PEMBOHONG PERLU DIBUANG DEMI PERDAMAIAN

Pada peringkat awal, aku amat tidak percaya dengan dakwaan wujudnya usaha pergabungan PAS – UMNO selepas berlaku tsunami politik 8 mac 2008 yang lalu. Pendedahan Pak Bakaq Haq menerusi blog penarikbeca, padaku merupakan fitnah yang wajar dibuang jauh.

Pun begitu, setelah terbukti berlakunya pertemuan sulit yang dilakukan oleh pimpinan PAS tertentu, malahan diakui sendiri oleh presiden betapa wujudnya pertemuan sulit tersebut, menyebabkan aku terkejut. Ketika itu, bukan aku sahaja yang terkejut, malahan sebilangan pimpinan tertinggi PAS yang lain pun terkejut, seperti Mahfoz Omar dan Hanifa Maidin, yang mereka nukilkan sikap mereka menerusi blog masing-masing.

Aku mula hilang kepercayaan terhadap pimpinan PAS terbabit, malahan lebih hilang kepercayaan, apabila dakwaan bahawa kononnya tidak wujud usaha pergabungan itu, dinafikan oleh Bekas Naib Presiden PAS, ustaz Ahmad Awang dalam muktamar PAS yang baru lepas, dengan kenyataan beliau secara terbuka bahawa sebenarnya usaha hendak membina kerajaan yang menggabungkan antara PAS-UMNO sememangnya wujud. Ini dirujuk, bahawa wujudnya pimpinan tertinggi dalam parti yang menelefon beliau untuk diadakan gabungan parti PAS-UMNO untuk tubuh kerajaan.

BERDAMAI?

Berdamai sudah berlaku, iaitu setelah Presiden PAS mengatakan dikala sebelum keputusan pemilihan PAS dalam muktamar baru-baru ini, bahawa Kerajaan perpaduan tidak akan dibincangkan lagi, disebabkan rakyat tidak memahaminya. Begitujuga, kenyataan Mustafa Ali yang menyebut, Kerajaan perpaduan tidak akan berbangkit sehingga berlakunya pilihanraya ke-13.

Pun begitu, setelah keputusan pemilihan muktamar diumumkan, ketika itu juga Presiden PAS bercakap tentang kerajaan perpaduan. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Bukankah Kerajaan perpaduan tidak akan dibicarakan melainkan setelah rakyat memahaminya, atau setelah berlakunya Pilihanraya umum ke – 13.

Di masa itu, ramai yang kaget dengan apa yang terjadi, seterusnya pertembungan dan percanggahan sentiasa berlaku. Lebih parah lagi, apabila keputusan muktamar PAS memutuskan bahawa PAS akan kekal untuk memperkukuhkan Kerajaan pakatan Rakyat, tiba-tiba Hasan Ali sebagai pesuruhjaya PAS Selangor, sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan dan tindakan-tindakan yang dilihat mahu melemahkan kerajaan pakatan Rakyat, lalu disokong juak-juak manisan beliau.

Lebih menyedihkan, segala tindakan Hasan Ali ini tidak dilihat serius oleh Presiden dan Timbalan Presiden. Lantaran, lahir persepsi buruk dari kalangan pengundi-pengundi terhadap PAS.

TUTUP MULUT?

Pelik dengan pemikiran sebilangan ahli, malahan sebilangan pimpinan PAS yang marah kepada ahli yang bersuara dalam hal ini. Mereka menyuruh ahli menutup mulut, walhal tindakan bodoh ini dilakukan sendiri oleh pimpinan atasan.

Teruknya semakin bertambah, apabila wujud dari kalangan pimpinan atasan yang sanggup menipu ahli bawahan. Apakah pimpinan atasan ini tidak membaca sabda Nabi SAW yang berbunyi;

مَا مِنْ وَالٍ يَلِي رَعِيَّةً مِنْ الْمُسْلِمِينَ فَيَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لَهُمْ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Maksudnya;
“Tidak lah seseorang ketua yang melaksanakan urusan rakyat dari kalangan muslimin, lalu mati walhal dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan baginya syurga” (al-Bukhari : 6618)

Jika mahu menyuruh ahli PAS tutup mulut, pastikan pimpinan sendiri tidak melakukan tindakan bodoh tersebut; iaitu usah lagi mengadakan tindakan-tindakan yang meragukan ahli bawahan.

– Sri Indah (B), Sg Buloh

 

Posted by RAKYAT MARHAEN at 10/28/2009 10:21:00 PM 0 comments

Sidang Dun Perak ( siri 1 )

Seperti biasa kenderaan ini akan diletakan di hadapan Banggunan SUK bagi meneruskan kerja baik mereka menjaga keselamatan Pimpinan UBN.
Ketibaan awal Dato Ngeh dan beberapa lagi Adun yang lain dihalang oleh Glen dan Pihak Polis apabila dinyatakan bahawa kenderaan milik mereka tidak dibenarkan melalui kawasan tersebut menuju ke Pejabat DAP Negeri.

Adun-Adun Pakatan Rakyat berjalan menuju ke Banggunan SUK selepas kenderaan mereka dihalang memasuki banggunan tersebut walaupun mempunyai pelekat kenderaan Rasmi bagi Adun-Adun.
Posted by RAKYAT MARHAEN at 10/28/2009 10:12:00 PM 0 comments

Mesyuarat Khas Pas (foto bicara)

Kredit terbanyak untuk saudara Panzer, wartawan dari Utara Online. LIVE dibawakan oleh beliau di sini.

Posted by RAKYAT MARHAEN at 10/28/2009 10:07:00 PM 0 comments

Siapa Penipu : Al Banjari vs Roslan SMS

Kat sini wa tulis yg fakta sahaja.Wa takan tokok tambah.

Dari blog al banjari, 3 point penting ditekankan telah di bincang dlm perjumpaan Blogger bersama Hasan Ali n Nasha.

-Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.

-Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas.

Dari Blog Roslan SMS pula, menafikan perjumpaan ini membincangkan tentang UG

Bloggers pun kita berhasrat bertemu dengan semua bloggers tanpa mengira fahaman dan agama.

Tiba-tiba dikhabarkan pertemuan itu adalah untuk menegaskan bahawa kononnya PAS akan keluar dari Pakatan. Kononnya pertemuan itu untuk menerangkan darihal “Unity government” dan macam-macam lagi.

Saya dan rakan-rakan yang menganjurkan pertemuan itu. Kami berhajat menyediakan forum untuk PAS Selangor menjelaskan darihal dasar dan perjuangannya, rancangan kini dan masa depan serta memperkukuhkan komitmen PAS Selangor dalam kerajaan Pakatan Rakyat negeri.

Makin pelik dan makin haru

– “Kebetulan” Roslan sms tak tahu die jemput blogger UMNO.
– “Kebetulan” Roslan sms anjurkan majlis perjumpaan blogger sehari sebelum mesyuarat khas UMNO
-“Kebetulan” penolong editor al banjari, MRK albanjari tak mahu mendedahkan rakaman perjumpaan blogger itu.

Sedap cite2 nih. Lu org pk la sendiri..

Posted by RAKYAT MARHAEN at 10/28/2009 10:05:00 PM 0 comments

Hot!! Isi rakaman dialog Dr.Hasan Ali dengan bloggers – Cenangau

Aku sebenarnya kesian kat Banjari. Ramai sangat orang yang ada no telefon dia, telefon dan sms suruh dia publish rakaman tu. Ada yang sampai tahap paksa dia. Ada jugak yang siap guna nama pimpinan kata pimpinan tu nak, kata pimpinan ni nak.

Sampai ada yang telifon kata TG Nik Aziz mintak. Mungkin betui TG Nik Aziz mintak tapi betui ka melalui orang yang berkenaan. Siap pi cari dia kat rumah pun ada.

Aku dah sembang panjang dengan Banjari. Memang kalau aku pegang pun audio tu aku tak sanggup nak publish. Banyak sangat rahsia dalam tu. Lagi satunya nak bagi tau, rakaman tu sebenarnya belum sampai ke tangan Banjari dan besar kemungkinannya takkan sampai pun ke tangan dia.

Aku pun dah call MRK dan dah sembang dengan dia. Aku cukup bersetuju dengan pendekatan yang dia ambik. Dia ulang banyak kali “benda ni amanah, ana tak boleh bagi kat sapa-sapa pun.” Dia sambung lagi “Kalau betui TG Nik Aziz nak dengar, ana takdak masalah nak bagi dengar tapi dalam keadaan tertutup dalam bilik khas yang dia dengan TG Nk Aziz ja dengar.” Lebih kurang macam tu ayat dia.

Dia ulang banyak kali perkataan amanah tu dan aku yakin dengan dia dan pendekatan dia. Dan aku harap dia pegang sungguh dan jaga sungguh amanah tu macam yang dia kata. Dia siap kata, “kalau keadaan memaksa mungkin ana akan padam ja rakaman audio tu. ”

Allahdulillah, aku dah berjaya cakap sendiri dengan beberapa pimpinan utama Pas berkenaan hal tu dan depa kata depa sendiri akan hubungi MRK Banjari. Aku rasa aku dah boleh lega sikit, aku dah pindahkan beban tu kat depa. Diar depa buat keputusan.

Aku taktau orang lain tapi aku boleh taruh kepercayaan dan harapan kat pimpinan yang aku hubungi tu. Aku rasa macam beban yang berat sangat ada atas bahu aku macam dah hilang. Aku harap Al-Banjari pun sama, boleh tarik nafas lega.

Lagi satu aku nak ajak semua yang teringin sangat nak dengar rakaman tu termasuk aku sama yang belum berkesempatan dengar, untuk sama-sama bersabar. Nak buat apa lagi, sabar ja laa.. Kalau ada peluang boleh la kita dengar rakaman tu, kalau MRK tak mau bagi jugak, nak buat macamana.

Harapnya keputusan yang terbaik akan keluar dari Mesyuarat Khas Pas Pusat malam ni. Bukan sata yang terbak untuk Pas tapi juga terbaik untuk Pakatan Rakyat dan lebih mustahak lagi terbaik untuk KEBAJIKAN rakyat Malaysa macam tema menifesto PAS masa PRU12 dulu.

Yang boleh kita buat lagi cuma berdoa.

Posted by RAKYAT MARHAEN at 10/28/2009 10:03:00 PM 0 comments

Apa cerita semasa taklimat khas kepada wartawan Harakah tadi ??

oleh ali :
Taklimat khas wartawan harakah pada 12 tengahari tadi dihadiri oleh Ust Idris Ahmad, S/U Politik Presiden PAS Dr. Samsuri dan Presiden PAS sendiri iaitu TG Haji Hadi.

Ust Idris Ahmad iaitu ketua Penerangan Pas memulakan bual bicaranya. Seperti biasa dia yang terkenal sebagai keras, kuku besi, tidak diplomatik dan kurang bijaksana memulakan sesi penerangannya dengan mengumpat bloggers(baca: bloggers Pro Pakatan Rakyat)

Idris Ahmad memerintahkan wartawan harakah supaya tidak menjadi ajinamoto dan kicap yang dimasak oleh para bloggers untuk menghentam PAS. Hey mangkuk !!! bloggers yang kau maki inilah yang bagi kemenangan besar kepada PAS dalam PRU-12 lalu. Dasar tak kenang budi.Pecat lah si derih ni cepat. Sebagai ketua Penerangan PAS, derih perlu ada bahasa diplomasi dan hikmah. Derih perlu menerangkan sesuatu isu dengan hikmah, bukan menyerang dengan tak tentu pasal. Baca komen bekas Mufti Perlis Dr. Maza ini.

“Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah..”.

Bikin malu organisasi simpan orang seperti derih ni. Sudahlah begitu, derih terkenal sebagai orang yang tidak tahu bersangka baik dan kasar orangnya. Lihat komen derih terhadap rakan beliau iaitu Menteri Dijabatan Perdana Menteri Jamil Khir. Klik sini. Mana pergi budi bahasa si derih ni. Inikah pelajaran yang dia belajar selama menjadi ahli PAS. Walaupun si Jamil Khir itu UMNO sekalipun, bersangka baik lah dahulu. Jamil baru sahaja dilantik sudah dimaki teruk oleh Ketua Penerangan PAS. Uslub dakwah apa yang digunakan oleh si derih ni ??

Derih selalu juga maki Mufti-mufti dalam Malaysia. Semua negeri takde mufti yang tidak pernah dimaki oleh derih kecuali negeri Pulau Pinang. Aik , apepasal tak maki mufti Pulau Pinang ?? Mufti Pulau Pinang adalah abang kandung kepada derih ni. Tahu pulak bersangka baik dengan abang sendiri. Sedangkan arak, maksiat, kedai judi magnum dan lain-lain maksiat yang ada di negeri lain juga terdapat di negeri Pulau Pinang. Apepasal hang tak maki abang hang sendiri macam hang maki Jamil Khir. Biasalah inilah dinamakan sebagai keadilan oleh derih(baca: nepotisma).

Sambung balik cerita pasal taklimat khas tadi. Derih menafikan perjumpaan kali ni sebab meeting malam ini. Sudahlah. Walhal, selepas itu dia menyuruh semua wartawan PAS taksub hanya kepada PAS. Mana pergi prinsip kebebasan berakhbar ?? Mana pergi prinsip demokrasi ?? Bunyi dah sama macam UMNO. Derih juga merancang untuk buat tamrin ala-ala brainwash selepas ini. Dipercayai tamrin ini dirancang supaya wartawan PAS akan mudah menerima agenda ‘Task Force 2010’ nanti.

Selepas derih, TG Haji Hadi pula meneruskan sesi tengah hari tersebut. Hanya bual bicara biasa dari beliau. Nothing new. Cuma beliau ada memerli harakah kerana sekarang kerap cerita pasal ‘Unity Government”. Terasa ke ??

Posted by RAKYAT MARHAEN

Lebih memelikkan lagi, apabila ada sebilangan ahli yang bersuara, pasti berbagai-bagai istilah arab digunakan, seperti tersebarnya istilah wala, istilah maslahah jemaah dan sebagainya.

Apakah mereka tidak sedar, betapa pimpinan PAS juga wajib memberi wala’ dengan keputusan muktamar yang mengatakan perlunya kuatkan Pakatan Rakyat, juga wajib menjaga maslahah parti dari dicerca dan dihilangkan undi dalam PRU akan datang.

Yang lebih penting, apakah mereka tidak sedar, bahawa tindakan mereka itu sebenarnya telah melahirkan mudharat pada dakwah islamiyyah sendiri, iaitu apabila rakyat yang tidak beragama Islam, akan merasa meluat dan benci terhadap Islam ekoran tindakan pimpinan PAS yang dipercayai mereka sebagai berjuang islam.

MELAKUKAN FITNAH?

Pelik bin ajaib, ahli yang bertidak bersuara, menentang tindakan bodoh dari pimpinan dianggap sebagai menabur fitnah, waima tindakan pimpinan tersebut telah terbukti; menerusi kenyataan media mereka, juga menerusi gambar yang terpampang.

Mungkin pertemuan itu mempunyai motif yang baik, tetapi peliknya, kenapa ia dilakukan secara sulit? Kenapa dinafikan wujud pertemuan sulit itu diperingkat awal, kemudian terbukti sebaliknya selepas dari itu?

Apakah salah berkata benar sahaja? Apakah salah, pertemuan itu dilakukan secara terbuka? Ini kerana, jika ia dilakukan secara terbuka, serta tidak wujud unsur pembohongan, sudah pasti segala kekacauan yang menimpa tidak akan berlaku sama sekali.

SIAPA MUNAFIQ?

Ahli yang bersuara pasti akan dianggap munafiq, tetapi pimpinan yang menipu tidak dianggap sedemikian. Mengapa?

Bukankah Nabi SAW sendiri menyebut hadis, bahawa orang munafiq itu adalah orang yang menipu apabila bercakap?

Sabda Nabi SAW;

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Maksudnya;
”Tanda orang munafiq ada tiga; apabila bercakap, dia menipu. Apabila berjanji, dia membelakangkan janji. Apabila diberikan amanah, dia khianati” (al-Bukhari : 32)

Pimpinan yang melakukan tindakan cenderung kepada UMNO ini, ternyata banyak melakukan tindakan yang menampakkan kemunafikan. Ini kerana, rata-rata mereka bercakap bohong, mengkhianati amanah rakyat yang telah diberikan kepada mereka, juga menyalahi janji agar tidak melakukan masalah dalam kerajaan pakatan Rakyat.

Waima perkara ini amat jelas berlaku, malahan terbukti dengan kukuh, masih ada lagi yang sengaja membutakan mata. Lebih parah, ahli bawahan yang bersuara akan dilebelkan sebagai munafiq.

Pelik sifir mereka itu..

PERTEMBUNGAN TIDAK SEWAJARNYA BERLAKU

Sepatutnya, pertembungan ini sebenarnya tidak sewajarnya berlaku. Tetapi, ia berlaku juga disebabkan wujudnya pertemuan sulit, disamping wujudnya penipuan dan pembohongan.

Ahli yang bersuara, itu menjadi hak mereka. Bukankah Nabi SAW ada bersabda;

فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا

Maksudnya;
”Sesungguhnya orang yang ada hak, hendaklah diberikan ruang dia bersuara” (al-Bukhari : 2141)

Ahli pasti tidak akan bersuara, jika tidak wujudnya pertemuan sulit dan pembohongan tersebut. Justeru, jika mahu ahli berhenti bersuara, usah lagi melakukan tindakan-tindakan yang meragukan; lebih-lebih lagi tindakan yang meragukan itu disokong oleh gambar dan kenyataan-kenyataan pimpinan terbabit sendiri.

Yang peliknya lagi, golongan yang tidak berpuas hati dengan ahli yang bersuara, selalunya tidak akan menjawab hujjah-hujjah yang dikemukakan, sebaliknya bertindak memaki hamun ahli tersebut, disamping lebel yang diberi. Apa motif mereka melakukan demikian?

Keadaan ini tidak ada beda dengan lebel ’zalim’ yang diberikan oleh kaum Namrud kepada Ibrahim, dikala Namrud bertanya mereka tentang siapakah yang meruntuhkan berhala sembahan mereka.

Seperti kisah yang dinukilkan oleh Allah menerusi Firman-Nya;

قَالُوا مَنْ فَعَلَ هَذَا بِآَلِهَتِنَا إِنَّهُ لَمِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya;

“mereka berkata, Barangsiapa yang melakukan ini (runtuhkan) terhadap tuhan kami, maka sesungguhnya ia dari kalangan orang yang zalim”

(Surah Al-Anbiya’ : 58)

Sekian

p/s : diharap pimpinan tertentu tidak melakukan lagi tindakan yang meragukan, demi perdamaian sesame ahli PAS, juga kawan-kawan dari pakatan Rakyat.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

One Response

  1. Harap sangat pemuda sarawak dapat membuat laporan disiplin terhadap pimpinan yg dikatakan terlibat dlm perjumpaan sulit dengan Umno selepas 8 Mac 2008. Antaranya Hassan Ali & Khalid Samad…

    Lakukanlah dengan segera sebab Lembaga Disiplin sedang membuat siasatan. Jika ada bukti laporkan, tak payahlah nak publish kat blog ini sebab ia akan mengkusutkan lagi kefahaman ahli.

    Soal pimpinan menipu & munafik akan terjawab melalui pendedahan dalam Lembaga Disiplin. InsyaAllah itu jalan terbaik dari kita terus menerus publish penulisan yang kita sendiri tak tahu asal kebenarannya…

    hayatilah firman Allah ini;

    “Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan” – (Surah Al-Hujurat 49 : 6)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: