnya,” jelas beliau.
Dalam perbicaraan di mahkamah Tinggi di sini kelmarin, menurut beliau, pegawai dari Jabatan kimia telah memberikan keterangan sebelum diikuti keterangan saksi-saksi polis.
“Bagaimanapun, saksi-saksi polis terpinga-pinga apabila melihat ketiga-tiga suspek bertempiaran melarikan diri dari kamar mahkamah sebelum mereka dapat memberi keterangan,” katanya.

Melihat ketiga-tiga tertuduh melarikan diri ekoran keputusan Mohtarudin, saksi-saksi yang menunggu di luar kamar mahkamah mengejar dan dapat menahan seorang daripada tertuduh.

Sabtu, 2009 Oktober 31
%d bloggers like this: