DSAI Private Bill to amend Section 10 of Act 144, Petroleum Development Act 1974

YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM [Permatang Pauh] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah supaya Seksyen 10 Akta 144 Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipinda dengan memasukkan perkataan seperti berikut (saperti yang dihitamkan):

“Seksyen 10A:

Terjemahan: “di Luar Pantai”: Untuk maksud Akta ini, perkataan “di luar pantai” bermaksud sebahagian kawasan di tengah laut terbuka di luar pesisir pantai yang berada di dalam had Zon Ekonomi Ekslusif bagi Persekutuan dan di ukur menurut undang-undang yang di terima pakai oleh Persekutuan pada masa berkaitan”.

Bahawa Dewan mengambil maklum kontroversi berkaitan isu royalti daripada hasil dan kegiatan carigali minyak di luar tanah pesisir pantai dalam negeri-negeri di bawah Persekutuan kerana wujudnya kesamaran makna perkataan “di luar pantai (“Offshore”)” di dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 (“Akta tersebut”).Perkataan “di luar pantai” (offshore) dirujuk sebanyak 3 kali dalam Akta tersebut. Bagaimanapun ianya tidak ditafsirkan di mana-mana pun dalam Akta tersebut.

Oleh kerana Akta tersebut digubal dengan tujuan, antara lain, sebagai terma rujukan kepada penyerahan hak keatas sumber hydrocarbon daripada Negeri-Negeri dibawah Persekutuan, maka adalah wajar perkataan “di luar pantai” (offshore) merujuk kepada semua kegiatan carigali petroleum yang dilaksanakan di sesebuah negeri semasa Akta ini di rangka. Ini termasuk kawasan galian minyak di luar pantai Terengganu yang melangkaui hujah kawasan 3 batu nautika.

Persempadanan 3 batu nautika hanya timbul secara kesimpulan kerana wujudnya kesamaran kepada perkataan “di luar pantai” (offshore)”. Kerajaan menggunapakai definisi “kawasan perairan” atau “territorial water” yang terkandung dalam Akta Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969 untuk menghadkan sempadan “di luar pantai” (offshore)” sepertimana yang terkandung dalam Akta tersebut.
BIL PERSENDIRIAN AHLI INI BERMAKSUD UNTUK TUJUAN BERIKUT:

1. Memperjelaskan perkataan “di luar pantai (offshore)” agar ia mencerminkan maksud dan semangat sebenar semasa Akta tersebut digubal dengan pemahaman yang sama diantara Negeri-Negeri dan Kerajaan Persekutuan apabila bersetuju menyerahkan hak negeri-negeri keatas sumber hydrocarbon.

2. Mengelak kekaburan di masa hadapan agar suatu regim fiskal yang jelas dapat ditentukan dalam industri minyak dan gas – pertikaian masakini diantara Kerajaan Persekutuan dan Negeri-Ngeri khususnya Kelantan dan Terengganu memberi isyarat negatif kepada pelabur dalam sektor minyak dan gas dimasa hadapan. Salah satu ciri yang diambilkira oleh pelabur dalam industri minyak dan gas ini ialah kejelasan, kestabilan, dan kepercayaan kepada sistem perundangan berhubung hakmilik sumber hydrocarbon. Tindakan Kerajaan yang memutarbelit maksud dan semangat Akta tersebut dengan menggunapakai segala kelopongan perundangan memberi isyarat negatif kepada industri ini yang mesti dirumuskan dengan segera.

ASAS KEPADA PINDAAN DAN DEFINISI

1. Menghimbau kembali sumber rujukan kepada perkataan “di luar pantai” (offshore) semasa Akta tersebut di gubal pada tahun 1974. Ini adalah penting bagi meninjau kegiatan luar pantai Negara ketika itu samaada “di luar pantai” (offshore)” itu bermaksud had 3 batu nautika, atau melangkaui had tersebut.

2. Asas in penting untuk menentukan kedudukan operasi sebenar semasa Akta tersebut digubal yang sepatutnya dijadikan rujukan terbaik dalam mendefinasi semangat “di luar Pantai” (Offshore) dalam Akta tersebut.;

3. Kegiatan carigali di luar pantai di Terengganu bermula pada tahun 1968 dengan telaga Tapis-1 oleh Esso dan hanya pada tahun 1973 minyak di temui di luar pantai Terengganu;

4. Pengeluaran minyak mentah oleh Esso hanya bermula pada tahun 1978 daripada kawasan carigali Pulai di Terengganu.

5. Kawasan ini – Pulai dan Tapis – adalah kawasan carigali yang penting setakat maksud perkataan “di luar pantai” (offshore) kerana ia adalah kawasan luar pantai pertama di Semenanjung Malaysia; dan ini adalah asas utama rujukan perkataan “di luar pantai” semasa Akta tersebut di gubal pada tahun 1974;

6. Ini bermakna perkataan “di luar pantai” (offshore) di dalam Akta tersebut merujuk kepada kawasan carigali yang baru dibangunkan pada awal tahun 1970an, bukannya kawasan persempadanan kawasan perairan 3 batu nautika yang sehingga kini tidak wujud kegiatan carigali petroleum dan gas dalam Negara. Oleh yang demikian tidak ada sebab mengapa sesebuah Negeri tidak berhak kepada royalti menurut definasi masakini;

7. Kedua-dua kawasan carigali ini yang sudah pasti menjadi asas utama rujukan terletak di dalam kawasan Zon Ekslusif Ekonomi dan antara kawasan yang paling jauh daripada pantai Terengganu;

8. Oleh yang demikian, adalah jelas semasa Akta tersebut di rangka ia menggunapakai kaedah operasi sebenar pada masa itu (iaitu kawasan carigali awal oleh Esso Production Inc), yang merupakan kawasan carigali di luar pantai Terengganu melangkaui persempadanan 3 batu nautika;

9. Dalam konteks itulah perkataan “di luar pantai” (offshore) di dalam Akta tersebut di gubal; maka semangat Akta tersebut menghendaki sebahagian daripada bayaran tunai hendaklah di buat kepada Negeri-Negeri dimana aktiviti carigali petroleum dan gas di jalankan samaada di darat atau di luar pantai;

10. Untuk mengembalikan semangat Akta tersebut, pindaan untuk memperjelaskan perkataan “di luar pantai” (offshore) dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974″ di perlukan.
[Perdana Menteri]

Siapa Yang Akan Masuk PAS Dulu, Pak Lah Atau Mahathir?

Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana ‘Umno busuk hingga ke ususnya.’ Dr M mengulas hal tersebut dalam 13 perkara. Apakah tulisan tersebut adalah sebagai tanda pembuka laluan ke arah ingin menyertai PAS? Sekurang-kurang supaya orang lain dulu atau terus sama-sama menyertai PAS beramai-ramai? Dalam politik macam-macam boleh jadi.. tiada mustahil.

Anda cuba menilai sendiri. Begini tulisannya..

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata “UMNO is rotten to the core” (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Kepada Dr M, jangan sampai Pak Lah masuk PAS dulu. Bekas PM sebelum ini pun ada yang sertai pembangkang. Itu sahaja, sekian. (AK)

Ulasan GB

Ia bukan satu hal yang mustahil. Walau sekalian banyak dosa Pak Lah atau Mahathir terhadap umat Islam dan rakyat negara ini, namun keadaan boleh berubah bila masa Allah mahu melimpahkan hidayah dan rahmatNya kepada mana-mana hamba yang dikasihiNya.

Di dalam sejarah Islam, Rasulullah s.a.w. pernah berdoa “Ya Allah muliakanlah Islam dengan masuknya salah satu dari dua Umar.” yakni Umar bin khathab dan Amr bin Hisyam atau dikenal sebagai Abu Jahal. Rasulullah tak pula adakan kerajaan perpaduan samada dengan Umar atau Amr!

Allah mengurniakan Umar Al-Khattab kepada umat Islam, yang walaupun pada awalnya menjadi musuh Islam nombor satu sehingga kepala Rasulullah nak dipenggalnya, tetapi kekuasaan Allah menetapkan Umar menerima hidayah dan muncul sebagai salah seorang kahlifah utama selepas Rasulullah s.a.w.

Kalau ada rezeki Pak lah atau Mahathir, dapatlah beliau bersama jemaah Islam. Jika tidak, terimalah sahaja apa yang bakal ditempuhi, kalau tak di “sini”, di “sana” balasan menanti.

Namun satu hal yang kena terima, kerana ada pemimpin PAS yang nak sangat ke UMNO, siapa pula dari PAS yang bakal dihantar oleh Allah ke parti UMNO?

Rombakan BTN Rakyat 1-BN 0

Kerajaan Pusat Barisan Nasional akhirnya akur kepada gelombang kritikan pembangkang dan orang ramai terhadap kursus Biro Tata Negara.

Kursus-kursus itu yang dilihat lebih untuk memupuk sentimen perkauman dan menggembeling sokongan untuk Barisan Nasional, akan dirombak serta merta.

Ini bagi memenuhi desakan Pakatan Rakyat yang mahukan kursus-kursus BTN itu membantu mengeratkan perpaduan antara rakyat pelbagai kaum.

Bercakap kepada wartawan di ruang legar parlimen hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz berkata rombakan ini dibuat kerana kandungan program BTN berpotensi menghancurkan kestabilan negara.

Apabila ditanya apakah kerajaan akhirnya akui kritikan terhadap modul BTN, Nazri berkata kurikulum BTN sedia ada menjurus kepada satu kaum dan tidak selari dengan konsep 1Malaysia.

Nazri sebagai dipetik berkata “Pada saya kurikulum ini tidak selari dengan kehendak PM, iaitu 1Malaysia. Kursus BTN hanya untuk peserta dari satu kaum sahaja, tetapi kini kita mahu kurikulum yang membabitkan semua”.

“Saya bersetuju sangat kita tidak boleh beriringan dengan BTN kerana BTN ini memfokus kepada sikap perkauman. Dan sikap memberi ransangan yang negatif kepada kaum yang lain atau parti yang lain” ujar ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

BTN mengundang kontroversi selepas tujuh wakil rakyat Selangor menyerahkan memorandum menggesa penjawat awam dan penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri dilindungi dari program indoktrinasi BTN.

Memorandum tersebut berkata akal peserta BTN disusun-semula supaya membenci kaum Cina dan parti-parti yang tidak sealiran dengan UMNO-BN.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata rombakan tidak memberi kesan jika masalah perkauman dan kesetiaan membuta-tuli terhadap Umno tidak diatasi.

“Bila kata merombak semula, saya lebih suka kalau dapat mendengar komen yang lebih spesifik bahawa cara yang lama, cara yang telah diamalkan sebelum ini, itu akan diubah” ujar beliau kepada TV Selangor. -TVS

Himpunan Anak Muda di Bukit Aman, 3 Disember ini

Oleh che’GuBard
Atas semangat dan kesedaran anak muda Malaysia maka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menghantar laporan ‘rasmi’ ke Jabatan Siasatan Jenayah Kormersial PDRM berkenaan dengan isu

  • Sogokan oleh proksi Najib Razak kepada Balasubramanian untuk melindungi kebenaran dalam kes ALTANTUYA
  • Rasuah dan salahguna kuasa Setiausaha Perdana Menteri
  • kegiatan mensabotaj ekonomi negara dengan menyeludup wang (jumlah amat besar) oleh Menteri Besar Negeri Sembilan

Untuk itu satu taklimat penerangan media akan diadakan pada 3 Disember 2009, 9.00 pagi, di hadapan pintu utama, I/pejabat PDRM, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Untuk menyatakan sokongan semua anak muda dijemput hadir.

sebarang pertanyaan sila hubungi azizi 0123696474

Islam Se Malaysia – PAS, Di Tahta dan Di Gila

Politik sementara, penyatuan Melayu penting

 

RELAU – Ahli Jawatankuasa Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kulim-Bandar Baharu, Ismail Hassan berkata, kerjasama erat antara agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin seharusnya dilakukan bersama tanpa ada perasaan prejudis terhadap mana-mana pihak.

Menurutnya, dengan wujudnya kerjasama erat mampu memulihkan masalah rakyat khususnya mereka yang memerlukan.

“Sikap pilih kasih dan hanya membantu kalangan ahli dalam sesuatu parti sahaja seharusnya dikikis untuk kesejahteraan rakyat.

“Sekiranya kita masih memberikan tumpuan terhadap kroni dan berpuak-puak, bangsa Melayu tidak akan bersatu malah bermusuhan antara satu dengan lain sampai bila-bila,” katanya.

Beliau turut menegur cara pemikiran segelintir pengamal politik yang mengutamakan puak-puak tertentu dalam pengagihan bantuan dan menjalankan ibadah korban.

Ini tidak seharusnya berlaku kerana semakin hari beliau merasakan bangsa Melayu itu semakin jauh tersimpang dari keakraban yang seharusnya mereka amalkan, katanya.

“Saya harap jabatan terlibat dalam memberikan bantuan kepada golongan tidak bernasib baik mempunyai pemikiran terbuka dan sedia membantu pada bila-bila masa.

“Kita harus mewujudkan satu rangkaian bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada mereka tanpa mengira apa juga fahaman politik mereka.

“Apa dapat saya lihat hari ini, ada antara ahli politik dan jabatan kerajaan yang masih bersikap pilih kasih dalam memberi bantuan khususnya dalam memberikan bantuan bagi golongan miskin,” katanya.

Perkara ini turut dapat dilihat semasa ibadah korban dijalankan dengan pengagihan daging hanya diberikan kepada orang-orang tertentu dan tidak diberi secara menyeluruh.

“Kita harus ingat bahawa kefahaman politik hanya sementara tetapi penyatuan Melayu itu lebih penting,” katanya.

Menurutnya, dalam melaksanakan tugas pengagihan bantuan, mereka yang terlibat seharusnya bebas dari kefahaman politik.

Amalan ini penting kerana golongan memerlukan bantuan dan miskin ini tidak terlibat dalam agenda politik orang-orang tertentu tetapi mereka inilah yang akan menjadi sasaran, katanya.

Beliau tidak menafikan perkara ini sememangnya berlaku dan meminta kerjasama semua agar pemikiran seperti ini dapat diketepikan untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan tumpuan bagi golongan memerlukan dapat disalurkan dengan betul.

Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) harus sepakat dan melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang agar tidak ada seorang pun dalam kalangan masyarakat di kawasan mereka yang terlepas pandang.

 

 

:: Balik Semula ::

 

 

ADMIN – KedahLaNie TIME – 7:04 AM 0 Komen Anda
Labels:

 

 

Islam Se Malaysia – PAS, Di Tahta dan Di Gila


 

oleh Ibn Abdullah Awab

Islam Se Malaysia – PAS, Di Tahta dan Di Gila

5.15 Petang : 30 November 2009 Isnin 12 Zulhijjah 1430

MELANGKAH – MENONGKAH BERSAMA BARAKAH. JAGA PULIHARALAH PAS SEBAGAI WADAH MODIUM DAKWAH BEKALAN MEMERENTAH.

HARGAILAH RAKYAT, PENGUNDI DAN PENYOKONG SETIA PAKATAN RAKYAT.

JADIKAN PR – PAKATAN RAKYAT (PAS, DAP DAN KEADILAN) SATU ENTITI DISAHKAN BERDAFTAR DENGAN ROS UNTUK BERDEPAN DENGAN BN PADA PRU 13 KURANG DARI 2 TAHUN MASANYA.

RANGSANG MINDA

Hari ini genaplah usia Parti Islam Se Malaysia – PAS 58 tahun 8 hari. Saya meyakini dengan pandang dan pendapat rambang (statistic cokia) sama ada di peringkat PAS Pusat mau pun PAS Negeri, PAS Kawasan dan di cawangan-cawang seluroh Malaysia, kurang dari satu pertiga (1/3) yang memimpin PAS itu, seumur atau tua sedikit dengan usia PAS sendiri. Sedangkan dua pertiga (2/3) atau lebih dari mereka menjadi pemimpin adalah dilahirkan selepas penubuhan PAS dan selepas Negara mencapai kemerdekaan sama ada Malaya – Persekutuan Tanah Melayu ataupun Malaysia. Termasuklah ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong setia PAS disituasi usia yang sama.

Sesungguh dan sebenar-benarnya, ramai dalam kalangan rakyat jelata dan segelintir pemimpin tidak menyedari dan mampu memberi perangsang, dan membangkitkan semangat sokongan keramat rakyat kepada Parti Islam Se Malaysia – PAS untuk tampil mendapat peluang dan tempat seperti menjolak sarang tebuan. Pemimpin wajar tiupkan semangat perkasa kepangkuan rakyat Negara, bahawa Parti Islam Se Malaysia – PAS merupakan parti yang bersifat Nasional penuh sama seperti penuh simbolnya BULAN PURNAMA. Kerana semua negeri-negeri menerima seadanya Parti Islam Se Malaysia – PAS.

NEGERI-NEGERI SENEGARA MENERIMA SEADANYA KEHADIRAN PAS

Semua negeri-negeri di Semenanjung termasuklah di Sabah dan di Sarawak menerima terbuka kehadiran Parti Islam Se Malaysia – PAS . Di negeri Sabah dan Sarawak Parti Islam Se Malaysia – PAS mempunyai pemimpin yang dihurmati dan beritegriti di peringkat Cawangan, Kawasan dan Perhubungan Negeri. Bergerak dan berbakti kepada rakyat multi mengikut kemampuan seadanya, Inshaallah. Parti Islam Se Malaysia – PAS telah lama berada di bumi Sabah mendahului UM no, tetapi UM no diharamkan masuk ke Serawak oleh rakyatnya bersekali parti pemerentah sedia ada dari kalangan parti komponan BN. Sedangkan UM no adalah kebelakang daripada Parti Islam Se Malaysia – PAS di sudut penerimaan negeri dan rakyat masuk ke Sabah adalah benar, Alhamdulillah.

Tetapi malang macam Lebai Malang, yang mana UM no di no di tolak dan diharamkan untuk masuk ke bumi Sarawak ini hakiki yang reality dulu dan terkini. Jelas hakikat perbedaan penerimaan rakyat diantara Parti Islam Se Malaysia – PAS di bandingkan dengan parti UM no rekod dan sejarah kemasukkan ke Sabah dan Sarawak. Dalam keadaan itu pun UM no menyalak dan membuka dada mereka adalah parti yang diterima oleh rakyat di seluroh Negara dan semua negeri-negeri di Malaysia, pooorrrahh, auta no wahid. Pemimpin-pemimpin UM no berkukuk menggunakan harta rakyat dalam menjana propaganda mendapat sokongan dan kuasa. Eehh! Eeeeehhhhh!!!!!!

Sekiranya UM no berhajat dan berhasrat untuk masuk dan berperanan di bumi Serawak, ia terlebih dahulu mestilah menjadi pembunuh. Ya! Pembunuh parti politik saingannya terlebih dahulu, ini adalah fakta dan kenyataan bukan fitnah melulu. UM no terlebih dahulu bertindak sebagai parti pembunuh dan pembuli parti pribumi yang pernah memerentah negeri. Sekirannya UM no berhajat memasuki negeri Sarawak pada bila-bila, sebagaimana UM no bunuh USNO di Sabah apabila UM no nak masuk ke Sabah. Ini sejarah yang benar direkodkan bukan fitnah reka-reka berita.

Kemana pergi parti USNO yang diasaskan oleh Almarhom Tun Datu Mustapha bila UM no berlabuh di Sabah? Ini adalah reality, hakikat yang hakiki dicatatkan menjadi sejarah Negeri Sabah dan Negara, saya perkukuhkan hujah. USNO dikuburkan oleh UM no di Sabah tanpa kubur dan batu nesan. Inilah sebenarnya kelaku dan gelagat sebenar parti perkauman sempit yang bernama UM no. Oleh kerana tidak mampu dan terdaya UM no dan pimpinannya untuk bersaing mendapatkan tempat dan kepercayaan dari rakyat dan pengundi-pengundi Sabah, maka SATU jalan adalah membunuh parti USNO terlebih dahulu dengan SATU akai pembunuh moden caranya adalah membubar USNO dan ahli-ahlinya diserapkan kedalam UM no.

Kenalilah sekelian rakyat itu jalan pintas UM no merampas Sabah. Kini PBB di Sarawak berjaga-jagalah anasir pembunuh itu. Saksikanlah PAS sekarang digeruni dan di cemburi oleh UM no kerana lama berada di bumi Kenyalang Sarawak sedangkan UM no menjadi pemerhati dari Kota kinabalu sahaja, kesian dekat UM no. Saya yakin dan saya percaya sekiranya UM no berhajat nak masuk dan berlabuh di Sarawak seperti mereka masuk Sabah 10 tahun dahulu. Makanya pastilah terlebih dahulu parti PBB pimpinan TS Taib Mahmud dijadikan manyat dan aruah terlebih dahulu senasib dengan USNO di Sabah dikerjakan UM no sesama dalam timbangan dacing BN. Barulah peluang terbuka untuk UM no masuk Sarawak.

Di atas reality yang terpaksa ditempuh dihadapi dijanakan UM no itulah, mengakibatkan UM no sampai lanie gagal dan haram masuk ke Sarawak. Sama-sama kita tengok kesudahan fokas saya ini akan menjadi fakta catatan sejarah. Justeru berasaskan fakta dan bokti diatas, PAS, DAP dan Keadilan tidak usah gentar dan malu untuk berdepan dan bersaing dengan UM no. Kerana UM no adalah parti pondan pintu belakang sahaja terdaya termampu ia masuk ke Sabah, menerusi manipulasi membunuh parti sesama komponan BN. Maka dengan itu jalan pintasnya kalaulah UM no merasai partinya ketinggalan dan dipulau di haramkan ke Sarawak.

Relakah PBB, pimpinan dan rakyat Serawak membenarkan diri partinya PBB dibunuh semata-mata untuk memberi tempat kepada UM no untuk mengetuai kerajaan di Sarawak? Kerana untuk bersaing dengan pengaruh yang kian berkembang dari PAS, DAP dan Keadilan di Sarawak juga di Sabah. Untuk menguburkan PBB sebagaimana UM no menguburkan USNO, maukah wahai rakyat dan pengundi Sarawak? Fikir-fikirkanlah. Beranikah UM no merampas kuasa di Sarawak? Sebagaimana UM no lakukan keatas kerajaan PR SAH di Perak merampaskuasa kudeta di Perak. Inilah dilemma besar yang menghantui kepimpinan UM no dalam cubaan menyekat kemaraan dan cambahan PAS, DAP dan Keadilan atas nama PR di Sarawak dan Sabah. Pemimpin UM no cukup gusar dan menyedari fenomina ini. Fenomina diharamkan bergerak secara resmi di Serawak.

KOMIT DAN KOMITED, MAMPU MENDINGIN DAN MENDAMAIKAN

PAS dan kepimpinannya yang komited sejak dahulu, sekarang dan bila-bila. Ianya hidup diatas jajaran dari ahli-ahlinya yang komit dan komited, rela redza berkurban apa sahaja, hartaan atau pun nyawa (syahid) berdepan dan mengharungi semua jenis tribulasi. Peristiwa bersejarah pahit manis yang telah terpehat korban dan syahid telah ahli dan pejuang PAS laksana boktikan. Di atas mengalirnya darah merekalah, makanya beberapa Kerajaan negeri PAS dan PR terbina sekarang (Al Fatehah untuk mereka). Ini adalah hakikat yang seluruh kepimpinan PAS dan ahli-ahlinya yang mengerti mampu menerima hasil ghaib ini, adalah benar.

Justeru! Wahai pemimpin-pemimpin besar PAS, jangan rumah yang pejuang dan syuhada kita (maksudnya PAS) bina , anda disitu dan disana, bercakaran untuk menjual atau melelongnya. Hentilah anda wahai pemimpinku, samada anda menjelma menjadi direktor maupun aktor. Kalau hasil film itu membawa kehancuran dan kemusnahan. Jangan untung sekupang rugi 1,000, jangan…… dicuba dan diteruskan. Kembalikanlah kepada aspirasi ahli dan kehendak pengundi. Saya menyedari diri saya disisi pemimpin-pemimpin PAS yang alim lagi cendiakawan bergelar bertaraf lima bintang, untuk dibandingkan dengan saya. Disisi PAS saya adalah seculin temukut dalam senaleh beras, diluar value harga dibawah nilai disisi anda pemimpin bijaksana.

Sebaik sahaja PAS ditubuhkan, ia tidak mengambil masa yang panjang untuk berkembang dibeberapa negeri disemenanjung. Cawangan PAS yang pertama ditubuhkan di negeri Perak , di Kuala Kangsar pada 10 April 1952 yang diketuai oleh Tuan Guru Hai Abdul Samad Noh. Manakala Cawangan PAS pertama di Perlis ditubuhkan pada 8 Mei 1952 diantara tokoh-tokoh awal diantaranya adalah Cikgu Ahmad Long, Yahaya Baginda, Cikgu Taharim, Haji Mahmood dan beberapa tokoh lagi kalau tidak silap ingatan saya (maaf kalau tersilap). PAS bertapak di Selangor apabila Cawangan PAS Kuala Lumpur ditubuhkan pada 13 Julai 1952 oleh Haji Mas’ud Hayati. Kejayaan besar PAS apabila berjaya mengadakan Muktamar Agung Pertama pada 2 Januari 1953 di Madrasah Ad-Dairat Al-Ma’arif, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Pas melangkau berkembang ke Pantai Timur Semenanjung apabila Cawangan PAS pertama ditubuhkan di Pekan Pasir MAS oleh Ustadz Amaluddin Darus bersama bisannya Haji Ahmad Bin Yatim, Cikgu Haji Omar Kubang Bemban dan ramai lagi (Inshaallah saya akan bincangkan tajuk khusus PAS di Pasir Mas 1978 – 1988, Inshaallah). Disebalik kejayaan-kejayaan tersebut, PAS berhadapan cabaran pertama yang getir ketika itu apabila Yang Dipetuan Agungnya Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan, meletakkan jawatan disandangnya dan terus keluar dari menganggotai PAS. Kerana menyambut ajakkan sahabat karibnya Dato’ Onn Bin Jaafar menganggotai Parti Negara.

PAS DI ERA BARU

Sebelum dan selepas PRU 12 pada 8 Mac 2008 yang lepas, sampai saat ini, seluruh kepimpinan UM no dan BN menjadi bengong, menjadi tak ketahuan hala dalam memikir dan menyaksikan dengan penuh dengki dan dendam kesumat. Bagaimana PAS, DAP dan Keadilan mulakan kerjasama dalam menghadapi UM no dan BN untuk seluruh Negara menghadapi PRU 12 dengan pertembungan satu lawan satu. Hasil pertandingan satu lawan satu itulah sekali pun menerusi parti masing-masing (PAS, DAP dan Keadilan) kesannya besar kepada keputusan PRU 12 tersebut. UM no BN dinafikan penguasaan 2/3 dalam Parlimen. UM no BN, Gerakkan BN hilang kuasa di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan UM no BN tewas besar di Wilayah Persekutuan.

Natijah dari itu, untuk menguasai dan menubuhkan kerajaan jalan keluar makan Pakatan Rakyat – PR diwujudkan terdiri dari PAS, DAP dan Keadilan hasil keputusan PRU12. Semua kerajaan PR mendapat halangan dan macam-macam pengkhianat diletakkan oleh UM no BN untuk menghalang kelicinan dan kelancaran PR merealisasikan kerajaan PR di negeri masing-masin. Apabila UM no sudah kehabisan tenaga dan stamina, mandom lembek bagai batang pisang untuk menghadapi kemaraan sokongan rakyat. Cemburu dan dengki mendalam UM no BN kepada kerajaan PR cukup tebal dan amat berdendam.

Diatas kekuatan dulu, kini dan selama-lamanya UM no hakikatnya tidak mempunyai kekuatan jantan dan jati diri dikalangan pemimpin dan pengikutnya. Maka untuk berdepan dengan PR UM no dan BN merealisasikan semua kerja-kerja politik mereka berdepan PR, berdepan dan berdada dengan PR mengantikan pondan-pondan UM no adalah menerusi proksi dan lembu tunggangan setia mereka yang bernama SPR, PDRM, SPRM, Mahkamad/Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan KSN dan Penjawat Awam Jusa. Mereka semua berkhidmat untuk SATU UM no, SATU BN bukan untuk Negara. Tetapi rela dan menjadi barua pak sanggup kepada UM no dan pemimpinnya menpertahankan UM no dari melengahkan, lewatkan masa masuk kedalam lubang kubur.

Kini UM no BN lagi gerun, UM no BN sedang berkira Pendaftar Pertubuhan janganlah mudahkan PR yang terdiri dari PAS, DAP dan Keadilan didaftarkan menjadi SATU parti resmi bernama PAKATAN RAKYAT MALAYSIA – PR dengan SATU simbul untuk menghadapi bekalan dan persiapan PRU13 tidak lama lagi. Ramai dikalangan UM no kawasan dan dikalangan UM no celek politik berkata, sedangkan diatas persetujuan 3 parti pun separuh Negara telah ditawan. Maka barang tentu atas SATU PARTI bernama PR dan SATU SIMBUL, pasti menghadapi PRU13, UM no BN telah menemui lubang kubur liang lehat, kerana hayatnya putus dan pupus di PRU13 nanti. Sama-samalah kita tengok keleh.

Rencana oleh:- IBN ABDULLAH AL AWAB

Siap 1.00 Pagi : 1 Disember 2009 – Selasa – 13 Zulhijjah 1430

 

 

:: Balik Semula ::

 

 

ADMIN – KedahLaNie TIME

 

 

17 keluarga dapat sumbangan Pemuda PAS Sarawak

Mohd Arifiriazul Paijo   
MIRI, 30 Nov: Walaupun tidaklah termasuk dalam negeri-negeri maju PAS, namun Pemuda PAS Sarawak tidak mahu ketinggalan dalam usaha mereka membantu rakyat.Mereka bukan membantu sekali tetapi juga memberikan sumbangan tetap bulanan kepada keluarga yang mereka fikirkan layak untuk menerima sumbangan itu.

Beberapa keluarga telah mereka kenal-pasti untuk diberikan bantuan susulan atau bantuan tetap seperti pembiayaan pembelajaran anak, sumbangan bulanan tetap dan beberapa bantuan penyediaan kemudahan asas yang lain.

(Gambar: Pemuda PAS Sarawak meredah denai untuk memberikan sumbangan kepada yang memerlukan)

Antara yang bakal mendapat bantuan susulan adalah seorang ibu tunggal yang terpaksa menjaga anak beliau seramai 12 orang dan dalam masa yang sama beliau menghadapi kecacatan penglihatannya.

Bantuan ini mereka lakukan dengan kerjasama PAS Kawasan Miri atas nama Program Pembelaan Rakyat Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak.

Sebanyak 17 keluarga telah mendapat sumbangan bantuan daripada mereka dan PAS Kawasan Miri. Antara yang disumbangkan adalah beras, minyak masak, tepung gandum, gula dan kurma.

Turut hadir di dalam program ini adalah YDP PAS Kawasan Miri Haji Jofri B Jaraiee.

Program Pembelaan Rakyat merupakan inisiatif daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak bagi membantu rakyat yang terpinggir daripada arus pembangunan dan tidak mendapat bantuan terus daripada kerajaan.

“Program Pembelaan Rakyat adalah bertujuan untuk membantu rakyat yang memerlukan di samping merapatkan PAS kepada masyarakat.

Program ini akan tertumpu kepada kawasan-kawasan sasaran di Sarawak iaitu Miri, Bintulu, Kuching dan Batang Lupar,” kata M Arifiriazul B Paijo, Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak.

(Gambar: Antara keluarga yang mendapat perhatian Pemuda PAS Sarawak)

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk menambah dana kepada Tabung Pembelaan Rakyat bagi menggerakkan Program Pembelaan Rakyat.

Sumbangan boleh disalurkan kepada nama Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak(BANK ISLAM MALAYSIA BHD: (11013010070358).

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada M Arifiriazul, Naib Ketua Pemuda PAS Sarawak di talian 0138377505.

Pengganti Tuan Guru: Hentikan berbalas kenyataan dalam media

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya ditekan untuk menamakan penggantinya dan semua kenyataan pemimpin PAS mengenai perkara itu mesti dihentikan.

“Jangan paksa Tuan Guru mencadangkan penggantinya. Beliau tentu mempunyai perkiraan, perhitungan dan kebijaksanaan sendiri untuk memilih masa yang sesuai untuk mencadangkan siapa penggantinya,”

Saya ingin menyifatkan tindakan berbalas-balas kenyataan mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media memberi tekanan kepada Tuan Guru menamakan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Walaupun tindakan menyuarakan pandangan mengenai perkara itu adalah hak demokratik masing-masing, tetapi berbalas-balas kenyataan sesama sendiri mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media boleh mengakibatkan implikasi yang lain.

“Lebih dari itu, semua pihak jangan membelakangi tertib organisasi di dalam PAS.

“Dari segi peraturan berorganisasi di dalam PAS, Tuan Guru atas sifatnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan boleh mencadangkan nama penggantinya kepada dan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan.

“Begitu juga, ahli-ahli mesyuarat yang lain di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga boleh mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan.

“Tetapi, dari segi kaedah berjemaah di dalam PAS, keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang dipilih oleh muktamar,”

Bagaimanapun, pandangan dan hasrat Tuan Guru sebagai pemegang jawatan itu kini dan lebih dari itu sebagai Mursyidul Am biasanya diberi keutamaan untuk dipertimbangkan oleh mesyuarat tersebut.

Saya juga ingin menjelaskan, setiap kali PAS mendapat kerusi majoriti di mana-mana negeri selepas pilihan raya, nama orang yang mendapat kepercayaan parti untuk menjadi Menteri Besar di kemukakan oleh Presiden PAS kepada Sultan negeri yang berkenaan.

“Presiden PAS pula mengemukakan nama tersebut kepada Sultan yang berkenaan setelah dipersetujui oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat,”

Saya meminta semua pihak agar memberikan kepercayaan kepada Tuan Guru untuk memilih masa yang sesuai bagi mencadangkan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan dan juga kepada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk mempertimbangkan cadangan beliau dan membuat keputusan mengenainya.

“Saya yakin semuanya akan berjalan dengan lancar mengikut tertib berjemaah dan berorganisasi di dalam PAS,”

Posted by MahfuzOmar
%d bloggers like this: